Вы находитесь на странице: 1из 8

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

BMP3093

APLIKASI KOMPUTER DALAM BAHASA MELAYU


LAPORAN PENCERITAAN DIGITAL SIDANG AKADEMIK 2013/2014

SEMESTER 6

NAMA NO. K/P NO. MATRIK NAMA PENYELARAS

: JINLI BIN RAMLI@RAMLEE : 650413 12 5659 : PPG/41182/11 : DR. AZIDAH ABU ZIDEN

PUSAT PEMBELAJARAN: KOTA KINABALU TARIKH HANTAR : 2 NOV 2013

APLIKASI KOMPUTER DALAM BAHASA MELAYU

Tajuk : Sang Musang Yang Tidak Menepati Janji Objektif :

1. Pelajar dapat mengambil iktibar dan teladan daripada cerita yang ditayangkan. 2. Menerapkan nilai-nilai murni di kalangan kanak-kanak 3. Pelajar dapat menilai sikap orang yang baru dikenali.

Sasaran Nilai moral

: Pelajar tahun 1 hingga tahun 3 :

1. Berhati-hatilah apabila memilih kawan. 2. Jangan mudah terpedaya dengan orang yang tidak kita kenali. 3. Kita janganlah makan terlalu gelojoh. SINOPSIS CERITA Sang Musang baru sahaja pulang dari berjumpa dengan sahabatnya. Sedang Sang Musang berjalan, tiba-tiba dia terlihat bangkai seekor rusa berada di hadapannya. Tanpa berlengah lagi, Sang Musang pun segera memakan bangkai rusa itu dengan gelojoh. Sedang Sang Musang asyik memakan bangkai itu, tiba-tiba dia merasakan ada sesuatu yang tersekat di dalam kerongkongnya. Sang Musang pergi ke arah anak sungai lalu melihat apa yang ada di dalam kerongkongnya. Puas Sang Musang membelek-belek kerongkongnya dan alangkah terkejutnya Sang Musang apabila sebatang itu tulang tersekat di situ. Sang Musang tidak dapat mengeluarkan tulang yang tersekat di dalam kerongkongnya itu. Puas Sang Musang mencuba namun tidak berjaya. Sang Musang pun berjalan untuk mencari binatang yang boleh mengeluarkan tulang di dalam kerongkongnya itu. Di dalam perjalanan, Sang Musang terjumpa dengan seekor burung pipit. Sang Musang meminta bantuan burung pipit untuk mengeluarkan tulang yang tersekat di dalam kerongkongnya, malangnya burung pipit tidak dapat menolongnya kerana paruh burung pipit sangat pendek. Burung
1

APLIKASI KOMPUTER DALAM BAHASA MELAYU

pipit menyuruh Sang Musang meminta bantuan daripada burung bangau kerana burung bangau mempunyai paruh yang sangat panjang. Sang Musang pun lalu pergi berjumpa dengan burung bangau untuk meminta bantuan. Burung bangau pun bersetuju untuk menolong Sang Musang namun burung bangau meminta ganjaran setelah burung bangau selesaikan mengeluarkan tulang itu. Sang Musang pun berjanji untuk mengotakan permintaan burung bangau. Burung bangau pun mendekati Sang Musang dan mengeluarkan tulang yang tersekat di kerongkong Sang Musang dengan menggunakan paruhnya yang panjang itu. Setelah burung bangau selesai mengeluarkan tulang yang tersekat di kerongkong Sang Musang, dia pun menuntut ganjaran yang telah dijanjikan oleh Sang Musang tadi. Malangnya Sang Musang tidak menepati janjinya lalu beredar dan meninggalkan burung bangau yang terping-pinga.

APLIKASI YANG DIGUNAKAN Editor Grafik Computer Aided Design Windows Live Photo Gallery Microsoft Words

SUMBER KOLEKSI BAHAN & PENGEMBARAAN i. Sumber koleksi bahan & pengambaran Bahan Foto (tidak bergerak) gambar, ilustrasi, bahan cetak dan yang bersesuaian dengannya bersumberkan bahan digital(muat turun dari internet, kamera digital) atau bukan digital. Bahan Video (termasuk animasi) keratan dari video-CD menggunakan perisian VCD Cutter, DVD Chopper, CD-ROM, video yang dimuat turun dari internet melalui YouTube atau lain-lain kaedah, dari telefon bimbit, kamera digital atau kamera video digital. Bahan Audio (muzik, suara, kesan khas) MP3, CD-Audio, audio yang dimuat turun dari internet, rakaman secara digital dan analog.

APLIKASI KOMPUTER DALAM BAHASA MELAYU

ii.

Penggambaran Menyediakan senarai semak bahan untuk penggambaran (gambar foto dan video) yang bersesuaian dengan seubjek dan tajuk yang dipilih di lokasi yang ditetapkan.

iii.

Penyuntingan Menyunting video berdasarkan perisian movie maker yang mengandungi adunan video (daripada pelbagai sumber), gambar foto dan audio (suara, muzik dan kesan bunyi). Hasilan dalam bentuk klip video berformat window media video (wmv) yang tidak melebihi 4-5 minit

APLIKASI KOMPUTER DALAM BAHASA MELAYU

Muka Surat: Kerangka/Deskripsi:

Tarikh:

Nama Projek: Senarai Media:

Penulis:

Klip, grafik-visual Muzik, penceritaan, bunyi

Muzik, lagu, bunyi Gambar, grafik Klip video Teks, tajuk, transisi

Penceritaan 1. Sang Musang baru sahaja pulang dari berjumpa dengan sahabatnya. 2. Sedang Sang Musang berjalan, dia telihat bangkai seekor rusa berada di hadapannya. 3. Tanpa berlengah lagi, Sang Musa pun segera memakan bangkai rusa itu dengan gelojoh.

APLIKASI KOMPUTER DALAM BAHASA MELAYU

Muka Surat: Kerangka/Deskripsi:

Tarikh:

Nama Projek: Senarai Media:

Penulis:

Klip, grafik-visual Muzik, penceritaan, bunyi

Muzik, lagu, bunyi Gambar, grafik Klip video Teks, tajuk, transisi

Penceritaan 1. Sedang Sang Musang asyik memakan bangkai itu, dia merasakan ada sesuatu yang tersekat di dalam kerongkongnya. 2. Sang Musang pergi ke arah anak sungai lalu melihat apa yang ada di dalam kerongkongnya. 3. Sang Musang terkejut apabila sebatang tulang tersekat di kerongkongnya. 4. Sang Musang tidak dapat mengeluarkan tulang yang tersekat di dalam kerongkongnya itu.

APLIKASI KOMPUTER DALAM BAHASA MELAYU

Muka Surat: Kerangka/Deskripsi:

Tarikh:

Nama Projek: Senarai Media:

Penulis:

Klip, grafik-visual Muzik, penceritaan, bunyi

Muzik, lagu, bunyi Gambar, grafik Klip video Teks, tajuk, transisi

Penceritaan 1. Sang Musang berjalan mencari binatang yang boleh mengeluarkan tulang di dalam kerongkongnya. 2. Di dalam perjalanan, Sang Musang terjumpa dengan seekor burung pipit. Sang Musang meminta bantuan mengeluarkan tulang yang tersekat di dalam kerongkongnya. Burung pipit tidak dapat menolongnya kerana paruh burung pipit sangat pendek. 3. Burung pipit menyuruh Sang Musang meminta bantuan daripada bnurung bangau kerana burung bangau mempunyai paruh yang sangat panjang.

APLIKASI KOMPUTER DALAM BAHASA MELAYU

Muka Surat: Kerangka/Deskripsi:

Tarikh:

Nama Projek: Senarai Media:

Penulis:

Klip, grafik-visual Muzik, penceritaan, bunyi

Muzik, lagu, bunyi Gambar, grafik Klip video Teks, tajuk, transisi

Penceritaan 1. Sang Musang pergi berjumpa dengan burung bangau. 2. Burung bangau bersetuju menolong dengan syarat meminta ganjaran daripada Sang Musang. 3. Sang Musang berjanji dengan permintaan burung bangau. 4. Burung bangau megeluarkan tulang tersebut menggunakan paruhnya yang panjang. 5. Setelah burung bangau selesai, dia pun menuntut ganjaran yang telah dijanjikan 6. Sang Musang tidak menepati janjinya lalu beredar dan meninggalkan burung bangau yang terpinga-pinga.

Вам также может понравиться