Вы находитесь на странице: 1из 10

MODUL BESTARI ‘A’

PENGAJIAN AM KERTAS 2
2008

VOL 2 - SET 3
Edisi Guru

Unit Kurikulum
Jabatan Pelajaran Perak
BAHAGIAN A

ISU - PENYEBARAN FITNAH MELALUI INTERNET

BIL IDEA HURAIAN


A. SEBAB PENYEBARAN FITNAH
1. Berpotensi dibaca oleh semua - Senang diakses
pengguna Internet - Kenyataan fitnah berpotensi disebarkan ke seluruh
dunia memandangkan internet boleh diperoleh dari
setiap pelosok dunia.
- Boleh berurusan di kedai siber.

2. Disebarkan dengan mudah - Semua maklumat dapat dibaca dengan cepat tanpa
dan cepat. perlu pergi ke tempat kejadian.
- Kosnya sangat murah.

3. Penyebar fitnah sukar untuk - Penulis bebas menyebarkan fitnah tanpa perlu
dikesan. mendedahkan identiti.
- Hal ini memberi peluang kepadanya untuk terus
menabur fitnah.

B. LANGKAH MENGATASI PENYEBARAN FITNAH


4. Meminda undang-undang - Undang-undang lama yang tidak sesuai dengan
siber. perkembangan teknologi maklumat perlu dipinda
semula.
- Mengenakan hukuman yang setimpal dengan
kesalahan yang dilakukan.

5. Kerjasama pembekal - Pembekal perkhidmatan internet (cth: TM Net) harus


perkhidmatan internet. bekerjasama menyaring dan bertanggungjawab
terhadap kenyataan fitnah di internet.

6. Mendidik masyarakat - Melalui Pendidikan - sistem pendidikan melahirkan


menggunakan teknologi ke manusia yang bertanggungjawab.
arah positif. - Masyarakat perlu dibentuk membina kekuatan
dalaman dan mampu mengelak daripada melakukan
perbuatan negatif.

C. KESAN PENYEBARAN FITNAH


7. Menjatuhkan maruah individu - Fitnah akan tersebar secara meluas.
- Individu tidak boleh menjawab fitnah.
- Terdapat individu tertentu mengambil kesempatan
menjatuhkan orang lain.

8. Menjejaskan keharmonian - Individu yang terlibat akan merasa marah.


masyarakat. - Cuba untuk membalas perbuatan tersebut.
- Timbul tuduh menuduh dalam kalangan masyarakat.
- Akhirnya akan berlaku pergaduhan di kalangan
masyarakat.
- Timbul huru-hara.

9. Menjejaskan ekonomi negara - Kerajaan terpaksa mengeluarkan wang yang banyak

untuk menyiasat kesahihan berita yang disebarkan.


- Rakyat menggunakan kemudahan untuk memfitnah
orang.
- Negara tidak produktif kerana banyak fitnah yang
tidak benar disebarkan.
- Pelabur tidak berminat untuk melabur (takut risiko
kerugian)

10. Menjatuhkan imej negara - Banyak negara yang terpengaruh dengan fitnah ini
akan menjauhkan diri daripada negara kita.
- Masyarakat antarabangsa akan memandang rendah
kepada Malaysia.
- Nama negara di persada dunia tercemar.

Contoh-contoh Soalan.

1. ‘Unsur fitnah melalui siber boleh memusnahkan sesuatu tamadun’. Fenomena ini akan menjadi
kenyataan jika sesuatu usaha tidak diambil dengan segera.
Bincangkan.

Skema : 2 + 2

2. Penyebaran fitnah melalui internet merupakan satu cara yang berkesan untuk menjatuhkan
kedudukan seseorang malah boleh menjejaskan martabat sesebuah negara.
Jelaskan pernyataan ini.

Skema : 4 + 0
BAHAGIAN B

ISU : KESIHATAN - SENAMAN

BIL IDEA HURAIAN


A. MANFAAT SENAMAN
1 Mengelakkan penyakit - Kecergasan fizikal akan mempercepatkan pergerakan
kardiovaskular dan strok seseorang
- Aktiviti ini menjadikan dinding arteri lebih kenyal dan kuat.
- Merangsang aliran darah ke seluruh badan lebih lancar
dan tidak dihalang.
- Sebatian lemak dalam darah dapat dibersihkan dan
mengelakkan berlakunya pembekuan darah
- Aktiviti ini membolehkan oksigen dapat beredar ke seluruh
badan dan mengelakkan pengenapan lemak dan kolesterol
(mengelakkan sakit jantung dan strok)

2 Melancarkan proses - Aktiviti ini juga merangsang sistem enzim dan hormon
penghadaman - Makanan yang kita makan melalui pelbagai proses dalam
badan kita, justeru perembesan enzim dan hormon ini,
membantu melancarkan dan mempercepatkan proses
pencernaan
- Mengelakkan sembelit dan membantu melindungi daripada
kanser usus besar
- Menyihatkan sistem pencernaan kita

3 Menjamin kesihatan mental - Senaman dapat menambah kekerapan aliran darah ke otak
dan merangsang pengeluaran bahan kimia yang
mempengaruhi aktiviti dan pertumbuhan sel otak
- Perubahan biologikal ini membolehkan daya ingatan dan
kebolehan menguasai ilmu yang baru meningkat.
- Senaman menjadikan otak cerdas malah menghasilkan
emosi yang positif dan mengurangkan stress / tekanan

4 Antipenuaan - Aktiviti senaman yang tetap dapat memperlahankan proses


penuaan
- Aktiviti ini membolehkan bekalan oksigen dapat diedarkan
ke seluruh badan dengan cepat terutamanya ke tisu-tisu-
memastikan pembentukan sel-sel baru dengan cepat
(menggantikan sel-sel yang mati)
- Senaman dapat menambah ketumpatan tulang melalui
penyerapan kalsium dan kekuatan otot, lebih-lebih lagi otot
jantung, menjadi lebih efisien untuk mengepam darah ke
jantung, kadar metabolik menjadi mantap dan feksibiliti
sendi juga meningkat
- Dengan otot dan tulang yang sihat, mengelakkan penyakit
osteoporosis dan osteoarthritis
- Menjamin melambatkan proses penuaan dan
meningkatkan jangka hayat
5 Mengurangkan risiko - Boleh meningkatkan sensitiviti insulin, merendahkan glukos
penyakit diabetes darah
- Bagi pengidap diabetes jenis 2 (tidak memerlukan suntikan
insulin) aktiviti bersenam yang tetap mampu memperbaiki
glukos darah, mengurangkan hipertensi dan menormalkan
lipid.
B. KESAN NEGATIF JIKA TIDAK MELAKUKAN SENAMAN
6 Risiko mendapat penyakit - Melemahkan edaran darah ke seluruh badan
kronik - Bekalan oksigen berkurangan dan tidak sampai ke otak
- Sistem enzim dan hormon tidak teransang menyebabkan
daya ketahanan tubuh badan lemah
- Banyak lemak terkumpul, saluran darah (arteri, vena)
tersumbat
- Boleh menyebabkan risiko penyakit kardiovaskular, strok,
alzheimer

7. Menyebabkan stress - Saluran darah tidak dapat dibersihkan dengan teliti


- Aktiviti perpeluhan tidak berlaku dan laluan penyingkiran
bahan-bahan toksik lain tersumbat
- Menyebabkan pengumpulan bahan toksik dalam badan
- Menjadikan fungsi sistem badan lemah dan menganggu
metabolism
- Menyebabkan simptom kemurungan wujud dan memberi
kesan psikologi akibat tekanan kehidupan yang banyak

8 Mengurangkan fungsi otak - Aliran darah ke otak menjadi perlahan / lemah


- Menyebabkan kekurangan oksigen yang dibekalkan ke
otak, menganggu kecerdasan otak
- Tidak dapat merangsang pertumbuhan sel otak
- Perubahan biologikal tidak berlaku
- Menyebabkan kemampuan menguasai ilmu dan
mengingati maklumat / cepat lupa

9 Masalah obesiti - Menyebabkan peningkatan partikel lipoprotein dalam


saluran darah
- Kolesterol yang digunakan untuk menghadamkan lemak
dalam diet berlebihan
- Proses pembakaran lemak menjadi perlahan
- Otot-otot akan menjadi kendur dan tidak padat
- Lemak-lemak yang berlebihan menyebabkan perut buncit

C. KESAN SENAMAN BERLEBIHAN


10 Menyebabkan kecederaan - Otot mempunyai daya tahan tertentu dalam menanggung
beban
- Aktiviti senaman yang berlebihan akan menyebabkan otot-
otot mengalami kecederaan
- Secara tidak langsung akan menganggu keupayaan
tendon atau ligamen berfungsi

11 Keletihan - Aktiviti yang melampau akan menyebabkan proses


perpeluhan dan penyingkiran bahan-bahan buangan lain
berlaku dengan cepat dalam jumlah yang banyak
- Menyebabkan badan kehilangan yang banyak / dehidrasi
- Kegagalan menggantikan kehilangan air dalam badan
dengan segera
12 Kecacatan dan kematian - Aktiviti senaman berlebihan meningkatkan kadar
metabolisme dalam badan
- Menyebabkan kadar denyutan jantung menjadi lebih cepat
dari biasa
- Boleh menyebabkan vena mengembang secara melampau
/ pecah
- Otot, sendi dan tendon yang koyak akan mencacatkan
pergerakan individu (lutut,siku,pergelangan kaki)

D. CADANGAN MELAKUKAN SENAMAN


13 Teknik senaman yang betul - Mulakan dengan proses regangan
- Lakukan secara sederhana dan tingkatkan aktiviti mengikut
kemampuan

14 Mendapatkan nasihat doktor - Golongan yang menghidapi penyakit kronik seperti


masalah jantung, diabetes perlu mendapatkan nasihat
doktor untuk melakukan aktiviti yang sesuai.
- Bagi memastikan tekanan sistolik sentiasa berada pada
paras antara 4 hingga 9 mm Hg
- Bagi mengelakkan kematian secara mengejut akibat
kegagalan sistem badan

15 Senaman secara berkala - Sekurang-kurangnya 3 kali seminggu


- Antara 20 hingga 30 minit satu sesi

Soalan-soalan Contoh :
1. Senaman penting untuk menjamin kesihatan manusia. Bincangkan manfaat yang diperoleh
daripada aktiviti ini.

Skema : 4 + 0

2. Senaman yang berlebihan boleh memberi impak negatif kepada kita. Justeru, individu yang
melakukan senaman perlu memikirkan kaedah terbaik melakukan senaman.
Bincangkan.

Skema: 2 + 2
BAHAGIAN E

9 (a). Berdasarkan jadual, tafsirkan pengidap penyakit-penyakit terpilih di kalangan


pekerja asing yang dilaporkan dalam tahun-tahun yang diliputi. Jelaskan langkah-langkah
untuk mengurangkan masalah penularan penyakit di kalangan pekerja asing.

MALAYSIA: BILANGAN PENGIDAP PENYAKIT-PENYAKIT TERPILIH


DI KALANGAN PEKERJA ASING YANG DILAPORKAN PADA
TAHUN 2000 HINGGA 2003

Tahun 2000 2001 2002 2003


Jenis penyakit
Tuberkolosis 1310 1397 1506 2145
HIV 383 369 307 294
Malaria 5776 6826 7815 6658
Denggi 192 193 420 2000
Jumlah 7661 8785 10048 11097

(Dipetik dan diubahsuai daripada Majalah Massa, Januari 2004)

9 (b). Berdasarkan jadual, bandingkan pengidap penyakit-penyakit terpilih dalam kalangan pekerja
asing yang dilaporkan bagi tahun-tahun yang diliputi. Jelaskan langkah-langkah untuk
mengurangkan masalah penularan penyakit di kalangan pekerja asing.

MALAYSIA: BILANGAN PENGIDAP PENYAKIT-PENYAKIT TERPILIH


DI KALANGAN PEKERJA ASING YANG DILAPORKAN PADA
TAHUN 2000 HINGGA 2003

Tahun 2000 2003


Jenis penyakit
Tuberkolosis 1310 2145
HIV 383 294
Malaria 5776 6658
Denggi 192 2000
Jumlah 7661 11097

Dipetik dan diubahsuai daripada Majalah Massa, Januari 2004)

Skema Jawapan 9 (a).

Idea Huraian
A. Pola perubahan
1. Pola keseluruhan meningkat 2000 – 7 661 orang
berterusan 2003 – 11 097 orang
- Peratus peningkatan sebanyak 44.85% (3 436 orang) – (2000
hingga 2003)

2. Pola meningkat
i. Tuberkolosis i. Tuberkolosis:
ii. Denggi 2000 – 1 310 orang
2003 – 2 145 orang
- Peratus peningkatan sebanyak 63.74% (835 orang) –
(2000 hingga 2003)

ii. Denggi:
2000 – 192 orang
2003 – 2 000 orang
- Peratus peningkatan sebanyak 941.67% (1 808 orang) –
(2000 hingga 2003)

3. Pola menurun – HIV 2000 – 383 orang


2003 – 294 orang
- Peratus penurunan sebanyak 23.23% (89 orang) –
(2000 hingga 2003)

4. Pola tidak konsisten – 2000 – 5 776 orang


Malaria 2002 – 7 815 orang
2003 - 6 658 orang
- Peratus kenaikan sebanyak 35.30% (2 039 orang) –
( 2000 hingga 2002)
- Peratus penurunan sebanyak 14.80% (1 157 orang) –
(2002 hingga 2003)

B. Pola bandingan
Tahun 2000 Paling tinggi:
- Malaria – sebanyak 5 776 orang berbanding jumlah
keseluruhan 7 661 orang.
- Peratus sumbangan – sebanyak 75.39%
Paling rendah:
- Denggi – sebanyak 192 orang berbanding jumlah
keseluruhan 7 661 orang.
- Peratus sumbangan – sebanyak 2.50%
(sederhana – mana-mana selain tertinggi dan terendah)

B. Pola bandingan
Tahun 2001 Paling tinggi:
- Malaria – sebanyak 6 826 orang berbanding jumlah
keseluruhan 8 785 orang.
- Peratus sumbangan – sebanyak 77.70%
Paling rendah:
- Denggi – sebanyak 193 orang berbanding jumlah
keseluruhan 8 785 orang.
- Peratus sumbangan – sebanyak 2.19%
(sederhana – mana-mana selain tertinggi dan terendah)

B. Pola bandingan
Tahun 2002 Paling tinggi:
- Malaria – sebanyak 7 815 orang berbanding jumlah
keseluruhan 10 048 orang.
- Peratus sumbangan – sebanyak 77.77%
Paling rendah:
- HIV – sebanyak 307 orang berbanding jumlah keseluruhan
10 048 orang.
- Peratus sumbangan – sebanyak 3.05%
(sederhana – mana-mana selain tertinggi dan terendah)

B. Pola bandingan
Tahun 2003 Paling tinggi:
- Malaria – sebanyak 6 658 orang berbanding jumlah
keseluruhan 11 097 orang.
- Peratus sumbangan – sebanyak 59.99%
Paling rendah:
- HIV – sebanyak 294 orang berbanding jumlah keseluruhan
11 097 orang.
- Peratus sumbangan – sebanyak 2.64%
(sederhana – mana-mana selain tertinggi dan terendah)

C. Langkah membendung 1. Laporan kesihatan yang lengkap sebelum diambil bekerja di


penularan penyakit dalam Malaysia – permohonan warga asing yang tidak melepasi
kalangan pekerja asing piawaian kesihatan yang telah ditetapkan akan ditolak.
2. Peranan majikan – membawa pekerja membuat
pemeriksaan kesihatan secara berkala.
3. Penyediaan tempat tinggal yang selesa dan bersih –
elakkan kawasan setinggan.
4. Seminar / kursus – peranan agensi pekerja asing sebelum
mula bekerja.

Skema: 2 + 1 + 1

Isi : 4
Huraian : 8 (4x2)
Bahasa : 1
Rumusan : 2

Skema Jawapan 9 (b).

Idea Huraian
A. Pola bandingan

1. Keseluruhan – pengidap (warga asing) - 2000 – 7 661 orang


penyakit terpilih lebih tinggi pada tahun - 2003 – 11 097 orang
2003 berbanding 2000

2. Meningkat paling ketara sepanjang 2 - 5 776 orang pada tahun 2000 meningkat
tahun: kepada 6 658 orang pada tahun 2003.
- Malaria - Meningkat sebanyak 882 orang bersamaan
15.27%

3. Penyakit paling sedikit - 2000 – Denggi – sebanyak 192 orang (2.51%)


- 2000 – Denggi daripada jumlah keseluruhan tahun berkenaan,
- 2003 - HIV 7 661 orang.
- 2003 – HIV – sebanyak 294 orang (2.65%)
daripada jumlah keseluruhan tahun berkenaan,
11 097 orang.
B. Pola bandingan dalam tahun:

4.Tahun 2000 Paling tinggi:


- Malaria – sebanyak 5 776 orang berbanding
jumlah keseluruhan 7 661 orang.
- Peratus sumbangan – sebanyak 75.39%
Paling rendah:
- Denggi – sebanyak 192 orang berbanding
jumlah keseluruhan 7 661 orang.
- Peratus sumbangan – sebanyak 2.50%
(sederhana – mana-mana selain tertinggi dan
terendah)

5. Tahun 2003 Paling tinggi:


- Malaria – sebanyak 6 658 orang berbanding
jumlah keseluruhan 11 097 orang.
- Peratus sumbangan – sebanyak 59.99%
Paling rendah:
- HIV – sebanyak 294 orang berbanding jumlah
keseluruhan 11 097 orang.
- Peratus sumbangan – sebanyak 2.64%
(sederhana – mana-mana selain tertinggi dan
terendah)

C. Langkah membendung penularan 6. Laporan kesihatan yang lengkap sebelum


penyakit dalam kalangan pekerja asing diambil bekerja di Malaysia – permohonan
warga asing yang tidak melepasi piawaian
kesihatan yang elah ditetapkan akan ditolak.
7. Peranan majikan – membawa pekerja membuat
pemeriksaan kesihatan secara berkala.
8. Penyediaan tempat tinggal yang selesa dan
bersih – elakkan kawasan setinggan.
9. Seminar / kursus – peranan agensi pekerja
asing sebelum mula bekerja.

Skema: 1 + 1 + 2
Isi : 4
Huraian : 8 (4x2)
Bahasa : 1
Rumusan : 2

Вам также может понравиться