Вы находитесь на странице: 1из 7

MENGUASAI FAKTA ASAS SIFIR DARAB DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH MUDAH SIFIR BAGI MURID MALAS

NAZERI ARASHAD PENGENALAN Setelah membuat satu kajian tindakan yang bertajuk Mengatasi Kelemahan Pelajar Sekolah Rendah (Tahap 2) dalam penguasaan fakta asas sifir darab, saya dapat meningkatkan penguasaan fakta asas sifir darab 2 hingga 9, khususnya murid dari kelas yang lemah dan tidak berminat dengan mata pelajaran Matematik. Walaupun ada peningkatan dalam penguasaan tersebut, saya belum berpuas hati dengan pencapaian yang ada kerana masih ada pelajar yang tercicir. Sesuatu perlu dilakukan dalam menyelesaikan masalah ini. Saya kurang berpuas hati apabila hasil pascaujian menunjukkan masih ada murid yang tidak menguasai fakta asas sifir darab, terutama kelas yang lemah. Apabila saya mengajukan pertanyaan, mengapa murid masih tidak menguasai fakta asas, jawapan yang diterima ialah, saya malas nak hafal, susahlah nak hafal dan adakah cara lain untuk dapat sifir tanpa perlu menghafal. Saya cuba mengenal pasti kelemahan kaedah yang telah diperkenalkan. Saya rasa, saya perlu mencari pencekatan lain yang dapat memenuhi kehendak murid untuk menguasai fakta asas sifir darab. Tinjauan Kepustakaan Menurut Woolfolk (1998), varias gaya kognitif dan gaya belajar berlaku kerana orientasi yang digunakan oleh pelajar terhadap alam sekeliling berbeza mengikut kecenderungan maing masing. Dalam usaha untuk meningkatkan potensi pembelajaran, maka guru harus diberikan maklumat dan kemahiran tentang pelbagai teori dan aplikasi gaya kognitif serta gaya belajar yang dimiliki oleh setiap pelajar. Pelajar pula perlu diberikan peluang untuk belajar dalam situasi, sumber, dan kaedah penyampaian sehinggalah mereka dapat mengenal pasti kaedah manakah yang paling sesuai (Ast, 1988). Oleh itu, Gregorc dan Ward (1977) menyatakan, jika guru mahu memenuhi setiap keperluan pembelajaran pelajar, maka guru terlebih dahulu harus memahami maksud perbezaan individu itu sendiri dan mengaitkan gaya mengajar mereka dengan gaya kognitif serta gaya belajar yang dimiliki oleh mereka. Jerome Burner, seorang ahli psikologi yang terkenal telah banyak menyumbang menerusi penulisan teori pembelajaran , proses pengajaran dan falsafah pendidikan. Bruner bersetuju dengan Piaget bahawa kognitif kanak-kanak berkembang melalui peringkat-peringkat tertentu. Walau bagaimanapun, Bruner lebih menegaskan pembelajaran secara penemuan, iaitu mengolah apa yang diketahui pelajar itu kepada corak dalam keadaan baharu ( lebih kepada prinsip konstruktivisme). Menurut kajian dan pemerhatian yang telah dibuat oleh Bruner dan pembantunya, Kenney, pada tahun 1963 mereka Berjaya membina empat teorem pembelajaran matematik (Mok Soon Sang, 1996), iaitu: Teorem Pembinaan: Cara yang paling berkesan bagi kanak-kanak mempelajari konsep, prinsip atau hokum matematik ialah membina perwakilan dan menjalankan aktiviti yang konkrit.

Teorem Tatatanda: Tatatanda matematik yang diperkenalkan harus mengikut perkembanga kognitif murid tersebut. Teorem Kontras dan Variasi : Konsep yang diterangkan kepada murid harus berbeza dan pelbagai supaya murid dapat membezakan konsep-konsep matematik tersebut. Teorem Perhubungan: Setiap konsep, prinsip dan kemahiran matematik hendaklah dikaitkan dengan konsep, prinsip dan kemahiran matematik yang lain.

Selain kajian tersebut, Bruner percaya bahawa kanak-kanak lebih dimotivasikan oleh masalah yang menarik yang tidak mampu diselesaikan oleh mereka dengan mudah seandainya tidak menguasai isi kandungan mata pelajaran dan kemahiran tertentu. Tujuan Kajian Kajian ini bertujuan untuk melihat status pelaksanaan program mudah sifir bagi murid yang lemah dalam fakta asas pendaraban dan melihat keberkesanannya pada murid yang malas menghafal sifir. Secara spesfifiknya, tujuan kajian ini adalah seperti yang berikut: memperkenalkan kaedah alternative untuk menguasai fakta asas sifir darab. pelajar dapat menjawab soalan-soalan pendaraban. pelajar dapat menguasai fakta asa sifir darab 2 hingga 9 dengan kaedah mudah sifir. merangsang minat murid untuk menguasai fakta asas sifir darab. mempelbagaikan kaedah penyelesaian dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) matematik.

Kumpulan Sasaran Kumpulan sasaran kajian adalah berdasarkan 1 kelas murid tahun 6 yang lemah dan tidak bermotivasi dalam mata pelajaran Matematik di sebuah sekolah rendah di daerah Kuantan, Pahang. Jumlah murid ialah 25 orang. Prosedur Kajian Ujian Pra Dijalankan sebelum kaedah mudah sifir digunakan bagi mendapatkan perbandingan pencapaian murid sebelum dan selepas kaedah tersebut dijalankan. Ini adalah bertujuan utnuk melihat keberkesanan kaedah mudah sifir. Ujian pra dijalankan selama 5 minit. Soalan ujian hanya menguji fakta asas sifir darab 2 hingga 9. Murid dikira menguasai sifir apabila setiap soalan dijawab betul. Ujian Pasca Ujian ini djalankan selepas sebulan kaedah mudah sifir dilaksanakan yang bertujuan untuk menguji penguasaan fakta asas sifir darab setelah melalui program tersebut. Soalan ujian menggunakan format yang sama seperti ujian pra. Perubahan hanya dilakukan pada nombor pada setiap soalan.

KAEDAH ATAU CARA MENGGUNAKAN KAD MUDAH SIFIR Kaedah yang dijalankan adalah dengan menggunakan kad mudah sifir. (Rujuk Gambar Rajah 1). A 3 2 1 6 5 4 9 8 7 2 8 4 B 4 0 6 6 2 8

Gambar Rajah 1: Kad Mudah Sifir Bagaimana Membina Kad Mudah Sifir? Setiap kotak mengandungi Sembilan petak (seperti gambar rajah di atas). Petak A ditulis angka dengan membilang secara1 hingga 9 bermula dari anak panah dari bawah (rujuk petak A), 1, 2, dan 3. Kemudian turun ke bawah dan tulis angka 4, 5, dan 6 naik ke atas dan turun ke bawah pula untuk menulis angka 7, dan naik dengan angka 8 dan 9. Petak B ditulis dengan cara membilang secara gandaan 2. Bermula dari angka 2 (rujuk anak panah), terus menulis angka 4 dan 6 ke kanan. Kemudian turun ke bawah dan mula menulis angka 8, 0 (0 adalah dari angka 10, buang puluh tinggal sa, iaitu 0) dan 2 ( adalah dari angka 12, buang satu puluh tinggal sa iaitu 2). Kemudian turun ke bawah untuk menulis 4, 6, dan 8 (iaitu 14, 16, dan 18, buang semua satu puluh tinggal 4, 6, dan 8).

Bagaimana Cara Menggunakan Kad Mudah Sifir untuk Pendaraban? Pastikan sifir yang hendak digunakan (sifir 1 hingga 9) yang bertanda (*) sentiasa berada di sebelah kiri atas setiap kali hendak membuat pendaraban. (Rujuk Gambar Rajah 2 hingga 5). Sifir 5 tidak boleh digunakan untuk melakukan pendaraban kerana ia berada di tengah petak. 3 *3 2 *1 6 5 4 9* 8 7* *2 8 *4 2 4 0 6 6* 2 8*

Gambar Rajah 2: Sifir 2 dan 3

*1

*3

4 7* *4

5 8 8

6 9* *2

Gambar Rajah 3: Sifir 1 dan 4

6*

*2

9*

*3

Gambar Rajah 4: Sifir 6 dan 9 8 *8 2 *6 6 0 4 4* 8 2* *7 8 *9 7 4 5 6 1* 2 3*

Gambar Rajah 5: Sifir 7 dan 8

*1

7*

*4

8*

6 8*

0 2

4 6*

Bagaimanakah Cara untuk Mendarab Menggunakan Petak Mudah Sifir? Sebagai contoh, sekarang kita akan mendarab 8 5 = Lihat petak sifir di bawah. Ia masih pada kedudukan asal.

3 2 1

6 5 4

9 8 7

2 8 4

4 0 6

6 2 8

Gambar Rajah 6 Untuk mendarab 8 5, pastikan nombor yang hendak didarab mesti berada di sebelah kiri di atas. Pusingkan kad supaya nombor 8 berada di sebelah kiri atas. Lihat gambar rajah di bawah.

8 *8 2 *6 6 0 4 4* 8 2* *7 8 *9

7 4 5 6 1* 2 3*

Gambar Rajah 7 Untuk mencari jawapan, bilang dari nombor 8, bergerak ke kanan ke nombor 6 dan 4, kemudian turun ke bawah ke angka 2 dan 0. Bilang hingga 5 petak sebab 8 5. Pada petak ke-5 yang dibilang, angka 0 ditemukan. Itu ialah jawapan kepada angka rumah sa iaitu 8 5 = ?0. Bagaimana mencari jawapan bagi rumah puluh (yang bertanda ?) iaitu 8 5 = ?0. Jawapan kepada rumah puluh (?) ialah, berapakah petak daripada 5 petak (8 5 =) kurang daripada angka 8. Angka yang terdapat dalam 8 5 ialah 8, 6, 4, 2, dan 0. Oleh itu, angka yang kurang daripada 8 dalam 5 nombor itu ialah 6, 4, 2, dan 0, iaitu 4 nombor. Oleh itu jawapan kepada puluh (?) ialah 8 5 = 40.

ANALISIS DAN DAPATAN Jadual 1: Perbandingan keputusan ujian pra dan ujian pasca sifir pendaraban 2 hingga 9 Ujian Ujian Pra Ujian Pasca Sifir 2 96% 100% 3 91% 97% 4 91% 97% 5 96% 99% 6 88% 95% 7 84% 94% 8 80% 91% 9 85% 95%

Jadual 1 menunjukkan sebilangan murid yang masih belum menguasai kemahiran mendarab dalam soalan PKSR 1 2004. Selepas ini murid-murid berkenaan akan diberi kaedah penggunaan mudah sifir untuk mengatasi masalah mendarab. Hasil penggunaan kaedah itu, terbukti bahawa kaedah alternative bagi menjadikan P&P kepada murid-murid lemah dalam pendaraban adalah berkesan untuk menarik minat mereka untuk mempelajari Matematik. Pemerhatian Proses P&P di dalam kelas menunjukkan kesan yang baik. Setiap kali soalan-soalan pendaraban diberikan, murid dapat menyelesaikannya. Daripada tingkah laku mereka, dikesani reaksi seronok dan peningkatan minat untuk menyelesaikan sebarang masalah yang melibatkan pendaraban. Refleksi Kajian tindakan ini dianggap berjaya walaupun masih terdapat murid yang tidak menguasai sifir. Murid yang tidak dapat menyelesaikan masalah yang melibatkan pendaraban telah berkurangan. Murid yang malas menghafal sifir secara tidak langsung dapat menguasai sifir 2 hingga 9. KESIMPULAN Kejayaan daripada kajian tindakan ini telah meningkatkan lagi bilangan murid yang lulus dalam setiap ujian yang melibatkan soalan pendaraban. Pertambahan murid yang lulus mata pelajaran Matematik juga meningkat. Murid yang dahulunya yang tidak berminat dalam mata pelajaran tersebut kini sudah menunjukkan minat apabila kad mudah sifir memberikan alternative baharu kepada mereka bagi menyelesaikan masalah pendaraban. BIBILIOGRAFI Bell, M., Bell, J., Bretzlauf, J., Dillard, A., Hartfield, R., Isaacs, A., McBride, J., Pitvorec, K., & Saecker, P. (2001). Everyday Mathematics The University of Chicago School Mathematics Project Teachers Reference Manual GradesK-3. The University of Chicago Mathematics Project.

Bell, J. & Bell, M. (1998). Everyday Mathematics The University of Chicago School Mathematics Project, Second Grade Teachers Manual & Lesson Guide Volume A. The University of Chicago School Mathematics Project. Bell, M., Balfamz, R., Carroll, W., Hartfield, R., Isaacs, A., McBride, J., Saecker, P., & Sconiers, P. (1999). Everyday Mathematics The University of Chicago School Mathematics Project, Fourth Grade Teachers Manual & Lesson Guide Volume A. The University of Chicago School Mathematics Project. Burton, Leone (1999). Learning Mathematics: From Hierarchies to Networks. London: Falmer Press Everyday Learning Corporation (1999). Scope and Sequence Charts by Strand and Month Kindergarten Fifth Grade, Everyday Mathematics. The University of Chicago School Mathematics Project. George S. Howard and Patrick R. Dailey, Response-Shift Bias: A Source of Contamination of Self-Report Measures, Journal of Applied Psychology, LXVI (No. 2, 1979), 144-50; Ellen R. Benjamin, Using The Post-Then Method of Evaluation, Training (November 1982), p. 72 and Robert C. Preziosi and Lesile M. Legg, Add Then Testing To Prove Trainings Effectiveness, Training (May 1983), hlm. 48-49. Linn, R.L & Gronlund. N. E. (1995). Measurement and Assessment in Teaching 7th Edition. Prentice Hall Inc. Mohamad Daud Hamzah (1994). Perkembangan Kanak-kanak dan Pembelajaran. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Sumber: Nazeri Arashad (N.D.). Menguasai Fakta Asas Sifir Darab dengan Menggunakan Kaedah Mudah Sifir bagi Murid Malas. Dlm. Azizul Rahman Abdul Rahman & Mohamad Saleeh Rahamad (2010). Strategi Pengajaran Guru Cemerlang. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. 192 202

Вам также может понравиться

  • Pinjaman Pukal (Label)
    Pinjaman Pukal (Label)
    Документ1 страница
    Pinjaman Pukal (Label)
    erynn joe
    Оценок пока нет
  • Guru Bertugas Harian
    Guru Bertugas Harian
    Документ1 страница
    Guru Bertugas Harian
    daw2381
    Оценок пока нет
  • Tulang Fail RPM
    Tulang Fail RPM
    Документ1 страница
    Tulang Fail RPM
    erynn joe
    Оценок пока нет
  • Cara Untuk Membuat Drop Down List
    Cara Untuk Membuat Drop Down List
    Документ10 страниц
    Cara Untuk Membuat Drop Down List
    erynn joe
    Оценок пока нет
  • Aku Negaraku
    Aku Negaraku
    Документ2 страницы
    Aku Negaraku
    joanne ng
    Оценок пока нет
  • Ikrar Lembaga Pengawas
    Ikrar Lembaga Pengawas
    Документ1 страница
    Ikrar Lembaga Pengawas
    erynn joe
    Оценок пока нет
  • MTE3112 Perancangan Semester 2
    MTE3112 Perancangan Semester 2
    Документ2 страницы
    MTE3112 Perancangan Semester 2
    erynn joe
    Оценок пока нет
  • Cue Checkpoint Jejak Maklumat
    Cue Checkpoint Jejak Maklumat
    Документ2 страницы
    Cue Checkpoint Jejak Maklumat
    erynn joe
    Оценок пока нет
  • Lirik T.KSH Cikgu
    Lirik T.KSH Cikgu
    Документ1 страница
    Lirik T.KSH Cikgu
    Aimi Dayana Jaafar
    Оценок пока нет
  • Dunia Muzik (Mewangi) Thn5 260215
    Dunia Muzik (Mewangi) Thn5 260215
    Документ1 страница
    Dunia Muzik (Mewangi) Thn5 260215
    erynn joe
    Оценок пока нет
  • Kasih Yesus Indah Oh Indah
    Kasih Yesus Indah Oh Indah
    Документ1 страница
    Kasih Yesus Indah Oh Indah
    erynn joe
    Оценок пока нет
  • Nama: - Kelas: 2A Tarikh: 7 April 2014
    Nama: - Kelas: 2A Tarikh: 7 April 2014
    Документ1 страница
    Nama: - Kelas: 2A Tarikh: 7 April 2014
    erynn joe
    Оценок пока нет
  • Peraturan Kelas
    Peraturan Kelas
    Документ10 страниц
    Peraturan Kelas
    erynn joe
    Оценок пока нет
  • Kalendar Kitaran Haid PK Thn4 260215
    Kalendar Kitaran Haid PK Thn4 260215
    Документ2 страницы
    Kalendar Kitaran Haid PK Thn4 260215
    erynn joe
    Оценок пока нет
  • Is Tia Dat Laung Agung
    Is Tia Dat Laung Agung
    Документ10 страниц
    Is Tia Dat Laung Agung
    Aziela Abdul Rahim
    Оценок пока нет
  • Modul MTE3143
    Modul MTE3143
    Документ116 страниц
    Modul MTE3143
    erynn joe
    100% (1)
  • Topik 1
    Topik 1
    Документ1 страница
    Topik 1
    erynn joe
    Оценок пока нет
  • Jadual Waktu PPRMT7
    Jadual Waktu PPRMT7
    Документ3 страницы
    Jadual Waktu PPRMT7
    erynn joe
    Оценок пока нет
  • Bab 2 Sistem Nombor, Operasi Dan Kod
    Bab 2 Sistem Nombor, Operasi Dan Kod
    Документ10 страниц
    Bab 2 Sistem Nombor, Operasi Dan Kod
    Shares_Together
    Оценок пока нет
  • Ketinting
    Ketinting
    Документ4 страницы
    Ketinting
    erynn joe
    Оценок пока нет
  • Kawad Kaki Pengakap
    Kawad Kaki Pengakap
    Документ7 страниц
    Kawad Kaki Pengakap
    MOHD ANUAR BIN IBRAHIM
    83% (6)
  • Senarai Kursus Pismp Math
    Senarai Kursus Pismp Math
    Документ2 страницы
    Senarai Kursus Pismp Math
    erynn joe
    Оценок пока нет
  • Salam Terakhir
    Salam Terakhir
    Документ1 страница
    Salam Terakhir
    erynn joe
    Оценок пока нет
  • Kump 7
    Kump 7
    Документ3 страницы
    Kump 7
    Guru Pemulihan Khas Skba
    Оценок пока нет
  • Senarai Kursus Pismp Math
    Senarai Kursus Pismp Math
    Документ2 страницы
    Senarai Kursus Pismp Math
    erynn joe
    Оценок пока нет
  • Bacaan
    Bacaan
    Документ2 страницы
    Bacaan
    erynn joe
    Оценок пока нет
  • Baik Dan Tidak Baik
    Baik Dan Tidak Baik
    Документ1 страница
    Baik Dan Tidak Baik
    erynn joe
    Оценок пока нет
  • Tajuk Tutorial BNK
    Tajuk Tutorial BNK
    Документ3 страницы
    Tajuk Tutorial BNK
    Carld Son
    Оценок пока нет
  • Mari Tambah
    Mari Tambah
    Документ1 страница
    Mari Tambah
    erynn joe
    Оценок пока нет
  • Token
    Token
    Документ1 страница
    Token
    erynn joe
    Оценок пока нет