Академический Документы
Профессиональный Документы
Культура Документы
com/sejarah-wayang-kulit-sejarah-watak-watak-dalam-wayang-kulit/
Mengikut pendapat para penyelidik mengatakan bahawa perkataan wayang itu adalah berasal dari sebutan orang2 jawa yg bermaksud bayang2 atau bayangan, orang kelantan menyebut woye atau ghoye, tetapi dlm lughoh sebutan orang jawa,sebutan B itu disebut seperti bunyi W. Maka dari sebutan bayang itu jadilah dia sebutan wayang. Samalah dgn sebutan org melayu di selatan thai yg menggunakan huruf J da G, oleh kerana sebutan dlm bahasa thai tidak ada sebutan J dan G ini lalu di gantikan dgn sebutan Y dan K, seperti Jala = Yala, Sungai Golok = Sungai Kolok. Ada juga yg menafsirka sebagai bayangan angan2 untuk menggambarkan peel perangai rupo cato orang terdahulu secara angan2. itu pasal bentuk wayang digambarkan dalam bermacam rupa, kalu jenih baik gak rupo supo menesio, kalu jenih jahat gak mulut luas la, gigi samo besa nga mato kapok, lidoh panje. semua ini dibuat mengikut imeginasi sahaja mugo tak besa tengok. Di samping itu ada beberapa pendapat lagi yg kita tak tulih takut bejelo sgt. Bagaimana pun teater wayang kulit ini adalah dipecayai sebuah teater yg sgt tua merangkumi seluruh asi tenggara termasuk turki, cina dan india. kerana luasnya taburan teater ini dimerata2 maka timbulah pelbagai cerita atau teori yang mengisahkan tentang asal usulnya. 1. Salah satu drpd pendapat yg mengatakan bahawa wayang kulit ini berasal dari india. Katanya wayang kulit ini di bawa masuk ketempat kita dan asia tenggara amnya melalui pengaruh hindu pada masa itu. Pengaruh tersebut dapat kita lihat sampai sekarang di dalam wayang kulit yang membawa cerita2 dari india seperti Ramayana dan Mahabharata Demikian pula dengan bentuk patungnya, menurut mereka terdapat banyak persamaan bentuk patung wayang di kemboja dan thailand mempunyai persamaan dgn apa yg terdapat di Andhra Pradesh, Orissa dan Kerala di India. Adapun patung wayang di Malaysia dan Indon pula menerima pangaruh dari patung wayang golek di India juga. Di antara para sarjana yang menyokong pendapat ini ialah Sabri East Siyavusgil, Jacques Brunet dan William Ridghway. 2. Salah dua drpd pendapat pula mengatakan bahawa wayang kulit ini berasal dari China. Mereka pula merujuk kepada suatu cerita lagenda di zaman raja Han Wu Ti yg menayangkan bayangan dikelir sebagai memanggil roh semangat isteri baginda. Pendapat ini di utarakan oleh Berthold Laufer. 3. Salah tiga drpd pendapat pula mengatakan bahawa wayang kulit ini berasal dari jawa. Mereka mengatakan bahawa banyak istilah jawa kuno yg terdapat dlm wayang purwa telah pun ada sebelum masuknya pengaruh hindu ke Asia tenggara. Pendapat ini di kemukakan oleh Hazeu.
Setakat ini belum ada satu bukti yg jelas untuk kita mengatakan tempat yang sebenarnya kemunculan wayang kulit itu. Tentang wayang kulit kelantan pula sejarah tradisinya adalah berasal dari siam, tetapi jika di lihat pada penceritaan dan pengucapannya, wayang kelantan ini sudah pun menerima pengaruh dari jawa. Oleh kerana negeri kita ni terletak di tengah2 dunia melayu jadi tak mustahil kita telah menerima budaya serantau melalui hubungan perdagangan, kebudayaan dan sebagai lagi.
http://salampantaitimur.com/asal-usul-wayang-kulit/ Wayang kulit (Puppet Shadow Play) sangat popular di rantau Asia Tenggara. Terdapat berbagai bentuk dan jenis wayang kulit bergantung kepada suasana dan latar belakang masyarakat. Wayang kulit telah wujud di Kemboja (Kampuchea) lebih 1000 tahun yang lalu. Di Malaysia, wayang kulit mula diperkenalkan 300-400 tahun yang silam. Mengikut catatan sejarah wayang kulit pernah dipersembahkan di perkarangan Istana Raja Melayu yang pertama memerintah negeri Kelantan 200 tahun dahulu. Wayang kulit yang tertua di Kemboja dan Thailand telah dipersembahkan oleh sekumpulan yang pandai bertindak pantas, berdiri bersebelahan, setiap seorang memegang sekumpulan kerektor Ramayana di atas kepala mereka. Kerektor-kerektor tersebut lebih 4 kaki tinggi, dan menari secara melintang di belakang skrin yang berukuran 20 kaki panjang dan 8 kaki tinggi. Persembahan ini mungkin satu kerja seni untuk menghibur Raja Khmer di Angkor pada abad ke 10 dan 11 selepas masehi. Wayang kulit gergasi ini adalah untuk persembahan kerabat diraja, tetapi jenis yang lebih mudah dan kecil telah diadakan di Kemboja dan Thailand pada masa kemudian untuk hiburan masyarakat umum. Figura yang dibuat daripada kulit lembu, mempersembahkan watak individu dari Ramayana dan jarang yang lebih daripada 2 kaki tinggi.
http://community.um.ac.id/showthread.php?63712-Sejarah-Wayang-Kulit
Sejarah Wayang Kulit
WAYANG adalah salah satu puncak seni budaya bangsa Indonesia yang paling menonjol di antara banyak karya budaya lainnya. Budaya wayang meliputi seni peran, seni suara, seni musik, seni tutur, seni sastra, seni lukis, seni pahat, dan juga seni perlambang. Budaya wayang, yang terus berkembang dari zaman ke zaman, juga merupakan media penerangan, dakwah, pendidikan, hiburan, pemahaman filsafat, serta hiburan. Menurut penelitian para ahli sejarah kebudayaan, budaya wayang merupakan budaya asli Indonesia, khususnya di Pulau Jawa. Keberadaan wayang sudah berabad-abad sebelum agama Hindu masuk ke Pulau Jawa. Walaupun cerita wayang yang populer di masyarakat masa kini merupakan adaptasi dari karya sastra India, yaitu Ramayana dan Mahabarata. Kedua induk cerita itu dalam pewayangan banyak mengalami pengubahan dan penambahan untuk menyesuaikannya dengan falsafah asli Indonesia. Penyesuaian konsep filsafat ini juga menyangkut pada pandangan filosofis masyarakat Jawa terhadap kedudukan para dewa dalam pewayangan. Para dewa dalam pewayangan bukan lagi merupakan sesuatu yang bebas dari salah, melainkan seperti juga makhluk Tuhan lainnya, kadang-kadang bertindak keliru, dan bisa jadi khilaf. Hadirnya tokoh panakawan dalam_ pewayangan sengaja diciptakan para budayawan In*donesia (tepatnya budayawan Jawa) untuk mem*perkuat konsep filsafat bahwa di dunia ini tidak ada makhluk yang benar-benar baik, dan yang benar-benar jahat. Setiap makhluk selalu menyandang unsur kebaikan dan kejahatan. Dalam disertasinya berjudul Bijdrage tot de Kennis van het Javaansche Tooneel (1897), ahli sejarah kebudayaan Belanda Dr. GA.J. Hazeau menunjukkan keyakinannya bahwa wayang merupakan pertunjukan asli Jawa. Pengertian wayang dalam disertasi Dr. Hazeau itu adalah walulang inukir (kulit yang diukir) dan dilihat bayangannya pada kelir. Dengan demikian, wayang yang dimaksud tentunya adalah Wayang Kulit seperti yang kita kenal sekarang. Gambar di atas adalah Adipati Karna. Untuk informasi tentang Adipati Karna, silakan lihat disini.
http://www.kpkk.gov.my/pdf/buku/wayang_kulit.pdf
WAYANG KULIT PENGENALAN Wayang Kulit adalah satu bentuk teater tradisional yang menggunakan prinsip cahaya dan bayang. Bayang-bayang daripada patung-patung kulit yang terdiri dari pelbagai watak methologi dan khayalan dilarikan oleh seorang Dalang- yang menceritakan kisah-kisah Ramayana atau Mahabarata yang berasal dari India, tetapi yang sudah diadaptasi sedemikian rupa oleh para pujangga pewayangan di Jawa dari generasi ke generasi ratusan tahun yang lalu Persembahan wayang kulit selalunya diiringi oleh satu kumpulan muzik paluan atau gamelan dan juga alat tiupan (serunai) atau alat bertali (rebab). PERANAN WAYANG KULIT DALAM KONTEKS SOSIO BUDAYA MASYARAKAT Pelbagai bentuk dan jenis wayang kulit boleh didapati di Asia dan lebih-Iebih lagi di Tenggara Asia. Setiap jenis mempunyai bentuk dan wataknya yang tersendiri dan agak berbeza dari satu kawasan atau latar belakang masyarakat kepada yang lain. Hari ini di Semenanjung Malaysia sahaja terdapat empat jenis wayang kulit dan setiap satu mencerminkan pengaruhpengaruh masyarakat dan juga kebudayaan yang telah mempengaruhi masyarakat itu. Terdapat empat jenis wayang kulit di Semenjung Malaysia iaitu: i) Wayang Kelantan (disampaikan dalam bahasa Melayu loghat Kelantan dan berasas kepada pengaruh Patani). ii) Wayang Melayu (disampaikan dalam bahasa Melayu berpengaruh Jawa) iii) Wayang Purwo (disampaikan dalam dalam bahasa Jawa dan diselit dengan dengan bahasa Melayu tempatan). iv) Wayang Gedek (lazimnya disampaikan dalam bahasa Thai dan bahasa Melayu loghat tempatan). Dari keempat-empat jenis wayang kulit ini yang pertama dan kedua didapati di Kelantan dan negeri-negeri Pantai Timur, yang ketiga terdapat di bahagian
Selatan Pantai Barat Semenanjung terutamanya di Johor dan yang keempat terdapat di negeri Kedah, Perlis dan beberapa negeri utara Pantai Barat Semenanjung. Pada asasnya kesemua bentuk atau jenis wayang kulit yang terdapat di Semenanjung Malaysia mempunyai pengaruh-pengaruh samada dari Jawa atau Patani (Selatan Thai) tetapi dalam perkembangannya semua pengaruh ini telah mengalami perubahan dan penyesuaian mengikut penerimaan dan konteks masyarakat tempatan. Perkara ini berlaku adalah kerana wayang kulit pada dasarnya merupakan satu alat perhubungan masyarakat di samping satu rupa pengutaraan kesenian. Pada asasnya, aliran cerita, bentuk patung-patung dan watak masih lagi mengekalkan keaslian dan pengaruh asalnya tetapi pada adegan-adegan kelakar 'comic relief' yang sering terdapat di sepanjang cerita wayang kulit itu, ianya jelas mengemukakan unsur-unsur tempatan dari segi bahasa dan juga peristiwa-peristiwa yang digambarkan. Oleh itu, wayang kulit sebenamya boleh dinikmati (hayati) dalam dua peringkat. Kedua-duanya mempunyai peranan yang penting.
JENIS DAN BENTUK WAYANG KULIT DI MALAYSIA A. WAYANG KELANTAN Pengenalan Jenis wayang kulit ini dahulunya dikenali sebagai Wayang Kulit Siam kerana pemerintahan Melayu Kelantan yang berasal dari Patani di negeri Siam. Walaubagaimanapun, ia dipercayai berasal dari Kemboja tetapi dibawa masuk ke Kelantan melalui Patani. Wayang ini tersebar dengan meluas di Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Isi Cerita
Cerita yang dimuat dalam wayang ini berdasarkan cerita dalam Hikayat Seri Rama. Hikayat Seri Rama merupakan himpunan cerita yang disadur dari epik Ramayana tradisi India.
Wayang Kelantan
http://kebudayaan.kpkk.gov.my/about/perkhidmatan/?c5=644&menu_id=55&c3=50&click=1
Wayang Gedek
Wayang Gedek ialah sejenis persembahan yang dipersembahkan di Utara Semenanjung Malaysia seperti di Perlis, Kedah dan juga Perak. Wayang gedek menggunakan dialek Kedah bercampur Thai. Peralatan muzik yang digunakan ialah gedombak, serunai, canang, gedok, gong dan tamborin. Wayang gedek menggunakan patung yang diukir halus dan berwarna-warni.
Wayang kulit adalah satu permainan tradisi yang menggunakan patung2 wayang dengan iringan alat muzik tradisional. Patung2 wayang di bentuk, di tatah dan di ukir mengikut kehendak watak-watak dalam cerita yang di lakonkan. Di negara kita Malaysia ada terdapat empat jenis wayang kulit kesemuanya iaitu wayang kulit kelantan, wayang kulit melayu, wayang kulit gedek dan wayang kulit purwa. 1. Wayang Kulit Kelantan - Wayang kulit jenis ini juga di kenali sebagi wayang siam, kerana negeri kelantan pada suatu masa dulu di bawah naungan patani dan patani ni di percayai menjadi pusat kesenian yang terdapat makyung, menora dan wayang kulit. Cerita wayang kulit kelantan kebanyakannya adalah saduran dari epik ramayana versi thai. se orang dalang perempuan berbangsa thai bernama mak eghak adalah di anggap orang yang pertama mendalang dalam wayang jenis ini di kelantan. Patung2 wayangnya juga terutama patung Sri Rama dan Laksemana adalah lebih mirip ke arah pakaian tradisional orang selatan thai. Itulah juga makanya wayang tersebut di sebut sebagai wayang siam Alat2 muzik yang di gunakan dalam permainan wayang kulit kelantan ini ialah: - Tetawak (gong) - Canang - Kesi - Gedang - Geduk - Gedombak - Mong mustahak 2 biji (ibu dan anak) 1 pasang (ibu dan anak) 2 pasang (penahan dan pengicah) 2 biji (ibu dan anak) 2 biji (ibu dan anak) 2 biji (Peningkah dan pembawa) 1 biji (Sebagai alat tambahan sahaja, bagaimana pun juga jika di kehendaki memainkan lagu2 tertentu).
2 batang (Serunai besar dan serunai nyanyi) 1 buah (Alat ini di guna sebagai mengganti suara perintah dan sebagai alat bantu kesan bunyi).
2. Wayang Melayu - Wayang kulit melayu ini di mainkan oleh orang kita di kelantan, trengganu, kedah dan patani. Cerita yang di lakonkan juga adalah dari epik Mahabharata (Padawa Lima) dan Ramayana, yang terbanyak sekali adalah dari hikayat Panji. Patung wayang kulit jenis ini lebih mirip kepada patung wayang purwa tetapi terdapat beberapa pengubahsuaian menjadi hampir kepada patung wayang gedog. Alat muziknya terdiri dari: - Gong - Canang - Mong - Kesi - Gendang - Rebab 2 buah (Setaraf dgn bunyi kempul dlm gamelan jawa). 6 biji (Di sebut juga sebagai kelenangan) 1 biji 3 pasang (2 set penahan dan 1 set pengicah) 2 biji (Ibu dan anak) 1 batang (Bertali dua)
3. Wayang Gedek - Wayang ini biasanya di mainkan oleh orang2 siam. Di negeri kedah wayang gedek ini di mainkan oleh orang melayu dengan memakai loghat utara. Cerita2 yang selalu dibawanya ialah cerita2 yang bercampur dari hikayat lama dan cerita tanggaman yg baru seperti cerita awang kudis buta. Kalau zaman dahulu ada juga di mainkan cerita dalam hikayat ramayana seperti Phra lak. Patung wayangnya bersaiz kecil kebanyakannya mempunyai pandangan muka pada posisi depan.
Alat2 muziknya pula terdiri daripada: - Serunai 1 batang (kalau di negeri kedah serunai yg di gunakan ialah jenis serunai tempatan) 1 buah (Klong that) 2 buah (Thon) 2 biji 1 pasang (Cing)
4. Wayang Purwa - Wayang purwa ini biasanya di mainkan oleh orang2 kita yang berketurunan jawa di johor dan Selangor. Cerita yang di lakonkan ialah dari epik Mahabharata danjuga epik Ramayana. Alat2 muzik yang mengiringi permainan wayang purwa di panggil gamelan dan nadanya pula slendro. Alat gamelannya terdiri dari: - Gong agong - Gong suwukan - Kempul - Kenong - Gender - Slentem - Saron Demung 1 buah 1 buah 5 biji 5 biji 1 atau 2 set 1 set 1 set
1 set 1 set 1 set 2 set (Barung dan penerus) 1 batang 3 biji (Gede, wayangan, ketipung)
Wayang Alat Penerapan Pengajaran Dalam tiap2 jenis wayang, lelakon penceritaannya tetap di selitkan pengajaran kepada masyarakat. Kelakuan serta watak antara baik dan jahat nyata di gambarkan oleh dalang. Untuk menjadi seorang dalang, seharusnya ia hendaklah mahir dalam hukum agama dan adat istiadat. Gambaran perletakan patung2 yg berperwatakan jahat di sebelah kiri dan patung2 yang berperwatakan baik di sebelah kanan adalah bermaksud untuk memisahkan antara baik dan jahat. Pembahagian Jenis Cerita Dalam Wayang Kulit Kelantan 1. Cerita pokok - Bermula dari hikayat Maharajawana, kesah Sri Rama memperisterikan Siti Dewi, Siti Dewi di culik oleh Maharajawana, Sri Rama berjaya mengalahkan Maharajawana dan mengambil balik Siti Dewi. 2. Cerita Ranting - Berdasar kepada cerita pokok yang di atas tetapi terkeluar dari jalan ceritanya, seperti cerita Anak Kerbau Hamuk. 3. Cerita Taggaman - Bagi dalang yang pandai, ia dapat mereka cerita2 yag di beri watak utamakan kepada Sri Rama, tetapi cerita tersebut bukan terdapat di dalam hikayat Sri Rama pun, sebagai contohnya seperti cerita burung ketitir kuning, ikan permata sisek tersona, wak long jadi raja dan bermacam2 lagi. 4. Cerita saduran - Cerita2 ini tidak ada kena mengena dengan watak yang
terdapat dalam ketiga2 jenis cerita di atas, ianya di ambil dari hikayat melayu lama dan hikayat yang mempunyai pengruh arab dan sebagainya. Sebagai contohnya ialah hikayat Hang Tuah, Hikayat Ahmad dan Muhammad, Kuda Hijau Baitulkafrah, Syah Kobat dan lain lagi. 5. Cerita pinjaman - Cerita ini termasuk dalam cerita saduran tetapi lebih menjurus kepada cerita2 panji (Inu kertapati) yang terdapat dalam wayang melayu tetapi di mainkan dalam wayang kelantan. Dengan menggunakan patung Sri Rama tetapi nama watak jelmaannya ialah di pakai ama watak wayang melayu. Sebagai contoh Misa iling mercu jiwa, Sri Panji Angga digunung, Misa lara pati, Misa lara sari, Aria demang semangkok dll. Pembahagian Dalam Pertunjukan Wayang Kulit Kelantan A) Babak Dalang Muda. - Lagu bertabuh - Lagu lenggang beringin/tok mahasiko - Lagu perang dewa panah - Lagu Sri Rama keluar (gedombak) - Lagu hulubalang - Lagu menyembah (mengadap raja) - Lagu Sri Rama berkabar - Lagu Berjalan (masuk anjung) B) Babak Dalang Tua. - Lagu tukar dalang
Tujuan Persembahan Sekarang 1. persembahan kerana belajar bermain wayang. 2. Bersemah (bagi acara ini biasanya di buat oleh dalang yang sudah mempunyai ijazah perdalangan, acara ini juga di panggil sembah guru di buat setiap satu atau tiga tahun sekali). 3. Melepas niat (Persembahan ini selalunya atas jemputan tertentu utk mereka yg telah berniat akan mengadakan persembahan wayang kulit sekiranya mendapat sesuatu kurnia'an atau terlepas dari musibah) 4. Undangan khusus (Persembahan utk acara2 keramaian, hari jadi, perayaan, seminar dll) 5. Pertunjukan sendiri (mengadakan persembahan kerana sara hidup seperti mengenakan bayaran secara membeli tiket utk menonton)
Wayang Kulit Secara Umum 1. Seni Muzik - Kita ketahui seni muziknya amat unik dan memerlukan keahlian khusus. Lebih dari 35 buah lagu mesti di hafal oleh dalang dan panjaknya. 2. Hikayat - Bagi meneruskan penceritaan, dalang haruslah mahir dalam hikayat2 (bersifat Paramakawi dan Paramasastra). 3. Lakunan - Dalang seharusnya pandai melakunkan cerita supaya menarik, pandai dalam menbawa suasana gembira, takut,
kasih sayang, sedih, garang dan lucu (Awicarita). 4. Pengetahuan agama - Oleh kerana cerita yg di lakonkan mempunyai unsur2 pengajaran yg bercorak agama, maka kewibawaan dalang sangat2 di pelihara utuh dan menjadi tauladan dan ikutan kpd masyarakat. 5. Seni Lukis/ukir - Melukis dan memahat/menatah patung wayang adalah satu kesenian khusus yg mempunyai kemahiran dan kesabaran yg tinggi.
Penulisan yang aku buat ini adalah bersumber daripada catitan dan pegajaran mahaguru ku kepada aku semasa aku tinggal bersamanya selama 5 tahun.
http://dnobiz.com/santai/wayang-kulit-wayang-kulit-di-malaysia/ Wayang Kulit
Wayang kulit adalah sejenis seni hiburan yang sangat terkenal pada masa dahulu, Ianya merupakan seni pementasan mengunakan bayang bayang yang terhasil dari watak patung yang diperbuat daripada belulang (kulit lembu/kerbau/kambing). Wayang kulit mempunyai beberapa versi bergantung kepada negara asal mereka. Wayang kulit merupakan salah satu seni tradisional yang terdapat di beberapa buah negara di Asia Tenggara seperti Thailand,Malaysia dan Indonesia, yang terutama berkembang di Phattalung wilayah selatan Thailand,Jawa dan disebelah timur dan utara semenanjung Malaysia seperti di Kelantan, Kedah, Perlis dan Terengganu. Tok dalang atau dalang adalah merupakan orang penting dalam persembahan Wayang kulit, dimana beliau merupakan orang yang akan membawa kesemua watak dan dailog yang akan dimainkan didalam sesuatu persembahan Wayang kulit, dengan diiringi oleh muzik gamelan yang dimainkan sekelompok nayaga dan tembang yang dinyanyikan oleh para pesinden. Semasa persembahan Tok Dalang akan memaikan watak watak tersebut di sebalik tabir atau layar putih yang biasanya diperbuat daripada Kain, dan Lampu akan diletakan dihadapan dalang tetapi di belakangwatak Wayang kulit tersebut, ini bertujuan untuk memaparkan bayangan watak pada layar tapi bukan bayangan tok dalang, Jadi penonton yang berada di sebelah luar layar mereka hanya akan melihat bayangan watak cerita tapi bukan bayangan Tok dalang yang terpampang pada tabir. Bagi pihak penonton pula mereka harus mengenali dan mengetahwi serba sedikit tentang latar belakan setiap watakyang akan dimainkan, kerana ini akan memudahkan mereka memahami jalan cerita yang akan dipersembahkan.
Wayang kulit lebih popular di Jawa bahagian tengah dan timur, sedangkan wayang golek lebih sering dimainkan di Jawa Barat.
Wayang jenis ini menggunakan patung yang berpakaian moden seperti kebaya pendek.
SERUNAI
GEDUK
GENDANG
GEDOMBAK
CANANG
KESI
TETAWAK
Idiofon :
Gong Agung
Gong Agung diperbuat daripada 'perunggu', mempunyai ukuran 90 - 95 sm pada garisan lintang serta ketinggian di antara 28 - 30 sm dan mampu untuk menerbitkan siri overtone yang terbanyak dan mempunyai pic suara yang terendah dalam keluarga gong. Berperanan sebagai alat kolotomik dalam genre Gamelan di Malaysia. Sifat kolotomiknya adalah lebih berpusat kepada ciri-ciri penamat bagi sesebuah lagu dan adakalanya digunakan sebagai penanda bagi keratin frasa-frasa lagu mengikut repertoirnya. Gong Agung daripada perunggu sering digunakan dalam permainan Gamelan Melayu iaitu satu nama genre yang digunakan apabila membicarakan mengenai rangkaian Gamelan di Malaysia iaitu Joget Gamelan, merupakan gabungan tarian dan muzik yang mula dicipta di kalangan istana-istana di Pahang pada abad ke 19, kemudian Terengganu pada awal abad ke 20. Manakala Gong Agung yang sering digunakan dalam ensemble yang berkembang di Johor adalah diperbuat daripada besi oleh tukang-tukang yang mahir dari kalangan masyarakat Melayu berketurunan Jawa. Mereka menggunakan teknik petri dan tempa untuk membuat gong tersebut.
Gong Agung digunakan secara berpasangan dengan Gong Suwukan, iaitu alat kolotomik yang berukuran sederhana besar dalam keluarga gong. Ianya diperbuat daripada penunggu dan berukuran 65 sm pada garis lintang. Sifat kolotomiknya lebih berpusat kepada ciri-ciri pembahagian pada keratan frasa-frasa lagu mengikut proses 'gongan' iaitu satu proses pembinaan lagu bagi setiap pembahagian keratannya sebelum kemasukkan gong yang berkenaan.
Idiofon :
Kesi
Sejenis alat idiofon dari keluarga 'simbal' yang dibentuk daripada kepingan tembaga. Bahagian tengah permukaannya kelihatan melengkung ke dalam. Berperanan sebagai alat pelengkap irama dalam ensemble paluan tradisional. Ianya disertakan dalam dua pasangan iaitu salah satu daripadanya dipaku pada tapak kayu secara kekal dan yang satu lagi dipasangkan dengan tali. Untuk menghasilkan bunyi, alat-alat tersebut dilagakan dengan menggunakan kaedah hentakan. Digunakan dalam ensemble paluan tradisional yang pada mulanya berkembang di negeri Kelantan seperti Wayang Kulit, Mak Yong dan Menora serta ensemble paluan untuk mengiringi tarian tradisional seperti Asyik dan Wau Bulan. Suara yang dapat dihasilkan oleh alat ini adalah gemersik dan memecah (crashing sound).
yang terakhir ialah seni lukis iaitu setiap ukiran atau seni lukis yang ada pada patung wayang kulit adalah dianggap sebagai satu kesenian. Jika kita bandingkan antara patung wayang kulit dari Indonesia dan dari Malaysia, kita akan mendapati bahawa patung dari Indonesia adalah lebih unik. Hal ini boleh dilihat dari segi ukiran mata yang membawa watak-watak tertentu. Setiap ukiran pada patung-patung yang dihasilkan mempunyai fungsi, karektor dan simbol yang tersendiri.
Chordophone Adalah jenis alat musik yang menggunakan senar atau dawai sebagai sumber suara, yang digetarkan dengan cara dipetik, dikocok atau digesek dengan busur. Alat musik ini dapat ditemukan di berbagai daerah di Indonesia. Alat musik ini terbuat dari kayu, bambu, ataupun batok kelapa. Senar biasanya terbuat dari serat pohon, akar (biasanya akar palem arenga), sedangkan senar pada busur terbuat dari ekor kuda. Jumlah senar dalam satu alat musik bervariasi dari 1 hingga 10 senar. Dewasa ini, bahan untuk membuat alat musik ini mudah didapatkan. Walaupun sebagian senar terbuat dari logam, yang tentu saja akan berpengaruh pada suara alat musik tersebut. Rebab adalah salah satu alat musik gesek yang dapat ditemukan di berbagai daerah di Indonesia, terutama di daerah melayu. Dahulu kala, oarang-orang persia menggunakan rebab satu senar untuk menari yang dikenal sebagai rebab ul shaer.
Membranophone Membranophone adalah alat musik yang menghasilkan suara dengan memukul selaput atau kulit (kuliat binatang). Sekarang ini alat musik tersebut dikenal sebagai gendang (drum). Bentuk gendang jawa kuno pertama kali ditemukan pada lukisan pahat Candi Borobudur, Candi Siwa (kompleks Prambanan) dan di Candi Panataran.