You are on page 1of 22

GMGF 3013 PENGURUSAN ANALISIS PELABURAN AWAM

1.0

PENGENALAN

Malaysia merupakan sebuah Negara yang mengamalkan sistem kerajaan demokrasi berparlimen di bawah pentadbiran Raja Berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Demokrasi ialah suatu bentuk kerajaan dimana kuasa menggubal undang-undang dan struktur kerajaan adalah ditentukan oleh rakyat. Dalam sistem demokrasi,

undang-undang digubal sama ada oleh rakyat atau wakil yang dipilih oleh rakyat. Sebuah negara atau kerajaan yang mengamalkan sistem demokrasi dikenali sebagai sebuah negara atau kerajaaan yang demokratik. Salah satu syarat

sistem Demokrasi Berparlimen adalah pembahagian kuasa kepada tiga bahagian di dalam pemerintahan, iaitu Perundangan, Kehakiman dan Pentadbiran atau Eksekutif.

Sistem kerajaan di Malaysia terbahagi kepada tiga, iaitu Kerajaan Persekutuan (Pihak Berkuasa Persekutuan), Kerajaan Negeri (Pihak Berkuasa Negeri) dan Kerajaan Tempatan (Pihak Berkuasa Tempatan). Kerajaan

tempatan di Malaysia merupakan kerajaan di peringkat paling rendah dalam sesuatu sistem kerajaan di Malaysia. Ia berkuasa untuk mengenakan cukai yang terhad seperti cukai pintu. Selain itu agensi kerajaan ini boleh yang

menguatkuasakan undang-undang

kecil (by-laws)

kepada

penduduk

berada di dalam kawasan pentadbiran mereka. Lazimnya pegawai tertinggi di dalam kerajaan tempatan dipanggil Datuk Bandar bagi bandar raya,

manakala Yang di-Pertua Majlis atau Presiden bagi kawasan perbandaran dan juga Majlis-majlis daerah. Perlembagaan Persekutuan Malaysia meletakkan

kuasa eksklusif mentadbir kerajaan tempatan kepada kerajaan negeri.

Page 1 of 22

NGAH IZWAN BIN ALANG REJAB NO MATRIK : 194638

GMGF 3013 PENGURUSAN ANALISIS PELABURAN AWAM

Sebelum kerja-kerja penyusunan semula dan penguatkuasaan Akta Kerajaan Tempatan 1976, wujud 6 jenis pihak berkuasa tempatan (PBT) yang keseluruhannya berjumlah 418 buah. Jenis-jenis itu adalah:

Dewan Bandaraya Majlis Perbandaran Majlis Bandaran Lembaga Bandaran Majlis Daerah Luar Bandar Majlis Tempatan

Hasil penerapan Akta 171 itu, secara hakikinya wujud hanya dua jenis kerajaan tempatan iaitu untuk kawasan bandar (Majlis Perbandaran) dan desa (Majlis Daerah). Namun demikian, Akta 171 itu membenarkan pembentukan kerajaan tempatan bertaraf bandar raya. Status ini dianugerahkan oleh Yang di-Pertuan Agong dengan perkenan Majlis Raja-raja. Selain yang dinyatakan oleh Akta 171, beberapa badan khas telah ditubuhkan dengan peranan sebuah PBT. Badanbadan ini ditubuhkan sama ada melalui Akta Parlimen mahupun Enakmen dan Ordinan Negeri.

Hari ini, wujud empat jenis kerajaan tempatan di negara ini yang disusun mengikut hierarki seperti berikut: Bandar raya - dikenali sebagai Dewan Bandaraya atau Majlis Bandaraya

Bandar - dikenali sebagai Majlis Perbandaran Luar bandar - dikenali sebagai Majlis Daerah

Page 2 of 22

NGAH IZWAN BIN ALANG REJAB NO MATRIK : 194638

GMGF 3013 PENGURUSAN ANALISIS PELABURAN AWAM

Kawasan khas - dikenali sebagai Perbadanan atau Pihak Berkuasa Tempatan

Sistem

Kerajaan

Tempatan

di

Malaysia

dijalankan

berlandaskan

prinsip ultra-vires yang berasal dari perkataan Latin yang membawa maksud untuk melangkaui kuasa dan juga kecekapan umum. Namun begitu, PBT telah diberikan kuasa yang luas di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976. Peranan dan fungsi yang dimandatkan kepadanya bukan sahaja meliputi tugas-tugas wajib malah boleh menjalankan tugas menurut budi bicara mereka sendiri. Tugas-tugas wajib itu termasuk pengumpulan sampah, penyelenggaraaan lampu-lampu jalan dan juga aktiviti-aktiviti berkaitan kesihatan awam. Fungsi budi bicara itu pula termasuklah peranan pembangunan seperti menyediakan kemudahan-kemudahan awam, taman-taman rekreasi, perumahan dan juga kegiatan-kegiatan perdagangan. Menurut Akta 171, PBT diserahkan peranan dan tugas-tugas berikut:

Kuasa perancang tempatan Kuasa mengeluarkan lesen Kuasa mengenakan cukai-cukai tertentu Membina bangunan, perumahan dan unit-unit perdagangan (pasar, gerai-gerai)

Kuasa untuk menjalankan fungsi merancang dan menguruskan kawasan bandar

Mengurus dan mengawal lalu lintas (termasuk mengurus sistem pengangkutan awam bandaran)

Kuasa untuk merancang dan menyediakan kemudahan-kemudahan awam

Page 3 of 22

NGAH IZWAN BIN ALANG REJAB NO MATRIK : 194638

GMGF 3013 PENGURUSAN ANALISIS PELABURAN AWAM

Secara amnya, tugas dan peranan PBT ini boleh dikategorikan kepada alam sekitar, orang awam, sosial dan juga pembangunan.

Jadual di bawah ini menunjukkan peratusan perbelanjaan dalam sektor kerajaan kepada keluaran dalam negeri kasar sekitar tahun 1966 hingga 2005.

Page 4 of 22

NGAH IZWAN BIN ALANG REJAB NO MATRIK : 194638

GMGF 3013 PENGURUSAN ANALISIS PELABURAN AWAM

2.0

PERUMAHAN AWAM DI MALAYSIA 2.1 Barang Awam Barang awam merupakan barang yang boleh digunakan oleh seorang pengguna tanpa menurunkan jumlah yang digunakan oleh orang lain (Edwin Mansfield, 1996). Selain itu, barang awam juga boleh

didefinisikan sebagai barang dimana penggunaannya tidak diputuskan oleh pengguna secara perseorangan tetapi oleh masyarakat secara keseluruhannya dan ia dibiayai oleh percukaian. Ia digunakan tanpa

mengurangkan jumlah yang ada untuk keperluan lain dan tidak boleh ditahan dari mereka yang tidak membayarnya. Barang Awam juga adalah statistik ekonomi dan maklumat lain, penguatkuasaan undang-undang dan ketenteraman, pertahanan negara, taman negara, dan lain-lain. Pasaran tidak wujud untuk barangan ini dan mereka mesti memperuntukkannya untuk semua orang. Pihak yang bertanggungjawab dalam penyediaan

barang awam ini ialah kerajaan (BusinessDictionary.com, 2010).

Barang awam mempunyai dua ciri iaitu : 1) Barang yang tiada persaingan (nonrivalrous) bermaksud individu boleh menggunakan barang yang sama tanpa menurunkan bilangan dan nilainya kepada individu yang lain. Ia merupakan barangan yang dapat dinikmati serentak oleh bilangan pengguna yang tidak terhad. 2) Barang yang tiada pengasingan (nonexcludable) bermaksud apabila ia wujud, semua orang berhak untuk menggunakannya. Individu tidak boleh dicegah dari menggunakan barang tersebut.

Page 5 of 22

NGAH IZWAN BIN ALANG REJAB NO MATRIK : 194638

GMGF 3013 PENGURUSAN ANALISIS PELABURAN AWAM

Antara

contoh

barang

awam

adalah

pertahanan

negara,

perlindungan polis, penambahbaikan jalanraya, lebuh raya dan jambatan, lampu isyarat, pendidikan sekolah rendah dan menengah, tempat letak kereta awam, siaran radio awam, siaran televisyen awam, penjagaan kualiti udara dan air.

Barang awam banyak berhadapan dengan masalah free-riding. Free-riding ialah seseorang yang menikmati maanfaat dari barangan atau perkhidmatan melebihi daripada penggunaan yang sepatutnya tanpa perlu membayarnya. Contohnya, dalam pengangkutan awam, terdapat

pengguna yang menaikinya tanpa membayar tambang. Sekiranya ramai orang melakukan perkara ini, maka sistem pengangkutan awam tersebut akan tergendala kerana mengalami masalah peruntukkan wang untuk menjalankan operasinya.

2.2

Perumahan Awam Ia

Perumahan juga merupakan salah satu contoh barangan awam.

mempunyai pelbagai skop definisi yang luas. Definisi yang paling asas, perumahan ialah bangunan atau struktur fizikal, tempat tinggal atau tempat berlindung. Namun definisi perumahan mencakupi tempat untuk melaksanakan pelbagai aktiviti menjana ekonomi dan membangunkan kehidupan serta merangkumi isu-isu perancangan dan alam sekitar. Perumahan didefinisikan sebagai satu aktiviti dan proses. Menurut Turner (1976) perumahan perlu dilihat sebagai suatu aktiviti yang melibatkan setiap individu dan sebahagian daripada masa dan tabungan mereka.

Page 6 of 22

NGAH IZWAN BIN ALANG REJAB NO MATRIK : 194638

GMGF 3013 PENGURUSAN ANALISIS PELABURAN AWAM

Perumahan juga sebahagian daripada industri dan pengguna kepada sebahagian besar tanah-tanah Bandar.

Menurut Parid Wardi (1997:830) pula, mengemukakan perumahan sebagai suatu proses. Menurut beliau untuk memperolehi rumah, ia melibatkan perancangan dan proses perluasan atau pertambahan yang tiada hentinya. Sehubungan dengan itu, perumahan boleh dijadikan sebagai instrument dan alat perubahan contohnya untuk meningkatkan taraf dan kualiti kehidupan. Perumahan juga boleh didefinisikan sebagai ruang membangun sebuah kehidupan. Selain menjadi tempat untuk berlindung, perumahan juga mengandungi konsep keselamatan, kasih sayang, keamanan dan kebebasan. Oleh itu perumahan mestilah

berfungsi sebagai ruang kehidupan untuk anak-anak, suami isteri dan golongan tua. Perumahan yang selesa menyumbang kepada kesihatan dan kesejahteraan hidup, keyakinan dan keselamatan. Sehubungan itu, cara perumahan disediakan dan pemilikannya akan memberi kesan terhadap matlamat pembangunan seperti agihan kekayaan dan

pembasmian kemiskinan.

Tambahan pula, perumahan juga penting

kepada ekonomi Negara yang mana boleh diukur dalam bentuk guna tenaga, pengeluaran, pelaburan dan perbelanjaan pengguna dan dilihat berdasarkan.

Page 7 of 22

NGAH IZWAN BIN ALANG REJAB NO MATRIK : 194638

GMGF 3013 PENGURUSAN ANALISIS PELABURAN AWAM

Menurut Green (1997 ) pelaburan dalam perumahan akan memberi perubahan kepada KNK dan perubahan tersebut seterusnya akan melibatkan perubahan dalam sektor bukan perumahan. Oleh itu,

pelaburan dalam perumahan akan memberi kesan yang berganda kepada pelaburan dalam sektor yang lain dan seterusnya merangsang ekonomi sesebuah Negara. Berdasarkan kepentingan perumahan dalam ekonomi dan pembangunan sesebuah Negara, isu-isu berkaitan dengan

perumahan masih menjadi tajuk perbincangan yang berlanjutan bagi golongan akademik dan juga golongan pembuat dasar.

Rumah yang dibina sendiri oleh pihak kerajaan atau yang dibeli daripada oleh pemaju yang mempunyai piawaian yang ditetapkan oleh Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri. Perumahan yang

dibina tersebut mempunyai kemudahan asas yang sempurna seperti bekalan air bersih, elektrik, sistem kumbahan pembentungan najis dan mempunyai jalan masuk. Rumah yang dibina ini diperolehi melalui peruntukan Kerajaan melalui sesebuah Jabatan atau Kementerian.

Dasar perumahan negara adalah untuk menyediakan perumahan yang mencukupi, berkualiti dan dalam kemampuan semua rakyat dari segenap lapisan masyarakat terutama bagi golongan yang berpendapatan rendah. Oleh itu kerajaan telah membentuk dasar dan program program tertentu bagi mencapai matlamat dasar perumahan negara. Peraturan dan panduan untuk industri perumahan (Lawrence Chan,1997) termasuklah Akta Pemaju. Pihak Berkuasa yang bertanggung jawab di dalam

Page 8 of 22

NGAH IZWAN BIN ALANG REJAB NO MATRIK : 194638

GMGF 3013 PENGURUSAN ANALISIS PELABURAN AWAM

pembangunan perumahan adalah Kementerian perumahan dan Kerajaan Tempatan. Kementerian ini memainkan peranan utama dalam

melaksanakan dasar-dasar Kerajaan, khususnya kepada pembangunan rumah kos rendah dan rumah kos sederhana rendah bagi memastikan golongan berpendapatan rendah dan sederhana rendah berpeluang dan mampu memiliki rumah.

Sesetengah Negara menggunakan sektor perumahan untuk meransang ekonomi selepas berlakunya kemelesetan ekonomi. Mengikut Green, 1997 perumahan merupakan sektor yang memainkan peranan penting untuk menggerakkan aktiviti ekonomi yang lain daripada keadaan kemelesetan. Perumahan bukan sahaja mewujudkan pekerjaan dalam

industri perumahan tetapi juga kepada industri-industri yang berkaitan dengan perumahan seperti industri yang menghasilkan bahan binaan dan peralatan perumahan. Oleh itu perumahan boleh meransang ekonomi

negara secara relative berbanding dengan bentuk-bentuk perbelanjaan kerajaan yang lain.

Kebanyakkan institusi perumahan ditubuhkan oleh kerajaan adalah bertujuan untuk meransang pertumbuhan ekonomi. Selain itu juga ianya dapat mempertingkatkan keadilan dan kesaksamaan dan keseimbangan sosial. Hal ini dapat diukur melalui perlaksanaan pembahagian subsidi bagi memastikan rakyat mempunyai peluang yang saksama untuk meningkatkan taraf hidup. Misalnya program perumahan untuk setinggan atau program perumahan untuk golongan berpendapatan rendah.

Page 9 of 22

NGAH IZWAN BIN ALANG REJAB NO MATRIK : 194638

GMGF 3013 PENGURUSAN ANALISIS PELABURAN AWAM

Selain itu, ianya dapat mengatasi masalah keuntungan monopoli atau rumah yang tidak berkualiti, bilangan rumah baru yang tidak mencukupi terutama rumah kos rendah. Dengan adanya pembangunan yang telah disusun secara lestari, ianya dapat mempertingkatkan kesihatan awam. Kesihatan awam ini dapat dilihat dari sudut kehidupan seperti menyediakan kemudahan-kemudahan iaitu bekalan air, sistem perparitan dan keadaan persekitaran. Program subsidi yang dilaksanakan hendaklah memberi impak yang maksimum terhadap keadaan fizikal dan sosial.

Penyediaan perumahan yang mencukupi hendaklah mengikut keperluan golongan yang memerlukannya. Rumah merupakan keperluan asas dan selaras dengan shelter for all. Kerajaan komited dalam

memastikan bahawa semua rakyat mampu memiliki atau menyewa rumah. Walau bagaimanapun, keperluan perumahan untuk golongan

yang berpendapatan rendah, iaitu golongan yang mempunyai isi rumah kurang daripada RM2,500 sebulan masih belum mencukupi. Oleh itu

kerajaan dan badan berkanun perlu meneruskan usaha penyediaan Projek Perumahan Awam untuk disewa atau dibeli oleh semua golongan rakyat, termasuk orang kelainan upaya (OKU), warga emas serta ibu tunggal. Perlaksanaan rumah-rumah kos sederhana oleh badan berkanun juga digalakkan bagi memenuhi keperluan golongan isi rumah.

Page 10 of 22

NGAH IZWAN BIN ALANG REJAB NO MATRIK : 194638

GMGF 3013 PENGURUSAN ANALISIS PELABURAN AWAM

Peningkatan

kualiti

dan

produktiviti

pembinaan

perumahan

walaupun pada umumnya kebanyakkan rumah didirikan telah mencapai tahap kualiti minimum yang ditetapkan, masih terdapat pemaju yang tidak memenuhi piawaian yang telah ditetapkan dan menyebabkan kualiti pembinaan rumah adalah rendah. Penggunaan bahan binaan yang tidak berkualiti dan kekurangan tenaga mahir dalam bidang pembinaan serta kebergantungan kepada tenaga asing yang tidak terlatih juga merupakan antara faktor utama menyebabkan rumah yang dibina kurang berkualiti serta tidak mengikut standard piawaian.

Oleh itu Dasar Perumahan Negara telah menggariskan usahausaha untuk meningkatkan kualiti dan produktiviti pembinaan perumahan dengan menggalakkan tenaga kerja mahir dan terlatih yang bertauliah dan menggunakan bahan yang berkualiti.

Page 11 of 22

NGAH IZWAN BIN ALANG REJAB NO MATRIK : 194638

GMGF 3013 PENGURUSAN ANALISIS PELABURAN AWAM

3.0

PROJEK PERUMAHAN AWAM OLEH DBKL

Pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan Projek Perumahan Awam.

KATEGORI RUMAH DAN JUMLAH UNIT KATEGORI RUMAH PERUMAHAN AWAM DBKL PPR DBKL RUMAH PANJANG / SEMENTARA PPR MTEN JUMLAH KESELURUHAN JUMLAH UNIT 20,614 5,297 2,180 28,970 57,061

KATEGORI RUMAH RUMAH JUAL DBKL

JUMLAH UNIT 13,970

Page 12 of 22

NGAH IZWAN BIN ALANG REJAB NO MATRIK : 194638

GMGF 3013 PENGURUSAN ANALISIS PELABURAN AWAM

3.1

Penyewaan Rumah Awam DBKL

Syarat - syarat Kelayakan Penyewaan PA

1. 2.

Suami dan isteri warganegara malaysia Berkahwin dan berkeluarga - mempunyai anak bagi rumah kos rendah dan projek perumahan rakyat

3.
o o

Pendapatan terkumpul suami dan isteri hendaklah: RM 300.00 hingga RM 2500.00 - kos rendah RM 201.00 hingga RM 1200.00 - PPR
NGAH IZWAN BIN ALANG REJAB NO MATRIK : 194638

Page 13 of 22

GMGF 3013 PENGURUSAN ANALISIS PELABURAN AWAM


o

RM 1500.00 hingga RM 3500.00 - kos sederhana Suami dan isteri tinggal atau bekerja di wilayah persekutuan Kuala Lumpur

4.

5.

Tidak mempunyai rumah atau tanah didalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan didalam lingkungan 35 km dari pusat bandar dan persekitaran Lembah Klang

KADAR SEWA UNIT KEDIAMAN PERUMAHAN AWAM / PPR MTEN JENIS UNIT UNIT STUDIO 1 BILIK 2 BILIK 3 BILIK 3 BILIK (UBAHSUAI) KADAR SEWA SEBULAN RM 55.00 RM 94.00 RM 124.00 RM 124.00 RM 218.00

Pihak kerajaan bersetuju mewujudkan satu dana khas untuk membantu golongan miskin yang tidak mampu membayar sewa rumah dan mempunyai tunggakan yang tinggi dengan menggunakan 10 peratus daripada hasil jualan Perumahan Awam DBKL dan PPR MTEN yang sedang dijalankan oleh kerajaan ketika ini. Pengumuman ini dibuat oleh Yang Berhormat Dato Raja Nong Chik Dato Raja Zainal Abidin, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar pada Majlis Penyerahan Skim Khas Bantuan Sewa Rumah PPR / PA DBKL di Perumahan Awam (DBKL) Setapak Jaya A1 pada 3 Jun 2012 lalu.

Page 14 of 22

NGAH IZWAN BIN ALANG REJAB NO MATRIK : 194638

GMGF 3013 PENGURUSAN ANALISIS PELABURAN AWAM

Dalam ucapan perasmiannya beliau berkata, penyewa yang layak untuk menerima bantuan ini adalah mereka yang berdaftar dengan e-kasih yang diseliakan oleh ICU, Jabatan Perdana Menteri di bawah kategori miskin tegar, miskin dan mudah miskin. Dalam masa yang sama juga, pihak DBKL telah mula melakukan semakan untuk menentukan penyewa yang layak menerima bantuan ini berdasarkan beberapa kriteria.

Pada majlis tersebut, seramai 348 orang penyewa Perumahan Awam DBKL dan PPR menerima surat pengesahan sebagai penerima skim bantuan sewa rumah dalam kawasan Parlimen Setiawangsa yang telah dikenal pasti layak serta memenuhi syarat yang ditetapkan.

3.2

Skim Pembiayaan Penjualan Perumahan Awam

Skim pembiayaan penjualan rumah Perumahan Awam Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (PA DBKL) merupakan satu skim pembiayaan yang dirangka bersama oleh Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP),

Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar (KWPKB) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Skim ini akan diurus tadbir oleh Syarikat Perumahan Wilayah Persekutuan (SPWP), sebuah syarikat milik penuh YWP, yang ditubuhkan khas untuk tujuan ini. Program penjualan rumah PA DBKL telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 10 Oktober 2009 sebagai hadiah kepada rakyat dalam usaha membantu golongan berpendapatan rendah,

khususnya penyewa, untuk memiliki rumah sendiri di bawah konsep Satu Keluarga Satu Rumah.

Page 15 of 22

NGAH IZWAN BIN ALANG REJAB NO MATRIK : 194638

GMGF 3013 PENGURUSAN ANALISIS PELABURAN AWAM

Ia merupakan Skim alternatif dan tidak diwajibkan kepada setiap pembeli PPR dan PA. Pembeli mempunyai pilihan untuk mendapatkan pinjaman melalui institusi kewangan lain. Bagaimanapun, penghuni yang belum berkemampuan diberi jaminan boleh terus menyewa PPR yang didiami sehingga mereka berupaya membeli rumah itu pada suatu masa nanti.

Setakat 30 September tahun 2012, sebanyak 35,095 borang pembelian telah diedarkan. Sebanyak 23,431 penyewa telah menyatakan persetujuan untuk menerima tawaran membeli rumah-rumah tersebut, manakala seramai 18,828 bakal pembeli yang layak, telah menerima surat tawaran pembelian rumah daripada pihak DBKL

Objektif skim pembiayaan ini adalah:

1.

Membantu pihak kerajaan khususnya DBKL dalam melaksanakan proses penjualan rumah yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri pada 10 Oktober 2009.

2.

Membantu bakal pembeli yang berminat dan berkemampuan untuk memiliki aset (rumah) di bandaraya Kuala Lumpur yang sekarang ini disewa daripada DBKL.

3.

Memudahkan bakal pembeli untuk membiayai pembelian rumah yang ditawarkan kepada mereka oleh DBKL tanpa melalui institusi perbankan.

Page 16 of 22

NGAH IZWAN BIN ALANG REJAB NO MATRIK : 194638

GMGF 3013 PENGURUSAN ANALISIS PELABURAN AWAM

Skim ini berbeza dari pinjaman yang ditawarkan oleh institusi kewangan lain adalah dari segi ciri-ciri skim ini. Antara ciri tersebut adalah:

Tiada bayaran pendahuluan / deposit Pembiayaan sehingga 100% termasuk Insurans, Bayaran Pindah Milik dan Khidmat Guaman

Pengecualian duti setem Kadar keuntungan 6.5% Pembiayaan mengikut Prinsip Syariah Tempoh pembiayaan sehingga 25 tahun Pembiayaan boleh dibuat secara bersama (Co-Borrower)

Seseorang yang merupakan penyewa sedia ada yang ditawarkan pembelian oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan dia tidak diisytiharkan muflis adalah layak untuk memohon.

Syarat - Syarat Kelayakan:

1. 2.

Suami dan isteri warganegara malaysia Berkahwin dan berkeluarga - mempunyai anak bagi rumah kos rendah dan projek perumahan rakyat

3.
o o o

Pendapatan terkumpul suami dan isteri hendaklah: RM 300.00 hingga RM 2500.00 - kos rendah RM 201.00 hingga RM 1200.00 - ppr RM 1500.00 hingga RM 3500.00 - kos sederhana Suami dan isteri tinggal atau bekerja di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

4.

Page 17 of 22

NGAH IZWAN BIN ALANG REJAB NO MATRIK : 194638

GMGF 3013 PENGURUSAN ANALISIS PELABURAN AWAM

5.

Tidak mempunyai rumah atau tanah didalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan didalam lingkungan 35 km dari pusat bandar dan persekitaran Lembah Klang

Page 18 of 22

NGAH IZWAN BIN ALANG REJAB NO MATRIK : 194638

GMGF 3013 PENGURUSAN ANALISIS PELABURAN AWAM

4.0

SUMBANGAN KEPADA ORANG AWAM

Peranan yang dimainkan oleh pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur seharusnya dipuji kerana ianya bukan sahaja membantu rakyat memiliki rumah sendiri malah lebih daripada fungsi kemasyarakatan tersebut.

Pelaburan yang dibuat oleh pihak kerajaan tempatan dengan usaha sama DBKL telah memberikan impak yang cukup hebat kepada sistem sosial negara. Antara sumbangan dan kesan positif yang dapat dilihat melalui penyediaan Projek Perumahan Awam ini adalah ianya dapat mengurangkan masalah gejala sosial dikalangan rakyat. Hal ini dapat dilihat dengan adanya unit rumah yang selesa, maka rakyat akan kurang melakukan jenayah seperti kecurian, dan pecah rumah. Wujudnya gejala sosial sebegini adalah disebabkan kurang

mendapat perhatian ibu bapa dan keluarga. Dengan adanya perumahan yang dapat menjanjikan keselesaan, anak-anak akan mempunyai lebih masa yang dapat diluangkan bersama keluarga.

Selain itu, sistem kekeluargaan juga dapat ditingkatkan dan sekali gus dapat mengelakkan masalah cerai berai dan anak-anak jalanan atau

gelandangan. Kenyataan Rumah ku Syurga ku memberikan pandangan yang tepat terhadap isu ini. Melalui pelaburan, kerajaan akan berusaha untuk

memastikan kehidupan yang selesa kepada rakyat. Rumah yang selesa dapat menjanjikan kehidupan yang lebih selesa. Hal ini sekaligus dapat mengurangkan jumlah gelandangan di kota raya yang akan mencemarkan aspek pelancongan negara. Keindahan negara akan dikotori dengan adanya mereka-mereka yang

Page 19 of 22

NGAH IZWAN BIN ALANG REJAB NO MATRIK : 194638

GMGF 3013 PENGURUSAN ANALISIS PELABURAN AWAM

tidak mempunyai tempat tinggal dan akan membuatkan pelancong tidak selesa dengan keadaan yang terpamer.

Perumahan Awam juga akan menjanjikan peningkatan dalam sistem pelajaran negara. Anak-anak yang selesa akan mudah untuk mengikuti segala pelajaran yang diberikan kepada mereka ketika di sekolah. Otak yang cerdas adalah bermula di rumah. Sistem kekeluargaan yang baik disamping rumah

yang selesa akan memberikan pulangan yang besar kepada pemikiran anakanak.

Dari sudut ekonomi pula, perumahan awam yang terbina akan mengurangkan tahap kemiskinan bandar rakyat. Kadar sewa dan jualan yang rendah memungkinkan rakyat untuk membeli dan menyewa rumah yang disediakan. Dengan ini, rakyat dapat membelanjakan kewangannya ke arah

yang lebih penting seperti pelajaran anak-anak dan keperluan asas yang lain.

Page 20 of 22

NGAH IZWAN BIN ALANG REJAB NO MATRIK : 194638

GMGF 3013 PENGURUSAN ANALISIS PELABURAN AWAM

5.0

PENUTUP

Usaha daripada pihak DBKL adalah sangat membantu orang awam dalam usaha memiliki rumah sendiri. Namun demikian, pihak DBKL dan kerajaan tempatan seharusnya memikirkan masalah kekurangan parkir kenderaan yang berlaku di kawasan perumahan awam tersebut. Masalah ini secara tidak langsung telah mendatangkan kesesakan kepada orang awam. Walaupun masalah parkir akan melanda rakyat, namun demikian, pelaburan yang dilakukan tetap telah memberikan impak yang sangat positif terhadap pembangunan orang awam.

Wawasan 2020 yang diperkenalkan oleh mantan perdana menteri akan dapat dicapai dengan adanya usaha sama di antara badan kerajaan dan badan berkanun serta badan swasta. Kerjasama yang erat di antara ketiga-tiga badan dapat mengurangkan kelemahan yang ada di antara badan.

Page 21 of 22

NGAH IZWAN BIN ALANG REJAB NO MATRIK : 194638

GMGF 3013 PENGURUSAN ANALISIS PELABURAN AWAM

Rujukan 1. Kamus Dewan, Cetakan petama (Edisi Baru) Kuala Lumpur:Dewan bahasa dan Pustaka ,1989 2. 3. 4. Kamus Pelaburan, Kuala Lumpur ,DBP,1997 Shamsudin Ismail, Pelaburan, Dewan Bahasa dan Pustaka, 1992 Kramadibrata, Bandung, 1985 5. Rosalan Haji Ali, Pelaburan : penilaian dan penerapan, Dewan Bahasa dan Pustaka, 1992 6. Azizi Ali, Pelaburan unit amanah, Kuala Lumpur: TrueWealth Publishing, 2007 7. Barjoyai Bardai, Strategi pelaburan, Seri Kembangan: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd, 1998 8. Hisham Sabrim Paradigma etika pelaburan menurut perspektif Islam, Penerbit USIM, 2008 Soedjono, Perencanaan pelaburan, Ganeca Exact,

Page 22 of 22

NGAH IZWAN BIN ALANG REJAB NO MATRIK : 194638