Вы находитесь на странице: 1из 15

CARTA ORGANISASI JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT

NORAINI BINTI HJ. MOHD HASHIM


KETUA PENGARAH KEBAJIKAN MASYARAKAT GRED UTAMA B

SHARUDIN BIN SHAR KASHIM


TIMBALAN KETUA PENGARAH (PERANCANGAN) GRED UTAMA C

TIMBALAN KETUA PENGARAH (OPERASI) GRED UTAMA C

MOHD FAZARI BIN MOHD SALLEH


PENGARAH BHG. PERANCANGAN & PEMBANGUNAN

ARFAN BIN SULAIMAN


PENGARAH BHG. KANAK-KANAK

ADNAN BIN ABU BAKAR NORBAYA BINTI ARIFFIN


PENGARAH BHG. PENYELARASAN HAL EHWAL ANTARABANGSA & KEURUSETIAAN PENGARAH JABATAN PEMBANGUNAN ORANG KURANG UPAYA

ROSLAN BIN BABA DR. ZAITOL BINTI SALLEH


PENGARAH BHG. PERUNDANGAN & ADVOKASI PENGARAH BHG WARGA TUA & KELUARGA

WAN NORAIDA BINTI WAN


BHG. KAUNSELING & PSIKOLOGI

MOHD.
PENGARAH BHG PEMBANGUNAN KOMUNITI

ROSMAHWATI BINTI ISHAK KHAIRUL ANWAR BIN BACHOK


BHG JABATAN KHIDMAT PENGURUSAN PENGARAH BHG SOSIO EKONOMI & BANTUAN

CHE NGAH BIN ISMAIL JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT NEGERI


PENGARAH BHG PERINTAH KHIDMAT MASYARAKAT

CARTA ORGANISASI JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

PENGARAH KEBAJIKAN MASYARAKAT NEGERI S54 NOORMAH BT DATO ABDUL RAUF

PT (KES) N27 FARHATULAINI BINTI MOHD YUSOP

TIMBALAN PENGARAH I S52 ROSMAN BIN ZAINAL ABIDIN KHAN

TIMBALAN PENGARAH II S48 JABAR BIN PUTEH MAHADI

KETUA BAHAGIAN SOSIOEKONOMI & BANTUAN S44

ABD RAZAK BIN CHE IMBI


KETUA BAHAGIAN KANAK-KANAK S44 MUJJAH BIN HAMAT

KETUA BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN PTD M41 NALINI A/P MOORTY

PEGAWAI KEBAJIKAN MASYARAKAT JKM CAW. PUTRAJAYA S41 MOHAMAD FAZLI BIN ABDUL RAHMAN

KETUA BAHAGIAN KAUNSELING S44 RAYMOND N.C JAGAN

PENGETUA SEKOLAH BAKTI SG BESI S44 MOHAMAD FAIZAL BIN ANUAR

KETUA BAHAGIAN PEMBANGUNAN ORANG KURANG UPAYA S41 KAMSIAH BINTI HUSSAIN

KETUA BAHAGIAN PEMBANGUNAN KOMUNITI S41 MARIAMMAL A/P SUBRAMANIAM

PENGETUA RUMAH KANAKKANAK TG. BUDRIAH S41 ZUBAIDAH BT MUHAMAD

KETUA BAHAGIAN WARGA TUA & KELUARGA S41 TARMIZI BIN ALI RAZAK

KETUA BAHAGIAN PENGUATKUASAA N S41 MOHAMAD AZIZ BIN ABDUL KAPI

WADEN ASRAMA SENTOSA S32 SHAHRUM BIN MOHD

PEJABAT AKHLAK JALAN DUTA

KETUA BAHAGIAN PERINTAH KHIDMAT MASYARAKAT S41 HASLINA BT MOHD ROSLI

PENGUASA RUMAH PERLINDUNGAN KANAK-KANAK BUKIT LEDANG S41

PENGURUS PUSAT HARIAN BUKIT TUNKU S27 ZOR BAHRIN BIN AHMAD

RUMAH SENTOSA, KUALA LUMPUR


Asrama Sentosa telah diwartakan pada 07 Disember 1972 di bawah Seksyen 4 Akta Kawasan Larangan dan Tempat Larangan 1959, yang dinamakan Perintah Kawasan Larangan 1990 (p.u. (A) 193122.2.90

Asrama pemulihan akhlak bagi *kanak-kanak yang terlibat dengan jenayah dan juga bagi kanak-kanak yang tidak terkawal atas permohonan keluarga

Asrama Sentosa terletak di atas Lot 176 Seksyen 79, Jalan Sentul, Kuala Lumpur.

Bangunan Asrama Sentosa telah dinaiktaraf dan dirasmikan oleh Y.B. Dato Dr. Siti Zaharah Sulaiman, Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat pada 12 Jun 2001

Sehingga kini, Asrama Sentosa menempatkan seramai 16 orang kanak-kanak di mana kapasiti maksima adalah 50 orang.

Penubuhan Rumah Sentosa ini bertujuan untuk mengubah sikap dan akhlak kanakkanak yang bermasalah ke arah yang lebih positif dan tidak melanggar norma-norma masyarakat di luar sana. Objektif Asrama Sentosa Kuala Lumpur adalah :

Untuk memberi jagaan, pemulihan dan bimbingan kepada kanak-kanak dalam tahanan sama ada Cubaan Akhlak, Tahanan Sementara dan pemindahan ke Sekolah Tunas Bakti.

Melalui

perkhidmatan

yang

disediakan

di

Rumah

Sentosa,

penghuni

dapat

menambahkan ilmu pengetahuan, kemahiran dan pengalaman yang membolehkan mereka menyesuaikan diri ke dalam masyarakat apabila dibebaskan kelak. Antara perkhidmatan yang disediakan di institusi ini adalah :
Jagaan (tempat tinggal, makanan, pakaian, rawatan perubatan, keperluan lain)

Memberi Jagaan

Sukan dan Riadah

Cuti dan wang saku

Perkhdimatan yang disediakan di Rumah Sentosa

Kaunseling dan bimbingan (Individu dan kumpulan)

Pendidikan Agama dan Moral Latihan Vokasional

Pendidikan Akademik

Di samping itu, kemasukan dan tempoh pemulihan bagi kanak-kanak adalah dikawal dan berada dibawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Kemasukan

Kemasukan bagi tahanan sementara, kanak-kanak tidak terkawal adalah melalui Perintah Mahkamah mengikut Seksyen 46(1)(c) Akta Kanak-Kanak 2001.

Tempoh pemulihan

Cubaan Akhlak tidak melebihi 12 bulan. Tahan Sementara sehingga mahkamah mengeluarkan perintah Dalam Pemindahan Ke Sekolah Tunas Bakti tidak melebihi 2 minggu

PENTADBIRAN RUMAH SENTOSA

En. Abdul Hamid b Hussain (Timbalan Warden S22) En. Razzat Petra b. Abu Bakar (Pem. Kebajikan Masayarakat S17) Pn. Norliza bt Zakaria (Pembantu Tadbir N17) En. Wan Shamsudin bn Wan Daud (Warden S32) En Yusnadee b Ahmad (Pem. Hal Ehwal Islam S17) En. Khairi Anuar b. Zainal Abidin (Pem. Kebajikan Masyarakat S17) En. Mohd Azrul b. Yusoff (Pem. Kebajikan Masayarakat S17)

En. Mohamad Razak b Ahmad (Pembantu Kebajikan Masyarakat S17)

En. Ahmad Muhaimin b. Abdullah (Pem. Kebajikan Masayarakat S17)

En. Muhammad Zikril Muhaimin b. Mohd Azmi (Pem. Kebajikan Masayarakat S17)

En. Mohd Nizam Safwan b. Idris (Pem. Kebajikan Masayarakat S17)

KAJIAN KES 1.0 Pengenalan Pada era pasca globalisasi ini, pembangunan negara kita semakin pesat dan anjakan paradigma dari segi ekonomi dan sosial semakin giat dalam mengekalkan kesejahteraan sosial. Dalam arus modenisasi ini, masalah keruntuhan akhlak dalam kalangan kanak-kanak dan orang muda semakin membimbangkan semua pihak. Kanak-kanak merupakan permata negara yang perlu dijaga dengan sebaiknya dan perlu dibaja dengan nilai-nilai mulia. Menurut laman web rasmi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, kanak-kanak didefinisikan sebagai seseorang yang di bawah umur 18 tahun seperti yang termaktub dalam Akta Kanak-Kanak 2001. Amalan salah laku dalam kalangan kanak-kanak di Malaysia semakin meruncingkan. Lebih mengejutkan, ada kanak-kanak yang terjebak dalam jenayah seawal usia tujuh tahun. Hal ini dibuktikan dengan statistik yang dikeluarkan dari Bukit Aman iaitu kanak-kanak dan pelajar serta remaja yang tidak bersekolah berusia 7 hingga 18 tahun dalam 18 kes bunuh, 19 (rompakan), 28 (ragut), 382 kes kecurian dan sebagainya. Secara keseluruhannya, mereka yang berusia tujuh hingga 18 tahun terbabit dalam 1,817 kes jenayah dengan 604 daripadanya adalah murid dan pelajar sekolah sepanjang Januari hingga April tahun ini, berbanding 1,343 kes membabitkan 453 murid dan pelajar bagi tempoh sama tahun lalu (Berita Harian, 29.06.2010). Menurut Robert Merton (1938) dalam Rohana Yusof (1996), perlakuan devian ialah kelakuan yang menyimpang secara signifikan daripada norma-norma yang dianggap oleh masyarakat sebagai munasabah dan morally binding bagi orang-orang yang menduduki status berlainan. Perlakuan sosial yang negatif dalam bentuk devian sosial tidak seharusnya merupakan suatu petunjuk ke atas kelemahan masyarakat untuk membudayakan

pembangunan secara positif yang berteraskan prinsip dan nilai-nilai murni kemanusiaan. Justeru itu, langkah pencegahan adalah penting supaya dapat menghindarkan kegiatan devian ini di samping menggalakkan penghayatan nilai-nilai mulia. Usaha kerajaan bagi membendung masalah ini adalah dengan menubuhkan beberapa pusat pemulihan akhlak di negara kita. Pihak yang bertanggungjawab adalah Jabatan Kebajikan Masyarakat yang menangani permasalahan remaja dan memberi perlindungan dan pemulihan kepada remaja yang terlibat dengan kes juvana ini. Dengan usaha sama daripada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan Keluarga dan Jabatan Kebajikan Masyarakat ini, program pemulihan yang dijalankan di institusi pemulihan ini dapat mengubah sikap dan nilai penghuninya agar lebih positif dan dilahirkan melalui perubahan

tingkah lakunya. Di samping itu, mereka diberi latihan kemahiran yang sesuai agar mereka dapat menyesuaikan diri semula ke dalam masyarakat setelah dibebaskan kelak. Terdapat pelbagai faktor yang yang mendorong remaja melibatkan diri dalam gejala negatif ini. Antaranya adalah berpunca daripada kepincangan institusi kekeluargaan, rakan sebaya, media massa, proses urbanisasi, kurang didikan agama dan sebagainya. Ibu bapa diibaratkan seperti nakhoda kapal yang menjaga anak-anak kapalnya daripada karam dilautan. Oleh itu, sebagai insan yang paling hampir dengan anak-anak, mereka perlu memainkan

peranan penting dalam memastikan anak-anak sentiasa melalui jalan yang betul dan tidak tersasar dalam gejala negatif ini. Selain itu, menurut Gottfredson (1991) dalam Sabitha Marican (2001) kegiatan devians dan keruntuhan moral dalam kalangan remaja juga berpunca daripada proses urbanisasi dan industrilisasi yang kita alami kini. Hal ini kerana kedua-dua proses itu mengendurkan kawalan sosial yang biasanya wujud dalam masyarakat tradisi kita. Bagi mengkaji dan menyelidik tentang latar belakang masalah dan punca kanak-kanak melakukan kesalahan juvana ini, kami sebagai guru pelatih telah mengadakan suatu kajian kes dan terhadap penghuni di Rumah Sentosa, Sentul. Sebagai seorang guru yang juga hampir dengan kanak-kanak, kami perlu mendekati mereka dan merasai bebanan dan keperitan yang mereka tanggung supaya mereka akan rasa dihargai dan tanggapan negatif mereka terhadap masyarakat yang mendiskriminasikan mereka dapat dihapuskan.

2.0 Laporan Temubual Penggunaan pendekatan kualitatif melalui temubual merupakan metod kajian kes yang dijalankan di Rumah Sentosa ini. Para guru pelatih PISMP Ambilan Januari 2011, opsyen Pengajian Sosial telah mengadakan satu sesi temubual bersama seorang penghuni di Rumah Sentosa yang mempunyai masalah devian. Tujuan temubual ini dijalankan adalah untuk memperoleh maklumat tentang latar belakang masalah dan punca salah laku penghuni di Rumah Sentosa. Para responden yang kami temubual ini merupakan penghuni pada peringkat percubaan akhlak yang terdiri daripada 10 orang responden. Selain itu, kesemua guru pelatih telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk menjalankan sesi temubual. Saya bersama ahli kumpulan saya iaitu Nur Ain Bahrim, Raihana Rahman dan Siti Nur Habibah Mohd Rashid telah menemubual salah seorang penghuni di rumah Sentosa. Berikut merupakan latar belakang responden kami : Nama panggilan Umur Bangsa Agama Hobi Cita-cita ` ` ` : Tengku :14 Tahun : Melayu : Islam : bermain bola sepak : Tentera darat

Melalui temubual yang dijalankan, Tengku mempunyai 5 orang adik beradik lelaki kesemuanya dan dia merupakan anak yang ke 3. Abang sulungnya berusia 18 tahun. Apabila ditanya pekerjaan bapanya, dia menyatakan dia tidak ingat. Manakala, Ibunya pula seorang suri rumah. Selain itu, Tengku menetap di Pandan Prima K, Ampang, Selangor. Tengku telah menceritakan kehidupannya sebelum menjadi penghuni di Rumah Sentosa. Ibu bapanya telah bercerai ketika dia berumur 12 tahun. Tengku dan adik beradiknya yang lain berada di bawah jagaan ayahnya. Menurutnya, ayahnya telah berkahwin dengan wanita lain selepas bercerai dengan ibunya. Di samping itu, Tengku juga meluahkan rasa kesedihannya kerana terpaksa berpisah dengan ibu kandungnya dan ayahnya pula tidak membenarkannya tinggal bersama ibunya. Tambahan pula, Ibu tirinya menganggap dia seperti orang luar. Akibat daripada tekanan yang dihadapi, Tengku telah melarikan diri daripada rumah dalam tempoh hampir setahun tanpa pengetahuan ayahnya. Dia mengambil keputusan untuk 7

mencari ibunya yang menetap di Klang. Berbekalkan duit belanja sekolah yang disimpan, dia mencari akal untuk pergi ke Klang walaupun dia tidak mengetahui bagaimana cara hendak ke sana dalam usianya 12 tahun itu. Dia berusaha dengan bertanya kepada orang ramai dan akhirnya dia ikhtiar untuk mencari jalan penyelesaian sendiri. Malangnya, Tengku tidak jumpa jalan ke rumah ibunya. Selepas itu, menurut Tengku dia telah lepak di Taman Permainan dan telah berjumpa dengan seorang pemuda yang berusia 19 tahun yang dikenali sebagai abang Man. Lelaki yang baru dikenali itu mengambil berat tentang nasib yang ditimpa oleh Tengku. Tengku telah menceritakan masalah yang dihadapinya kepada abang Man. Selepas itu, Tengku mengambil keputusan untuk menetap bersama abang Man dan dia telah meminta tolong abang Man untuk mencarikan dia pekerjaan. Pada mulanya, Tengku berasa sedikit curiga dengan pemuda itu, setelah hampir sebulan menetap bersama abang Man dia mula yakin dan mempercayainya. Dalam tempoh Tengku menghilangkan diri dia telah bekerja di kedai makan, kedai runcit dan kedai gunting rambut. Setelah setahun menetap bersama abang Man, dia telah meminta tolong abang Man untuk mencari ibunya yang berada di Klang. Alhamdulillah, berkat pertolongan abang Man dan rakannya, Tengku telah dapat berjumpa dengan ibunya. Menurut Tengku, dia sangat berterima kasih kepada Abang Man yang telah banyak menolongnya selama ketiadaan keluarga disisi. Apabila kami menanyakan punca Tengku masuk ke Sekolah Sentosa ini, dia menyatakan bahawa kesalahan yang telah dilakukan adalah ponteng sekolah. Menurutnya, lokasi yang sering dikunjungi adalah pusat permainan dan cybercafe untuk bermain game. Dia ponteng sekolah bersama rakan-rakannya. Tidak dinafikan bahawa rakan-rakannya sering mengajak Tengku untuk lepak di cybercafe dan menghabiskan masa di situ. Selain itu, Tengku merupakan seorang yang pendiam di sekolah dan dari segi akademik, dia kurang meminati subjek Bahasa Inggeris dan Matematik. Di samping itu, Tengku juga telah menceritakan kepada kami bahawa sebelum kes ponteng sekolah ini, dia telah dituduh dengan kes samun kedai emas. Polis telah menahannya untuk mengambil statement berkaitan kes samun tersebut. Tetapi, Tengku tidak mengaku kesalahannya kerana dia tidak melakukan kes jenayah tersebut. Oleh itu, dia telah dipukul dan dimasukkan ke dalam lokap selama dua minggu. Kemudian, dia telah pergi ke IPK Kuala Lumpur untuk mengambil statement dan tangkap gambar. Pada masa ini juga, pegawai nakotik telah mengambil ujian air kecing terhadap Tengku dan keputusannya adalah Tengku negatif daripada dadah. Kemudian Tengku dimasukkan ke dalam lokap selama 3 minggu sebelum perbicaraan. Selepas itu, Tengku naik ke Mahkamah dan mengetahui siapa sebenarnya yang 8

melakukan kes samun tersebut. Pesalah itu, memiliki wajah yang serupa dengan Tengku yang berbezanya hanyalah ketinggian mereka. Kemudian ketika berumur 13 tahun, Tengku telah bersekolah di Sekolah Menengah Pandan Indah dan tidak sampai setahun ibunya menyuruhnya berhenti sekolah. Tengku telah bekerja semula dengan Abang Man di kedai runcit. Selepas itu, ibunya menyuruh Tengku bersekolah semula di sekolah Menengah Pandan Jaya. Pada masa ini, ayahnya telah mengetahui lokasi Tengku kerana rakannya memberitahu kepada ayahnya. Tambahan pula, Tengku tidak mengetahui bahawa rumah ayahnya berdekatan dengan sekolahnya. Pada suatu hari, ketika pulang daripada sekolah, ayahnya telah mengambil dia terlebih dahulu tanpa pengetahuan ibunya. Nasib tidak menyebelahi Tengku, apabila dia mengatakan bahawa ayahnya telah menderanya dan dia telah dikurung dalam bilik hampir 2 bulan. Selepas itu, Tengku menyatakan kepada ayahnya bahawa dia ingin bersekolah dan berjanji tidak akan lari daripada rumah lagi. Tengku telah menetap di Rumah Sentosa hampir 3 bulan dan tempoh tahanannya adalah selama setahun. Ayahnya yang telah menghantarnya ke Rumah Sentosa dengan harapan menginginkan Tengku berubah menjadi orang yang berguna. Pada mulanya, dia tidak dapat menerima hakikat bahawa ayahnya menghantar dia ke situ dan Tengku berasa sedih dan ingin segera balik ke rumahnya. Tetapi, lama kelamaan dia boleh mengadaptasikan keadaan di sana. Tengku juga mempunyai ramai kawan di Rumah Sentosa dan rakan karibnya bernama Q. Kami juga ada menanyakan soalan kepada Tengku iaitu adakah ibu bapa Tengku memberikan didikan agama. Dia menjawab bahawa ibu bapanya tidak menghantar dia ke sekolah agama dan belajar mengaji. Tetapi, ibu bapanya pernah mengingatkan Tengku untuk solat, namun Tengku tidak melaksanakannya. Di akhir temubual kami, Tengku juga meluahkan bahawa dia berasa menyesal kerana ponteng sekolah dan apabila keluar kelak dia ingin tinggal bersama ibunya. kami ada menanyakan apakah harapan Tengku. Dia telah mengatakan bahawa dia ingin bersekolah seperti biasa sama dengan remaja diluar. Selain itu, dia ingin menjaga ibunya dan Tengku juga risau sekiranya masyarakat tidak boleh menerimanya kerana dia telah melakukan kes juvana ini. Di kesempatan ini, kami berpeluang memberi nasihat yang bermanfaat kepada Tengku untuk terus bersemangat dan berjuang memperbaiki diri. Tidak semestinya orang pernah melakukan kesalahan tidak boleh berjaya dalam hidup. Di samping itu, kami mengingatkan

Tengku supaya kuat dari segi dalaman dan luaran dan mengisi dalaman kita dengan ilmu agama supaya kita sentiasa dilindungi dan diredhai oleh Allah Taala. 3.0 Refleksi "Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan. Inilah mutiara kata yang sesuai dengan lumrah kehidupan manusia yang tidak lekang daripada melakukan dosa. Sebagai manusia, kita dilahirkan dengan serba kekurangan dan yang melengkapi kesempurnaan dalam kehidupan ini adalah diri kita sendiri. Bagaimana kita berjuang untuk menempuh segala cabaran dan rintangan hidup dan berusaha menjadi manusia yang berguna. Dalam hal ini, saya cuba meletakkan diri saya sebagai Tengku yang telah diuji dengan pelbagai ujian dan disebalik wajahnya yang tenang siapa sangka rupanya dia menyimpan seribu satu kisah hitam yang hampir menjatuhkannya. Sepanjang menjalankan sesi temubual, saya dapat melihat keikhlasan dan kejujuran Tengku menceritakan segala keperitan yang ditanggung olehnya. Ternyata remaja berusia 14 tahun ini merupakan seorang yang sabar dan tabah dalam mengharungi liku-liku kehidupan yang penuh dengan rintangan. Sebelum memulakan temubual, saya menyuruh Tengku menganggap kami semua sebagai kakaknya yang setia mendengar luahan hati Tengku, tambahan pula Tengku tidak mempunyai kakak dalam adik beradiknya. Pada pendapat saya, Tengku sebenarnya dahagakan kasih sayang daripada kedua ibu bapanya. Saya percaya dia juga ingin memiliki kehidupan seperti orang lain yang hidup bahagia bersama keluarga tersayang, yang memiliki ayah yang penyayang dan bertanggungjawab dan ahli keluarga yang sentiasa bersatu. Memang tidak dinafikan bahawa, faktor penolak yang menyebabkan Tengku terlibat dalam kancah negatif ini adalah berpunca daripada kepincangan institusi kekeluargaan yang merupakan unsur yang kuat mempengaruhi jiwa muda mudi. Ibu bapanya telah bercerai sehingga menyebabkan Tengku terpaksa berpisah dengan ibu kandungnya sehingga dia sanggup melarikan diri daripada rumah selama setahun. Hal ini merupakan titik permulaan yang menyebabkan Tengku hidup dalam keadaan terumbang ambing dan tanpa hala tuju. Menurut Sabitha Marican (2001), kajian Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) mendapati bahawa kerengangan hubungan kekeluargaan menjadi punca utama remaja terjebak ke kancah maksiat. Pada pandangan saya, ayah Tengku perlu bersikap lebih profesional dalam mendidik anak-anak. Perbuatannya iaitu mendera dan menghukum anaknya 10

adalah suatu yang tidak wajar selain daripada memisahkan ikatan hubungan antara anak dengan ibunya. Sebenarnya bapalah merupakan watak penting yang perlu bertanggungjawab terhadap ibu dan anak. Jika peranan itu berjalan dengan baik dan saksama, ibu menjadi manusia yang paling gembira dan anak menjadi anggota keluarga yang amat berbahagia. Selain itu, Kedua ibu bapa perlu melengkapkan diri dengan ilmu agama sebagai penguat dan pendorong untuk melahirkan keluarga yang bahagia. Memetik kata-kata pakar motivasi terkenal Malaysia Dr. H.M Iskandar iaitu seribu mancis tidak dapat menerangi engkau dalam kegelapan namun, cahaya keimanan pasti dapat menyuluh engkau ke jalan kebahagiaan (DR. HM Tuah Iskandar al-Haj, 2004). Justeru itu, pada pendapat saya, langkah awal yang wajar diambil oleh ibu bapa untuk merealisasikan hasrat murni tersebut iaitu dengan cara menerapkan dan memberikan didikan agama yang sempurna. Selain itu,mengikut Kajian Michelle, Thomas, Sinyangwe (1989) dalam Sabitha Marican ( 2001), mendapati ajaran agama boleh menjadi sebagai pelita atau satu regangan moral dalam diri remaja agar mereka dapat berfikir sebelum melakukan sesuatu yang tidak bermoral. Bagi saya, pegangan agama yang kukuh dapat mengawal diri kita daripada melakukan perkara yang negatif dan seterusnya mengelakkan diri daripada hidup dalam belenggu kejahatan dan kemaksiatan. Secara peribadi, saya berasa amat bersimpati dengan nasib yang menimpa Tengku kerana dia telah dituduh melakukan kes samun kedai emas sehingga dia terpaksa menerima hukuman yang setimpal. Saya juga amat mengagumi sikapnya yang cekal, sabar dan tabah dalam mengharungi ujian yang amat perit untuk dilalui ini. Menurut Drs Hj Hanafi Mohamed,

2012), sabar merupakan benteng yang kuat untuk membangun kembali kekuatan diri. Tanpa
kesabaran saat ini bererti kita tidak punya harapan untuk meraih hasil yang ada di depan. Saya amat bersetuju dengan kata-kata ini kerana Tengku perlu sentiasa bersabar dalam apa jua keadaan yang dihadapi dan dia perlu menyakini bahawa pasti ada hikmah disebalik apa yang direncanakan oleh Allah Taala. Di samping itu, saya juga merasakan bahawa faktor rakan sebaya merupakan salah satu punca Tengku melibatkan diri dalam kancah negatif ini. Jiwa remajanya yang sentiasa menginginkan keseronokkan, tambahan pula dia ingin menghilangkan rasa kesedihan dan kesunyian yang dialami dengan cara berhibur dan lepak bersama rakanrakan di pusat permainan dan cybercafe. Pengaruh rakan sebaya merupakan salah satu sebab utama yang membuat pelajar bertingkah laku negatif seperti bersikap kurang ajar, nakal dan jahat tetapi juga berpotensi untuk ponteng sekolah yang mana pelajar akan mengalami masalah kemerosotan disiplin. Keupayaan untuk menolak pengaruh rakan sebaya adalah satu kemahiran penting yang perlu diperolehi oleh remaja agar remaja berkenaan boleh berperilaku 11

sejajar dengan nilai yang dianutinya (Theressa Ong, 2007). Oleh yang demikian, saya berpendapat bahawa Tengku perlu mengelakkan pengaruh rakan sebaya yang boleh merosakkan moralnya dan dia perlu mendekati rakan-rakan yang sentiasa berfikiran positif, rajin dan bersemangat tinggi untuk berjaya. Seterusnya, melalui tindakan ayahnya yang suka mendera dan pernah mengurung Tengku di dalam rumah hampir 2 bulan, saya tertanya-tanya apakah peranan masyarakat sekeliling terutama saudara mara yang terdekat dan jiran dalam membendung masalah penderaan ini. Menurut Sabitha Marican (2001), antara nilai yang kita lihat dalam persekitaran proses urbanisasi dan industrilisasi ialah nilai individualistik dan materialistik yang menyebabkan setiap anggota masyarakat membawa diri masing-masing dan tiada masa untuk mengambil tahu hal orang lain. Justeru itu, pada pandangan saya, masyarakat sekeliling perlu memainkan peranan mereka dalam mengukuhkan kawalan sosial dan bertindak sewajarnya apabila berhadapan dengan situasi berkenaan seperti dengan memberi nasihat, melaporkan kepada pihak berkuasa dan sebagainya. Setelah mendengar luahan hati Tengku ini, saya merasakan bahawa Tengku merupakan seorang yang baik hati, berdikari, sabar dan tabah. saya ada menasihatkan Tengku supaya jangan berputus asa, belajar bersungguh-sungguh dan selalu mendoakan

kesejahteraan kedua ibu bapanya. Tengku juga telah memberitahu kami bahawa dia bimbang dan risau dengan penerimaan masyarakat apabila dia keluar daripada Rumah Sentosa ini. Pada pendapat saya, Tengku perlu bersedia dari segi mental dan fizikal untuk berhadapan dengan dunia luar kelak di samping menguatkan kerohanian diri. Tambahan pula, Tengku tidak boleh terlalu memikirkan apakah tanggapan masyarakat apabila dia keluar kelak, tetapi jadikan semua ini sebagai batu loncatan untuk memperbaiki diri dan membuktikan kepada masyarakat di luar sana bahawa dia mampu berubah dan berjaya dalam hidup. Berbekalkan ilmu agama di dada, saya percaya bahawa Tengku boleh menjadi seorang yang sentiasa bersikap positif dan tahu menilai apa yang baik dan buruk. Tengku juga perlu sentiasa bermuhasabah diri dan bersangka baik dengan pencipta kita. Tiada manusia yang terlalu sempurna di dalam dunia ini. Setiap insan pernah melakukan kesilapan dalam kehidupannya. Benarlah kata-kata daripada Albert Einstein ini iaitu jika seseorang merasa bahawa mereka tidak pernah melakukan kesalahan selama hidupnya, maka sebenarnya mereka tidak pernah mencuba hal-hal baru dalam hidupnya. Oleh yang demikian, kita perlu belajar daripada kesilapan yang pernah kita lakukan dan sentiasa memotivasikan diri kearah pembentukan sahsiah yang positif.

12

4.0 Rumusan Tugasan Nilai dan Etika Dalam Pengajian Sosial ini membolehkan guru pelatih menghuraikan konsep nilai, moral dan etika yang menjadi amalan kehidupan masyarakat. Melalui kajian kes ini, guru pelatih dapat mengkaji tentang individu yang melakukan kesalahan juvana dan latar belakang masalah serta punca penglibatan negatif kanak-kanak. Pendekatan kualitatif yang digunakan dalam tugasan ini iaitu temubual membolehkan kami membuat penyelidikan secara holistik untuk mengetahui ciri-ciri dalam sesuatu peristiwa atau kehidupan sebenar. Sepanjang menjalankan kajian ini, semua pihak memainkan peranan dalam memastikan segala perancangan aktiviti dan program berjalan dengan lancar. Walaupun terdapat kekangannya iaitu jumlah responden adalah tidak mencukupi. Tetapi sesi temubual dapat berjalan dengan baik dan lancar. Selain itu, para responden iaitu penghuni Rumah Sentosa ini juga telah memberikan kerjasama yang baik dan ternyata mereka merupakan individu yang mudah didekati. Berdasarkan tugasan ini, saya berasa bahawa saya telah melaksanakan sebahagian tanggungjawab sebagai anggota masyarakat. Dengan cara mengadakan program dan aktiviti sahsiah yang menarik dan kreatif, saya percaya ia sedikit sebanyak dapat meninggalkan impak yang positif dalam diri mereka. Secara tidak langsung, penghuni Rumah Sentosa ini dapat meningkatkan motivasi diri dan menghayati nilai-nilai positif dalam kehidupan mereka. Selain itu, berdasarkan temubual yang dijalankan ke atas responden membolehkan guru pelatih memainkan peranan sebagai individu yang boleh dipercayai dan memberikan nasihat dan semangat supaya berusaha menjadi seorang yang lebih baik, mempunyai cita-cita dan sahsiah yang positif serta berwawasan. Memang tidak dinafikan bahawa, tugasan ini memberi banyak manfaat kepada kami. Sebagai seorang bakal guru, saya perlu mengetahui psikologi kanakkanak dan bagaimana berhadapan dengan murid yang mempunyai masalah disiplin ini. Justeru itu, masalah keruntuhan akhlak dalam kalangan pelajar ini dapat dibendung dengan adanya kerjasama daripada semua pihak bukan sahaja keluarga, rakan sebaya tetapi guru dan peranan sekolah juga memainkan peranan penting. Guru perlu menerapkan nilai-nilai murni dan moral dalam proses pengajaran dan pembelajaran di samping mendidik mereka dengan penuh kasih sayang dan ikhlas.

13

5.0 Bibliografi

Berita Harian. Kadar jenayah babit pelajar, kanak-kanak meningkat.Capaian pada 20 Julai 2013 DR. HM Tuah Iskandar al-Haj (2004). Membina Jati Diri Gemilang. Karangkraf Alaf21. Selangor. Drs Hj Hanafi Mohamed (2012). Mencari keberkatan dalam Perjalanan. Karangkraf Alaf21. Selangor. http://www.kpwkm.gov.my/documents/10156/181726/definisiPKK.pdf. Capaian pada 20 Julai 2013. http://www.jkm.gov.my/. Capaian pada 10 Julai 2013. Rohana Yusof (1996). Jurnal Devian : Sebab Berlaku dan Kawalan Sosial Ke atasnya. Penerbitan Universiti Utara Malaysia. Sabitha Marican dan Mahmood Nazar Mohamed (2001). Jurnal Pencemaran Budaya Remaja: Siapakah yang Bertanggungjawab. Penerbit universiti Utara Malaysia. Theressa Ong (2007). Sahabat. karangkraf:Alaf21. Selangor

14

6.0 Lampiran

Sesi temubual bersama Tengku, penghuni Rumah Sentosa.

15

Вам также может понравиться