Вы находитесь на странице: 1из 4

TEKS CERITA KISAH DARI AL-QURAN (LELAKI)

TAJUK : KISAH NABI LUT AS



Terima kasih pengerusi majlis, barisan panel hakim yang bijaksana, guru-guru dan rakan-rakan
yang dihormati sekalian.
Assalamualaikum WBT
Pengerusi majlis saya hormati
Panel hakim paksi keadilan
sidang hadirin yang saya kasihi
Kisah Nabi Lut tajuk pilihan
Kawan-kawan,
Nabi Lut A.S merupakan anak saudara kepada nabi Ibrahim A.S. Baginda hidup sezaman
dengan Nabi Ibrahim A.S. Baginda merupakan di antara insan terpilih untuk menjadi utusanNya.
Nabi Lut A.S telah berhijrah ke Sadom dan menetap di sana. Sadom adalah sebuah tempat
yang makmur tetapi rakyatnya mempunyai pelbagai masalah sosial yang teruk dan yang paling
dahsyat, mereka telah mencipta satu kekejian yang tidak pernah dilakukan oleh sesiapapun dari
keturunan Adam sebelumnya iaitu liwat yakni homoseks. Perbuatan liwat adalah melakukan
hubungan sejenis lelaki sesama lelaki. Ia adalah suatu perbuatan di luar tabii dan ia amat dimurkai
oleh Allah.
Ya kawan-kawan,sepertimana yang kita ketahui, masalah seperti ini telah menular di
negara kita, sangat menyedihkan apabila terpapar di dada akhbar masalah seks bebas
dikalangan masyarakat terutamanya pelajar-pelajar sekolah.




Kawan-kawan sekalian,
Di sebabkan perkara itu, Allah SWT telah mengutuskan Nabi Lut AS untuk berdakwah
kepada kaumnya agar beriman kepada Allah dan meninggalkan perbuatan terkutuk itu, namun
usahanya tidak mendatangkan hasil. Nabi Lut AS tetap sabar dan tidak berputus asa. Baginda
sayangkan kaumnya itu, walaupun mereka tidak mahu mendengar nasihatnya. Baginda
mempertingkatkan lagi usaha dakwahnya dengan penuh dedikasi.
Ya kawan-kawan, semaikanlah sifat sabar dan jangan berputus asa dalam melaksanakan
kerja dakwah.
Hadirin sekalian,
Usaha Nabi Lut sia-sia belaka.Kaumnya bukan sahaja tidak mengendahkan apa yang Nabi
Lut AS sampaikanMalah, dengan beraninya mengusir baginda serta mencabar Nabi Lut AS.
Seraya mereka berkata sebagaimana dalam surah al-Ankabut, ayat 29
W-O7~ E4g^w- -EOE)
*.- p) =eL =}g` 4-g~gO-
^g_
Yang bermaksud Silakan kamu datangkan azab dari Allah, kalau kamu termasuk orang yang dapat
dipercayai
Mendengar jawapan daripada kaumnya itu, Nabi Lut AS merasa amat sedihkerana
kaumnya tidak sedar bahawa seksa Allah itu amat keras dan pedih. Namun apakan dayanya,
baginda sudah tidak mampu lagi melihat kemungkaran demi kemungkaran yang dilakukan oleh
kaumnya dengan tidak ada rasa sesalan dan malu kepada Allah swt. Pada ketika itulah, Nabi Lut
AS berdoa kepada Allah untuk memohon pertolonganNya.
Ya kawan-kawan, Janganlah kita menyakiti insan yang menyampaikan amar makruf nahi
mungkar.




Kawan-kawan sekalian,
Allah Maha Melihat dan Maha Mendengar. Allah melihat perbuatan keji kaum Sadom dan
Allah mendengar doa Nabi Lut A.S. Dengan itu, Allah telah mengutuskan malaikat Jibril, Mikail
dan Israfil untuk memusnahkan mereka dengan menyamar sebagai pemuda-pemuda yang tampan.
Mereka sampai di Sadom pada waktu tengah hari sebagai tetamu nabi Lut.
Nabi Lut AS merasa amat bimbang sekiranya kaum Sadom tahu akan kedatangan tetamu-
tetamu tersebut kerana mereka akan melakukan perbuatan terkutuk itu ke atas tetamu-
tetamunya itu. Lantas baginda meminta ahli keluarganya merahsiakan kedatangan tetamu-
tetamunya itu. Namun, isteri Nabi Lut AS telah mengkhianati akan perintah Nabi Lut AS itu. Dia
telah memberitahu kepada kaum Sadom tentang kedatangan tetamu-tetamu itu.
Ya kawan-kawan, sikap memugkiri janji sangat dibenci. Perbuatan memungkiri janji cirri-ciri
orang munafi dan mesti dijauhi!! Sabda nabi:
) (
Yang bermaksud: Jika berbicara ia dusta, Jika berjanji ia melanggarnya dan jika diberi
amanah ia kianati (riwayat Bukhori)
Berbalik kepada cerita tadi, dalam masa yang singkat, berita tersebut telah sampai ke
pengetahuan ramai. Nabi Lut AS cuba melindungi tetamu-tetamunya sehingga menawarkan 2 orang
puterinya sebagai isteri mereka. Namun pelawaan Nabi Lut AS dan ditolak malah memaksa
baginda menyerahkan tetamu-tetamunya. Melihat sikap kaumnya yang berperangai seperti
binatang itu, Nabi Lut AS amat sedih sekali. Baginda tidak mampu berbuat apa-apa selain
mengeluh dan merintihMendengar rintihan Nabi Lut AS, malaikat seraya berkata kepada baginda
sepertimana yang tersebut dalam surah Hud ayat 80:
W-O7~ 7OOU4C ^^) Nc+O
El)4O } W-EOU4C El^O) W
Yang bermaksudnya : Hai Lut, sesungguhnya kami adalah para utusan Tuhanmu. Mereka tidak
akan mengganggu dirimu

Seterusnya, para malaikat itu menceritakan tujuan mereka datang ke situ. Setelah
mengetahuinya, Nabi Lut AS dan keluarganya dengan segera mempersiapkan diri untuk
meninggalkan tempat itu. Malaikat juga menasihati mereka agar jangan menoleh ke belakang
sewaktu mendengar azab yang menimpa kaum Sadom.
Kawan-kawan sekalian,
Allah Al-Latif, Allah Maha Lemah lembut terhadap hamba-hamba yang taat pada
perintahNya. Tetapi Allah al-Muntaqim iaitu Yang Maha Memberi Pembalasan terhadap hamba-
hambaNya yang ingkar.
Seperti yang dijanjikan Allah, peristiwa ini terdapat dalam surah al-Hijr ayat 73
Ng^EO OE^1O-
4-g~)O;N` ^_@
Maksudnya, Akibatnya mereka hancur oleh hentaman suara yang dahsyat menjelang matahari
terbit.
Allah juga telah memerintahkan Jibril menterbalikkan tempat itu di mana bahagian atas
berada di bawah. Manakala langit pula tidak henti-henti menurunkan batu-batu bertanda yang
amat panas. Allah telah menyelamatkan keluarga Nabi Lut AS daripada azab kecuali isterinya yang
tidak mahu beriman dan mengkhianati baginda.
Ya kawan-kawan, masalah LGBT atau Lesbian, Gay, Biseksual Dan Transgender juga semakin
menjadi-jadi di negara kita, alangkah takutnya jika Allah menurunkan azabNYA, seperti
yang berlaku pada kaum nabi Lut AS.
Kawan-kawan sekalian,
Sebelum berundur diri, terimalah serangkap pantun daripada saya.
Berbuat baik sesama kita,
Angkuh dihindar janji dikota,
Tugas berdakwah dipikul bersama,
Agar syiar Islam mekar selamanya.
Akhirul kalam, Wabillahittaufiq walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi wabarakatuh..Wa
ilalliqa

Вам также может понравиться