Вы находитесь на странице: 1из 8

2.0 BUNYI BAHASA Bunyi bahasa adalah gelombang bunyi yang terjadi pada arus udara yang bergerak.

Udara yang bergerak keluar daripada paru-paru melalui tengkorak, kitar suara, rongga takak dan mulut atau hidung atau kedua-duanya. Udara yang keluar itu akan mengenai bahagian gegendang telinga dan akhirnya didengar sebagai bunyi. Bunyi bahasa ialah bunyi yang terdapat di dalam apa juga bahasa di seluruh dunia. Bunyi bahasa ialah bunyi yang berfungsi dalam pertuturan. Pertuturan di sini membawa maksud bahasa yang diungkapkan secara lisan. Pada hakikatnya, bahan yang terkandung dalam pertuturan ialah bunyi-bunyi. Kita sedia memaklumi bahawa pertuturan ialah bunyi-bunyi yang bermakna. Ini kerana apabila dua orang bertutur, mereka saling memahami perkara yang dituturkan. Oleh itu, bunyi bahasa itu ialah bunyi yang bermakna yang dihasilkan oleh alat artikulasi. Alat artikulasi adalah alat-alat atau organ-organ yang berfungsi dalam mengeluarkan bunyi-bunyi bahasa.

2.1 Alat-alat Pertuturan Bahasa Melayu mempunyai sistem bunyi yang tersendiri dan untuk menguasai kemahiran bertutur dalam bahasa Melayu dengan baik dan berkesan, seseorang pengguna bahasa perlulah mempunyai pengetahuan yang mendalam tentangnya. Kajian bunyi lazimnya terbahagi kepada dua bidang, iaitu fonetik dan fonologi. Fonetik mengkaji bunyi bahasa dari segi penyebutan dan pendengaran atau sifatnya. Fonologi pula mengkaji bunyi-bunyi yang berfungsi dalam sesuatu bahasa.

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10.

Bibir atas Bibir bawah Gigi atas Gigi bawah Gusi Lelangit keras Lelangit lembut Anak tekak Hujung lidah Hadapan lidah

11. 12. 13. 14. 15. 16. 17. 18. 19. 20.

Tengah lidah Belakang lidah Akar lidah Epiglotis Pita suara Rongga tekak Rongga Hidung Rongga mulut Rahang Tenggorok

Rajah 2.1: Alat-alat Pertuturan

2.2 Fungsi Alat Pertuturan

Lidah Lidah ialah alat artikulasi yang terpenting dan paling aktif dalam pengeluaran bunyi bahasa. Lidah terbahagi kepada empat bahagian, iaitu hujung lidah, tengah lidah, hadapan lidah, dan belakang lidah. Pembahagian ini membolehkan lidah membuat deskripsi pelbagai jenis penghasilan bunyi. Bahagian hadapan lidah, tengah lidah dan belakang lidah penting dalam pengeluaran bunyi-bunyi vokal, iaitu bunyi vokal hadapan, tengah dan belakang. Hujung lidah merupakan bahagian paling aktif dan boleh digerakkan ke mana-mana bahagian mulut untuk membuat penyekatan.

Gigi Gigi juga berperanan dalam penghasilan bunyi bahasa tetapi peranannya tidaklah aktif. Kedudukannya yang statik dan sentiasa digunakan sebagai penampan aliran udara dalam penghasilan bunyi. Penampan aliran udara inilah yang menghasilkan bunyi.

Bibir Bibir adalah alat artikulasi yang terletak pada bahagian luar rongga mulut. Bibir terdiri daripada otot-otot kenyal yang boleh dihamparkan dan dibundarkan dan berperanan mengeluarkan bunyi yang berbagai-bagai. Bibir juga menjadi sempadan paling luar daripada rongga mulut. Bibir juga berfungsi membuat sekatan kepada udara yang keluar daripada rongga mulut.

Gusi Gusi merupakan bahagian yang embung dan menurun dari gigi ke bahagian dalam rongga mulut. Organ ini digunakan sebagai daerah sebutan dengan bantuan hujung lidah yang berfungsi membuat penyekatan.

Lelangit Lelangit dapat dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu lelangit keras dan lelangit lembut. Lelangit lembut menganjur dari sempadan lelangit keras hingga ke akhir rongga mulut. Lelangit keras bermula dari sempadan gusi di bahagian hadapan atas rongga mulut dapat diturunnaikkan untuk menutup atau membuka saluran rongga tekak terus ke rongga hidung. Apabila dinaikkan, rongga mulut akan terbuka dan udara akan keluar melalui rongga mulut dan apabila diturunkkan, rongga mulut akan tertutup dan udara terpaksa keluar melalui rongga hidung.

Rongga Hidung Terletak di atas rongga mulut yang dipisahkan oleh lelangit. Rongga hidung boleh dibuka atau ditutup, bergantung kepada keadaan sama ada anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan atau tidak.

Pita Suara Pita suara terletak dalam ruang tenggorok (halkum) dan amat penting dalam penghasilan bunyi. Proses pengeluaran suara berlaku dengan cara memperluas dan mempersempit lubang yang terdapat di antara dua keeping selaput nipis berkenaan.

Rajah 2.2: Pita Suara

2.3 Penggolongan Bunyi Bahasa Umumnya, dalam bahasa Melayu, terdapat tiga golongan bunyi iaitu vokal, konsonan dan diftong. Kumpulan pertama ialah bunyi yang dihasilkan tanpa gangguan dalam rongga mulut. Udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut dengan tidak tersekat atau terhimpit. Bunyi itu hanya dipengaruhi oleh keadaan lidah dan bentuk bibir. Kumpulan bunyi yang dihasilkan demikian dikenali sebagai vokal. Golongan kedua ialah bunyi yang dihasilkan dengan gangguan oleh alat-alat sebutan sehingga jalan aliran udara dari paru-paru terganggu, dengan cara disekat atau dihalang dan udara keluar melalui ronga mulut atau rongga hidung. Kumpulan bunyi yang terhasil dikenali sebagai konsonan. Selain dua golongan utama itu, terdapat pula bunyi geluncuran, iaitu bunyi yang bermula daripada satu vokal dan beralih kepada bunyi vokal yag lain. Geluncuran bunyi vokal ini dikenali sebagai diftong. Contohnya bunyi [ai] bermula daripada bunyi vokal depan luas [a] dan mluncur kepada bunyi vokal depan sempit [i].

Vokal

Bunyi Bunyi Bahasa Bahasa

Diftong

Konsonan

Rajah 2.3: Penggolongan Bunyi Bahasa

PENUTUP Berdasarkan tugasan ini, dapat disimpulkan bahawa fonetik dan fonologi banyak melibatkan organ pertuturan manusia secara langsung. Organ pertuturan manusia ini disebut alat artikulasi. Terdapat banyak alat artikulasi manusia dan setiap satunya mempunyai kedudukan dan fungsi yang berbeza dalam menghasilkan bunyi

bahasa. Namun demikian, terdapat juga unsur yang bukan dikategorikan sebagai alat artikulasi manusia, tetapi mempunyai peranan yang amat penting dalam menghasilkan bunyi. Unsur tersebut ialah udara dan merupakan sumber tenaga utama dalam menghasilkan bunyi. Bunyi vokal atau konsonan merupakan antara bunyi bahasa yang dihasilkan oleh alat artikulasi manusia. Semua bunyi vokal merupakan bunyi-bunyi bersuara, manakala bunyi konsonan ada yang bersuara dan ada yang tidak bersuara. Bunyi bersuara dan tidak bersuara ini berkait rapat dengan keadaan pita suara. Sekiranya keadaan pita suara (glotis) tertutup rapat sewaktu udara keluar melaluinya, maka getaran akan berlaku pada pita suara dan bunyi yang terhasil ialah bunyi bersuara. Sebaliknya jika pita suara itu direnggangkan atau terbuka sewaktu udara melaluinya, maka getaran pada pita suara tidak berlaku maka yang terhasil ialah bunyi yang tidak bersuara. Manakala, bunyi diftong pula menghasilkan bunyi geluncuran yang terhasil bermula daripada satu vokal dan beralih kepada bunyi vokal yag lain. Oleh yang demikian, didapati bunyi bahasa adalah gelombang bunyi yang terjadi pada arus udara yang bergerak. Udara yang bergerak keluar daripada paru-paru melalui tengkorak, pitar suara, rongga tekak dan mulut atau hidung atau kedua-duanya. Maka, udara yang keluar itu akan mengenai bahagian gegendang telinga dan akhirnya didengar sebagai bunyi dan secara tidak langsung bunyi ini berfungsi dalam pertuturan.

REFLEKSI Syukur ke Hadrat Ilahi kerana akhirnya dapat juga kami menyiapkan tugasan ini dengan jayanya mengikut tarikh yang telah ditetapkan walaupun terdapat beberapa kekangan yang tidak Kursus dapat dielakkan. Alhamdulilah, sepanjang

menjalankan tugasan Kerja

Projek bagi Fonetik dan Fonologi Bahasa

Melayu ini, banyak input dan pengalaman baru yang kami perolehi. Malah, tugasan ini juga banyak membantu saya dan rakan-rakan kumpulan saya iaitu Farah Fazriyana bt Basri, Nor Azrina bt Mohd Zainol dan Nur Afifah bt Ahmad untuk memahami dengan lebih mendalam lagi tentang subjek ini terutamanya tentang Cara-cara Penghasilan Bunyi Bahasa. Dalam pada itu, bagi memudahkan tugasan ini dijalankan, kami sekumpulan telah bersepakat membahagikan tugasan ini bagi memudahkan kerja dan mempercepatkan proses perjalanan tugasan kami ini. Di samping itu, dengan adanya pembahagian tugas, kerjasama kumpulan juga dapat dipupuk selain daripada dapat mengukuhkan pengetahuan bagi setiap orang daripada ahli kumpulan kami berkenaan tugasan ini. Malah, secara tidak langsung pengalaman bekerja dalam kumpulan ini juga dapat dipupuk dan diaplikasikan kelak. Secara keseluruhannya, berdasarkan tugasan yang telah dilaksanakan ini, kami juga telah berjaya memahami dengan lebih jelas lagi bagaimana terhasilnya bunyi bahasa. Malah, kami juga dapat membuat kesimpulan bahawa bunyi bahasa adalah gelombang bunyi yang terjadi pada arus udara yang bergerak. Apabila udara yang bergerak keluar daripada paru-paru melalui tengkorak, pitar suara, rongga tekak dan mulut atau hidung atau kedua-duanya, maka, udara yang keluar itu akan mengenai bahagian gegendang telinga dan akhirnya didengar sebagai bunyi dan secara tidak langsung bunyi ini berfungsi dalam pertuturan. Oleh yang demikian, dengan pengetahuan-pengetahuan dan pengalaman yang sedia ada serta maklumat-maklumat baru yang kami perolehi, Alhamdulilah kami berjaya menyiapkan tugasan ini pada masa yang ditetapkan. Jika sebelum ini kami tidak mengambil berat tentang cara penghasilan bunyi bahasa ini, namun dengan adanya tugasan ini, secara tidak langsung banyak membantu kami dalam mengukuhkan maklumat dan pengetahuan lama dengan yang baru terutamanya

untuk membunyikan huruf vokal, konsonan dan diftong dalam penyebutan bahasa baku. Malah kami juga sedar bahawa ketiga-tiga elemen bunyi bahasa ini amat penting untuk diserapkan ke dalam setiap mata pelajaran Bahasa Melayu di sekolah supaya sesi pengajaran dan pembelajaran bagi pengenalan huruf dalam Bahasa Melayu dapat berjalan secara berkesan. Malah dengan penggunaan bunyi bahasa yang tepat, secara tidak langsung penggunaan bahasa baku juga dapat ditingkatkan. Malah, kecelaruan dalam penggunaan bahasa juga dapat dikurangkan. Berdasarkan tugasan ini juga, kami juga mula sedar bahawa bertapa pentingnya untuk memahami Cara Penghasilan Bunyi Bahasa ini. Hal ini kerana, apabila kita dapat menguasai ketiga-tiga bunyi bahasa iaitu bunyi vocal, konsonan dan diftong ini secara tidak langsung dapat memudahkan kita dalam peghasilan bunyi bahasa atau penyebutan yang berkesan. Malahan, secara tidak langsung ianya dapat memudahkan kita dalam berkomunikasi. Tuntasnya, tugasan ini banyak memberi kesan yang positif dan kebaikan terhadap diri kami. Tugasan ini juga, telah membuka pemikiran kami terhadap bidang ilmu Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu ini. Kami berharap ilmu ini dapat kami aplikasikan dengan lebih produktif dalam profesion perguruan. Akhir kata

terima kasih kami ucapkan kepada Encik Hamdan bin Yaakub pensyarah kursus Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu kami diatas segala tunjuk ajar yang diberikan serta tidak lupa kepada rakan-rakan kumpulan. InsyaAllah, kami akan gunakan ilmu yang ada ini dengan sebaik-baiknya

RUJUKAN
http://www.tutor.com.my/stpm/fonologi/Fonologi.htm

http://www.tutor.com.my/tutor/arkib2002.asp?e=STPM&s=BM&b=SEP&m=4&r=m&i=NOTA

Вам также может понравиться