Вы находитесь на странице: 1из 3

KISAH KEANGKUHAN RAJA NAMRUD Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Terima kasih tuan pengerusi majlis, panel hakim yang arif lagi bijaksana, penjaga masa dan seterusnya hadirin hadirat sekalian. Tajuk cerita saya pada hari ini ialah kisah kemungkaran kaum Nabi Isa.

Kawan-kawan sekalian, Nabi Isa a.s adalah putera kepada seorang wanita suci bernama Maryam, yang dilahirkan di Baitul Lahm. Kelahiran Nabi Isa merupakan suatu mukjizat kerana baginda dilahirkan tanpa bapa. Ya, hal ini bukanlah sesuatu yang mustahil bagi Allah swt. seperti firmanNya dalam Surah Ali Imran ayat 59,

Sesungguhnya perumpamaan (penciptaan) Isa bagi Allah, seperti (penciptaan) Adam. Dia menciptakannya dari tanah, kemudian Dia berkata kepadanya, Jadilah! Maka Jadilah sesuatu itu.

Ya kawan-kawan, Begitulah Allah swt membuktikan kekuasaanNya.

Kawan-kawan sekalian, Beberapa hari selepas kelahirannya, Nabi Isa dibawa pulang ke kampung ibunya, Maryam. Pelbagai tuduhan dan fitnah dilemparkan terhadap Maryam di atas kelahiran Nabi Isa yang tidak berbapa. Mereka menuduhnya berzina, malah ada yang mahu mengusirnya dari kampung. Maryam hanya berdiam diri dan menyuruh orang-orang tersebut bertanya kepada bayi yang berada dalam dakapannya. Seketika bayi itu menjawab seperti firman Allah dalam Surah Maryam ayat 30,

Dia (Isa) berkata, Sesungguhnya aku hamba Allah. Dia memberiku Kitab (Injil) dan Dia menjadikan aku seorang Nabi.

Ya kawan-kawan, Janganlah kita menjadi agen penyebar fitnah dan berita palsu kepada masyarakat. Lihat sahaja di sekeliling kita sekarang. Fitnah individu semakin berleluasa melalui media massa dan elektronik.

Kawan-kawan sekalian, Sejak kecil lagi, Nabi Isa a.s sudah menampakkan dirinya sebagai seorang manusia yang istimewa. Nabi Isa memiliki kecerdasan yang luar biasa dan melebihi orang dewasa. Allah menganugerahkan kepadanya pelbagai ilmu dan kebolehan yang tidak ada pada orang lain.

Ketika berusia 30 tahun, Nabi Isa sering mengasingkan diri dari keramaian untuk membersihkan jiwanya. Nabi Isa dilantik menjadi Rasul ketika baginda bersama ibunya di atas Bukit Zaitun. Baginda diutuskan oleh Allah swt untuk menyampaikan dakwah kepada kaum Bani Israel yang sememangnya terkenal dengan sifat keras hati dan angkuh.

Dalam perjalanan dakwahnya, Nabi Isa pernah diminta oleh kaum Al-Hawariyyun iaitu pengikut setianya agar diturunkan hidangan daripada langit. Nabi Isa memohon kepada Allah agar menurunkan nikmat tersebut untuk meningkatkan keimanan para pengikutnya.

Allah berfirman, Sungguh, Aku akan menurunkan hidangan itu kepadamu. (Surah al-Maidah ayat 115)

Ya kawan-kawan, Kita hendaklah percaya bahawa setiap Nabi dikurniakan mukjizat oleh Allah swt dalam membuktikan kerasulannya.

Kawan-kawan sekalian, Nabi Isa tidak berputus asa dalam menyampaikan dakwahnya. Walaupun ditentang hebat, Nabi Isa tetap menyeru kepada kaum Bani Israel agar mematuhi perintah dan menjauhi larangan Allah swt.

Вам также может понравиться