Вы находитесь на странице: 1из 18

Berbakti kepada ibu bapa

Oleh DR. ZULKIFLI MOHAMAD AL- BAKRI DINYATAKAN di sini dalam ruangan tafsir berkenaan dengan kelebihan serta tanggungjawab seorang anak kepada ibu bapa dengan melakukan ihsan. Allah SWT memerintahkan kepada kita untuk berbakti kepada kedua-dua ibu bapa seperti yang dinaskan dalam al-Quran yang bermaksud: Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya Engkau tidak menyembah melainkan kepadanya semata-mata, dan hendaklah Engkau berbuat baik kepada ibu bapa. (al-Isra': 23) Ihsan yang dimaksudkan adalah penghormatan dan pengagungan yang berkaitan dengan peribadi. Sedang bila yang dimaksudkan dengan memberi manfaat material, maka kalimah yang digunakan adalah li, dan demikian dengan ayat ini lebih menekankan kebaktian pada penghormatan dan pengagungan peribadi kepada kedua-dua orang tua. Walaupun berbeza, namun pada akhirnya mesti difahami ihsan kepada orang tua yang diperintahkan agama Islam adalah bersikap sopan kepada keduaduanya dalam ucapan dan perbuatan sesuai dengan adat kebiasaan masyarakat. Sehingga mereka merasa senang terhadap kita serta mencukupi keperluan-keperluan mereka yang sah dan wajar sesuai dengan kemampuan kita sebagai anak. Rujuklah kembali tafsiran al-Quran di dalam surah al-Nisa' pada ayat 34 yang bermaksud untuk memperoleh informasi yang lain tentang batas-batas bakti kepada orang tua. Pernah suatu ketika, Abdullah bin Amr mengisahkan yang bermaksud: "Datang seorang lelaki kepada Nabi SAW, lalu ia meminta kebenaran daripadanya untuk berjihad. Maka Baginda bertanya kepadanya: Adakah ibu bapa engkau masih hidup? Dia menjawab: Ya! Baginda bersabda: Maka hendaklah berbakti pada keduanya dikira engkau berjihad." (riwayat alBukahri (3004) dan Muslim (6668)) Antaranya pengajaran yang boleh di ambil berdasarkan nas dan hadis di atas adalah: l Kelebihan jihad dan berbuat baik kepada ibu bapa. Berbuat baik kepada ibu bapa lebih baik daripada jihad. l Sayid Qutub berkata: "Hubungan pertama selepas hubungan akidah ialah hubungan keluarga. Oleh kerana itu, penjelasan ayat ini menghubungkan

kewajipan berbuat baik kepada ibu bapa dengan kewajipan menyembah Allah untuk menerangkan betapa tingginya nilai berbuat baik kepada ibu bapa itu di sisi Allah SWT." Antara cara dan adab berinteraksi dengan ibu bapa telah dinaskan di dalam al-Quran iaitu yang bermaksud: Jika salah seorang daripada keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "uh", dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun). Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): "Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil. (al-Isra': 23-24) Sayid Qutub berkata: "Fitrah semula jadi yang mendorong kedua-dua ibu bapa berusaha membela anak-anak mereka dan membuat mereka sanggup berkorban apa sahaja walaupun diri mereka sendiri." Jika tunas tumbuhan yang hijau menyedut segala makanan yang terdapat pada biji benih hingga akhirnya menjadi hancur. Jika anak ayam dalam telur itu menyedut segala makanan yang terdapat dalam telur hingga akhirnya tinggal kulit, maka begitulah juga anak-anak manusia menyedut segala madu, kesihatan, daya usaha dan perhatian ibu bapa mereka hingga akhirnya mereka meningkat usia emas jika keduaduanya dipanjangkan umur, namun begitu kedua-duanya tetap merasa bahagia dan senang hati. Justeru, para ibu bapa tidak perlu berpesan supaya anak-anaknya menjaga dan membela anak-anak mereka, malah anak-anaklah yang perlu dibangkitkan kesedaran mereka dengan bersungguh-sungguh supaya mereka mengingatkan kewajipan mereka terhadap ibu bapa yang telah memberi seluruh madu kepada mereka hingga tua. Di sinilah diterangkan perintah supaya berbuat baik kepada ibu bapa dalam bentuk keputusan daripada Allah SWT yang mendokong pengertian perintah yang wajib setelah menerangkan perintah yang wajib supaya menyembah Allah. Al-Hafiz al-Bazzar dengan sanadnya daripada Buraidah daripada bapanya berkata: "Ada seorang lelaki sedang bertawaf sambil mengendongkan ibunya, lalu dia bertanya kepada Nabi SAW: Adakah hamba telah menunaikan haknya (hak ibunya)? Baginda menjawab: Tidak! Tidak dengan hanya sekali pandang sahaja."

Dengan menekuni sejarah salafussoleh, jelas menujukkan kepada kita bahawa terlalu banyak mereka yang berbakti kepada kedua-dua ibu bapa. Antara contoh yang hebat yang berlaku kepada Usamah bin Zaid. Begitu juga kisah Saad Bin Abi Waqas dengan ibunya. Sebenarnya, berbakti kepada kedua-dua ibu bapa tidak hanya dibataskan dengan hanya sambutan untuk Hari Ibu dan Hari Bapa sahaja. Akan tetapi sewajarnya ia dilangsungkan sepanjang masa keranA ibu bapalah menjadi penyebab kelahiran kita dan hidupnya kita dengan seadanya ini. Marilah sama-sama kita berbakti kepada kedua ibu bapa dengan bersungguhsungguh.

Terdapat tiga ayat di dalam al-Quran yang saling berulang, yang dapat kita gunakan untuk mengetahui betapa besar kedudukan ibubapa dan betapa penting tuntutan untuk berbuat baik kepada mereka. Ayat-ayat tersebut adalah:

Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua; dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibubapa. [al-Nisa 4:36][1]

Katakanlah: "Marilah, supaya aku bacakan apa yang telah diharamkan oleh Tuhan kamu kepada kamu, iaitu janganlah kamu sekutukan dengan Allah sesuatupun; dan hendaklah (kamu) membuat baik kepada ibubapa. [alAnaam 6:151]

Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. [al-Isra 17:23]

Jika kita mengkaji ketiga-tiga ayat di atas, akan ditemui bahawa ia memiliki tiga kesamaan:

Pertama:

Ayat-ayat di atas kesemuanya menghubungkan perintah berbuat baik kepada ibubapa dengan perintah mentauhidkan Allah Subhanahu wa Ta'ala. Dalam susunan kata yang lain, setelah diperintahkan kepada kita untuk mentauhidkan-Nya, yakni dengan mengesakan-Nya dan beribadah kepada-Nya sahaja, Allah memerintahkan kita untuk berbuat baik kepada kedua ibubapa. Ini menjadi ukuran pertama tentang betapa besar kedudukan ibubapa dan betapa penting tuntutan untuk berbuat baik kepada mereka. Seandainya kedudukan dan tuntutan ini adalah biasa-biasa sahaja, nescaya Allah tidak akan meletakkannya di tangga kedua selepas perintah mentauhidkan-Nya.

Perlu difahami bahawa mentauhidkan Allah Subhanahu wa Ta'ala tidak semata-mata dengan berkata Tidak ada tuhan melainkan Allah. Apa yang tersemat di hati dan terukir di lisan

perlu dibuktikan kemantapan dan kemurniannya dengan perbuatan, yakni amal ibadah. Seterusnya amal ibadah itu terbahagi kepada dua jenis: 1. Ibadah yang bersifat menegak (vertical), iaitu yang melibatkan hubungan antara kita dengan AllahSubhanahu wa Ta'ala. Ini adalah ibadah-ibadah yang masa, tempat dan caranya telah ditentukan secara terperinci oleh Allah dan Rasul-Nya. Wudhu, solat, puasa, haji dan zikir termasuk dalam kategori ini. 2. Ibadah yang bersifat mendatar (horizontal), iaitu yang melibatkan hubungan antara kita dengan sesama makhluk. Ini adalah ibadah-ibadah yang telah ditentukan secara umum manakala perincian pengamalannya diserahkan kepada manusia, selari dengan suasana masing-masing. Berbuat baik kepada ibubapa, jiran, sesama manusia, haiwan dan alam sekitar termasuk dalam kategori ini. Pada waktu yang sama tidak berjumpa dengan bomoh, tidak berdoa kepada sesama makhluk dan tidak mempercayai kekuasaan tertentu pada kejadian tertentu juga termasuk dalam kategori ini. Berbuat baik kepada ibubapa termasuk salah satu bentuk pembuktian akan kemantapan dan kemurnian tauhid kita kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala. Tidak sempurna tauhid seseorang yang hanya bersolat dan berpuasa akan tetapi dia tidak mengendahkan hal ehwal ibubapanya. Demikian juga, tidak sempurna tauhid seseorang jika dia hanya memerhatikan

ibubapanya sehingga melalaikan kewajipan solat, puasa dan sebagainya. Ketauhidan seseorang hanya akan mencapai tahap kesempurnaan jika dia memerhatikan dengan adil ibadah yang bersifat menegak dan mendatar.

Demi kefahaman yang lebih baik, marilah kita ikuti penjelasan Muhammad Quraish Syihab:

Ibadah, sebagaimana dikemukakan ketika mentafsir (surah) al-Fatihah, bukan hanya sekadar ketaatan dan ketundukan tetapi adalah suatu bentuk ketundukan dan ketaatan yang mencapai puncaknya kerana ada rasa keagungan dalam jiwa seseorang terhadap siapa yang kepadanya dia mengabdi, serta sebagai dampak (hasil) dari keyakinan bahawa pengabdian itu tertuju kepada yang memiliki kekuasaan yang erti hakikatnya tidak terjangkau. Begitu lebih kurang tulis Syekh Muhammad Abduh. Perintah beribadah dalam ayat ini (al-Nisa 4:36) bukan saja ibadah ritual atau yang dikenali dengan Ibadah Mahdhah,yakni ibadah yang cara, kadar dan waktunya ditetapkan oleh Allah atau Rasul seperti shalat, zakat, puasa dan haji, tetapi mencakup segala macam aktivitas yang hendaknya dilakukan demi kerana Allah Subhanahu wa Ta'ala. Ibadah yang dimaksudkan adalah perwujudan dari perintah-Nya:

Katakanlah: "Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. [al-Anaam 6:162].

Sementara ulama memahami perintah ibadah dalam ayat ini dalam arti tauhid praktis, dimana amal-amal kebajikan merupakan buah dari keyakinan kalbu atas keesaan Allah Subhanahu wa Ta'ala.[2]

Sebelum beralih ke penjelasan seterusnya, ingin diterangkan bahawa menghubungkan perintah berbuat baik kepada ibubapa dengan perintah mentauhidkan Allah Subhanahu wa Ta'ala juga berlaku kepada umat-umat sebelumnya. Di antaranya ialah Bani Israil dimana Allah berfirman:

Dan (ingatlah), ketika Kami mengikat perjanjian setia dengan Bani Israil (dengan berfirman): Janganlah kamu menyembah melainkan Allah, dan berbuat baiklah kepada kedua ibubapa. [al-Baqarah 2:83]

Demikian juga Luqman[3], apabila beliau menasihati anaknya, berbuat baik kepada ibubapa diletakkannya di tangga kedua selepas tauhid:

Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, semasa dia memberi nasihat kepadanya: Wahai anak kesayanganku, janganlah engkau mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar. Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibubapanya. [Luqman 31:13-14]

Kedua:

Dalam rangka memerintahkan berbuat baik kepada ibubapa, Allah Subhanahu wa Ta'ala menggunakan perkataan Ihsan ( )yang bererti berbuat kebaikan yang sebaik-baiknya, melebihi kebiasaan. Penjelasan Muhammad Quraish Syihab sekali lagi menjadi tumpuan:

Al-Quran menggunakan perkataan Ihsan ( )sebanyak enam kali, lima di antaranya dalam konteks berbakti kepada kedua orang tua. Kata Husn ( )mencakup Segala sesuatu yang menggembirakan dan disenangi. Hasanah digunakan untuk menggambarkan apa yang menggembirakan manusia kerana perolehan nikmat menyangkut diri (rohani), jasmani dan keadaannya. Demikian dirumuskan oleh pakar kosakata al-Quran, ar-Ragib al-Asfahani.

Selanjutnya, menurut pakar tersebut, kata Ihsan digunakan untuk dua hal; pertama: memberi nikmat kepada pihak lain dan kedua: perbuatan baik. Kerana itu, kata Ihsan lebih luas dari sekadar memberi nikmat atau nafkah. Maknanya bahkan lebih tinggi dan mendalam daripada kandungan makna adil, kerana adil adalah memperlakukan orang lain sama dengan perlakuannya kepada anda, sedangkan Ihsan adalah memperlakukannya lebih baik daripada perlakuannya terhadap anda. Adil adalah mengambil semua hak anda dan/atau memberi semua hak orang lain sedangkan Ihsan adalah memberi lebih banyak daripada apa yang harus anda berikan dan mengambil lebih sedikit daripada apa yang seharusnya anda ambil.[4]

Ketiga:

Apabila menyentuh ibubapa, ketiga-tiga ayat di atas menggunakan perkataan bi (), iaitu wa bil walidain ihsana () . Diingatkan bahawa firman-firman Allah Subhanahu wa Ta'ala di dalam al-Quran bukanlah sesuatu yang berlaku secara rambang, akan tetapi setiap pilihan perkataan dan susunan ayat memiliki maksud dan tujuannya yang tersendiri.

Dalam kes ini, Muhammad Quraish Syihab menjelaskan maksud dan tujuan penggunaan perkataan bi ():

Al-Quran menggunakan kata penghubung bi ketika berbicara tentang bakti kepada ibubapa: wa bil walidain ihsana( ) padahal bahasa juga membenarkan penggunaan li ( )yang bererti untuk dan ila ( )yang bererti kepada sebagai penghubung kata Ihsan.

Menurut pakar-pakar bahasa, kata ila ( )mengandung makna jarak sedangkan Allah tidak menghendaki adanya jarak walau sedikit pun dalam hubungan antara anak dan orang tuanya. Anak harus selalu mendekat dan merasa dekat kepada ibubapanya, bahkan kalau dapat (hendaklah) dia melekat kepadanya. Kerana itu digunakan kata bi yang mengandung ertiIlshaq ( )yakni kelekatan. Kerana itulah, maka bakti yang dipersembahkan oleh anak kepada orang tuanya, pada hakikatnya bukan untuk ibubapanya tetapi untuk dirinya sendiri. Itu pula sebab tidak dipilih kata penghubung li () yang mengandung makna peruntukan.[5]

Demikian tiga ayat yang saling berulang dan tiga kesamaan dalam ayat-ayat tersebut yang menunjukkan kepada kita betapa besar kedudukan ibubapa dan betapa penting tuntutan untuk berbuat baik kepada mereka. Kebaikan yang dipersembahkan kepada ibubapa kita hendaklah melebihi

daripada kebaikan yang biasa, bahkan sehingga menjadikan kita sebegitu rapat dengan mereka. Lebih penting, berbuat baik kepada ibubapa adalah pembuktian tauhid kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala yang diterjemahkan dalam bentuk perbuatan. Seterusnya marilah kita mengkaji tuntutan berbuat baik kepada ibubapa menurut al-Sunnah.

[1]

Terjemahan ayat-ayat al-Quran dalam buku ini diambil

daripada Tafsir Pimpinan ar-Rahman Kepada Pengertian alQuran oleh Abdullah Basmeihrahimahullah, edisi cdrom The Holy Quran v6.31 terbitan Harf IT (www.harf.com).
[2]

Tafsir al-Mishbah, (Lentera Hati, Djuanda, 2000-2004), jld. 2,

ms. 415.
[3]

Siapakah Luqman? Berkata Ibn Katsir: (Para tokoh) generasi

awal berbeza pendapat berkenaan Luqman, adakah beliau seorang Nabi atau seorang hamba shalih yang bukan nabi? Di antara dua pendapat ini, kebanyakan mereka cenderung kepada yang kedua (yakni seorang hamba shalih, bukan seorang nabi). [Tafsir Ibn Katsir, (edisi Cdrom The Holy Quran v6.31; tafsir kepada ayat 12 surah Luqman)] Al-Quran dalam persoalan ini bersikap diam, kecuali sekadar

menerangkan bahawa Luqman adalah seorang yang telah dikurniakan kebijaksanaan oleh Allah Subhanahu wa

Ta'ala. Firman Allah:

Dan sesungguhnya Kami telah memberi kepada Luqman, hikmat kebijaksanaan, (serta Kami perintahkan kepadanya): Bersyukurlah kepada Allah (akan segala nikmatNya

kepadamu. [Luqman 31:12] Apa yang tidak diterangkan oleh Allah dan Rasul-Nya, bererti ia tidak penting untuk diketahui oleh umat Islam. Maka tidak perlu kita membazir masa dan tenaga untuk mengkaji lebih dalam tentang persoalan ini atau apa-apa yang seumpama. Lebih lanjut, rujuk buku saya Marilah Berkenalan Dengan al-

Quran terbitan Jahabersa, Johor Bahru, 2005.


[4] [5]

Tafsir al-Mishbah, jld. 2, ms. 416-417. Tafsir al-Mishbah, jld. 2, ms. 417.

Anjuran untuk Berbakti kepada Orang tua dalam Al Quran

Para pembaca yang dicerahkan hatinya, menyambung lagi artikel sebelumnya mengenai berbakti kepada orang tua Part 2, silahkan buka artikel sebelumnya: Memaknai berbakti kepada orang tua. Dan di edisi kali ini akan lebih banyak menampilkan dalil dari Al-Quran yang menggambarkan betapa pentingnya berbakti kepada orang tua. Sebelum itu mari lihat pengertian dari berbakti kepada orang tua.

Birrul walidaini yaitu ihsan atau berbuat baik dan bakti kepada orang tua dengan memenuhi hak-hak kedua orang tua serta menaati perintah keduanya selama tidak melanggar syariat.

Lawan katanya yaitu Aqqul walidaini, yaitu durhaka kepada orang tua dengan melakukan apa yang menyakiti keduanya dengan berbuat jahat baik melalui perkataan ataupun perbuatan serta meninggalkan kebaikan kepada keduanya.

Hukum bakti kepada orang tua wajib ainiy (mutlak) sedangkan durhaka kepada keduanya haram.

Bagaimana berbakti kepada orang tua menurut Al-Quran, sebagaimana ayat-ayat Al-Quran berikut :

1. Perkataan Ah saja termasuk suatu dosa kepada orang tua apalagi, membentak, memukul, atau hal lainnya yang lebih kejam. Selain itu juga perlu berlemah lembut kepada orang tua selalu mendoakan keduanya agar dikasihi oleh Allah SWT. . 32 -32 .

Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapakmu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan ah dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia. (Al Isra(17):23)

Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah: "Wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil." (Al Isra(17):24)

2. Perintah berbakti kepada orang tua setelah perintah untuk beribadah kepada Allah tanpa mempersekutukannya. Hal ini menggambarkan pentingnya berbakti kepada orang tua. Dalam ayat lain Allah SWT menjelaskan bahwa bersyukur kepada orang tua (dengan berbakti kepada keduanya) merupakan kesyukuran kepada Allah SWT, karena Allah menciptakan semua manusia dari rahim orang tua. 151 : .

yaitu: janganlah kamu mempersekutukan sesuatu dengan Dia, berbuat baiklah terhadap kedua orang ibu bapa, (Al-Anam 151).

3. Meskipun orang tua menyuruh kepada suatu perbuatan yang menyekutukan Allah SWT, atau orang tua tersebut masih belum memeluk Islam, sikap berbakti kepada orang tua tetap menjadi suatu kewajiban oleh seorang anak tanpa harus mematuhi perintah mereka yang menyalahi syariat.

51 [

15. Dan jika keduanya memaksamu untuk mempersekutukan dengan Aku sesuatu yang tidak ada pengetahuanmu tentang itu, maka janganlah kamu mengikuti keduanya, danpergaulilah keduanya di dunia dengan baik, dan ikutilah jalan orang yang kembali kepada-Ku, kemudian hanya kepada-Kulah kembalimu, maka Kuberitakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan.

4. Jasa orang tua terutama ibu diungkapkan dalam suatu ayat Al-Quran, dimana seorang ibu rela berkorban dalam mengandung anaknya, kemudian menyusuinya. Semua jasa orang tua di kala anak masih kecil dan lemah perlu diingat dan dikenang untuk selamanya.

]51 [

14. Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu- bapanya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah- tambah, dan menyapihnya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepadaKu dan kepada dua orang ibu bapakmu, hanya kepada-Kulah kembalimu.

Untuk menutup part 3, ada sebuah kisah nyata yang diceritakan Rasulullah SAW, mengenai 3 orang yang terjebak dalam gua, kemudian berdoa kepada Allah dengan menyebutkan amal saleh yang mereka lakukan agar Allah berkenan menolong mereka dari gua yang tertutupi batu-batu.

Salah satu orang dari mereka menyebutkan bahwa amal shalehnya ialah aku memiliki orang tua yang telah usia lanjut, dan aku selalu mendahulukan kepentingan mereka dibandingkan keluarga dan hartaku, aku biasanya membawakan minuman (susu) bagi mereka dan tidak membiarkan siapapun meminumnya kecuali setelah mereka minum. Apabila ini merupakan merupakan amal shaleh yang mengharap ridha-Mu maka keluarkanlah kami dari gua ini."

Pada akhir cerita, setelah setiap orang menceritakan amal shalehnya maka akhirnya pintu gua yang tertutupi bebatuan akhirnya terbuka dan mereka akhirnya keluar dengan selamat.

Marilah para sahabat kita merawat orang tua kita sebaikbaiknya, dan senantiasa mendahulukan kepentingan mereka. Merupakan suatu kesalahan bila terlalu memanjakan anak dan pasangan tetapi mengacuhkan kepentingan orang tua yang seharusnya dijunjung tinggi dalam suatu keluarga. Orang tua memang membutuhkan materi (uang) tetapi masih ada yang

lebih penting bagi mereka yaitu kasih sayang. Menyapa, menanyakan kabar mereka, kesehatan mereka, apa yang mereka inginkan merupakan suatu hal sepele namun berarti besar bagi mereka. Penulis: Azhar Alam Artikel: www.solusiislam.com

Вам также может понравиться