Вы находитесь на странице: 1из 4

PENGGUNAAN TEKNOLOGI DI SEKOLAH Penggunaan Teknologi telah membawa satu gelombang perubahan yang besar dalam proses Pengajaran

& Pembelajaran di sekolah. Antara perubahan yang dapat dilihat melalui penggunaan teknologi ini di sekolah adalah melicinkan proses Pengajaran dan Pembelajaran kerana ia dapat membantu untuk memberikan gambaran sebenar kepada isi-isi penting kepada topik yang akan disampaikan oleh guru kepada murid. Penggunaan Teknologi dalam pendidikan juga dapat menjimatkan masa, tenaga dan wang, mengelakkan rasa bosan pelajar seterusnya mengekalkan minat pelajar. Ia juga boleh menghiburkan pelajar serta mengelakkan dari berlakunya tidak faham atau salah tafsir terhadap konsep melalui deria melihat, mendengar atau menyentuh. Guru diberi tugas untuk menjana modal insan gemilang bukanlah satu perkara yang baru tetapi ia adalah matlamat atau impian bagi setiap guru terhadap pelajar-pelajarnya dalam mengharungi proses P & P. Peranan guru-guru pula adalah untuk memberikan bantuan sebagai fasilitator di kalangan pelajar. Ini lah scenario sebenar yang sedang berlaku di sekolah tempat saya mengajar iaitu Sekolah Kebangsaan Lohan, Ranau. Melalui beberapa sesi temu bual secara ringkas bersama guru-guru di Sekolah Kebangsaan Lohan, Ranau ini, saya dapati hampir kesemua guru memberi respon yang sama terhadap soalan mengapa mereka tidak mengaplikasikan penggunaan teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran di kelas. Antara alasan yang diberikan oleh guru-guru ini adalah kelas tidak disediakan dengan LCD, skrin, bahan audio. Dengan ini, para guru akan mengalami kesukaran untuk mengaplikasikan kegunaan teknologi dalam kelas ketika sesi pembelajaran itu dijalankan. Selain itu, ada juga guru yang memberikan respon bahawa agak membebankan bagi seorang guru itu untuk membawa segala keperluan pemasangan peralatan yang diperlukan ke dalam kelas seperti laptop, LCD, wayar (Extension Wire), ini belum lagi ditambah dengan buku-buku yang perlu dipikul oleh guru tersebut untuk dibawa ke dalam kelas. Selain itu, terdapat segelintir guru bahasa masih tidak mahu mengikuti serta mengubah kaedah pengajaran mereka. Melalui hasil temubual saya, dapat saya perhatikan bahawa guru-guru bahasa yang telah lama berkidmat dalan dunia pendidikan enggan mengubahsuai corak pengajaran dan pembelajaran mereka yang mana, kaedah guru dalam proses pengajaran dan

pembelajaran di bilik darjah hanya tertumpu kepada penggunaan buku teks serta papan tulis semata-mata dan tidak mempunyai alternative kaedah pengajaran bahasa yang lain. Sesetengah guru merasakan penggunaan kaedah pengajaran tradisional sudah cukup untuk menyediakan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan di dalam bilik darjah. Terdapat guru-guru yang tidak memahami nilai penggunaan teknologi maklumat ini menyebabkan mereka malas untuk belajar serta mendalami ilmu teknologi maklumat. Penggunaan teknologi maklumat seolah-olah memberi satu bebanan kepada mereka ketika sesi pengajaran dan pembelajaran. Menurut (Norizan Abdul Razak, 1997) dalam kajian kesediaan guru menggunakan teknologi maklumat dalam pengajaran bahasa membuktikan bahawa guruguru masih lagi ragu-ragu dan takut untuk menggunakan komputer dalam pengajaran mereka. Perkara ini menjadi salah satu perkara yang membantutkan pengintegrasian teknologi maklumat dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa disekolah. Terdapat guru-guru yang berminat untuk belajar tetapi berputus asa kerana merasakan sukar untuk menguasai bidang teknologi maklumat. Kemudahan teknologi yang berkaitan tidak mencukupi .Proses pengintegrasian teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran memerlukan prasarana yang mencukupi seperti kemudahan makmal komputer, peralatan berkaitan dengan penggunaan teknologi maklumat, serta penyediaan dan penyelenggaraan komputer yangmencukupi dan lancer. Sistem penyelenggaraan bahan teknologi maklumat di sekolah yangtidak cekap menjadi salah satu punca permasalahan pengintegrasiaan ini tidak dapatdilaksanakan dengan baik. Sehubungan itu juga, peruntukan kewangan yang lambat sertatidak mencukupi untuk proses penyediaan kemudahan teknologi maklumat di sekolah-sekolah tertentu menjadi salah satu punca timbulnya permasalahan dalam proses pengintegrasian Pada pendapat saya, penggunaan teknologi dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran memberikan sesuatu gambaran yang menyeluruh dan jelas sesuatu konsep dan objektif pembelajaran tersebut dan kaitannya dengan kehidupan seharian yang mana ia melibatkan pelbagai deria pelajar dengan penggunaan visual yang diikuti oleh audio akan melibatkan deria lihat dan dengar dan mungkin deria sentuh. Penglibatan deria ini akan meningkatkan daya ingatan pelajar. Ia juga memberi kelainan dan kepelbagaian kepada kaedah mengajar agar dapat membantu pelajar mendapat kesan pembelajaran yang maksimum dengan penggunaan masa

yang minimum dan memperkayakan pengalaman pelajar dengan menggunakan media bergerak yang mana boleh memperkayakan pengalaman murid yang tidak pernah mereka lihat atau alami akan dapat di saksikan sendiri dan seolah-olah mengalaminya. Penggunaan media Teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang baik merupakan alat yang dapat menjelaskan serta memberikan gambaran yang lebih terperinci dan menerangkan isi-isi pelajaran sesuatu subjek itu kepada para murid ketika sesuatu sesi pembelajaran itu dijalankan. .Dengan menggunakan bahan serta peralatan teknologi yang sesuai, ia akan dapat meningkatkan pemahaman serta minat pelajar terhadap mata pelajaran yang di ajar. Melalui penggunaan bahan-bahan serta peralatan ini dalam proses pengajaran dan pembelajaran, ia sudah psati akan dapat menciptakan proses pembelajaran yang interaktif, iaitu adanya hubungan imbal balik antara guru dan pelajar dan juga antara sesama pelajar. Antara jenis bahan teknologi yang sesuai digunakan disekolah adalah seperti penyaluran teks dalam multimedia dapat membantu proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih sempurna. Contohnya dengan teknologi ini, teks pelbagai bentuk, format dan susun atur bolehdipindahkan ke manamana sistem komputer bagi memudahkan pelajar memahami isi kandungan yang dicapai dari Internet. Selain itu, grafik juga merupakan penggunaan visual untuk menerangkan konsep yang tidak dapat atau sukar diterangkan oleh teks. Penggunaan grafik juga dapat mempercepatkan penyampaian sesuatu maklumat dan dapat memberikan penerangan yang cepat, jelas, tepat dan konsisten terhadap pelajar. Contohnya, grafik seperti lukisan, gambar atau carta misalnya amat membantu di dalam menyampaian sesuatu maklumat dengan lebih pantas dan efektif. Audio & Video pula boleh digunakan untuk membantu penyampaian sesuatu maklumat dengan lebih berkesan, seperti penggunaan suara latar atau kesan audio istimewa. Menerusi audio, terdapat beberapa faedah dalam proses pengajaran dan pembelajaran seperti menarik perhatian pelajar, mempengaruhi emosi dan pemikiran pelajar, mempertingkatkan kefahaman pelajar terhadap isi kandungan mata pelajaran, memudahkan proses penerangan mengenai sesuatu konsep yang sukar untuk diterangkan melalui teks atau grafik, menjadi panduan yang lebih efektif dalam meningkatkan pemahaman pelajar dan mengekalkan penumpuan pelajar dalam sesebuah mata pelajaran.

Animasi berperanan bagi menceriakan lagi persembahan sebuah informasi. Animasi juga membantudalam menerangkan sesuatu konsep yang kompleks dengan mudah serta mampu menarik perhatian pengguna. Animasi berkomputer digunakan untuk menghasilkan satu keadaan yang meransang dan menyeronokkan. Contohnya, seseorang pelajar boleh menggunakan animasi berkomputer untuk mendemonstrasikan bahan secara visual berdasarkan kehendak sendiri (Rozinah 2005). Ini dapat mempercepatkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran disamping meningkatkan kreativiti danproduktiviti pelajar dalam subjek yang dipelajari. Kesimpulannya, guru yang kreatif serta bijaksana menggunakan teknologi yang ada untuk membantu mereka mencapai objektif pembelajaran dengan lebih mudah. Pelbagai aplikasi teknologi boleh digunakan secara meluas dalam pelbagai aktiviti dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Di samping itu, guru juga perlu merancang penggunaan teknologi dengan sebaiknya supaya faedah yang maksimum diperolehi daripada bahan tersebut. Pengetahuan mengenai bahan teknologi dan cara penggunaannya perlu dikuasai guru supaya mereka sentiasa peka terhadap perkembangan terkini selain tidak ketinggalan dalam kemahiran teknologi yang setiap masa semakin maju. Oleh itu, kebolehan dan kemampuan menggunakan komputer dengan cekap dan berkesan dapat membantu pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kini tiba masanya Malaysia bersaing dalam arus pembangunan pembelajaran global dengan memantapkan sistem pendidikan sedia ada setanding kualiti pendidikan berteraskan Teknologi di peringkat antarabangsa. Sejak kerajaan mengumumkan usaha meningkatkan penggunaan Teknologi dalam pelbagai sektor, bidang pendidikan tidak terkecuali.

Вам также может понравиться