Вы находитесь на странице: 1из 1

Cabaran intraetnik dan interetnik Sistem demokrasi yang diamalkan di Malaysia membolehkan penubuhan parti-parti politik untuk bertanding

dalam pilihanraya. Kewujudan parti politik yang pelbagai kadangkala boleh mencetuskan konflik antara satu sama lain. Sejarah pernah memaparkan keadaan genting yang melanda negara akibat daripada keadaan berpolitik yang tidak sihat. Gejala berikut perlu dielakkan dalam usaha untuk bersatu -terlalu extremism dalam melaksanakan sesuatu bersifat chauvanism atau taksub dengan hanya menganggap kumpulannya sahaja yang betul dan orang lain tidak -fanaticism atau membabi buta dalam melaksanakan sesuatu tanpa mempedulikan pendapat orang lain bahkan menolak sekeras-kerasnya pandangan orang lain. 23. Cabaran hubungan intra etnik contohnya kewujudan pelbagai parti politik yang mewakili kelompok kaum yang sama umpamanya dalam masyarakat Melayu ada parti UMNO dan PAS. menyebabkan berlaku ketidak sefahaman antara sesama kaum. kewujudan parti politik yang berbeza tetapi mewakili dan didominasi oleh etnik yang sama juga sedikit sebanyak telah menimbulkan hubungan tidak baik antara etnik. 24. Perbezaan nilai dan agama) setiap kumpulan etnik mempunyai agama, kebudayaan dan bahasa yang berbeza. Orang Melayu, China dan India terus dengan sistem hidup yang berteraskan kebudayaan dan tradisi mereka. Setiap kumpulan etnik mempertahankan kebudayaan dan adat resam mereka, mengutamakan etnik mereka dan mungkin juga menganggap kebudayaan mereka sahaja yang terbaik. Selain daripada itu kewujudan akhbar yang pelbagai bahasa dengan mengutamakan kelompok etnik mereka akan memperkukuhkan lagi perasaan kumpulan etnik masing-masing. emaparan potret hubungan etnik di Malaysia sering diwarnai dengan pola-pola perbezaan berbanding ke arah melihat persamaan mahupun perkongsian dalam kalangan masyarakat pelbagai etnik. Hakikatnya, pemahaman terhadap konsep asas hubungan etnik sama ada secara intraetnik atau interetnik perlu dihayati oleh segenap lapisan masyarakat agar dapat menghindari gejala etnosentrisme, prejudis, stereotaip ataupun diskriminasi. Rakyat Malaysia perlu menyedari kewujudan potret-potret etnik yang positif dan baik ini agar pemikiran yang sempit tidak menjadi hambatan kepada usaha menyulam fabrik kesepaduan sosial dalam masyarakat. Maka, kefahaman yang jelas terhadap kepelbagaian etnik dalam potret masyarakat di Malaysia akan memberi natijah ke arah pemupukan keharmonian dan tolak ansur dalam kehidupan bermasyarakat. Di samping itu, kesedaran akan wujudnya kepelbagaian etnik secara terbuka adalah penting bagi meleraikan tembok prasangka dalam diri individu. Oleh hal demikian, setiap kumpulan etnik yang berbeza perlu sedar bahawa hubungan antara etnik yang wujud pada masa ini lebih bersifat hubungan sosial walaupun mereka adalah daripada kumpulan etnik yang berbeza. Perbezaan yang wujud dalam kalangan masyarakat sebenarnya perlu dilihat bukan secara terpisah, tetapi atas dasar mereka ini ingin mencari kekuatan dan kebersamaan yang dapat dikongsi ke arah mengukuhkan landasan kesepaduan sosial. Melalui rundingan perbezaan yang dapat membawa kepada salah faham dan ketegangan dalam masyarakat dapat dijernihkan dengan persetujuan bersama hingga berlaku tolak ansur dan akomodasi antara mereka. Inilah jalan-jalan perundingan sosial yang telah membawa masyarakat pelbagai etnik di Malaysia hingga mampu membina kesepaduan sosial di antara mereka.

Вам также может понравиться