Вы находитесь на странице: 1из 10

FAEDAH BERIADAH Harum sudah cempaka hiasan, Berpuput semilir laungan jiwa, Aktiviti riadah pencetus wawasan, Pastinya

lahir nusa wibawa Pantun di atas jelas mengetengahkan kepada kita betapa pentingnya aktiviti riadah. Mengapakah aktiviti riadah kembali diperhangatkan dan menjadi polemik perbualan masyarakat? Marcapada ini,seiring dengan era globalisasi yang penuh dengan cabaran ini, masyarakat kita sering berlumba-lumba mengejar unsur kemewahan. Tanggapan kekayaan merupakan kunci kepada segala kesenangan sudah sebati dalam kehidupan mereka sehingga mereka alpa akan kepentingan aktiviti riadah yang menjadi salah satu amalan dalam mempraktikkan gaya hidup sihat. Sesungguhnya, aktivit rekreasi dan riadah yang boleh didefinsikan sebagai segala kegiatan yang dilakukan pada waktu lapang untuk menyihatkan tubuh badan dan fikiran merupakan elemen yang penting dalam menjayakan segala aktiviti dalam kehidupan seharian kita. Oleh itu, kita perlu mempunyai kesedaran terhadap kepentingan mengamalkan aktiviti riadah dan rekreasi sebelum nasi menjadi bubur. Pertama, aktiviti riadah dan rekreasi boleh menyihatkan tubuh badan kita. Hal ini demikian kerana apabila kita beriadah,kadar lemak yang terkumpul di dalam badan manusia boleh dikurangkan. Contohnya, kita boleh berjoging pada waktu lapang,terlibat dalam aktiviti senamrobik atau berkayak dan sebagainya. Tambahan lagi, jantung dapat mengepam darah dengan lancar. Secara tidak langsung, pelbagai penyakit seperti penyakit jantung, kencing manis dan darah tinggi dapat dihindarkan secara total .Dalam konteks ini, berekreasi dan beriadah adalah penting supaya badan kita sihat dan otak kita cerdas bak kata peribahasa Melayu,badan cergas otak cerdas.Oleh itu,kita perlu menjadikan aktiviti riadah dan rekreasi sebagai agenda harian agar kesihatan badan yang hakiki dapat dinikmati keranamencegah lebih baik daripada merawat. Menyingkap daripada sudut perspektif lain, aktiviti riadah yang dilakukan pada setiap minggu mampu menjadi pemangkin untuk mengurangkan tekanan dalam diri seseorang.Bayangkan jika individu terbabit perlu bekerja selama 60 jam dalam 5 hari,bukankah mereka akan mula mengalami tertekan? Kepenatan,keletihan dan beban kerja yang memberatkan akan menyebabkan mereka menunjukkan simptom-simptom tekanan seperti mudah marah,letih,lesu dan tidak bersemangat. Hal ini demikian akan menyebabkan prestasi mereka sama ada di tempat kerja mahupun sekolah mengalami kemerosotan dan mengundang pelbagai impak negatif seperti mendapat teguran daripada pihak atasan,dilucutkan jawatan dan sebagainya. Dengan aktivitinya riadah,hal ini akan membolehkan kita melakukan aktiviti yang kita gemar. Hal ini menjadi cara yang efektif untuk menghiburkan kita. Kita dapat melupakan beban yang ditanggung dan menjadi lebih bersemangat untuk meneruskan kehidupan. Oleh itu, wajarlah aktiviti riadah dipraktikkan dalam kehidupan kita untuk mengurangkan tekanan yang dialami. Sementelahan pula, melakukan aktiviti riadah turut memberi peluang kepada kita untuk mengeratkan hubungan antara keluarga mahupun taulan. Hal ini dapat menjadi medium ke arah pembentukan keluarga sakinah.Misalnya, pada hujung minggu, seisi keluarga boleh turun padang untuk melakukan aktiviti riadah bersama-sama sama ada di taman atau padang. Bukan itu sahaja, ahli keluarga boleh berkongsi pandangan ,pendapat dan masalah sepanjang masa mereka bersama-sama. Dengan itu,setiap ahli keluarga boleh memahami antara satu sama lain seterusnya merapatkan jurang antara mereka. Keseronokan melaukan aktiviti riadah juga akan lebih dinikmati dengan adanya orang yang disayangi di sisi kita. Dalam hal ini kita akan menjadi lebih bersemangat dan bersungguh-sungguh untuk melakukan aktiviti riadah. Oleh itu, hubungan kekeluargaan yang erat dapat dilahirkan dengan melakukan aktiviti riadah. Selain itu,aktiviti beriadah juga dapat membentuk integrasi kaum. Marcapada ini,kita acap kali melihat pelbagai aktiviti riadah yang melibatkan penyertaan pelbagai kaum khususnya aktiviti yang berkaitan dengan Program Latihan Khidmat Negara. Contohnya aktiviti berkayak,mendaki gunung dan meluncur. Kondusi ini akan memanifestasikan elemen kesepakatan dalam kumpulan masing-masing. Sesungguhnya, muafakat merupakan inti kepada perpaduan.Setiap ahli akan bersatu ibarat kata

peribahasa Melayu, serumpun bagai serai,selubang bagai tebu. Hal ini dapat menjadi medium yang efektif bagi menyatukan kaum sekali gus membina semangat perpaduan. Oleh hal yang demikian,aktiviti riadah yang melibatkan unsur kerjasamaibarat aur dan tebing dapat menjadi wahana ke arah pembentukan integrasi kaum. Dalam fasa itu, kebaikan aktiviti beriadah yang dapat dinikmati ialah mengelakkan remaja daripada terlibat dalam masalah sosial. Hal ini demikian kerana masa lapang remaja dapat diisi dengan aktiviti yang menghiburkan dan menyeronokkan kerana masa itu emas. Masa senggang seorang remaja agak banyak kerana tidak perlu menanggung tanggungjawab seperti orang dewasa. Seandainya masa lapang itu tidak dipenuhi secara bijaksana,remaja akan terjerumus untuk mendorong diri melakukan aktiviti yang kurang berfaedah seperti melepak,bermain komputer tanpa batasan dan berbual-bual kosong ibarat menghitung bulu kambing. Dengan melibatkan diri dalam aktiviti riadah,mereka tidak akan melakukan aktiviti yang kurang berfaedah kerana telah merasai keseronokan aktiviti riadah, bak kata peribahasa Melayu sambil menyelam minum air. Oleh itu, remaja dapat menghindarkan daripada terlibat dalam masalah sosial dengan melakukan aktiviti riadah. Secara tuntas,kita perlu mencapai kesedaran yang tinggi dalam usaha mengamalkan aktiviti riadah dan rekreasi. Semua pihak perlu berganding bahu ibarat aur dengan tebing bagi menanamkan kesedaran dalam diri masyarakat mengenai kepentingan aktiviti riadah dan rekreasi dalam kehidupan seharian bagi melahirkan generasi masa hadapan yang sihat seterusnya menjadi penyumbang kepada kemajuan negara.

PENGISIAN MASA LAPANG YANG BERFAEDAH Golongan Remaja Mesti Mengisi Masa Lapang Dengan Perkara Yang Berfaedah Pada zaman ini,segala kelengkapan telah dinaik taraf dan pembangunan serta ekonomi semakin maju setaraf dengan negara luar.Kemudahan infrastruktur telah dipelbagaikan demi mencapai keselesaan rakyat Malaysia.Malaysia turut memajukan sistem teknologinya yang mampu untuk berdaya saing dengan negara yang hebat seperti sistem teknologi di Amerika Syarikat dan di Jepun.Namun,disebalik pembangunan negara yang semakin pesat ini,masih ada lagi golongan remaja yang berfikiran sempit dang sering kali melakukan perkara yang tidak mendatangkan manfaat.Masa lapang sepatutnya terisi dengan aktiviti yang berfaedah dan masa amatlah penting bak kata pepatah Masa Itu Emas.Masa tidak sepatutnya terbuang begitu sahaja kerana masa yang terbuang tidak mungkin boleh diulang. Pelbagai aktiviti berfaedah yang boleh dilakukan oleh golongan remaja untuk mengisi masa lapang antaranya ialah dengan beriadah.Dengan beriadah,seseorang remaja itu dapat mengekalkan kekuatan dan kesihatan tubuh badan.Sekiranya badan kuat dan sihat,golongan remaja dapat memberi bantuan dalam bentuk tenaga kerja seperti membantu ibu bapa dan keluarga dalam menguruskan hal di rumah dan dapat meringankan beban yang ditanggung oleh ibu bapa.Selain itu,sikap tanggungjawab dan bekerjasama dapat disemai dalam diri setiap remaja dan melahirkan keluarga yang bahagia dan harmoni. Seterusnya,golongan remaja boleh mengisi masa lapang dengan menimba ilmu yang merangkumi pelbagai bidang tidak kira samada di sekolah,kelas tambahan,kolej mahupun hanya di rumah.Dengan cara ini,masa lapang dapat digunakan dengan penuh manfaat.Remaja boleh mengisi masa lapang dengan membaca bahan bacaan yang berkaitan dengan ilmiah dan bukan bahan bacaan yang mengandungi hiburan semata-mata.Sekiranya remaja rajin menimba ilmu,nescaya banyak pengetahuan

dan pengalaman yang diperoleh.Golongan remaja yang seperti ini akan dihormati dan disenangi oleh ahli keluarga dan masyarakat. Selain itu,remaja perlu melibatkan diri dengan pelbagai aktiviti kemasyarakatan yang sering kali dianjurkan oleh pelbagai pihak terutamanya pihak yang mewakili kebajikan masyarakat.Hal ini dapat meningkatkan serta mengukuhkan ikatan ukhwah sesama anggota masyarakat dan mengeratkan perpaduan dalam negara.Golongan remaja boleh mendaftarkan diri untuk menjadi sukarelawan yang membantu mereka yang susah terutamanya mangsa bencana alam.Golongan remaja perlu menjadi pelapis bagi generasi yang prihatin akan kesusahan dan kesempitan hidup orang lain. Remaja juga boleh melibatkan diri dengan kerja-kerja sampingan dan mengambil upah bekerja bagi menambah wang perbelanjaan.Remaja juga boleh menyimpan wang yang diperoleh di dalam akaun simpanan untuk kegunaan masa hadapan.Dengan ini,beban yang ditanggung oleh ibu bapa dapat diringankan.Wang yang diperoleh juga boleh digunakan untuk tujuan lawatan sambil belajar ke tempattempat yang tertentu di samping dapat merehatkan serta menenangkan fikiran.Selain itu,dengan aktiviti lawatan yang dijalankan remaja dapat menambah ilmu pengetahuan dan meluaskan pengalaman serta menyemai semangat patriotik dan cinta akan alam sekitar. Konklusinya,setiap remaja mesti bijak membahagikan masa agar masa tidak terbuang begitu sahaja.Remaja yang tidak menghargai masa akan merugukan diri sendiri dan mudah terjebak dalam kegiatan yang tidak sihat.

PENGISIAN MASA LAPANG YANG BERFAEDAH

Pendahuluan: Memanfaatkan masa lapang amat penting bagi golongan remaja pada masa kini. Hal ini demikian kerana dengan cara memanfaatkan masa lapang akan dapat menghindarkan seseorang itu daripada gejala yang tidak baik seperti budaya lepak, lumba haram, masalah pergaulan bebas dan sebagainya. Sememangnya Tuhan memberikan kita masa selama 24 jam sehari, maka bergantunglah kepada kita untuk memanfaatkan masa itu dengan sebaik-baiknya agar tidak merugikan diri sendiri, bak kata pepatah, masa itu emas. Isi karangan: 1. Golongan pelajar boleh memanfaatkan masa lapang - dengan mengulangkaji pelajaran - menyiapkan kerja rumah. - dengan cara memanfaatkan masa lapang, pelajar sentiasa bersedia menghadapi peperiksaan. 2. Memanfaatkan masa lapang dengan melakukan aktiviti riadah - dapat menyihatkan badan - menjalankan gaya hidup sihat, dapat menghindari penyakit - merehatkan badan dan minda setelah penat bekerja

3. Mengadakan lawatan sambil belajar atau melancong - jauh berjalan luas pemandangan - menambahkan ilmu pengetahuan tentang negara sendiri atau negara orang - pengetahuan boleh dimanfaatkan dalam pembelajaran di bilik darjah 4. Membantu ibu bapa melakukan kerja rumah - cara membalas jasa ibu bapa - meringankan beban tugas ibu bapa - mengasah kemahiran atau bakat yang ada. Contoh, membantu ibu memasak - memastikan persekitaran rumah bersih dan selamat didiami Kesimpulan: Setiap anggota masyarakat perlu tahu bagaimana cara yang baik untuk memanfaatkan masa lapang. Pengisian masa lapang dengan pelbagai perkara berfaedah akan dapat memberi pulangan yang baik kepada setiap individu.

Bahasa Jiwa Bangsa. Andai patah sayap rajawali, bertongkat jua saya ke mari, bukan kerana ingin bermimpi, tetapi untuk membawa anda semua menyelami mauduk pidato yang berbunyi Bahasa Jiwa Bangsa. Sambutlah Salam Sejahtera,Salam Satu Malaysia. Semarak kasih,sekalung budi Tuan Pengerusi Majlis,barisan panel hakim yang arif lagi berkarisma,penjaga masa setia pada saat dan ketikanya,dif-dif kehormat,seterusnya para hadirin pencetus revolusi minda yang saya muliakan. Sebelum kaki mengorak langkah lebih jauh,izinkan saya mendefinisikan tajuk pidato saya. Menurut kamus Bahasa Malaysia keluaran Dewan Bahasa dan Pustaka. Bahasa ditakrifkan sebagai sistem lambang bunyi suara. Jiwa pula merupakan roh atau nyawa. Seterusnya Bangsa dapat didefinisikan sebagai j enis manusia daripada satu asal keturunan. Secara konotosinya Bahasa Jiwa Bangsa juga membawa maksud milik mutlak sesuatu bangsa yang menjadi identiti kebangsaan.Sesungguhnya Bahasa itu menunjukkanjati diri ses uatu bangsa. Kekuatan bahasa itu juga membuktikan kuatnya sesuatu bangsa itu sendiri. Yang kurik itu kundi. Yang merah itu saga, Yang baik itu budi, Yang indah itu bahasa. Demikianlah indahnya pantun Melayu yang menggambarkan betapa bersungguh-sungguhnya nenek moyang kita menjaga adab dan pergaulan terutamanya dalam aspek pertuturan. Hadirin yang dihormati sekalian, Apakah wasilah terpenting untuk membentuk bangsa Malaysia? Jawapannya jelas Bahasa Kebangsaan kerana Bahasa Jiwa Bangsa. Hal ini bermakna bahasa apa yang kita daulatkan, bahasa itulah yang membentuk jiwa kita sekaligus memercikkan jati diri kebangsaan.

Persoalannya kini, mengapakah hanya bahasa kebangsaan yang dinobatkan sebagai alat pemersatuan bangsa? Perlu dinyatakan di sini, hanya bahasa kebangsaan yang dapat menitiskan semangat satu bangsa, menyerapkan roh sebangsa, senegara dan menyemarakkan jati diri kebangsaan. Tidak melayu hilang di duniaKata-kata keramat Laksamana HangTuah ini mungkin hanya tinggal retorik sematamata sekiranya bangsa Melayu tidak menjaga keunggulan ataupun integriti bangsa dan bahasanya. Hadirin warga dewan yang dimuliakan, Pidato saya pada hari ini akan mengupas dua komponen utama yakni peranan Bahasa Kebangsaan ke arah memartabatkan negara di mata dunia.Komponen pertama, bahasa kebangsaan bahasa perpaduan.Sejarah telah membuktikan bahawa Bahasa Melayu telah menjadi Bahasa Lingua Franca bagi negara-negara di kepulauan Melayu. Hal ini telah menjadi kebanggaan kita untuk memartabatkan Bahasa Melayu. Pada amnya,proses evolusi Bahasa Melayu berkembang selaras dengan taraf pembangunan yang dicapai oleh negara dan rakyat. Pada masa kini, Dasar Bahasa Kebangsaan telah mengiktiraf Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa rasmi yang digunakan dalam setia purusan. Tidak cukup dengan itu,dasar pendidikan kita juga menetapkan bahawa Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama. Dengan adanya dasar-dasar ini,kita bukan sahaja dapat memastikan Bahasa Kebangsaan termaktub dalam perlembagaan,tetapi dapat dihayati dan diamalkan secara meluas oleh masyarakat. Warga pendengar yang budiman, Pidato ini tiada selingan iklan,lantaran itu,izinkan saya membawa hadirin sekalian kepada komponen pidato saya yang kedua iaitu bahasa kebangsaan sebagai bahasa ilmu dan bahasa kemajuan. Bahasa juga berperanan sebagai bahasa sosial,bahasa ekonomi,bahasa pentadbiran dan bahasa peradaban moden. Bahasa Kebangsaan juga sebagai wadah terpenting untuk membentuk keperibadian bangsa Malaysia. Sekiranya diabaikan ini bermakna kita telah tergelincir daripada gerabak pembentukan bangsa Malaysia. Bahasa Kebangsaan juga adalah milik semua rakyat tanpa mengira kaum,agama,budaya dan bahasa ibunda. Sekiranya ini dilakukan secara bersama,maka gagasan 1 Malaysia yang dicetuskan oleh Perdana Menteri kita YAB Dato.Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak boleh kita jayakan. Hadirin yang dimuliakan, Dalam meredah arus globalisasi kini,Media massa berperanan penting dalam mengembangkan Bahasa Melayu agar identiti kita sebagai bangsa Melayu dikenali oleh masyarakat di seantero dunia. Sebagai rakyat Malaysia, kita harus mengamalkan Bahasa Melayu dalam apa jua perkara agar kita dapat menaikkan taraf Bahasa Kebangsaan kita seiring dengan bahasa-bahasa lain di dunia. Hadirin sekalian, Sebelum saya menamatkan bait-bait bicara saya,izinkan saya menghadiahkan serangkap pantun, Sedap makan kacang kelisa, Buah peria pahit dan maung, Bahasa menggabungkan etnik bangsa, Satu Malaysia sama bernaung. Justeru,gunakanlah bahasa yang santun, buktikan bahawa kita merupakan masyarakat yang bertamadun, kaya dengan budi bahasa dan memiliki minda kelas pertama. Bahasa Kebangsaan harus didaulatkan. Inilah sikap dan pemikiran yang amat diperlukan untuk mencapai Wawasan 2020. Secara konklusinya, Bahasa Jiwa Bangsa jelas menunjukkan bahawa Bahasa Melayu itu menjadi nadi penggerak yang amat penting untuk menzahirkan identiti diri kita. Bahasa ibunda sewajarnya dipraktikkan agar tidak akan pupus ditelan zaman. Akhir sekali,bahasa itulah yang menunjukkan bangsa.

Sekian terima kasih....... Salam perpaduan Salam 1 Malaysia.

BAHASA JIWA BANGSA Bismillahirahmanirrahim.. Andai patah sayap rajawali,bertongkat jua saya ke mari,bukan kerana ingin bermimpi,tetapi untuk membawa anda semua menyelami mauduk pidato yang berbunyi Bahasa Jiwa Bangsa.Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh,Sambutlah Salam Sejahtera,Salam Satu Malaysia. Semarak kasih,sekalung budi Tuan Pengerusi Majlis,barisan panel hakim yang arif lagi berkarisma,penjaga masa setia pada saat dan ketikanya,dif-dif kehormat,seterusnya para hadirin pencetus revolusi minda yang saya muliakan. Sebelum kaki mengorak langkah lebih jauh,izinkan saya mendefinisikan tajuk pidato saya.Menurut kamus Bahasa Malaysia keluaran Dewan Bahasa dan Pustaka.Bahasa ditakrifkan sebagai sistem lambang bunyi suara.Jiwa pula merupakan roh atau nyawa.Seterusnya Bangsa dapat didefinisikan sebagai jenis manusia daripada satu asal keturunan. Secara konotosinya Bahasa Jiwa Bangsa juga membawa maksud milik mutlaksesuatu bangsa yang menjadi identitikebangsaan.Sesungguhnya bahasa itu menunjukkan jati diri sesuatubangsa.Kekuatan bahasa itu juga membuktikan kuatnya sesuatubangsa itu sendiri. Yang kurik itu kundi. Yang merah itu saga, Yang baik itu budi, Yang indah itu bahasa. Demikianlah indahnya pantun Melayu yang menggambarkan betapa bersungguh-sungguhnya nenek moyang kita menjaga adab dan pergaulan terutamanya dalam aspek pertuturan. Hadirin yang dihormati sekalian, Apakah wasilah terpenting untuk membentuk bangsa Malaysia?Jawapannya jelas Bahasa Kebangsaan kerana Bahasa Jiwa Bangsa.Hal ini bermakna bahasa apa yang kita daulatkan, bahasa itulah yang membentuk jiwa kita sekaligus memercikkan jati diri kebangsaan. Persoalannya kini,mengapakah hanya bahasa kebangsaan yang dinobatkan sebagai alat pemersatuan bangsa?Perlu dinyatakan di sini hanya bahasa kebangsaan yang dapat menitiskan semangat satu bangsa,menyerapkan roh sebangsa,senegara dan menyemarakkan jati diri kebangsaan. Tidak melayu hilang di duniaKata-kata keramat Laksamana Hang Tuah ini mungkin hanya tinggal retorik semata-mata sekiranya bangsa Melayu tidak menjaga keunggulan ataupun integriti bangsa dan bahasanya. Hadirin warga dewan yang dimuliakan, Pidato saya pada hari ini akan mengupas dua komponen utama yakni peranan Bahasa Kebangsaan ke arah memartabatkan negara di mata dunia.Komponen pertama,bahasa kebangsaan bahasa perpaduan.

Sejarah telah membuktikan bahawa Bahasa Melayu telah menjadi Bahasa Lingua Francabagi negaranegara di kepulauan Melayu.Hal ini telah menjadi kebanggaan kita untuk memartabatkan Bahasa Melayu.Pada amnya,proses evolusi Bahasa Melayu berkembang selaras dengan taraf pembangunan yang dicapai oleh negara dan rakyat. Pada masa kini,Dasar Bahasa Kebangsaan telah mengiktiraf Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa rasmi yang digunakan dalam setiap urusan.Tidak cukup dengan itu,dasar pendidikan kita juga menetapkan bahawa Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama.Dengan adanya dasardasar ini,kita bukan sahaja dapat memastikan Bahasa Kebangsaan termaktub dalam perlembagaan ,tetapi dapat dihayati dan diamalkan secara meluas oleh masyarakat. Warga pendengar yang budiman, Pidato ini tiada selingan iklan,lantaran itu,izinkan saya membawa hadirin sekalian kepada komponen pidato saya yang kedua iaitu bahasa kebangsaan sebagai bahasa ilmu dan bahasa kemajuan. Bahasa juga berperanan sebagai bahasa sosial,bahasa ekonomi,bahasa pentadbiran dan bahasa peradaban moden.Bahasa Kebangsaan juga sebagai wadah terpenting untuk membentuk keperibadian bangsa Malaysia.Sekiranya diabaikan ini bermakna kita telah tergelincir daripada gerabak pembentukan bangsa Malaysia.Bahasa Kebangsaan juga adalah milik semua rakyat tanpa mengira kaum,agama,budaya dan bahasa ibunda.Sekiranya ini dilakukan secara bersama,maka gagasan 1 Malaysia yang dicetuskan oleh Perdana Menteri kita YAB Dato.Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak boleh kita jayakan. Hadirin yang dimuliakan, Dalam meredah arus globalisasi kini,Media massa amat berperanan penting dalam mengembangkan Bahasa Melayu agar identiti kita sebagai bangsa Melayu dikenali oleh masyarakat di seantero dunia.Sebagai rakyat Malaysia,kita harus mengamalkan Bahasa Melayu dalam apa jua perkara agar kita dapat menaikkan taraf Bahasa Kebangsaan kita seiring dengan bahasa-bahasa lain di dunia. Hadirin sekalian, Sebelum saya menamatkan bait-bait bicara saya,izinkan saya menghadiahkan serangkap pantun, Sedap makan kacang kelisa, Buah peria pahit dan maung, Bahasa menggabungkan etnik bangsa, Satu Malaysia sama bernaung. Justeru,gunakanlah bahasa yang santun,buktikan bahawa kita merupakan masyarakat yang bertamadun,kaya dengan budi bahasa dan memiliki minda kelas pertama.Bahasa Kebangsaan harus didaulatkan.Inilah sikap dan pemikiran yang amat diperlukan untuk mencapai Wawasan 2020.Secara konklusinya,Bahasa Jiwa Bangsa jelas menunjukkan bahawa Bahasa Melayu itu menjadi nadi penggerak yang amat penting untuk menzahirkan identiti diri kita.Bahasa ibunda sewajarnya dipraktikkan agar tidak akan pupus ditelan zaman.Akhir sekali,bahasa itulah yang menunjukkan bangsa.

Sekian wabillahitaufiq walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.......Salam perpaduan Salam 1 Malaysia.

RUKUN NEGARA Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, barisan hakim yang arif lagi bijaksana yang sentiasa berpaksikan kepada keadilan, semestinya, saudara penjaga masa Yang setia dengan randiknya, seterusnya rakan seperjuangan yang saya segani serta hormati sekalian. Selamat pagi, salam sejahtera dan salam 1 Malaysia. Berdirinya saya di sini, bukanlah untuk membuang masa hadirin, bukan pula untuk berbicara kosong akan tetapi menyampaikan pidato saya yang bertajukRukun Negara Membentuk Rakyat Berkualiti. Hadirin yang saya hormati, Malaysia merupakan sebuah negara yang masyarakatnya terdiri daripada rakyat berbilang kaum yang mempunyai nilai hidup sosial, kebudayaan dan kepercayaan yang berbeza. Ini menyebabkan perpaduan agak sukar dicapai kerana setiap orang mempunyai kepercayaan dan pandangan hidup yang berbeza. Oleh itu, kita memerlukan sesuatu yang dapat mengeratkan perhubungan sesama rakyat dan membolehkan kita hidup bersama dengan aman dan harmoni di bawahbumbung yang sama tidak kira sama ada dari kaum atau status yang berbeza. Sehubungan itu, Rukun Negara telah diisytiharkan oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong, Tuanku Ismail Nasiruddin Shah pada 31 Ogos 1970. Antara tujuan Rukun Negara adalah untuk dijadikan prinsip hidup semua rakyat negara ini dan menjamin perpaduan kaum dan keamanan negara. Rukun Negara seharusnya dijadikan panduan oleh setiap rakyat yang mengaku dirinya sebagai warganegara Malaysia. Sekiranya panduan ini sentiasa dipatuhi, pastinya ia akan membentuk rakyat berkualiti. Rakyat yang berkualiti bersinonim dengan warganegara yang bermutu tinggi dan tinggi nilainya. Lima Prinsip Rukun Negara Hadirin sekalian, Itulah lagu yang sering kali dimainkan di corong-corong radio dan televisyen. Ianya bukanlah sekadar untuk hiburan semata-mata tetapi ada mesej yang ingin disampaikan. Mari kita tinjau apakah mesej yang ingin disampaikan. Prinsip yang pertama iaitu Kepercayaan Kepada Tuhan. Setiap agama pastinya menyeru kepada kebaikan. Justeru, bagi insan yang beragama, pastinya mereka percaya bahawa melakukan perkara yang baik adalah sangat dituntut. Di sini kita dapat memahami bahawasanya prinsip yang pertama ini akan dapat melahirkan rakyat yang berkualitiyang mana inginkan sesuatu yang terbaik untuk dirinya dan masyarakat. Jadi, tidak dinafikan, rukun negara dapat membentuk rakyat yang berkualiti melalui prinsipnya yang pertama.

Berkorban apa saja, harta atau pun nyawa, itulah kasih mesra, sejati dan mulia.Prinsip yang kedua ialah Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara. Prinsip ini menyeru supaya rakyat Malaysia sentiasa mengamalkan sikap taat setia kepada pemimpin dan tanah air. Rakyat yang taat dan sayang akan tanah airnya pasti akan berusaha untuk memajukan negara. Walau apa-apa pun yang terjadi, kesanggupan mereka untuk berkorban sangatlah dihargai. Ini menunjukkan bahawa rakyat Malaysia adalah rakyat yang berkualiti tinggi. Prinsip kesetiaan inilah yang akan memacu rakyat Malaysia untuk berubah memajukan negara Malaysia. Rakyat yang bersemangat seperti inilah yang akan dapat memimpin negara kelak. Pepatah Melayu ada mengatakan di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung. Hadirin yang saya muliakan, Prinsip yang ketiga pula ialah keluhuran perlembagaan. Maksudnya ialah setiap warganegara hendaklah menghormati perlembagaan negara yang juga merupakan sumber perundangan tertinggi negara. Setiap rakyat haruslah menghormati dan mematuhi perlembagaan yang telah ditetapkan. Ia bertujuaan untuk menjaga hak-hak keistimewaan setiap rakyat Malaysia. Justeru, dalam usaha membentuk rakyat yang berkualiti, prinsip ini memainkan peranan yang sangat penting. Setiap rakyat pastinya dibawah naungan perlembagaan negara yang semestinya menjaga hak-hak mereka. Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak. Kalau sudah ditetapkan a, jangan pula dibuatnya b. Maksud yang saya ingin sampaikan di sini ialah setiap negara mempunyai undang-undangnya tersendiri. Ia adalah berasaskan kepada perlembagaan negara. Perkara ini termaktub di dalam rukun negara yang keempat iaitu Kedaulatan Undang-Undang. Dengan adanya undang-undang, maka setiap rakyat akan berdisiplin dan mematuhi segala yang telah ditetapkan. Warganegara yang berdisiplin akan membentuk rakyat yang berkualiti tinggi. Hadirin yang disanjungi, Prinsip yang terakhir iaitu Kesopanan Dan Kesusilaan. Prinsip ke lima ini menekankan perkembangan personaliti dan tingkah laku seseorang rakyat. Tujuannya ialah untuk membentuk warga negara yang bersopan santun dan bersusila selaras dengan kempen Budi Bahasa dan Nilai Murni yang dijalankan sekarang. Sifat individu yang bersopan santun dan bersusila adalah paling bermakna dan amat penting dalam konteks perhubungan antara satu sama lain dalam masyarakat pelbagai kaum di negara ini. Sikap bersopan santun dan bersusila patut diamalkan bagi membentuk seseorang individu dan masyarakat yang berdisiplin serta bermoral tinggi yang akan membantu mewujudkan sebuah masyarakat yang berkualiti. Masyarakat yang majmuk namun hidup bersatu padu. Inilah yang menunjukkan bahawa rakyat Malaysia sememangnya rakyat yang berkualiti tinggi. Bulat kata kerana pembentung bulat kata kerana muafakat. Yang berat sama dipikul yang ringan sama dijinjing. Itulah amalan rakyat Malaysia yang sentiasa berpandukan kepada idealogi negara yang telah membentuk rakyat yang berkualiti. Dengan adanya kerjasama yang erat dan perpaduan yang kukuh

berakar umbikan rukun negara, maka tidak hairanlah negara Malaysia mampu membentuk rakyat yang berkualiti tinggi dan disegani di dunia. justeru, marilah kita bersama-sama-sama menghayati rukun negara dan sekaligus menjadi insan yang berkualiti. Ingatlah, pepatah Melayu ada mengatakan, ibarat telur sesangkak, pecah sebiji, pecah semua. Tepuk dada, tanya minda. Sekian, terima kasih.

Вам также может понравиться