Академический Документы
Профессиональный Документы
Культура Документы
Sihat a Pengguna Bijak Kebersihan diri a Rukun Negara a Murid Bestari a Kepentingan Teknologi Semangat Kejiranan Akhlak Perpaduan Bangsa a Makanan Seimbang Amalan Budi Bahasa a Malaysiaku gemilang a Sayangi Keluarga a Budaya Membaca Keselamatan Di jalan Raya a Sepakat membawa Berkat Satu Malaysia a
Memasak halia Keladi Jamu Limau Gulai Kerang Terung Apam Sambal Lokan Belangkas tumis periuk Bekas Kuali Kolek Baldi Dulang Talam Acuan Raga Cangkir Penggilis pasu
Orang Musa Ali Busu Ramlan Ameng/Aming Awang Abung/Abong Husin Harun/Haron Adam Kassim Sandum/Sandum Lias Hanis Yunus/Yunos Suhai Saloi/Salui Dara Siti Usu Intan Sunting Dayang Endung/Endong Lubin Endun/Endon Andam Lubim Gandum/Gandom Sulas Alis Rus/Ros Lalai Alui/Aloi
Libau
Derau
Laila Ali Haji Hang Tuah Jebat Lekir Kasturi Lekiu Sinbad Tanggang Malim Kundang Semerah Padi Si Bongkok Dayang Senandung Lang Buana Raja Pipit Lela Pahlawan Mat Kilau
Majnun Mat Kilau Lela Pahlawan Raja Pipit Lang Buana Dayang Senandung Si Bongkok Semerah Padi Malim Kundang Tanggang Sinbad Lekiu Kasturi Lekir Jebat Hang Tuah Ali Haji
Buah Kuini Mangga Langsat Ciku Durian Manggis Betik Tembikai Rambai Keranji Cempedak Nangka Kedondong Pulasan belimbing Rambutan Belimbing Pulasan Kedondong Nangka Cempedak Keranji Rambai Tembikai Betik Manggis Durian Ciku Langsat Mangga
Ikan Duai Terubok Keli Sepat Haruan Popot Sembilang Belukang Tenggiri Buntal Duri Tongkol Siakap Gelama Yu Pari Gelama Siakap Tgkol Duri Buntal Tenggiri Belukang Sembilang Popot Haruan Sepat Keli Terubok Duai Kalui Pari Yu
Dapat pula
Alam Sekitar Pantai Tasik Sungai Lubuk Bukit DanaKampungu Nyaman sungguh suasana di Mukim Tempat orang Desa Ladang Sawah Bendang Gunung Menenang fikiran Berbulan madu Mencari ilham Menghibur hati Menghilang duka Menghilang tekanan Merehatkan badan Mengasah bakat Bersuka ria Bercambah fikiran Mencari damai Meluah rindu Melepas riang
KOLEKSI PANTUN PATRIOTIK Indah berseri cincin delima, bertatah permata elok dipakai, malaysia kini 52 tahun merdeka, negara kita aman dan damai. Pakai baju baju kebaya, buat bersanding pengantin berseri, bersatu padu rakyat sejahtera, sama-sama bersaing memantap ekonomi. Halus teratur jambangan cempaka, di tepi jejawi molek kedidi; takkan luntur semangat merdeka, dijulang pertiwi sentosa abadi. Remaja kini menjulang nusa, bagai cahaya menyeri pandangan; malaysia harmoni aman sentiasa, Bolehkah ia dikekalkan ? Pergi ke kedai membeli asam, Asam dibeli bersama gula, Semangat patriotik harus ditanam, Supaya diri cintakan negara.
Setiap hari makan roti, Roti diletak ditepi lilin, Undang-undang negara perlu dipatuhi, Supaya hidup lebih berdisiplin. Musim manggis sudah tiba, Manggis dimakan ketika memandu, Kerjasama penting antara kita, Supaya hidup lebih bersatu. Jalur gemilang bendera kita, Megah berkibar di pagi hari, Selalu kita berdoa padaNya, Supaya negara aman harmoni. Mewangi harum taman astakona, Tempat bermain puteri bunian; 52 tahun Malaysia merdeka, Negara maju menjadi impian. Daun sirih di dalam dulang, Menjadi hantaran majlis beradat; Rakyat dibela pemimpin dijulang, Malaysia merdeka kekal berdaulat. Rembulan beradu indahnya nian, Cahaya bersinar satu purnama; Negara sejahtera tanpa ancaman, Rakyat bahagia bersatu bersama. Burung merpati terbang di awan, Senja menjelang ditangkap helang; Remaja berkualiti penjana wawasan, Malaysia cemerlang gemilang terbilang. Sampan kolek menuju ke hilir, Sarat muatan si buah kelapa; Jangan berkata hanya di bibir, Cintakan Negara apa buktinya? Sesak sungguh di kaki lima, Penat berjalan sakitlah peha; Malaysia Boleh slogan bersama, Asalkan ada daya usaha. Pakai TMNET jalur lebar, Yuran mahal tidak sia-sia; Jalur Gemilang megah berkibar, Simbol perpaduan rakyat Malaysia.
Bahasa Melayu ejaan rumi, Mula belajar di rumah lagi; Agama Islam agama rasmi, Rukun Negara wajib dipatuhi. Cantiknya gelang pada ukiran, Diserikan pula emas permata, Biar hilang nyawa dibadan, Jangan kita berputih mata. Burung camar di sawah padi, Luka berdarah diikat tali, Jika patriotisme Kurang disemadi, Mungkin sejarah berulang kembali. Lagu negaraku lagu kebangsaan, Dihafal dan diingati oleh semua, Tugu negara lambang pengorbanan, Pembakar semangat kepada semua. Lagam dan gangsa senang didapati, Dijadikan dulang untuk hantaran, Slogan kemerdekaan sentiasa dihayati, Rakyat didahulukan pencapaian diutamakan Langkah sumbang sindirkan lantai, Binasa badan bicara tak kawal, Pinggirkan ketuanan negara tergadai, Hilang maruah bangsa terjual. Tanah ini Tanah Melayu, Pedagang datang ingin berniaga, Serahkan budi bukan tanahmu, Pertahankan negara, pertahankan hak bangsa. Pergi ke kedai tergesa-gesa Hendak membeli gula Melaka Malaysia maju rakyat sentosa Negara aman bebas merdeka Sesak sungguh di kaki lima Penat berjalan sakitlah peha Malaysia Boleh slogan bersama Asalkan ada daya usaha
Terketar-ketar si penjual roti Hendak seberang sebatang titi Berbudi bahasa hormat menghormati Jadilah warga elok pekerti Pakai TMNEt jalur lebar Yuran mahal tak sia-sia Jalur Gemilang megah berkibar Simbol perpaduan rakyat Malaysia Dapur kotor mahu disental Habis tertumpah kuah laksa Jatidiri hendaklah kental Semangat waja membangunkan bangsa Bahasa Melayu ejaan rumi Mula belajar di rumah lagi Agama Islam agama rasmi Rukunegara wajib patuhi Masuk hutan menembak rusa Nikmat rezeki Tuhan kurnia Marilah bersama membuat jasa Malaysia harum di persada duni
Pergi ke kedai membeli ciku, Di makan sambil membaca buku, Bila ditanya tempat asalku, Ku bangga menjawab Malaysia tanah airku. Jangan diikut telunjuk Amerika, Kelak negara tenat dan parah, 1957 ia merdeka, Setelah 446 tahun kita dijajah. Negaraku negara perkasa, Dirahmati Allah Yang maha Esa, Malaysia aman, makmur dan sentosa, Walau hidup berbilang bangsa. Naik sampan ke Pulau Pandan, Tiada dayung diganti dahan, Selagi nyawa dikandung badan, Bumi ini akan tetap ku pertahan.
Negara kita hanya satu, Baik buruk tetap negaraku, Cekalkan hati untuk bersatu, Demi kesejahteraan anak dan cucu. Orang Melayu indah pekerti, Adap dan sopan bertakhta dihati, Taat dan setia tiada berbahagi, Pada pemimpin bijak bestari. Guru penyemai budaya ilmu, Murid mengaji tanpa jemu, Jika muafakat negara maju, Jika bercakar negara buntu. Mari sahabat mari saudara, Ceriakan hati hilangkan lara, Untuk capai satu suara, Agar terjamin kedaulatan negara.
ALAM SEKITAR Memancing ikan di Sungai Jugra, Enak sekali dimasak gulai, Manusia prihatin bumi terpelihara, Persekitaran indah tidak ternilai. Enak sekali dimasak gulai, Sudah makan menjilat jari, Persekitaran indah tidak ternilai, Dunia ini milik sendiri. Sudah makan menjilat jari, Enaknya gulai masih terasa, Dunia ini milik sendiri, Perlu dipelihara sepanjang masa. Enaknya gulai masih terasa, Mendapat pujian rakan dan taulan, Perlu dipelihara sepanjang masa, Agar keindahan terus berkekalan. PANTUN ALAM SEKITAR pergi ke kedai membeli bunga, bunga di beli cantik sekali, alam sekitar perlu di jaga, agar hidup sentiasa harmoni.. berjalan-jalan di tepi tasik, bila berjalan perlu berhati, alam di jaga dengan cantik, agar dilihat semua generasi.. pergi ke kota bersama teman, kota Melaka tempat pilihan, mejaga sungai jadi amalan, agar tidak berlaku pencemaran.. pergi menyelam di dalam laut, pergi menyelam di laut china, kita perlu menjaga laut, agar khazanahnya terpelihara.. dua tiga kucing berlari, mana nak sama si kucing belang, jika tidak menjaga bumi, nanti datang bencana alam..
Dapat seekor si ikan keli, Ketika memancing di sungai Cina, Wahai tuan yang bijak bestari, Terpeliharakah keindahan bumi kita? Daun kelapa melambai-lambai, Dari jauh Nampak malap, Persekitaran indah tidak ternilai, Siapa gerangan yang bertanggungjawab? Tinggi rumput merentasi pagar, Pagar roboh rumput merata, Persekitaran indah udara segar, Perlukah dipelihara sepanjang masa?
Buah mangga buah kuini, Buahnya banyak dijual dipasar, Wahai saudari jawablah pantun ini, Perlukah dijaga alam sekitar? Embun menitik indahnya suasana, Terasa sejuk di hulu hati, Indahnya alam flora dan fauna, bermaknakah keindahan ini ?
Jerami padi dibuat baja, Padi disemai waktu senja Bumi kita sudah tua, Sampai masa musnahlah ia.
Waktu malam pusing kota, Singgah makan mee Bandung; Jangan dicemari sungai kita, Di situlah tempat ikan berlindung.
ergi ke kedai membeli bunga, bunga di beli cantik sekali, alam sekitar perlu di jaga, agar hidup sentiasa harmoni.. berjalan-jalan di tepi tasik, bila berjalan perlu berhati, alam di jaga kan cantik, agar dilihat sumua generasi.. pergi ke kota bersama teman, kota Melaka tempat pilihan, mejaga sungai jadi amalan, agar tidak berlaku pencemaran.. pergi menyelam di dalam laut, pergi menyelam di laut china, kita perlu menjaga laut, agar khazanahnya terpelihara.. dua tiga kucing berlari, mana nak sama si kucing belang, jika tidak menjaga bumi, nanti datang bencana alam..
NAK MAK MINAH MEMAKAI DESTAR DESTAR DIPAKAI DENGAN SENYUMAN JANGANLAH MENCEMARKAN ALAM SEKITAR SUPAYA HIDUP KITA KAN AMAN
ANAK PAK KASSIM MEMBELI TENGGIRI MULUT RUNCING DIPOTONG EMPAT UBAHLAH SIKAP DIRI SENDIRI JANGAN MEMBUANG SAMPAH MERATA TEMPAT
ANAK KAMBING MASUK BELUKAR BURUNG BANGAU BERBADAN SASA JAGALAH KITA ALAM SEKITAR AGAR KEHIDUPAN TIDAK TERSEKSA TUMBUH MERIMBUN POHON TAMBUNI GUGUR MELATA DI ATAS TITI SUNGAI TERCEMAR SANA SINI BANYAKLAH IKAN YANG AKAN MATI DAUD NGEREMBANG MEMASANG PELITA PELITA DIPASANG BERWARNA WARNI JIKA SAMPAH SEKELILING KITA HANCURLAH ALAM YANG FANA INI
BINTANG TERANG DI LANGIT SENJA TERANG MENJELMA DI SINGGAH SANA WAHAI MANUSIA WAHAI PERKERJA JAGALAH HUTAN DENGAN SEMPURNA IKAN SELUANG MEMAKAN AKAR AKAR SEDAP BURUNG TEMPUA HUTAN DITEBANG DAN JUGA DIBAKAR PUNAHLAH HABITAT HAIWAN SEMUA TANAH UDARA AIR DAN LAUTAN ALLAH KURNIA PELBAGAI KEGUNAAN MESTI DIHAYATI PENUH KESYUKURAN PASTI DILIMPAHI PELBAGAI KURNIAAN SAYA SAYANG IBU SAYA IBU SAYA SAYANG SAYA BAKAR HUTAN MENGUNDANG BAHAYA HAPUSLAH MUSNAH ALAM YANG KAYA MALAM SUNYI TERANG BULAN MARI MEMETIK SI DAUN DAMAR MENJAGA SUNGAI JADIKAN AMALAN ALAM INDAH TIDAK TERCEMAR
POHON UBI TEGAK BERDIRI APATAH LAGI POHON KELADI JIKA INGIN DUNIA BERSERI JAGALAH ALAM SEMULA JADI BURUNG PIPT SI BURUNG PUNAI DITANGKAP OLEH ANAK MANUSIA RACUN DIBUANG KE DALAM SUNGAI BANYAKLAH IKAN YANG HIDUP MERANA PADI JERAMI DI HUJUNG DAHAN BUAT MAKAN DI ANAK NYONYA SUNGAI DAN TASIK ANUGERAH TUHAN JANGANLAH KITA MENCEMARKANNYA WAHAI SAUDARA SAHABAT DAN RAKAN BERGANDING BAHU KUKUHKAN IKATAN JANGAN SUKA MEMBUAT KEROSAKAN NYAWA TERANCAM MENGANGGU KESIHATAN
Kebersihan Makanan
Buah naga dibeli Atan, Buah dibeli di pekan Gopeng, Bala Tuhan sebagai peringatan, Agar kelakuan tidak menyeleweng. Buah naga dari pekan Gopeng, Dijual oleh menantu Pak Mamat, Selain perlu memakai topeng, Tingkatkanlah amal sebelum terlambat. Terbatuk-batuk selsema pula, Badan tak sihat makan pun tak lalu, H1N1 dan denggi kedua-dua bahaya, Jaga diri beringat selalu. Pergi kedai membeli rambutan, Rambutan dibeli untuk berbuka, Basuh tangan jadikan amalan, Bila-bila masa di mana jua. Terbang tinggi burung merpati, Tinggi-tinggi jatuh ke semak, Jaga diri, anak dan isteri, Selsema babi makin merbak Sudah kenyang menjamu buah, Buah sebiji di atas tv, Padah diri mencuba dadah, Hindari dari terkena HIV Bunga mawar harum semerbak, Tumbuh melata di Bukit Tinggi, Air kotor kuman merebak, Punca taun semakin meninggi Buah jagung dicuri budak, Jatuh sebiji dimakan sari Air bertakung nyamuk membiak, Punca diri terkena denggi Murid Bestari Bunga raya bunga kebangsaan, Haruslah kita cintai; Bahasa Melayu bahasa kebangsaan, Haruslah kita pelajari. Bunga mawar tumbuhan berduri, Bahasa Inggeris bahasa asing; Bahasa asing perlu juga dipelajari, Agar tidak jadi katak bawah tempurung. Bunga matahari berwarna kuning, Bahasa sastera bahasa indah; Tuntut ilmu jangan sampai pening, Rajin berusaha masa depan cerah.
Bunga raya bunga kebangsaan, Bahasa Melayu bahasa kebangsaan; Berjaya ialah impian setiap insan, Berusahalah untuk mencapai impian. Sayangi Keluarga masak lemak dengan kelapa, kelapa dicari oleh sang kera; cintai ibu sayangi bapa, pasti hidup aman sejahtera. buah naga masak merah, sedap dimakan oleh Bibah; dengan ibu bapa jagan marah-marah, takut di akhirat terima musibah. daun pandan wangi baunya, boleh dibuat bunga rampai; tolong menolong sesama keluarga, hubungan erat ukhwah tercapai. sorong papan tarik papan, buah keranji dalam perahu; apa diharap masa hadapan, doa keluarga pohon restu. Anak teruna memikat janda, Kasih tercipta bahagia dipinta, Terima kasih bonda ayahanda, Tanpamu berdua siapalah anakanda. Maharaja memanggil gundik, Untuk menari di pesta ria, Sayang abang sayang adik, Kerana mereka hidup ceria. Raja sehari tersenyum mesra, Begitu manis dipandang mata, Cubit kanan kiri terasa, Begitulah lumrah hidup berkeluarga. Cantik sungguh si anak dara, Jalan melenggang berbaju kebaya, Petua untuk keluarga bahagia, Bertolak ansur jadikan budaya. PERPADUAN BANGSA bor semangat marak menyala, Mengungkap kisah masih terpana, Mengunjung obor sepakat bersama, Demi api perpaduan teras kejayaan. Biru,merah jadi panduan, Putih, kuning jadi harapan, Ayuh semai benih kesepakatan, Kerana perpaduan teras kejayaan.
Obor itu masih menyala, Menguntum harapan bersama-sama, Memberi puspawarna yang bermakna, Membuyar kejayaan ke mata mayapada. Dunia kita bukan hanya di sini, Dunia kita di puncak kagungan pertiwi, Ayuh kita melangkah kehadapan, Membina kembali kegemilangan. SATU MALAYSIA antiknya gelang pada ukiran, Diserikan pula emas permata, Biar hilang nyawa dibadan, Jangan kita berputih mata. Burung camar di sawah padi, Luka berdarah diikat tali, Jika patriotisme Kurang disemadi, Mungkin sejarah berulang kembali. Lagu negaraku lagu kebangsaan, Dihafal dan diingati oleh semua, Tugu negara lambang pengorbanan, Pembakar semangat kepada semua. Lagam dan gangsa senang didapati, Dijadikan dulang untuk hantaran, Slogan kemerdekaan sentiasa dihayati, Rakyat didahulukan pencapaian diutamakan. MALAYSIAKU GEMILANG Mewangi harum taman astakona, Tempat bermain puteri bunian; 52 tahun Malaysia merdeka, Negara maju menjadi impian. Daun sirih di dalam dulang, Menjadi hantaran majlis beradat; Rakyat dibela pemimpin dijulang, Malaysia merdeka kekal berdaulat. Rembulan beradu indahnya nian, Cahaya bersinar satu purnama; Negara sejahtera tanpa ancaman, Rakyat bahagia bersatu bersama. Burung merpati terbang di awan, Senja menjelang ditangkap helang; Remaja berkualiti penjana wawasan, Malaysia cemerlang gemilang terbilang. GAYA HIDUP SIHAT
Ikan di air terlihat-lihat, Ikan bernama si ikan laga; Amalkan gaya hidup sihat, Makan minum hendaklah dijaga. Ikan bernama si ikan laga, Ikan dibeli si anak Sahlan; Makan minum hendaklah dijaga, Makanan berkhasiat jadi amalan. Ikan dibeli si anak Sahlan, Dibeli juga si ikan jenahak; Makanan berkhasiat jadi amalan, Elak makanan banyak lemak. Dibeli juga si ikan jenahak, Masak gulai kurang santan; Elak makanan banyak lemak, Banyak memakan sayur-sayuran. RUKUN NEGARA
Pucuk paku daun mengkudu, Ulam kampung pembuka selera; Paduka tuanku lambang sepadu, Tempat berpayung warganegara. . Bertingkah gendang di pantai Melawi, Tanda bermula musim menyemai; Tegak undang-undang teguhlah pertiwi, Peraturan dipersenda hanguslah damai. . Penghayatan Rukun Negara (2) . Ikan gelama penuh pedati, Tarik pukat sepanjang petang; Mematuhi agama sepenuh hati, Jalan berkat luas terbentang. . Asam kandis asam gelugur, Dijual budak di hujung kuala; Tutur manis tatkala menegur, Tingkah tidak meruntuh susila. AMALAN BUDI BAHASA
uah cina di atas batu, Jatuh daunnya ke dalam ruang, Adat dunia memang begitu, Sebab emas budi terbuang, Buah langsat kuning mencelah, Senduduk tidak berbuah lagi, Sudah dapat gading bertuah, Tanduk tidak berguna lagi,
Baik bergalas baik tidak, Buli-buli bertali benang, Baik berbalas baik tidak, Asal budi sama dikenang, Padi dan nanas tanam di tanjung, Tempat pipit berbuat sarang, Budi dan emas sama dijunjung, Hidup aman dikenang orang. KESELAMATAN DI JALAN RAYA
Jalan-jalan ke pasar raya Hendak membeli buah rambutan Berhati-hati di jalan raya Jangan lupa jaga keselamatan. Pergi ke pasar beli rambutan Rambutan pulasan sedap rasanya Jangan lupa jaga keselamatan Keselamatan itu amat beharga Rambutan pulasan sedap rasanya Kulitnya tebal manis isi-nya Kalau kita selalu berwaspada Kita akan selamat selamanya