Вы находитесь на странице: 1из 4

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

HBLS 3203: REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI 2: ASAS ELEKTRIK DAN


ELEKTRONIK
SEMESTER SEPTEMMBER 2009
TUGASAN KURSUS (35%)

ARAHAN

1. Tugasan anda akan dinilai berdasarkan kepada keupayaan anda menghuraikan


persoalan yang diberikan dengan disokong oleh hujah-hujah dan bahan-bahan
bukti yang tepat dan relevan.

2. Tugasan anda hendaklah ditaip dengan menggunakan font “Times New Roman”
saiz 12 dilangkau baris 1.5 pada kertas bersaiz A4.

3. Serahkan tugasan anda kepada tutor sebelum / pada Tutorial ke 4.

4. Tugasan ini terhad kepada 10-12 muka surat sahaja.

5. Tugasan ini menyumbang sebanyak 35% kepada gred akhir kursus.

6. Plagiarisme dalam apa jua bentuk adalah dilarang sama sekali. Bahan tugasan
yang diplagiat tidak akan diterima dan tiada markah akan diberikan untuk bahan
tersebut.
SOALAN TUGASAN

1 Rajah 1 merupakan lukisan skematik bagi satu litar pengelip lampu.

Rajah 1

(a) Senaraikan komponen-komponen yang diperlukan untuk litar pengelip lampu


selain daripada PL1 (male mains plug) dan SK1 (female mains socket). Terangkan
secara ringkas tentang fungsi setiap komponen yang anda senaraikan.
(6 markah)

(b) Lakarkan papan litar bercetak bagi litar pengelip lampu berdasarkan lukisan
skematik tersebut dan terangkan bagaimana litar ini berfungsi sebagai pengelip
lampu. Kemudian nyatakan proses untuk menghasilkan papan litar bercetak.

(15 markah)
(c) Sekiranya komponen R1 hingga R6 telah dikeluarkan dari litar yang ditunjukkan
di atas dan kemudiannya disambung dalam bentuk seperti yang ditunjukkan
dalam Rajah 2.

Rajah 2

(i) Kirakan jumlah rintangan litar .


(ii) Kirakan jumlah arus litar.
(4 markah)

2. Stesen Kuasa Sultan Mahmud adalah salah satu stesen janakuasa Tenaga Nasional
Berhad yang terletak di Kenyir, Terengganu. Nyatakan jenis stesen ini dan
terangkan bagaimana tenaga elektrik dijana, kemudian dihantar dari stesen
janakuasa hingga ke rumah pengguna berpandukan gambarajah yang bersesuaian.
(10 markah)

[Jumlah: 35 markah]
PANDUAN PELAJAR

1. Rujukan kepada modul dan sumber-sumber bercetak lain atau sumber dalam
Internet yang boleh dipercayai (contohnya sumber yang disediakan oleh orang atau
organisasi yang mempunyai reputasi yang baik) diperlukan untuk memahami
konsep sebelum pelajar dapat memberi contoh yang tepat dan sesuai. Sila jangan
gunakan Wikipedia sebagai sumber rujukan.

PANDUAN TUTOR

1. Tutor adalah diminta agar dapat membimbing para pelajar semasa penyediaan
tugasan amnya, memberi satu dua tapak web sebagai rujukan pelajar.

2. Tutor adalah diminta memeriksa dan menanda tugasan pelajar dan seterusnya
memberi markah dan memasukkan markah ke dalam OMES selewat-lewatnya pada
tarikh yang telah ditetapkan oleh OUM.

Вам также может понравиться