Вы находитесь на странице: 1из 281

mashatta68@yahoo.

com | 0109749867
mashatta68@yahoo.com | 0109749867
mashatta68@yahoo.com | 0109749867
PTS AKADEMIA
No 12 & 12A, Jalan DBP
Dolomite Business Park
68100 Batu Caves, Selangor, Malaysia
Tel: +6 03 6188 0316 Faks: +6 03 6189 0316
Laman web rasmi PTS: www.pts.com.my
Kedai buku online PTS: www.bookcafe.com.my
Facebook: www.facebook.com/bukupts
Twitter: www.twitter.com/bukupts
Indirawati Zahid, Mardian Shah Omar 2012
Terbitan Pertama 2012

Hakcipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian
artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa jua bentuk dan dengan apa
cara sekalipun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman, ataupun
cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada PTS Akademia.
Pengurus Besar Penerbitan: Mohd Ikram Wazir (ikram@pts.com.my)
Editor: Nor Hafizah Samsudin (norhafizah@pts.com.my)
Pereka Kulit: Mohd Zaidi Ismail
Muka Taip Teks: Chaparral Pro/11
Diedarkan oleh:
PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Tel: 03-6188 0316 Faks: 03-6189 0316
E-mel: sales@pts.com.my
Dicetak oleh:
Real Sharp (M) Sdn Bhd.
3-6B, D19, Jalan PJU 8/3A,
Bandar Damansara Perdana
47820 Petaling Jaya, Selangor
Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan
Indirawati Zahid
Fonetik dan fonologi / Indirawati Zahid, Mardian Shah Omar.
Bibliograf: ms. 263
ISBN 978-967-0444-00-0
1. Malay language--Phonetics. 2. Malay language--Phonology.
I. Mardian Shah Omar. II. Judul.
499.2315
mashatta68@yahoo.com | 0109749867
Kandungan
Prakata xi
Pengenalan Fonetik dan Fonologi
1.1 Apakah yang Dikatakan Ilmu Fonetik? 1
1.2 Kajian Fonetik 4
1.3 Apakah yang Dikatakan Ilmu Fonologi 13
1.4 Ringkasan 16
1.5 Latihan 20
Kajian Fonetik dan Fonologi
2.1 Perkembangan Kajian Fonetik dan Fonologi 25
2.2 Kajian Fonetik dan Fonologi di Malaysia 26
2.3 Kajian Fonetik Akustik di Indonesia 33
2.4 Kajian Fonetik Akustik di
Malaysia 39
2.5 Ringkasan 41
2.6 Latihan 42
Alat Artikulasi
3.1 Tiga Jenis Alat Artikulasi 45
mashatta68@yahoo.com | 0109749867
vi
Fonetik dan Fonologi
3.2 Alat-Alat Bahagian dalam Tubuh 48
3.3 Bahagian Saluran Vokal 49
3.4 Bahagian Saluran Vokal Tanpa Fungsi Bahasa 52
3.5 Alat Artikulasi 52
3.6 Pelabelan Bunyi Bahasa 55
3.7 Ringkasan 57
3. 8 Latihan 58
Bunyi Bahasa
4. 1 Bunyi Bahasa dan Bukan Bahasa 63
4.2 Bunyi Vokal 64
4.3 Bunyi Diftong 77
4.4 Penyempitan Aliran Udara 79
4.5 Jenis Penyempitan 80
4.6 Bunyi Konsonan 83
4.7 Bunyi Konsonan Kompleks 103
4.8 Bunyi Konsonan Non-Pulmonik 105
4.9 Carta Konsonan Melayu 106
4.10 Ringkasan 107
4.11 Latihan 107
Fonetik Eksperimental
5.1 Dari Fonetik Impresionistik ke Eksperimental 111
5.2 Fonetik Eksperimental 114
5.3 Prosedur Kajian Eksperimental 117
mashatta68@yahoo.com | 0109749867
vii
Kandungan
5.4 Perbandingan Kaedah Kajian Fonetik
Impresionistik dengan Eksperimental 126
5.5 Ringkasan 128
5.6 Latihan 129
Fonetik Akustik
6.1 Fisiologi dan Fonetik Artikulasi 133
6.2 Fonetik Akustik 138
6.3 Fungsi dan Peranan Peralatan Makmal dalam Kajian
Sains Pertuturan 148
6.4 Alatan untuk Menganalisis Input Akustik ataupun
Fisiologi Ujaran 150
6.5 Alat Menganalisis Output yang Digunakan bagi
Mengumpul Data dari Pelbagai Sumber 151
6.6 Aspek Jantina dan Umur dalam Kajian
Fonetik Akustik 156
6.7 Jantina dan Umur sebagai Penanda Sosial 157
6.8 Ringkasan 165
6.9 Latihan 166
Analisis Spektrograf Vokal dan Konsonan
7.1 Ciri-Ciri Bunyi 169
7.2 Hubungan Kajian Fonetik Dan Fonologi Dengan
Sains Pertuturan 170
7.3 Bunyi-bunyi Periodik dan Aperiodik 171
mashatta68@yahoo.com | 0109749867
viii
Fonetik dan Fonologi
7.4 Perbezaan Vokal dan Konsonan Menurut Perspektif
Artikulasi 173
7.5 Spektrograf dan Spektrogram 173
7.6 Ringkasan 184
7.7 Latihan 186
Prosodi
8.1 Defnisi Prosodi 191
8.2 Peranan Intonasi 198
8.3 Kajian Intonasi dalam Sintaksis Bahasa Melayu 205
8.4 Kepentingan Intonasi dalam Pengajaran 209
8.5 Kaedah Pengajaran 214
8.6 Intonasi dan Kesantunan 216
8.7 Intonasi dan Semantik 220
8.8 Langkah Susulan 222
8.9 Ringkasan 224
8.10 Latihan 226
Analisis Fitur Distingtif
9.1 Fonem Penggalan dan Fitur Distingtif 229
9.2 Fitur Distingtif 230
9.3 Bunyi-bunyi dan Fiturnya 232
9.4 Fitur Distingtif yang Perlu 239
9.5 Fitur Distingtif Fonem Bahasa Melayu Johor 241
9.6 Ringkasan 241
9.7 Latihan 242
mashatta68@yahoo.com | 0109749867
ix
Kandungan
Fonem Vokal dan Konsonan Melayu
10.1 Fonem Bahasa Melayu 245
10.2 Fonem Vokal 246
10.3 Fonem Konsonan 248
10.4 Konsonan Pinjaman 253
10.5 Ejaan Rumi Baharu 254
10.6 Ringkasan 259
10.7 Latihan 260
Rujukan 263
mashatta68@yahoo.com | 0109749867
mashatta68@yahoo.com | 0109749867
mashatta68@yahoo.com | 0109749867
mashatta68@yahoo.com | 0109749867
Pengenalan Fonetik
dan Fonologi
Bab 1
1.1 Apakah yang Dikatakan Ilmu Fonetik?
Fonetik ialah kajian bunyi sebagai bunyi, iaitu kajian tentang
bagaimana kita menggunakan organ pertuturan apabila
menghasilkan bunyi-bunyi bahasa. Keadaan ini sama seperti mana
sesuatu alat muzik yang digunakan dalam sesuatu persembahan
dengan penghasilan bunyi-bunyi tertentu yang mempunyai
ciri-cirinya yang tersendiri. Setiap satu perbezaan bunyi yang terhasil,
iaitu ciri yang berbeza ini berlaku bertitik tolak dari penggunaan alat
artikulasi, daerah artikulasi dan cara artikulasi. Kajian ini memfokus
pada bunyi bahasa yang berhubungan dengan fenomena dalam
dunia, sifat fsiologi, anatomi, neurologi dan psikologi manusia.
Fonetik menghuraikan cara penghasilan bunyi (posisi dan
pergerakan alat artikulasi), secara akustiknya bagaimana pola bunyi
mashatta68@yahoo.com | 0109749867
2
Fonetik dan Fonologi
dikenal pasti dengan penggunaan peralatan tertentu dan auditori,
iaitu secara penanggapan bunyi yang didengar, iaitu pemindahan
bunyi dari penutur kepada pendengar yang kemudiannya maklumat
bunyi ini dihantar ke otak untuk proses yang seterusnya.
Fonetik membantu kita memahami bagaimana urutan bunyi
dalam binaan kata berasimilasi, misalnya bunyi [t] dalam kata tepat,
iaitu bagi bunyi [t] pada awal kata dengan bunyi [t
=
] pada akhir kata
dan apabila [t] didahului oleh bunyi vokal [a]
1
.
Secara ringkasnya, fonetik ialah kajian mengenai bunyi-bunyi
bahasa yang dihasilkan oleh manusia. Dengan itu dapatlah kita
katakan kajian bunyi-bunyi yang kita hasilkan adalah bagi menjawab
soalan-soalan seperti yang berikut:
1. Bagaimana bunyi-bunyi bahasa dihasilkan oleh organ
pertuturan manusia?
2. Bagaimana bunyi-bunyi tersebut dapat diklasifkasikan?
3. Bagaimana setiap bunyi yang dikeluarkan oleh manusia itu
berbeza antara satu dengan yang lain?
4. Bagaimana pendengar dapat mengenali bunyi-bunyi yang
dihasilkan oleh penutur lain?
5. Bagaimana bunyi-bunyi yang berbeza ini dapat dipaparkan
atau direkodkan dalam bentuk penulisan?
Yang kita maksudkan dengan bunyi bahasa itu adalah bunyi-bunyi
yang digunakan dalam bahasa untuk berkomunikasi. Bunyi-bunyi lain
yang tidak digunakan dalam sistem komunikasi manusia tidaklah
menjadi bahan kajian fonetik.
Bunyi-bunyi yang dilafaz apabila disusun dalam struktur tertentu
akan akhirnya membentuk suku kata, kata, frasa dan seterusnya.
mashatta68@yahoo.com | 0109749867
3
Pengenalan Fonetik dan Fonologi
Dan cara lafaz bentuk-bentuk yang dinyatakan ini dilakukan dengan
menggunakan simbol fonetik
2
yang dinamakan sebagai transkripsi
fonetik. Transkripsi fonetik digunakan untuk menghuraikan bunyi
dalam bahasa. Simbol fonetik (rujuk Te International Phonetic Symbol
(IPA) dalam bab 3) merupakan simbol yang digunakan untuk merujuk
pada bunyi bahasa yang khusus. Terdapat simbol fonetik yang disertai
dengan tanda diakritik. Penggunaan tanda diakritik ini adalah untuk
menjelaskan perbezaan bunyi yang wujud antara simbol fonetik yang
mewakili sesuatu cara lafaz bunyi. Tanda diakritik diletakkan sama
ada di atas simbol, [
~
] seperti dalam kata amal [ amal
~
] atau di bawah
[ ] seperti dalam kata width [w I d 6
] atau di atas pada posisi sisi, [
h
]
seperti dalam kata cat [ ae k
h
t ]. Tanda diakritik ini digunakan bagi
mengelakkan masalah lewah dengan penambahan simbol-simbol baru
dalam IPA seperti yang sedia ada. Transkripsi fonetik boleh dilakukan
dengan empat cara, iaitu transkripsi luas, sempit, sistematik dan
impresionistik. Transkripsi luas bermaksud, kaedah transkripsi yang
bersifat umum yang hanya membekalkan maklumat yang minimum
dalam mengupayakan rumus penyebutan, iaitu yang berorientasikan
fonemik, misalnya [ 3 ] dituliskan dengan menggunakan simbol [e]; simbol
[ c ] hanya dituliskan dengan [o]. Dalam transkripsi luas ini varian fonem
yang dipanggil alofon tidak digunakan dalam transkripsi misalnya kata
please dan trip dalam bahasa Inggeris ditranskripsikan seperti berikut,
yang masing-masingnya sebagai [pliz] dan [trip]. Ini berbeza dengan
transkripsi sempit yang memaparkan varian fonem, iaitu alofon
pada [l] dan [r] dalam kata please dan trip menjadikan transkripsi yang
dilakukan seperti yang berikut, iaitu [pliz
o
] dan [
o
trip]. Sehubungan
dengan itu, apa yang dikatakan sebagai transkripsi sempit itu sebenarnya
merujuk kepada transkripsi yang terperinci, iaitu berorientasikan
fonetik. Sementara itu, transkripsi yang terperinci memperlihatkan
kesemua rumus pertukaran bunyi antara bunyi dinamakan sebagai
transkripsi fonetik sistematik. Manakala transkripsi fonetik
impresionistik tidak memaparkan kewujudan rumus penggunaan
mashatta68@yahoo.com | 0109749867
4
Fonetik dan Fonologi
alofon kerana semasa transkripsi dilakukan tidak diketahui tentang
rumus yang ada misalnya apabila membuat transkripsi bahasa yang
tidak pernah diketahui misalnya bahasa kanak-kanak atau pesakit
yang sebelum ini tidak pernah dikenal pasti atau dilakukan kajian. Ahli
fonetik tidak mengetahui rumus apa yang harus diaplikasi, justeru
transkripsi yang dilakukan hanya menandakan nilai fonetik sesuatu
transkripsi. Ahli fonetik ialah seorang yang mempunyai kepakaran dalam
menghuraikan bunyi bahasa, memahami mekanisme penghasilan bunyi
bahasa, persepsi bunyi bahasa di samping mengetahui bagaimana bahasa
menggunakan kesemua mekanisme ini.
Umumnya ilmu fonetik ini dibahagikan kepada fonetik
artikulatori, fonetik auditori, dan fonetik akustik. Fonetik
artikulatori adalah satu bidang kajian mengenai cara kita
menggunakan alat dan daerah artikulasi bagi menghasilkan
bunyi-bunyi bahasa. Fonetik auditori pula adalah fonetik bagi
mendeskripsi cara bagaimana kita memproses dan menginterpretasi
bunyi-bunyi yang dihasilkan. Dan fonetik akustik adalah kajian
fonetik yang ditakrifkan sebagai satu bidang kajian transmisi
bunyi-bunyi yang dihasilkan oleh organ-organ pertuturan kita.
Subbidang-bidang fonetik ini akan dijelaskan di bawah.
1.2 Kajian Fonetik
Bidang kajian mendeskripsi bunyi-bunyi bahasa dinamakan sebagai
bidang kajian fonetik. Bidang kajian yang luas ini pula dapat
dibahagikan kepada tiga subbidang yang lebih kecil, iaitu kajian
fonetik akustik, artikulatori dan auditori.
1.2.1 Fonetik Akustik
Fonetik akustik merujuk kepada kajian transmisi signal bunyi, iaitu
bunyi-bunyi bahasa sama ada yang telah distrukturkan ataupun
mashatta68@yahoo.com | 0109749867
5
Pengenalan Fonetik dan Fonologi
masih berbentuk segmen
3
dari penutur kepada pendengar semasa
komunikasi berlangsung. Signal bunyi yang dipindahkan ini
pula terkandung di dalamnya antara lain parameter-parameter
seperti frekuensi fundamental (F0), intensiti dan durasi.
Parameter-parameter ini, iaitu frekuensi fundamental (F0) yang
diukur dalam unit Hertz (Hz), intensiti dalam unit decibel (dB)
dan durasi dalam unit saat (s) mendukung fungsi makna-makna
yang tertentu
4
. Dari sudut pendengar, ketiga-tiga parameter ini
dipersepsikan masing-masingnya sebagai kelangsingan bunyi,
kelantangan suara dan kepanjangan.
Kesemua yang terlafaz ini selari dengan objektif komunikasi
dan dapat dikatakan sering kali semua ini terancang dalam
minda si penutur. Keselarian ini berlangsung kerana ketiga-tiga
parameter yang digunakan mendukung makna-makna yang tertentu.
Norma-norma maknanya ditentukan oleh masyarakat penutur
sesuatu bahasa. Sebagai contoh, lafaz kata ganti nama awak dalam
bahasa Melayu mempunyai perbezaan makna apabila dilafazkan
dengan menggunakan parameter durasi yang berbeza, misalnya;
a. Awak!
b. Aaaaaaaawak?
Bagi (a) dengan durasi yang lebih pendek mendukung makna emosi
seruan manakala (b) dengan durasi yang lebih panjang mendukung
makna emosi tidak percaya. Kedua-dua contoh yang dikemukakan ini
juga melibatkan perbezaan dari aspek pola intonasinya.
Begitu juga apabila jawapan yang diterima bagi menjawab
soalan, sedap tak lauk di kantin hari ini? Jawapan yang sering kali
diterima, bolehlah, yang dapat dikatakan bertentangan dengan
kehendak nahu bahasa Melayu yang memerlukan hanya 2 pilihan
jawapan, iaitu ya atau pun tidak. Tetapi jawapan bolehlah itu sudah
mashatta68@yahoo.com | 0109749867
6
Fonetik dan Fonologi
pun sebenarnya memberikan jawapan yang dikehendaki oleh nahu
bahasa Melayu, iaitu tidak
5
. Tafsiran makna ini diperoleh melalui pola
intonasi yang digunakan selain makna yang sedia diterima pakai bagi
kata bolehlah dalam konteks soalan yang di atas.
Seperti yang dinyatakan sebelum ini, ketentuan makna yang
tidak bertulis seperti ini merupakan norma-norma yang disepakati
oleh masyarakat penutur bahasa Melayu. Perlu ditekankan di sini,
hanya si penutur dan si pendengar yang hadir dalam konteks tersebut
dapat memahami peristiwa bahasa yang sedang berlaku itu. Penutur
bahasa sebenarnya memahami ketentuan-ketentuan makna yang
tidak pernah bertulis dalam mana-mana buku tentang fungsi-fungsi
setiap tinggi atau rendah, perlahan atau kuat dan panjang atau
pendek lafaz bunyi. Penyataan ini diperkukuh dengan memetik
pendapat sarjana terkenal yang menggambarkan situasi ini sebagai,
sesuatu perihal bunyi itu bukanlah apa yang diucapkan tetapi adalah
bagaimana bunyi itu diucapkan (Couper-Kuhlen, E.,1986: 116).
Kecanggihan teknologi komputer hari ini dapat mengupayakan
kesemua parameter yang disebut tadi divisualkan. Dengan
menggunakan perisian komputer bernama Praat, paparan bacaan
unit-unit ini boleh diperlihatkan. Program ini dicipta oleh sarjana
Belanda yang bernama Paul Boersma dan David Weenink (1992)
di Universiti Amsterdam. Program komputer yang khusus bagi
menangani data bunyi ini dicipta pada tahun 1992. Dan program
ini boleh dimuat turun daripada internet secara percuma
6
.
Sungguhpun begitu, ini tidaklah bermakna bahawa kajian fonetik
akustik sebelum ini tidak dijalankan dengan menggunakan program
komputer yang khusus. Praat yang baru dicipta ini adalah program
komputer yang tercanggih yang dicipta setakat ini dan program ini
digunakan secara meluas sekarang. Antara nama-nama besar yang
menggunakan program ini ialah Bruce, G., van Heuven, Gussenhoven,
mashatta68@yahoo.com | 0109749867
7
Pengenalan Fonetik dan Fonologi
C. dan sebagainya. Pengkaji-pengkaji dalam bidang ini menggunakan
bacaan parameter ini bagi mendapatkan pola-pola tertentu dalam
mendeskripsikan pemindahan signal yang berlaku ini.
Grafk signal akustik yang mampu divisualisasikan ini kelihatan
seperti berikut:
Rajah 1.1: Grafk Signal Akustik
Signal akustik ini dinamakan sebagai osilogram yang kandungannya
terdiri daripada ftur-ftur prosodi seperti kelangsingan,
kelantangan dan kepanjangan. Signal akustik ini boleh dianalisis
dengan menggunakan program Praat bagi mendapatkan bacaan
parameter F0, iaitu bentuk kependekan yang merujuk kepada
frekuensi fundamental yang dipersepsikan oleh pendengar
sebagai kelangsingan, intensiti, yang dirujuk kepada persepsi
pendengar sebagai kelantangan suara dan durasinya, yang dirujuk
sebagai kepanjangan. Selain itu menerusi program ini juga dapat
diperlihatkan bentuk spektrogram dan formannya. Grafk di muka
surat sebelah memaparkan kedua-dua konsep ini.
mashatta68@yahoo.com | 0109749867
8
Fonetik dan Fonologi
F0
Forman
Intensiti
Rajah 1.2: Konsep Spektrogram dan Forman
Grafk di atas memperlihatkan spektrogram berwarna kelabu
yang memberi gambaran jumlah tenaga yang digunakan bagi
melafazkan bunyi. Dalam masa yang sama dapat dilihat forman
yang dipaparkan dengan titik-titik yang melintang, iaitu F1, F2
dan selebihnya. Manakala garis yang berlengkok-lengkok merujuk
pada kelangsingan, iaitu tinggi rendah sesuatu lafaz. Dan garis yang
memaparkan loncatan turun naik yang aktif mewakili intensiti yang
merujuk kepada kelantangan suara semasa lafaz. Melalui program
ini juga seperti yang dinyatakan sebelum ini setiap bacaan unit-unit
parameter yang dikehendaki dapat diperoleh.
1.2.2 Fonetik Artikulatori
Fonetik artikulatori pula merujuk kepada kajian yang
mendeskripsikan cara-cara sesuatu bunyi dihasilkan. Pendeskripsian
ini melibatkan daerah dan alat artikulasi yang berfungsi
menghasilkan bunyi-bunyi dalam bahasa. Daerah artikulasi ialah
mashatta68@yahoo.com | 0109749867
9
Pengenalan Fonetik dan Fonologi
kawasan dalam saluran vokal yang disentuh oleh alat artikulasi
sewaktu menghasilkan sesuatu bunyi bahasa. Manakala alat artikulasi
pula ialah alat dalam saluran vokal yang terlibat dalam pengeluaran
bunyi bahasa. Alat artikulasi terbahagi kepada artikulator aktif dan
artikulator pasif.
Artikulator aktif ialah organ dalam saluran vokal yang boleh
digerakkan seperti lidah, bibir, lelangit lembut dan gigi bawah.
Manakala artikulator pasif ialah organ dalam saluran suara yang
tidak boleh digerakkan seperti gigi atas dan lelangit keras. Fonetik
artikulatori melibatkan kajian bagaimana memproduksikan bunyi
bahasa dengan menggunakan organ pertuturan manusia, iaitu cara
penutur menghasilkan bunyi dengan menggunakan organ pertuturan
bagi menghasilkan bunyi yang digunakan dalam tuturan, dan cara
bunyi tersebut diklasifkasikan dan dideskripsikan.
Setiap satu bunyi-bunyi bahasa yang dihasilkan mempunyai
daerah, alat dan cara artikulasinya masing-masing. Dengan itu
setiap satu bunyi yang dihasilkan berbeza antara satu sama lain.
Alat artikulasi ialah organ yang digunakan bagi menghasilkan bunyi
manakala daerah artikulasi ialah kawasan yang menghasilkan
sesuatu bunyi. Perbezaan daerah dan cara dalam proses
menghasilkan bunyi-bunyi bahasa inilah yang digunakan dalam
proses pelabelan bunyi-bunyi bahasa seperti letupan bibir tak
bersuara atau bersuara, sengauan bibir, geseran lelangit keras tak
bersuara atau bersuara, getaran gusi dan sebagainya. Berikut adalah
contoh grafk yang menunjukkan cara penyebutan bunyi [t] dan [k].
mashatta68@yahoo.com | 0109749867
10
Fonetik dan Fonologi
Rajah 1.3: Letupan gusi tak bersuara [t]
Dalam grafk di atas, bunyi [t] dilafazkan dengan kedudukan hujung
lidah diletakkan di bahagian atas gusi. Lelangit lembut dirapatkan
kepada belakang rongga tekak (farink). Udara yang terkumpul dan
tersekat dalam rongga mulut, iaitu di bahagian belakang hujung
lidah dilepaskan dengan serta merta tanpa menggetarkan pita suara.
Bunyi yang terhasil ini dinamakan bunyi letupan gusi tak bersuara [t].
mashatta68@yahoo.com | 0109749867
11
Pengenalan Fonetik dan Fonologi
Rajah 1.4: Letupan lelangit lembut tak bersuara [k]
Grafk di atas pula menunjukkan kedudukan lelangit lembut
dirapatkan kepada belakang rongga tekak (farink), manakala
belakang lidah dirapatkan ke bahagian belakang lelangit lembut.
Udara yang terkumpul dan tersekat di dalam rongga tekak
dilepaskan dengan serta-merta tanpa menggetarkan pita suara.
Bunyi yang terhasil ini dinamakan letupan lelangit lembut tak
bersuara [k]. Secara terperinci, kita dapat melihat grafk saluran
vokal seperti berikut:
mashatta68@yahoo.com | 0109749867
12
Fonetik dan Fonologi
1.5 Saluran Vokal (berdasarkan Gussenhoven, C dan Jacobs, H: 2005)
Pengkaji-pengkaji bidang ini melihat peranan alat, daerah dan cara
artikulasi yang terlibat semasa melakukan klasifkasi bunyi-bunyi
dalam bahasa. Hasil daripada pengklasifkasian yang dilakukan
itu ialah pelabelan seperti dalam Te International Phonetic Alphabet
(IPA), rujuk bahagian akhir bab 3 yang memaparkan IPA ini.
Ringkasnya kesemua ini adalah percaturan bagaimana bunyi-bunyi
bahasa dihasilkan oleh alat, daerah dan cara yang digunakan
dalam menghasilkan bunyi-bunyi bahasa. Perlu disedari bahawa,
bahasa-bahasa dalam dunia ini juga mempunyai jadual klasifkasi
bunyi yang berhubungan dengan lafaz yang terdapat dalam bahasa
masing-masing.
mashatta68@yahoo.com | 0109749867
13
Pengenalan Fonetik dan Fonologi
1.2.3 Fonetik Auditori
Fonetik auditori pula ialah kajian sebutan bunyi yang didengar dan
berkaitan dengan soalan bagaimana bunyi diterima dan dikenali
sebagai tuturan bunyi yang berbeza. Dalam komunikasi, penutur
menukarkan maklumat yang hendak disampaikan dalam bentuk
kod-kod yang tertentu seperti bunyi, kata dan ayat manakala
pendengar pula mentafsirkan maklumat ini dalam otak bagi
menjadikannya sebagai sesuatu yang bermakna dalam komunikasi
yang berlangsung. Proses ini masing-masingnya dinamakan sebagai
proses mengekod dan mendekod.
Dengan itu, kajian ini berkaitan dengan kerangka psikologi,
iaitu kajian persepsi respons kepada bunyi tuturan seperti yang
direfeksikan oleh pendengar. Persepsi pendengar kepada ujaran
yang terlafaz melibatkan unsur kelangsingan, kelantangan dan
kepanjangan yang secara sendirinya mempunyai makna emosi
tertentu. Dan makna emosi ini dapat dikatakan sebagai suatu
kod yang ditentukan oleh anggota masyarakat penutur sesuatu
bahasa. Lazimnya dalam mendapatkan rujukan makna emosi ini,
keabsahannya perlu dilakukan dengan menggunakan kaedah soal
selidik yang dinamakan ujian persepsi. Dan soal selidik ini perlu
dilakukan ke atas penutur bahasa yang data bunyinya sedang
dianalisis bagi menjamin ketepatan dapatan ujian tersebut.
1.3 Apakah yang Dikatakan Ilmu Fonologi
Fonologi merupakan cabang linguistik yang menghuraikan
bunyi-bunyi bahasa yang distrukturkan. Dengan kata lain, fonologi
memfokus pada fungsi, perlakuan dan pengorganisasian bunyi dalam
bahasa. Ini bererti fonologi dalam linguistik ialah yang berhubungan
dengan sintak, morfologi sehingga semantik. Misalnya struktur yang
dibincangkan dalam fonologi adalah bagaimana pola sesuatu bunyi
mashatta68@yahoo.com | 0109749867
14
Fonetik dan Fonologi
yang berulang berlaku dalam struktur morfem walaupun kedudukan
bunyi tersebut dalam susunan yang berbeza, misalnya dalam kata
dagang [
da+ga
] dan gadang [ga+da ], bunyi [d] dan [g] yang telah
bertukar posisi. Keadaan ini menunjukkan peranan fonologi dalam
menentu bunyi apa yang berulang dan di posisi mana ia berulang.
Selain itu, fonologi juga berperanan menstrukturkan sistem yang
menjelaskan tidak kesemua perulangan bunyi berlaku pada semua
posisi. Ini bererti ada sistem yang tertentu dalam setiap bahasa yang
diterima pakai. Dan selanjutnya menjelaskan bahawa bunyi yang
berulang pada posisi yang berbeza itu berbeza pula cara sebutannya
akibat pengaruh bunyi yang wujud sebelumnya. Misalnya dalam kata
kotak [
ko+ta
] ; perap [
p

+rap
=
]. Lafaz bunyi [k] dan [p] yang
berbeza apabila berada pada posisi yang berbeza.
Dalam struktur ayat, iaitu apabila berlaku pola intonasi yang
berbeza, fonologi menjelaskan perbezaan yang berlaku misalnya
bahasa Melayu yang dikategorikan sebagai bahasa intonasi
membezakan pola intonasi yang membawa makna yang berbeza.
Misalnya dalam ayat yang berikut:
Universiti Malaya merupakan universiti yang tertua di Malaysia.
1. Universiti Malaya merupakan universiti yang tertua di
Malaysia. (ayat penyata dengan nada menurun di akhir ayat)
2. Universiti Malaya merupakan universiti yang tertua di
Malaysia? (ayat tanya dengan nada yang menaik di akhir
ayat.)
Antara (a) dan (b) yang berbeza berpunca dari variasi pola intonasi
yang berlaku, iaitu nada akhir yang digunakan untuk membezakan
makna wacana ayat tersebut. Variasi pola intonasi ini diterima pakai
dan distrukturkan secara standard pergerakan kelangsingannya
seperti yang wujud dalam bahasa Melayu.
mashatta68@yahoo.com | 0109749867
15
Pengenalan Fonetik dan Fonologi
Ini berbeza dengan bahasa nadaan (tone languages)
7
yang
menggunakan pola nada dalam membezakan makna sesuatu kata.
Misalnya dalam bahasa Mandarin bagi kata ma, 4 nada
8
yang berbeza
akan juga menghasilkan 4 makna yang berbeza, iaitu ibu (nada
tinggi malar),
9
jerami (nada menaik)
10
, kuda (rendah-jatuhmenaik)
11

dan marah (tinggi-turun)
12
. Grafk lafaz kata ma
13
ini dapat dilihat
melalui grafk di bawah:
1.6 Empat Nada Kata Ma dalam Bahasa Mandarin
Pola nada atas perkataan dalam bahasa nadaan menyebabkan
perubahan dalam makna yang dirujuk. Ini bererti perubahan dalam
makna kata berpunca daripada perubahan nada ke nada yang lain,
seperti dalam contoh bagi kata ma dalam bahasa Mandarin di atas.
Dengan itu fonologi merupakan huraian tentang sistem,
struktur yang berkaitan dengan pola bunyi yang signifkan
dalam sesuatu bahasa. Ringkasnya, ia berhubungan dengan
pengorganisasian bunyi-bunyi dalam tuturan. Ini bererti kajian
fonologi lebih bersifat abstrak, iaitu struktur dalaman sesuatu aturan
dalam bahasa.
m = ibu
m = jerami
m = kuda
m = marah
mashatta68@yahoo.com | 0109749867
16
Fonetik dan Fonologi
1.4 Ringkasan
Cakupan bidang fonetik dan fonologi ini sering kali menimbulkan
masalah bagi meletakkan garis pemisah antara kedua-duanya.
Kedua-dua bidang ini adalah saling berkaitan antara satu sama lain.
Bahkan kedua-duanya adalah saling melengkapi. Justeru, apabila kita
berbicara tentang fonologi tidak dapat tidak aspek fonetik juga
turut disentuh. Walau bagaimanapun ada defnisi yang diberikan oleh
sarjana dalam bidang ini yang cuba memisahkannya. Huraian sebelum
ini telah menjelaskan perbezaan cakupan kedua-dua bidang ilmu
ini. Sungguh pun begitu penghuraian yang berikut memperlihatkan
bagaimana kedua-duanya saling berhubungan dan memerlukan satu
sama lain, ataupun saling melengkapi.
Ada ahli bahasa yang mendefnisikan fonetik sebagai kajian
tentang bunyi bahasa manakala fonologi sebagai kajian tentang
struktur bunyi bahasa. Fonetik yang merujuk kepada kajian tentang
bunyi bahasa adalah kajian yang membincangkan deskripsi
yang dilakukan dalam menghasilkan bunyi-bunyi ini dengan
menggunakan organ pertuturan. Kajian ini dilakukan samalah seperti
kajian terhadap aktiviti sebuah orkestra muzik yang dimainkan
oleh setiap instrumen muziknya secara terancang. Setiap bunyi yang
terhasil ini mempunyai cirinya yang tersendiri sebagaimana yang
dirakamkan dalam bentuk notasi muzik. Dengan kaedah yang sama,
bunyi-bunyi bahasa yang dihasilkan oleh manusia juga dikaji.
Sementara itu, ada sarjana lain yang menganggap fonologi itu
sebagai perkara yang pada asasnya adalah fonetik. Cuma fonologi
memerlukan konsep, istilah dan notasi fonetik sebagai unsur
tambahan. Penambahan unsur fonetik ini adalah bagi menghasilkan
suatu set konsep-konsep baru yang tersendiri. Malah, kajian
terhadap fonologi tidak boleh berlaku sehinggalah kita mempunyai
asas pengetahuan yang kukuh dalam semua aspek bidang fonetik.
mashatta68@yahoo.com | 0109749867
17
Pengenalan Fonetik dan Fonologi
Bunyi-bunyi bahasa yang terdiri daripada struktur fonik sesuatu
bahasa ini dikatakan fonologi.
Analogi yang mudah bagi membezakan garis pemisah antara

cakupan kedua-dua bidang ini adalah seperti hubungan antara
warna-warna yang digunakan dalam lampu isyarat lalu lintas
14
.
Sistem pertukaran warna-warna tersebut membawa fungsi
makna-makna yang berlainan. Sistem lampu isyarat lalu lintas yang
sedia ada kini disepakati dan digunakan di seluruh dunia dengan
makna yang sama. Warna-warna yang digunakan dalam sistem
lampu isyarat lalu lintas itu adalah mengikut susunan warna yang
tetap, iaitu merah, jingga dan hijau. Warna merah melambangkan
makna berhenti, jingga sebagai bersedia manakala hijau bermaksud
boleh meneruskan perjalanan. Pengetahuan tentang fungsi-fungsi
makna warna ini dipelajari oleh sesiapa saja yang ingin mendapatkan
lesen memandu kenderaan di jalan raya. Pengetahuan bagi
memahami penggunaan warna-warna ini dalam sistemnya dapat
disamakan seperti dalam bidang kajian fonologi. Ini bererti apabila
seseorang ingin mengkaji bidang fonologi, dia juga perlu menguasai
sistem penggunaan dan penyusunan fonem-fonem dalam bahasa.
Ini berkaitan dengan strukturnya dalam sesuatu bahasa, iaitu dengan
fonotaktik dalam bahasa. Sebagai contoh, dalam bahasa Melayu
terdapat sistem keselarasan bunyi, sistem persukuan, sistem abjad
vokal dan konsonan dan sebagainya. Semua perkara ini berkaitan
dengan sistem bunyi yang wujud dalam bahasa. Sesiapa yang
berminat mempelajari bahasa yang bukan bahasa ibundanya, maka
dia perlu mempelajari sistem ini setelah menguasai aspek fonetiknya.
Seterusnya bandingkan senario ini dengan sistem dalam lampu
isyarat lalu lintas. Andaikan jika warna merah pada kedudukan
pertama dalam isyarat lampu lalu lintas ditukarkan dengan warna
biru, tetapi bilangan warna yang digunakan masih sama jumlahnya,
iaitu tiga warna. Kita akan dapat melihat bahawa pertukaran warna
mashatta68@yahoo.com | 0109749867
18
Fonetik dan Fonologi
ini tidak menjejaskan pengetahuan, kefahaman dan kelaziman yang
sedia ada dalam fkiran pengguna-pengguna jalan raya. Mengapa
ini terjadi? Jawapannya adalah kerana sistem urutan dan struktur
fungsi makna tidak berubah kecuali warna merah digantikan
dengan biru, manakala yang lain-lain itu masih sama.
Bayangkan pula apabila satu warna lain ditambah kepada sistem
lampu isyarat yang dahulunya mempunyai tiga warna, merah,
jingga dan hijau itu kini diikuti pula oleh warna biru. Tambahan
warna baru dalam sistem yang sedia ada akan menimbulkan
kekeliruan kepada pengguna kerana ia berlainan atau wujud di luar
apa yang sedia ada dan dipelajari sebelum ini. Para pengguna jalan
raya pasti tertanya-tanya apakah fungsi warna biru yang diletakkan
selepas warna hijau tersebut.
Kecelaruan yang sama berlaku dalam bahasa, iaitu seandainya
kita menambah fonem-fonem tertentu ke dalam struktur
sesuatu bahasa kita tentu sekali khalayak pengguna bahasa kita
akan bercelaru sehinggalah mereka dapat mengasimilasi dan
mengadaptasi fonem yang baru ditambah itu. Dengan kata lain,
analogi yang dikemukakan ini dapat menunjukkan bahawa fonologi
mempunyai sistem dan struktur, samalah seperti yang dikiaskan
kepada sistem pada lampu isyarat lalu lintas.
Sementara itu, kajian fonetik dalam kasus ini dilihat dengan
kewujudan warna-warna ini, iaitu bagaimana warna merah, jingga
dan hijau ini terhasil? Bagaimana membezakan antara warna
merah jambu dengan merah pulasan, hijau dengan hijau muda,
hijau dengan hijau tua dan sebagainya. Apakah ciri-ciri yang
membezakannya? Situasi ini sama seperti dalam kajian fonetik yang
mendeskripsikan, mengklasifkasi dan memberikan sifat-sifat bunyi
bahasa.
mashatta68@yahoo.com | 0109749867
19
Pengenalan Fonetik dan Fonologi
Secara ringkasnya perbezaan antara kedua-dua bidang ini dapat
dilihat dalam jadual berikut:
Fonetik Fonologi
Fonetik adalah subdisiplin
linguistik, kajian tentang bunyi
sebagai fenomena dalam dunia
fzikal, fsiologi, anatomi,
neurologi dan psikologi manusia
yang menghasilkannya.
Fonologi adalah subdisiplin
linguistik yang mengkaji bunyi
bahasa, iaitu tentang fungsi,
perlakuan dan organisasi bunyi
sebagai item linguistik.
Fonetik adalah kajian tentang sifat
-sifat semula jadi, produksi dan
persepsi bunyi-bunyi bahasa yang
dihasilkan
Kajian tentang sistem bunyi
sesuatu bahasa dan sifat-sifat
semula jadi sistem tersebut secara
umum. Segala yang berkaitan
dengan sistem dalam bahasa, iaitu
pasangan terkecil, fonotaktik
dan sebagainya.
Kajian ini dapat dipecahkan kepada
tiga, iaitu fonetik akustik, fonetik
artikulatori dan fonetik auditori.
Kajian adalah berkaitan dengan
hubungan antara butir-butir
leksikal dengan butir-butir leksikal
lain yang membentuk ayat.
Mengkaji sifat setiap bunyi. Kajian berkaitan dengan penelitian
pola-pola intonasi.
Menggunakan simbol fonetik
yang dihasilkan untuk tujuan
merekodkan data bunyi dalam
bentuk tulisan.
Menghasilkan sistem ejaan sesuatu
bahasa.
Jadual 1.7 : Perbezaan antara Fonetik dan Fonologi
mashatta68@yahoo.com | 0109749867
20
Fonetik dan Fonologi
Rumusannya, kedua-dua bidang ini saling melengkapi antara satu
sama lain. Bagi memahami fonologi, aspek fonetik perlu dikuasai
terlebih dahulu. Apabila sudah menguasai bidang fonetik barulah
sistem bunyi bahasa dalam sesuatu bahasa dapat difahami dan
dihuraikan dengan sempurna. Hubung kait antara kedua-dua bidang
ini sangat rapat sehingga ada sarjana yang menyatakan bahawa
kedua-dua bidang ini mengkaji korpus yang sama tetapi dari sudut
pandangan yang berbeza! Dan garis pemisah untuk kedua-duanya
terlalu kabur untuk diperjelaskan.
Dengan demikian dapat dilihat bahawa bidang fonetik dan
fonologi adalah saling berkaitan antara satu sama lain. Garis
pemisah antara kedua-duanya adalah kurang jelas walaupun ada
sarjana yang cuba meletakkan garis pemisahnya. Kajian dalam
fonetik dapat dibahagikan kepada tiga subbidang, iaitu fonetik
akustik, artikulatori dan auditori. Ketiga-tiga bidang kajian ini
melengkapkan bidang fonologi dalam sesuatu bahasa.
1.5 Latihan
1. Apakah yang dikatakan sebagai ilmu fonetik?
2. Apakah yang dikatakan sebagai ilmu fonologi?
3. Jelaskan konsep-konsep di bawah:
a. Fonetik akustik
b. Fonetik artikulatori
c. Fonetik auditori
4. Apakah yang dimaksudkan dengan simbol fonetik?
5. Bincangkan fungsi tanda diakritik dan proses peletakan
tanda diakritik yang diterima pakai.
6. Apakah yang dimaksudkan dengan transkripsi fonetik?
mashatta68@yahoo.com | 0109749867
21
Pengenalan Fonetik dan Fonologi
7. Apakah yang dimaksudkan dengan transkripsi luas dan
sempit?
8. Apakah yang membezakan transkripsi fonetik sistematik
dan impresionistik?
9. Huraikan secara ringkas parameter F0, intensiti dan durasi.
10. Jelaskan konsep osilogram, spektrogram dan forman.
11. Huraikan konsep daerah artikulasi, alat artikulasi dan
cara artikulasi.
12. Apa dia IPA? Dan apa fungsinya.
13. Jelaskan perbezaan artikulator aktif dan artikulator
pasif.
14. Bincangkan konsep mengekod dan mendekod.
15. Apakah yang dimaksudkan dengan makna emosi?
16. Apakah rasionalnya ujian persepsi dilakukan?
17. Hujahkan kepentingan responden yang sesuai untuk ujian
persepsi.
18. Nyatakan perbezaan cakupan bidang fonetik dan fonologi.
19. Kedua-dua bidang fonetik dan fonologi ini adalah saling
berkaitan antara satu sama lain. Bincangkan hubungan yang
wujud antara kedua-duanya. Kemukakan contoh yang sesuai.
20. Kemukakan analogi yang sesuai bagi menyatakan perbezaan
antara bidang fonetik dan fonologi.
21. Bincangkan parameter yang lazim menjadi ukuran dalam
kajian fonetik akustik dan peranan parameter ini dalam
komunikasi.
mashatta68@yahoo.com | 0109749867
22
Fonetik dan Fonologi
22. Bincangkan kepentingan alat artikulasi dan daerah artikulasi
yang sempurna dalam penghasilan sesuatu bunyi.
23. Fonetik auditori adalah bidang yang berkaitan dengan data
bunyi yang dipersepsi oleh pendengar. Bincangkan aspek
fonetik ini yang berkait rapat dengan fonetik akustik.
24. Hujahkan kepentingan mempunyai pengetahuan dalam
bidang fonetik dalam menguasai bidang fonologi.
25. Bincangkan bagaimana bidang fonetik dikatakan berperanan
mendeskripsi dan mengklasifkasikan sesuatu bunyi.
26. Sejauh mana budaya masyarakat penutur sesuatu bahasa
mempengaruhi sesuatu makna lafaz bunyi?
27. Bincangkan apakah fungsi pita suara dalam penamaan
klasifkasi sesuatu bunyi.
28. Melalui program Praat, data bunyi telah dapat diperlihatkan
parameternya. Sejauh mana visual ini dapat membantu
analisis yang dilakukan?
29. Setiap bahasa dalam dunia ini mempunyai sistem fonologi
dan fonetiknya yang tersendiri. Hujahkan penyataan ini.
30. Produksi sesuatu bunyi sebutan adalah proses realisasi
sesuatu bunyi. Realisasi bunyi ini diwakili dengan
lambang-lambang tertentu. Deretan lambang ini dinamakan
proses mentranskripsi fonetik. Bincangkan kegunaan
transkripsi fonetik dalam kajian bahasa.
31. Segala bentuk sebutan yang terlafaz seolah-olah telah
terancang awal di dalam otak seseorang manusia. Hujahkan.
mashatta68@yahoo.com | 0109749867
23
Pengenalan Fonetik dan Fonologi
1. Situasi ini memperlihatkan bagaimana fonetik dan fonologi saling
melengkapi antara satu sama lain.
2. Simbol Fonetik amat berguna dalam merekodkan bunyi dalam bahasa.
3. Bunyi
4. Signal bunyi dalam struktur ujaran (ayat), ungkapan dan sebagainya.
5. Kecenderungan jawapan sebegini sering kali bermaksud tidak.
6. www.praat.org
7. Tonal/tone languages. Bahasa yang pola nadanya membentuk
sebahagian daripada struktur kata dan bukannya struktur ayat dan
bersifat pembeza ayat.
8. Jika nada neutral hendak diambil kira sebagai nadaan juga, maka
jumlah sistem nadanya akan menjadi lima (5). Walau bagaimanapun,
lazimnya bahasa Cina dirujuk sebagai bahasa yang mempunyai 4 sistem
nada, iaitu yang dirujuk sebagai membezakan makna. Juga dipanggil
sebagai lexical tone.
9. High level atau nada pertama, nada tinggi malar
10. High rising atau nada kedua, nada menaik
11. Low falling rising atau nada ketiga, nada rendah-jatuh-menaik
12. High falling atau nada keempat, tinggi turun
13. Terima kasih kepada Dr. Wong Nyok Nyen, pensyarah di Jabatan
Pengajian Tionghua, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya.
Beliau merupakan pensyarah kursus bahasa Cina. Rakaman bunyi kata
ini menggunakan suara beliau. Terima kasih juga kepada Amy Teoh
Nuraina, pelajar tahun 4, SRJK (C) Taman Connaught, Cheras yang
rakaman suaranya digunakan dalam kajian awal.
14. http://education.leeds.ac.uk
mashatta68@yahoo.com | 0109749867
mashatta68@yahoo.com | 0109749867
Kajian Fonetik
dan Fonologi
Bab 2
2.1 Perkembangan Kajian Fonetik dan Fonologi
Perkembangan bidang ilmu fonetik dan fonologi di luar negara
begitu mempengaruhi negara-negara di rantau ini. Walau
bagaimanapun, pemindahan ilmu pada suatu masa dulu tidak
berlaku sepantas sekarang. Perkembangan di rantau ini sering
kali agak jauh ketinggalan daripada yang berlaku di Barat.
Perkembangan yang berlaku agak lambat ini berpunca daripada
kekangan kemudahan teknologi, faktor kewangan dan kepakaran.
Walau bagaimanapun, hal yang sebaliknya pula berlaku kini. Melalui
Pemindahan Maklumat melalui Komunikasi atau ICT (Information
Communication Transfer) maklumat dapat dipindahkan dengan
pantas. Ini menimbulkan kesan positif yang dapat disaksikan pada
hari ini. Perkembangan bidang ilmu yang sama berlaku serentak di
Malaysia dan Indonesia.
mashatta68@yahoo.com | 0109749867
26
Fonetik dan Fonologi
2.2 Kajian Fonetik dan Fonologi di Malaysia
Bidang fonetik mula diperkenalkan di Malaysia pada sekitar tahun
1950-an bermula di Institut Bahasa, Kuala Lumpur. Menurut
catatan di bahagian pengenalan buku Te Malay Sound System oleh
Muhammad Yunus Maris, pengajaran bidang ilmu ini diajarkan oleh
beliau sehingga tahun 1962. Bidang ini turut juga diajarkan oleh
beberapa tenaga pengajar lain yang mendapat latihan dari Jabatan
Linguistik, Universiti London. Mereka adalah Fatimah Hamidon,
Asiah Abu Samah dan Muhammad Yunus Maris sendiri.
Sementara itu, di Universiti Malaya, pengajaran bidang fonetik
dan fonologi secara umumnya bermula dengan perpindahan
Muhammad Yunus Maris ke Jabatan Pengajian Melayu, Universiti
Malaya. Catatan yang ditemui menunjukkan pengajaran bidang
ilmu ini ada diajarkan pada tahun 1960-an, iaitu dengan adanya
tesis sarjana sastera Nik Safah Karim (1965) yang diselia oleh
Muhammad Yunus Maris sendiri. Maklumat demikian juga terdapat
dalam latihan ilmiah Hashim Musa (1971) yang mencatatkan
pengajaran kursus yang dinamakan Fonetik dan Fonologi.
Menyorot perkembangan bidang ilmu ini sejak dari awalnya,
ternyata bahawa bidang ini mula disebut oleh Zaba dalam bukunya
Pelita Bahasa Melayu Penggal I. Zaba seperti yang dimaklumi
walaupun tidak mendapat pendidikan rasmi dalam bidang ilmu
ini, telah menghasilkan penulisan ilmu yang ternyata selari dengan
apa yang dibicarakan semasa itu di luar negara. Sungguh pun
konsep-konsep linguistik seperti fonologi, fonetik, suprasegmental
dan sebagainya tidak terdapat dalam mana-mana penerangan dalam
buku ini, penggunaan konsep-konsep yang digunakan oleh Zaba
dianggap sesuai dengan pemerhatian dan pengalaman beliau sebagai
penutur dan pengajar bahasa Melayu.
mashatta68@yahoo.com | 0109749867
27
Kajian Fonetik dan Fonologi
Di Malaysia, kajian fonetik secara formal dapat dibahagikan
kepada dua era yang berbeza, iaitu impresionistik dan eksperimental.
Kaedah impresionistik ialah kaedah tanpa menggunakan
peralatan yang canggih. Oleh itu kajian lalu yang dilakukan hanya
menggunakan alat perakam dan pita rakaman dengan signal bunyi
diulang dengar tanpa dapat diperlihatkan. Ini berbeza dengan
kaedah eksperimental. Eksperimental menggunakan kecanggihan
teknologi dengan perisian komputer Praat (terkini) manakala
sebelum perisian ini dicipta, peralatan lain yang digunakan pula
bersifat canggih semasa. Antara prosedur yang dilakukan dalam
eksperimental ialah manipulasi data, stilisasi, salinan (close-copy) dan
ujian persepsi. Perkara-perkara ini dibincangkan secara detail pada
bab 5, Fonetik Eksperimental.
Peringkat awal kajian yang berlangsung di Malaysia
menggunakan kaedah impresionistik yang dilakukan oleh Nik Safah
Karim (1965). Nik Safah Karim dalam tesis sarjananya yang bertajuk
Loghat Melayu Kelantan: Satu Cherakinan Kajibunyi Bahasa pada
tahun 1965 di Universiti Malaya menyentuh dua perkara, iaitu aspek
bunyi vokal, konsonan dan diftong serta bentuk suku kata, ciri-ciri
prosodi dan pola intonasi dalam dialek Kelantan. Ciri-ciri prosodi
yang dibincangkan dalam tesis ini adalah tekanan, nada dan
tempo panjang-pendek. Tumpuan ciri tekanan yang dibincangkan
adalah tekanan keras dan paling keras, tekanan lembut dan paling
lembut. Fitur nada pula dikaitkan dengan perasaan seperti marah,
suka, terperanjat dan sebagainya. Manakala tempo panjang pendek
dilihat pada bunyi vokal dan konsonan. Kesemua ciri ini dikatakan
tidak menjadi pembeza makna dasar sesuatu perkataan, tetapi
hanya berfungsi sebagai makna suasana sesuatu sebutan. Menurut
kajian beliau lagi, ketiga-tiga ciri ini dimiliki oleh dialek Kelantan.
Manakala aspek pola intonasi yang dirujuk sebagai lagu dalam tesis
ini, difokuskan kepada dua jenis, iaitu lagu akhir-menurun dan lagu
akhir-menaik yang masing-masingnya merujuk kepada corak suruhan
mashatta68@yahoo.com | 0109749867
28
Fonetik dan Fonologi
dan kenyataan serta corak soalan, permohonan, pertuturan tambahan
dan membilang. Dalam kajian ini Nik Safah Karim menggunakan
data daripada pengucapan beliau sendiri dengan pendapat bahawa
diri beliau sendiri mewakili loghat yang dikaji.
Keadaan yang sama dilakukan dalam latihan ilmiah Hashim
Musa (1971) Pengantar Chiri-chiri Sendi dan Intonasi serta Pengwujudan
Chiri-chiri itu di dalam Dialek Kelantan yang Dituturkan di Pasir
Mas. Seperti kajian Nik Safah Karim, kajian ini menggunakan
kaedah impresionistik. Peralatan yang digunakan bagi menganalisis
adalah pita rakaman dan alat perakam sahaja. Dapatan kajian ini
memperlihatkan bahawa pola intonasi mempunyai pelbagai kontur
yang boleh diaplikasikan kepada jenis ayat. Walau bagaimanapun
terdapat kecenderungan tertentu dalam pemilihan pola yang
digunakan. Dalam kajian ini juga Hashim Musa menyentuh aspek
makna emosi, walaupun pelabelan yang dilakukan agak sukar untuk
diabsahkan kerana tiada ujian persepsi yang dilakukan.
Farid Onn (1980) dalam tesisnya membincangkan aspek
sinkronik fonologi dan morfologi dialek Johor. Kajian beliau
mempunyai dua objektif. Pertama, beliau mencuba mendeskripsi
variasi fonologi dan morfologi terpilih yang ditemui dalam bahasa,
dan menjadikan pendeskripsian tersebut sebagai penerangan
kepada proses fonologi dan morfologi bahasa Melayu. Kedua, beliau
menghujahkan tentang perbezaan taraf antara peraturan yang wujud
dalam fonologi dan morfologi. Farid Onn menggunakan kerangka
kajian fonologi generatif yang dihasilkan oleh Chomsky dan Halle
(1965) seperti yang terdapat dalam buku Te Sound Pattern of English
(SPE).
Data yang digunakan oleh beliau adalah tuturan beliau
sendiri sebagai penutur asli bahasa Melayu. Di samping itu beliau
menggunakan data tambahan daripada kajian Zaharah Buang (1966)
Loghat Melayu Johor. Beliau juga mendapatkan data daripada
mashatta68@yahoo.com | 0109749867
29
Kajian Fonetik dan Fonologi
penutur asli dialek Johor untuk tempoh rakaman selama 30 jam, dan
diskusi dengan pelajar di Universiti IIlinois. Dalam aspek fonologi,
Farid Onn menyatakan bahawa terdapat fonem yang menjadi bentuk
dalaman dialek Johor. Menurut beliau terdapat 24 fonem yang
menjadi bentuk dalamnya, iaitu enam bunyi hentian, dua bunyi
afrikat, satu bunyi frikatif, dua bunyi likuida, empat bunyi nasal, tiga
bunyi geluncuran dan enam bunyi vokal. Selain itu menurut beliau
kesemua bunyi vokal dikatakan silabik manakala bunyi konsonan
termasuk bunyi geluncuran adalah sebaliknya. Secara ringkasnya
Farid dalam tesisnya ini telah mengemukakan satu rumus tentang
fonotaktik dialek Johor berdasarkan kerangka fonologi generatif.
Muhammad Yunus Maris (1980) dalam bukunya Te Malay
Sound System pula, membincangkan bunyi-bunyi dalam keluarga
vokal dan konsonan. Selain bunyi vokal yang umum, harmoni bunyi
vokal dan diftong turut dihuraikan. Dalam menghuraikan bunyi
konsonan dan vokal yang umum, beliau juga membincangkan bunyi
konsonan sekunder, iaitu bunyi konsonan pinjaman. Perbincangan ini
diteruskan dengan taburan bunyi-bunyi ini dalam binaan suku kata
bahasa Melayu. Muhammad Yunus Maris membincangkan dengan
agak terperinci cara bagaimana sesuatu bunyi-bunyi ini dihasilkan.
Walau bagaimanapun kandungan huraiannya tidak disokong dengan
grafk kedudukan alat artikulasi pada daerah artikulasi semasa lafaz
sesuatu bunyi dihasilkan. Sungguh pun begitu, setiap tajuk yang
dibincangkan disediakan latihan yang dapat membantu pelajar.
Buku Raja Mukhtaruddin Bin Raja Mohd. Dain (1985) yang
berjudul Ilmu Fonetik dengan Latihan, berlainan pula. Buku ini dimulai
dengan penjelasan tentang hubungan fonetik dengan linguistik, dan
huraian yang menerangkan kegunaan bidang ilmu ini. Selebihnya
adalah perkara yang sama seperti yang dibincangkan oleh Muhammad
Yunus Maris, iaitu huraian mengenai bunyi vokal, konsonan,
diftong dan diakhiri dengan latihan. Kelebihan buku ini adalah
mashatta68@yahoo.com | 0109749867
30
Fonetik dan Fonologi
grafk-grafk yang disediakan dapat memperlihatkan kedudukan alat
artikulasi dengan daerah artikulasi. Ini bersesuaian dengan objektif
penghasilan buku ini sebagai buku teks kursus yang diajarkan semasa
itu di Universiti Malaya. Pemaparan grafk-grafk ini membantu
pelajar mengenal pasti kedudukan alat artikulasi dan daerah artikulasi
semasa menghasilkan bunyi.
Sementara itu, Zaharani Ahmad (1988) dalam kajian yang
bertajuk Te Phonology and Morphology of the Perak Dialect berfokus
kepada dialek yang dituturkan di daerah Bota, Perak. Kajian beliau
adalah deskripsi sinkronik tentang fonologi dan morfologi dialek
Perak yang dituturkan di tebing sungai Perak di daerah Bota. Data
yang dianalisis oleh beliau terdiri daripada rakaman perbualan
spontan penutur asli selama enam jam secara tidak diselia. Dalam
kajian ini, Zaharani Ahmad menemui 24 fonem segmen yang terdiri
daripada 18 konsonan dan 6 vokal. Dalam kajian ini proses fonologi
dirumuskan dengan menggunakan kerangka standard fonologi
generatif. Huraian ini hampir sama seperti yang dilakukan oleh Farid
Onn (1980). Butir yang berbeza adalah data yang digunakan.
Asraf Abdul Wahab (1988) pula menulis satu buku kecil yang
diberi judul Intonasi dalam Hubungan dengan Sintaksis Bahasa Melayu.
Kandungan buku ini terdiri daripada kertas kerja yang ditulis dan
dibentangkan oleh beliau dalam Bengkel Intonasi Bahasa Melayu
pada tahun 1981. Antara perkara yang dihuraikan adalah fungsi
intonasi, tata tingkat nada dalam jenis ayat dan makna emosi.
Jika diteliti kandungan buku ini ternyata apa yang dibincangkan
dalam Tatabahasa Dewan (1986, 1993, Edisi Baharu), sebenarnya
telah memanfaatkan hasil pemikiran Asraf Abdul Wahab.
Walau bagaimanapun huraian Asraf Abdul Wahab ternyata lebih
komprehensif dalam buku kecilnya ini.
Teoh Boon Seong (1994) pula dalam bukunya Te Sound System
mashatta68@yahoo.com | 0109749867
31
Kajian Fonetik dan Fonologi
of Malay Revisited membincangkan tentang analisis fonologi bahasa
Melayu dalam kerangka generatif nonlinear. Dalam perbincangannya
Teoh Boon Seong menghuraikan rumus suku kata dan menyimpulkan
bahawa bahasa Melayu mempunyai struktur suku kata KV (K) yang
mendasarinya. Selain itu, disentuh juga limitasi penyebaran ulang
vokal, susunan vokal dan diftong dalam bahasa Melayu standard.
Bahasa Melayu dikatakan termasuk di bawah klasifkasi bahasa jenis
III, iaitu menurut klasifkasi Clements & Keyser (1983). Ciri yang
dinamakan KV(K) ini dikatakan mesti mempunyai onset.
Sementara itu, Nor Hashimah Jalaluddin (2000) menghuraikan
topik-topik tambahan kepada apa yang pernah dibincangkan oleh
sarjana-sarjana sebelumnya. Aspek tambahan yang dihuraikan itu
berkaitan dengan bunyi dan artikulasi, iaitu bunyi-bunyi bukan
pulmonik dan koartikulasi serta artikulasi sekunder. Selain itu, topik
fonetik akustik dan fonetik auditori juga dibincangkan. Walaupun
huraian untuk kedua-dua topik ini ringkas sahaja, namun gambaran
cakupan kedua-dua bidang ini diperkenalkan dan dihuraikan
dengan jelas. Kandungan buku ini juga memaparkan grafk-grafk
yang menunjukkan bagaimana bunyi-bunyi bahasa dihasilkan. Dapat
dikatakan kandungan huraian grafknya hampir sama seperti yang
terdapat dalam buku Raja Mukhtaruddin Bin Raja Mohd Dain.
Sementara itu, pengenalan topik fonetik akustik dan auditori dapat
dianggap sebagai permulaan kepada perkembangan era kajian fonetik
yang baru. Buku-buku sarjana tempatan sebelum Nor Hashimah
Jalaluddin tidak menghuraikan kedua-dua topik ini.
Paitoon M. Chaiyanara (2001) dengan bukunya yang
bertajuk Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu dapat dianggap
memperlengkapkan buku-buku fonetik atau fonologi yang sedia
ada. Kandungan buku ini ternyata membincangkan topik-topik
yang baru yang jika ada pun dibincangkan oleh sarjana tempatan
seperti Nor Hashimah, perbincangan dan penghuraian oleh Paitoon
mashatta68@yahoo.com | 0109749867
32
Fonetik dan Fonologi
lebih menyeluruh. Perbincangan petikan dalam bukunya ini berfokus
kepada fonetik artikulatori dan akustik.
Kajian akademik peringkat kedoktoran pula dilakukan oleh
Zuraidah Md. Don (1996). Beliau menggunakan korpus bahasa
Melayu, iaitu temu ramah dalam bidang penyiaran. Kajian Zuraidah
Md. Don membincangkan sistem giliran bercakap yang ditandai oleh
ciri-ciri dalam bidang prosodi seperti kelangsingan, kelantangan,
tempo dan jeda. Dapatan Zuraidah Md Don memperlihatkan bahawa
temu ramah dalam bidang penyiaran menggunakan penanda
prosodi bagi menandakan sama ada perbualan akan diteruskan atau
pemberian ruang bercakap kepada orang lain, permulaan topik baru
dan sebagainya. Sungguh pun begitu, perlu dijelaskan bahawa sebelum
kajian Zuraidah Md. Don, kajian yang tidak berfokus kepada
bahasa Melayu telah dilakukan, iaitu oleh Wong, E. Tesis Wong,
E hanya memuatkan satu bab sahaja daripada keseluruhan tesis
tersebut yang membincangkan fonologi bahasa Penampang Kadazan.
Kajian Zuraidah dan Wong, E merupakan penanda kepada kajian era
eksperimental di Malaysia.
Kajian selanjutnya dilakukan oleh Indirawati Zahid (2003)
untuk ijazah kedoktorannya, berjudul Kajian Intonasi Fonetik
Eksperimental: Realisasi Makna Emosi Filem Sembilu 1 dan 2. Kajian
ini menggunakan flem Sembilu I dan II sebagai korpus. Kajian ini
menghuraikan pola intonasi bahasa Melayu dan makna emosinya.
Ayat-ayat yang dianalisis dalam kajian ini adalah ayat penyata, ayat
tanya dan ayat perintah. Analisis yang dilakukan ini juga mengaitkan
pola intonasi dengan makna emosi dalam sesuatu ujaran. Dalam
kajiannya, Indirawati membezakan konsep ayat dan ujaran. Ayat dan
ujaran dikatakan sinonim pada aras yang tertentu tetapi berbeza
apabila input intonasi/prosodi menjadi ftur yang menggramatiskan
struktur ayat yang tidak gramatis. Kajian ini bersifat eksperimental
dengan menggunakan perisian komputer yang bernama Praat.
mashatta68@yahoo.com | 0109749867
33
Kajian Fonetik dan Fonologi
Malahan, kajian ini juga melakukan ujian persepsi bagi mendapatkan
pengabsahan dapatan, khususnya dari segi pelabelan makna emosi
dan stilisasi Praat tersebut. Dapatan kajian ini dapat membuktikan
bahawa penyataan dalam Tatabahasa Dewan bahawa pergerakan
tingkat nada untuk ayat penyata adalah 2423 itu, tidak dapat
diabsahkan oleh perisian Praat. Beliau juga membuktikan bahawa
terdapat lebih daripada satu pola intonasi yang boleh diaplikasikan
dalam sesuatu ujaran. Walau bagaimanapun, kecenderungan penutur
yang berkaitan dengan konteks dan makna emosi akan menentukan
pilihan pola yang digunakan untuk sesuatu situasi. Ringkasnya
bidang fonetik dan fonologi seperti yang dinyatakan dalam bab 1
memperlihatkan hubung kait yang sangat rapat. Oleh itu terdapat
sarjana yang melakukan kajian dengan melibatkan kedua-dua bidang
seperti kajian yang dilakukan oleh Nik Safah Karim (1965). Dari
sejumlah kajian dan buku fonetik dan fonologi yang ditulis, kandungan
yang per se menyentuh fonetik akustik yang membincangkan
intonasi/prosodi amat kurang. Kajian awal yang cuba membincang
dan menghuraikan aspek ini hanya dilakukan oleh Nik Safah Karim
dan Hashim Musa, iaitu ke atas dialek Kelantan. Manakala kajian per
se bahasa Melayu pula oleh Asraf. Dan apabila diteliti jurang masa
yang wujud, ternyata kaedah impresionistik dan eksperimental yang
berlangsung di Malaysia memperlihat julat yang besar.
2.3 Kajian Fonetik Akustik di Indonesia
Di Indonesia, senario kajian fonetik akustik yang menyentuh aspek
prosodi/intonasi adalah berbeza. Kajian fonetik akustik di Indonesia
bermula lebih awal dan kajian yang dilakukan lebih terkehadapan
dengan menggunakan kaedah yang lebih maju.
Amran Halim (1969) adalah pelopor bidang ilmu ini di Indonesia
dengan kajiannya mengenai intonasi. Kajian beliau mengenai intonasi
mashatta68@yahoo.com | 0109749867
34
Fonetik dan Fonologi
bahasa Indonesia dilakukan di Universiti Michigan, Amerika Syarikat
untuk ijazah doktor falsafah. Kajian beliau menjadi titik permulaan
kepada kajian yang selanjutnya di Indonesia. Kajian ini banyak
memberi pengaruh kepada kajian yang dilakukan oleh Hashim Musa
(1971) di Malaysia. Malah, kekuatan pengaruh kajian Amran Halim
ini menyebabkan lahirnya buku kecil oleh Asraf Abdul Wahab (1988)
dengan tajuk yang hampir sama dengan tajuk tesis Amran Halim.
Tesis Amran Halim kemudiannya diterbitkan dalam bahasa Inggeris
dan Melayunya, masing-masingnya bertajuk Intonation In Relation
To Syntax In Bahasa Indonesia dan Intonasi dalam Hubungannya dengan
Sintaksis Bahasa Indonesia.
Kajian ini adalah kajian pertama era eksperimental yang
menggunakan alat yang dinamakan Mingograph. Amran Halim telah
menggunakan data yang dikumpul menerusi dua orang penutur,
iaitu dirinya sendiri dan isterinya.
Beliau juga menggunakan orang Indonesia yang bukan dari
Sumatra Selatan sebagai informan sekunder. Informan sekunder
ini bertugas menyediakan konteks sosial bagi informan primer.
Fokus kajian beliau berkisar pada empat perkara dalam bahasa
Indonesia, iaitu (1) pola intonasi, (2) ciri-ciri khas prosodi yang
digunakan seperti tingkat tinggi nada, perubahan tinggi nada, jeda
dan sebagainya, (3) fungsi intonasi dan (4) hubungan pola intonasi
dengan ayat.
Kajian Amran Halim ini tidak mengaitkan pola intonasi dengan
makna emosi. Dalam kajian ini, beliau menemui beberapa perkara
berhubung dengan prosodi, iaitu tiada pola intonasi yang khusus
untuk sesuatu jenis ayat, ciri tekanan yang bersifat tonotemporal
yang dihubungkan dengan tinggi nada dan rentang waktu, kewujudan
pola intonasi yang pelbagai bentuknya dan hubungan yang wujud
antara subkomponen intonasi komponen fonologi dengan komponen
sintaktik.
mashatta68@yahoo.com | 0109749867
35
Kajian Fonetik dan Fonologi
Semasa Amran Halim menjadi Ketua Pusat Pengembangan
Bahasa dan Sastera Indonesia, beliau merencanakan dua orang
pengkaji Indonesia bagi mendalami bidang ilmu ini pada peringkat
kedoktoran. Semasa itu juga Pusat Pengembangan Bahasa dan Sastera
Indonesia ini juga memiliki mesin spektrograf. Dapat dikatakan,
kewujudan seorang pakar daripada bangsa sendiri di negara sendiri
adalah kelebihan yang sememangnya diakui bagi menentukan
perkembangan sesuatu bidang ilmu.
Kajian selepas Amran Halim adalah Samsuri (1971). Berbanding
dengan Amran Halim, kajian Samsuri menggunakan penutur bahasa
Indonesia daripada pelbagai daerah. Dalam kajiannya pola intonasi
ayat bahasa Indonesia dibahagikan kepada dua, iaitu pola intonasi
utama dan pola intonasi tambahan. Menurut beliau, pola intonasi
boleh menjadi pola intonasi utama tetapi dalam ayat kompleks
ia boleh menjadi gabungan kedua-dua pola, iaitu pola utama dan
tambahan.
Kajian selanjutnya dilakukan oleh Suparno (1971). Beliau
membuat kajian tentang strategi pemfokusan dengan menggunakan
struktur tema-rema. Objektif kajian beliau adalah mengungkapkan
ciri intonasi ayat yang berstruktur rema-tema, ciri konstituen tema
dan rema dan penghuraian strategi pengimbangan dalam struktur
tema-rema. Data yang digunakan adalah tuturan bahasa Indonesia
tidak rasmi masyarakat asli Kota Malang yang menguasai bahasa Jawa
dan bahasa Indonesia, dan tidak pernah bermastautin di tempat
lain. Kajian Suparno menemui pola kontur tema yang terbahagi
kepada dua, iaitu pola yang tidak memiliki makna kontras dan yang
memiliki pola kontras. Selain itu, ditemui juga pola kontur rema
yang berekor dan tak berekor dan sembilan penanda bahasa yang
mempunyai pengaruh ke atas pola intonasi.
Kajian selanjutnya dilakukan oleh Laksman (1991), dan beliau
membuat kajian tentang tekanan dalam bahasa Indonesia di sebuah
mashatta68@yahoo.com | 0109749867
36
Fonetik dan Fonologi
universiti di Perancis. Ini seterusnya diikuti oleh kajian Ebing, Ewald
(1997), sarjana Belanda yang membuat kajian peringkat kedoktoran
dengan tajuk Form and Function of Pitch Movements in Indonesian.
Dalam kajiannya, Ebing mencuba menemukan, (1) ciri utama intonasi
bahasa Indonesia yang dibincangkan dalam kajian yang lalu, (2)
menghasilkan model intonasi yang eksplisit dengan menggunakan
kaedah analysis-by-resynthesis, (3) mencari hubungan model
tersebut dengan penghuraian yang sedia ada dan hubungan elemen
tersebut dengan fungsi-fungsi intonasi seperti fokus maklumat dan
pemenggalan (segmentasi) tuturan. Data yang digunakan oleh
Ebing adalah tuturan orang Riau, Jawa dan Bali. Dapatan beliau
menunjukkan bahawa penutur bahasa Indonesia mempunyai toleransi
yang besar terhadap pola intonasi.
Seperti Tatabahasa Dewan di Malaysia, buku Tata Bahasa Indonesia
(1998) juga mengandungi bab mengenai intonasi bahasa Indonesia.
Kandungan bahagian ini adalah berdasarkan kajian Amran Halim.
Cara pelabelan menggunakan sistem angka 1, 2, 3 dan 4, seperti yang
terdapat dalam Tatabahasa Dewan, dinamakan sebagai titi nada.
Kajian-kajian yang dinyatakan sebelum ini kebanyakannya
melibatkan sarjana-sarjana tempatan Indonesia. Walau bagaimanapun
kajian yang melibatkan pengkaji Eropah banyak juga ditemui, seperti
Ebing, Ewald (1992, 1994, 1997), Cecilia Od (1994), van Zanten
(1994), dan Ebing, Ewald dan Vincent van Heuven (1997).
Walaupun semua kajian di atas adalah bertitik tolak daripada
Amran Halim, tidaklah bererti sebelum zaman itu intonasi tidak
pernah dibincangkan. Topik yang berkaitan dengan prosodi ini ada
dibincangkan seawal sebelum Indonesia merdeka, iaitu oleh Marsden,
W. (1812) dalam bukunya A Grammar of Te Malayan Language.
Intonasi dibincangkan juga oleh Adam dan Butler (1943), Khler
(1948), Alisjahbana, S. T. (1949), Verguin (1955), Armijn Pan
mashatta68@yahoo.com | 0109749867
37
Kajian Fonetik dan Fonologi
(1950) dan Fokker, A. A. (1960). Alisjahbana memberi fokus kepada
kajian tekanan kata dan topik, dalam perbincangan mengenai intonasi
yang disebutnya sebagai lagu kalimat. Dalam huraiannya beliau
membezakan pola intonasi kepada tiga dasar, iaitu berasaskan ayat
berita, tanya dan perintah. Sementara itu Armijn Pan (1950) pula
membuat huraiannya yang tidak banyak bezanya daripada Alisjahbana.
Sungguh pun begitu, kajian Armijn Pan memberikan impak yang
besar kepada kajian linguistik moden Indonesia. Armijn Pan dalam
perbincangannya menekankan pengaruh penutur daerah terhadap
prosodi Indonesia. Menerusi pandangan ini, ujian persepsi yang lebih
luas dilakukan terhadap orang Indonesia. Hal ini memperluas hasil
dapatan secara empirikal. Untuk mengukuhkan dapatannya, beliau
dan isterinya bertindak sebagai informan selain penutur bahasa
Jawa, Sunda dan Batak. Manakala untuk mengabsahkan persepsi
beliau, beliau menggunakan seorang ahli muzik bagi mendapatkan
tinggi nada lafaz.
A. A. Fokker (1960) pula dikatakan tidak membincangkan topik
ini secara khusus. Sebaliknya topik ini hanya dijadikan maklumat
tambahan yang disisipkan apabila membicarakan tentang ayat dalam
bahasa Indonesia. Maklumat yang dikatakan agak baru dalam
huraian beliau ialah keadaan sesuatu ayat yang dikatakan terikat
dengan situasi tertentu, yang anggota situasinya dipengaruhi oleh
penutur dan pendengar. Oleh kerana itu, menurut beliau lagu intonasi
memiliki domain yang lebih luas, iaitu wacana.
Umumnya apa yang berlaku di Malaysia sama seperti apa
yang berlaku di Indonesia. Buku-buku awal tidak secara spesifk
membincangkan intonasi/prosodi secara mendalam. Sarjana
awal membincangkan aspek ini berdasarkan pemerhatian yang
dilakukan dalam penggunaan bahasa seharian. Perbincangan yang
bersifat saintifk dan empirikal belum ada. Oleh itu, bagi keabsahan,
perbincangan masih terbuka sehingga hari ini.
mashatta68@yahoo.com | 0109749867
38
Fonetik dan Fonologi
Perkembangan bidang ilmu ini agak pesat di Indonesia
berbanding dengan apa yang berlaku di Malaysia. Faktor yang
memungkinkan Indonesia berada jauh di hadapan dalam bidang
ilmu ini adalah hubungan baik antara Indonesia dengan Belanda.
Hubungan ini memberikan banyak kelebihan kepada penyelidikan
yang dilakukan. Manfaat hubungan akrab ini membolehkan dana
diwujudkan untuk penyelidik Indonesia yang hendak membuat
penyelidikan dalam bidang ini. Dengan demikian kajian
eksperimental seperti yang dilakukan oleh sarjana fonetik Belanda
dapat dijalankan melalui dana daripada negara Belanda. Inilah yang
membolehkan Lilie Roosman, Sugiyono dan Rahyono menjalankan
penyelidikan pada peringkat ijazah kedoktoran. Kajian seumpama ini
juga dilakukan oleh penyelidik Indonesia secara bergabung dengan
kepakaran nasihat penyelidik Belanda. Malah seorang daripada
penyelidik Indonesia yang belajar di negara Belanda, iaitu Sugiyono
telah membantu memperkembang bidang ilmu fonetik ini dengan
mengadakan Simposium Penelitian Bahasa Indonesia Ragam Lisan,
di Pusat Bahasa dan Pengembangan Sastera, Jakarta, pada 6 7
November 2001. Simposium ini turut dihadiri oleh Amran Halim
sebagai pembentang utama. Pembentangan kertas kerja yang lain
juga melibatkan penyelidik-penyelidik yang menjalankan penyelidikan
melalui pembiayaan negara Belanda.
Sejak simposium tersebut, kajian ini terus berkembang sehingga
kini. Setiap tahun ada empat judul penyelidikan prosodi yang dibiayai.
Sugiyono yang pada masa ini bertugas di Pusat Pengembangan
Bahasa dan Sastra Indonesia, Departmen Pendidikan Nasional,
Indonesia terus membuat penyelidikan mengenai prosodi. Beliau juga
membuat fokus kajiannya tentang tekanan kata dan variasi alofon
vokal bahasa Indonesia yang dituturkan oleh sekitar kelompok etnik
yang ada di Indonesia. Manakala pada tahun 2005, Myrna Laksman,
Rahyono, dan Lilie Roosman melaksanakan penyelidikan tentang
mashatta68@yahoo.com | 0109749867
39
Kajian Fonetik dan Fonologi
prosodi bahasa Indonesia yang dituturkan oleh kelompok etnik
Lampung dan Jambi.
Sementara itu, kajian oleh penyelidik Eropah tetap berterusan
misalnya van Heuven & E. van Zanten (2007) yang menjadi editor
untuk penerbitan buku Prosody in Indonesian Languages, van Heuven
dan Vera Faust yang mengkaji dan menulis penyelidikan pada tahun
2009 tentang Are Indonesians Sensitive to Contrastive Accentuation
Below the Word Level?, dan yang terkini kajian peringkat sarjana oleh
Raechel Maskikit (2009), Te Intonation of Ambonese Malay. Dengan
kadar kekerapan penyelidikan yang tinggi dan bersifat semasa,
bidang ini kian berkembang di Indonesia dan hampir semuanya cuba
dikaji sama ada dari aspek bahasa Indonesia itu sendiri, dialek atau
bahasa-bahasa yang wujud di Indonesia.
2.4 Kajian Fonetik Akustik di
Malaysia
Di Malaysia pengajaran fonetik dan intonasi dijalankan dalam
setiap kursus bahasa Melayu di semua Jabatan Bahasa Melayu di
universiti-universiti dan maktab perguruan. Namun, pendekatan
yang digunakan adalah fonetik impresionistik. Tidak ada pembaruan
di dalam kandungan kursus ini. Di Universiti Kebangsaan Malaysia,
Zaharani Ahmad dan Nor Hashimah Jalauddin mula mengajarkan
fonetik eksperimental yang menggunakan ciri-ciri distingtif. Ini
adalah satu pembaruan yang banyak membawa kesan positif dalam
kajian fonetik. Namun, banyak lagi perkembangan perlu dilakukan
bagi meletakkan kajian fonetik menjadi satu bidang yang dapat
memberi manfaat kepada pengajaran dan perancangan bahasa Melayu.
Satu lagi pembaharuan ialah apabila Zuraidah Mohd. Don
membuat kajian tentang ciri-ciri prosodi dengan bantuan kepakaran
Universiti Kolej, London, untuk tesis doktor falsafahnya pada tahun
1996. Kepakaran beliau kemudiannya banyak memberi sumbangan
mashatta68@yahoo.com | 0109749867
40
Fonetik dan Fonologi
kepada penyelidikan yang membantu MIMOS menghasilkan fasih,
sebuah perisian komputer yang membolehkan komputer membaca
teks dalam bahasa Melayu. Manfaat perisian ini tidak boleh dinafkan,
umpamanya kepada pembaca yang buta.
Kegiatan penyelidikan fonetik eksperimental ini diteruskan
oleh Indirawati Zahid. Beliau dihantar ke Belanda bagi menjalankan
penyelidikan pendek di Makmal Fonetik, Universiti Leiden. Ini
membolehkan beliau mengajarkan ilmu fonetik eksperimental ini
di Jabatan Bahasa Melayu, Akademi Pengajian Melayu, Universiti
Malaya. Dengan latihan dan kepakaran beliau ini, pengajaran ilmu
fonetik eksperimental dapat diperkembangkan lagi.
Indirawati Zahid juga menyertai kumpulan penyelidik Indonesia
Belanda, dan berjaya mengusahakan dua Kuliah Tamu pada tahun
2002 dan 2003. Kuliah Tamu 1 diadakan pada 18 - 22 Januari 2002
dengan pemakalah fonetik eksperimental terdiri daripada Cecilia Od.
Dalam Kuliah Tamu 2 yang diadakan pada 25 Ogos 2003, Vincent
van Heuven menjadi pemakalahnya. Pemakalah untuk kedua-dua
Kuliah Tamu ini adalah penyelidik dan pensyarah bidang fonetik
eksperimental. Kehadiran kedua-dua pemakalah undangan ini dalam
menyampaikan ilmu fonetik eksperimental adalah satu pembaharuan
bagi kajian fonetik di Malaysia. Kuliah mereka banyak memberi
manfaat kepada perkembangan bidang ilmu fonetik di Malaysia.
Perkembangan ilmu fonetik eksperimental sebagai sebuah bidang
ilmu perlu dipertingkatkan demi pengajaran dan pembelajaran bahasa
Melayu supaya menjadi lebih profesional. Justeru, manfaat ilmu
fonetik dalam bidang komersial masih perlu ditinjau.
mashatta68@yahoo.com | 0109749867
41
Kajian Fonetik dan Fonologi
2.5 Ringkasan
Perkembangan kajian fonetik dan fonologi yang berlangsung di
Malaysia dan Indonesia adalah berbeza. Di Malaysia bidang ilmu
ini mula diajarkan di Institut Bahasa pada sekitar tahun 1950-an.
Dalam buku tatabahasa pula, bidang ilmu ini ada dibincangkan oleh
Zaba dalam bukunya Pelita Bahasa Melayu Penggal I. Sementara kajian
fonologi pula ada kalanya digandingkan dengan kajian morfologi
seperti yang dilakukan oleh Farid Onn (1980) dan Zaharani Ahmad
(1988). Perbincangan aspek fonologi dan diikuti dengan aspek
prosodi dijalankan oleh Nik Safah Karim (1965), Muhammad Yunus
Maris (1980) dan Wong, E. (1994). Sementara, yang benar-benar
membincangkan aspek prosodi pula ialah Hashim Musa (1971), Asraf
Abdul Wahab (1988), Zuraidah Md. Don (1996) dan Indirawati
Zahid (2003). Manakala buku yang mengkhusus kepada tajuk
fonetik ditulis oleh Raja Mukhtaruddin Bin Raja Mohd. Dain (1985)
dan Nor Hashimah Jalaluddin (2000). Buku Tatabahasa Dewan
(1986, 1993 Edisi Baharu) hanya memuatkan sedikit saja maklumat
tentang bidang prosodi.
Ini sangat berbeza dengan apa yang berlaku di Indonesia. Aspek
fonologi dan prosodi sudah dibincangkan sejak tahun 1812 dan
perkembangannya berterusan dengan pelbagai peringkat perbincangan
dan kajian sehinggalah Amran Halim (1969). Pada tahun 1990-an dan
2000-an dapat dikatakan kajian bercorak eksperimental menguasai
kajian dengan kaedah dan cakupan aspek prosodinya dipertingkatkan.
Kesemua ini sangat berkaitan dengan kepakaran yang dipinjamkan
dan dana penyelidikan yang diberi oleh pihak luar, khususnya
Belanda. Punca jurang perbezaan yang besar ini adalah kepakaran
dan kewangan semasa itu.
Walau bagaimanapun, pada hari ini kesemua kekangan ini
telah dapat diatasi hasil perkembangan teknologi maklumat dan
mashatta68@yahoo.com | 0109749867
42
Fonetik dan Fonologi
sokongan institusi pengajian tinggi. Dan jika pada suatu masa dulu
tenaga pakar agak kurang, pada alaf baru ini ada pengkaji-pengkaji
dalam bidang ini yang terus-terusan mendalami bidang fonetik.
Dan bidang ini sebenarnya sangat memberikan manfaat kepada
pelajar-pelajar bahasa selain mempunyai potensi untuk berkembang
luas sebagai bidang yang sangat menarik untuk diterokai.
2.6 Latihan
1. Huraikan corak perkembangan kajian fonetik dan fonologi
di Malaysia.
2. Bagaimanakah yang dikatakan sebagai kaedah kajian
impresionistik?
3. Bincangkan ciri-ciri kajian yang bersifat eksperimental.
4. Pada pandangan anda sejauh mana pemerhatian dan
huraian tentang bahasa yang dilakukan oleh sarjana awal
menyumbang kepada dapatan kajian semasa dan hari ini?
5. Namakan pengkaji-pengkaji Indonesia yang menggunakan
kaedah eksperimental.
6. Kemukakan alasan mengapa kajian di Indonesia jauh lebih
maju daripada di Malaysia?
7. Apakah tujuan Kuliah Tamu I dan II diadakan?
8. Mengapa dikatakan kajian oleh Hashim Musa dipengaruhi
oleh perkembangan kajian fonetik akustik yang berlaku di
Indonesia?
9. Kemukakan langkah susulan yang diambil hasil daripada
Simposium Penelitian Bahasa Indonesia Ragam Lisan pada
tahun 2001 di Jakarta?
mashatta68@yahoo.com | 0109749867
43
Kajian Fonetik dan Fonologi
10. Bincangkan perkembangan kajian fonetik akustik yang
berlangsung di Malaysia dan Indonesia. Kemukakan juga
maklumat semasa yang sesuai bagi menyokong perbincangan
ini.
11. Huraikan kekangan terhadap perkembangan kaedah
eksperimental?
12. Bincangkan mengapa bidang fonetik akustik ini lambat
berlaku di Malaysia.
13. Bincangkan langkah proaktif yang diambil oleh
Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya bagi
memperkembangkan bidang ilmu ini. Lakukan kajian
kepustakaan bagi menyokong hujah yang dikemukakan.
14. Bandingkan kandungan perbincangan aspek intonasi dalam
buku Tatabahasa Dewan (1986, 1993, Edisi Baharu) dengan
buku kecil Asraf yang bertajuk Intonasi dalam Hubungan
dengan Sintaksis Bahasa Melayu (1988).
15. Bandingkan penawaran kursus yang berkaitan dengan bidang
ini di Institusi Pengajian Tinggi Awam tempatan.
16. Huraikan pendapat Zaba yang membincangkan aspek
fonologi dalam bukunya Pelita Bahasa Penggal I.
17. Penghasilan buku-buku fonetik dan fonologi yang merujuk
kepada bahasa Melayu adalah kurang. Sejauh mana maklumat
daripada buku-buku yang ditulis oleh sarjana luar boleh
dimanfaatkan?
18. Kaedah pengajaran fonetik eksperimental telah menguasai
era masa kini. Sejauh manakah kaedah impresionistik boleh
diketepikan.
mashatta68@yahoo.com | 0109749867
44
Fonetik dan Fonologi
19. Buku kecil tulisan Asraf Abdul Wahab (1988) Intonasi
dalam Hubungan dengan Sintaksis Bahasa Melayu dikatakan
mendapat impak daripada kajian Amran Halim (1969).
Hujahkan penyataan ini.
20. Bincangkan perbezaan dan persamaan fokus kajian Hashim
Musa (1971), Amran Halim (1969), Wong, E dan Indirawati
Zahid (2003).
21. Hujahkan perlunya sebuah buku fonetik dan fonologi yang
menggunakan korpus dalam bahasa tempatan.
22. Huraikan potensi kajian fonetik dan fonologi ini dalam
menghasilkan perisian komputer yang berupaya membaca
teks seperti yang telah dilakukan oleh MIMOS.
mashatta68@yahoo.com | 0109749867
Alat Artikulasi
Bab 3
3.1 Tiga Jenis Alat Artikulasi
Bagaimana bunyi dihasilkan? Setiap manusia yang sempurna
kejadiannya dilengkapi dengan alat-alat yang berfungsi menghasilkan
bunyi. Alat-alat yang berkaitan dengan penghasilan bunyi ini boleh
dipecahkan kepada tiga, iaitu (1) alat-alat bahagian dalam tubuh (2)
bahagian saluran vokal ( daerah artikulasi) dan (3) alat artikulasi.
Sementara itu, dalam buku-buku linguistik yang lain, konsep
organ pertuturan juga digunakan. Organ pertuturan lazimnya dirujuk
pada bahagian anggota badan dalam larinks dan saluran vokal yang
terlibat dalam penghasilan bunyi.
Dalam penghasilan sesuatu bunyi, keperluan yang penting ialah
mekanisme membentuk tekanan udara yang berbeza-beza pada posisi
mashatta68@yahoo.com | 0109749867
46
Fonetik dan Fonologi
ataupun lokasi yang sesuai di larinks dan saluran vokal. Penggunaan
tekanan berbeza ini mempunyai 3 tujuan:
1. Memacu getaran pembukaan dan penutupan alat seperti
pita suara.
2. Menghasilkan aliran udara yang boleh disalurkan ke
pembukaan rongga yang sempit untuk menghasilkan bunyi
frikatif.
3. Membentuk tekanan di bahagian sekatan saluran vokal
untuk menghasilkan bunyi letupan apabila sekatan
dilepaskan secara tiba-tiba.
Terdapat 4 komponen utama dalam mekanisme penghasilan bunyi
ini, iaitu:
1. Proses aliran udara
2. Proses fonotasi (phonation)
3. Proses oro-sengau (oro-nasal) dan
4. Proses artikulatori
Lihat rajah 3.1 bagi membolehkan kita mengenal pasti dan
memahami lokasi proses yang dinyatakan.
mashatta68@yahoo.com | 0109749867
47
Alat Artikulasi
Proses oro-sengau
Proses artikulatori
Proses fonotasi
Proses aliran
udara
Rajah 3.1 Empat Komponen Utama Dalam Mekanisme
Penghasilan Bunyi (berdasarkan Ladefoged, R: 2006)
Proses Aliran Udara ialah proses yang melibatkan semua cara
pengepaman udara keluar atau penyedutan udara masuk yang
fungsinya menyediakan tenaga untuk menghasilkan bunyi.
Proses Fonotasi ialah penamaan kepada aktiviti yang berlaku
pada pita suara dalam menghasilkan bunyi bersuara dan tidak
bersuara.
Proses Oro-Sengau ialah proses yang menentukan sama ada
berlakunya aliran udara keluar dari mulut misalnya dalam [v]
atau [f] atau dari hidung, [m] dan [n].
Proses Artikulatori ialah proses yang merujuk pada
pergerakan lidah dan bibir yang berinteraksi dengan bahagian
atas mulut dan farinks.
mashatta68@yahoo.com | 0109749867
48
Fonetik dan Fonologi
Setiap satu bunyi bahasa yang dihasilkan dapat dibezakan dengan 3
cara, iaitu (1) kelangsingan, (2) kelantangan, dan (3) kualiti.
3.2 Alat-Alat Bahagian dalam Tubuh
Bahagian dalam tubuh adalah bahagian yang memulakan sesuatu
gerakan udara, iaitu paru-paru dan larinks dengan laluan yang
dinamakan sebagai trakea.
Paru-paru adalah bahagian yang bertanggungjawab menyedut
udara dan mengepam udara keluar yang seterusnya menghasilkan
bunyi-bunyi bahasa. Kebanyakan bunyi yang dihasilkan adalah
proses daripada pengepaman keluar udara dari paru-paru .Kualiti
bunyi yang dihasilkan bergantung pada proses pengembangan dan
penguncupan paru-paru. Lazimnya, apabila kita bercakap, udara yang
disedut masuk ke dalam paru-paru tidaklah sama banyak seperti
semasa kita bernafas biasa. Dengan bantuan paru-paru tekanan
udara yang berbeza-beza dihasilkan. Bunyi yang dihasilkan dengan
cara ini dinamakan pulmonik. Dan oleh kerana pengeluaran udara
lebih banyak berlaku berbanding penyedutan udara masuk, bunyi
yang terhasil dinamakan agresif.
Larinks pula adalah bahagian pipa mengandungi tisu
yang dinamakan pita suara. Ini adalah alat yang terlibat dalam
menghasilkan semua bunyi. Pada gender lelaki, bahagian ini dapat
dilihat dengan jelas, iaitu halkum.
Pita Suara terdiri daripada dua keping tisu nipis yang dapat
dirapatkan menjadi tertutup dan direnggangkan menjadi terbuka
luas. Apabila pita suara ini dibiarkan terbuka luas, udara akan keluar
dengan cepat. Apabila pita suara ini dirapatkan, saluran udara
menyempit. Ini menyebabkan udara yang keluar menghasilkan bunyi
seperti apabila kita melafazkan bunyi awal kata habis dalam bahasa
Melayu. Manakala apabila dirapatkan hingga tertutup, iaitu sehingga
mashatta68@yahoo.com | 0109749867
49
Alat Artikulasi
tisu pita suara ini menyentuh satu sama lain, maka udara yang
melaluinya menyebabkan ia bergetar. Pita suara yang bergetar inilah
yang menghasilkan bunyi yang dinamakan bersuara. Tinggi rendah
kelangsingan bergantung pada bagaimana pita suara ini diubah suai.
Pita suara diekploitasi dengan pelbagai cara untuk menghasilkan
bunyi. Proses ini dinamakan proses fonotasi. Jenis fonotasi yang
penting ialah bersuara yang dihasilkan apabila pita suara bergetar.
Ruang antara pita-pita suara ini dinamakan glotis. Di kawasan inilah
terhasilnya bunyi hentian glotis.
Kotak Suara, pita suara terletak di dalam kotak suara ini.
Kotak suara ini terdiri daripada beberapa keping tulang rawan pada
bahagian luarnya. Bahagian ini dikenali sebagai halkum. Fungsi kotak
suara boleh dipecahkan kepada dua, iaitu fungsi biologinya dan fungsi
bahasa. Fungsi biologinya adalah bagi melindungi paru-paru dengan
menahan butir-butir makanan dan juga cecair daripada memasuki
trakea. Sementara fungsi bahasa mengikut kedudukan posisinya yang
diubah suai.
Trakea adalah saluran udara antara larinks dan paru-paru. Alat
seperti pipa ini membolehkan laluan udara dari rongga hidung dan
mulut masuk ke paru-paru dan keluar kembali. Udara yang keluar
dari paru-paru inilah dimanipulasi oleh alat dan daerah artikulasi
bagi menghasilkan bunyi.
3.3 Bahagian Saluran Vokal
Bahagian yang dibentuk oleh farinks, mulut dan rongga hidung
(nasal). Saluran ini bermula dari larinks ke atas sehingga ke arah
bibir. Ia terdiri daripada farinks dan mulut dengan tiub ke hidung,
iaitu rongga hidung. Tiub ini berfungsi sebagai resonan, melakukan
modifkasi pada bunyi yang dihasilkan di glotis. Sementara itu,
saluran vokal yang dimodifkasi bentuknya akan menyediakan
mashatta68@yahoo.com | 0109749867
50
Fonetik dan Fonologi
kemampuan menghasilkan bunyi yang pelbagai. Termasuk dalam
bahagian saluran vokal ini juga ialah lidah dan bibir yang digunakan
untuk menghasilkan bunyi yang dinamakan alat artikulasi.
Farinks ialah pipa yang membentuk kerongkong yang
menghubungkan larinks dengan bahagian atas rongga tekak, anak
tekak dan rongga hidung. Ringkasnya farinks ialah bahagian tiub
menegak dari larinks ke lelangit lembut (velum).
Mulut merupakan bahagian dalam saluran vokal yang paling
penting dengan kemampuan dimodifkasi bentuknya dengan
kebanyakan interaksi alat artikulasi berlaku di sini. Dari segi
struktur, bahagian atas mulut dibentuk oleh lelangit keras, lelangit
lembut dengan uvula terletak paling hujung. Sementara itu, bahagian
belakang gigi atas ialah batas gusi, gigi depan dan bibir atas. Bahagian
bawah pula merupakan bahagian yang aktif, terdiri daripada bibir
bawah dan lidah. Zon di belakang hujung lidah dinamakan daun,
sementara gandingan hujung dan daun lidah dinamakan crown.
Manakala bahagian lidah yang bertentangan dengan lelangit keras
ialah depan, sementara bahagian yang bertentangan dengan lelangit
lembut ialah belakang lidah. Gandingan bahagian depan dan belakang
lidah dinamakan dorsum. Lihat rajah 3.2 yang memaparkan bahagian
dalam saluran vokal.
mashatta68@yahoo.com | 0109749867
51
Alat Artikulasi
Rajah 3.2 Saluran Vokal (berdasarkan Gussenhoven, C, dan Jacobs.
Ho, : 2005)
Rongga Hidung
Merupakan kawasan yang bermula selepas rongga tekak hingga ke
hidung. Lelangit lembut atau velum ialah injap yang menutup laluan
masuk ke rongga hidung apabila dinaikkan ke atas dan membuka
laluan apabila ia diturunkan seperti semasa proses bernafas. Di
hujung lelangit lembut terdapat seketul daging kecil yang dinamakan
uvula atau anak tekak yang dapat dilihat apabila seseorang pentur
mengartikulasikan [a:].
Bahagian saluran vokal ini merupakan daerah artikulasi.
Daerah artikulasi ialah kawasan tempat sentuhan alat artikulasi
semasa menghasilkan sesuatu bunyi. Pelbagai bunyi bahasa dapat
mashatta68@yahoo.com | 0109749867
52
Fonetik dan Fonologi
dihasilkan apabila daerah artikulasi dan alat artikulasi dimanipulasi.
Alat artikulasi yang sama menghasilkan bunyi bahasa yang berbeza
apabila menyentuh daerah artikulasi yang berlainan.
3.4 Bahagian Saluran Vokal Tanpa Fungsi Bahasa
Terdapat 2 bahagian dalam saluran vokal yang tidak mempunyai
fungsi menghasilkan bunyi bahasa, iaitu epiglotis dan esofagus.
Epiglotis ialah tisu yang terletak di belakang lidah dan di
depan pintu masuk ke larinks. Semasa makan atau minum,
epiglotis berfungsi sebagai penutup kepada masuknya makanan
dan minuman ke trakea. Epiglotis tidak mempunyai fungsi
menghasilkan bunyi. Ia hanya berfungsi memberikan laluan
kepada udara melalui larinks dan semua sistem pernafasan yang
lain.
Esofagus pula ialah saluran yang membawa makanan dari mulut
ke usus.
3.5 Alat Artikulasi
Alat artikulasi adalah alat yang digunakan bagi menghasilkan
bunyi. Alat-alat ini adalah bibir atas dan bawah, lidah (dan
bahagian-bahagiannya) gusi, batas gusi, lelangit keras, lelangit lembut
dan pita suara. Alat artikulasi aktif adalah alat yang boleh digerakkan
manakala yang pasif pula adalah sebaliknya. Alat artikulasi dapat
dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu bahagian atas dan bawah.
Bahagian bawah alat artikulasi yang terdapat dalam saluran vokal
adalah bahagian yang paling banyak digerakkan ataupun aktif dalam
menghasilkan bunyi dengan alat artikulasi ini digerakkan ke arah
lokasi tertentu pada bahagian atas untuk menghasilkan bunyi-bunyi
mashatta68@yahoo.com | 0109749867
53
Alat Artikulasi
yang tertentu. Lihat rajah 3.3 yang berikut yang menunjukkan
nama-nama bahagian atas saluran vokal dan rajah 3.4 bagi
nama-nama bahagian bawah saluran vokal.
Rajah 3.3 Bahagian Atas Saluran Vokal
Bahagian atas saluran vokal dibentuk oleh bibir atas, diikuti oleh gigi
atas yang pada bahagian belakangnya dinamakan batas gusi. Bahagian
atas mulut yang dapat dirasakan struktur tulang dinamakan lelangit
keras sementara di bahagian belakangnya pula dinamakan lelangit
lembut.
mashatta68@yahoo.com | 0109749867
54
Fonetik dan Fonologi
Rajah 3.4 Bahagian Bawah Saluran Vokal
Bahagian bawah saluran vokal merupakan bahagian alat artikulasi
yang aktif. Bahagian hujung dan daun lidah merupakan bahagian
yang paling aktif. Di belakang daun lidah dinamakan depan dan
posisinya terletak di bawah lelangit keras apabila lidah berada
dalam keadaan rehat. Sementara bahagian tengah lidah terletak
sebahagiannya di bawah lelangit keras dan lelangit lembut. Bahagian
belakang pula terletak di bawah lelangit lembut manakala akar lidah
terletak bertentangan dengan dinding belakang farinks. Epiglotis
terletak pada bahagian bawah akar lidah.
Ringkasnya alat artikulasi aktif adalah lidah, bibir, lelangit
lembut dan gigi bawah.
Lidah adalah alat yang paling aktif dalam menghasilkan bunyi
bahasa. Lidah terbahagi kepada beberapa bahagian, iaitu hujung,
daun, depan, belakang dan akar. Hujung lidah boleh digerakkan
mashatta68@yahoo.com | 0109749867
55
Alat Artikulasi
ke depan dan ke belakang bagi menghasilkan bunyi. Depan
lidah pula boleh diangkat ke atas menyentuh lelangit keras, dan
belakang lidah boleh diangkat menyentuh lelangit lembut.
Bibir, kedua-dua bibir boleh digerakkan menyentuh antara satu
sama lain, atau bibir atas menyentuh gigi bawah dan sebaliknya
bagi menghasilkan bunyi.
Gigi, gigi bawah boleh digerakkan ke atas bagi menyentuh bibir
atas.
Lelangit Lembut, boleh digerakkan ke bawah bagi menyentuh
belakang lidah dan ini dapat menghasilkan bunyi sengau.
Sementara itu alat artikulasi pasif adalah gigi atas dan lelangit
keras.
Gigi atas, tidak boleh digerakkan. Oleh sebab itu ia
dipanggil alat pasif, yakni alat artikulasi yang lain pula yang
menyentuhnya.
Lelangit keras juga merupakan alat artikulasi pasif. Ia boleh
disentuh oleh alat artikulasi lain misalnya depan lidah.
3.6 Pelabelan Bunyi Bahasa
Pelabelan bunyi-bunyi bahasa adalah berdasarkan pada cara dan
daerah bunyi yang terlibat semasa sesuatu bunyi dihasilkan. Sebagai
contoh, jika hujung lidah menyentuh bahagian belakang gusi dan
lelangit lembut pula menyentuh rongga tekak, maka bunyi yang
dihasilkan adalah bunyi [t]. Bunyi ini dilabelkan sebagai letupan gusi
tak bersuara kerana udara yang tersekat di belakang lidah dilepaskan
secara serta merta dengan tidak menggetarkan pita suara. Dalam
hal ini pita suara menentukan sama ada bunyi yang dihasilkan itu
diklasifkasikan sebagai bersuara atau sebaliknya. Jikalau pita suara
bergetar maka bunyi yang dirujuk itu dikatakan bersuara sebaliknya
mashatta68@yahoo.com | 0109749867
56
Fonetik dan Fonologi
pula jika tidak bergetar maka bunyi yang dihasilkan itu dinamakan
sebagai tidak bersuara.
Ujian boleh dilakukan bagi menentukan sesuatu bunyi itu
bersuara atau pun tidak dengan meletakkan jari pada halkum atau
larinks. Apabila pada masa menghasilkan sesuatu bunyi itu terasa
getaran yang berlaku, maka bunyi tersebut diklasifkasikan sebagai
bunyi bersuara. Selain itu, cara lain yang boleh dilakukan ialah
meletakkan jari ke dalam telinga. Kemudian lafazkan bunyi bersuara,
maka yang akan kedengaran nanti adalah bunyi berdesir, atau dalam
bahasa Inggerisnya dikatakan hissing dan buzzing. Ini menunjukkan
bahawa pita suara sedang bergetar.
Kesemua alat artikulasi yang dinyatakan sebelum ini berfungsi
bagi menghasilkan bunyi vokal, konsonan dan diftong yang
dilabelkan mengikut cara dan daerah artikulasi yang terlibat. Untuk
memudahkan pemahaman, rujuk jadual Te International Phonetic
Alphabet yang dipaparkan pada bahagian akhir bab ini. Pada jadual
IPA ini, jadual pada paksi mendatar merujuk pada daerah artikulasi
manakala paksi menegak merujuk kepada cara bagaimana bunyi
dihasilkan. Sementara itu bagi bunyi konsonan, keadaan pita suara
juga memainkan peranan yang penting kerana klasifkasi bersuara
dan tak bersuara akan diambil kira. Selain itu, ciri penting bunyi
konsonan adalah lafaznya yang berbeza-beza akibat sekatan yang
berlaku semasa melafazkannya. Pengklasifkasian seperti ini tidak
berlaku untuk bunyi vokal kerana kesemua bunyi vokal adalah
bersuara dan tiada sekatan pengaliran udara berlaku semasa lafaz.
mashatta68@yahoo.com | 0109749867
57
Alat Artikulasi
3.7 Ringkasan
Dalam proses penghasilan bunyi bahasa terdapat 3 jenis alat
artikulasi yang digunakan, iaitu alat-alat bahagian dalam tubuh,
bahagian saluran vokal (daerah artikulasi) dan alat artikulasi.
Ketiga-tiga jenis alat ini saling melengkapi antara satu sama lain
dalam menghasilkan sesuatu bunyi bahasa. Fungsi alat-alat bahagian
dalam tubuh ialah memastikan pembentukan tekanan udara yang
berbeza-beza pada posisi larinks dan saluran vokal. Sementara itu
4 komponen utama dalam penghasilan bunyi ialah proses aliran
udara, proses fonotasi, proses oro-sengau dan proses artikulatori.
Keempat-empat proses ini memberikan sifat pada bunyi bahasa yang
dihasilkan. Alat artikulasi pula dapat dibahagikan kepada 2, iaitu
artikulator aktif dan artikulator pasif. Artikulator aktif ialah alat
yang boleh digerakkan bagi menyentuh daerah artikulasi tertentu
dalam menghasilkan bunyi-bunyi bahasa. Perbezaan alat, daerah dan
cara artikulasi menghasilkan bunyi bahasa yang berbeza antara satu
sama lain. Dan ahli fonetik yang berperanan dalam proses pelabelan
bunyi bahasa memerhatikan setiap daerah dan cara artikulasi dalam
menghasilkan bunyi-bunyi bahasa semasa melabelkan bunyi-bunyi
bahasa ini seperti mana yang dapat dilihat dalam jadual Te
International Phonetic Alphabet (IPA).
mashatta68@yahoo.com | 0109749867
58
Fonetik dan Fonologi
3. 8 Latihan
1. Labelkan grafk di bawah yang menunjukkan saluran vokal
manusia (a) rongga mulut (b) rongga hidung (c) batas gusi
(d) lelangit keras (e) lelangit lembut (f) uvula (g) crown (h)
daun lidah (i) bibir dan (j) farinks.
2. Jelaskan apa yang dirujuk sebagai organ pertuturan?
3. Bincangkan fungsi saluran vokal mulut dalam penghasilan
bunyi.
4. Nyatakan cara bagaimana sesuatu bunyi bahasa yang terhasil
dibezakan.
5. Berikan nama dan labelkan bahagian yang bertanda dan
bincangkan fungsinya.
mashatta68@yahoo.com | 0109749867
59
Alat Artikulasi
6. Bincangkan apakah 4 komponen utama mekanisme
penghasilan bunyi.
7. Apakah yang dimaksudkan dengan alat artikulasi aktif?
Namakan alat-alat ini.
8. Terangkan perbezaan antara bunyi pulmonik dan agresif.
9. Apakah yang membezakan antara bunyi bersuara dengan
tidak bersuara.
10. Bincangkan bagaimana pelabelan bunyi bahasa dilakukan.
mashatta68@yahoo.com | 0109749867
60
Fonetik dan Fonologi
mashatta68@yahoo.com | 0109749867
61
Alat Artikulasi
mashatta68@yahoo.com | 0109749867
mashatta68@yahoo.com | 0109749867
Bunyi Bahasa
Bab 4
4. 1 Bunyi Bahasa dan Bukan Bahasa
Dalam berkomunikasi manusia menghasilkan bunyi-bunyi bahasa.
Bunyi-bunyi bahasa ini adalah bunyi-bunyi yang dipersetujui
oleh masyarakat penuturnya sebagai sesuatu yang bermakna.
Bunyi-bunyi ini terlafaz dalam bentuk deretan bunyi-bunyi yang
tertentu. Selain itu, bunyi-bunyi bahasa ini diwakili dengan
lambang-lambang yang ditentukan. Di samping bunyi-bunyi bahasa,
manusia juga menghasilkan bunyi-bunyi bukan bahasa seperti batuk,
berdeham, bunyi klik bibir gusi. Bunyi-bunyi ini tidak mempunyai
sebarang lambang bagi mewakilinya tetapi kewujudannya
mempunyai makna. Kedua-dua bunyi yang dinyatakan ini dalam
bidang linguistik diistilahkan sebagai bunyi bahasa dan bunyi bukan
bahasa.
mashatta68@yahoo.com | 0109749867
64
Fonetik dan Fonologi
4.2 Bunyi Vokal
Bunyi vokal ialah bunyi yang dihasilkan dengan tidak melibatkan
sebarang sekatan pengaliran udara. Alat artikulasi yang berperanan
menghasilkan bunyi vokal tidak berada dalam posisi yang rapat
antara satu sama lain dan ini menyediakan laluan aliran udara
yang secara relatifnya tidak berlakunya sekatan. Bunyi vokal juga
adalah bunyi bersuara. Klasifkasi bunyi vokal ditentukan dengan
kedudukan ketinggian lidah dan bentuk bibir. Ini melibatkan rongga
mulut semasa melafazkannya. Bentuk bibir dan saiz rongga mulut
ini menentukan sama ada bunyi vokal yang dilafazkan itu dalam
keadaan terbuka, separuh terbuka, separuh sempit ataupun luas.
Kedudukan lidah juga penting. Kedudukan lidah semasa melafaz
dan pembukaan bibir menentukan sama ada bunyi vokal yang
dilafazkan tersebut adalah vokal depan, belakang atau tengah. Ini
bererti apabila depan lidah yang terlibat, maka bunyi yang dihasilkan
adalah vokal depan, apabila bahagian lidah yang terlibat adalah
belakang lidah, maka vokal yang dihasilkan adalah vokal belakang,
dan apabila bahagian lidah dalam keadaan bersahaja, iaitu terletak
di lantai rongga mulut dan berada dalam keadaan tegang maka
vokal yang dihasilkan dipanggil adalah vokal tengah. Dua parameter
asas dalam mengenal pasti bunyi vokal, ialah ketinggian pada paksi
menegak dan belakang- depan pada paksi mendatar. Ringkasnya
pelabelan nama vokal ini ditentukan oleh kedudukan lidah, iaitu
depan, belakang atau tengah. Bentuk bibir dan saiz rongga mulut pula
menentukan jenis vokal. Lihat rajah 4.1 yang memaparkan kedudukan
bunyi vokal primer dan tengah.
mashatta68@yahoo.com | 0109749867
65
Bunyi Bahasa
i
e
e
3
a
u
o
u
a
Rajah 4.1 Kedudukan Bunyi Vokal Primer dan Tengah
dalam Rongga Mulut
Bunyi vokal berbeza antara satu sama lain dalam kualiti bunyinya
yang ditentukan oleh saiz alat artikulasi, iaitu saluran dalam mulut
dengan bahagian atas mulut dan lidah yang boleh digerak-gerakkan.
Dengan kedudukan lidah sama ada diletakkan hampir dengan
bahagian atas mulut atas tidak akan mengubah saiz saluran dalam
mulut yang merupakan laluan udara yang akan menghasilkan
kualiti vokal yang berbeza yang juga merujuk pada vokal yang
berbeza. Penyebutan bunyi vokal melibatkan proses mengubah suai
saiz saluran rongga mulut yang dilakukan oleh lidah yang boleh
digerak-gerakkan menghampiri bahagian atas mulut.
mashatta68@yahoo.com | 0109749867
66
Fonetik dan Fonologi
Bagi memudahkan gambaran kedudukan bunyi-bunyi vokal ini,
diagram vokal kardinal boleh digunakan. Diagram vokal kardinal ini
diperkenalkan oleh Daniel Jones (1956).
Diagram ini merupakan diagram ciptaan yang dibina
dengan mengikut panduan artikulasi, iaitu bunyi vokal yang
dianggap sebagai ideal. Dengan menggunakan depan lidah tanpa
membundarkan bibir, empat bunyi vokal primer dihasilkan yang
disimbolkan parameternya, tinggi ke rendah, [i], [e], [
3
] dan [a].
Sementara apabila menggunakan belakang lidah, empat lagi bunyi
vokal primer dihasilkan, iaitu dengan parameter rendah ke tinggi,
bunyi vokal [
a
], [ ],[o] dan [u]. Bunyi vokal [ ],[o] dan [u] dihasilkan
dengan membundarkan bibir. Dan setiap satu bunyi vokal primer ini
dikodkan dengan secara numerikal, nombor 1 sehingga 8. Sementara
itu bunyi vokal sekunder dihasilkan melalui proses kebalikan yang
dilakukan dari proses menghasilkan bunyi vokal primer. Vokal
sekunder ini dilabelkan dengan nombor 9 sehingga 16. Penghasilan
bunyi vokal sekunder ini melibatkan proses membundarkan bibir
dari tinggi ke rendah, [y], [], [ e o ] dan [ E C ]. Manakala penghasilan
bunyi [
a
], keadaan bibir dibundarkan sama seperti apabila
menghasilkan bunyi cardinal 5, dan [
v
],[] dan [ ] bunyi yang
dihasilkan tanpa membundarkan bibir. Paparan rajah vokal kardinal
yang lengkap boleh dilihat dalam jadual Te International Phonetic
Alphabet (IPA) yang terdapat pada bahagian akhir bab 3.
Lihat diagram ini bagi mendapatkan gambaran kedudukan lidah
dan pembuka bibir dan rongga mulut.
mashatta68@yahoo.com | 0109749867
67
Bunyi Bahasa
Rajah 4.2 Rajah Vokal Kardinal
4.2.1 Vokal Depan
Vokal depan ialah bunyi [i], [e], [
3

] dan [a]. Alat artikulasi yang ter-
libat dalam menghasilkan bunyi ini ialah lidah dan saiz rongga mulut
dan bentuk bibir. Manakala daerah artikulasi yang terlibat ialah le-
langit keras.
1. Vokal depan sempit [i]
Vokal ini dihasilkan apabila bahagian hujung lidah diletakkan
pada titik yang paling tinggi di bahagian depan mulut. Lelangit
lembut pula diangkat rapat kepada belakang tekak dan menutup
rongga hidung. Udara keluar melalui rongga mulut sambil
menggetarkan pita suara. Semasa lafaz bunyi ini bibir berada
dalam keadaan terhampar. Kedudukan lidah ini berada pada
kedudukan yang paling tinggi dalam rongga mulut.
Contoh penggunaan vokal [i]:
[ ikan ] (ikan)
[ bila ] (bila)
[ hati ] (hati)
mashatta68@yahoo.com | 0109749867
68
Fonetik dan Fonologi
Lihat rajah berikut:
Rajah 4.3: Vokal depan sempit [i]
2. Vokal separuh sempit [e]
Vokal ini dihasilkan dengan bahagian depan lidah agak ke bawah
sedikit, iaitu sepertiga daripada tinggi lidah semasa melafazkan
bunyi [i]. Lelangit lembut pula diangkat rapat kepada belakang
tekak dan menutup rongga hidung. Udara keluar melalui rongga
mulut sambil menggetarkan pita suara. Semasa lafaz bunyi
ini bibir berada dalam keadaan terhampar. Pembukaan bibir
semasa melafazkan bunyi ini agak sederhana. Lihat grafk di
bawah:
Contoh penggunaan vokal [e]:
[ hemah ] (hemah)
[ pesta ] (pesta)
[ sate ] (sate)
mashatta68@yahoo.com | 0109749867
69
Bunyi Bahasa
Lihat rajah berikut:
Rajah 4.4: Vokal separuh sempit [e]
3. Vokal depan separuh luas [
3
]
Vokal ini dihasilkan dengan depan lidah diturunkan dua
pertiga dari kedudukan semasa melafazkan bunyi [e]. Lelangit
lembut pula diangkat rapat kepada belakang tekak dan
menutup rongga hidung. Udara keluar melalui rongga mulut
sambil menggetarkan pita suara. Semasa lafaz bunyi ini bibir
berada dalam keadaan terhampar. Lihat rajah berikut:
Contoh penggunaan vokal [
3
]
[ lo ] (elok dalam dialek Kedah)
[ot ] (membuat sedikit demi sedikit dalam dialek Kedah)
[mod
3
] (modal dalam dialek Kedah)
mashatta68@yahoo.com | 0109749867
70
Fonetik dan Fonologi
Rajah 4.5: Vokal depan separuh luas [
3
]
4. Vokal depan luas [c]
Vokal ini dihasilkan dengan depan lidah diturunkan ke titik
yang paling bawah dalam rongga mulut. Puncak dari depan lidah
tertarik ke belakang sedikit. Lelangit lembut pula diangkat rapat
kepada belakang tekak dan menutup rongga hidung. Udara keluar
melalui rongga mulut sambil menggetarkan pita suara. Semasa
lafaz bunyi ini bibir berada dalam keadaan terhampar. Lihat
contoh dan rajah berikut:
Contoh penggunaan vokal [a]
[ aku ] (aku)
[ hati ] (hati)
[ bila ] (bila)
mashatta68@yahoo.com | 0109749867
71
Bunyi Bahasa
Rajah 4.6: Vokal depan luas [a]
4.2.2 Vokal Belakang
Bunyi vokal belakang adalah [u], [o], [ ] dan [
a
]. Alat artikulasi
yang terlibat semasa menghasilkan bunyi ini ialah lidah dan lelangit
lembut. Rongga mulut dan saiz bukaan mulut menentukan kadar
bukaan luas. Daerah artikulasi yang terlibat adalah lelangit keras.
1. Vokal belakang sempit [u]
Vokal ini dihasilkan dengan menaikkan belakang lidah
setinggi yang mungkin seperti merapati lelangit keras. Walau
bagaimanapun tiada sekatan aliran udara berlaku. Lelangit
lembut pula diangkat rapat kepada belakang tekak dan menutup
rongga hidung. Udara keluar melalui rongga mulut sambil
menggetarkan pita suara. Semasa lafaz bunyi ini bibir berada
dalam keadaan bundar. Lihat contoh dan rajah berikut:
Contoh penggunaan vokal [u]
[ ulam ] (ulam)
[ suka ] (suka)
[ batu ] (batu)
mashatta68@yahoo.com | 0109749867
72
Fonetik dan Fonologi
Rajah 4.7: Vokal belakang sempit [u]
2. Vokal belakang separuh sempit [o]
Vokal ini dihasilkan dengan belakang lidah diturunkan sedikit
daripada titik yang paling tinggi semasa melafazkan bunyi [u].
Lelangit lembut pula diangkat rapat kepada belakang tekak dan
menutup rongga hidung. Udara keluar melalui rongga mulut
sambil menggetarkan pita suara. Semasa lafaz bunyi ini bibir
berada dalam keadaan bundar. Lihat contoh dan rajah berikut:
Contoh penggunaan vokal [o]:
[ obor ] (obor)
[ mohon] (mohon)
[ soto ] (soto)
mashatta68@yahoo.com | 0109749867
73
Bunyi Bahasa
Rajah 4.8: Vokal belakang separuh sempit [o]
3. Vokal belakang separuh luas [ ]
Vokal ini dihasilkan dengan belakang lidah diturunkan lebih
rendah sedikit daripada semasa menghasilkan vokal separuh
sempit [o]. Lelangit lembut pula diangkat rapat kepada
belakang tekak dan menutup rongga hidung. Udara keluar melalui
rongga mulut sambil menggetarkan pita suara. Semasa lafaz
bunyi ini bibir berada dalam keadaan bundar. Lihat contoh dan
rajah berikut:
Contoh penggunaan vokal [ ]
[b rak] (berbohong, dialek Kedah)
[y ga] (yoga)
[tump ] (mati, dialek Bota Perak)
mashatta68@yahoo.com | 0109749867
74
Fonetik dan Fonologi
Rajah 4.9: Vokal belakang separuh luas [ ]
4. Vokal belakang luas [
a
]
Vokal ini dihasilkan dengan belakang lidah diletakkan di titik
paling bawah dan sejauh-jauhnya ke belakang terus- menerus.
Lelangit lembut pula diangkat rapat kepada belakang tekak dan
menutup rongga hidung. Udara keluar melalui rongga mulut
sambil menggetarkan pita suara. Semasa lafaz bunyi ini bibir
berada dalam keadaan bundar. Lihat rajah berikut:
Contoh penggunaan vokal [
a
]
[ gula ] (gulai, dialek Sungai Perak)
mashatta68@yahoo.com | 0109749867
75
Bunyi Bahasa
Rajah 4.10: Vokal belakang luas [ a]
Bahasa Melayu mempunyai enam bunyi vokal, iaitu [i], [e], [a],
[
e
], [u] dan [o]. Berikut adalah bentuk bukaan bibir apabila
melafazkan bunyi-bunyi vokal.
Rajah 4.11: Bentuk bukaan bibir
mashatta68@yahoo.com | 0109749867
76
Fonetik dan Fonologi
Dan secara ringkasnya kedudukan lidah apabila melafazkan kesemua
bunyi vokal. Lihat rajah berikut:
Rajah 4.12: Kedudukan lidah apabila melafazkan bunyi vokal
4.2.3 Vokal Tengah [
e
]
Vokal tengah dihasilkan dengan meletakkan lidah pada lantai rongga
mulut. Bibir terbuka, tetapi tidak luas. Udara melalui rongga mulut
menghasilkan bunyi vokal [ ].
Contoh penggunaan vokal [
e
]
[
e
rat] (erat)
[g
e
mar] (gemar)
[c
e
rah] (cerah)
mashatta68@yahoo.com | 0109749867
77
Bunyi Bahasa
Rajah 4:13: Vokal tengah [
e
]
4.3 Bunyi Diftong
Bunyi diftong adalah bunyi geluncuran. Bunyi ini dihasilkan dengan
geluncuran dua bunyi vokal, iaitu dari satu bunyi vokal yang
pertama menggeluncur ke bunyi vokal yang kedua. Ini bererti ada
dua bunyi vokal yang dibunyikan secara berturut-turut. Sungguh
pun begitu, lafaz bunyi vokal yang pertama lebih lantang berbanding
dengan bunyi vokal yang kedua. Keadaan ini berlaku kerana bunyi
yang dikeluarkan menggeluncur dari bunyi yang pertama kepada
bunyi yang kedua. Dalam keadaan begini kelantangan bunyi vokal
ini menjadi semakin lemah kelantangannya. Bunyi ini dilambangkan
dengan dua lambang vokal. Yang pertama menunjukkan keadaan
lidah semasa mula melafazkan bunyi vokal yang pertama.
Manakala vokal kedua menunjukkan keadaan lidah di akhir
sebutan. Bunyi diftong ini mempunyai satu puncak kelantangan.
Bahasa Melayu mempunyai tiga bunyi diftong, iaitu [ai],
[au]
dan [oi]. Diftong boleh membentuk suku kata seperti dalam kata
[tupai], [panau] dan [amboi]. Keadaan sebegini membezakan
mashatta68@yahoo.com | 0109749867
78
Fonetik dan Fonologi
diftong daripada deretan vokal, iaitu seperti dalam contoh perkataan
[ ] (mengenai)
1. Diftong [ai]
Bunyi ini dihasilkan dengan kedudukan lidah secara anggarannya
pada posisi semasa menghasilkan bunyi vokal depan [a] dan
secepatnya beralih kepada bunyi vokal depan tertutup [i]. Walau
bagaimanapun bahagian depan lidah yang dinaikkan ini tidak
sebenar-benar sampai kepada posisi seperti melafazkan bunyi [i].
Hujung lidah menyentuh gigi depan pada bahagian bawahnya.
Kedudukan lelangit lembut dinaikkan dengan pita suara
bergetar. Bentuk bibir dalam keadaan neutral dan pembukaan
rahang dalam keadaan antara sederhana dan luas. Contoh bunyi
diftong dalam bahasa Melayu seperti berikut:
[ pandai ] (pandai)
[ sampai ] (sampai)
[ tapai ] (tupai)
2. Diftong [au]
Bunyi ini dihasilkan dengan kedudukan lidah secara anggarannya
pada posisi seperti melafazkan bunyi [a] dan secepatnya beralih
kepada bunyi vokal belakang tertutup [u]. Walau bagaimanapun
bahagian belakang lidah ini tidak benar-benar menaik seperti
mana melafazkan bunyi [u]. Bentuk bibir pada mulanya tidak
dalam keadaan bundar tetapi apabila hampir kepada selesainya
lafaz bunyi ini bentuk bibir menjadi bundar. Hujung lidah
hampir-hampir menyentuh gigi depan bahagian bawah dan
pembukaan rahang antara sederhana dan luas. Contoh bunyi
diftong dalam bahasa Melayu adalah seperti berikut:
[ pulau ] (pulau)
m na+i
mashatta68@yahoo.com | 0109749867
79
Bunyi Bahasa
[kalau ] (kalau)
[pantau] (pantau)
3. Diftong [oi]
Bunyi ini dihasilkan dengan kedudukan lidah mula
menggeluncur pada posisi vokal belakang separuh tertutup
[o] dan secepatnya beralih kepada bunyi vokal depan tertutup
[i]. Walau bagaimanapun tidak sehingga sampai kepada
kedudukan tinggi lidah seperti melafazkan bunyi vokal [i].
Semasa melafazkan bunyi ini, bentuk bibir adalah bundar pada
geluncuran pertama tetapi menghampar semasa hampir selesai
melafazkannya. Pembukaan rahang semasa lafaz ini adalah
luas.
Contoh bunyi diftong dalam bahasa Melayu adalah seperti
berikut:
[ s poi] (sepoi)
[ kaloi ] (kaloi)
[ amboi ] (amboi)
4.4 Penyempitan Aliran Udara
Penyempitan aliran udara berlaku di beberapa tempat yang berbeza,
iaitu di farinks (rongga tekak), dorsal (bunyi belakang), koronal dan
labial.
4.4.1 Farinks
Akar lidah membentuk penyempitan aliran udara di belakang
dinding farinks dan menghasilkan bunyi frikatif farinks tak
mashatta68@yahoo.com | 0109749867
80
Fonetik dan Fonologi
bersuara, [aham] yang bermaksud daging dalam bahasa di Teluk
Arab. (Gussenhoven, C dan Jacobs, H. :2005)
4.4.2 Dorsal
Dorsum membentuk penyempitan aliran udara di belakang atas
mulut. Istilah lelangit lembut (velar) digunakan apabila ia melibatkan
lelangit lembut manakala istilah lelangit keras (palatal) digunakan
jika melibatkan lelangit keras, bunyi [c] dan [ ].
4.4.3 Koronal
Crown membentuk penyempitan aliran udara di gigi, batas gusi
atau bahagian depan lelangit keras, di belakang batas gusi. Apabila
crown membentuk penyempitan aliran udara di gigi atas, bunyi
dental akan dihasilkan, [], [ ]. Istilah alveolar digunakan apabila
crown membentuk penyempitan di batas gusi, postal-alveolar pula
jika penyempitan berlaku di pinggiran batas gusi. Selain itu, bunyi
prapalatal dihasilkan apabila hujung lidah diletakkan pada belakang
gigi bawah, dan bunyi retrofeks dihasilkan apabila daun lidah di
gulung ke belakang.
4.4.4 Labial
Bunyi ini terhasil apabila bibir menyentuh antara satu sama lain
misalnya dalam penghasilan bunyi [p, b] yang dinamakan sebagai
bilabial. Bunyi labio-dental pula dihasilkan apabila bibir bawah
membentuk penyempitan aliran udara di gigi atas.
4.5 Jenis Penyempitan
Terdapat dua jenis penyempitan.
mashatta68@yahoo.com | 0109749867
81
Bunyi Bahasa
1. Pembentukan penyempitan yang cukup ketat atau rapat
sehingga memadai untuk menghasilkan geseran, sama ada
bersuara atau tak bersuara apabila aliran udara melaluinya.
Bunyi ini dinamakan bunyi obstruen.
2. Pembentukan penyempitan yang cukup luas memadai
untuk aliran udara bersuara melaluinya tanpa menghasilkan
geseran. Bunyi ini dinamakan bunyi sonoran.
4.5.1 Bunyi Obstruen
Bunyi obstruen ialah bunyi yang terhasil akibat penyempitan yang
berlaku dalam saluran vokal sehingga menghasilkan bunyi geseran.
Bunyi obstruen dibahagikan kepada plosif yang juga dikenali sebagai
bunyi hentian, frikatif dan afrikat.
4.5.1.1 Bunyi Plosif
Bunyi yang terhasil apabila berlakunya penutupan rapat organ di
bahagian yang tertentu dalam saluran vokal yang menyebabkan
udara dari paru-paru dimampatkan sehinggalah organ yang ditutup
rapat itu terbuka dan udara dilepaskan dengan secara serta merta.
4.5.1.2 Bunyi Frikatif
Bunyi yang dihasilkan dengan penyempitan saluran vokal sehingga
aliran udara yang melaluinya kedengaran menghasilkan bunyi
geseran. Kadang kala bunyi ini diklasifkasikan secara fonetik dan
fonologi kepada 2 kumpulan, iaitu perbezaan dari aspek bising
dengan ftur [-/+ strident] atau [-/+ sibilant]. Contoh bunyi frikatif,
[s]. Fitur strident merujuk kepada bunyi yang kuat atau harsh,
manakala sibilant merujuk kepada bunyi yang dihasilkan dengan
kadar frekuensi yang tinggi.
mashatta68@yahoo.com | 0109749867
82
Fonetik dan Fonologi
4.5.1.3 Bunyi Afrikat
Bunyi yang dihasilkan dengan kombinasi plosif dan frikatif di daerah
artikulasi yang sama. Bunyi ini juga dikenali sebagai bunyi separuh
geseran. Ia merupakan bunyi konsonan yang dihasilkan dengan
melibatkan organ artikulasi yang ditutup rapat dan diikuti dengan
pelepasan udara yang tersekat secara perlahan-lahan sehingga
menghasilkan bunyi geseran, contohnya [t ] dalam kata bahasa
Inggeris charm [t a:m] dan [d
3
] dalam kata jade, [d
3
eId].
4.5.2 Bunyi Sonoran
Bunyi yang dihasilkan tanpa berlakunya geseran. Bunyi sonoran
dibahagikan kepada 2, iaitu bunyi nasal dan bunyi malaran
(approximant).
4.5.2.1 Bunyi Nasal
Bunyi nasal dihasilkan dengan apabila lelangit lembut direndahkan
dan rongga mulut disekat sepenuhnya.
4.5.2.2 Bunyi Malaran (Approximant)
Bunyi yang dihasilkan apabila alat artikulasi diangkat atau dinaikkan
menghampiri daerah artikulasi yang tertentu dengan aliran udara
yang lemah sehingga tiada geseran berlaku. Ia merupakan bunyi
konsonan yang dilafazkan secara berterusan dan tidak berlakunya
geseran. Bunyi malaran ini seperti yang terdapat dalam bahasa
Inggeris, prapalatal [j] dalam kata yes, [jes], malaran postalveolar [ ],
bunyi getaran (trill) dan bunyi sisian (lateral)
mashatta68@yahoo.com | 0109749867
83
Bunyi Bahasa
4.6 Bunyi Konsonan
Bunyi konsonan dihasilkan apabila berlakunya sekatan udara yang
mengalir dalam saluran suara. Ada empat perkara yang perlu
diambil kira, bagi mengklasifkasi bunyi konsonan, iaitu:
Adakah bunyi tersebut bersuara atau tak bersuara
Di mana lokasi pengeluaran bunyi yang menerima sekatan ter-
sebut
Cara sekatan yang berlaku kepada aliran udara
Cara menghasilkan bunyi tersebut
1. Bunyi bersuara dan tak bersuara
Penentuan kepada sifat bunyi ini ialah pita suara semasa
lafaz bunyi. Seandainya pita suara bergetar maka bunyi
yang dirujuk akan dikatakan sebagai bersuara, manakala jika
sebaliknya bunyi itu dinamakan sebagai tak bersuara.
2. Lokasi pengeluaran bunyi
Dalam menentukan lokasi pengeluaran bunyi, terlebih
dahulu perlu dikenal pasti secara rinci saluran suara dan alat
artikulasi yang terlibat. Jikalau semasa melafaz alat artikulasi
yang terlibat adalah bibir, maka penamaan akan diberikan
berdasarkan alat dan daerah tersebut, iaitu dua bibir atau
bilabial. Begitu juga jika daerah yang terlibat itu adalah batas
gusi dan lidah menyentuh bahagian ini, maka penamaannya
bunyi yang dihasilkan adalah gusi atau alveolar. Begitu juga
untuk bunyi-bunyi lain. Penamaan bergantung pada alat dan
daerah artikulasi yang terlibat.
mashatta68@yahoo.com | 0109749867
84
Fonetik dan Fonologi
3. Cara lafaz dan jenis sekatan
Dalam bahagian ini, perlu dihuraikan jenis sekatan yang
berlaku pada aliran udara. Bunyi letupan atau plosif dihasilkan
apabila berlaku sekatan kepada aliran udara daripada
terlepas keluar. Sekatan yang berlaku ini akan mengumpul
dan menahan udara yang kemudiannya dilepaskan secara
serta-merta. Dalam penghasilan bunyi sengau atau nasal, maka
penutupan rongga mulut berlaku sepenuhnya, tetapi udara
dibiarkan keluar melalui rongga hidung dengan kedudukan anak
tekak atau velum direndahkan. Beginilah kaedah kita mengenal
pasti jenis bunyi konsonan yang dihasilkan.
4. Mekanisme aliran udara
Dengan menghuraikan mekanisme aliran udara kita dapat secara
persisnya menghuraikan penghasilan sesuatu konsonan. Udara
yang mengalir keluar perlu dispesifkasi sama ada pulmonik,
glotis, velar ataupun egresif dan ingresif.
Aliran pulmonik berlaku apabila pergerakan udara keluar atau
masuk ke dalam paru-paru. Walau bagaimanapun aliran udara
masuk ke dalam ini agak jarang berlaku. Sering kali bunyi vokal dan
konsonan dihasilkan dengan cara sebegini. Aliran udara secara glotis
pula berlaku apabila udara bergerak ke dalam atau keluar dengan
merendahkan atau menaikkan larinks dalam tekak. Bunyi velar pula
terhasil melalui lelangit lembut yang tertutup seperti keadaan semasa
melafazkan bunyi [k] dan [g] dan lidah meluncur ke belakang
atau ke depan bagi menggerakkan udara ke dalam dan ke luar.
Apabila pergerakan udara berlaku keluar, pergerakan ini dinamakan
egresif manakala jika udara bergerak ke arah dalam, pergerakan ini
dinamakan ingresif.
Cara pelabelan sebegini penting dalam bidang fonetik bagi
membezakan setiap bunyi tanpa ketaksaan.
mashatta68@yahoo.com | 0109749867
85
Bunyi Bahasa
Seperti yang dibincangkan sebelum ini, bunyi konsonan
dihasilkan dengan berlakunya sekatan kepada aliran udara dengan
kadar yang tertentu. Sekatan aliran udara ini menghasilkan
jenis-jenis konsonan letupan (plosif), letusan (afrikat), sengau
(nasal), geseran (frikatif), getaran (trill), sisian (lateral), dan separuh
vokal (semi vowel).
4.6.1 Konsonan letupan
Terdapat tujuh bunyi konsonan letupan dalam bahasa Melayu.
Tiga daripadanya adalah bunyi bersuara, tiga bunyi lagi adalah
bunyi tak bersuara dan satu letupan glotis. Bunyi konsonan letupan
ini dihasilkan dengan menutup aliran udara melalui rongga hidung
dengan menaikkan lelangit lembut bagi menyekat rongga hidung.
Aliran udara tertahan dalam rongga mulut. Kesemua jenis bunyi ini
berlaku apabila alat artikulasi menyentuh titik-titik artikulasi yang
tertentu dalam mulut dan juga pada bibir. Pada masa yang sama
semasa berlakunya sentuhan pada titik artikulasi ini, udara dari
paru-paru terkumpul dan dilepaskan secara tiba-tiba menyebabkan
udara yang terlepas keluar itu menghasilkan letupan.
1. Konsonan letupan dua bibir [p] dan [b]
Letupan ini terhasil apabila bibir atas dan bawah dirapatkan
dan lelangit lembut merapat ke dinding belakang rongga tekak.
Keadaan ini menyebabkan udara dari paru-paru tertahan di
dalam rongga mulut dan saluran suara. Udara yang tertahan
ini kemudiannya dilepaskan dengan serta-merta. Apabila udara
tertahan yang dilepaskan itu keluar tanpa menggetarkan pita
suara maka bunyi yang dihasilkan itu adalah letupan bibir
tak bersuara [p]. Manakala apabila pelepasan udara tersebut
menggetarkan pita suara maka bunyi yang dihasilkan itu
adalah letupan bersuara [b]. Contoh bunyi konsonan ini dalam
bahasa Melayu adalah seperti berikut:
mashatta68@yahoo.com | 0109749867
86
Fonetik dan Fonologi
Letupan dua bibir tak bersuara [p],
[ lapan ] (lapan)
[ ttap] (tetap)
[papan] (papan)
Letupan dua bibir bersuara [b]
[ balik ] (balik)
[ lbat] (lebat)
[ kitab ] (kitab)
Lihat rajah berikut:
Rajah 4.14: Konsonan letupan dua bibir
2. Konsonan letupan gusi [t] dan [d]
Letupan ini dihasilkan apabila hujung lidah dirapatkan ke gusi
atas. Lelangit lembut dinaikkan rapat ke belakang rongga tekak.
Kedudukan lidah ini menyekat udara dari paru-paru. Dan
apabila udara yang tersekat tersebut dibebaskan serta-merta
maka bunyi yang terhasil itu ialah bunyi letupan gusi. Apabila
mashatta68@yahoo.com | 0109749867
87
Bunyi Bahasa
letupan gusi berlaku dengan tidak menggetarkan pita suara,
maka bunyi yang dihasilkan adalah letupan gusi tak bersuara [t].
Apabila letupan gusi itu dilakukan dengan getaran pita suara,
maka bunyi yang dihasilkan adalah letupan gusi bersuara [d].
Contoh bunyi konsonan ini dalam bahasa Melayu adalah seperti
berikut:
Letupan gusi tak bersuara [t]
[ tiga ] (tiga)
[ itu ] (itu)
[ pusat ] (pusat)
Letupan gusi bersuara [d]
[ dasar] (dasar)
[ ada ] (ada)
[ had ] (had)
Lihat rajah berikut:
Rajah 4.15: Konsonan letupan gusi
mashatta68@yahoo.com | 0109749867
88
Fonetik dan Fonologi
3. Konsonan letupan lelangit lembut [k] dan [g]
Letupan ini dihasilkan apabila bahagian belakang lidah dinaikkan
sehingga menyentuh lelangit lembut. Udara yang tertahan
kemudiannya dilepaskan dengan serta-merta. Apabila pelepasan
udara tersebut tidak menyebabkan pita suara bergetar maka
bunyi yang dihasilkan adalah letupan lelangit lembut tak bersuara
[k], dan sebaliknya apabila pita suara bergetar maka bunyi yang
dihasilkan adalah letupan lelangit lembut bersuara [g]. Contoh
bunyi konsonan ini dalam bahasa Melayu adalah seperti berikut:
Letupan lelangit lembut tak bersuara [k]
[ kambi ] (kambing)
[ paku ] (paku)
[kikir] (kikir)
Letupan lelangit lembut bersuara [g]
[ garam] (garam)
[ raga ] (raga)
[ beg ] (beg)
Lihat rajah seperti berikut:
mashatta68@yahoo.com | 0109749867
89
Bunyi Bahasa
Rajah 4.16: Konsonan letupan lelangit lembut
4. Konsonan letupan pita suara []
Letupan pita suara ini dihasilkan apabila pita suara dirapatkan,
dan keadaan ini menyebabkan aliran udara terkumpul dan
tertahan. Apabila secara serta-merta pita suara ini terbuka dan
membebaskan udara, bunyi yang dihasilkan itu dinamakan
letupan pita suara [

]. Oleh sebab bunyi ini berlaku pada pita


suara, bunyi ini tidak dapat dikatakan bunyi bersuara atau tak
bersuara. Contoh bunyi ini dalam bahasa Melayu adalah seperti
berikut:
Letupan pita suara [

]
[ buda

] (budak)
[ bale

] (balik)
[ kaka

] (kakak)
Lihat rajah berikut:
mashatta68@yahoo.com | 0109749867
90
Fonetik dan Fonologi
P
P
P
P
Rajah 4.17: Konsonan letupan pita suara
5. Konsonan letusan [c] dan [j]
Terdapat dua bunyi letusan dalam bahasa Melayu. Bunyi ini
dihasilkan dalam keadaan yang sama seperti bunyi letupan.
Yang membezakannya adalah bunyi ini dilepaskan secara
perlahan-lahan sehingga terdengar bunyi geluncuran. Dalam
keadaan ini, lelangit lembut dinaikkan dan pita suara bergetar
dan tidak bergetar bagi menghasilkan bunyi bersuara dan tak
bersuara. Konsonan letusan dalam bahasa Melayu adalah letusan
lelangit keras tak bersuara [c] dan letusan lelangit keras bersuara
[j]. Contoh bunyi-bunyi ini dalam bahasa Melayu adalah seperti
berikut:
Letusan tak bersuara [c]
[ cat ] (cat)
[ kaca ] (kaca)
[ koc ] (koc)
Letusan bersuara [j] [ jalan ] (jalan)
mashatta68@yahoo.com | 0109749867
91
Bunyi Bahasa
[ baju ] (baju)
[ garaj ] (garaj)
Lihat rajah berikut:
Rajah 4.18: Konsonan letusan
4.6.2 Konsonan sengau
Bunyi sengau dihasilkan apabila lelangit lembut diturunkan
bagi membolehkan udara keluar melalui rongga hidung. Dengan
menghubungkan alat artikulasi lidah pada titik artikulasi yang
tertentu di dalam mulut, bunyi sengau dihasilkan. Kesemua bunyi
sengau dalam bahasa Melayu dihasilkan dengan pita suara bergetar.
Semua bunyi sengau adalah bersuara. Ada empat bunyi konsonan
sengau dalam bahasa Melayu, iaitu [m], [n], [ ] dan [ ].
1. Sengau dua bibir bersuara [m]
Konsonan sengau dua bibir dihasilkan apabila bibir bawah
dirapatkan kepada bibir atas. Lelangit lembut dalam keadaan
mashatta68@yahoo.com | 0109749867
92
Fonetik dan Fonologi
biasa yang menyebabkan udara melalui rongga hidung. Semasa
melafazkan bunyi ini, pita suara digetarkan. Sengau dua bibir
bersuara [m].
[ makan ] (makan)
[ lama ] (lama)
[ alim ] (alim)
Lihat rajah berikut:
Rajah 4.19: Sengau dua bibir bersuara [m]
mashatta68@yahoo.com | 0109749867
93
Bunyi Bahasa
2. Sengau gusi bersuara [n]
Bunyi sengau gusi dihasilkan dengan hujung lidah dirapatkan
kepada gusi. Lelangit lembut dalam keadaan biasa yang
menyebabkan udara melalui rongga hidung. Semasa melafazkan
bunyi ini, pita suara digetarkan. Sengau gusi bersuara [n].
[ na d a ] ( na d a )
[ bina ] (bina)
[lapan ] (lapan)
Lihat rajah berikut:
Rajah 4.20: Sengau gusi bersuara [n]
3. Sengau lelangit keras gusi bersuara []
Konsonan sengau lelangit keras dihasilkan dengan depan lidah
dirapatkan kepada lelangit keras gusi. Lelangit lembut dalam
keadaan biasa yang menyebabkan udara melalui rongga hidung.
Semasa melafazkan bunyi ini, pita suara digetarkan.
mashatta68@yahoo.com | 0109749867
94
Fonetik dan Fonologi
Contoh:
[awa] (nyawa)
[

ata] (nyata)
[baa] (banyak)
Lihat rajah berikut:
Rajah 4.21: Sengau lelangit keras gusi bersuara [ ]
4. Sengau lelangit lembut bersuara [ ]
Konsonan sengau lelangit lembut dihasilkan dengan belakang
lidah diangkat dan dirapatkan kepada lelangit lembut. Lelangit
lembut dalam keadaan biasa yang menyebabkan udara melalui
rongga hidung. Semasa melafazkan bunyi ini, pita suara
digetarkan. Sengau lelangit lembut bersuara [ ].
[ aa] (nganga)
[ mala] (malang)
mashatta68@yahoo.com | 0109749867
95
Bunyi Bahasa
Lihat rajah berikut:
Rajah 4.22: Sengau lelangit lembut bersuara [ ]
4.6.3 Konsonan geseran
Terdapat sembilan bunyi geseran dalam bahasa Melayu, empat
bersuara dan empat lagi tak bersuara. Manakala satu bunyi lagi
adalah geseran pita suara yang tidak dapat dikatakan bersuara atau
tak bersuara, dan dilambangkan dengan [h].
1. Geseran gigi bibir [f] dan [v]
Bunyi geseran gigi bibir dihasilkan apabila gigi bawah dan
bibir atas dirapatkan tetapi tidak menghalang aliran udara
keluar. Laluan yang terbentuk merupakan laluan yang sempit.
Kesannya udara yang dikeluarkan dari paru-paru menyebabkan
geseran berlaku. Bunyi geseran tak bersuara adalah [f] dan yang
bersuara [v].
Geseran gigi bibir tak bersuara [f]:
[ fkir ] (fkir)
[ lafaz ] (lafaz)
[ma

af] (maaf)
mashatta68@yahoo.com | 0109749867
96
Fonetik dan Fonologi
Lihat rajah berikut:
Rajah 4.23: Geseran gigi bibir
2. Geseran gusi [s] dan [z]
Bunyi geseran gusi dihasilkan apabila hujung lidah dirapatkan
ke arah sempadan gusi lelangit keras. Keadaan ini juga tidak
menyekat aliran udara. Udara yang keluar dari paru-paru akan
menyebabkan geseran berlaku. Bunyi geseran tak bersuara
adalah [s] manakala yang bersuara adalah [z].
Geseran gusi tak bersuara [s] :
[ sah ] (sah)
[ kisah ] (kisah)
[ lipas ] (lipas)
Geseran gusi bersuara [z]
[ zaman ] (zaman)
[ baza ] (bazar)
[ hafz ] (hafz)
mashatta68@yahoo.com | 0109749867
97
Bunyi Bahasa
Lihat rajah berikut:
Rajah 4.24: Geseran gusi
3. Geseran lelangit keras [] dan []
Bunyi geseran lelangit keras dihasilkan dengan depan lidah
dinaikkan ke arah lelangit keras tetapi tidak rapat. Udara dari
paru-paru terdesak keluar dengan berlakunya geseran. Bunyi
geseran gusi lelangit keras tak bersuara adalah []. Bunyi []
adalah bunyi geseran lelangit keras bersuara.
Letusan lelangit keras tak bersuara[]
[ ubuh] (subuh)
[ aar ] (asar)
[ xa ] (khas)
Letusan lelangit keras bersuara []
[ ohor ] (dhohor)
[ hair ] (hadhir)
[ hai ] (haidh)
mashatta68@yahoo.com | 0109749867
98
Fonetik dan Fonologi
Lihat rajah berikut:
Rajah 4.25: Geseran lelangit keras
4. Geseran lelangit lembut [x] dan [ ]
Konsonan geseran lelangit lembut dihasilkan dengan
mengangkat belakang lidah rapat ke lelangit lembut. Udara yang
keluar dari paru-paru terdesak keluar melalui rongga mulut.
Ini menyebabkan geseran berlaku. Konsonan geseran lelangit
lembut tak bersuara ialah [x] dan konsonan geseran lelangit
lembut bersuara ialah [ ].
Geseran lelangit lembut tak bersuara [x]
[ xabar ] (khabar)
[ xianat ] (khianat)
[ tarix ] (tarikh)
Geseran lelangit lembut bersuara [ ]
[ aeb] (ghaib)
[loat] (loghat)
[bali] (baligh)
mashatta68@yahoo.com | 0109749867
99
Bunyi Bahasa
Lihat rajah berikut:
Rajah 4.26: Geseran lelangit lembut
5. Geseran pita suara [h]
Geseran pita suara dihasilkan apabila pita suara dirapatkan yang
mengakibatkan udara keluar di antara pita suara secara bergeser.
Seperti keadaan bunyi letupan glotis, bunyi ini juga berlaku di
pita suara maka dengan itu tidak timbul soal sama ada bunyi
ini bersuara ataupun tak bersuara.
Geseran pita suara [h]
[ hati ] (hati)
[ lihat ] (lihat)
[ rumah ] (rumah)
mashatta68@yahoo.com | 0109749867
100
Fonetik dan Fonologi
Lihat rajah berikut:
P P
Rajah 4.27: Geseran pita suara
4.6.4 Konsonan Getaran [r]
Bahasa mempunyai satu bunyi konsonan getaran, iaitu [r]. Bunyi
ini dihasilkan apabila lidah digetarkan dalam rongga mulut. Dalam
keadaan begini lidah diangkat ke arah gusi. Udara yang dilepaskan
dari paru-paru menggetarkan hujung lidah dan pita suara. Ini
menghasilkan bunyi getaran [r].
Konsonan getaran [r]
[ rantai ] (rantai)
[ baru ] (baru)
[ ular ] (ular)
Lihat rajah berikut:
mashatta68@yahoo.com | 0109749867
101
Bunyi Bahasa
Rajah 4.28: Konsonan getaran
4.6.5 Konsonan Sisian [l]
Bahasa Melayu mempunyai satu bunyi konsonan sisian, iaitu [l].
Bunyi konsonan sisian ini dihasilkan apabila udara dilepaskan
melalui kiri dan kanan lidah. Dalam keadaan ini hujung lidah
diangkat ke arah tengah gusi. Lelangit lembut dirapatkan ke belakang
rongga tekak. Udara yang dilepaskan dari paru-paru melalui sisi
kanan dan kiri lidah dan menggetarkan pita suara. Bunyi yang
terhasil adalah [l].
Konsonan sisian [l]:
[ lantai ] (lantai)
[ balam ] (balam)
[dodol] (dodol)
Lihat rajah berikut:
mashatta68@yahoo.com | 0109749867
102
Fonetik dan Fonologi
Rajah 4.29: Konsonan sisisan
4.6.6 Separuh Vokal [w] dan [y]
Bunyi ini dinamakan separuh vokal kerana bunyi vokal ini tidak
dihasilkan dalam keadaan yang sempurna. Bunyi ini tidak dapat
dikatakan sebagai bunyi vokal kerana semasa ia dilafazkan berlaku
sekatan kepada aliran udara. Semasa pengucapannya, kedudukan lidah
sama seperti ketika melafazkan bunyi vokal tetapi keadaan ini hanya
berlaku separuh jalan sahaja. Kedudukan lidah berubah selepas itu.
Bunyi separuh vokal ini dianggap bunyi konsonan. Ada dua bunyi
separuh vokal, iaitu separuh vokal dua bibir [w] dan separuh vokal
lelangit keras [y]. Keadaan bibir dibundarkan semasa melafazkan [w].
Manakala semasa melafazkan [y] keadaan bibir dihamparkan.
1. Separuh vokal dua bibir [w]
Contoh penggunaan separuh vokal [w]:
[ wadah] (wadah)
[ kawan ] (kawan)
[ pulaw ] (pulau)
2. Separuh vokal lelangit keras [y]
Contoh penggunaan separuh vokal [y]:
mashatta68@yahoo.com | 0109749867
103
Bunyi Bahasa
[ ya ] (yang)
[ taya ](tayang)
[ pakay ] (pakai)
4.7 Bunyi Konsonan Kompleks
Konsonan kompleks merupakan satu bunyi yang mempunyai dua
cara artikulasi yang berbeza. Kita membezakan konsonan dengan
cara, iaitu 1. artikulasi sekunder, 2. artikulasi ganda, dan 3. kontur
cara artikulasi.
4.7.1 Artikulasi Sekunder
Cara artikulasi ini, bunyi konsonan yang dihasilkan tidak
memerlukan penggunaan keseluruhan bahagian lidah dan bibir.
Bunyi [t, d] hanya memerlukan bahagian crown lidah, begitu
juga bunyi [f, p, m] hanya bibir yang digunakan. Bibir dan lidah
digunakan untuk membentuk artikulasi vokalik sekali gus dengan
bunyi konsonan. Proses inilah yang dinamakan artikulasi sekunder.
Berikut merupakan jenis artikulasi sekunder yang boleh dibezakan,
(Gussenhoven, C. dan Jacobs, H. ,2005: 13).
1. Labialisasi, semasa menghasilkan konsonan ini, bibir
dibundarkan. Bunyi letupan bibir lelangit lembut (labialisasi
velar plosive) dihasilkan [k
w
].
2. Palatalisasi, semasa menghasilkan bunyi ini bahagian depan
lidah diangkat seperti semasa menghasilkan bunyi [i] atau
[j] semasa bunyi konsonan dihasilkan. Bunyi letupan bibir
lelangit keras disimbolkan sebagai [p
j
].
mashatta68@yahoo.com | 0109749867
104
Fonetik dan Fonologi
3. Velarisasi, bunyi yang dihasilkan apabila belakang lidah
diangkat seperti semasa menghasilkan bunyi [u] atau
[ ] semasa menghasilkan bunyi konsonan. Bunyi malaran
tak bergeser sisian lelangit lembut disimbolkan sebagai [ ].
4. Faringial, ialah bunyi yang dihasilkan apabila akar lidah
ditarik ke bahagian belakang farinks. Bunyi ini terdapat
dalam konsonan bahasa Arab, [ ].
4.7.2 Artikulasi Ganda
Terdapat sesetengah bunyi konsonan yang dihasilkan dengan
berlakunya 2 penyempitan aliran udara pada masa yang sama,
misalnya [
kp
] dan [
gb
], letupan bibir gusi yang wujud banyak
dalam bahasa Niger-Congo, manakala dalam bahasa Inggeris [w]
bunyi malaran tak bergeser bibir lelangit lembut, iaitu bunyi yang
dihasilkan dengan bahagian belakang lidah diangkat dan bibir
dibundarkan.
4.7.3 Kontur-Cara Konsonan
Sesetengah bunyi konsonan menukar penyempitan aliran udara yang
berlaku separuh jalan, misalnya dalam bunyi hentian pranasal [mb],
[nd], [g], iaitu bunyi konsonan yang dimulai seperti menghasilkan
bunyi nasal dan diakhiri dengan bunyi seperti plosif (hentian)
pada tempat artikulasi yang sama dalam bahasa Bantu. Keadaan
yang sama juga berlaku seperti pada bunyi afrikat, iaitu bunyi
yang dihasilkan dengan kombinasi bunyi letupan (hentian) dan
frikatif pada daerah artikulasi yang sama. Bunyi yang dihasilkan ini
kedengaran seperti bunyi letupan tetapi dilepaskan secara perlahan
sehingga kedengaran bunyi geseran, misalnya dalam bahasa Inggeris
kata chap [t ] dan dalam kata Jack [d
3
], (Gussenhoven, C. dan
Jacobs, H., 2005)
mashatta68@yahoo.com | 0109749867
105
Bunyi Bahasa
4.8 Bunyi Konsonan Non-Pulmonik
Bunyi konsonan non-pulmonik terbahagi kepada 3, iaitu 1. bunyi
klik, 2. bunyi implosif, dan 3. bunyi ejektif.
4.8.1 Bunyi Klik
Bunyi ini dihasilkan dengan aliran udara disekat dalam mulut
di antara dua sekatan yang berlaku, iaitu yang disebabkan oleh
bahagian belakang lidah yang dirapatkan ke lelangit lembut dan
sekatan yang dilakukan di bahagian lebih ke hadapan dalam rongga
mulut, iaitu di batas gusi.
4.8.2 Bunyi Implosif
Bunyi ini mempunyai ciri seperti penutupan aliran udara yang
berlaku semasa menghasilkan bunyi plosif dan glotis. Dengan
larinks direndahkan, udara dalam mulut dan farinks menjadi lemah
densitinya yang menyebabkan bunyi bising terhasil apabila rongga
mulut dibuka. Bunyi implosive ini wujud dalam bahasa Vietnam dan
Niger-Congo, [ , , ].
4.8.3 Bunyi Ejektif
Bunyi yang konfgurasi awal artikulasinya seperti yang digunakan
bagi menghasilkan bunyi implosif. Yang berbeza ialah keadaan
larinks yang kini ditolak ke atas. Udara dalam farinks dan mulut
dimampat dan pada saat dilepaskan/dibuka penutupan rongga
mulut, bunyi bising egresif akan berlaku [p', t', k'].
mashatta68@yahoo.com | 0109749867
106
Fonetik dan Fonologi
4.9 Carta Konsonan Melayu
Untuk memudahkan rujukan, berikut merupakan carta bunyi
konsonan Melayu yang dipetik daripada Abdullah Hassan (1980).
Daerah
Sebutan / Cara
Sebutan
Bibir Gusi
Gusi
Lelangit
Keras
Lelangit
Keras
Lelangit
Lembut
Peti
Suara
Letupan
Tak Bersuara
Bersuara
p
b
t
d
k
g
Letusan
Tak Bersuara
Bersuara
c
j

Sengauan m n
Geseran
Tak Bersuara
Bersuara
f
v
s
z

x h
Getaran r
Sisian l
Separuh vokal w y
Jadual 4.1: Carta konsonan Melayu
mashatta68@yahoo.com | 0109749867
107
Bunyi Bahasa
4.10 Ringkasan
Bunyi-bunyi yang dihasilkan oleh manusia terdiri daripada dua
jenis, iaitu bunyi-bunyi bahasa dan bunyi-bunyi bukan bahasa.
Bunyi-bunyi bahasa diberikan lambang-lambang tertentu. Dalam
bahasa terdapat dua jenis bunyi bahasa, iaitu vokal dan konsonan.
Bunyi vokal adalah bunyi yang dihasilkan tanpa berlakunya sekatan
kepada aliran udara. Keadaan sebaliknya pula kepada bunyi konsonan.
Bunyi konsonan dihasilkan dengan aliran udara menghadapi sekatan
atau sekatan penuh pada bahagian-bahagian tertentu sepanjang
laluan dalam rongga mulut. Bunyi diftong dianggap sebagai bunyi
vokal yang berlaku perubahan dalam kualiti bunyinya. Sementara
itu bunyi separuh vokal pula dianggap sebagai bunyi konsonan.
Penyempitan aliran udara menyebabkan penghasilan 2 jenis bunyi,
iaitu bunyi obstruen dan sonoran Yang membezakan kedua-duanya
ialah geseran yang berlaku. Bunyi obstruen menghasilkan geseran
dan boleh bersuara ataupun tidak bersuara, sebaliknya bunyi
sonoran, bunyi yang terhasil tersebut adalah bunyi bersuara tanpa
berlakunya geseran. Sementara itu selain bunyi konsonan, terdapat
juga bunyi konsonan kompleks dan bunyi konsonan non-pulmonik.
Simbol fonetik untuk bunyi-bunyi ini dapat dilihat dalam jadual Te
International Phonetic Alphabet (IPA) di bahagian akhir bab 3.
4.11 Latihan
1. Bincangkan apa yang dimaksudkan dengan bunyi-bunyi
bahasa dan bukan bahasa.
2. Bagaimana sesuatu bunyi dihasilkan? Bincangkan peranan
alat-alat artikulasi.
mashatta68@yahoo.com | 0109749867
108
Fonetik dan Fonologi
3. Apakah bunyi vokal?
4. Apakah parameter yang digunakan untuk mengenal pasti
bunyi vokal yang dihasilkan?
5. Bagaimana bunyi vokal dikatakan berbeza dari aspek kualiti
bunyinya?
6. Bincangkan diagram vokal kardinal oleh Daniel Jones.
7. Nyatakan perbezaan bunyi vokal depan luas dengan vokal
depan sempit.
8. Lengkapkan diagram berikut:
9. Apakah bunyi konsonan?
10. Apakah yang membezakan bunyi vokal dan bunyi konsonan?
11. Huraikan bunyi-bunyi yang dihasilkan untuk kedudukan
alat-alat artikulasi seperti dalam grafk berikut:
mashatta68@yahoo.com | 0109749867
109
Bunyi Bahasa
12. Apakah bunyi separuh vokal? Mengapa bunyi ini dinamakan
separuh vokal?
13. Apakah bunyi diftong dalam bahasa Melayu? Bincangkan
bunyi ini.
14. Dengan melakukan kajian kepustakaan, kenal pasti bunyi-
bunyi konsonan pinjaman dalam bahasa Melayu.
15. Bincangkan bunyi-bunyi sengau dalam bahasa Melayu.
16. Bincangkan manfaat pengajaran bunyi-bunyi bahasa dan
lambang-lambangnya kepada pelajar.
17. Bincangkan mengapa perlu bunyi-bunyi konsonan pinjaman
diserapkan ke dalam carta bunyi konsonan bahasa Melayu?
18. Beri rasional bunyi vokal dikatakan lebih lantang bunyinya
daripada bunyi konsonan.
19. Apakah bunyi pulmonik?
mashatta68@yahoo.com | 0109749867
110
Fonetik dan Fonologi
20. Bincangkan sifat bunyi obstruen dan sonoran.
21. Apakah yang dimaksudkan dengan bunyi konsonan
kompleks?
22. Bagaimana bunyi konsonan dibezakan?
23. Namakan bunyi konsonan non-pulmonik.
24. Apakah yang dimaksudkan dengan bunyi konsonan
kompleks?
25. Bincangkan perbezaan carta konsonan Melayu dan jadual
IPA yang merujuk pada bunyi konsonan pulmonik.
mashatta68@yahoo.com | 0109749867
Fonetik
Eksperimental
Bab 5
5.1 Dari Fonetik Impresionistik ke Eksperimental
Terdapat dua kaedah yang boleh diambil kira dalam melakukan
analisis fonetik. Kaedah yang dimaksudkan ialah kaedah
impresionistik dan eksperimental. Menurut Hayward, K. (2000: 2-6),
istilah impresionistik ini diambil daripada buku David Abercrombie
(1954, 1967) yang menggunakan konsep itu ke atas stail transkripsi
fonetik. Kajian ini melibatkan pemerolehan dan pembinaan
kemahiran dalam mengenal pasti, membezakan dan menghasilkan
satu siri bunyi bahasa secara meluas.
Tumpuan kajian ini boleh diandaikan sebagai berfokus kepada
posisi pergerakan alat pertuturan dalam menghasilkan bunyi bahasa
individu. Kajian yang menggunakan kaedah ini adalah berasaskan
beberapa tanggapan, iaitu 1. Tuturan dapat direpresentasi sebagai
mashatta68@yahoo.com | 0109749867
112
Fonetik dan Fonologi
satu siri segmen (bunyi) 2. Setiap segmen (bunyi) dapat dispesifkasi
secara unik dengan merujuk kepada sasarannya. Setiap sasaran
berhubungan dengan cara persepsi auditori dalam fkiran seseorang
pemerhati yang terlatih dan 3. Sasaran segmentasi bunyi yang
dilakukan boleh dicirikan dengan sejumlah dimensi, iaitu set dimensi
sarwajagat yang berkaitan dengan sesuatu bahasa. Contohnya kata
dalam bahasa Inggeris fan [faen] terhasil dengan 3 urutan segmen
dimensi artikulotari, iaitu bunyi pertama dalam kata ini yang diwakili
oleh huruf f dihasilkan dengan memaksa aliran udara keluar melalui
bukaan sempit antara bibir bawah dan bahagian atas gigi. Sasaran
dihuraikan sebagai hubungan yang berlaku antara bahagian bawah
bibir dan gigi atas, dengan pita suara terbuka dan tidak bergetar, yang
dinamakan sebagai bunyi geseran bibir gigi tak bersuara (voiceless
labio-dental fricative). Bunyi tak bersuara dirujuk pada keadaan pita
suara yang tidak bergetar yang dinamakan sebagai dimensi suara,
sementara hubungan antara bibir bawah dan gigi atas dinamakan
sebagai dimensi artikulasi manakala geseran yang dihasilkan semasa
lafaz bunyi ini dirujuk sebagai dimensi cara artikulasi (Hayward, K.,
2000:3). Pendekatan kajian ini merujuk kepada kaedah pengkajian
tradisional yang tidak menggunakan sebarang peralatan, atau unaided
skill, dalam mengenal pasti dan menghasilkan semula bunyi bahasa.
Pengertian unaided skill ini sebenarnya menganggap penggunaan alat
perakam dan pita rakaman yang digunakan dalam kaedah fonetik
impresionistik ini juga sebagai unaided skill. Proses yang terlibat hanya
merakamkan bunyi, mendengar dan ulang dengar berkali-kali. Situasi
ini menjurus pada keadaan melakukan tanggapan sendiri tentang
sesuatu bunyi. Secara tradisionalnya, ahli fonetik ini bersandarkan
kepada kepekaan telinga, mata dan organ vokal mereka sendiri apabila
mengkaji aspek penyebutan.
Seseorang yang ingin memperoleh kemahiran dengan
menggunakan kaedah fonetik impresionistik perlu bersedia dengan
situasi seperti mempelajari cara penyebutan bunyi dalam sesuatu
mashatta68@yahoo.com | 0109749867
113
Fonetik Eksperimental
bahasa yang baru. Ini bermaksud apabila mempelajari sesuatu
bahasa yang baru, ia melibatkan proses menerima dan membiasakan
kedudukan alat artikulasi di posisi yang baru dalam menyebut
sesuatu bunyi, iaitu keadaan yang di luar dari kebiasaan yang
dilakukan apabila menyebut bunyi dalam bahasa sendiri/ibunda. Ini
melibatkan proses membiasakan alat artikulasi dengan kedudukan,
pergerakan dan menghubungkan aktiviti baru ini dengan sesuatu
yang baru dan berbeza pada persepsi pendengaran. Sehubungan
dengan itu, seseorang ahli fonetik impresionistik yang terlatih
apabila buat pertama kalinya mendengar sesuatu bahasa yang asing
seharusnya mampu membuat tanggapan/andaian bijak tentang apa
yang dilakukan oleh organ vokal seseorang penutur. Dan tugasan
yang dilakukan oleh mereka ini menjadi lebih mudah apabila ahli
fonetik itu sendiri dapat berhadapan dengan penutur sesuatu
bahasa asing tersebut. Tanggapan ini dapat dimurnikan lagi dengan
mengulang dengar serta mencuba dan meniru cara penyebutan
dengan penutur natif bahasa asing yang dirujuk bertindak sebagai
penentu pada ketepatan cara sebutan yang sedang dan telah
dilakukan. Elemen terakhir dalam melatih seseorang ahli fonetik
impresionistik adalah proses mempelajari bagaimana mengenal pasti
dimensi artikulatori sarwajagat dan menggunakan notasi fonetik,
International Phonetic Alphabet (IPA). Dalam kaedah ini, ciri utamanya
ialah hubungan langsung antara artikulasi dengan persepsi auditori.
Ringkasnya, kaedah kajian ini berasaskan pada kemampuan manusia
mengenal pasti sesuatu bunyi. Justeru, tanpa merujuk kepada
penutur natif sesuatu bahasa yang dikaji, penggunaan kaedah ini
tidak mungkin akan berjaya dan berwibawa. Inilah antara limitasi
kaedah kajian ini yang sebenarnya sangat bergantung kepada perkara
yang dinyatakan sebelum ini.
Sementara itu, dari aspek sejarah, fonetik impresionistik ini
telah melakar sejarah yang lama, iaitu abad kelima sebelum masihi,
sekitar zaman India Kuno (Allen, 1953).
mashatta68@yahoo.com | 0109749867
114
Fonetik dan Fonologi
Garis pemisah antara unaided skill, dan aided skill adalah
penggunaan komputer dan program yang canggih dalam menganalisis
data bunyi. Sering kali apa yang berlaku pengkaji yang menggunakan
kaedah impresionistik ini bergantung kepada kepakaran telinga
dalam membezakan bunyi-bunyi yang didengar dan membuat
tanggapan sendiri dalam mengenal pasti persamaan dan perbezaan
bunyi-bunyi bahasa yang didengar. Hasil daripada proses ini, pengkaji
melakukan pelabelan yang merujuk kepada analisis yang dilakukan
kepada data bunyi tersebut. Perkara yang sama dilakukan oleh Nik
Safah Karim (1965), Hashim Musa (1971), Asraf Abdul Wahab
(1988) dan buku Tatabahasa Dewan (1986, 1993 Edisi Baharu). Dapat
dikatakan bahawa kepekaan dan kepakaran yang tinggi diperlukan
oleh pengkaji dalam golongan kajian fonetik impresionistik. Secara
ringkasnya, dapatan kajian ini hanya berasaskan tanggapan pengkaji
sahaja.
5.2 Fonetik Eksperimental
Fonetik eksperimental merupakan bidang yang masih baru
berbanding dengan fonetik impresionistik. Petanda awal munculnya
bidang ini ialah dengan penerbitan Principle de phontique
exprimentale pada tahun 1817-1898 oleh Rousselot yang dirujuk
sebagai bapa bidang ini dan yang paling penting ialah apabila mesin
bunyi spektrograf dicipta tahun 1940-an (Hayward, K., 2000:3).
Kaedah penyelidikan eksperimental menggunakan instrumen
atau peralatan. Instrumen yang dimaksudkan di sini adalah alat
yang dapat menvisualisasi aspek-aspek dalam data bunyi bahasa
dan dapat menyediakan asas perkiraan ke atas aspek-aspek tersebut.
Walau bagaimanapun, perlu ditekankan di sini, penyelidikan yang
menggunakan alat perakam untuk ulang-dengar rakaman yang
dilakukan, tidaklah termasuk dalam kaedah kajian ini, sekalipun
mashatta68@yahoo.com | 0109749867
115
Fonetik Eksperimental
instrumen (alat perakam dan pita rakaman) memang digunakan.
Pengertian instrumen di sini bermaksud rakaman yang dilakukan
dalam pita tersebut hendaklah dimasukkan ke dalam komputer.
Rakaman bunyi yang dimasukkan ke dalam komputer seterusnya
diproses dengan menggunakan program yang khusus bagi menangani
data bunyi tersebut.
Proses ini bermaksud bermulanya analisis akustik. Elemen
lain yang juga merupakan ciri eksperimental adalah prosedur
yang melibatkan ujian yang berkaitan dengan persepsi yang boleh
berbentuk soal selidik dan ujian pelbagai salinan (close-copy).
Dalam era perkembangan teknologi pada masa kini, sebuah
program (atau perisian) khusus bagi mengkaji intonasi sudah dicipta
dan dinamakan sebagai Praat. Program ini dicipta pada tahun 1992
oleh Paul Boersma dan David Weenink. Program ini dapat dimuat
turun melalui internet secara percuma dan ditatar dari semasa ke
semasa.
Signal akustik/
osilogram
Kontur
intonasi
Rajah 5.1: Signal akustik
Rajah 5.1 adalah hasil daripada program ini. Melalui program ini
signal akustik dapat divisualisasikan dan segala parameter yang pada
mashatta68@yahoo.com | 0109749867
116
Fonetik dan Fonologi
suatu masa dulu hanya mampu dipersepsi kini dapat digambarkan
dan diperlihatkan. Selain itu, parameter-parameter seperti frekuensi
fundamental (F0), intensiti dan durasi dapat diukur dengan objektif.
Perlu ditekankan di sini, kajian yang menggunakan kaedah ini
adalah sebenarnya berasaskan kajian yang menggunakan kaedah
impresionistik. Penyataan ini bermaksud kerangka asas klasifkasi
fonetik impresionistik sebenarnya adalah satu objek kajian untuk
fonetik eksperimental.
Beberapa pengetahuan yang diperoleh dalam fonetik
impresionistik seperti parameter yang ditanggapi, iaitu kelangsingan,
kelantangan suara dan kepanjangan adalah ciri-ciri yang penting
untuk kajian fonetik eksperimental. Hal yang sebaliknya pula adalah
tidak betul.
Dengan terciptanya program komputer yang dapat menganalisis
data bunyi, tidak bererti seorang pengkaji impresionistik mesti tahu
segala hal yang berlaku di dalam makmal bahasa. Ini kerana seseorang
pakar impresionistik sudah mempunyai kepakaran membezakan
setiap parameter yang didengar. Apa yang menjadi kekurangan adalah
hakikat bahawa orang yang pakar ini gagal memberikan bacaan dalam
angka yang tepat tentang sesuatu parameter yang didengar. Malahan
seseorang pengkaji itu mungkin dapat menjadi seorang pakar fonetik
impresionistik walaupun tidak pernah menjejakkan kaki ke makmal.
Tanpa mengetahui apa yang berlaku di dalam makmal tidak akan
menjadi satu kepincangan kepada analisis yang dilakukan. Walau
bagaimanapun sekiranya seorang ahli fonetik tersebut mahir dalam
pengendalian program menganalisis data bunyi, dan dalam masa
yang sama mahir secara impresionistik, kepakaran ini dapat dianggap
sebagai satu kelebihan kepada ahli fonetik tersebut. Kepakaran seperti
ini memanglah sukar untuk dicapai.
Sebagai rumusannya, dapat dikatakan bahawa kajian
eksperimental adalah kaedah yang terkini dan dapat digunakan bagi
mashatta68@yahoo.com | 0109749867
117
Fonetik Eksperimental
mengabsahkan dapatan yang sedia ada dalam kajian impresionistik.
Kedua-dua kaedah ini sebenarnya saling melengkapi seandainya hasil
yang terbaik menjadi objektif yang diinginkan untuk kajian. Ini
selari dengan prosedur pada akhir sesuatu kajian eksperimental,
iaitu ujian persepsi yang dilakukan. Prosedur ini sebenarnya adalah
prosedur yang termasuk di bawah kaedah impresionistik walaupun
ujian ini suatu masa dulu hanya melibatkan diri pengkaji itu sendiri
saja. Ujian yang dijalankan ini bertujuan pengabsahan dapatan yang
dihasilkan dengan bantuan program ini. Sebenarnya, seseorang pakar
fonetik impresionistik akan dengan mudah saja menguasai kemahiran
mengendalikan program komputer ini bagi menganalisis data bunyi
berbanding dengan pengkaji fonetik eksperimental yang tidak
menguasai kemahiran mendengar, mengenal pasti dan membezakan
setiap data bunyi yang didengarnya. Dan proses bagi memiliki
kemahiran impresionistik ini tidak dapat dilakukan dalam masa yang
singkat.
5.3 Prosedur Kajian Eksperimental
Seperti yang diperkatakan sejak awal tadi, kaedah kajian ini
bersifat saintifk dan empirikal. Ada beberapa prosedur yang perlu
dilaksanakan dalam mengaplikasikan kaedah ini. Berikut adalah
prosedur yang paling asas perlu dilakukan oleh pengkaji fonetik
akustik.
5.3.1 Merakam Data
Data sebaiknya dirakamkan dengan menggunakan pita rakaman
audio digital (DAT). Walau bagaimanapun, data boleh juga
dirakamkan dengan menggunakan pita rakaman biasa atau analog.
Data tersebut juga boleh terdiri daripada data lisan yang dirakamkan
tanpa pengetahuan informan. Kelebihan merakamkan data dengan
mashatta68@yahoo.com | 0109749867
118
Fonetik dan Fonologi
menggunakan pita rakaman audio digital ini adalah bagi mendapatkan
ketepatan maklumat daripada data rakaman tersebut. Sebaliknya data
bunyi yang terakam dalam pita rakaman analog yang mempunyai
partikel bahan magnetik di atasnya akan berubah-ubah secara
berterusan. Hal ini berlaku kerana partikel bahan magnetik ini
beranalog kepada variasi dalam voltan signal elektrik yang menjadi
output daripada mikrofon. Keadaan perubahan ini memberi kesan
kepada variasi tekanan udara dalam gelombang bunyi yang asal. Hal
ini menyebabkan dapatan yang diperoleh tidak tepat.
Rakaman juga boleh dilakukan secara langsung apabila seseorang
pengkaji mempunyai peralatan canggih, iaitu mikrofon searah, Shure
Professional Unidirectional Head-Worn Dynamic Microphone SM10A yang
hanya merakam bunyi daripada informan dengan tidak merakamkan
gangguan bunyi luar seperti bunyi latar, cicak berbunyi, muzik dan
sebagainya. Walau bagaimanapun alat secanggih ini masih belum
dimiliki oleh mana-mana universiti tempatan, manakala yang ada di
Indonesia pula adalah milik Makmal Fonetik, Universiti Leiden yang
dipinjamkan kepada penyelidik-penyelidik di bawah projek tajaan
mereka.
Penggunaan alat seperti ini amat berfaedah kerana data bunyi
yang asli tidak dirancang ataupun dalam keadaan tidak terpaksa
dapat dirakam secara alamiah. Alat ini dipasangkan di atas kepala
seseorang. Pada peringkat awal ia menyebabkan keadaan yang tidak
selesa. Namun, apabila kebiasaan sudah wujud, kehadiran alat ini
di atas kepala dan mikrofon yang hampir dengan mulut tidak lagi
menimbulkan kekangan kepada informan. Informan boleh berada
dalam keadaan santai seperti biasa.
Rakaman bunyi juga boleh dilakukan dalam makmal. Hasil
rakaman ini lebih baik kerana sesebuah makmal bahasa lazimnya
kedap bunyi, dan keadaan ini membolehkan data bunyi yang
terakam tidak terjejas oleh bunyi-bunyi lain yang tidak dikehendaki.
mashatta68@yahoo.com | 0109749867
119
Fonetik Eksperimental
Ini adalah dua kaedah merakam data bunyi. Kedua-dua kaedah
ini boleh dipelbagaikan. Sebagai contoh (1) informan diminta
berlakon mengikut skrip terancang, (2) informan diminta membaca
kuat, atau (3) para informan ditempatkan ke dalam bilik kedap bunyi
ini dan dibiarkan bebas bercakap dan rakaman dilakukan.
5.3.2 Memasukkan Data ke dalam Program
Kaedah eksperimental pada masa kini menggunakan program
komputer khas yang dinamakan sebagai Praat.
Program komputer ini boleh dimuat turun daripada internet
melalui laman web www.praat.org. Melalui program ini data bunyi
yang dahulunya tidak mampu divisualisasikan kini boleh dilihat dan
dianalisis serta dimanipulasi. Kecanggihan program ini ditatar dari
semasa ke semasa oleh penciptanya sesuai dengan perkembangan
bidang ilmu pengkomputeran.
Data bunyi yang dimasukkan dalam program ini terlebih dahulu
ditentukan kadar sampel bunyinya. Seandainya bunyi yang dirakam
tersebut adalah data bunyi masukan langsung ke dalam program, ini
bererti informan itu sendiri bekerja dengan program. Bagi rakaman
langsung ke dalam program, pengkaji seharusnya memastikan sama
ada bunyi yang hendak dirakam itu adalah dalam bentuk mono
ataupun stereo. Manakala data bunyi yang sudah terakam dalam
DAT boleh terus dimasukkan ke dalam komputer dan dianalisis
menggunakan program ini. Rajah berikut memperlihatkan contoh
program pada peringkat awal masukan data langsung. Kadar sampel
yang lazim digunakan ialah pada 22 050 Hz, iaitu kadar sampel
separuh daripada jumlah kadar sebenar bunyi, 44 100 Hz.
mashatta68@yahoo.com | 0109749867
120
Fonetik dan Fonologi
Kadar
sampel
Gerakan ke atas
dan ke bawah ber-
warna hijau, kuning
dan merah
Proses merekod
berlangsung sebaik
sahaja kekunci ini
diklik
Rajah 5.2: Data dalam Praat
Proses merekod berlangsung sebaik sahaja kekunci ini diklik. Semasa
proses merakam berlangsung kita dapat melihat gerakan warna hijau,
kuning dan merah ke atas dan ke bawah di ruangan meter yang
menandakan kelantangan sumber input data bunyi yang dirakam.
Rakaman bunyi yang baik adalah rakaman bunyi yang sederhana
kuat, dan ditandai dengan warna hijau apabila proses merakam
berlangsung. Data bunyi ini selanjutnya boleh disimpan apabila
program ini diarahkan berbuat demikian. Kecanggihan program ini
membenarkan pengkajinya menilai rakaman yang dilakukan itu
semula. Sekiranya rakaman yang dilakukan itu tidak memuaskan,
rakaman tersebut tidak perlu disimpan dan proses rakaman bolehlah
dilakukan semula. Kelebihan proses merakam seperti ini tidak wujud
apabila menggunakan kaedah impresionistik.
mashatta68@yahoo.com | 0109749867
121
Fonetik Eksperimental
5.3.3 Melihat Grafk Data Bunyi dan Mendengar
Data bunyi yang terakam dan yang sudah dimasukkan ke dalam
program dapat divisualisasikan melalui program Praat. Grafk data
bunyi ataupun signal akustik ini adalah seperti yang berikut:
Rajah 5.3: Visualisasi signal akustik
Grafk di atas memperlihatkan kemampuan program ini
menvisualisasikan signal akustik yang dilengkapkan dengan bacaan
parameter durasi data bunyi. Grafk berwarna hitam ini dikenali
sebagai osilogram yang di dalamnya terakam frekuensi fundamental
(F0) dan amplitud gelombang. Di samping dapat menvisualisasikan
signal akustik, maklumat lain juga boleh didapati menerusi program
ini, iaitu maklumat seperti spektrogram, forman, kelangsingan,
intensiti dan sebagainya. Kesemua maklumat ini pada asasnya boleh
didapati hanya dengan menekan (mengklik) arahan-arahan tertentu
dalam program itu. Grafk di bawah memperlihatkan kesemua
maklumat yang dapat diperoleh.
mashatta68@yahoo.com | 0109749867
122
Fonetik dan Fonologi
Intensiti
Forman
Kelangsingan
Rajah 5.4: Maklumat signal akustik
Garis pelbagai warna seperti biru, kuning, titik-titik berwarna
merah dan warna kelabu gelap ini, masing-masingnya mewakili
kelangsingan, intensiti, forman dan spektrogram. Bacaan bagi setiap
parameter pada mana-mana kedudukan yang dikehendaki dapat
diperoleh apabila tetikus diklik kepada garis pelbagai warna tersebut.
Ini adalah antara prosedur asas untuk pengkaji yang
menggunakan kaedah eksperimental, iaitu melihat data bunyi,
parameter yang tercatat dan mendengar data bunyi dalam program
ini. Prosedur ini menjadi lebih mudah apabila konsep-konsep yang
dinyatakan pada bahagian awal difahami bagi memudahkan kajian
eksperimental dilakukan.
5.3.4 Memanipulasi Data
Kajian eksperimental tidak terus mengguna pakai data bunyi yang
terakam. Sebaliknya data bunyi dimanipulasi terlebih dulu sebagai
salah satu prosedur penting dalam menganalisis. Dalam melakukan
proses manipulasi ini beberapa konsep penting perlu diketahui,
iaitu sebelum, semasa dan sesudah selesainya prosedur manipulasi
mashatta68@yahoo.com | 0109749867
123
Fonetik Eksperimental
data bunyi dilakukan. Konsep-konsep penting ini ialah stilisasi,
makrointonasi, mikrointonasi, salinan (close-copy) dan ujian persepsi.
1. Stilisasi
Proses stilisasi ini adalah proses menghasilkan garis-garis
lurus yang paling minimum atas kontur intonasi asal. Yang
dimaksudkan dengan kontur intonasi adalah pola turun
naik nada bunyi yang terkandung di dalamnya parameter
seperti frekuensi fundamental (F0), intensiti dan durasi
yang dipersepsikan sebagai kelangsingan, kelantangan dan
kepanjangan. Dalam menghasilkan garis lurus paling minimum
ini, kadar sampel resolusinya perlu ditentukan terlebih dulu
bagi menentukan berapakah kadar semiton (st) yang akan
digunakan. Kadar sampel ini ditentukan oleh seseorang pengkaji
itu sendiri dan lazimnya kadar 4 semiton (st) digunakan. Garis
lurus yang terhasil ini sebenarnya adalah proses menyingkirkan
mikrointonasi dan mengekalkan makro intonasi. Penyingkiran
mikrointonasi ini sama sekali tidak mengubah kualiti data bunyi,
walaupun kontur intonasi yang asalnya berkeluk-keluk itu kini
menjadi garis lurus. Dalam usaha mendapatkan garis lurus yang
paling minimum ini seseorang pengkaji hendaklah mempunyai
kesabaran yang tinggi kerana bagi mendapatkan salinan yang
persis data bunyi asli jarang dapat dilakukan dengan sekali
percubaan. Tujuan utama penghasilan garis lurus ini adalah
bagi memudahkan proses pelabelan kontur. Lihat rajah 5.5 yang
memperlihatkan bagaimana kontur intonasi dipaparkan dalam
tetingkap manipulasi.
mashatta68@yahoo.com | 0109749867
124
Fonetik dan Fonologi
Kontur
intonasi
asal
Garis lurus
yang terhasil
Rajah 5:5: Kontur intonasi
2. Makrointonasi
Makrointonasi adalah signal akustik yang signifkan. Signal yang
relevan ini berhubungan dengan naik turun nada suara yang
dihasilkan oleh si penutur dan sememangnya relevan dilafazkan
sedemikian rupa bersesuaian dengan konteks dan objektif
komunikasi.
3. Mikrointonasi
Mikrointonasi adalah naik turun nada suara yang dihasilkan
oleh si penutur tetapi tidak dalam keadaan yang sengaja dan
dianggap sebagai melodi yang tidak relevan. Signal yang tidak
relevan ini, apabila disingkirkan tidak akan menjejaskan
bunyi asal data bunyi. Kehadiran mikrointonasi inilah yang
sebenarnya menghasilkan kerencaman bentuk kontur asal
sesuatu intonasi.
4. Salinan (Close-copy)
Makrointonasi yang digambarkan dengan menghasilkan garis
lurus yang paling minimum dan tidak mengubah kualiti bunyi
asal data bunyi, dinamakan sebagai salinan. Salinan merujuk
kepada proses yang dihasilkan apabila stilisasi dilakukan.
mashatta68@yahoo.com | 0109749867
125
Fonetik Eksperimental
Salinan yang terhasil ini bersifat relatif. Bentuk garis lurus yang
dihasilkan boleh saja berbeza-beza dalam kuantiti garis lurus
yang tertentu. Ketepatan salinan yang akan diguna pakai bagi
mewakili sesuatu ujaran yang sedang diuji, perlulah diabsahkan
oleh masyarakat penutur bahasa yang menuturkan bahasa yang
sedang dikaji. Proses pengabsahan ini dinamakan sebagai ujian
persepsi.
5. Ujian persepsi
Ujian persepsi adalah satu ujian yang diberikan oleh seseorang
pengkaji kepada responden bagi mendapatkan maklumat
tentang ketepatan sesuatu data bunyi. Dalam menentukan,
sebagai contoh ketepatan salinan yang dihasilkan, ujian
persepsi adalah satu proses yang penting. Ini adalah kerana
dalam setiap kajian yang bersifat eksperimental, dapatan yang
diperoleh seharusnya tahan uji dan akhirnya dapat diterima
sebagai mewakili sesuatu. Responden yang dipilih untuk ujian
ini mestilah yang berkaitan dengan bahan yang diuji. Sebagai
contoh, jika bahasa Melayu yang dikaji maka respondennya
mestilah orang Melayu bukan Cina atau India. Ujian persepsi
haruslah selari dengan objektif sesuatu kajian yang dilakukan.
Kekerapan ujian persepsi ini amat bergantung kepada kualiti
dapatan yang diperoleh untuk setiap ujian yang dilakukan. Walau
bagaimanapun sering kali ujian persepsi bagi sesuatu kajian
dilakukan sebanyak 3 kali ataupun lebih, dan jumlah respondennya
berbeza-beza bergantung pada jumlah penyaringan yang dilakukan.
Penyaringan data dan responden harus dilakukan terlebih
dulu kerana jika ujian dilakukan ke atas responden yang kurang
memuaskan prestasinya, ujian yang dilakukan pastilah tidak
menguntungkan mana-mana pihak. Ini bererti banyak masa yang telah
terbuang.
mashatta68@yahoo.com | 0109749867
126
Fonetik dan Fonologi
Ujian persepsi menyediakan ruang yang baik untuk pengkaji
menghasilkan dapatan dan mengetahui dengan tepat sesuatu
dapatan dari sudut pandangan masyarakat secara umumnya dan
tidak hanya berdasarkan sudut pandangan yang sempit, iaitu diri
sendiri.
Ujian persepsi boleh dilakukan dalam pelbagai bentuk, iaitu
sama ada dalam bentuk audio yang meminta respondennya mengenal
pasti data bunyi yang diperdengarkan. Bentuk ujian ini pula amat
berhubungan dengan objektif kajian.
5.3.5 Statistik
Penggunaan statistik juga penting dalam kajian sebegini.
Pengemukaan angka-angka tertentu digunakan bagi menggambarkan
sesuatu dapatan. Dalam kajian intonasi eksperimental ini, statistik
diperoleh daripada program Praat dan program statistik lain seperti
Statistical Package for the Social Sciences (SPSS). Catatan angka-angka
ini sering kali disokong juga oleh dapatan kualitatif yang melibatkan
responden dalam pengabsahan dapatan.
5.4 Perbandingan Kaedah Kajian Fonetik Impresionistik dengan
Eksperimental
Perbincangan sebelum ini telah memperlihatkan perbezaan prosedur
yang diambil dalam kedua-dua kaedah yang dibincangkan, iaitu
impresionistik dan eksperimental. Secara ringkas perbezaannya dapat
dilihat seperti yang berikut:
mashatta68@yahoo.com | 0109749867
127
Fonetik Eksperimental
Kaedah Impresionistik Kaedah Eksperimental
1. Tidak menggunakan peralatan
canggih. Yang digunakan hanya
alat perakam dan pita rakaman
biasa.
1. Menggunakan peralatan yang
canggih. Data dirakamkan dalam pita
rakaman berkualiti misalnya DAT,
rakaman terus dalam program khas
atau dalam makmal bahasa dengan
menggunakan program komputer.
2. Data bunyi tidak mampu
divisualisasikan. Hanya didengar
dan diulang dengar berkali-kali.
2. Data bunyi dapat divisualisasikan
parameternya seperti F0, intensiti dan
durasi. Parameter ini dapat diukur
secara objektif. Selain itu, forman dan
spektrograf juga dapat diperlihatkan.
3. Proses analisis bermula apabila
proses ulang dengar dilakukan
berkali-kali.
3. Proses analisis bermula apabila
data bunyi dimanipulasi dengan
proses stilisasi dilakukan, iaitu dengan
penyingkiran mikrointonasi dan
penghasilan salinan. Semua prosedur
ini dilakukan dengan arahan yang
diberikan dalam program Praat.
4. Dapatan analisis dinilai dan
dilabel oleh pengkaji sendiri. Tidak
melibatkan ujian persepsi. Ujian
persepsi hanya dilakukan oleh
pengkaji sendiri.
4. Dapatan analisis dinilai
ketepatannya, seperti label yang
diberikan ke atas salinan (close-copy)
yang diperoleh daripada proses stilisasi.
Ujian persepsi melibatkan responden
yang berhubungan dengan objektif
kajian. Ujian persepsi disertai oleh
responden terpilih.
5. Dapatan tidak dapat diabsahkan
sebagai mewakili masyarakat yang
dirujuk dalam kajian. Dapatan
diragui bersifat tahan uji.
5. Dapatan yang diperoleh bersifat
tahan uji dan berwibawa kerana
pengabsahan yang dilakukan dengan
penglibatan responden dalam ujian
persepsi.
mashatta68@yahoo.com | 0109749867
128
Fonetik dan Fonologi
Seperti yang dinyatakan sebelum ini, seandainya kedua-dua
kemahiran dengan menggunakan kedua-dua kaedah ini dapat
digabungkan, dapatan kajian akan lebih baik dan berwibawa. Namun
demikian, tidaklah pincang sesuatu kajian impresionistik itu tanpa
menggunakan kaedah eksperimental dengan syarat pengkaji yang
dalam golongan impresionistik ini mestilah benar-benar pakar dan
arif dalam kaedah yang diambil. Dan perlu diketahui, kemahiran
impresionistik ini tidak dapat diperoleh dalam masa yang singkat.
5.5 Ringkasan
Kaedah kajian fonetik terbahagi kepada dua, iaitu fonetik
impresionistik dan eksperimental. Kaedah impresionistik adalah
kaedah kajian yang tidak menggunakan alat bantu. Kaedah
eksperimental pula menggunakan alat bantu. Alat bantu yang
dimaksudkan di dalam konsep eksperimental ini adalah penggunaan
program komputer yang khusus. Program komputer ini digunakan
bagi memproses data bunyi yang dimasukkan. Program komputer yang
digunakan pada masa kini adalah program Praat. Manakala kaedah
eksperimental adalah kaedah terkini yang sedang berkembang. Dalam
mengaplikasikan kaedah eksperimental ini, beberapa konsep dalam
program ini dan prosedurnya perlulah difahami. Pengetahuan ini
penting apabila kaedah ini hendak diguna pakai.
Dalam mendapatkan kemahiran menggunakan kaedah
impresionistik, persediaan untuk menerima cabaran seperti
mempelajari bahasa yang baru perlu ada. Ini kerana seseorang ahli
fonetik impresionistik perlu arif dalam mengenal pasti dimensi
artikulatori, auditori dan cara artikulatori setiap lafaz bunyi atau
sebutan yang didengar. Selain itu, proses melabel juga perlu dikuasai
sesuai dengan simbol fonetik yang menjadi sandaran dalam pelabelan,
iaitu IPA. Kecekapan ini perlu juga disokong dengan kepekaan
mashatta68@yahoo.com | 0109749867
129
Fonetik Eksperimental
telinga dalam membezakan setiap bunyi yang didengar. Ini kerana
seandainya kesilapan berlaku dalam mana-mana langkah prosedur
yang dilakukan dalam kaedah ini, dapatan yang akan diperoleh akan
salah dan menyebabkan pengambilan tempoh masa yang panjang
untuk diperbetulkan. Ini berbeza dengan kaedah kajian eksperimental
kerana setiap data bunyi mampu divisualisasikan dengan bantuan
program khusus, iaitu Praat. Kecekapan mendengar boleh dikatakan
bukan satu-satunya elemen utama untuk mengenal pasti cara
artikulasi bunyi (manner of articulation) kerana grafk yang dipaparkan
akan membantu pengkaji sekurang-kurangnya mengenal pasti cara
artikulasi bunyi yang dihasilkan. Walau bagaimanapun sekiranya
ahli fonetik eksperimental mempunyai kecekapan mendengar
dan membezakan bunyi, ini dianggap kelebihan dalam kajian
eksperimental. Berbanding dengan kajian yang menggunakan kaedah
impresionistik, kaedah eksperimental tidak terlalu terdedah dengan
kesilapan kerana kelebihan penggunaan program khusus di peringkat
awal kajian selain ujian persepsi penutup kajian. Ini merupakan antara
sebab yang menjadikan dapatan kajian yang menggunakan kaedah
eksperimental dapat dipertanggungjawabkan.
5.6 Latihan
1. Huraikan apa yang dimaksudkan dengan konsep
impresionistik.
2. Bincangkan keperluan yang perlu dipenuhi untuk menjadi
seseorang ahli fonetik impresionistik.
3. Huraikan asas tanggapan ke atas bunyi dalam kajian
impresionistik.
4. Namakan tokoh-tokoh kaedah impresionistik di Malaysia
dan bincangkan kajian-kajian yang mereka jalankan.
mashatta68@yahoo.com | 0109749867
130
Fonetik dan Fonologi
5. Dengan menggunakan kaedah kepustakaan bincangkan
sebab-sebab mengapa kaedah eksperimental lambat
berkembang di Malaysia?
6. Bincangkan kelebihan rakaman dengan DAT?
7. Huraikan maksud manipulasi data bunyi dalam kaedah
eksperimental.
8. Huraikan konsep-konsep yang berikut (a) stilisasi, (b)
makrointonasi, (c) mikrointonasi, (d) salinan, dan (e) ujian
persepsi.
9. Bincangkan garis pemisah antara kaedah kajian fonetik
impresionistik dan eksperimental.
10. Hashim Musa dan Asraf Abdul Wahab adalah tokoh Malaysia
yang melakukan analisis dengan kaedah impresionistik.
Bincangkan skop kajian kedua-dua mereka dan sejauh
mana kedua-duanya berkongsi dapatan dalam kajian yang
dilakukan.
11. Fonetik eksperimental adalah kaedah kajian baru.
Bincangkan prosedur yang lazim diambil apabila seseorang
pengkaji mengaplikasi kaedah ini dalam kajiannya.
12. Bincangkan dapatan kajian fonetik eksperimental yang
dilakukan oleh Amran Halim, Wong, E., dan Indirawati
Zahid. Sejauh mana dapatan mereka dapat dikatakan selari.
13. Pada pendapat anda adakah kepakaran menganalisis dengan
kaedah impresionistik sudah mencukupi untuk seorang
pengkaji dalam bidang fonetik akustik?
14. Bincangkan kelebihan kaedah kajian eksperimental
berbanding dengan kaedah kajian impresionistik.
mashatta68@yahoo.com | 0109749867
131
Fonetik Eksperimental
15. Lakukan eksplorasi program Praat. Teliti kandungan program
ini dan bincangkan kelebihan program ini dari sudut
pandangan pengkaji fonetik akustik.
16. Pemaparan spektrogram di dalam program memperlihatkan
forman bunyi yang terhasil. Dengan membuat rujukan yang
relevan, bincang fungsi forman yang dipaparkan.
17. Manipulasi data bunyi boleh dilakukan dalam Praat.Bincang
kelebihan teknik ini.
18. Ujian persepsi melibatkan sejumlah responden. Apakah
kelebihan ujian persepsi yang dilakukan dengan melibatkan
responden?
19. Rakamkan satu data bunyi. Perlihatkan perbezaan data bunyi
yang asli dan salinan yang dihasilkan. Nyatakan perkara yang
perlu diambil kira semasa menghasilkan salinan.
20. Bincangkan bentuk ujian persepsi yang boleh dilakukan
dalam kaedah eksperimental.
mashatta68@yahoo.com | 0109749867
mashatta68@yahoo.com | 0109749867
Fonetik Akustik
Bab 6
6.1 Fisiologi dan Fonetik Artikulasi
Fisiologi adalah sains fungsi-fungsi badan, iaitu bagaimana
bahagian-bahagian tubuh bekerja (Gerald J. Tortora & Sandra
Reynolds-Grabowski 2003: 2). Secara umumnya, struktur fsiologi
ujaran bermula dengan pengembangan dan penguncupan paru-paru
yang menggerakkan udara keluar masuk melalui rongga mulut atau
hidung. Ini berlaku dengan pergerakan menaik dan menurunnya
diafragma yang terletak di bahagian bawah kawasan paru-paru
manusia. Pergerakan menaik dan menurun diafragma ini disebabkan
oleh adanya proses penegangan dan pengenduran otot-otot
diafragma (Lieberman, P., et al.,1993: 9).
Lebih seratus otot mengawalnya secara langsung dan berterusan
semasa pengwujudan gelombang bunyi yang menghasilkan ujaran
mashatta68@yahoo.com | 0109749867
134
Fonetik dan Fonologi
(Lenneberg, 1967). Ringkasnya hubungan di antara fsiologi
dan kajian akustik ini terletak pada bagaimana otot-otot dan
organ-organ ini saling memainkan peranan dalam menghasilkan
pengaliran udara dari paru-paru ke rongga mulut bagi membentuk
bunyi-bunyi suara yang bermakna.
6.1.1 Organ-organ yang Menghasilkan Bunyi Ujaran
Apabila otot-otot diafragma mengendur, maka paru-paru
mengembang, menyebabkan udara disedut masuk ke dalam
paru-paru. Pada dasarnya, aktiviti ujaran memerlukan kawalan
secara sedar penutur terhadap pergerakan keluar masuk udara ke
dalam paru-paru secara efsien dan teratur, di samping perbuatan
demikian juga mengawal keperluan bekalan oksigen untuk tubuh.
Pergerakan udara ini dimanfaatkan sepenuhnya oleh organ-organ
pertuturan khususnya di dalam peti suara dan dalam rongga mulut.
Mekanisme di kedua-dua daerah inilah yang banyak memainkan
peranan dalam penghasilan bunyi- bunyi bahasa.
1. Peti Suara
Peti suara terletak di antara bahagian trakea dan penghujung
farinks. Ini memungkinkan penyuaraan bunyi kerana di
sinilah terletaknya pita suara yang berfungsi mewujudkan
gelombang-gelombang bunyi apabila pita suara bergetar (Clark,
J., et al., 1994: 38). Pentalunan gelombang bunyi juga bermula
di sini, iaitu sebelum ia disaring dalam rongga mulut atau
hidung.
Penyaringan ini merujuk kepada cara dan daerah berlakunya
artikulasi bunyi berkenaan. Ia juga merujuk kepada maksud
penyaringan akustik dalam rongga mulut atau hidung. Pantulan
gelombang bunyi dari rongga kerongkong tadi diubah suai
menjadi bunyi-bunyi khusus dan berbeza berdasarkan cara
mashatta68@yahoo.com | 0109749867
135
Fonetik Akustik
dan daerah yang terlibat dalam proses pengartikulasiannya
(Lieberman, P., 1975: 59).
Pita suara itu terletak di dalam larinks. Otot-otot di bahagian
aritenoidnya boleh direnggang dan dirapatkan. Secara tidak
langsung pergerakan ini mempengaruhi pita suara untuk sama
ada menjadi renggang ataupun rapat. Kedudukan renggang dan
rapatnya pita suara pula mempengaruhi bunyi-bunyi bersuara,
tak bersuara, berbisik, serak, dan bunyi letupan glotis. Farinks
pula bertindak sebagai bekas bagi menampung udara yang boleh
menghasilkan getaran berdasarkan getaran yang berlaku di pita
suara.
Getaran berlaku bersambung dari pita suara dan terus-menerus
hingga ke bahagian atas farinks. Lelangit lembut
mempengaruhi bunyi yang terhasil bagi menjadikannya bunyi
oral, sengau ataupun bunyi yang disengaukan. Perubahan bentuk
lidah mempengaruhi kualiti bunyi yang dihasilkan.
2. Bibir
Bibir dibentuk oleh otot dan membran mukus yang kaya
dengan saluran darah. Bibir memainkan peranan penting
dalam menghasilkan bunyi bahasa. Bibir mempengaruhi
panjang dan bentuk saluran suara dengan cara dibundarkan dan
dihamparkan. Perbezaan pada bentuk bibir akan menghasilkan
bunyi yang berbeza-beza. Bibir yang dihamparkan
menghasilkan bunyi-bunyi vokal hadapan manakala bibir yang
dibundarkan menghasilkan bunyi- bunyi vokal belakang.
Pendengar boleh mendapat maklumat tentang apa yang
diujarkan oleh penutur dengan cara melihat bibir atau raut
wajah penutur. Pada masa yang sama, pendengar dapat
mendengar suara penutur itu melalui bacaan bibir, seperti
yang dilakukan oleh orang pekak. Hal ini lebih berpengaruh
mashatta68@yahoo.com | 0109749867
136
Fonetik dan Fonologi
dan berkesan dalam komunikasi pertuturan. Satu cara lagi
bagaimana bibir dan pipi dapat mempengaruhi komunikasi
pertuturan ialah bentuk dan ekspresi mukanya dapat
menggambarkan emosi seseorang penutur itu.
Bibir Hampar
Bibir Bundar
Rajah 6.1: Menunjukkan Bentuk bibir dengan Bunyi
Vokal yang Dihasilkan.
3. Lidah
Lidah adalah bahagian yang paling feksibel. Hujung, tengah
dan depan lidah boleh bergerak ke belakang, ke depan, ke
atas dan ke bawah. Perubahan bentuk dan kedudukan lidah
mempengaruhi kualiti bunyi yang dihasilkan. Sebagai contoh,
apabila lidah rapat ke dinding belakang farinks dan arus aliran
udara keluar melaluinya, maka ia menghasilkan bunyi farinks,
dan apabila belakang lidah menyentuh uvula maka terhasillah
pula bunyi uvula dan sebagainya.
mashatta68@yahoo.com | 0109749867
137
Fonetik Akustik
Rajah 6. ? : Saluran Vokal (berdasar Rogers, H.,:2000)
Lelangit Keras
Lelangit Lembut
Uvula
Farinks Nasal
Farinks Oral
Farinks
Laringial
Farinks
Bibir
Dinding Faringial
Rongga Nasal
Epiglotis
Halkum
Larinks
Pita Suara
Trakea
Esofagus
Gigi
Rongga Mulut
Rajah 6.2: Saluran Vokal (berdasarkan Rogers, H.,: 2000)
4. Telinga
Getaran udara yang keluar dari mulut penutur ini seterusnya
mengenai gegendang telinga pendengar. Gegendang telinga
adalah amat sensitif kepada tekanan getaran udara. Ia akan
bergetar selari dengan getaran udara yang memukulnya.
Penerimaan bunyi-bunyi di gegendang telinga adalah proses
terawal dalam hal penanggapan tuturan oleh otak pendengar. Di
sinilah pendengar membuat pilihan ke atas bunyi-bunyi yang
diterimanya. Dalam komunikasi lisan, hanya bunyi-bunyi yang
berfungsi sebagai bunyi-bunyi bahasa saja yang akan ditanggap
dan dianalisis. Bunyi-bunyi yang berfungsi sebagai bunyi-bunyi
bahasa inilah yang menjadi fokus kajian ahli sains fonetik.
mashatta68@yahoo.com | 0109749867
138
Fonetik dan Fonologi
6.2 Fonetik Akustik
Dalam bab-bab sebelum ini kita mendapat keterangan tentang
alat-alat artikulasi (sebutan) yang terlibat dalam proses ujaran atau
pertuturan. Dalam bab ini kita akan melihat pula kajian fonetik dan
kaitannya dengan spektrum gelombang bunyi. Inilah kajian fonetik
akustik. Fonetik akustik adalah kajian mengenai transmisi bunyi
bahasa melalui udara daripada penutur kepada pendengar. Kajian
ini melibatkan ilmu fzik. Ahli fonetik akustik mengkaji bentuk
gelombang tuturan, frekuensi dan amplitud bunyi. Ini adalah
perkara yang sama dikaji oleh ahli fzik atau jurutera akustik. Secara
ringkasnya, kajian bunyi bahasa ini melibatkan analisis gelombang
tuturan dan spektrum.
Berdasarkan defnisi yang dibuat oleh Crystal, D. (1990: 5),
istilah fonetik akustik ini bermaksud kajian terhadap ciri-ciri fzikal
bunyi bahasa yang dihasilkan di antara ruang mulut dan telinga,
iaitu antara pertuturan dan pendengaran. Keseluruhan kajian
seperti ini bergantung kepada teknik menggunakan alat yang
melibatkan mesin elektronik, ilmu fzik dan matematik. Ciri-ciri
akustik ini penting bagi menentukan bunyi yang dikaji itu tepat dan
jelas.
Mesin elektronik ini dapat menyelesaikan masalah yang
sering dihadapi, seperti dalam kasus seorang penutur yang cuba
mengujarkan dua perkataan yang hampir sama bunyinya. Ini
menyebabkan pendengar tidak dapat membezakan bunyi itu melalui
pendengaran atau auditori. Sebagai contoh, kita sukar mendengar
perbezaan sebutan bunyi perkataan kelang, helang dan kerang.
Tambahan pula apabila perkataan-perkataan ini dituturkan oleh
penutur Cina yang sukar menyebut bunyi getaran [r] yang berubah
menjadi bunyi sisian [l]. Ini merumitkan pendengar dalam
menentukan perbezaan di antara kelang ataupun kerang. Keadaan
mashatta68@yahoo.com | 0109749867
139
Fonetik Akustik
seperti ini berlaku kerana kedua-dua bunyi [l] dan [r] ini berkongsi
daerah artikulasi. Lebih merumitkan lagi apabila rakaman seperti
ini dilakukan di kawasan terbuka dan bising. Walau bagaimanapun,
melalui analisis akustik, setiap bunyi dapat dikaji dan dikenal pasti
dengan tepat.
Sebelum kita belajar ilmu fonetik akustik ini dengan lebih
mendalam, eloklah kita memahami beberapa konsep dan istilah asas
yang menjadi perkara utama dalam disiplin ini.
6.2.1 Gelombang Bunyi
Gelombang bunyi adalah suatu gangguan berkala yang bergerak
dalam suatu halaju tertentu melalui suatu medium atau ruang
dengan bentuknya tidak berubah semasa bergerak. Gelombang
secara amnya, dihasilkan oleh sumber yang bergetar. Gelombang
bunyi dapat digolongkan sebagai gelombang membujur. Gelombang
bunyi memerlukan medium untuk disebarkan. Kelajuan gelombang
itu bergantung kepada jenis mediumnya. Dalam proses penyebaran
gelombang bunyi, tenaga dihasilkan. Perubahan tekanan disebabkan
oleh kemampatan kawasan, iaitu sama ada tumpat atau kurang
tumpat.
Ada dua jenis gelombang bunyi yang dirujuk sebagai
gelombang sine, iaitu periodik dan aperiodik. Gelombang periodik
dapat dibahagikan kepada dua, iaitu gelombang periodik mudah
dan gelombang periodik kompleks. Gelombang periodik mudah
mempunyai ciri yang mengulangi pola gelombang yang sama seperti
dalam rajah berikut:
mashatta68@yahoo.com | 0109749867
140
Fonetik dan Fonologi
0.4997
0
0 0.0075291
Time (s)
-0.5
Rajah 6.3: Gelombang Periodik
Manakala gelombang periodik kompleks pula mempunyai ciri
seperti gelombang periodik mudah, iaitu perulangan pola gelombang
yang sama tetapi ia melibatkan gabungan sekurang-kurangnya dua
gelombang sine yang berbeza di dalamnya seperti dalam rajah berikut:
Gelombang
periodik
mudah
Gelombang
periodik
kompleks
TIME
200Hz
Fo=200Hz
A
m
p
l
i
t
u
d
e
Rajah 6.4: Gelombang Periodik Mudah dan Kompleks
Apabila digabungkan, maka kita dapati gelombang periodik kompleks
seperti berikut:
mashatta68@yahoo.com | 0109749867
141
Fonetik Akustik
Gabungan dua
gelombang sine
yang berbeza
frekuensi
Time
A
m
p
l
i
t
u
d
e
Rajah 6.5: Gelombang Periodik Kompleks
Gelombang aperiodik juga terbahagi kepada dua, iaitu yang dipanggil
aperiodik bersinabung atau aperiodic continous dan aperiodik alihan
atau aperiodic transient. Yang pertama merujuk kepada bunyi bising.
Keadaan ini adalah variasi dalam tekanan udara yang bersifat rawak
dan tidak memperlihatkan perulangan pola. Nama yang diberikan
kepada keadaan gelombang ini ialah bising putih atau white noise.
Rajah 6.6: Gelombang Bising Putih
Gelombang aperiodik alihan pula merujuk kepada keadaan gelombang
yang amat pendek durasinya. Walaupun keadaan gelombang ini
kelihatan seperti periodik, iaitu terdapat turun naik seakan-akan
berpola, tetapi yang membezakan gelombang ini dan gelombang
mashatta68@yahoo.com | 0109749867
142
Fonetik dan Fonologi
periodik ialah pergerakannya yang lebih cepat tamat, bagi
memungkinkan terbentuknya pola yang seterusnya. Grafk gelombang
ini adalah seperti yang berikut:
Rajah 6.7: Gelombang Periodik Alihan
6.2.2 Tempo
Tempo atau durasi adalah satu lagi ciri akustik. Perkataan tempo
bermakna masa dalam bahasa Latin. Secara kebetulan makna tempo
hampir sama dengan perkataan tempoh dalam bahasa Melayu. Setiap
bunyi sama ada vokal atau konsonan mempunyai masa durasi yang
berbeza-beza. Tempo lazimnya diukur dalam unit saat (s).
6.2.3 Harmonik
Istilah harmonik merujuk kepada komponen dalam gelombang
periodik kompleks. Harmonik yang paling rendah frekuensinya
dinamakan sebagai fundamental atau dikenali juga sebagai harmonik
pertama. Frekuensi ini dikenali sebagai frekuensi fundamental
(F0). Frekuensi setiap harmonik ialah jumlah gandaan daripada
mashatta68@yahoo.com | 0109749867
143
Fonetik Akustik
frekuensi fundamental misalnya jika harmonik pertama mempunyai
frekuensi 70 Hz, harmonik kedua mempunyai frekuensi 140 Hz
dan yang ketiga 210 Hz. Frekuensi sesuatu harmonik fundamental
menentukan kelangsingan yang kita dengar (Rogers, H.,:2000).
Keadaan ini tidak bererti seandainya dikatakan ada harmonik kelima
dalam satu gelombang periodik kompleks maka ini bererti terdapat
empat harmonik lain sebelumnya. Tetapi penyataan ini bermaksud
bahawa frekuensi bagi harmonik yang berkaitan itu adalah lima kali
nilainya berbanding dengan frekuensi fundamental.
Rajah 6. ?: Harmonik ( berdasarkan Rogers,H.,:2000)
Harmonik ke-10
Harmonik pertama
Harmonik ke-10
Rajah 6.8: Harmonik (berdasarkan Rogers, H.,: 2000)
6.2.4 Kelangsingan
Kelangsingan atau pitch adalah nilai tinggi dan rendah nada yang
dipersepsikan oleh khalayak yang mendengar. Frekuensi fundamental
(F0) pula adalah parameter yang merujuk kepada kelangsingan dalam
signal akustik. Parameter ini diukur dalam unit Hertz (Hz). F0 ini
berkadar songsang dengan tempo (masa). Formula yang digunakan
bagi mengira nilai F0 ini adalah F0 = 1/T. Melalui formula ini, lebih
mashatta68@yahoo.com | 0109749867
144
Fonetik dan Fonologi
pendek tempo maka lebih tinggi kelangsingan yang dipersepsikan.
Apabila tempo yang diambil lebih panjang, maka kelangsingan yang
dipersepsikan menjadi lebih rendah.
6.2.5 Kitaran Gelombang
Satu ftur penting dalam gelombang sine adalah keadaannya yang
menunjukkan perulangan. Keadaan ini dideskripsikan sebagai siri
kitaran atau gelombang. Perhatikan grafk di bawah. Ukuran ayunan
per saat disebut frekuensi. Unit bagi frekuensi adalah hertz (Hz).
Satu hertz adalah satu ayunan lengkap per saat. Kaitan antara
masa (T) dan frekuensi adalah T = 1/F0. Tempo bagi satu kitaran
dinamakan period. Tempo sering kali diwakili dengan huruf besar
(T) dan diukur dalam unit saat (s) atau milisaat (ms). Frekuensi pula
adalah bilangan kitaran per saat. Frekuensi diwakili oleh huruf (F0)
sama ada huruf besar atau huruf kecil. Hubungan yang wujud antara
F0 dengan tempo adalah berkadar songsang.
Garis anak panah yang menegak menandakan puncak
(amplitud)
Garis anak panah yang mendatar menandakan satu
kitaran
1 period
Rajah 6.9: Kitaran Gelombang
mashatta68@yahoo.com | 0109749867
145
Fonetik Akustik
Tempo untuk satu kitaran dinamakan period, iaitu dari puncak
kitaran pertama kepada puncak kitaran kedua, kepanjangan
gelombang, merujuk kepada jarak sempurnanya satu kitaran
disimbolkan dengan huruf Greek, (lambda). Sebagai contoh,
gelombang sine di atas ialah 500 Hz, ini bererti T=1/500, 0.002 saat
bagi tempo satu kitaran. Kepanjangan gelombang juga memainkan
peranan yang penting dalam hubungannya dengan frekuensi. Lebih
pendek kepanjangan gelombang, maka lebih tinggi frekuensinya. Ini
adalah berasaskan formula halaju (c) = f x yang juga menandakan:
f = c / dan = c/f
Contohnya, apabila gelombang 500Hz mempunyai halaju 340 meter
per saat, maka kepanjangan gelombangnya adalah 0.68 meter ( =
340/500).
6.2.6 Kelantangan Suara
Kelantangan suara atau loudness adalah istilah teknikal mengenai
kekuatan suara yang bergantung kepada kuantiti tenaga yang
dibawa bersama gelombang. Ia adalah kadar kekuatan atau keamatan
bunyi yang dipersepsikan oleh pendengar. Intensiti adalah parameter
yang merujuk kepada kelantangan yang didengar. Parameter ini
diukur dengan unit desibel (dB). Kelantangan suara ini berkaitan
dengan amplitud yang merujuk kepada pergerakan partikel udara
dalam gelombang bunyi. Amplitud ialah perbezaan tekanan udara
antara nilai kelantangan dengan nilai neutral. Lebih besar amplitud
maka lebih besar intensitinya. Ini menyebabkan bunyi yang didengar
menjadi lebih lantang. Lihat grafk di bawah yang menunjukkan
tempo masa pada catatan amplitud 1 dan -1. Amplitud dikira dari
nilai garis dasar yang ditandakan dengan 0. Bacaan frekuensi yang
berikut adalah 400Hz dan 500Hz. Perhatikan perbezaan fasa dari
segi tempo lengkapnya kitaran gelombang.
mashatta68@yahoo.com | 0109749867
146
Fonetik dan Fonologi
Amplitud f=500hz f=400hz
Masa Masa
0 0 0
1 0.5 0.625
0 1 1.25
-1 1.5 1.875
1 2.0 2.5
Jadual 6.1: Perbezaan Fasa Kitaran Gelombang
Rajah 6.10: Graf Perbezaan Masa
6.2.7 Kualiti Suara
Apa yang membezakan satu bunyi daripada yang lain adalah
disebabkan oleh kesan resonans dan struktur di bawah larinks.
Tetapi pada bahagian yang dipanggil kualiti bunyi, iaitu sifat khusus
bunyi yang dihasilkan oleh suara tertentu atau alat nyanyian (timbre),
adalah bergantung kepada cara lipatan vokalnya bergetar. Perbezaan
yang ketara dalam bunyi adalah frekuensi utama yang dirasai sebagai
nada atau pitch oleh pendengar. Perbezaan yang lain pula adalah
mashatta68@yahoo.com | 0109749867
147
Fonetik Akustik
keadaan bagaimana rapatnya dua lipatan vokal itu sama ada yang
hampir sama ataupun yang tidak teratur yang berlaku di sepanjang
sisi lipatan.
Apabila satu atau kedua-dua lipatan itu tidak berfungsi,
penggantian harus dilakukan bagi menghasilkan bunyi. Kadang-
kadang lipatan pita suara boleh bergetar lebih daripada setengah
ruang untuk bertemu dengan hentian yang lain. Apabila sebahagian
atau semua larinks dibuang disebabkan oleh kanser, penutur bolehlah
belajar bagaimana menggetarkan tisu-tisu lain dari kelompok rawan
seperti parut tisu atau cricopharyngeus muscle. Beberapa penutur yang
menggunakan tisu bukan larinks, iaitu orang yang larinksnya dibuang,
dapat menggunakan sumber suara tiruan yang puncanya diletakkan
di luar bahagian leher. Keadaan ini menghasilkan satu suara yang
berkualiti mekanikal, iaitu suara tiruan.
Suara berdesir atau breathy voice terhasil disebabkan wujudnya
masalah dalam lipatan pita suara. Mereka menutup sepenuhnya
lipatan pita suara tersebut daripada bergetar dan bunyi yang
dihasilkan mengeluarkan udara yang membentuk gelombang bunyi,
iaitu yang disebabkan oleh tekanan udara yang terpantul. Manakala
suara serak ataupun parau terhasil disebabkan oleh ketidakteraturan
dalam lipatan pita suaranya.
Apabila lipatan pita suara terganggu, iaitu semasa mengalami
selesema dan sakit tekak, suara menjadi serak. Serak juga boleh
berlaku disebabkan penyalahgunaan pita suara yang menyebabkan
terlalu banyak ketegangan berlaku dalam larinks yang seterusnya
menyebabkan ulser.
Perubahan yang bahaya pada alat pertuturan adalah disebabkan
oleh penyakit atau kecederaan pada rawan aritenoid yang berlanggar
antara satu sama lain. Ini juga disebabkan oleh terlalu banyak
menggunakan suara yang biasanya berlaku kepada perempuan
mashatta68@yahoo.com | 0109749867
148
Fonetik dan Fonologi
dan kadang-kadang kepada lelaki yang nodulnya mengembang di
sepanjang sisi lipatan vokal. Dalam hal ini, penghasilan bunyi yang
berfrekuensi rendah yang juga dikenali sebagai suara serak, iaitu
yang tidak boleh dilatih tetapi boleh ditunjukkan ketika bersuara.
Jika kita merapatkan larinks dan suara pada frekuensi yang sangat
rendah, kita boleh mendengar bunyi letusan udara. Ringkasnya,
sifat yang berkaitan dengan kualiti suara adalah berkaitan dengan
kebolehan seseorang itu memudahkan getarannya.
6.2.8 Resonan
Resonan merupakan ciri akustik yang penting, iaitu merujuk kepada
kecenderungan semula jadi untuk bergetar pada kadar frekuensi
yang tertentu. Misalnya apabila kita meniup permukaan mulut sebiji
botol, kandungan kaviti udara dalam botol akan bergetar pada kadar
frekuensi yang tertentu. Kadar frekuensi resonan ini bergantung
kepada kaviti udara dalam sebiji botol. Apabila kandungan air di
dalam botol dikurangkan, ini bererti kandungan kaviti udara dalam
botol menjadi lebih besar dan akibatnya apabila permukaan mulut
botol ditiup sekali lagi, kadar frekuensi resonan menjadi lebih rendah
berbanding dengan keadaan sebelumnya.
6.3 Fungsi dan Peranan Peralatan Makmal dalam
Kajian
Sains Pertuturan
Sebelum kita mengetahui fungsi dan peranan peralatan makmal
dalam kajian fonetik adalah penting untuk kita mengetahui apakah
ruang lingkup kajian sains pertuturan ini. Bidang fonetik adalah
subdisiplin sains pertuturan. Bidang ini melibatkan kajian yang
sistematik dan terperinci tentang fsiologi pertuturan dalam
penghasilan bunyi bahasa. Kajian ini melibatkan kajian dari sudut
mashatta68@yahoo.com | 0109749867
149
Fonetik Akustik
signal akustik pertuturan dan juga persepsi pendengaran akan bunyi
pertuturan oleh pendengar (Shriberg dan Kent 2000: 305).
Peralatan yang digunakan di dalam makmal adalah berbeza
mengikut tujuan kajian dalam sains pertuturan itu. Satu perkara
yang menarik adalah alat-alat ini bukan saja terhad pada makmal
sains pertuturan saja, malah digunakan juga dalam bidang perubatan
bagi membantu doktor membuat diagnosis yang melibatkan organ
seperti telinga, hidung dan tekak, dan juga bidang disiplin perubatan
lain (Moya dan Anne 2002:164). Alat yang digunakan dalam makmal
ujaran, secara umumnya boleh dibahagikan kepada dua kategori, iaitu:
1. Alat bagi menganalisis input akustik ataupun fsiologi
ujaran.
2. Alat bagi menganalisis output bagi mengumpul data dari
pelbagai sumber.
Kemajuan teknologi digital meningkatkan kualiti peralatan bagi
menganalisis input dan output ini. Walaupun alat ini dibahagikan
kepada dua bahagian, tetapi kedua-duanya digunakan bagi
menganalisis sampel di dalam makmal. Rujuk rajah 6.11 untuk contoh
satu peranggu alat menganalisis signal akustik di dalam makmal.
Rajah 6.11: Peranggu Peralatan
mashatta68@yahoo.com | 0109749867
150
Fonetik dan Fonologi
Rajah di atas dipetik daripada http://www.enl.auth.gr/phonlab/
phonological_develop.html. Satu peranggu peralatan bagi
menganalisis akustik di dalam makmal. Gambar menunjukkan
mikrofon, pre-amplifer, perakam digital audiotape dan komputer yang
mengandungi software tertentu untuk analisis akustik.
6.4 Alatan untuk Menganalisis Input Akustik ataupun
Fisiologi Ujaran
6.4.1 Mikrofon
Mikrofon adalah satu alat pengumpul bunyi yang sangat responsif
terhadap gelombang tekanan yang dikenakan oleh gelombang bunyi
pada molekul udara. Mikrofon juga berfungsi bagi menukarkan variasi
tekanan gelombang bunyi yang menggetarkan molekul udara tadi
kepada signal elektrik. Terdapat dua jenis mikrofon yang khusus untuk
sesuatu situasi.
1. Mikrofon sehala yang diletakkan beberapa meter jauhnya
dari penutur. Nisbah pemancaran signal bunyi kepada
kebisingan latar adalah tinggi.
2. Mikrofon pelbagai arah adalah sensitif pada semua jenis
bunyi dan juga bunyi pertuturan.
6.4.2 Alat Perakam
Alat perakam digunakan bagi merakam bunyi dan mempunyai
pelbagai spesifkasi bagi memudahkan para pengkaji membuat
rakaman, dan mempunyai fungsi yang boleh memainkan semula,
memadam, merakam dan juga mempunyai tindak balas frekuensi
suara yang bersesuaian dengan jalur lebar frekuensi ujaran, serta
mashatta68@yahoo.com | 0109749867
151
Fonetik Akustik
mempunyai meter untuk intensiti bunyi (iaitu kekuatan atau
keamatan bunyi).
6.4.3 Pita Rakaman
Fungsi pita rakaman adalah bagi menerima data yang dirakam. Ada
pelbagai jenis alat perakam, iaitu bergantung kepada penggunaannya.
Dimensi sesuatu signal yang dirakam ke atas pita rakaman pula
bergantung pada jenis kepala alat perakam itu, sama ada jalur
penuh, separuh jalur atau seperempat jalur. Alat perakam yang
canggih akan lebih sensitif dan dengan mudah merakam suara sama
ada dalam jarak dekat mahupun jauh.
Perkembangan teknologi terkini membenarkan rakaman
disimpan secara digital. Digital Audio Tape (DAT) adalah direka
khas bagi merakam dan memainkan semula signal sampel suara
dalam julat frekuensi yang boleh didengar. Pada masa yang sama ia
meminimumkan bunyi bising yang tidak dikehendaki. Dengan ini,
rakaman sampel dapat dirakam dengan baik kerana nisbah signal
kepada kebisingan dapat dikurangkan (Moya dan Anne 2002 :184).
6.5 Alat Menganalisis Output yang Digunakan bagi
Mengumpul Data
dari Pelbagai Sumber
6.5.1 Osiloskop Sinar Katod
Osiloskop sinar katod (OSK) dapat menunjukkan suatu signal
dengan masa yang berbeza. Masa yang berbeza ini pula boleh
ditukarkan kepada variasi arus voltan, iaitu kepada signal elektrik.
siloskop boleh menyimpan dan memaparkan bentuk gelombang yang
dirakam. Dalam bidang fsiologi pertuturan, osiloskop juga digunakan
bagi memaparkan signal tekanan dan aliran udara dari rongga
mashatta68@yahoo.com | 0109749867
152
Fonetik dan Fonologi
oral dan nasal, iaitu signal bunyi yang dihasilkan oleh pergerakan
organ-organ artikulasi. Secara ringkasnya, alat ini boleh memaparkan
apa juga signal daripada peralatan lain dan berupaya menukarkan
signal tersebut kepada signal elektrik dengan menggunakan
transducer.
6.5.2 Alat Pemplot Graf
Alat pemplot graf ini menggunakan pena atau alur cahaya bagi
menanda bentuk gelombang di atas kertas dalam kelajuan malar.
Alat ini digunakan bergantung kepada kajian ujaran sama ada ia
melibatkan analisis ujaran yang mempunyai kadar kelajuan yang
tinggi ataupun rendah. Ini disebabkan pena pemplot graf itu tidak
berupaya menanda data yang terlalu laju daripada kelajuan yang telah
ditetapkan. Oleh sebab itu pena alur cahaya lebih sering digunakan.
6.5.3 Penganalisis Masa Ujaran Sebenar
Penganalisis masa ujaran sebenar adalah bertujuan bagi memaparkan
perubahan spektrum gelombang kompleks dalam tiub sinar katod.
Sumbernya boleh dikumpul daripada mikrofon, ataupun alat perakam
suara.
6.5.4 Spektrograf
Spektrograf berfungsi bagi menterjemah bunyi ke dalam bentuk
visual yang boleh dilihat, iaitu ke dalam bentuk komunikasi frekuensi.
Ini bertujuan agar perbezaan bunyi vokal, sengau dan sisian dapat
dilihat. Kualiti vokal boleh dinilai melalui analisis spektrografk
serta boleh mentafsir cara artikulasi untuk bunyi konsonan
seperti letupan, frikatif, geluncuran dan sebagainya. Spektrogram
dibahagikan kepada dua, iaitu spektrogram jalur sempit dan lebar.
mashatta68@yahoo.com | 0109749867
153
Fonetik Akustik
Kedua-duanya berbeza berdasarkan keperluan program analisis.
Spektrogram jalur sempit memberikan resolusi frekuensi yang baik
dan setiap satu harmonik lebih jelas terlihat. Manakala spektrogram
jalur lebar pula mempunyai paparan resolusi masa yang baik dan
kita dapat melihat garis-garis hitam mendatar yang dikenali sebagai
forman. Rajah di bawah memperlihatkan perbezaan yang dinyatakan
(Rogers, H,. 2000:151-152).
Rajah 6.12: Spektrogram Jalur Sempit bagi Ujaran 'a pony cart'
(berdasarkan Rogers, H., : 2000)
mashatta68@yahoo.com | 0109749867
154
Fonetik dan Fonologi
Rajah 6.13: Spektrogram Jalur Lebar bagi Ujaran 'a pony cart'
(berdasarkan Rogers, H., : 2000)
6.5.5 Forman
Forman adalah tumpuan tenaga akustik dalam jalur frekuensi
tertentu, terutamanya dalam ujaran. Dalam spektrogram, forman
dibaca dari arah bawah ke atas dengan forman 1 yang paling
bawah, diikuti forman 2 dan yang seterusnya. Manakala kadar
kekuatan tenaga yang digunakan bagi melafazkan sesuatu bunyi
boleh dilihat dengan gambaran bar yang lebih gelap kepada yang
kurang. Keadaan seperti ini menandakan tenaga akustiknya kian
melemah. Frekuensi forman ditentukan oleh bentuk dan saiz mulut
serta farinks. Walau bagaimanapun, ada kalanya dalam kes-kes
tertentu, ia ditentukan juga oleh rongga hidung. Dalam analisis
akustik, bacaan forman dinamakan secara numerikal seperti forman
1, 2 atau 3 yang kelihatan kehadirannya dalam spektrogram, garis
mashatta68@yahoo.com | 0109749867
155
Fonetik Akustik
mendatar gelap arah ke atas. Forman menandakan kluster harmonik
dengan intensiti yang tinggi berbanding dengan harmonik lain di
sekitarnya. Forman secara khususnya digunakan untuk membezakan
vokal. Frekuensi sesuatu forman menentukan kualiti vokal.
Forman 2
Forman 1
Rajah 6.14: Bacaan Forman Spektrogram
6.5.6 Komputer Digital dalam Makmal untuk Mengkaji
Sains Ujaran
Penggunaan komputer digital dalam sains ujaran adalah signifkan.
Peranan komputer digital adalah penting dalam kajian fonetik
akustik. Komputer digital ini dapat memaparkan keseluruhan
bentuk gelombang bunyi dan seterusnya memeriksa setiap segmen
bentuk gelombang itu. Ia juga berfungsi sebagai alat suntingan
kepada gelombang ujaran yang dikaji. Selain daripada itu, ia
juga dapat memotong bahagian-bahagian tertentu dalam bentuk
gelombang tersebut dan menukarkan dimensi gelombang bunyi tadi
kepada amplitud, dimensi spektral ataupun dimensi temporal.
Komputer digital ini juga dapat mengekstrak dan memaparkan
parameter signal yang diprogramkan. Malah signal analog dapat
ditukarkan kepada signal digital oleh penukar digital di samping
merakam respons individu, mengukur tempoh tindak balas dan
menyukat amplitud signal yang diprogramkan.
mashatta68@yahoo.com | 0109749867
156
Fonetik dan Fonologi
6.6 Aspek Jantina dan Umur dalam Kajian Fonetik Akustik
Bunyi pertuturan manusia mengandungi beberapa jenis maklumat
termasuklah maklumat tentang penutur yang menuturkan bunyi
tuturan tersebut (Kent & Read 2002: 189, Scherer & Gile 1979: 79).
Melalui pendengaran atau mendengar beberapa patah perkataan
daripada pertuturan seseorang, kita sudah boleh meneka latar
belakang penutur tersebut, iaitu seperti jantina, umur, emosi, latar
belakang bahasa ataupun keadaan kesihatan seseorang itu. Tetapi
apakah perbezaan yang dapat dikesan jika dilihat dalam medium
jaluran spektra frekuensi, iaitu dengan kata lain dalam medium
analisis spektrografk. Jadi, salah satu objektif kajian fonetik akustik
ini adalah untuk menguji dan mengenal pasti pertalian akustik
dengan ciri-ciri penutur, iaitu kaitannya dengan jantina dan umur
(Mardian Shah 2008).
Suara atau bunyi tuturan penutur perempuan dan lelaki adalah
berbeza dalam banyak perkara. Aspek jantina dan umur ini perlu
diambil kira dalam kajian fonetik akustik seperti ini kerana secara
fsiologinya terdapat perbezaan-perbezaan yang ketara dalam
penghasilan bunyi pertuturan lelaki dan perempuan (Kent & Read
2002: 189-191).
Feiguora (1994: 56) berpendapat bahawa unit semula jadi bagi
taksonomi sosiolinguistik bukanlah hanya pada bahasanya sahaja
malah komuniti bahasa itu juga. Dua elemen ini, iaitu bahasa dan
penutur perlu dikaji seiring. Seperti yang dikatakan oleh Yule (1985),
Hudson (1996), Wardhough (1998), Nor Hashimah Jalaludin (1996),
bahasa dan masyarakat merupakan dua perkara yang tidak dapat
dipisahkan. Ini adalah kerana sesuatu pertuturan itu adalah tingkah
laku sosial dan sekali gus mempunyai ciri dan fungsi sosial, ia bukan
sahaja sebagai alat perhubungan malah merupakan satu cara terbaik
mashatta68@yahoo.com | 0109749867
157
Fonetik Akustik
untuk mengenal sesuatu kumpulan atau masyarakat sosial tersebut
(Milroy 1995: 2).
Peterson & Barney (1952: 104) berpendapat, iaitu dalam
kajian mereka terhadap pengaruh penggunaan bunyi vokal bahawa
ujaran bunyi vokal dalam sesuatu kata bagi seseorang penutur itu
akan dipengaruhi oleh latar dialek mereka dan pertuturan mereka
mungkin berbeza dalam dua perkara, iaitu kualiti fonetiknya dan
ciri-ciri yang boleh diukur dari perkataan yang diujarkan oleh
penutur yang berbeza latar belakangnya. Sementara itu, pendengar
pula akan dipengaruhi oleh cara mereka mengenal pasti sesuatu
bunyi itu yang berdasarkan pengalaman lalu mereka. Jadi, dalam
kajian bunyi bahasa, perkara-perkara seperti ini sudah pasti
tidak boleh dielak atau diketepikan. Data spektrogram dapat
memperlihatkan perbezaan jaluran frekuensi yang terhasil di antara
seorang penutur dengan seorang penutur yang lain.
6.7 Jantina dan Umur sebagai Penanda Sosial
Penanda sosial seperti jantina dan umur boleh diambil dan dianggap
sebagai penanda sosial yang paling asas. Ia dapat dijadikan sebagai
kayu ukur untuk melihat variasi dan kepelbagaian akustik bunyi
yang ada. Kedua-dua penanda sosial ini penting dalam kajian bunyi
tuturan kerana menurut Scherer & Giles (1979: 79) suara seseorang
itu merupakan salah satu penanda yang sangat penting kerana dapat
memberikan informasi seperti personaliti, pekerjaan, jantina dan
umur. Milroy (1995: 30) pula mengatakan bahawa walaupun terdapat
beberapa orang pengkaji yang menggunakan satu penanda sosial
sahaja dalam kajian mereka seperti Macaulay (1978), yang memilih
aspek pekerjaan, Jahangiri, (Jahangiri & Hudson: 1982) memilih
aspek pendidikan, namun, adalah lebih baik jika pemilihan penanda
sosial itu lebih daripada satu. Seperti yang dinyatakan oleh Milroy
mashatta68@yahoo.com | 0109749867
158
Fonetik dan Fonologi
(1995: 30), jika lebih daripada satu penanda digunakan, ia mungkin
lebih kepada persepsi pengkaji terhadap kepentingan relatif dalam
menunjukkan sesuatu kelebihan.
Kajian Reid (1978) dan Romaine (1984) telah memilih tiga
penanda sosial bagi kajian mereka, iaitu umur, jantina dan kelas
sosial. Selain daripada itu, dalam kajian Esling (1991) dan Holmes
(1995), masing-masing telah mengambil kira penanda sosial seperti
umur, jantina dan kelas sosial manakala Docherty & Foulkes (1995),
telah mengambil kira satu angkubah sosial yang lain, iaitu latar
kawasan (yang melibatkan bahasa atau dialek bagi kawasan asal
penutur) dalam kajian mereka selain penanda sosial seperti umur dan
jantina. Kajian-kajian di atas ini menunjukkan bahawa para pengkaji
penutur bahasa lebih mengutamakan penanda-penanda sosial seperti
umur dan jantina.
Pemilihan penanda-penanda sosial seperti di atas tadi dalam
kajian bunyi merupakan penanda sosial yang paling asas dan
melaluinya pengkaji mudah untuk melihat dan mengesan suatu
rangkaian perbezaan sosial dalam kalangan penuturnya. Holmes
(1995), dalam data kajian yang dibuat oleh Bayard dan beberapa
kajian lain yang dibuat di Britain menunjukkan bahawa latar
belakang penutur seperti umur, jantina, kelas atau status, latar
kawasan dan gaya pertuturan merupakan penanda atau variasi sosial
yang baik untuk diguna dan disesuaikan dalam kajian seperti ini. Dan
di bahagian bawah ini pula kita akan melihat kewajaran aspek jantina
dan umur ini perlu diambil kira dalam kajian fonetik akustik ini.
6.7.1 Jantina
Bentuk atau bunyi pertuturan sesuatu bahasa boleh membezakan
jantina seseorang; Yule (1985), Wardhough (1992), Milroy (1995),
Hudson (1996). Berdasarkan kajian-kajian yang lepas, ramai pengkaji
mashatta68@yahoo.com | 0109749867
159
Fonetik Akustik
masyarakat penutur bahasa mengambil kira faktor jantina dalam
kajian mereka seperti Trudgill (1974), Milroy (1981), Cheshire
(1982), Barbour & Stevenson (1990), Esling (1991), Holmes (1995)
dan Docherty & Foulkes (1995). Wax (1979) dalam Burgess (1984:
90-91) menyarankan bahawa dalam kajian yang melibatkan aspek
persekitaran dan latar budaya seseorang penutur itu, faktor jantina
ini haruslah diambil kira dalam kajian yang akan dilakukan.
Pemilihan aspek jantina ini juga adalah kerana kajian-kajian
yang dilakukan sebelum ini terutamanya di negara-negara barat,
menunjukkan bahawa aspek jantina memainkan peranan penting
dan merupakan pengaruh utama terhadap kajian bunyi bahasa
ini, terutamanya perbezaan dalam pertuturan, tatabahasa dan
konteks penggunaannya. Perbezaan ini contohnya dapat dilihat
dalam Samarin (1967: 32), yang menyatakan bahawa wanita adalah
lebih sukar untuk mengikut takat kelantangan ujaran seorang
lelaki manakala bagi Milroy (1995: 102) dan Yule (1985: 192) pula
berpendapat bahawa pertuturan wanita adalah mirip ke arah sesuatu
yang bersifat lebih prestij walaupun mempunyai status hidup yang
sama dengan penutur lelaki.
Jika diteliti secara anatominya pula, perubahan bunyi bagi
setiap individu juga bergantung kepada bentuk dan saiz organ (iaitu
alat dan daerah artikulasi yang ada pada seseorang), contohnya
panjang lelangit seseorang itu sangat berbeza dengan panjang dan
kebolehan lidah seseorang itu (Crystal 1987: 18). Di Asia, kajian
yang melibatkan perbezaan jantina seperti ini adalah amat kurang
berbanding yang terdapat di Barat. Contohnya, dalam kajian
Docherty & Foulkes (1995) terhadap bahasa Inggeris di Tyneside
England, mereka menunjukkan bahawa penekanan penggunaan
hentian glotis (glottal reinforcement) oleh penutur lelaki lebih tinggi
kekerapannya berbanding penutur wanita manakala jumlah penutur
lelaki bagi kebanyakan kumpulan yang ditandai adalah lebih tinggi
mashatta68@yahoo.com | 0109749867
160
Fonetik dan Fonologi
peratusannya dalam penggunaan hentian glotis. Mardian Shah
(2010: 30-41) contohnya, dalam kajian beliau terhadap dua urutan
vokal menunjukkan terdapatnya perbezaan ciri-ciri akustik di antara
penutur lelaki dan perempuan pada data spektrogram yang diperoleh.
Hal ini dapat ditunjukkan seperti data-data di bawah di mana kualiti
suara penutur lelaki dan perempuan adalah berbeza berdasarkan
bukaan ruang senyap (RS) yang terbentuk pada data spektrogram.
RS yang terbentuk
adalah lebih besar.
RS
Rajah 6.15: Spektrogram soal oleh Penutur Wanita Dewasa
RS yang terbentuk
pada kedudukan di
tengah kata. Jarak RS
adalah lebih kecil.
F2
F1 F1
F2
Rajah 6.16: Spektrogram soal oleh Penutur Lelaki Dewasa
mashatta68@yahoo.com | 0109749867
161
Fonetik Akustik
Holmes (1995) dalam kajiannya pula, iaitu Glottal Stops in New
Zealand English, mendapati bahawa penggunaan hentian glotis
dari kepelbagaian variasi /t/ adalah lebih kerap digunakan dalam
pertuturan kaum wanita berbanding lelaki. Begitu juga dengan
kajian yang dibuat oleh Esling (1991) terhadap Sociophonetic
Variation in Vancouver, iaitu kajian ke atas penggunaan bunyi
vokal yang juga menunjukkan bahawa terdapat perbezaan dalam
pertuturan lelaki dan wanita. Sebagai contohnya, pertuturan
lelaki dan perempuan kedua-duanya berbeza pada kedudukan
vokal tengah / /, iaitu sebagai penanda sosial, manakala penutur
perempuan pula, membezakan /e/, /i/ dan /o/, bunyi-bunyi vokal
ini tidak diubah secara signifkannya bagi penutur lelaki yang
berbeza status dan kumpulan sosio ekonominya. Oleh kerana adanya
perbezaan-perbezaan seperti ini, ahli-ahli fonetik berpendapat
bahawa penanda sosial seperti jantina ini perlu diberi perhatian dan
diambil kira dalam sesebuah kajian fonetik akustik. Ini adalah kerana
apabila pengkaji menvisualisasikan bunyi-bunyi bahasa yang telah
dirakam kepada bentuk spektra frekuensi, ia akan menunjukkan
ciri-ciri fzikal dan ciri-ciri akustik yang berbeza daripada seorang
penutur kepada penutur yang lain walaupun dalam jantina yang
sama. Ini jelas menunjukkan bahawa jantina merupakan suatu
penanda sosial yang dapat memberikan satu set perbandingan yang
jelas dalam memperlihatkan variasi bunyi pertuturan sesuatu bahasa
tersebut.
6.7.2 Umur
Satu lagi perkara yang mustahak dan harus dibincangkan di sini
ialah aspek umur penutur tersebut. Faktor ini penting kerana
dengan membuat perbandingan umur ini, seseorang pengkaji itu
akan dapat membuat suatu perbezaan dan seterusnya mengenal
pasti kepelbagaian variasi bunyi yang wujud. Menurut Bayard
mashatta68@yahoo.com | 0109749867
162
Fonetik dan Fonologi
(dalam Holmes 1995: 434-435) beliau mencadangkan bahawa umur
merupakan faktor yang baik dan berkesan dalam kajian bunyi bahasa
ini, iaitu kajian terhadap variasi bunyi. Contohnya, kajian yang telah
dilakukan ke atas variasi akhiran /t/ dalam bahasa Inggeris di New
Zealand.
Jadi, dalam kajian seperti ini, tidak dapat tidak kita perlu
mengambil kira faktor umur ini sebagai salah satu penanda
variasi ataupun yang disebut sebagai penanda sosial. Ini dapat
diperkukuhkan lagi melalui kajian Holmes (1995) yang mendapati
bahawa 24% penutur muda menggunakan hentian glotis berbanding
dengan golongan pertengahan yang hanya 14% dan 8% sahaja dalam
kalangan penutur yang berumur 70 tahun ke atas. Ini menunjukkan
bahawa penggunaan hentian glotis dalam kalangan penutur muda
di New Zealand adalah lebih kerap digunakan atau lebih tinggi
frekuensinya berbanding golongan penutur pertengahan umur.
Pada rajah di bawah pula (Mardian Shah 2010), ia menunjukkan
data spektrogram bagi dua set umur yang sama jantina, iaitu penutur
perempuan muda (16-25 tahun) dan penutur perempuan dewasa
(35-45 tahun). Daripada data-data tersebut, ia menunjukkan ruang
senyap atau penanda akustik bunyi hentian glotis yang terhasil pada
data penutur perempuan yang berumur 16 25 tahun adalah lebih
kecil berbanding penutur perempuan dewasa 35 45 tahun. Ini juga
membuktikan bahawa hentian glotis sememangnya hadir semasa
pertuturan perempuan tetapi kualiti suara atau ciri akustik yang
dipamerkan adalah berbeza di antara satu individu dengan individu
yang lain.
mashatta68@yahoo.com | 0109749867
163
Fonetik Akustik
RS yang terbentuk
adalah lebih kecil
RS
Rajah 6.17: Spektrogram soal oleh Penutur Perempuan
RS yang terbentuk
adalah lebih besar
RS
F2
F2
F1
F1
Rajah 6.18: Spektrogram soal oleh Penutur Perempuan
Cheshire (1982: 8) menyarankan bahawa bahasa atau bunyi
pertuturan golongan muda dan di peringkat pertengahan umur ini
adalah lebih konsisten berbanding dengan penutur yang lebih tua.
mashatta68@yahoo.com | 0109749867
164
Fonetik dan Fonologi
Jadi, ini akan memudahkan kerja-kerja penganalisisan data serta
kualiti data yang diperoleh juga lebih baik.
Dalam sesebuah kajian bunyi bahasa, pemilihan umur 16 tahun
ke atas bagi penutur yang dikaji adalah wajar kerana ia merupakan
suatu langkah untuk mengawal sampel bunyi pertuturan penutur
lelaki (Mardian Shah 2008). Kebiasaannya, orang lelaki mencapai
akil baligh pada umur 15 tahun. Jadi, untuk memastikan perubahan
pecah suara tidak mempengaruhi hasil rakaman dan untuk
memastikan hasil rakaman adalah terdiri daripada bunyi yang telah
mencapai kematangan bagi semua sampel penutur maka langkah
ini perlu diambil. Umumnya, jarak atau perbezaan umur bagi dua
kumpulan dibuat (contohnya 16 hingga 25 tahun dan 35 hingga 45
tahun) adalah bertujuan untuk memberikan satu set perbandingan
yang jelas (Docherty & Foulkes 1995: 350-351), iaitu yang secara
tidak langsung dapat memperjelaskan variasi dan perubahan akustik
yang ada.
Berdasarkan penjelasan di atas jelaslah kepada kita akan
kepentingan dan kegunaan penanda sosial seperti jantina dan umur
tadi dalam kajian fonetik akustik ini. Dengan adanya pengetahuan
untuk membaca bentuk jaluran spektra frekuensi, kita akan dapat
melihat dan meneliti perbezaan bentuk frekuensi tadi pada penutur
yang berbeza jantina ataupun umur. Melalui perbandingan ini pula
kita akan dapat mengenal pasti perbezaan akustik yang ada sekali gus
dapat melihat kepelbagaian fonetik dan fonologi yang berlaku. Jadi,
bidang kajian fonetik akustik ini bukanlah suatu kajian yang terhad
pencakupannya malah ia akan menjadi sangat menarik sekiranya
pengkaji membawa masuk masalah-masalah fonologi yang ada dan
diuji secara spektrografk. Sudah pasti hal ini akan menyumbangkan
satu bentuk kajian yang sangat berguna dan bernilai kepada
penyelidikan-penyelidikan bunyi bahasa pada masa-masa akan datang
selari dengan selera kemajuan sains dan teknologi yang ada kini.
mashatta68@yahoo.com | 0109749867
165
Fonetik Akustik
6.8 Ringkasan
Bidang fonetik akustik ini bukan saja berkaitan dengan transmisi
gelombang bunyi yang ditafsir oleh pendengar, tetapi ia juga
berhubungan dengan fsiologi tubuh badan. Ia berkaitan dengan
alat-alat pertuturan seseorang. Oleh sebab itu kita bukan saja mengkaji
suara yang dihasilkan, tetapi juga fungsi alat sebutannya. Ini adalah
kerana alat sebutan boleh mempengaruhi bunyi yang dihasilkan.
Justeru itu, dalam sesuatu kajian fonetik, aspek pengujaran dan
pendengaran tidaklah boleh dipisahkan. Proses menghantar dan
menerima sesuatu mesej hanya menjadi lengkap apabila ia melibatkan
tiga aspek berikut, iaitu aspek artikulasi, akustik dan auditori.
Mesej yang dihantar dan diterima itu diproses dalam
otak. Otak yang melibatkan aspek neurofsiologi, kemudiannya
menterjemahkannya kepada kita makna ujaran tersebut. Proses ini
berlaku berulang-ulang semasa pertuturan berlangsung. Pendek kata,
aspek artikulasi, akustik dan auditori ini adalah aspek yang saling
berhubungan antara satu sama lain. Sekiranya terdapat masalah
dalam salah satu sistem tersebut maka seseorang penutur itu akan
mengalami masalah pertuturan. Masalah pertuturan ini pula dapat
dibantu dengan beberapa cara terapi yang sesuai yang dikenali sebagai
terapi pertuturan.
Dalam arus teknologi canggih pada hari ini, pelbagai ciptaan
sains sudah direka cipta bagi menangani masalah seperti ini.
Bahkan kajian seperti ini juga sudah menjurus ke arah beberapa
bidang kajian lain seperti fonetik patologi, fonetik forensik dan
seumpamanya.
Dalam memperkatakan kajian seperti ini, terdapat banyak
peralatan makmal yang terlibat dan membantu para pengkaji
menyelidik pelbagai aspek bunyi pertuturan manusia. Kemajuan sains
mashatta68@yahoo.com | 0109749867
166
Fonetik dan Fonologi
dan teknologi dengan reka ciptaan terkini sudah dapat memudahkan
kerja-kerja meneliti bunyi pertuturan ini. Mesin spektrograf tidak lagi
digunakan tetapi komputer dengan perisian tertentu sudah diguna
pakai bagi memudahkan tugas-tugas para ahli fonetik bagi melihat
ciri-ciri akustik bunyi pertuturan. Banyak lagi peralatan makmal yang
terkini sudah mengambil alih mesin-mesin lama sejak spektrograf
digunakan pada tahun 1940-an dulu. Sebenarnya kajian fonetik
ini bukanlah suatu kajian primer bagi mengkaji bunyi bahasa lagi,
kerana ia adalah satu aspek kajian yang cukup luas dalam meneliti
dan menyenaraikan sifat-sifat bunyi bahasa.
Dalam kajian fonetik akustik faktor yang turut diambil kira ialah
jantina dan umur seseorang individu. Penanda sosial ini memberikan
gambaran yang tepat tentang perbezaan ciri akustik dalam bahasa.
6.9 Latihan
1. Apakah yang anda fahami tentang frekuensi dan apakah
hubungannya dengan kajian fonetik akustik?
2. Apakah hubungan kajian akustik dengan fsiologi?
3. Bersama rakan anda, bincangkan bagaimana fsiologi
manusia saling berhubungan dengan bunyi yang dihasilkan?
4. Terangkan bagaimana lidah dan bentuk bibir mempengaruhi
bunyi yang dihasilkan?
5. Labelkan rajah saluran vokal yang berikut.
mashatta68@yahoo.com | 0109749867
167
Fonetik Akustik
6. Terangkan secara ringkas bagaimana frekuensi berhubungan
dengan intensiti?
7. Senaraikan perbezaan yang ada di antara gelombang periodik
dan aperiodik?
8. Apakah pula hubungan di antara gelombang bunyi dengan
kelantangan?
9. Bagaimanakah kualiti suara dapat ditentukan?
10. Apakah yang dimaksudkan dengan harmonik?
11. Apakah signifkannya kaviti udara dalam menentukan
resonan?
12. Apakah kegunaan forman dalam analisis akustik?
13. Apakah kegunaan spektrogram jalur sempit dan jalur lebar?
mashatta68@yahoo.com | 0109749867
168
Fonetik dan Fonologi
14. Senaraikan alat-alat makmal yang anda ketahui bagi sesebuah
makmal pertuturan.
15. Bina sebuah carta alir bagi menunjukkan bermulanya
proses bunyi bahasa yang diujarkan hinggalah terhasilnya
spektrogram bagi mewakili ujaran tersebut?
16. Senaraikan tiga peranan spektrogram dalam kajian akustik
fonetik?
1 7 . Berikan tiga kelebihan penggunaan komputer digital dalam
kajian fonetik akustik?
18. Bincangkan bagaimana bibir boleh mempengaruhi
penghasilan bunyi suara?
19. Lidah memainkan peranan penting dalam menghasilkan
bunyi-bunyi konsonan. Bincang fungsi lidah dalam
menghasilkan bunyi-bunyi konsonan.
20. Cuba bezakan antara fonetik akustik dan fonetik auditori?
Kemudian terangkan apakah hubungannya dengan fonetik
artikulasi?
21. Senaraikan beberapa aspek sosial penutur yang boleh
dikaitkan dengan kajian fonetik akustik ini?
22. Bagaimana kita dapat mengenali perbezaan jantina dalam
sesuatu data spektrogram?
23. Bagaimana umur seseorang penutur itu boleh mempengaruhi
sesuatu penghasilan bunyi? Berikan contoh yang sesuai.
24. Berdasarkan rajah 6.15 dan 6.16 di atas, bincangkan
perbezaan yang dapat anda peroleh melalui perbezaan umur.
25. Bagaimana kualiti suara berhubungan dengan faktor umur
dan jantina seseorang penutur tersebut?
mashatta68@yahoo.com | 0109749867
Analisis Spektrograf
Vokal dan Konsonan
Bab 7
7.1 Ciri-Ciri Bunyi
Dalam kajian fonetik, ahli fonetik banyak memperkatakan tentang
bunyi vokal dan konsonan. Ini termasuklah cara pengujaran,
kedudukan lidah semasa pengujaran bunyi-bunyi tersebut, alat
pertuturan yang terlibat, daerah artikulasi, dan seumpamanya. Ramai
pengkaji bunyi bahasa mengetahui perkara ini. Namun adakah
mereka mengetahui ciri-ciri akustik vokal dan konsonan ini? Adakah
mereka mengetahui bentuk visual gelombang bunyi bagi kedua-dua
bunyi tersebut? Adakah mereka dapat mengenal pasti bunyi-bunyi
tersebut dalam bentuk spektra frekuensi? Oleh yang demikian,
bab ini bertujuan menunjukkan dan mengenal pasti bentuk-bentuk
gelombang bunyi vokal dan konsonan itu di atas kertas spektrogram
yang dicetak. Sebelum itu, kita belajar dahulu peranan mesin
mashatta68@yahoo.com | 0109749867
170
Fonetik dan Fonologi
spektrogram dan kaedah analisis spektrograf yang ada hubungan
dengan kajian ini.
7.2 Hubungan Kajian Fonetik dan Fonologi dengan
Sains Pertuturan
Dalam bidang kajian linguistik, disiplin fonetik sebenarnya
mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan disiplin fonologi.
Namun, kajian atau penulisan yang terdapat di Malaysia ini,
seakan mengasingkan kedua-dua disiplin ini dan jarang kita dapat
perhatikan kajian-kajian yang melibatkan kedua-dua disiplin ini
sekali gus ataupun yang menggunakan bidang kajian fonetik untuk
menjawab persoalan-persoalan fonologi.
Johnson (1997: 49) mengatakan kedua-dua bidang ini saling
berhubungan terutamanya dalam mengenal pasti representasi
sesuatu bunyi pertuturan tersebut. Menurut Hayward (2000) pula,
terdapat hubungan leksikon di dalam otak yang merepresentasikan
bunyi yang terdapat dalam sesuatu rangkaian pertuturan seseorang.
Jadi kedua-dua bidang ini, iaitu fonetik dan fonologi bertemu pada
satu titik dalam ruang lingkup penghasilan dan persepsi bunyi
pertuturan. Maka di sinilah kajian fonetik akustik dapat diguna
untuk memperjelaskan persoalan-persoalan fonologi yang ada atau
yang sukar untuk dijawab.
Melalui kajian fonetik akustik ini juga kita boleh mengkaji
sesuatu proses fonologi seperti asimilasi, geminasi, penyisipan,
devokalisasi dan seumpamanya. Justeru ini bertepatan dengan
pandangan Edwards (1997: 40) yang menyatakan bahawa fonologi
merupakan subcabang fonetik aplikasi yang tertumpu kepada
kajian-kajian yang melibatkan sistem bunyi sesuatu bahasa.
Menurut Edwards (1997) lagi, ahli fonologi boleh menggunakan
data-data artikulatori ataupun akustik daripada ahli fonetik untuk
mashatta68@yahoo.com | 0109749867
171
Analisis Spektrografi Vokal dan Konsonan
kajian mereka tetapi pendekatannya adalah sedikit berbeza.
Ini bererti data-data fonetik boleh digunakan bagi menjawab
rumus-rumus fonologi sekali gus ini dapat membantu ahli fonologi
dalam memperjelaskan rumus-rumus yang terdapat dalam kajian
masing-masing.
Dalam satu aspek yang lain bidang fonetik merupakan
subdisiplin sains pertuturan. Bidang ini melibatkan kajian yang
sistematik dan terperinci tentang fsiologi pertuturan dalam
penghasilan suara tuturan, pengkajian dari sudut isyarat akustik
pertuturan itu dan juga persepsi pendengaran terhadap bunyi
tuturan oleh pendengar (Shriberg dan Kent 2000: 305). Peralatan
yang digunakan di dalam makmal pertuturan juga adalah berbeza
mengikut tujuan kajian dalam sains pertuturan itu. Satu perkara
yang menarik ialah alatan-alatan ini juga bukan sahaja eksklusif
pada makmal sains pertuturan malah juga digunakan dalam bidang
perubatan bagi membantu doktor membuat diagnosis terutamanya
yang melibatkan organ seperti telinga, hidung, tekak dan juga bidang
disiplin perubatan yang lain (Moya dan Anne 2002 :164). Namun,
yang lebih menarik kini ialah kaedah-kaedah seperti ini juga dapat
digunakan bagi menyelesaikan isu-isu linguistik terutamanya yang
melibatkan bunyi-bunyi bahasa seperti dalam aspek fonetik dan
fonologi.
7.3 Bunyi-Bunyi Periodik dan Aperiodik
Penanda-penanda yang terdapat dalam spektrogram adalah
unsur-unsur penting yang berupa strategi pendengar bagi
menanggapi bunyi-bunyi yang diujarkan. Mengenal pasti perbezaan
antara sesuatu bunyi dengan bunyi-bunyi yang lain, yang diperlukan
oleh pendengar dalam proses penanggapan bunyi bahasa dapat
dilakukan menerusi analisis spektrograf. Strategi mengenal
pasti bunyi-bunyi menggunakan penanda-penanda akustik
mashatta68@yahoo.com | 0109749867
172
Fonetik dan Fonologi
dalam spektrograf adalah sama dengan strategi otak pendengar
menanggapi gelombang bunyi-bunyi bahasa.
Bunyi-bunyi bahasa yang hadir tanpa bunyi-bunyi bising akan
tergambar dalam spektrogram sebagai bunyi berkala atau periodik
(Gloria J. Borden, 1994: 197). Tanpa kehadiran bunyi-bunyi bising
tersebut maka menjadi jelaslah kelihatan jalur-jalur spektra hitam
yang berturutan secara harmonis. Jalur-jalur ini adalah talun-talun
yang wujud hasil daripada getaran pita suara. Jalur hitam ini juga
akan wujud lebih jelas di kawasan tertentu yang dikenali sebagai
forman bunyi. Kejelasan jalur hitam ini juga adalah disebabkan
ketinggian amplitud gelombang bunyi berkenaan. Amplitud yang
tinggi adalah ciri bunyi-bunyi yang lantang.
Bunyi-bunyi bahasa yang hadir bersama bunyi-bunyi bising
seperti mana yang tergambar dalam spektrogram dikenali sebagai
bunyi tak berkala atau aperiodik (Gloria J. Borden et. al., 1994:
197). Bunyi-bunyi bahasa yang bersifat aperiodik memperlihatkan
jalur-jalur spektranya yang hadir secara rawak dan tidak teratur.
Jaluran yang menggambarkan talunan hasil daripada getaran
pita suara ini sukar dilihat berbanding dengan jalur-jalur dalam
bunyi periodik yang lebih jelas dan teratur. Jaluran dalam bunyi
periodik lebih jelas, iaitu lebih hitam tertera dalam spektrogram
kerana getaran pita suara yang konsisten dan kuat berbanding
dengan bunyi aperiodik yang mempunyai jaluran yang tidak teratur
dan kurang jelas akibat daripada getaran pita suara yang tidak
konsisten dan lemah. Justeru kerana hakikat getaran pita suara yang
sedemikian maka bunyi periodik menggambarkan ciri-ciri kelompok
bunyi yang lebih nyaring dan jelas, iaitu seperti bunyi-bunyi vokal,
separuh vokal dan juga termasuk juga bunyi sisian [l] dan getaran [r],
diftong, dan sengau. Manakala bunyi-bunyi aperiodik diklasifkasikan
sebagai menggambarkan bunyi-bunyi hentian, geseran, dan letusan.
mashatta68@yahoo.com | 0109749867
173
Analisis Spektrografi Vokal dan Konsonan
7.4 Perbezaan Vokal dan Konsonan Menurut Perspektif
Artikulasi
Dari segi penghasilan bunyi atau artikulasinya, bunyi vokal
dihasilkan apabila udara dari paru-paru dipam keluar tanpa sekatan
di dalam rongga tekak dan rongga mulut. Manakala bunyi konsonan
pula dihasilkan apabila udara yang dipam keluar dari paru-paru
mengalami sekatan pada rongga tekak, rongga mulut, dan rongga
hidung. Selain itu, semua bunyi vokal adalah bersuara, iaitu yang
menggetarkan pita suara. Tetapi tidak semua bunyi konsonan
bersuara kerana tidak semua menggetarkan pita suara.
Bunyi vokal ditentukan oleh kedudukan lidah dan bibir. Jenis
bunyi vokal yang dihasilkan bergantung kepada tinggi atau rendahnya
kedudukan lidah dan juga bentuk bibir sama ada hampar ataupun
bundar. Jenis bunyi konsonan pula ditentukan oleh daerah artikulasi
dan cara artikulasinya. Semasa menghasilkan bunyi vokal, lelangit
lembut diangkat ke belakang dan menutupi rongga tekak untuk
menghalang udara dari masuk ke rongga hidung manakala dalam
penghasilan bunyi konsonan, lelangit lembut tidak semestinya
diangkat ke belakang bagi menghalang udara masuk ke rongga
hidung. Ada bunyi konsonan yang dihasilkan dengan membenarkan
udara masuk melalui rongga hidung, iaitu bagi menghasilkan
bunyi-bunyi sengau.
7.5 Spektrografi dan Spektrogram
Spektrograf adalah alat yang menterjemah bunyi ke representasi
visual dalam bentuk komunikasi frekuensi. Representasi cara ini
dikenali sebagai spektrogram. Spektrogram itu ditandai dengan
paksi tegak yang merujuk kepada frekuensi gelombang, dan
paksi mendatar pula merujuk kepada masa sesuatu gelombang
itu dirakamkan. Keamatan forman-forman dalam spektrogram
mashatta68@yahoo.com | 0109749867
174
Fonetik dan Fonologi
menunjukkan tumpuan tenaga yang ada pada sesuatu gelombang
bunyi tersebut. Justeru itu, analisis yang menggunakan data melalui
spektrogram ini dinamakan pula analisis spektrografk. Kaedah
spektrografk ini mula digunakan pada pertengahan abad ke-20,
iaitu satu kemajuan besar dalam bidang akustik dan pertuturan.
Selepas itu, dengan kehadiran teknologi digital dan penciptaan
komputer, teknik ini terus berkembang dengan pesat terutamanya
dalam bidang kajian sains pertuturan. Kehadiran teknologi digital
ini membolehkan penukaran maklumat dari isyarat analog kepada
isyarat digital yang lebih bersifat sensitif dan terperinci.
7.5.1 Analisis Spektrograf
Melalui analisis spektrografk ini, kita akan dapat memperoleh
maklumat-maklumat akustik yang berkaitan dengan bunyi yang
dikaji. Analisis sebegini juga dikenali sebagai analisis akustik.
Maklumat-maklumat akustik ini boleh diperoleh melalui penanda
corak gelombang spektrum yang terdapat pada frekuensi, iaitu
bentuk yang dirujuk sebagai frekuensi dalam data spektrogram.
Keadaan frekuensi atau forman-forman yang tertera pada data
spektrogram khususnya forman pertama (F1) dan forman kedua
(F2) adalah berkait rapat dengan penghasilan setiap satu bunyi
pertuturan itu. Unsur-unsur gelombang bunyi pada F1 dan
F2 menjadi penanda utama yang merujuk kepada penjenisan
bunyi-bunyi vokal, semivokal, diftong, sengau dan sebagainya. Untuk
bunyi letupan, geseran dan letusan pula, penanda akustiknya
terletak pada setiap peralihan F2 yang mengikuti bunyi-bunyi vokal
yang bersebelahan dengannya, serta komponen-komponen frekuensi
bunyi yang terhasil bersamanya.
mashatta68@yahoo.com | 0109749867
175
Analisis Spektrografi Vokal dan Konsonan
Rajah 7.1: Spektrogram Bunyi-bunyi Vokal oleh Penutur
Lelaki dengan Perbezaan pada Kedudukan Forman-forman Frekuensi.
Rajah 7.2: Spektrogram Bunyi-bunyi Vokal oleh Penutur Perempuan
dengan Perbezaan pada Kedudukan Forman-forman Frekuensi.
mashatta68@yahoo.com | 0109749867
176
Fonetik dan Fonologi
7.5.2 Forman Frekuensi sebagai Penanda Akustik
Sebagaimana dijelaskan di atas tadi, aspek akustik ini membolehkan
bunyi-bunyi ujaran divisualisasikan ke dalam bentuk gelombang
bunyi yang mempamerkan forman-forman frekuensi. Apabila data
sesuatu bunyi ujaran yang berbentuk data yang bercetak dan dapat
dilihat secara visual, maka tentulah analisis secara begini adalah lebih
sistematik dan tepat. Perbincangan mengenai bunyi-bunyi ujaran
dalam bab ini adalah didasarkan kepada maklumat yang diperolehi
daripada jaluran spektra frekuensi yang bercetak. Berdasarkan jalur
spektra frekuensi ini kita dapat dengan mudah dan jelas melihat
perbezaan akustik yang ada pada bunyi vokal dan konsonan.
Penanda
Frekuensi
Penanda
masa
Penanda
forman
Rajah 7.3: Penanda-penanda Akustik seperti Frekuensi,
Masa dan Forman
Perbezaan ciri-ciri akustik bunyi vokal dapat dilihat melalui jalur
horizontal gelap yang terbentuk pada jalur spektra frekuensi,
iaitu yang dinamakan forman. Forman ditandai oleh kepelbagaian
keterlebihan ton pada bunyi vokal. Kebiasaannya, lebih daripada
mashatta68@yahoo.com | 0109749867
177
Analisis Spektrografi Vokal dan Konsonan
satu forman wujud pada jalur spektra frekuensi. Apabila bunyi vokal
diujarkan, pita suara bergetar dengan kuat dan konsisten. Keadaan
ini menyebabkan jalur spektra frekuensi pada kertas spektrogram
kelihatan lebih jelas dan teratur.
Pada masa yang sama, apabila sesuatu bunyi vokal dihasilkan,
tumpuan tenaga adalah lebih tinggi dan kuat. Ini bermakna akan
semakin gelap jalur horizontal itu tadi, maka semakin tinggilah
tumpuan tenaga yang dikeluarkan semasa mengujarkan bunyi vokal
tersebut.
Dalam menganalisis spektrogram, forman yang di bawah sekali
dinamakan forman 1 (F1) dan forman kedua dinamakan forman 2
(F2) dan seterusnya. Nilai bagi setiap frekuensi forman diambil pada
titik tengah forman frekuensi tersebut. Nilai F1 dan F2 ini adalah
penanda akustik untuk bunyi vokal. Nilai F1 dan F2 ini juga adalah
berbeza-beza mengikut jenis bunyi vokal yang diujarkan, kerana nilai
forman ini menggambarkan terdapatnya perbezaan dan perubahan
semasa proses artikulasi berlaku.
Spektrogram
elak
Spektrogram
emas
Spektrogram
anak
Rajah 7.4: Spektrogram Menunjukkan Jalur Frekuensi yang Berbeza
bagi Bunyi-bunyi Vokal [a], [ ] dan [e] Bahasa Melayu.
mashatta68@yahoo.com | 0109749867
178
Fonetik dan Fonologi
Spektrogram
itik
Spektrogram
obor
Spektrogram
untung
Rajah 7.5: Spektrogram Menunjukkan Jalur Frekuensi yang Berbeza
bagi Bunyi-bunyi vokal [i], [o] dan [u] Bahasa Melayu.
Nilai F1 didapati rendah semasa bunyi vokal tinggi diujarkan,
dan nilai F1 adalah tinggi semasa pengujaran vokal rendah.
Ini bermaksud bahawa apabila nilai frekuensi adalah rendah,
kedudukan lidah adalah tinggi, iaitu semasa mengujarkan vokal
sempit. Seterusnya, apabila nilai frekuensi adalah tinggi, maka
kedudukan lidah adalah rendah, iaitu semasa mengujarkan
bunyi-bunyi vokal luas. Ini menunjukkan bahawa nilai F1 ini dapat
menentukan sama ada bunyi vokal yang diujarkan itu adalah
vokal tinggi (sempit) ataupun vokal rendah (luas). Sekali gus hal ini
membolehkan ahli fonetik akustik menentukan jenis bunyi vokal
yang diujarkan dengan mudah.
Untuk nilai F2 pula, nilainya didapati rendah semasa
menghasilkan bunyi-bunyi vokal belakang, iaitu apabila bibir
dibundarkan, dan nilainya adalah tinggi semasa menghasilkan
bunyi-bunyi vokal hadapan, iaitu apabila bibir dihamparkan. Ini
menunjukkan bahawa nilai forman berhubung kait dengan bentuk
bibir semasa bunyi vokal itu dihasilkan, iaitu sama ada bunyi vokal
depan ataupun belakang. Kaitan nilai-nilai F1 dan F2 ini dapat
mashatta68@yahoo.com | 0109749867
179
Analisis Spektrografi Vokal dan Konsonan
ditunjukkan dalam jadual di bawah. Jadual ini adalah berdasarkan
data spektrogram yang diambil daripada seorang penutur bahasa
Melayu.
i e a o u
F
1
290 685 740 470 455 680
F
2
2220 1970 1692 900 1333 1630
F
2
F
1
1930 1285 952 430 878 950
Jadual 7.1: Menunjukkan Nilai-nilai F1 dan F2 yang
Mewakili Bunyi-bunyi Vokal Bahasa Melayu.
Analisis ke atas forman-forman frekuensi seperti ini terutamanya
dalam pengukuran nilai-nilainya membolehkan seseorang ahli
fonetik akustik itu memplotkan gambar rajah keratan rentas lidah,
iaitu yang dibuat di atas sehelai kertas graf. Berdasarkan nilai forman
frekuensi pada gambar rajah keratan rentas lidah ini, ahli fonetik
akustik dapat menentukan kualiti bunyi vokal yang dihasilkan, iaitu
daripada individu yang berbeza.
Jika dilihat pula dari sudut tumpuan tenaga semasa proses
pengujaran, tumpuan tenaga bagi bunyi konsonan adalah lebih
rendah jika dibandingkan dengan penghasilan bunyi vokal. Apabila
kita melihat perbandingan data spektrogram yang diberikan, bunyi
vokal yang terdiri daripada gelombang periodik dapat menunjukkan
tiadanya bunyi bising pada jalur spektra frekuensi itu. Namun
begitu, bunyi bising ini dapat kelihatan pada jalur spektra frekuensi
semasa bunyi konsonan diujarkan. Ini adalah disebabkan oleh bunyi
konsonan adalah terdiri daripada gelombang aperiodik.
mashatta68@yahoo.com | 0109749867
180
Fonetik dan Fonologi
7.5.3 Bentuk Spektrum Frekuensi pada Spektrogram
Maklumat-maklumat akustik yang boleh dirujuk sebagai
penanda-penanda daerah artikulasi secara khususnya terletak
pada frekuensi, iaitu pada pola yang dirujuk sebagai frekuensi
dalam spektrogram. Keadaan frekuensi forman-forman yang
kelihatan dalam spektrogram khususnya forman pertama (F1)
dan forman kedua (F2) adalah berkait rapat dengan penghasilan
setiap satu bunyi-bunyi ujaran. Unsur-unsur gelombang bunyi di
F1 dan F2 adalah penanda utama yang merujuk kepada penjenisan
satu-satu bunyi vokal, diftong, sengau, dan juga separuh vokal. Bagi
bunyi-bunyi letupan, geseran dan letusan pula, penanda akustiknya
terletak pada setiap peralihan F2-nya yang mengikuti bunyi-bunyi
vokal yang bersebelahan dengannya serta frekuensi-frekuensi
komponen-komponen bunyi bising yang hadir bersama (Gloria J.
Borden et al., 1994: 199).
Spektrogram
balai
Spektrogram
amboi
Spektrogram
pulau
Rajah 7.6: Spektrogram Menunjukkan Jalur Frekuensi yang Berbeza
bagi Bunyi-bunyi Diftong Bahasa Melayu, kata pulau, amboi dan balai.
Dalam penghasilan bunyi konsonan ini, kedudukan titik artikulasi
dan cara artikulasi memainkan peranan penting dalam menentukan
bentuk atau ciri akustik bagi sesuatu bunyi konsonan tersebut.
mashatta68@yahoo.com | 0109749867
181
Analisis Spektrografi Vokal dan Konsonan
Jaluran spektra frekuensi bagi bunyi konsonan adalah berbeza-beza.
Bagi bunyi nasal contohnya, jaluran spektranya kelihatan
terputus-putus pada data spektrogram.
Spektrogram
nyonya
Spektrogram
nganga
Rajah 7.7: Spektrogram Menunjukkan Jalur Frekuensi yang berbeza
bagi Bunyi-bunyi Nasal Bahasa Melayu, Kata nganga dan nyonya.
Spektrogram
nenas
Spektrogram
malu
Rajah 7.8: Spektrogram Menunjukkan Jalur Frekuensi yang Berbeza
bagi Bunyi-bunyi Nasal Bahasa Melayu, kata malu dan nenas.
Dalam kasus bunyi nasal, semakin kurang jalur spektra dan kegelapan
forman bermaksud semakin ke belakang titik artikulasi. Bagi bunyi
mashatta68@yahoo.com | 0109749867
182
Fonetik dan Fonologi
bising (noise) pula, iaitu seperti bunyi geseran, jaluran spektra
frekuensinya tidak bermula dari bawah dan agak melebar. Bagi bunyi
letupan seperti [p], [t] dan [k] pula ia ditandai oleh satu bentuk garis
lurus. Bagi bunyi geluncuran pula iaitu seperti [w] dan [y], jaluran
frekuensi yang terbentuk adalah melengkung, iaitu yang bersifat
semivokal.
Spektrogram
buaya
Spektrogram
buaian
Rajah 7.9: Spektrogram Menunjukkan Jalur Frekuensi yang Berbeza
bagi Bunyi-bunyi separuh vokal [w] dan [y] Bahasa Melayu, kata
buaian dan buaya.
Bunyi hentian glotis pula ditandai oleh terbentuknya ruang senyap
(seperti yang terdapat pada gambar rajah 6.13). Sebenarnya
bunyi-bunyi konsonan adalah saling berhubungan dengan bunyi-bunyi
vokal yang bersebelahannya. Oleh yang demikian, berdasarkan
penerangan di atas kita dapat mengetahui ciri-ciri akustik yang
ada pada bunyi-bunyi vokal dan konsonan dan seterusnya dapat
membezakannya pada data spektrogram. Bagi spektrogram di bawah
ini pula, ia menunjukkan kepelbagaian jenis bunyi suara seperti bunyi
vokal, letupan, geseran, hentian dan sebagainya.
mashatta68@yahoo.com | 0109749867
183
Analisis Spektrografi Vokal dan Konsonan
Umumnya, ruang akustik antara F1 dan F2 dapat
memberikan
gambaran maklumat penentu kepada jenis vokal dan juga diftong
berkenaan. F1 yang rendah adalah penanda yang merujuk kepada
vokal-vokal sempit seperti [i, u], manakala F1 yang tinggi merujuk
kepada vokal-vokal luas seperti [a]. F2 dirujuk sebagai penanda
kepada vokal depan seperti [i, e, , a], atau vokal belakang seperti
[u, o, , a]. Di samping itu F2 juga berguna bagi menunjukkan
bunyi-bunyi sengau, membezakan setiap bunyi separuh vokal dan
bunyi-bunyi diftong. Kedudukan tinggi rendah F2 pada hakikatnya
bergantung kepada keadaan luas atau sempitnya rongga mulut yang
pada dasarnya bergantung kepada rapat renggangnya lidah kepada
lelangit dalam rongga mulut. F2 menjadi tinggi sekiranya ruang
rongga mulut berkeadaan sempit, iaitu lidah naik ke atas dan hampir
mencecah lelangit dalam rongga mulut. F2 menjadi rendah apabila
berlaku keadaan sebaliknya, iaitu ruang rongga mulut menjadi luas
atau lebih terbuka.
Ciri separuh vokal yang
membentuk lengkungan
menunjukkan hadirnya
geluncuran bunyi /w/.
Hentian yang terbentuk
pada kedudukan di antara
morfem -i.
Rajah 7.10: Spektrogram Menunjukkan kata keistimewaan.
mashatta68@yahoo.com | 0109749867
184
Fonetik dan Fonologi
Sementara itu, Rajah 7.10 ini juga menunjukkan kepelbagaian
bentuk gelombang frekuensi bagi mewakili kualiti bunyi yang
berbeza-beza bagi kata keistimewaan.
Berpandukan rajah spektrogram yang dibi nc a ng k a n, kita
dapat melihat bentuk-bentuk spektra frekuensi bunyi-bunyi yang
berbeza, terutamanya bunyi-bunyi konsonan yang tertera pada data
spektrogram setelah ia dicetak. Dengan memahami bentuk-bentuk
spektra frekuensi ini para pengkaji bunyi bahasa akan mudah
menentukan bunyi-bunyi atau huruf-huruf apakah yang diujarkan
oleh penutur atau informan yang dikaji. Sekali gus kaedah ini dapat
menyumbang kepada kajian fonetik forensik, iaitu dalam mengenal
pasti bunyi bahasa yang diujarkan oleh seseorang ataupun dalam
mengenal pasti latar belakang penuturnya.
7.6 Ringkasan
Sebenarnya banyak kegunaan kajian fonetik akustik ini dalam
kajian sains tuturan. Ia tertumpu kepada ciri-ciri fonetik sesuatu
bunyi, iaitu seperti melihat perbezaan bunyi-bunyi vokal dan
konsonan dan ia juga dapat menjelaskan aspek sosial penutur yang
mengujarkan bunyi tersebut. Seseorang ahli fonetik akustik, dapat
mengenal pasti jantina penutur tersebut. Ini adalah kerana kualiti
suara penutur perempuan adalah lebih langsing daripada suara
penutur lelaki. Hal ini dapat ditunjukkan pada data spektrogram di
mana nilai frekuensi bagi penutur perempuan adalah lebih tinggi
daripada penutur lelaki. Hal ini juga berlaku disebabkan frekuensi
adalah berkadar langsung dengan kelangsingan. Usia seseorang
penutur juga boleh dikenal pasti melalui analisis spektrogram ini.
Penutur yang lebih muda mempunyai sebutan yang lebih jelas dan
tumpuan tenaga juga adalah tinggi berbanding dengan penutur tua.
mashatta68@yahoo.com | 0109749867
185
Analisis Spektrografi Vokal dan Konsonan
Hal ini menyebabkan jalur spektra frekuensi akan kelihatan lebih
jelas untuk golongan muda berbanding dengan golongan tua.
Selain itu, memang tidak dapat dinafkan bahawa kajian
terhadap aspek akustik yang berpandukan pada data spektrogram
ini dapat membantu ahli fonetik akustik menilai kualiti bunyi
seseorang penutur itu. Oleh yang demikian, secara tidak langsung
masalah yang mungkin dialami oleh seseorang penutur, seperti
ketidaknormalan organ artikulasi juga dapat dikenal pasti. Dalam
hal ini data daripada spektrogram dapat membantu dalam meneliti
kelemahan penyebutan sesuatu bunyi tersebut. Ini juga membolehkan
ahli terapi pertuturan mengambil langkah yang relevan dalam terapi
mereka bagi menyelesaikan masalah ketidaknormalan pertuturan
ini. Ini membuktikan bahawa sumbangan kajian fonetik akustik
ini adalah besar pada era globalisasi ini, sejajar dengan kemajuan
sains dan teknologi yang ada. Bahkan bukan itu saja, kajian seperti
ini juga sudah diperluaskan ke dalam bidang forensik, iaitu bidang
fonetik forensik. Di samping itu, data spektrogram ini juga dapat
disimpan dengan lebih selamat dan teratur bagi membolehkan
kajian diteruskan pada masa depan.
mashatta68@yahoo.com | 0109749867
186
Fonetik dan Fonologi
7.7 Latihan
1. Apakah perbezaan di antara aspek auditori dan akustik?
Huraikan bagaimana aspek akustik ini dapat membantu
kajian bunyi pertuturan dengan lebih sistematik dan tepat?
2. Apakah perbezaan di antara bunyi vokal dan konsonan
dari sudut penghasilan bunyinya dan jalur spektra frekuensi
yang tercetak pada kertas spektrogram?
3. Berdasarkan nilai-nilai forman frekuensi yang diberi pada
jadual 1, bersama-sama pensyarah anda, cuba plotkan
nilai-nilai tersebut bagi mendapatkan graf keratan rentas
lidah penutur Melayu tersebut. Pada kertas graf yang
disediakan pada muka surat sebelah, masukkan nilai F1-F2
pada paksi horizontal, manakala nilai F1 pada paksi vertikal.
Setelah anda plotkan graf tersebut, anda akan dapat melihat
bentuk serta kedudukan keratan rentas lidah bagi bunyi
vokal bahasa Melayu. Berdasarkan bentuk dan kedudukan
bunyi-bunyi vokal pada keratan rentas tadi, bincang juga
hubungan di antara forman-forman dengan kedudukan
bunyi-bunyi vokal tersebut.
mashatta68@yahoo.com | 0109749867
187
Analisis Spektrografi Vokal dan Konsonan
4. Terangkan apakah kelebihan yang diperoleh oleh seseorang
pengkaji itu apabila mengukur forman-forman frekuensi
dalam mengenal pasti kedudukan bunyi vokal?
5. Huraikan perbezaan bagi setiap pasangan istilah berikut:
(a) spektrogram / spektrograf, (b) forman / informan, dan
(c) frekuensi / intensiti.
mashatta68@yahoo.com | 0109749867
188
Fonetik dan Fonologi
6. Senaraikan perbezaan yang dapat anda lihat pada bunyi
vokal dan konsonan daripada aspek bentuk jalur spektrum
frekuensinya?
7. Senaraikan perbezaan yang dapat anda lihat pada bunyi
diftong dan nasal daripada aspek bentuk jaluran spektrum
frekuensinya?
8. Senaraikan penanda-penanda akustik yang dapat diperoleh
daripada sesebuah data spektrogram?
9. Nyatakan perbezaan ciri-ciri akustik yang terdapat pada
sesebuah data spektrogram bagi bunyi separuh vokal dan
bunyi letupan.
10. Perhatikan data spektrogram pada rajah 7.6. Huraikan
ciri-ciri akustik yang dapat anda peroleh daripada data
tersebut.
11. Perhatikan data spektrogram pada rajah 7.1 dan 7.2.
Bincangkan nilai forman dan corak forman yang tertera
pada setiap bunyi yang divisualisasikan pada data-data
spektrogram tersebut.
12. Tandakan B bagi pernyataan yang BETUL dan S bagi
pernyataan yang SALAH.
1. Frekuensi pada data spektrogram diukur dalam unit
Hertz.
2. Semakin luas bibir dibundarkan semakin rendah vokal
yang dihasilkan.
3. FCV atau formant certain vowel boleh diperoleh dengan
nilai F
2
F
1
x X
2
.
mashatta68@yahoo.com | 0109749867
189
Analisis Spektrografi Vokal dan Konsonan
4. Paksi horizontal pada data spektrogram ditandai oleh
jangka masa gelombang bunyi yang dihasilkan dalam
saat.
5. Vokal depan dapat ditandai oleh semakin kecilnya nilai
F
1
.
6. Vokal tinggi dapat ditandai oleh semakin tingginya nilai
F
2
.
7. Ruang oral tertutup apabila bunyi letupan glotis
dihasilkan.
8. Uvula bertindak membenarkan udara mengalir masuk ke
ruang oral semasa penghasilan bunyi sengau.
9. Ciri-ciri akustik sesuatu bunyi itu dapat dibaca atau
diperoleh melalui analisis spektrograf.
10. Kualiti sesuatu bunyi vokal pada data spektrogram
juga dipengaruhi oleh bunyi-bunyi konsonan
bersebelahannya.
mashatta68@yahoo.com | 0109749867
mashatta68@yahoo.com | 0109749867
Prosodi
Bab 8
8.1 Definisi Prosodi
Apabila membicarakan tentang intonasi, masalah pertama timbul
adalah tentang penamaan bidang, iaitu prosodi dan intonasi.
Penggunaan kedua-duanya ini sering menimbulkan salah faham
kepada para sarjana walaupun mereka bersetuju bahawa kedua-
duanya merujuk kepada suprasegmental.
Kata prosodi berasal dari kata Greek, prosodia (Fox, A.,2000:1)
yang merujuk kepada konsep dalam bidang muzik bagi menandakan
sesuatu seperti nyanyian dengan muzik atau nyanyian yang diiringi.
Dalam ruang lingkup linguistik, prosodi merujuk kepada ciri dalam
ujaran seperti tekanan dan intonasi.
mashatta68@yahoo.com | 0109749867
192
Fonetik dan Fonologi
Ada dua defnisi yang dapat kita gunakan bagi mendefnisikan
ruang lingkup dan ciri-ciri prosodi ini. Pertama, Trask, R. L. (1996:
343) menyatakan ruang lingkup kajian prosodi ini dengan jelas.
Beliau mengatakan bahawa prosodi itu ialah unsur fonologi yang
ranahnya lebih luas daripada sebuah segmen bunyi bahasa. Beliau
juga mengatakan bahawa realisasinya hanya dapat dihuraikan
dengan merujuk kepada ranah yang berhubungan dalam ujaran yang
sama.
Defnisi ini dilengkapkan lagi oleh Crystal, D. (1997: 373) yang
mengenal pasti ciri-ciri yang wujud dalam ranah ujaran tersebut.
Beliau menggunakan istilah suprasegmental apabila merujuk kepada
ciri-ciri prosodi ini. Istilah suprasegmental ini digunakan dalam
bidang fonetik dan fonologi bagi merujuk kepada kesan suara yang
terkena kepada lebih daripada satu segmen bunyi dalam ujaran,
seperti kelangsingan, tekanan, atau pola jungtur.
Ringkasnya prosodi merujuk kepada aspek yang wujud dalam
fonetik dan fonologi yang antaranya secara langsung memberikan
kesan makna ke atas lafaz dalam ujaran. Kesan makna ini dapat
dibahagikan kepada dua, iaitu kesan yang menyebabkan berlakunya
perbezaan makna misalnya dalam bahasa nadaan, seperti bahasa
Mandarin dan perbezaan makna emosi dalam bahasa intonasi,
seperti bahasa Melayu. Prosodi melihat ciri-ciri seperti tekanan,
intonasi, kualiti serta kualifer suara dan sebagainya sebagai ciri yang
relevan dan signifkan dalam memperjelas makna yang dirujuk pada
aras ujaran. Maklumat tersirat yang signifkan ini kadang kala tidak
diperoleh pada aras ayat.
8.1.1 Istilah Prosodi dan Suprasegmental
Apabila digabungkan, maka dapatlah kita mendefnisikan prosodi
itu sebagai bidang kajian bunyi yang mengkaji ciri-ciri bunyi
mashatta68@yahoo.com | 0109749867
193
Prosodi
yang mengiringi bunyi-bunyi segmental dalam ujaran. Ciri-ciri itu
adalah seperti kelangsingan, tekanan, intonasi, kadar tuturan dan
sebagainya. Ciri-ciri ini dapat dilihat dengan jelas dalam rajah 8.1.
Rajah 8.1: Unsur-unsur Prosodi
Ujaran pukul lima petang, yang dirakamkan daripada bacaan Berita
Nasional Radio 1, Radio dan Televisyen Malaysia, dipamerkan
dalam rajah di atas. Rajah ini menunjukkan pergerakan nada suara
semasa menghasilkan ujaran tersebut. Pergerakan nada ujaran ini
menunjukkan turun naik nada suara yang mengandungi ciri-ciri
kelangsingan, kepanjangan dan kelantangan suara.
Istilah suprasegmental dan prosodi itu sebenarnya merujuk
kepada ranah kajian bunyi yang sama. Sarjana kajian bunyi Amerika
menggunakan istilah suprasegmental bagi merujuk kepada istilah
prosodi yang digunakan oleh sarjana Inggeris. Kedua-dua istilah ini
sama sahaja dan boleh saling bertukar ganti atau bersinonim.
Istilah yang bertentangan dengan bunyi suprasegmental adalah
istilah bunyi segmental atau bunyi penggalan. Segmental merujuk
kepada proses mengeluarkan unit linguistik daripada ujaran atau
mashatta68@yahoo.com | 0109749867
194
Fonetik dan Fonologi
teks yang berurutan. Fonem dianggap sebagai unit bunyi terkecil
dan morfem sebagai unit tatabahasa terkecil. Sebagai contoh,
apabila disegmenkan atau dipenggal, maka perkataan /makan/
terbahagi kepada fonem-fonem berikut, iaitu /m/, /a/, /k/, /a/ dan
/n/.
8.1.2 Prosodi dan Intonasi
Prosodi, iaitu istilah yang lebih kerap digunakan kini sering kali
menimbulkan kekeliruan dalam aspek yang dirujukinya. Ada
sarjana yang menyamakan istilah prosodi dengan intonasi,
manakala ada pula yang membezakannya. Pertikaian mengenai
cakupan penggunaan kedua-dua istilah ini menjadi perhatian
dan perbincangan misalnya oleh Johns-Lewis, C. (1986: xix)
dalam prakata buku Intonation in Discourse, yang menyatakan
penggunaan istilah ini bergantung kepada siapa yang menggunakan
istilah tersebut. Sementara itu, Ladd, D. R. (1996: 6) menyatakan
kesukaran menulis mengenai topik intonasi ini adalah kerana setiap
orang mempunyai pandangan mereka sendiri tentang makna yang
dirujuk oleh istilah intonasi. Crystal, D. (1969: 195) pula menyatakan
bahawa terdapat sarjana yang berhasrat mengehadkan defnisi
formal intonasi hanya sebagai pergerakan kelangsingan.
Pergerakan kelangsingan atau juga dipanggil pergerakan tingkat
nada dilabelkan dengan 1, 2, 3, dan 4. Angka 1 merujuk kepada
nada yang paling rendah, 2, nada lazim bagi permulaan sesuatu
ujaran, 3, nada tekanan dan 4 nada yang paling tinggi. Menurut
sistem pelabelan dalam teori autosegmental, pergerakan nada
dilabelkan dengan nada rendah (L) dan tinggi (H) yang dinamakan
sebagai nada sasaran dalam kontur intonasi. Selain itu beliau
juga menyatakan pandangannya bahawa intonasi bukanlah satu
kontur tunggal atau nada tetapi sebagai ftur kompleks daripada
pelbagai sistem prosodi. Asasnya adalah nada, julat kelangsingan
mashatta68@yahoo.com | 0109749867
195
Prosodi
dan kelantangan suara, termasuklah ritma dan tempoh yang
berhubungan dengannya.
Manakala Arnfeld, S. C. (1994: 7) dalam tesis kedoktorannya
menambah kerumitan ini dengan menyatakan bahawa terdapat
sarjana yang menggunakan istilah prosodi dengan maksud yang
sama dengan intonasi atau intonasi dengan intensiti. Walau
bagaimanapun, beliau sendiri memberikan cakupan yang lebih
luas tentang penggunaan istilah prosodi yang termasuk sama di
dalamnya intonasi. Berikut adalah cakupan yang dilakukan oleh
Arnfeld (1994:8-12). Pada beliau, ftur-ftur yang terangkum dalam
prosodi adalah seperti berikut:
1. Intonasi
2. Tempo
3. Aksen
4. Tekanan
5. Kelangsingan
6. Kelantangan Suara
7. Irama
8. Tesitura /julat kelangsingan
9. Kualiti Suara /timbre
10. Jungtur
Prosodi
Rajah 8.2: Fitur-ftur dalam prosodi
Isu penggunaan istilah ini menurut Johns-Lewis, C. (1986: xx)
mungkin berpunca daripada ukuran konkrit yang melibatkan
mashatta68@yahoo.com | 0109749867
196
Fonetik dan Fonologi
parameter fzikal yang sama, iaitu frekuensi fundamendal (F0),
intensiti dan durasi. Walau bagaimanapun, Indirawati Zahid (2003)
dalam tesis kedoktorannya menyatakan bahawa pada aras tertentu,
iaitu apabila membicarakan tentang tiga parameter tersebut di atas,
prosodi dan intonasi berada pada aras yang sama; tetapi pada aras
lain, prosodi tetap menjadi superordinat kepada intonasi. Oleh itu,
dalam hal ini tidak timbul soal bahawa intonasi itu sama dengan
prosodi.
Dari aspek ujaran auditori, prosodi sekurang-kurangnya
digolongkan kepada perkara-perkara berikut; kelantangan suara
(komponen tekanan), durasi (komponen ritma dan tempo),
kelangsingan (komponen intonasi) dan jeda.
Segmental
Prosodi
Paralinguistik (kualiti
suara dan kualifer)
Non-linguistik (refeks
vokal dan kualiti suara)
Durasi
Kelantangan Kelangsingan
Jeda
(Couper-Kuhlen, E., 1986:4
adaptasi dari Crystal 1969:
131)
Ujaran
Suprasegmental/
Non-segmental
Rajah 8.3: Komponen Tuturan Auditori dalam Komunikasi
Kualifer suara adalah konsep yang digunakan oleh sesetengah ahli
linguistik bagi merujuk kepada ciri paralinguistik dalam suara. Ciri
mashatta68@yahoo.com | 0109749867
197
Prosodi
itu adalah seperti ekspresi pelbagai emosi seperti marah dan sindiran
yang dikaitkan dengan kesan suara kasar, keras ataupun kuat.
Manakala kualiti suara pula merujuk kepada ciri yang tetap sebagai
latar belakang ciri bahasa seseorang individu. Ini adalah ciri seperti
ketinggian, kelangsingan, aras kelantangan suara, tempo dan timbre
semasa bercakap. Kelihatan cakupan kedua-dua konsep ini adalah
rapat dan oleh sebab itu sering kali kedua-dua konsep ini tidak
dibezakan.
8.1.3 Dimensi Prosodi
Prosodi dapat diandaikan sebagai model ujaran tiga dimensi, iaitu:
1. Dimensi artikulasi (motor dan produksi), seperti ujaran
dari perspektif penutur.
2. Dimensi auditori (persepsi atau reseptif), seperti ujaran
dari perspektif pendengar.
3. Dimensi akustik, seperti ujaran dari perspektif transmisi
signal akustik dari penutur kepada pendengar.
Dimensi prosodi itu dapat dijadualkan seperti berikut:
Artikulasi Akustik Auditori
Getaran pita suara F0 Kelangsingan suara
Hasil fzikal Amplitud (intensiti) Kelantangan suara
Pergerakan artikulatori Masa (tempo)
Durasi
(kepanjangan)
Jadual 8.1: Dimensi Prosodi
mashatta68@yahoo.com | 0109749867
198
Fonetik dan Fonologi
8.2 Peranan Intonasi
Peranan yang dilakukan oleh intonasi dalam ujaran terbahagi
kepada tiga aspek iaitu:
8.2.1 Aspek Linguistik
Aspek linguistik merujuk kepada pengorganisasian maklumat
ujaran, iaitu menandai perenggan, ayat, frasa atau rangkai kata,
menjelaskan maklumat yang dikemukakan di dalam domain seperti
penyata, pertanyaan dan sebagainya (jenis ayat), serta penentuan
fokus dalam konstituen-konstituen yang tertentu dalam domain.
Keadaan ini merujuk kepada proses segmentasi unit maklumat yang
berlaku semasa ujaran berlangsung.
Contoh:
A: Kenapa kita /tidak bayar/duit dulu /masa naik teksi?
B: Kerana /duit dulu / tak laku.
(petikan sms lawak dari sistem pesanan ringkas Celcom) Dalam
dialog di atas, pemenggalan kumpulan konstituen
dilakukan dengan
tanda garis miring bagi menunjukkan
bagaimana konstituen leksikal
tersebut disegmentasi (dipenggal). Pemenggalan konstituen yang
berlaku ini mendukung makna tertentu yang dari segi logiknya
dapat diterima akal. Kumpulan konstituen /duit dulu /dalam dialog
ini merujuk kepada mata wang dahulu yang kini tidak sah digunakan
lagi. Dan jawapan yang diberikan oleh B sememangnya dapat
diterima akal.
Mengapa situasi ini berlaku? Jawapannya, lihatlah bagaimana
sesuatu maklumat itu diorganisasikan. Pengorganisasian maklumat
ini merujuk kepada penentuan sesuatu fokus dalam sesuatu ujaran.
Kedudukan atau penentuan fokus membekalkan maklumat yang
mashatta68@yahoo.com | 0109749867
199
Prosodi
sedang dirujuk kepada pendengar. Selain itu peranan ketinggian
nada yang berbeza berbanding dengan ketinggian nada yang lain
dalam ujaran yang sama juga turut menyumbang kepada makna yang
sedang dirujuk (aspek ini merujuk kepada fungsi paralinguistik).
Ciri ini dirujuk sebagai aksen langsing (pitch accent) dalam ujaran,
iaitu nada yang paling ketara berbanding nada-nada lain yang wujud
dalam ujaran yang sama. Penggunaan aksen langsing ini sering kali
merujuk kepada fokus dalam ujaran.
Sementara itu, pengorganisasian maklumat juga merujuk kepada
proses segmentasi unit maklumat seperti contoh yang berikut:
Sayang abang keluar dulu, yang boleh dilafazkan dengan
segmentasi unit maklumat di posisi yang berbeza yang sekali gus
membawa makna yang berbeza:
1. Sayang abang / keluar dulu. (Panggilan Sayang dari seseorang
yang membahasakan dirinya Abang dan meminta orang
yang dirujuknya sebagai Sayang itu supaya keluar lebih
dahulu daripadanya).
2. Sayang / abang keluar dulu. (Panggilan Sayang dibuat kepada
seseorang, dan orang yang membahasakan dirinya Abang
menyatakan keinginannya untuk keluar dahulu).
Contoh yang berikut juga merujuk kepada kasus yang sama:
Tayar kereta Aminah makan sebelah
1. Tayar kereta Aminah / makan sebelah. ( ujaran ini bermaksud,
keadaan tayar kereta Aminah yang haus sebahagiannya
akibat masalah keseimbangan kedudukan tayar)
2. Tayar kereta / Aminah makan sebelah. (ujaran ini bermaksud,
kemungkinan berlakunya masalah kesihatan ke atas diri
individu yang bernama Aminah, maka perbuatan memakan
mashatta68@yahoo.com | 0109749867
200
Fonetik dan Fonologi
tayar kereta telah berlaku. Sering kali, hal-hal sebegini
berlaku pada ibu-ibu yang hamil yang mempunyai keinginan
untuk makan sesuatu yang luar biasa)
Perbincangan di atas merujuk kepada proses segmentasi unit
maklumat di posisi yang berbeza yang telah memperlihatkan makna
rujukan yang berbeza juga.
8.2.2 Aspek Paralinguistik
Aspek paralinguistik merujuk kepada emosi atau sikap penutur yang
dapat dikesan melalui penggunaan nada semasa bercakap. Aspek
yang dirujuk sebagai kualiti dan kualifer suara ini bersifat informatif.
Paralinguistik berfungsi menambahjelaskan maklumat yang sedang
dirujuk kerana sering kali fungsi gramatis ayat yang diujarkan tidak
selari maknanya dengan tujuan sebenar yang ingin disampaikan.
Sebagai contoh, nada suara perlahan dan berbisik merujuk kepada
kerahsiaan atau sesuatu yang bersifat sulit. Dan inferennya orang
yang melihat perlu maklum kadar kerahsiaan yang cuba disampaikan
melalui cara lafaz selain aksi bahasa badan yang mengiringi ujaran
tersebut. Begitu juga jika nada suara tersekat-sekat, kurang jelas
akibat tangisan atau sedu sedan semasa komunikasi, ini juga
dikatakan bersifat informatif. Sehubungan dengan itu, kualiti dan
kualifer suara dapat dikatakan sebagai penyumbang makna yang
tidak dapat diperoleh pada sesuatu struktur ayat, kerana aspek
prosodi tidak wujud pada aras ayat. Sebaliknya aspek prosodi hanya
muncul pada aras ujaran yang sekali gus kadang kalanya menjelaskan
konteks makna tersurat makna tersirat. Maklumat tambahan yang
diperoleh kerana kewujudan prosodi dalam ujaran akan menambah
jelas makna yang sedang diperkatakan selain memberikan gambaran
sikap atau emosi si penutur.
Dalam kasus yang lain, kadang kala proses segmentasi unit
maklumat berlaku pada posisi yang sama (aspek linguistik) tetapi
mashatta68@yahoo.com | 0109749867
201
Prosodi
makna yang dirujuk tetap berbeza. Kasus ini berlaku kerana
kewujudan konfgurasi intonasi yang berbeza dalam ujaran, misalnya
dalam contoh ujaran Amboi! cantiknya muka awak. Contoh yang
dikemukakan ini merupakan ayat seruan yang ditandai oleh tanda
seruan pada akhir kata seru. Sungguhpun ayat ini merupakan satu
penzahiran rasa kekaguman terhadap seseorang individu yang
menjadi sasaran kepada ayat seruan ini, perkara yang sebaliknya
boleh sahaja berlaku apabila ftur-ftur (ciri-ciri) prosodi yang
tertentu diaplikasi ke atas ayat ini. Ayat yang mendukung makna
kekaguman terhadap kecantikan seseorang kini sudah bertukar
makna menjadi makna emosi sinis ke atas sesuatu perkara. Lihat
grafk di bawah dan bandingkan:
Rajah 8.4 Perbezaan Konfgurasi Intonasi
mashatta68@yahoo.com | 0109749867
202
Fonetik dan Fonologi
Perhatikan perbezaan pergerakan/modulasi nada yang berlaku untuk
kedua-dua contoh ujaran yang mempunyai rujukan makna yang
berbeza. Ujaran pertama mempunyai makna tersurat dan tersirat
yang sama manakala sebaliknya bagi ujaran yang kedua. Dapat
dirumuskan bahawa kasus seperti ini berkaitan dengan struktur
maklumat yang berhubungan dengan konfgurasi intonasi yang
selanjutnya diasosiasikan dengan makna. Makna yang dirujuk dalam
kasus ini ialah makna emosi yang mengiringi lafaz sesuatu ujaran.
Begitu juga dalam ujaran yang sering dilafazkan apabila
seseorang berada dalam situasi segan atau malu. Ungkapan yang
selalu dilafazkan itu adalah Tak payah, tak payah! walaupun
sebenarnya apa yang dilafazkan itu ada benarnya membawa maksud
tidak perlu tetapi tidak salah jika dikatakan bahawa ujaran itu juga
boleh bermaksud perasaan amat menghargai dan tidak menjangka
diberikan sesuatu yang di luar jangkaan.
Sementara itu, perhatikan contoh yang dipetik daripada Key,
M. R. (1975: 49), dalam bukunya yang bertajuk Paralanguage And
Kinesics (Nonverbal Communication):
Suatu perubahan pada tekanan dapat mengubah makna sebuah
ayat, contohnya:
Hes giving this money to Peter. (dia dan bukan orang lain)
Hes giving this money to Peter. (memberi wang bukan
meminjamkannya)
Hes giving this money to Peter. (tidak daripada sumber lain)
Hes giving this money to Peter. (bukanlah sebuah cek)
Hes giving this money to Peter. (bukan kepada Jane)
Sebuah contoh lain misalnya, dalam lafaz ujaran orang yang
sedang marah, sering kali nada yang dilafazkan itu lebih tinggi,
mashatta68@yahoo.com | 0109749867
203
Prosodi
manakala apabila bersedih, nada lafaznya lebih rendah dan perlahan.
Begitu juga untuk lafaz emosi yang pelbagai, seperti marah, tidak
puas hati, penegasan, tidak selesa dan sebagainya, kelihatan ada
kecenderungan penggunaan cara lafaz yang tertentu, yang secara
umumnya dapat diterima dan difahami oleh khalayak pengguna
walaupun tidak ada catatan mengenai perkara ini dalam mana-mana
buku tatabahasa. Selain itu, melalui prosodi penutur dan pendengar
mendapat signal sama ada perbualan tersebut sedang menarik
minat orang yang sedang dilawan bercakap atau pun tidak, untuk
seterusnya melangsungkan atau menamatkan perbualan. Nada suara
semasa bertutur membawa semua maklumat ini.
8.2.3 Aspek Ekstralinguistik
Aspek ekstralinguistik merujuk kepada kesan gender, umur, latar
belakang dan sebagainya dalam pertuturan. Melalui prosodi, kesemua
maklumat ini dapat diperoleh kerana ujaran seseorang individu
mempunyai aksen dan kadar kelangsingan (register berdasarkan
gender dan tahap umur) tertentu. Oleh kerana wujudnya ciri-ciri
aksen dan register ini maka orang yang mendengar sesuatu perbualan
misalnya dalam perbualan di telefon, walaupun tidak pernah melihat
rupa wajah orang yang bertutur itu, sekurang-kurangnya dapat
menjangka siapakah individu yang dilawan bicara, sama ada seorang
Melayu, Cina, India atau Melayu Kelantan, Melayu Terengganu,
Melayu Kedah, lelaki ataupun perempuan, kanak-kanak atau orang
dewasa.
Sekiranya aspek prosodi dikatakan tidak berperanan seperti
yang dinyatakan, pastilah semasa perbualan menerusi telefon buat
pertama kali dengan orang yang tidak pernah dikenali rupa parasnya,
kita tidak akan dapat membuat sebarang jangkaan siapakah penutur
yang sedang dilawan bercakap itu. Kita j uga tidak tahu sama ada
individu tersebut berbangsa Melayu, Cina atau India, kanak-kanak
mashatta68@yahoo.com | 0109749867
204
Fonetik dan Fonologi
atau orang dewasa dan sebagainya. Sebaliknya apa yang lazim
berlaku, apabila pertama kali kita mendengar ungkapan hello
ataupun assalamualaikum, otak kita mula memproses maklumat
dan membuat pelbagai andaian berdasarkan lafaz bunyi yang
didengar tadi.
Situasi yang dinyatakan di atas dapat dilihat, dirasakan dan
digambarkan apabila perbualan menerusi telefon buat pertama kali
berlangsung antara orang yang menerima panggilan dan orang
yang membuat panggilan. Kedua-duanya tidak pernah bertemu
dan mengenali antara satu sama lain. Apakah reaksi pertama
apabila panggilan hello dilafazkan? Tentu sekali pengalaman yang
sama yang dapat dikongsi oleh semua orang adalah maklumat yang
diproses sebaik-baik saja perkataan hello ini terujar adalah sama
ada orang itu lelaki atau perempuan. Sekiranya nama yang digunakan
tidak membezakan gender, seperti contoh, nama Azmi, boleh saja
perempuan ataupun lelaki, kita masih dapat menduga. Begitu juga
dengan nama Nizam dan Zaiton. Latar belakang, anggaran usia dan
sebagainya juga dapat diteka.
Walau bagaimanapun kesemua maklumat ini tidaklah tepat
semuanya kerana sering kali kita mendengar komentar dari ramai
orang yang menyatakan tanggapan awal mereka salah. Umpamanya,
dengan suara yang halus belum tentu wajah orang yang bercakap itu
rupawan, kecil molek dan sebagainya kerana lazimnya sebaliknya
yang berlaku! Maklumat seumpama ini sangat subjektif tetapi antara
yang mungkin membawa maklumat yang tepat ialah dari aspek
gendernya, kerana julat suara lelaki dan wanita berbeza, biarpun
yang bercakap itu lelaki yang menyerupai perempuan, yang apabila
sampai ke suatu keadaan, keperempuanan lakonan mereka tidak
akan kekal. Ini adalah kerana apa yang berlaku sebenarnya adalah
dalam keadaan yang tidak normal, dan sememangnya sejak azali
ciptaan manusia oleh Tuhan ini sukar diubah-ubah. Sering kali juga
mashatta68@yahoo.com | 0109749867
205
Prosodi
maklumat bangsa dapat dikesan melalui penutur semasa komunikasi
berlangsung. Selain itu julat usia sama ada penutur tersebut seorang
kanak-kanak, orang tua atau dewasa juga dapat diketahui.
8.3 Kajian Intonasi dalam Sintaksis Bahasa Melayu
Buku-buku nahu bahasa Melayu hari ini hanya mengguna pakai
maklumat yang diambil daripada buku tatabahasa pegangan
Tatabahasa Dewan (1986, 1993, 2008) dan Asraf Abdul Wahab (1988).
Sejak tempoh tersebut tidak ada lagi buku yang membicarakan
dengan mendalam tentang kajian susulan mengenai intonasi.
Sehingga kini buku edisi ketiga Tatabahasa Dewan (2008) didapati
tidak melakukan penambahbaikan kepada subtopik intonasi dalam
struktur ayat. Dan seperti yang dinyatakan pada bahagian awal
buku ini, kaedah yang digunakan dalam kedua-dua buku ini ialah
kaedah impresionistik. Memandangkan kaedah yang digunakan
tersebut tidak bersifat saintifk dan empirikal, kajian semasa yang
berlangsung kini, iaitu dengan menggunakan kaedah eksperimental
menolak deskripsi intonasi dalam kedua-dua buku tersebut.
Kajian semasa yang dilakukan di Akademi Pengajian Melayu,
secara langsung menolak deskripsi Tatabahasa Dewan tentang
ayat penyata yang menetapkan pola intonasi ayat penyata sebagai
pergerakan tingkat nada yang berlabel 2 4 2 3 seperti yang berikut:
Pegawai i tu pengu rus
2 2
4 3
Rajah 8.4: Pola Intonasi Ayat Penyata
Menurut Tatabahasa Dewan dan Asraf Abdul Wahab, pergerakan
tingkat nada bagi subjek ialah 2 4 dengan tingkat nada 4 terletak
mashatta68@yahoo.com | 0109749867
206
Fonetik dan Fonologi
pada suku kata akhir sesuatu subjek, manakala predikat ayat akan
dimulai dengan tingkat nada 2, dengan tingkat nada 3 pada suku kata
akhir sesuatu predikat.
Dengan menggunakan prosedur terancang dalam kaedah
eksperimental, data bunyi dimanipulasi, rakaman ayat yang dipetik
dari buku Tatabahasa Dewan dirakamkan dengan menggunakan
suara tenaga akademik, Akademi Pengajian Melayu, lelaki dan
perempuan serta melibatkan pelajar-pelajar sarjana muda Pengajian
Melayu, Universiti Malaya. Rakaman produksi ujaran Pegawai itu
pengurus dilakukan beberapa kali dan didapati kesukaran berlaku
dalam mendapatkan pergerakan tingkat nada 2 4 2 3 seperti yang
tercatat dalam Tatabahasa Dewan dan Asraf Abdul Wahab. Dan
apabila keadaan yang memaksa ini dilakukan, kedengaran data
ujaran yang dirakam tidak lagi merupakan ayat penyata sebaliknya
merupakan data ujaran yang janggal pada pendengaran penutur jati
bahasa Melayu. Dan yang lebih buruk lagi, ia tidak memenuhi norma
tatabahasa bahasa Melayu sama sekali.
Rajah 8.5: Pola Intonasi Asli Pegawai itu pengurus
mashatta68@yahoo.com | 0109749867
207
Prosodi
Rajah 8:6: Pola Intonasi yang telah Dipermudahkan
Membandingkan bentuk asli dan bentuk yang distilisasikan, didapati
bentuk asli kelihatan rencam dengan pergerakan turun naik nada
yang sukar untuk dilabelkan. Kerencaman yang wujud dalam bentuk
asli adalah akibat daripada kewujudan mikrointonasi, iaitu signal
akustik yang tidak signifkan dalam ujaran. Apabila proses stilisasi
dilakukan, kerencaman ini dapat disingkirkan apabila mikrointonasi
dihapuskan. Apabila mikrointonasi dihapuskan, signal akustik yang
signifkan dan relevan digambarkan dalam bentuk garis lurus yang
paling minima dan seterusnya proses pelabelan dapat dilakukan
dengan lebih mudah dan tepat. Proses stilisasi yang dilakukan ini
tidak mengubah kualiti bunyi asli data yang dianalisis.
Analisis yang telah dilakukan ini kemudiannya divisualkan.
Yang terlihat adalah lima pergerakan nada yang jika dilabelkan
akan bermula dari L H L H L, berbanding dengan pendeskripsian
oleh Tatabahasa Dewan dan Asraf Abdul Wahab, empat pergerakan
tingkat nada 2 4 2 3. Label L mewakili pergerakan nada yang
rendah manakala H mewakili pergerakan nada tinggi. Ini bererti
ayat/ujaran penyata berakhir dengan nada yang menurun. Dengan
pendeskripsian yang hasilnya divisual dan dipersepsikan melalui
mashatta68@yahoo.com | 0109749867
208
Fonetik dan Fonologi
ujian persepsi, dapatan eksperimental ini menolak deskripsi
Tatabahasa Dewan dan Asraf Abdul Wahab sebelum ini.
Bagi pola ayat perintah pula, didapati pergerakan tingkat
nada yang dideskripsikan oleh Tatabahasa Dewan, iaitu ayat
yang digugurkan subjeknya, masuk dan masuklah didapati
selari dengan dapatan eksperimental, iaitu pergerakan tingkat
nada yang masing-masingnya 2 3 dan 2 3 1 dengan padanan
masing-masingnya ialah L H dan L H L. Ini kemungkinan berlaku
kerana contoh ujaran yang dikemukakan mempunyai struktur ayat
yang mudah.
Sementara itu, untuk ayat tanya, huraian dalam buku Tatabahasa
Dewan memperlihatkan 2 jenis pola, iaitu 2 4 3 4 dan ayat tanya
yang diletakkan partikel kah pada predikat Penguruskah pegawai
itu? sebagai pergerakan tingkat nada 2 3 1 4. Berbanding dengan
Asraf Abdul Wahab, huraian oleh Asraf Abdul Wahab adalah lebih
rinci dengan memasukkan makna emosi dalam perbincangannya.
Asraf Abdul Wahab mengemukakan 3 tingkat nada, iaitu 2 4 3 4,
2 4 1 dan 2 4 2 4. Untuk dapatan eksperimental, pola ayat tanya
ini sememangnya diakui sangat ditentukan oleh makna emosi
semasa ujaran berlangsung. Memandangkan kedua-dua buku ini
memberikan pilihan pola tingkat nada maka ketepatannya masih
boleh diterima sebagai salah satu pola yang mungkin digunakan
semasa lafaz ayat tanya.
Kajian pada peringkat kedoktoran tentang pola intonasi ayat
bahasa Melayu, baik yang dilakukan oleh Amran Halim (1969) dan
Indirawati Zahid (2003) dapat memperlihatkan keselarian dapatan
bahawa pola intonasi dalam bahasa Melayu sememangnya sangat
banyak. Keadaan seumpama ini disokong dengan penyataan yang
dikemukakan oleh Pierrehumbert, J. B, dalam tesis kedotorannya.
mashatta68@yahoo.com | 0109749867
209
Prosodi
Not only can the same text have many diferent melodies, the same
melody can occur on many diferent texts.
(Pierrehumbert, J. B, 1980: 2)
Walaupun penyataan ini menunjukkan variasi yang sangat besar
tentang pola intonasi sesuatu ayat, sesuatu yang perlu diakui adalah
kecenderungan penggunaan satu pola apabila melafazkan sesuatu
ujaran tetap ada. Hal ini dibuktikan dalam kajian Amran Halim
(1969) dan Indirawati Zahid (2003).
8.4 Kepentingan Intonasi dalam Pengajaran
Kepentingan input intonasi dalam pengajaran bahasa jelas dapat
digambarkan dengan konteks mendiang Puteri Diana yang
mempunyai seorang jurulatih pengucapan awamnya, iaitu seorang
bekas aktor yang bernama Peter Settelen. Persoalan yang timbul,
adalah mengapa seorang puteri raja juga memerlukan jurulatih
seumpama ini? Bukankah apa sahaja yang akan dilafazkan oleh
seorang puteri, sama ada menarik atau pun tidak, tidaklah menjadi
perkara besar? Bukankah aura seorang puteri itu sudah cukup
kuat bagi menarik perhatian, lantaran persepsi masyarakat ke atas
golongan sebegini begitu tinggi?. Apakah perlunya ucapan seseorang
yang dipandang tinggi ini perlu sentiasa menarik dan sesuai konteks?
Dan mengapa harus seorang aktor yang digajikan? Terlalu banyak
persoalan yang boleh ditimbulkan. Dan kesemua persoalan ini hanya
mempunyai satu jawapan, iaitu intonasi.
Seperti yang dinyatakan oleh Pierrehumbert, J. B, teks yang
sama boleh mempunyai pelbagai melodi, dan melodi yang sama pula
boleh diaplikasikan ke atas teks yang bermacam-macam. Penyataan
mashatta68@yahoo.com | 0109749867
210
Fonetik dan Fonologi
ini memberikan implikasi kepelbagaian makna yang terhasil apabila
sesuatu ujaran dilafazkan. Ini semua bergantung kepada apakah
tujuan sesuatu komunikasi itu berlaku. Penyataan yang sangat
terkenal tentang aspek ini ialah;
It wasnt what she said, it was the way she said it. Tis puts a
powerful tool into the hands of the speaker. She can exploit intonation
to communicate meaning which objectively may not be there.
(Couper-Kuhlen, E., 1986: 116)
Contoh yang paling jelas adalah intonasi laporan sukan dan
bacaan berita. Begitu juga semasa bercakap untuk tujuan-tujuan
yang tertentu, intonasi boleh saja bernada tinggi ataupun rendah,
perlahan mahupun kuat, dipanjangkan atau dipendekkan pada
bahagian-bahagian tertentu sesuatu lafaz. Semua ini sebenarnya
mempunyai maknanya yang tersendiri. Seperti yang dinyatakan pada
bahagian awal, dalam intonasi terdapat tiga parameter yang lazim
diperkatakan, iaitu frekuensi fundamental (F0), intensiti, dan durasi.
Ketiga-tiga parameter ini dipersepsikan oleh orang yang mendengar
ujaran sebagai kelangsingan, kelantangan suara dan kepanjangan.
Kesemua ftur ini digunakan secara terancang bersesuaian dengan
objektif sesuatu komunikasi.
Yang dirujuk sebagai kelangsingan suara adalah tinggi dan
rendahnya nada suara yang hadir semasa sesuatu lafaz. Kelantangan
suara pula dirujuk sebagai kadar kekuatan suara, sama ada kuat
ataupun perlahan dan kepanjangan merujuk kepada panjang dan
pendek sesuatu lafaz. Kepanjangan lafaz juga merujuk kepada
kadar kelajuan lafaz yang diformulakan sebagai T= 1/F, iaitu
tempoh (T) berkadar songsang dengan frekuensi (F). Ini bererti
lebih pendek tempoh masa lebih tinggi kadar kelangsingan dan
begitu juga sebaliknya. Dan oleh sebab ketiga-tiga parameter ini
mashatta68@yahoo.com | 0109749867
211
Prosodi
memainkan peranan yang penting dalam intonasi, sering kali sesuatu
lafaz dimain-mainkan untuk tujuan tertentu. Sebagai contoh,
intonasi seorang ibu yang sedang marah apabila melarang anaknya
daripada bermain jauh dari tempat yang sepatutnya, hanya perlu
melafazkan ayat perintah Pergi. Pergi. Dan anak kecil yang belum
berpendidikan formal dapat memahami bahawa yang dinyatakan
oleh ibunya adalah bahasa terbalik, iaitu melarang. Perkara yang
sebaliknya pula untuk mereka yang tidak faham asam garam
bahasa Melayu, ujaran sedemikian boleh sahaja bermaksud kurang
sopan, iaitu menghalau seseorang daripada sesuatu kawasan. Justeru
penggunaannya tidak dilakukan secara sewenang-sewenangnya.
Konsep-konsep seperti ini tidak pernah diajarkan secara formal
di sekolah-sekolah tetapi kepentingannya tidak pernah dinafkan.
Melalui pemerhatian, pengamalan dan pengalaman, setiap penutur
bahasa sedia maklum bila dan di mana seharusnya parameter yang
tersebut seharusnya ada. Lihat saja iklan syarikat telekomunikasi
Telekom Malaysia Bhd., Good 2 Talk, Caaaaaaaakap banyak-banyak,
kepanjangan semasa lafaz difokuskan kepada suku kata pertama kata
cakap yang bukan secara tidak sengaja dilafazkan sebegitu rupa
sebaliknya sememangnya itulah tujuan lafaz tersebut. Yang hendak
ditekankan dalam iklan tersebut ialah perbuatan bercakap.
Kepanjangan lafaz dalam ungkapan ini digambarkan dengan
deretan vokal [a] dalam bentuk teks ini memandu orang yang
membacanya tentang cara seharusnya ungkapan itu dibaca. Contoh
lain yang boleh diambil ialah lafaz bunyi hembusan atau tarikan
nafas kecemasan orang meminta tolong. Sering kali cara lafaz yang
kita dengar ialah toloooooooooooong dan bukan toooooooooooolong.
Mengapa contoh ini berbeza daripada contoh Good 2 Talk?
Bukankah kedua-kedua perkataan ini masing-masingnya merujuk
kepada perbuatan yang pertamanya perbuatan cakap dan yang
mashatta68@yahoo.com | 0109749867
212
Fonetik dan Fonologi
keduanya tolong? Mengapa kepanjangan suku kata pertama tidak
diaplikasikan dalam kata tolong? Jawapan kepada persoalan ini
adalah, bayangkanlah situasi jika kita berada dalam suasana yang
amat genting, hampir lemas dalam sungai ataupun laut, kalut tidak
bertenaga, sistem pernafasan yang tidak seperti biasa, tentu sekali
semasa keadaan sedemikian kita mengumpul saki baki tenaga
yang ada bagi menjeritkan ungkapan tolong tersebut sekuat yang
boleh dengan kepanjangan pada suku kata yang sesuai. Ini adalah
kerana apabila suku kata pertama yang dipanjangkan lafaznya,
dibimbangi pula semasa mulut terbuka luas, air akan masuk lebih
banyak ke dalam mulut dan peluang untuk diselamatkan akan
menjadi lebih rendah. Ini semua berlaku kerana suku kata kedua
tidak sempat dilafazkan dan kemungkinan khalayak yang ada tidak
akan dapat mendengar ungkapan tersebut yang mungkin boleh saja
menjadi kata lain tepi [#to+pi#] dalam dialek Negeri Sembilan.
Kemungkinan seperti ini tidak boleh dinafkan. Selain itu, jika
lafaz tolong dilafazkan dengan suku kata pertama dipanjangkan,
logiknya tidak dapat diterima akal melainkan unsur berjenaka cuba
diselitkan seperti apabila kita bermain-main mempelbagaikan cara
lafaz. Sehubungan dengan penyataan setiap satu parameter yang
digunakan dalam ujaran tidak dilakukan secara sewenang-wenangnya,
lafaz yang dilakukan juga sering kali selari dan memenuhi norma
yang ditentukan dalam masyarakat penutur sesuatu bahasa.
Intonasi dipengaruhi oleh budaya masyarakat penutur.
Masyarakat penutur sesuatu bahasa menentukan sama ada sesuatu
melodi dalam bahasa mereka dapat diterima ataupun tidak. Salah
faham boleh sahaja berlaku apabila dua individu yang berlainan
budaya bertemu. Kemungkinan salah seorang menyatakan
bahawa rakannya yang seorang lain bernada kasar dan begitu
juga sebaliknya. Hal seumpama ini berlaku kerana keyakinan
bahawa intonasi yang digunakan itulah yang terbaik dalam budaya
mashatta68@yahoo.com | 0109749867
213
Prosodi
masing-masing sedangkan perkara seumpama ini amat subjektif
sifatnya. Renungkan catatan pengalaman Key, M. R. (1975: 49).
Once when I visited an American Indian school, one of the lads told
me that the teachers (white) talked too loud! In some cases this has
been interpreted by the Indian students to mean anger or that the
teacher is mean.
Selain itu, penutur ternyata terikut-ikut dengan sistem intonasi
bahasa ibunda masing-masing. Aksen, sebagai contoh, didapati
begitu rapat hubungannya dengan diri penutur sebagaimana yang
dinyatakan pada bahagian awal, iaitu dapat memberi maklumat
siapakah penutur ujaran tersebut. Keadaan seumpama ini dapat
digambarkan, sebagai contoh, dalam iklan audio skim cepat kaya
apabila suara wanita Cina dan suara seorang Punjabi digunakan
dalam dua iklan yang berasingan. Sememangnya tidak dinafkan
bahawa pemilihan kata yang digunakan bercampur-aduk dengan
bahasa Melayu dianggap sebagai antara penanda bangsa tetapi
cara lafaz, iaitu intonasi turut jelas menggambarkan gender, latar
belakang dan bangsa yang menuturkannya. Ini memperlihatkan
kepentingan intonasi diajarkan dalam pengajaran bahasa, kerana
lafaz tuturan yang baik akan hanya dapat dicapai apabila persoalan
aksen bahasa ibunda tidak timbul apabila bertutur dalam bahasa lain.
Kualiti lafaz yang baik ialah kualiti yang sama seperti lafaz penutur
jati sesuatu bahasa. Ini juga sesuai dengan objektif pengajaran
bahasa Melayu yang tercatat dalam Kurikulum dan Sukatan
Pelajaran Bahasa Melayu yang menjadi pegangan para pendidik.
Justeru cabaran pengajaran aspek intonasi dalam pengajaran bahasa
Melayu sememangnya mencabar kerana hasil dari pemerhatian
yang dilakukan fokus hanya diberikan kepada komponen tatabahasa
yang lain sahaja, iaitu fonologi (tidak menyentuh aspek prosodi),
morfologi, sintaksis dan semantik (makna struktur tersurat). Hasil
mashatta68@yahoo.com | 0109749867
214
Fonetik dan Fonologi
pengajaran yang sedemikian melahirkan pelajar yang hanya boleh
bertutur bahasa Melayu dengan aksen bahasa ibunda dan tidak
menguasai kemahiran bertutur bahasa Melayu dengan baik seperti
yang ditetapkan oleh norma dan nilai orang Melayu, iaitu sesuatu
yang sering kali dianggap berada di luar skop tatabahasa yang perlu
diajarkan. Dan inilah punca masalah pelajar gagal bertutur dan
menggunakan bahasa Melayu yang baik sesuai konteks dan sekali gus
gagal menggunakan bahasa Melayu Tinggi yang menjadi isu semasa
hari ini.
8.5 Kaedah Pengajaran
Dalam memasukkan input intonasi dalam pengajaran, contoh yang
ada dalam buku-buku tidak mencukupi. Seperti keadaannya apabila
kita belajar binaan ayat, tidak semua pola binaan ayat yang pelbagai
tercatat dalam mana-mana buku. Apa yang dipelajari adalah aspek
yang paling asas manakala kefahaman dan realiti penggunaannya
diperoleh apabila asas binaan ayatnya diketahui. Ini semua disokong
dengan kefahaman terhadap komponen-komponen yang lain dalam
bahasa seperti fonologi, morfologi dan semantik. Keupayaan kita
memahami semua ini amat berhubungan dengan keupayaan otak
dalam memproses maklumat.
Seperti yang dinyatakan di bahagian awal, kandungan buku-buku
yang sedia ada dalam memperkatakan aspek intonasi dalam bahasa
tidak banyak dihuraikan. Yang ada, seperti dalam bahasa Melayu
adalah Tatabahasa Dewan dan buku kecil Asraf Abdul Wahab, kurang
membantu dalam hal ini kerana aspek intonasi adalah amat perlu
diajarkan dengan bantuan audio atau yang lebih baik audio visual.
Pengajaran ini boleh saja dilakukan secara berperingkat-peringkat
dengan dimulakan dengan audionya dan baru diikuti dengan audio
visualnya.
mashatta68@yahoo.com | 0109749867
215
Prosodi
Kaedah menggunakan audio pada peringkat awal boleh
mendedahkan para pelajar kepada peranan intonasi yang dinyatakan,
iaitu pengorganisasian maklumat, paralinguistik dan ekstralinguistik.
Daripada contoh yang dikemukakan, seharusnya pelajar akan maklum
bahawa antara seseorang individu dengan individu yang lain wujud
cara lafaz yang berbeza. Ini bergantung kepada tujuan dan konteks
sesuatu komunikasi berlangsung. Pengetahuan bahawa sesuatu ayat
itu dapat dilafazkan dengan pelbagai cara dan sesuatu lafaz itu pula
dapat diaplikasikan ke atas pelbagai bentuk ayat perlu ada. Tujuan
dan konteks yang pelbagai ini perlu dijelaskan bagi memperlihatkan
bagaimana sesuatu lafaz itu boleh dipelbagaikan lafaznya sehingga
maklumat yang hendak disampaikan juga turut berubah.
Manakala peringkat kedua ialah dengan menggunakan bantuan
audio visual yang boleh saja daripada bahan yang sama ataupun
bahan yang berbeza. Penggunaan bahan seperti ini mendedahkan
kepada para pelajar bahawa semasa lafaz sesuatu ujaran tidak dapat
tidak akan diiringi dengan gerak badan ataupun bahasa badan yang
menambahjelaskan sesuatu maklumat yang hendak disampaikan.
Bayangkan jikalau intonasi yang digunakan kedengaran begitu
mengalu-alukan sebaliknya mimik muka tidak selari dengan lafaz
intonasi, maka pasti maklumat yang akan sampai ke dalam otak
berkontras dengan apa yang seharusnya didapati. Dan otak pula
akan memproses maklumat tersebut sebagai yang sebaliknya,
iaitu ketidakikhlasan. Tanda-tanda seperti ini dapat dilihat dan
dibandingkan dengan lafaz intonasi dinamakan sebagai kinesik.
Kinesik, iaitu bahasa badan adalah aspek yang penting selain kualiti
dan kualifer suara semasa lafaz.
Peringkat pengajaran yang seterusnya ialah penghayatan emosi
dalam sesuatu lafaz. Seperti yang dibincangkan pada bahagian awal,
sesuatu lafaz ujaran akan diiringi dengan makna emosi di dalamnya.
Dalam proses pengajaran aspek ini, kaedah main peranan adalah
mashatta68@yahoo.com | 0109749867
216
Fonetik dan Fonologi
yang terbaik jikalau audio visual sedia ada seperti flem, drama dan
sebagainya tidak mahu digunakan. Ini adalah alternatif kepada
pilihan-pilihan yang tersebut dan mungkin kaedah ini lebih
berkesan apabila pelajar turut terlibat sama dalam aktiviti seperti
ini. Kaedah seperti ini paling sesuai bagi para pelajar bahasa kedua di
samping sesuai juga untuk pelajar bahasa pertama.
Dengan kecanggihan sistem teknologi hari ini dan penyediaan
pelbagai kemudahan pengajaran dan pembelajaran, aspek intonasi
seharusnya boleh diberikan penekanan. Penggunaan program khas
memungkinkan para pelajar melihat dan memanipulasi parameter
seperti frekuensi fundamental (F0), intensiti dan durasi yang boleh
dipaparkan di skrin komputer bagi mengalami sendiri pengalaman
apabila mana-mana satu daripada parameter yang disebutkan itu
diubah suai. Kaedah pengajaran sebegini pasti dapat menarik
perhatian pelajar kerana mereka dapat mencuba sendiri rakaman
suara sendiri yang dimanipulasikan. Kaedah pembelajaran yang
menyeronokkan ini lebih mengesankan kepada para pelajar dalam
memperlihatkan kepentingan aspek ini dalam berbahasa.
8.6 Intonasi dan Kesantunan
Kesantunan juga adalah aspek yang sangat penting dalam intonasi.
Nada suara semasa lafaz seperti yang dinyatakan sedari awal tadi,
menentukan makna emosi seseorang yang sedang bercakap. Baik
semasa pengucapan, semasa mengajar, semasa meraikan seseorang
dan sebagainya, aspek intonasi berperanan menentukan mesej
interpersonal si pembicara. Tiada sesiapa pun dalam dunia ini mahu
berurusan dengan orang lain jika kemahiran interpersonal seseorang
itu tidak memuaskan. Sebagai contoh, seorang doktor kanak-kanak
yang sememangnya sepanjang tugasnya akan berurusan dengan
kanak-kanak, tidak mungkin boleh menggunakan nada lafaz seperti
mashatta68@yahoo.com | 0109749867
217
Prosodi
bertutur dengan ibu bapa kanak-kanak yang sedang dirawat. Doktor
berkenaan harus tahu nada yang bagaimana yang harus digunakan
sesuai dengan aras kesantunan untuk kanak-kanak. Dan sebaliknya
pula jikalau beliau berurusan dengan orang dewasa. Nada memujuk,
nada memberikan harapan, nada yang meyakinkan menentukan
kelangsungan dan keberkesanan rawatan yang akan diberikan. Seperti
nilai kecantikan, nilai bagi kesantunan ini sangat subjektif. Walau
bagaimanapun, dalam sesuatu masyarakat terdapat seakan-akan satu
standard tertentu yang menjadi norma nilai kesantunan yang lazim
diamalkan. Justeru kesantunan dalam masyarakat perlu dipelajari
sebagaimana yang dinyatakan dan dipersetujui oleh ramai sarjana
misalnya Blum-Kulka (1989), Snow et.al (1990), Kerbat-Orecchioni
(1992), Kwarciak (1993 );
to behave politely is not a natural quality anyone who has a child
knows this but an acquired ability.
Kesantunan merupakan kemahiran yang perlu dipelajari dan
diperoleh dari satu proses pembelajaran sama ada pembelajaran
pasif (pemerhatian) atau aktif dengan diberi tunjuk ajar oleh
orang-orang yang tertentu. Lanjutan itu, amalan kesantunan yang
menjadi gaya hidup atau cara hidup dalam masyarakat bukan
merupakan kemampuan yang diwarisi tanpa dipelajari dari generasi
yang sebelumnya. Penyataan ini jelas memperlihatkan bahawa aspek
kesantunan dalam masyarakat perlu dipelajari oleh setiap individu
dalam masyarakat itu sendiri dan oleh individu lain yang ingin
menjadi anggota masyarakat sesebuah masyarakat yang lain.
Key, M. R. (1975) juga ada menyatakan pengalaman beliau
tentang perkara ini seperti yang dibincangkan dalam bahagian awal
bab.
Penyataan ini jelas menyokong penyataan awal bahawa
kesantunan ini sangat subjektif, sangat berhubungan dengan budaya
mashatta68@yahoo.com | 0109749867
218
Fonetik dan Fonologi
masyarakat yang menuturkan sesuatu bahasa. Bagi memahami
sejauh mana kebolehterimaan kesantunan dalam sesuatu masyarakat
atau sesuatu kelompok masyarakat, sesuatu puak dan sebagainya,
seseorang itu perlu duduk bergaul dalam masyarakat berkenaan.
Kesemuanya tidak tercatat dalam mana-mana buku sebaliknya
ia diwarisi secara turun-temurun. Dan pengamalan kesantunan
menentukan sama ada seseorang individu itu dapat diterima ataupun
tidak dalam sesuatu masyarakat.
Dalam Islam sendiri, aspek pengawalan suara dicatatkan dalam
surah Luqman, 31: 19 yang mengatakan:
Dan sederhanalah dalam perjalanan engkau dan lunakkanlah suara
engkau. Sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara himar
(keldai).
Penentuan lunak dalam berkomunikasi belum ada kayu
pengukurnya. Walau bagaimanapun lunak yang dapat difahami
di sini adalah norma-norma yang standard yang disenangi oleh
kelompok masyarakat yang menuturkan sesuatu bahasa. Manakala
menurut Zaba (1950), dalam tulisannya yang bertajuk Malay
Manners and Etiquette,
it is bad manners to speak in an unnecessarily loud voice. It
amounts to shouting at the person addressed or to suggesting that he
is hard of hearing. And shouting is generally expressive of anger or
impatience, while presuming a person to be deaf is itself impolite.
Penyataan oleh Zaba ini jelas menunjukkan bahawa pengawalan
suara sangat penting kerana nada suara yang tinggi pasti
menimbulkan implikasi buruk yang pelbagai kepada kedua-dua
pihak, yang bertutur dan yang mendengar. Malahan dalam
perenggan yang lain dalam tulisan yang sama, Zaba ada menyatakan
mashatta68@yahoo.com | 0109749867
219
Prosodi
tentang kesantunan yang menyentuh aspek mencelah sesuatu
perbualan,
To a Malay, the person thus interrupting deserves a slap in the face.
Untuk menyelesaikan situasi yang tidak dikehendaki ini, Zaba
menyarankan cara supaya tempeleng yang dikatakan itu tidak
singgah ke muka orang yang melakukan pencelahan itu dengan
maafkan saya tumpang bercakap. Dan pastinya ujaran ini
dilafazkan dengan nada suara yang rendah dan penuh santun.
Santun mempunyai skop cakupan yang sangat luas. Sifat ini
meliputi tertib semasa berkomunikasi. Aturan siapa yang patut
didahulukan dan dikemudiankan adalah antara tertib yang perlu
diambil kira. Pemilihan perkataan perlu dilakukan dan lisannya
pula melibatkan bagaimana harus dilafazkan. Penentuan di mana
hentian, jeda atau pemenggalan maklumat hendak dilakukan
menentukan kepentingan fokus yang dirujuk. Seperti mana irama
di dalam sesebuah lagu, intonasi diorkestrakan sebaiknya bagi
menarik perhatian khalayak yang mendengar. Cara lafaz yang
betul menentukan sama ada khalayak yang mendengar mendapat
manfaat ataupun tidak. Objektif komunikasi merupakan penentu
kepada bagaimana lafaz harus berlangsung. Dan atas kesedaran ini
kemahiran ini perlu dilatih kerana sering kali penulis ucapan dan
pembaca ucapan merupakan orang yang berbeza.
Dengan berfokus kepada pengajaran intonasi dalam mata
pelajaran bahasa Melayu, sama ada kepada pelajar bahasa pertama,
kedua atau bahasa Melayu sebagai bahasa asing, pemberatan
pengajaran ini sama sahaja. Belum tentu seseorang pelajar bahasa
pertama boleh memandang ringan perkara ini walaupun telah
dikatakan oleh seorang sarjana barat bahawa intonasi adalah
elemen pertama yang dipelajari oleh seorang bayi. Jika pelajar
mashatta68@yahoo.com | 0109749867
220
Fonetik dan Fonologi
bahasa pertama ini sudah sempurna aspek intonasinya, galakan
untuk terus belajar dan memperkaya pengetahuan perlu dilakukan
juga. Dan seandainya aspek intonasi ini tidak penting, maka tidak
akan wujud pelbagai kursus yang dianjurkan baik oleh pihak-pihak
di bawah pentadbiran kerajaan, swasta mahupun perseorangan untuk
individu yang berminat mempelajari teknik pengucapan awam yang
betul. Malahan telah banyak buku diterbitkan berkenaan dengan
topik ini.
8.7 Intonasi dan Semantik
Dalam komunikasi, khususnya komunikasi lisan, intonasi merupakan
aspek yang sangat penting dalam menambah jelas makna yang sedang
dirujuk. Seperti yang dinyatakan dalam perbincangan sebelum ini,
kadang kala akan berlaku situasi makna tersurat tersirat. Apabila
situasi seperti ini berlaku maka makna yang akan dirujuki ialah
makna yang diperoleh dari persepsi auditori sesuatu lafaz ujaran.
Sungguhpun begitu berlaku juga situasi apabila makna leksikal dalam
ujaran mempunyai kekuatan makna yang menyebabkan peranan
intonasi disingkirkan sama sekali. Perhatikan contoh yang berikut:
Hubungan saya dengan penyelia saya seperti ibu ayam dan anak
ayam ...
Dalam ujaran tersebut, intonasi tidak lagi memainkan peranan
yang penting. Walaupun lafaz ujarannya dianggap santun, dengan
nada suara tidak meninggi dan ternyata sememangnya berniat baik
untuk menggambarkan keakraban hubungan yang berlangsung,
ujaran ini tetap tidak dapat diterima sebagai berniat baik. Mengapa
hal ini berlaku? Faktor nilai dan norma yang menjadi pegangan
dalam masyarakat penutur bahasa Melayu telah menetapkan makna
konotatif yang negatif bagi ungkapan ibu ayam dengan menidakkan
mashatta68@yahoo.com | 0109749867
221
Prosodi
penggunaan ungkapan ini dengan maksud yang positif. Penggunaan
ungkapan tabu ini sememangnya menjadi pantang/larangan
penggunaannya. Justeru apabila digunakan maka kekuatan makna
leksikal tersebut tidak dapat diketepikan.
Begitu juga kepekaan tentang kata-kata yang sensitif yang
lain yang menjadi tabu dalam masyarakat penutur bahasa Melayu
seharusnya dielakkan penggunaannya kerana dalam konteks-konteks
yang tertentu, kata-kata tabu ini mengatasi peranan intonasi dalam
lafaz ujaran. Misalnya kata kepala, anggota badan yang dimuliakan
dan pertentangan yang wujud dengan anggota badan yang lain, iaitu
kaki. Teliti contoh yang berikut:
kau kacaukan kedamaian negeriku, kau injak-injak martabat
rakyat dan leluhurku ...
(Petikan dialog flem Puteri Gunung Ledang)
Dalam contoh ujaran tersebut, walaupun nada suara pelakonnya
rendah dan tegas semasa dialog ini disampaikan, tetapi tanpa intonasi
yang sedemikian rupa, maksud ketegasan, marah dan tidak puas
hati tetap dapat ditanggapi. Makna yang dirujuki ini berjaya tanpa
peranan intonasi kerana kekuatan makna leksikal kata injak-injak,
martabat dan leluhur yang digunakan dalam dialog tersebut. Kata-kata
lain yang mempunyai kekuatan makna pada persepsi penutur bahasa
Melayu ialah kata sumpah, dalam ujaran saya bersumpah atau
sumpah pemuda, najis dalam najis dadah, dadah itu haram dan
sebagainya. Dalam kasus seperti ini, ternyata apa yang dikatakan oleh
Ladd (1978) words may also override intonation, dapat diterima.
Aspek kesantunan yang dibincangkan sebelum ini sebenarnya
berkaitan juga dengan komponen semantik. Intonasi bukan
satu-satunya faktor penentu kesantunan dalam komunikasi. Ini
kerana pemilihan perkataan yang salah atau tidak sesuai konteks
mashatta68@yahoo.com | 0109749867
222
Fonetik dan Fonologi
tidak mampu diatasi dengan penggunaan intonasi yang lunak.
Justeru kebijaksanaan menyerasikan kedua-duanya, iaitu semantik
dan intonasi perlu ada. Keserasian ini juga perlu mengambil kira
tentang norma dan nilai dalam berbahasa yang diterima pakai.
Sekiranya norma dan nilai ini diketepikan atau cuba diubah seperti
dalam contoh ibu ayam dan anak ayam sebelum ini, usaha ini
ternyata akan dianggap sia-sia sahaja. Pandangan masyarakat yang
telah tekal dalam fkiran dan diguna pakai sedemikian lama tidak
mungkin dapat diubah begitu sahaja. Perhatikan juga contoh-contoh
yang berikut:
1. Yuna jual diri di New York.
2. Adalah bijaksana jika mendengar terlebih dahulu...
3. ... berdialog tanpa fakta.
4. ... bertegang urat
5. ... jika saudara berdegil, saya juga boleh berdegil ...
6. Banyak tuduhan ...
7. Saya terkilan ...
Ringkasnya, apabila mempelajari intonasi, komponen semantik ju-
ga tidak boleh dikesampingkan. Kedua-duanya hadir serentak dalam
menentukan sebuah komunikasi berkesan.
8.8 Langkah Susulan
Selain memperbanyakkan buku ilmiah tentang aspek ini diterbitkan,
bengkel-bengkel akademik juga perlu dilakukan. Jika dalam bahasa
Melayu, selepas tahun 1981, tidak pernah lagi diadakan bengkel
seumpama ini. Lompang perbincangan ilmiah yang ketara ini
mashatta68@yahoo.com | 0109749867
223
Prosodi
mungkin saja akibat daripada pengetahuan yang kurang tentang
perkembangan semasa bidang ilmu ini. Perbincangan ilmiah dapat
membantu memperbaiki kaedah pengajaran dan pembelajaran baik
bagi pengajaran bahasa Melayu sebagai bahasa pertama, kedua dan
bahasa asing supaya penguasaan berbahasa menjadi sempurna.
Lanjutan daripada itu, kajian-kajian ilmiah seharusnya
diperbanyakkan. Galakan seharusnya diberikan kepada para
penyelidik yang berminat melakukan penyelidikan dalam bidang ini.
Penyelidikan masa depan seharusnya mampu bersifat holistik bagi
menyediakan satu inventori pola kontur intonasi sesuai makna
emosi untuk tujuan rujukan dan panduan. Inventori ini mesti
disertakan dengan latihan audio dan grafk bagi memperlihatkan
keadaan sebenar sesuatu lafaz apabila berlangsung. Panduan
seumpama ini bermanfaat bukan sahaja untuk para pelajar
tempatan malahan untuk orang asing yang berminat mempelajari
bahasa Melayu. Jika dibandingkan dengan apa yang berlaku di luar
negara, khususnya di Belanda, bahasa Belanda sudah mempunyai
satu inventori intonasi bahasa mereka untuk tujuan pengajaran dan
menjadi pegangan apabila persoalan intonasi dibicarakan. Malahan
mereka sudah membina satu tatabahasa berhubungan dengan
intonasi ini melalui satu sistem yang dinamakan Transcription of
Dutch Intonation (ToDI). Dengan menggunakan model kajian di luar
negara, penyelidikan yang bersifat multidisiplin patut digalakkan
dengan gabungan bidang ilmu linguistik, bahasa dan sosiobudaya.
Sementara itu, kajian yang sedia ada yang masih belum
diterbitkan menjadi buku mungkin boleh dijadikan input kepada
penghasilan buku rujukan seperti mana terhasilnya buku Tatabahasa
Dewan yang diusahakan oleh empat orang sarjana bahasa.
Yang lebih utama, kandungan buku tatabahasa yang menjadi
pegangan perlulah memuatkan input intonasi dengan penjelasan
mashatta68@yahoo.com | 0109749867
224
Fonetik dan Fonologi
bahawa aspek ini perlu dititikberatkan dalam komunikasi. Dan
kaedah dapatan dan huraian yang ada seharusnya selari dengan
perkembangan ilmu semasa. Selain itu pengajaran yang bersifat
multidisiplin, iaitu linguistik, bahasa dan sosiobudaya perlu juga
diberikan perhatian bagi mewujudkan komunikasi berkesan. Ini
kerana pengetahuan dan kemahiran dalam intonasi tidak memadai
tanpa pengetahuan semantik serta norma dan nilai dalam masyarakat
penutur yang menjadi pegangan.
8.9 Ringkasan
Pada suatu masa dulu intonasi ini kurang mendapat perhatian.
Sebaliknya senario semasa kini memperlihatkan betapa aspek
intonasi merupakan antara aspek yang penting dalam pengajaran
bahasa. Kesedaran masyarakat tentang kepentingan berucap,
bersyarah, berlakon, menyampaikan berita, mengacarakan majlis
dan sebagainya perlu dilaksanakan dengan cara yang betul telah
tinggi. Penjelasan perlu diberikan bahawa dalam intonasi berlaku
2 kasus tentang posisi segmentasi unit maklumat, iaitu segmentasi
di posisi yang berbeza menyebabkan makna rujukan berbeza dan
segmentasi di posisi yang sama tetapi konfgurasi intonasi dan
modulasi pergerakan nada yang berbeza juga akan mengubah makna.
Sehubungan dengan itu, pengetahuan dan pengajaran intonasi
tidak boleh dianggap mudah dengan anggapan bahawa kebolehan
dan kemahiran berbahasa dengan baik sedia diwarisi sejak turun
temurun.
Intonasi yang mempunyai 3 fungsi menjelaskan betapa
pengetahuan menggunakannya dengan betul sangat penting kerana
peranan linguistik, paralinguistik dan ekstralinguistiknya. Ini kerana
dalam komunikasi seharian berlaku keadaan makna tersurat makna
tersirat.
mashatta68@yahoo.com | 0109749867
225
Prosodi
Kekangan yang ada seperti kekurangan bahan rujukan
dan tiada kaedah pengajaran yang memasukkan input intonasi,
seharusnya diatasi dan dilaksanakan dengan segera. Ini adalah
kerana pelbagai salah faham akan timbul jika intonasi yang terlafaz
tidak kena gaya dan suasana. Analoginya, jika menyanyi pun
memerlukan guru vokal apatah lagi jika mahu berkata-kata!
Inisiatif perlu diambil agar aspek ini tidak dipinggirkan lagi
atas alasan tiada kepakaran mahupun peralatan yang sempurna
bagi melakukan penyelidikan yang komprehensif. Mungkin pada
peringkat awal mana-mana kajian ilmiah yang berkaitan dengan
topik ini boleh diterbitkan sebagai langkah menyebarkan maklumat
kajian yang berlangsung, dan susulannya tenaga akademik yang
mengkhusus dalam aspek ini perlulah bersama-sama melakukan lebih
banyak penyelidikan. Penghasilan prototaip intonasi perlu dilakukan
sebagai rujukan awal. Kajian ilmiah yang sedia ada pula boleh
digabungkan bagi melihat kelangsungan yang berlaku kerana kajian
awal di Malaysia bersifat impresionistik berbanding dengan hari ini
yang bersifat eksperimental.
Kekangan peralatan dan kepakaran sudah tidak lagi menjadi
faktor penghalang. Dan dengan adanya tenaga akademik berkelulusan
kedoktoran dalam bidang ini, dan pelajar-pelajar ijazah lanjutan
yang melanjutkan pelajaran ke luar negara, diharap dapat
meningkatkan lagi hasil kajian. Usaha ini akan dapat menghasilkan
satu inventori bahasa Melayu untuk rujukan pengguna, pengajar dan
pelajar bahasa Melayu.
Perkara yang tidak boleh dikesampingkan adalah hubungan
yang erat antara intonasi dengan semantik. Penjelasan yang tepat
perlu diberikan kerana wujud dalam kasus yang tertentu, peranan
intonasi dianggap tidak penting kerana kekuatan makna leksikal
yang wujud dalam ujaran. Sering kali kata atau ungkapan tertentu
mashatta68@yahoo.com | 0109749867
226
Fonetik dan Fonologi
yang bersifat tabu dalam masyarakat penutur sesuatu bahasa itu
memperlihatkan kekuatan makna leksikal. Kekuatan makna leksikal
ini juga berhubungan dengan norma dan nilai yang diterima pakai
dalam sesebuah masyarakat. Justeru dalam memastikan sesebuah
komunikasi itu berkesan, pengetahuan dan kemahiran berbahasa
yang mencakupi semantik dan intonasi perlu ada. Ringkasnya,
kedua-duanya sama penting dalam komunikasi, khususnya lisan.
8.10 Latihan
1. Huraikan perbezaan suprasegmental dan segmental.
2. Prosodi dan intonasi merupakan dua terminologi yang
sering bertukar ganti. Ini menimbulkan masalah rujukan.
Perkara ini diakui oleh para sarjana. Bincangkan punca
kecelaruan ini berlaku.
3. Kemukakan tiga parameter yang menyamakan konsep
intonasi dengan prosodi.
4. Parameter adalah elemen yang diukur. Pada persepsi
pendengar apakah padanan untuk parameter yang tersebut:
F0, Intensiti, dan Durasi.
5. Secara ringkas jelaskan fungsi prosodi.
6. Nyatakan perbezaan kualiti dan kualifer suara.
7. Bincangkan bagaimana yang dikatakan berlaku tumpang
tindih antara fungsi linguistik dan paralinguistik?
Kemukakan contoh.
8. Jelaskan maksud segmentasi unit maklumat.
9. Kemukakan contoh ujaran yang memperlihatkan kasus
segmentasi unit maklumat di posisi yang sama tetapi
berbeza dari aspek makna yang dirujukinya.
mashatta68@yahoo.com | 0109749867
227
Prosodi
10. Bincangkan dimensi prosodi seperti yang dikemukakan
oleh Couper-Kuhlen, E., dalam bukunya An Introduction To
English Prosody (1986).
11. Parameter F0, intensiti dan durasi dapat dikatakan antara
parameter yang menandai makna emosi sesuatu ujaran.
Sejauh mana penyataan ini dipersetujui? Kemukakan
hujah-hujah yang sesuai.
12. Bincangkan peranan intonasi dalam sesuatu komunikasi.
Sejauh manakah intonasi dapat dihubungkan dengan
kesantunan dalam komunikasi.
13. It wasnt what she said, but the way she said it. Hujahkan
penyataan ini.
14. Sejauh mana budaya masyarakat penutur mempengaruhi
sistem prosodi seseorang penutur. Bincangkan.
15. Bincangkan kepentingan pengajaran intonasi dalam
pengajaran bahasa Melayu di sekolah-sekolah.
16. Kemukakan kaedah yang sesuai dan boleh diaplikasikan
semasa menerapkan kemahiran menggunakan intonasi yang
betul semasa pengajaran mata pelajaran bahasa.
17. Sejauh mana pada pendapat anda buku Tatabahasa Dewan
(1986, 1993, 2008) dan buku kecil Asraf Abdul Wahab
(1988) dapat dimanfaat dalam pengajaran bahasa?
18. Buku-buku ilmiah tentang bidang ini amat kurang.
Kemukakan antara langkah yang boleh diambil bagi
menyebarkan maklumat tentang kepentingan bidang ini
kepada khalayak pengguna.
19. Bahan berbentuk audio, visual dan audio visual merupakan
alat bantu dalam pengajaran prosodi. Bincangkan
mashatta68@yahoo.com | 0109749867
228
Fonetik dan Fonologi
kepentingan setiap satunya dalam pengajaran bahasa.
20. Apakah ToDI? Bagaimana ToDI boleh dijadikan model untuk
penyelidikan intonasi bahasa Melayu.
21. Bincangkan kajian berbentuk multidisiplin yang mampu
memperkukuh dapatan dalam bidang prosodi/intonasi.
22. Bincangkan bagaimana yang dikatakan sebagai makna emosi
dalam ujaran? Perbincangan ini harus menyentuh input
kesantunan dalam berbahasa.
23. Bincangkan penyataan ini to behave politely is not a natural
quality anyone who has a child knows this but an acquired
ability.
24. Apakah yang dimaksudkan sebagai hubungan yang berlaku
dalam struktur ayat dan ujaran dengan norma dan nilai
dalam masyarakat?
25. Bincangkan kepentingan aspek prosodi/intonasi dalam
komunikasi seharian.
26. Bincangkan penyataan Couper-Kuhlen, E., when lexical
content or syntactic/textual structure are at odds with
intonation, it is often the meaning derived from intonation which
prevails: ... .
27. Bersetujukah anda dengan penyataan words may also
override intonation?
28. Apakah yang dimaksudkan dengan komunikasi berkesan?
29. Huraikan peranan komponen semantik dan intonasi dalam
menentukan kesantunan.
30. Bincangkan potensi karier apabila memiliki pengetahuan
dan kemahiran dalam menggunakan intonasi yang baik.
mashatta68@yahoo.com | 0109749867
Analisis Fitur
Distingtif
Bab 9
9.1 Fonem Penggalan dan Fitur Distingtif
Apabila kita mengkaji fonologi melalui kaedah deskripsi struktur,
kita mengatakan bahawa sesuatu ujaran itu mengandungi satu
urutan fonem penggalan yang dapat dipisah-pisahkan, atau
disegmenkan. Fonem penggalan, atau fonem segmental, dalam
sesuatu ujaran ini pula adalah unit terkecil dalam analisis fonologi
dan ia tidak boleh dipecahkan lagi kepada unit yang lebih kecil.
Memanglah dalam fonologi segmental, kita berandaian demikian.
Fonem penggalan itulah yang terkecil. Namun melalui kaedah ftur
distingtif, bunyi-bunyi penggalan pun masih boleh kita pecahkan
kepada unit-unit yang lebih kecil, iaitu ftur-fturnya. Kita boleh
menyenaraikan ftur bagi setiap fonem penggalan tadi. Ringkasnya,
mashatta68@yahoo.com | 0109749867
230
Fonetik dan Fonologi
ftur ialah penyenaraian ciri-ciri bunyi manakala distingtif bermaksud
membezakan bunyi.
9.2 Fitur Distingtif
Setiap bunyi yang dikatakan fonem itu mempunyai ciri-ciri atau
ftur-ftur yang membezakannya daripada fonem lain. Seterusnya,
ini membolehkan kita membuat perbandingan bagi setiap fonem
penggalan itu bagi melihat persamaan dan perbezaannya antara
satu sama lain. Hal ini perlu bagi mempamerkan kualiti bunyi-bunyi
tersebut atau dalam membezakan cara, dan daerah sebutan bagi
bunyi-bunyi tersebut.
Oleh sebab, ada kalanya kita menghuraikan sesuatu ftur
itu dengan menggunakan istilah yang berbeza, maka kita perlu
mengetahui istilah dan fungsi ftur ini. Menurut Schane, yang
diterjemahkan oleh Zaharani Ahmad (1992: 31), fungsi ftur ini
ialah:
1. Fitur dapat memberikan huraian dan fungsi fonetik yang
sistematik.
2. Fitur dapat membezakan fungsi fonemik atau membezakan
butir leksikal pada peringkat yang lebih abstrak (atau
membezakan perkataan).
3. Fitur dapat mendefnisikan kelas semula jadi, iaitu
fonem-fonem tertentu dapat dimasukkan ke dalam satu
kumpulan apabila fonem-fonem penggalan tersebut
mengalami proses fonologi yang sama.
9.2.1 Fitur [+] dan [-]
Analisis ftur distingtif digunakan bagi menunjukkan ciri yang
bertentangan dengan menggunakan tanda campur (+) dan tolak (-).
mashatta68@yahoo.com | 0109749867
231
Analisis Fitur Distingtif
Melalui kedua-dua penanda (+) dan (-) ini kita dapat menunjukkan
sama ada sesuatu ftur itu ada atau tidak. Contohnya lihat bagaimana
kita melabelkan dua ftur, iaitu bersuara dan tidak bersuara. Di
sini kita hanya memerlukan satu ftur, iaitu ftur [bersuara] dan
kemudiannya ftur ini boleh dispesifkasikan sebagai ftur [ +
bersuara] bagi fonem bersuara dan [- bersuara] bagi fonem tak
bersuara. Dengan demikian, fonem /k / dapat kita spesifkasikan
sebagai [ - bersuara] dan bunyi /g / pula dispesifkasikan sebagai
[ + bersuara]. Oleh sebab itu sistem ini adalah sesuai digunakan
bagi semua ftur yang menunjukkan kualiti yang bertentangan.
Analisis ini memberikan dua nilai [

bersuara], iaitu nilai ftur
binari yang pertama kalinya dicadangkan oleh Jakobson et al (1952)
(Gussenhoven, C dan Jacobs, H., 2005:59).
9.2.2 Fitur Pembeza atau Distingtif
Sistem ftur ini dapat membeza dan menunjukkan perhubungan
pasangan bunyi-bunyi secara eksplisit. Sebagai contoh, lihatlah
fonem /m / dan / b / yang dihasilkan dengan menggunakan
artikulator bibir. Kedua-dua fonem ini dapat dibezakan dari segi
bunyi ftur oral (mulut) dan sengau melalui cara ftur ini. Ini dapat
ditunjukkan seperti di bawah:
/b/ [+oral], [-sengau]
/m/ [-oral], [+sengau]
Analisis ftur juga membenarkan kita membezakan ftur yang
pada asalnya tidak begitu jelas perbezaannya. Sebagai contoh,
ada fonem vokal yang berbeza dari segi ketinggian lidah manakala
bunyi konsonan pula yang berbeza dari segi daerah artikulasi. Ini
dapat dijelaskan dengan menggunakan ftur-ftur distingtif ini.
mashatta68@yahoo.com | 0109749867
232
Fonetik dan Fonologi
Dengan demikian, analisis ftur distingtif ini memainkan peranan
yang penting dalam membezakan kedua-dua ciri yang bertentangan
tersebut. Analisis ftur ini juga mewujudkan satu sistem yang efektif,
teratur dan sistematik dalam mengklasifkasikan bunyi atau fonem
menurut ftur-ftur atau ciri-ciri bunyi.
9.3 Bunyi-Bunyi dan Fiturnya
Pada bahagian ini kita akan melihat dengan lebih terperinci lagi
ftur-ftur yang mewakili bunyi-bunyi penggalan yang disebut
dalam bab-bab sebelum ini. Bunyi-bunyi penggalan ini melibatkan
bunyi-bunyi vokal dan konsonan. Dalam mengklasifkasi bunyi
vokal, ciri pembeza seperti tinggi, tengah, rendah, depan, belakang,
bundar dan hampar perlu digunakan. Contohnya, apabila kita
membandingkan darjah ketinggian vokal atau kedudukan lidah
semasa mengujarkan bunyi penggalan tadi, parameter tinggi dan
rendah perlu diambil kira. Hal ini dapat ditunjukkan seperti jadual
berikut:
Vokal
Tinggi
Vokal
Tengah
Vokal
Rendah
Tinggi + - -
Rendah - - +
Jadual 9.1: Darjah Ketinggian Vokal
mashatta68@yahoo.com | 0109749867
233
Analisis Fitur Distingtif
Secara ringkasnya, dalam mengenal pasti dan mengklasifkasi
ftur-ftur bagi bunyi vokal, ia dapat ditunjukkan seperti rajah
i u
e o e
a
+ Bundar
+ Tinggi
+ Tinggi
- Rendah
+ Rendah
+

S
i
l
a
b
i
k
3c
Rajah 9:1: Fitur-ftur Bunyi Vokal
Secara umumnya, dalam bab ini kita hanya melihat beberapa kelas
ftur bagi menerangkan bunyi-bunyi yang terlibat walaupun terdapat
beberapa yang lain seperti yang telah dinyatakan oleh Schane (1992)
dalam bukunya yang bertajuk Generative Phonology. Kelas ftur
yang akan dinyatakan di sini adalah kelas ftur utama, ftur daerah
artikulasi dan ftur cara. Kesemua kelas ini dijelas dan diringkaskan
seperti dalam jadual 9.2:
mashatta68@yahoo.com | 0109749867
234
Fonetik dan Fonologi
9.3.1 Fitur Kelas Utama
Kelas Fitur Defnisi Ciri-ciri Contoh
Silabik Berperanan
dalam
mewujudkan
penggalan
suku kata
Membezakan
antara bunyi
konsonan dan
vokal, iaitu
vokal [+silabik],
konsonan [-silabik]
Membezakan bunyi
sengau [+silabik]
likuida [-silabik].
[+ silabik]
meliputi bunyi
vokal sengauan,
likuida (kadang
kala).
[- silabik] selain
bunyi vokal dan
likuida.
Sonoran Merujuk
kualiti
nyaringnya
sesuatu bunyi.
Bunyi sonoran
dihasilkan daripada
konfgurasi rongga
mulut yang
menghasilkan
bunyi bersuara dan
dihasilkan secara
spontan.
Bunyi bukan
sonoran dihasilkan
daripada
konfgurasi
rongga mulut
yang mewujudkan
halangan dalam
menghasilkan
bunyi bersuara
secara spontan.
[+ sonoran]
meliputi bunyi
vokal, sengauan,
likuida dan
separuh vokal,
geluncuran.
[- sonoran]
meliputi bunyi
obstruen hentian,
frikatif, afrikat
dan geluncuran
hentian.
mashatta68@yahoo.com | 0109749867
235
Analisis Fitur Distingtif
Konsonantal Merujuk
kepada
halangan yang
sempit dalam
rongga mulut,
sama ada
penyekatan
sepenuhnya
atau
pergeseran
a) Bunyi yang di-
hasilkan akibat
wujudnya halangan
di sepanjang rongga
oral.
b) Membezakan
antara bunyi
geluncuran dan
konsonan lain.
c) Geluncuran glotal
diklasifkasikan
sebagai [+
konsonantal]
kerana bunyi ini
tidak mengalami
halangan dalam
rongga oral.
[+ konsonantal]
terdiri daripada
hentian frikatif,
afrikat, sengau dan
likuida.
[- konsonantal]
terdiri daripada
vokal, separuh
vokal dan
gelencuran glotal
Jadual 9.2: Fitur Kelas Utama
mashatta68@yahoo.com | 0109749867
236
Fonetik dan Fonologi
9.3.2 Fitur Daerah Artikulasi
Kelas Fitur Defnisi Ciri-ciri Contoh
Anterior a). Konsonan
anterior bunyi yang
dihasilkan apabila
halangan berada
di daerah paling
hadapan.
b). Konsonan tak
anterior halangan
berada di daerah
paling belakang.
Anterior: bunyi
yang dihasilkan
dengan crown lidah
di batas gusi atau
di kedudukan di
hadapannya [ t,
s, ], konsonan
prapalatal atau
postalveolar dan
retrofek[ ,
3
, ,c, j]
Bunyi bukan
anterior dihasilkan
di daerah belakang
batas gusi [t,d, , ,l]
[+ anterior]
merupakan
bunyi pada
daerah
artikulasi batas
gusi.
[- anterior ]
Selain daripada
yang di atas
Koronal Bunyi yang dihasilkan
dengan menggunakan
artikulator daun
lidah atau tanpa
artikulator-artikulator
lain.
Koronal, bunyi
yang dihasilkan
dengan menaikkan
crown lidah, iaitu
hujung lidah dan/
atau daun lidah
antara kedudukan
dari gigi [ ] ke
prepalatal [j],
misalnya bunyi
koronal [t,z,l, ,j,
, ,r]
[+ koronal]
merupakan
bunyi pada
daerah
artikulasi
gusi dan
gusi-lelangit
keras.
[- koronal]
Selain daripada
yang di atas
Jadual 9.3: Fitur Daerah Artikulasi
mashatta68@yahoo.com | 0109749867
237
Analisis Fitur Distingtif
9.3.3 Fitur Cara
Kelas Fitur Defnisi Ciri-ciri Contoh
Kontinuen/
bunyi malar
(Continuant)
Bunyi yang
dihasilkan
dengan aliran
udara melalui
rongga mulut
tanpa halangan.
a). [+bunyi malar],
iaitu pergeseran
tanpa halangan.
b). [- bunyi malar],
iaitu penyekatan
sepenuhnya.
[+ malar] terdiri
daripada bunyi
frikatif.
[- bunyi malar]
terdiri daripada
bunyi hentian
[p,d,g], konsonan
nasal [m, ], lateral
[l] dan afrikat.
Lepas Lewat
(Delayed
Released)
Bunyi yang
bermula dengan
penyekatan
sepenuhnya
di mana cara
pelepasannya
berlainan.
a). Apabila
bunyi afrikat
mempunyai ciri
lepas lewat, ia
merujuk ftur
lepas lewat.
b). Apabila
bunyi hentian
dilepaskan secara
serta-merta, ia
menghasilkan
ftur bukan lepas
lewat.
[+ lepas lewat]
terdiri daripada
bunyi letusan.
[- lepas lewat]
terdiri daripada
bunyi letupan
mashatta68@yahoo.com | 0109749867
238
Fonetik dan Fonologi
Striden
(frikatif-
afrikat)
Bunyi yang
dihasilkan
dengan
penjerutan yang
memaksa aliran
udara mengenai
dua permukaan,
menghasilkan
peningkatan
intensiti bagi
bunyi bising.
Bunyi ini
berhubungan
dengan bunyi
obstruen dan
merujuk kepada
jenis frikatif.
a). Terhasil apabila
aliran udara yang
keluar mengenai
gigi dan uvula
menghasilkan
bunyi bising jenis
frikatif.
b). Membezakan
bunyi letusan
striden dan tak
striden.
[+ striden] terdiri
daripada bunyi
frikatif tak ber-
suara [f,s, , ].
[-striden] seperti
bunyi [ , , , ]
Sengau Bunyi yang
dihasilkan
dengan
merendahkan
lelangit
lembut dan
membenarkan
udara melalui
hidung.
a). Membezakan
jenis konsonan
sonoran.
b). Bertentangan
dengan bunyi
likuida[- sengau]
c). Membezakan
vokal sengau
[+sengau]
daripada vokal
oral [-sengau]
[+sengau]
terdiri daripada
konsonan
sengauan [m,n,
], vokal yang
disengaukan dan
geluncuran
[- sengau ]
Selain daripada
atas.
mashatta68@yahoo.com | 0109749867
239
Analisis Fitur Distingtif
Sisian Bunyi yang
dihasilkan
dengan
merendahkan
satu atau
kedua-dua
bahagian lidah
supaya udara
yang keluar
melalui sisian
rongga oral.
a). Membezakan
jenis konsonan
sonoran
b). Bunyi sisian
bertentangan
dengan bukan
sisian, iaitu
sebagai [+sisian]
dengan [- sisian]
[+ sisian ] terdiri
daripada bunyi
alveolar [l] dan
prepalatal [ ].
[-sisian] Selain
daripada di atas.
Jadual 9.4: Fitur Cara
9.4 Fitur Distingtif yang Perlu
Setelah kita melihat ftur-ftur yang digunakan bagi mendeskripsi
bunyi-bunyi ini maka bolehlah kita katakan bahawa representasi
sesuatu fonem itu dinyatakan sebagai satu kelompok ftur. Dalam
menyatakan bunyi-bunyi dengan ftur-ftur pembezanya seperti
ini, ternyata ia akan menjadi panjang dan merumitkan. Justeru itu
tidak semua ftur ini perlu diperjelaskan. Terdapat ftur yang tidak
perlu dijelaskan lagi sekiranya suatu ftur yang lebih penting telah
dinyatakan atau disebut. Jadi ftur ini tidak akan bersifat lewah
atau berulang- ulang.
9.4.1 Lima Kriteria Fitur
Oleh sebab itu, adalah wajar bagi seseorang itu mempertimbangkan
beberapa kriteria bagi memilih ftur-ftur tersebut. Menurut Schane,
yang diterjemahkan oleh Zaharani Ahmad (1992), terdapat lima
kriteria yang perlu diteliti dalam memilih ftur, iaitu:
mashatta68@yahoo.com | 0109749867
240
Fonetik dan Fonologi
1. Sesuatu ftur itu mestilah mempunyai ciri yang berkaitan
dengan tiga perkara berikut:
Hubungan Fonetik Fitur
Artikulatori [koronal], [tinggi]
Akustik [sonoran], [striden]
Persepsi [silabik], [tekanan]
Jadual 9.5: Fitur dalam hubungan fonetik
2. Sesuatu ftur itu mestilah berpada-pada bagi menunjukkan
ftur perbezaan fonetik yang ada.
3. Sesuatu ftur itu haruslah boleh disesuaikan dengan prinsip
alofon sesuatu bahasa.
4. Sesuatu set ftur itu mestilah dapat disesuaikan dengan
kesemua perbezaan yang perlu dalam sistem tersebut.
5. Sesuatu set ftur mestilah dapat mewujudkan kelas semula
jadi yang sesuai bagi menyatakan perubahan fonologi yang
berlaku.
Oleh yang demikian bilangan ftur yang harus dinyatakan adalah
bergantung kepada keperluan bagi menerangkan sesuatu sifat
bunyi tersebut. Sekiranya tidak, sifat lewah tadi mungkin berlaku.
Oleh sebab itu urutan di atas haruslah diikuti mengikut urutan
yang betul, iaitu dari 1 - 5, bagi mengelakkan ftur yang dipilih itu
berulang-ulang.
mashatta68@yahoo.com | 0109749867
241
Analisis Fitur Distingtif
9.5 Fitur Distingtif Fonem Bahasa Melayu Johor
Bagi menjelaskan hal ini, lihatlah ftur-ftur yang diberi kepada
fonem-fonem bahasa Melayu Johor oleh Farid Onn (1976).
Fitur\ konsonan b d g p t k j c s l m n w y h i e u o a
Persukuan - - - - - - - - - - - - - - - - - - + + + + + +
Konsonan + + + + + + + + + + + + + + + - - - - - - - - -
Lantang - - - - - - - - - + + + + + + + + + + + + + + +
Sengau - - - - - - - - - - - + + + + - - - - - - - - -
Belakang - - + - - + - - - - + - - - + + - - - - + + - -
Depan + + - + + - - - - - - + + - - - - - + + - - - -
Tinggi - - + - - + + + - - - - - + + + + - + - + - - -
Bundar - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - + + - -
Rendah - - - - - - - - - - - - - - - - - + - - - - + -
Malar - - - - - - - - + + + - - - - + + + + + + + + +
Anterior + + - + + - - - + + - + + - - - - - - - - - - -
Koronal - + - - + - + + + + - - + + - - - - - - - - - -
Geseran - - - - - - + + + - - - - - - - - - - - - - - -
Bersuara + + + - - - + - - + + + + + + + + + + + + + + +
Lepas lewat - - - - - - + + - - - - - - - - - - - - - - - -
Rajah 9.2: Fonem-fonem dan Fitur-Fitur Distingtif
Bahasa Melayu Johor
9.6 Ringkasan
Tanggapan yang sering kali berlaku adalah fonem merupakan unit
linguistik yang terkecil dan tidak boleh dipecahkan lagi. Tanggapan
ini sememangnya tidak salah. Walau bagaimanapun sesuatu fonem
itu boleh dipecahkan lagi kepada pemberian ftur-ftur distingtifnya.
Pemberian ftur-ftur ini dilabelkan dengan ( +) dan ( -). Tanda ( +)
memberi makna mempunyai manakala sebaliknya bagi tanda (-).
Pemberian ftur-ftur distingtif ini membantu menambahjelaskan
mashatta68@yahoo.com | 0109749867
242
Fonetik dan Fonologi
sifat-sifat yang dipunyai oleh sesuatu bunyi. Harus diingat cara
menyenaraikan ftur-ftur ini seharusnya tidak melewah. Fitur yang
signifkan sahaja yang perlu dimasukkan, iaitu dengan mengambil
kira lima kriteria yang telah dinyatakan oleh Schane.
9.7 Latihan
1. Apakah yang dimaksudkan dengan nilai binari?
2. Berdasarkan rajah di bawah kelompokkan kumpulan-kumpulan
bunyi ini mengikut ftur-ftur yang dipelajari tadi.
Daerah Artikulasi
P
b
f
m
v
t
d
s
n
z
l
r
j
3
y
k
g
x
w
h
mashatta68@yahoo.com | 0109749867
243
Analisis Fitur Distingtif
3. Huraikan kepentingan analisis ftur distingtif ini kepada ahli
fonologi?
4. Senaraikan ftur-ftur yang mewakili bunyi-bunyi vokal?
5. Senaraikan ftur yang membezakan:
a. [p] dan [b]
b. [k] dan [g]
c. [c] dan [j]
d. [r] dan [l]
e. [w] dan [y]
6. Berikan ftur-ftur distingtif yang membezakan vokal berikut:
a. [ i]
b. [e]
c. [a]
d. [u]
e. [o]
f. [ ]
mashatta68@yahoo.com | 0109749867
mashatta68@yahoo.com | 0109749867
Fonem Vokal dan
Konsonan Melayu
Bab 10
10.1 Fonem Bahasa Melayu
Bab ini menyenaraikan fonem bahasa Melayu dengan menggunakan
kaedah analisis segmental. Konsep fonem segmental adalah lebih
mudah difahami dan diajarkan dengan tidak menggunakan banyak
peralatan canggih.
Ada 34 buah fonem dalam bahasa Melayu, 24 fonem asli dan
10 fonem pinjaman. Status setiap fonem ini ditentukan dengan
melihat dua perkara. Pertama, ftur setiap fonem tersebut sudah
disenaraikan dalam Bab 9. Kedua, kontras pasangan perkataan
terkecil juga dilihat dengan detil dalam bab ini. Daripada kajian
didapati kontras fonem bahasa Melayu lebih banyak berlaku
pada konteks pangkal dan tengah perkataan daripada pada akhir
mashatta68@yahoo.com | 0109749867
246
Fonetik dan Fonologi
perkataan. Pada akhir perkataan, kontras antara fonem bersuara
dengan yang tak bersuara menjadi neutral atau hilang. Pasangan
berkontras menentukan taraf fonem penggalan ini. Hasilnya adalah
selari dengan fonem yang ditentukan melalui ftur-ftur pembeza
dalam bab lalu. Daripada 24 fonem asli Melayu, terdapat 6 fonem
vokal dan 18 fonem konsonan.
10.2 Fonem Vokal
Keenam-enam fonem vokal bahasa Melayu, iaitu: /i, e, a, u, o, /
10.2.1 Vokal Depan
Ada tiga fonem vokal depan /i, e, a/. Contohnya:
/i/: /itu/ 'itu', /kita/ 'kita', /laki/ 'laki'
/e/: /elo / 'elok', /beta/ 'beta', /sate/ 'sate'
/a/: /aku/ 'aku', /batu/ 'batu', /kita/ 'kita'
Setiap vokal depan berkontras dengan vokal depan lain dalam
pasangan terkecil. Contoh:
1. /i/ dan /e/
[bila] pertanyaan waktu [bela] 'balasan'
2. /e/ dan /a/ [bela] 'balasan'
[bala] 'musibah'
3. /i/ dan /a/
[bila] 'pertanyaan waktu' [bala] 'musibah'
mashatta68@yahoo.com | 0109749867
247
Fonem Vokal dan Konsonan Melayu
10.2.2 Vokal Belakang
Ada dua fonem vokal belakang: /o/ dan /u/. Contohnya:
/o/: /otak/ 'otak', /kota / 'kotak', /moto/ 'moto'
/u/: /ulam/ 'ulam', /gula/ 'gula', /laku/ 'laku'
Kedua-dua vokal belakang berkontras di antara satu dengan lain
dalam pasangan yang terkecil. Contoh:
[urat] 'saluran darah dalam tubuh'
[orat] 'memikat kaum lawan'
[buru] 'unggas'
[boro] 'membeli banyak'
10.2.3 Vokal Tengah
Hanya ada satu fonem vokal tengah, iaitu / /. Contohnya:
/ /: / ma / 'emak', /k na/ 'kena', /kit / 'kita'
Vokal tengah ini berkontras dalam pasangan terkecil dengan semua
vokal lain. Contoh:
1. / / dan /i/
[b ri] 'memindahkan milik dengan rela'
[biri] 'kambing dari kawasan sejuk'
2. / / dan /e/
[b la] 'pelihara' [bela] 'balasan'
mashatta68@yahoo.com | 0109749867
248
Fonetik dan Fonologi
3. / / dan /a/
[ ntah] 'tak tahu, kenapa'
[antah] 'padi yang tertinggal dalam beras'
4. / / dan /o/
[b la] 'pelihara'
[bola] 'benda bulat disepak sebagai mainan'
5. / / dan /u/
[s kat] 'halang' [sukat] 'ukur'
10.3 Fonem Konsonan
Ada 18 fonem konsonan dalam bahasa Melayu. Konsonan ini
terdiri daripada bunyi letupan, sengau, letusan, getaran, sisian dan
separuh vokal, iaitu:
Letupan: /p, b, t, d, k, g/
Letusan: /c, j/
Sengau: /m, n,
, /
Geseran: /s, h/
Getaran: /r/
Sisian: /l/
Separuh vokal: /w, y/
10.3.1 Konsonan Letupan
Ada enam fonem letupan /p, b, t, d, k/ dan /g/. Contohnya:
mashatta68@yahoo.com | 0109749867
249
Fonem Vokal dan Konsonan Melayu
p: /paya/ 'paya', /lupa/ 'lupa', /atap/ 'atap'
b: /batu/ 'batu', /cuba/ 'cuba', /bab/ 'bab'
t: /tadi/ 'tadi', /kata/ 'kata', /ikat/ 'ikat'
d: /dapat/ 'dapat', /sudah/ 'sudah', /had/ 'had'
k: /kaya/ 'kaya', /suka/ 'suka', /sepa / 'sepak'
g: /ganti/ 'ganti', /laga/ 'laga', /beg/ 'beg'
Semua letupan tidak bersuara berkontras dengan yang bersuara,
melainkan pada akhir perkataan apabila [k] tidak berlaku, dan
tempatnya diambil oleh[ ]. Contohnya:
1. /p/ dan /b/
[pawah] 'pawah' [bawah] 'bawah'
2. /t/ dan /d/
[talam] 'talam' [dalam] 'dalam'
3. /k/ dan /g/
4. [kulai] 'kulai' [gulai] 'gulai'
10.3.2 Konsonan Sengau
Ada empat bunyi konsonan sengau /m, n, , /. Contohnya:
1. /m/:/malu/'malu',/lama/'lama'/hitam/'hitam'
2. /n/ : /nasi / 'nasi', /mana/ 'mana' /lapan/ 'lapan'
3. / / : / a i/ 'nyanyi', /ta a/'tanya'
4. / /: / a a/'nganga', /sa at/ 'sangat', /data / 'datang'
mashatta68@yahoo.com | 0109749867
250
Fonetik dan Fonologi
Setiap konsonan sengau berkontras dengan yang lain dalam pasangan
terkecil. Contoh:
1. [m] dan [n]
[mamun] 'keadaan tidak keruan'
[namun] 'walau bagaimanapun'
[s ma ] 'siamang'
[s na ] 'mudah, rehat'
[tilam] 'alas tidur atau duduk'
[tilan] 'ikan seperti belut'
2. [m] dan [ ]
[mo eh] 'termalu'
[ o eh] 'tidak bergigi'
[gama ] 'gayat'
[ga a ] 'hancurkan, lumatkan'
3. [m] dan [ ]
[l ma ] 'masakan pulut dalam buluh'
[l a ] 'sepi'
4. /n/ dan / /
[k na ] 'ingat'
[k a ] 'perut berisi penuh makanan'
5. [n] dan [ ]
[b nar] 'betul, amat'
[b ar] 'tuli, pekak, bodoh'
mashatta68@yahoo.com | 0109749867
251
Fonem Vokal dan Konsonan Melayu
[k nan] 'suka, menyerupai'
[k na ] 'ingat'
6. [ ] dan [ ]
[d ut] 'rasa aliran berlaku berulang (darah)'
[d ut] 'bunyi yang bergema memanjang'
10.3.3 Konsonan Geseran
Ada dua geseran tak bersuara, /s/ dan /h/. Contohnya:
/s/: /saya/ 'saya', /basah/ 'basah', /atas/ 'atas'
/h/: /hama/ 'hama', /bahu/ 'bahu', /patah/ 'patah'
Kedua-dua geseran /s/ dan /h/ ini adalah berkontras antara satu
sama lain dalam pasangan terkecil.
[samun] 'rompak'
[hamun] 'maki'
[susu] 'makanan cecair dari ibu'
[suhu] 'sukatan panas atau sejuk'
[luas] 'lebar'
[luah] 'keluarkan semula dari mulut'
10.3.4 Konsonan Letusan
Ada satu letupan tak bersuara /c/ dan satu letusan bersuara /j/.
Contohnya:
mashatta68@yahoo.com | 0109749867
252
Fonetik dan Fonologi
/c/: /cabai/ 'cabai', /kaca/ 'kaca', /koc/ 'koc, bas'
/j/: /jalan/ 'jalan', /baja/ 'baja', /garaj/ 'rumah kereta'
Kedua-dua letusan /c/ dan /j/ ini berkontras antara satu sama lain
dalam pasangan terkecil. Contoh:
1. [cawat] 'pakaian lelaki menutup kemaluan'
[jawat] 'mengambil, memegang (jawatan)'
2. [baca] 'memahami tulisan'
[baja] 'makanan pokok'
10.3.5 Konsonan Getaran
Hanya ada satu getaran /r/ yang boleh berlaku pada awal, tengah dan
akhir kata. Contoh:
/r/: /raya/ 'raya', /bara/ 'bara', /latar/ 'latar'
10.3.6 Konsonan Sisian
Hanya ada satu sisian /l/ yang boleh berlaku pada awal tengah dan
akhir kata. Contoh:
/l/: /lari/ 'lari', /kali/ 'kali', /batal/ 'batal'
Konsonan getaran /r/ dan /l/ di atas dapat dikontraskan dengan
konsonan sisian. Contoh:
[rawat] 'menjaga supaya sembuh'
[lawat] 'menziarahi'
mashatta68@yahoo.com | 0109749867
253
Fonem Vokal dan Konsonan Melayu
[sarat] 'terlalu banyak muatan'
[salat] 'sembahyang'
[buntar] 'bulat'
[buntal] 'ikan yang mengembungkan badannya'
10.3.7 Separuh Vokal
Ada dua konsonan separuh vokal, iaitu /w, y/. Contohnya:
/w/: /wau/ 'wau', /kawan/ 'kawan', /kalaw/ 'kalau'
/y/: /yakni/ 'yakni', /bayar/ 'bayar', /pakay/ 'pakai'
Kedua-dua separuh vokal ini berkontras antara satu sama lain.
Contohnya:
[wa ] 'duit'
[ya ] 'yang'
[sawa ] 'sawang'
[saya ] 'sayang'
10.4 Konsonan Pinjaman
Ada sepuluh konsonan pinjaman dalam bahasa Melayu. Semuanya
dipinjam daripada bahasa Arab dan Inggeris. Semuanya adalah
fonem konsonan geseran. Fonem-fonem pinjaman ini berasal
dari perkataan-perkataan pinjaman. Ada bunyi yang disesuaikan
dengan bunyi bahasa Melayu dan ada yang bervariasi bebas dengan
fonem-fonem asli. Daripada sepuluh fonem pinjaman ini, lapan
dipinjam daripada bahasa Arab, dan satu daripada bahasa Inggeris,
mashatta68@yahoo.com | 0109749867
254
Fonetik dan Fonologi
iaitu fonem /v/. Fonem /f/ juga dipinjam daripada bahasa Inggeris,
tetapi fonem ini terlebih dahulu sudah dipinjam daripada bahasa
Arab. Fonem geseran yang dipinjam adalah seperti berikut:
/ f, v, z, , , , x, , , /
Fonem Awal Tengah Akhir
/f/ fkir wafat wakaf
/v/ vot novel -
/c/ alaa tamsil hadi
/ / alim ha ir lafa
/z/ zaman lazim -
/ / at la at marka
/x/ xatam baxil tarix
/ / aib ba al bali
/ / aib ni mat tama
/ / or a ik abar
Jadual 10.1 : Fonem Pinjaman
10.5 Ejaan Rumi Baharu
Salah satu kegunaan menyusun sistem fonologi sesebuah bahasa
adalah bagi mewujudkan sistem ejaannya. Prinsipnya adalah setiap
fonem saja yang diberi lambang huruf dalam sesuatu sistem ejaan.
10.5.1 Huruf Vokal
Ada 24 fonem atau bunyi yang patut diberi lambang dalam bahasa
Melayu, iaitu 18 fonem konsonan dan 6 fonem vokal. Setiap bunyi
tersebut diberi lambang huruf Rumi seperti berikut:
mashatta68@yahoo.com | 0109749867
255
Fonem Vokal dan Konsonan Melayu
Fonem Huruf Kecil Huruf Besar
/i/ i I
/e/ e E
/a/ a A
/u/ u U
/o/ o O
/
e
/ E E
Jadual 10.2: Huruf-huruf Vokal
10.5.2 Huruf Konsonan
Berikut adalah senarai penuh huruf dan contoh penggunaannya
dalam bahasa Melayu.
Fonem
Konsonan
Huruf
Besar
Huruf
Kecil
Depan
Perkataan
Tengah
Perkataan
Akhir
Perkataan
/b / B b batu labu bab
/ c / C c cabut baca Mac
/d/ D d dua badan had
/g / G g gula bagi beg
/ h / H h hari saham rumah
/ j / J j jala baja caj
/ k / K k kayu baka hak
/ l / L l luar gula jual
/ m / M m mari sama malam
/ n / N n nenas menang bulan
/ / Ny ny nyamuk banyak -
/ / Ng ng ngilu bunga buang
/ p / P p pulang jumpa malap
/ r / R r ramai beras besar
mashatta68@yahoo.com | 0109749867
256
Fonetik dan Fonologi
/ s / S s sayur besar teras
/ t / T t telur kita ketat
/w/ W w wau kawan -
/ y / Y y yang kaya -
Jadual 10.3: Huruf-Huruf Konsonan
10.5.3 Huruf Konsonan Pinjaman
Ada sepuluh konsonan pinjaman dalam bahasa Melayu. Semuanya
datang daripada bahasa Arab, melainkan konsonan v. Konsonan v
dipinjam daripada bahasa Inggeris. Konsonan sy dipinjam lebih awal
daripada bahasa Arab, kemudian huruf ini digunakan bagi mengeja
perkataan pinjaman daripada bahasa Inggeris yang mempunyai bunyi
tersebut, seperti skuasy.
Fonem
Huruf
Arab
Huruf
Pangkal
Perkataan
Tengah
Perkataan
Akhir
Perkataan
Sumber
pinjaman
/ f / f fkir tafsir maaf Arab
/ v / - v vot novel - Inggeris
/ / s
Selasa

(thalatha)
misal
(mithal)
bahas

(bahath)
Arab
/ / d
darab

(dharab)
kadi
(kadhi)
haid
(haidh) Arab
/ z / z
zaman
(dzaman)
lazat
(ladzat)
lafaz
(lafadz) Arab
mashatta68@yahoo.com | 0109749867
257
Fonem Vokal dan Konsonan Melayu
/ / sy
Syarat

(sharat)
mesyua
rat
(meshuarat)
skuasy

(skuash)
Arab/
Inggeris
/ / z
zalim

(dzalim)
uzur
(udzur)
lafaz
(lafadz) Arab
/ x / kh Khabar akhir tarikh Arab
/ / gh Ghaib loghat baligh Arab
/ / ilmu nimat tama Arab
Jadual 10.4: Huruf-huruf Konsonan Pinjaman
Huruf ain () seperti dalam mana, digantikan dengan huruf k.
Ejaan perkataan mana menjadi makna. Pada tempat lain huruf
i (ilmu), a (alam), u (umur) digugurkan. Ejaan nama seperti
Abdullah, Saodah, Nor Aini, Abdul Qadir, dan sebagainya sudah
ditiadakan () menyebabkan sebutan nama berubah. Ini adalah salah
satu kritikan yang dikenakan ke atas sistem ejaan baru ini.
Huruf hamzah () digugurkan, tetapi masih terdapat digunakan
dalam perkataan seperti Dato sebagai darjah kebesaran yang
dikurniakan oleh Sultan atau Yang Dipertuan Negeri. Walau
bagimanapun lambang () tersebut tidak dimasukkan ke dalam Sistem
Ejaan Rumi Baharu.
10.5.4 Huruf Gabung
Ada sembilan huruf gabung yang digunakan dalam sistem ejaan
lama, iaitu kh, gh, ny, ng, sh, ch, dz, dh dan th. Empat daripadanya
dikekalkan, iaitu: kh, gh, ny dan ng. Huruf gabung sh diubahsuai
menjadi sy. Empat huruf gabung ditukar menjadi huruf tunggal,
iaitu ch menjadi c, dz menjadi z, dh menjadi d dan th menjadi s.
mashatta68@yahoo.com | 0109749867
258
Fonetik dan Fonologi
Fonem
Huruf lama
dan contoh
Huruf baru
dan contoh
Perubahan
/x/ kh (khabar) kh (khabar) digraf kekal
/ / gh(ghaib) gh (ghaib) digraf kekal
/ / ny (nyamok) ny (nyamok) digraf kekal
/ / ng (ngilu) ng (ngilu) digraf kekal
/ / sh (sharat) sy (syarat)
h ditukar
kepada y
/c/ ch (bacha) c (baca) c dikekalkan
/ / dz (dzalim) z (zalim) z dikekalkan
/ / dh (dharab) d (darab) d dikekalkan
// th (mithal) s (misal)
th ditukar
kepada sy
Jadual 10.5: Huruf-Huruf Gabung
Sebenarnya, tidak banyak huruf dipinda dalam Sistem Ejaan Rumi
Baharu. Hanya huruf gabung dikurangkan daripada sembilan kepada
lima, iaitu empat kekal dan satu berubah satu huruf. Empat lagi
huruf gabung dijadikan huruf tunggal. Ini lebih memudahkan sistem
ejaan. Walaupun huruf diubah, bunyi tidak diubah. Bunyi setiap
grafem dahulu masih sama.
mashatta68@yahoo.com | 0109749867
259
Fonem Vokal dan Konsonan Melayu
10.5.5 Masalah Vokal [] dan [e]
Dalam bahasa Melayu ada enam fonem vokal yang diberi lambang
huruf /i, e, a, u, o dan /. Huruf e melambangkan dua fonem,
iaitu fonem /e/ dan //. Dalam sistem Za'ba, // diberi lambang
huruf besar dan huruf kecil. Penggunaan ini menguntungkan
dalam mengajar sebutan dan menentukan penyelarasan vokal.
Kekeliruan ejaan yang melibatkan dan e berlaku apabila tidak
digunakan. Contohnya, kita sukar membezakan sepak [spak] dan
sepak [sepak]. Sistem ejaan baru tentu lebih sempurna apabila
dikekalkan, atau vokal /e/ diberi lambang baru [] supaya kita mudah
membezakan perkataan berikut:
spak tendang sepak tempeleng
prang warna kekuningan
perang pertempuran dengan menggunakan senjata antara negeri
dengan negeri
10.6 Ringkasan
Bahasa Melayu mempunyai 34 buah fonem Melayu yang terdiri
daripada 24 fonem asli dan 10 fonem pinjaman. Fonem-fonem
ini kemudian diklasifkasikan menurut carta penghasilannya,
iaitu depan, belakang, tengah dan sebagainya. Fonem-fonem ini
kemudiannya diberi lambang huruf dalam ejaan. Pemberian lambang
huruf ini ada juga yang bersifat huruf gabung seperti kh, gh, ny
dan sebagainya selain daripada satu fonem diwakili satu huruf.
Pemberian lambang huruf ini secara langsungnya dimanfaatkan
untuk pembentukan Sistem Ejaan Rumi Baharu.
mashatta68@yahoo.com | 0109749867
260
Fonetik dan Fonologi
10.7 Latihan
1. Ada berapakah fonem Melayu? Bincangkan fonem-fonem yang
ada dalam bahasa Melayu.
2. Carikan pasangan terkecil yang membezakan makna antara satu
vokal dengan yang lain.
3. Apakah maksud diftong dan berapa jumlah diftong dalam bahasa
Melayu?
4. Bezakan deretan vokal dengan diftong.
5. Berapakah fonem konsonan bahasa Melayu? Senaraikan.
6. Apakah ftur-ftur yang dijadikan ftur pembeza bagi menentukan
bunyi [p] dan [b], [t] dan [d], dan [k] dan [g].
7. Senaraikan fonem sengau dalam bahasa Melayu. Nyatakan dengan
contoh penyebaran kehadirannya.
8. Ada berapa fonem konsonan geseran asli dalam bahasa
Melayu. Senaraikan dan berikan penyebaran dan pasangan yang
berkontras.
9. Cari pasangan terkecil yang berkontras dan dapat menentukan
konsonan getaran [r] dan [l] adalah dua fonem yang berlainan.
10. Bagaimana kita dapat menentukan separuh vokal sebagai fonem
berlainan?
11. Berapa fonem pinjaman dalam bahasa Melayu?
12. Bagaimanakah fonem pinjaman masuk ke dalam bahasa
Melayu?
13. Apa yang berlaku apabila bunyi dipinjam ke dalam bahasa
Melayu?
mashatta68@yahoo.com | 0109749867
261
Fonem Vokal dan Konsonan Melayu
14. Berapakah jumlah fonem yang dipinjam daripada bahasa
Inggeris dan apa buktinya?
15. Senaraikan huruf Rumi yang diterima pakai dalam sistem ejaan
baru bahasa Melayu.
16. Apa masalah melambangkan bunyi vokal depan separuh sempit
/e/ dan vokal tengah / /
dengan satu lambang

sahaja, iaitu e .
Beri contoh.
17. Apa perubahan yang dilakukan terhadap huruf gabung dalam
Sistem Ejaan Rumi Baharu?
18. Apa kesan yang berlaku terhadap sistem sebutan bahasa Melayu
apabila fonem pinjaman diubah suai dalam Sistem Ejaan Rumi
Baharu Bahasa Melayu? Berikan contoh yang relevan menjelaskan
huraian anda.
mashatta68@yahoo.com | 0109749867
mashatta68@yahoo.com | 0109749867
Rujukan
Amran Halim, 1974. Intonation in Relation to Syntax in Bahasa Indonesia.
Jakarta: Djambatan.
Armjin Pan, 1950. Mentjari Sendi Baru Tata Bahasa Indonesia. Jakarta: Balai
Pustaka.
Abdullah Hassan, 1987. Linguistik Am untuk Guru Bahasa Malaysia. Kuala
Lumpur: Fajar Bakti.
Abercrombie, D. 1980. Elements of General Phonetics. Edinburgh: Edinburgh
University Press.
Arnfeld, S. C., 1994. "Prosody And Syntax in Corpus Based Analysis of
Spoken English". Tesis Ph.D. School of Computer Studies. University
Leeds.
Asraf Abdul Wahab, 1981. Intonassi dalam Hubungan dengan Sintaksis Bahasa
Melayu. Sasbadi Sdn. Bhd: Petaling Jaya.
Ashby, P. 1995. Speech Sounds: Language Workbooks. London: Routledge.
Ashby, M. dan Maidment, J. 2005. Introducing Phonetics Science. Cambridge:
Cambridge University Press.
Ball, M. J. dan Rahilly, J. 1999. Phonetics: Te Science of Speech. London:
Arnold Publishers.
Borden, G. J. & Harris, K. S. 1994. Speech Primer: Physiology, Acoustics and
Perception of Speech. Baltimore: Williams and Wilkins.
Catford, J. C. 1977. Fundamental Problems in Phonetics. Edinburgh:
Edinburgh University Press.
Catford, J. C. 1988. A Practical Introduction to Phonetics. Oxford: Oxford
University Press.
mashatta68@yahoo.com | 0109749867
264
Fonetik dan Fonologi
Clark, J dan Yallop, C. 1990. An Introduction to Phonetics and Phonology.
Oxford: Blackwell.
Chomsky, N. dan Halle, M., 1968. Te Sound Pattern of English. New York:
Harper and Row.
Couper-Kuhlen, E., 1986. An Introduction To English Prosody. London:
Edward Arnold.
Cruttenden, A. 1997. Intonation, Second Edition. Cambridge: University
Press.
Crystal, D., 1997. A Dictionary of Linguistics And Phonetics. Oxford: Blackwell
Publishers.
Denes, P dan Pinson, E. 1993. Te Speech Chain: Te Physisc and Biology of
Spoken Language. New York: W.H. Freeman and Company.
Ebing, Ewald. 1997. Form and Function of Pitch Movements in Indonesian.
Leiden: Research School CNWS.
Fallside, F dan Woods, W. 1985. Computer Speech Processing. Engelwood
Clifs: Prentice Hall.
Fant, G. 1973. Speech Sounds and Features. Cambridge: MIT Press.
Fry, D 1979. Te Physics of Speech. Cambridge: Cambridge University Press.
Farid M. Onn, 1980. Apects of Malay Phonology and Morphology: A Generative
Approach. Universiti Malaya: Penerbit Universiti Malaya.
Gerald J. T. & Sandra R. G., 2003. Principles of Anatomy & Physiology (10th
Edition) USA, John Willy & Sons Inc.
Gussenhoven, C., dan Jacobs,H., 2005. Understanding Phonology, Second
Edition. Hodder Education: Part of Hachette Livre UK.
Halim, Amran, 1981. Intonasi dalam Hubungannya dengan Sintaksis Bahasa
Indonesia. Seri ILDEP. Penerbit Djambatan: Jakarta.
Halliday, M.A.K., 1967. Intonation and Grammar in British English. Mouton:
Te Hague.
Handel, S. 1989. Listening: An Introduction to the Perception of Auditory
Events. Cambridge: MIT Press.
Hashim Musa, 1971. "Penghantar Chiri-Chiri Prosodi Sendi dan Intonasi
serta Pengwujudan Chiri-Chiri itu di dalam Dialek Kelantan yang
Dituturkan di Pasir Mas". Latihan Ilmiah, Universiti Malaya.
mashatta68@yahoo.com | 0109749867
265
Rujukan
Hayward, K. 2000. Experimental Phonetics. Oxford: Blackwell Publishers Inc.
Holmes, J. N. 1988. Speech Synthesis and Recognisition. Wokingham: Van
Nostrand Reindhold.
http://education.leeds.ac.uk
Indirawati Zahid, 2003. "Kajian Intonasi Fonetik Eksperimental: Realisasi
Makna Emosi Filem Sembilu 1 dan 2". Tesis Ph.D. Akademi Pengajian
Melayu, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
Indirawati Zahid, 2009. Prosodi Melayu dalam P&P Bahasa Melayu dlm
Prosiding Persidangan Antarabangsa Bahasa Melayu Bahasa Dunia,
Pusat Konvensyen Antarabangsa, Persada Johor, Johor Bahru, 28
September- 30 September 2009.
______________, 2009. Prosodi Melayu: Fokus dalam P&P Bahasa Melayu
Secara Eksperimental, dlm Prosiding Konvensyen Pedagogi Bahasa
Melayu Serantau I, Bahasa Melayu : Suatu Pesona, 3-5 November 2009,
Klana Resort, Seremban, Negeri Sembilan.
__________________, 2009. Analisis Semantik dan Prosodi Lagu Cinta
dlm Jurnal Bahasa, Mei-Ogos Bil 17, hlm. 35-50, 2009. Brunei
Darussalam: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Jakobson, R., Fant, G., dan Halle, M. 1951. Preliminaries to Speech Analysis:
Te Distinctive Features and Teir Correlates. Cambridge: MIT Press.
John Clark C., 1977. Fundamental Problems in Phonetics. Bloomington:
Indiana University Press.
Johns-Lewis, C., 1986. Intonation In Discourse. London & Sydney:
College-Hill Press, Inc.
Johnson, K. 1997. Acoustics & Auditory Phonetics. Oxford: Blackwell
Publishers Inc.
Kreidler, C. 1989. Te Pronunciation of English: A Course Book in Phonology.
Oxford: Blackwell.
Key, M. R. 1975. Paralanguage and Kinesics (Nonverbal Communication).
Metuchen, N. J.: Te Scarecrow Press. Inc.
Ladd, D. R., 1996. Intonational Phonology. Cambridge: University Press.
Ladefoged, P. 1993. A Course in Phonetics. (3rd Ed.) New York: Hartcourt,
Brace and Jovanovich.
mashatta68@yahoo.com | 0109749867
266
Fonetik dan Fonologi
______________, 1996. Elements of Acoustic Phonetics. Chicago: Chicago
University Press.
Lass, N. 1996. Principles of Experimental Phonetics. St. Louis: Mosby.
Lass, R., 1984. Phonology: An Introduction to Basic Concepts. Cambridge:
University: University Press.
Laver, J. 1994. Principles of Phonetics. Chicago: Chicago University Press.
Levelt, W. 1989. Speaking: From Intention to Articulation. Cambridge:
Cambridge University Press.
Lieberman, P. dan Blumstein, S. 1988. Speech Physiology, Speech Perception an
Acoustic Phonetics. Cambridge: Cambridge University Press.
______________, 1997. Speech Physiology and Acoustic Phonetics: An
Introduction. New York: Macmillan.
Malmberg, B. 1963. Phonetics. New York: Denver.
Mardian Shah Omar, 2002. "Analisis Akustik: Kepentingan dalam Kaedah
Kajian Bunyi Pertuturan." Kertas Prosiding Persidangan Antarabangsa
Pengajian Melayu Beijing ke-2. (8-15 Okt. 2002) di Beijing China. Jilid
2: Komunikasi, Bahasa, Sastera, Komunikasi dan Media. Peny. Abdulah
Hassan. (hlm 901-905).
Moya L. A. & Anne S. C. 2002. Voice Treatment for Children & Adolescents.
San Diego, Singular: Tomas Learning.
Mryna Laksman, 1991. "L'accent en Indonsien et son Interaction avec
l'intonation. Tesis Ph.D. University Stendhal, Grenoble.
Muhammad Yunus Maris, 1980. Te Malay Sound System. Kuala Lumpur:
Penerbit Fajar Bakti.
Nik Safah Karim et al., 2008. Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Dewan
Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur.
Nor Hashimah Jalaluddin, 2000. Asas Fonetik. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Od, C., dan van Heuven, V. J., (ed) 1994. Experimental Studies of Indonesian
Prosody. Semaian 9. Leiden: Rijksuniversiteit te Leiden.
Olive, J., Greenwood, A., dan Coleman, J. 1997. Acoustics of American English
Speech: A Dynamic Approeach. New York: Springer-Verlag.
O' Shaughnessy, D. 1987. Speech Communication: Human and Machine.
Reading: Addison-Wesley.
mashatta68@yahoo.com | 0109749867
267
Rujukan
Paitoon M. Chaiyanara, 2001. Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu.
Singapura: Wespac Consult Centre.
Pierrehumbert, J. B., 1980. "Te Phonology an Phonetics of English
Intonation". Tesis Ph.D. Massachusets Institute of Technology.
Pullum. G., dan Ladusaw, W. 1983. Phonetics Symbol Guide. Chicago:
University of Chicago Press.
Raja Mukhtaruddin Rama Mohd Dain, 1985. Ilmu Fonetik dengan Latihan.
Petaling Jaya: Agensi Penerbitan Nusantara.
Roach, P., 2002. Phonetics. Oxford: Oxford University Press.
Roca, I. dan Jognson, W., 1999. A Course in Phonology. Oxford: Blackwell
Publishers Ltd.
Roosman, L.M., 2006. Phonetic Experiments on the Word and Sentence
Prosody of Betawi Malay and Toba Batak. LOT dissertation series No.
129, LOT, Utrecht
Rogers, H., 2000. Te Sounds of Language: An Introduction to Phonetics.
Pearson Education Limited: England.
Schane S. A. (1972, 1992) Generative Phonology, Englewood Clifs, N.
Jersey: Prentice Hall.
Shriberg L. D. & Kent R. D. 2000. Clinical Phonetics Boston. Allyn & Bacon.
Sugiyono, 2003. "Pemarkah Prosodik Kontras Deklaratif dan Interogatif
Bahasa Melayu Kutai: Kajian Fonetik Eksperimental dan Psikoakustik".
Program Studi Linguistik, Program Pascasarjana Fakultas Ilmu
Pengetahuan Budaya, Universitas Indonesia, Jakarta.
Suparno, 1993. Konstruksi Tema-Rema dalam Bahasa Indonesia Tidak Resmi
Masyarakat Kotamadya Malang. Jakarta: Pusat Pembinaan dan Gerald
J. T. & Sndra R. G., 2003. Principles of Anatomy & Physiology (10th
Edition), USA, John Willy & Sons Inc.
Teoh Boon Seong, 1994. Te Sound System of Malay Revisited. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Trask, R. L., 1996. A Dictionary of Phonetics and Phonology. London:
Routledge.
Vincent J. van Heuven & Vera Faust, 2009. Are Indonesians Sensitive to
Contrastive Accentuation Below the Word Level? dalam Wacana,
Jurnal Ilmu Pengetahuan Budaya, Vol 11(2) (2009).
mashatta68@yahoo.com | 0109749867
268
Fonetik dan Fonologi
Wong, E., 1994. "A Systematic Phonological Study of Penampang Kadazan".
Tesis Ph.D., Fakulti Bahasa dan Linguistik, Universiti Malaya.
www.praat.org. Copyright 1992-2002 by Boersma, P. dan David Weenink.
Zaharani Ahmad, 1994. Te Phonology and Morphology of Te Perak Dialect.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Zainal Abidin Ahmad (Za'ba), 1950. "Malay Manners and Etiquette"
JMBRAS, Jil. XXIII.
__________________, 2000. Pelita Bahasa Melayu Penggal I-III Edisi Baharu.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Zuraidah Md. Don, 1996. "Prosody in Malay Discourse: An Analysis of
Broadcast Interview". Tesis Ph.D. Fakulti Bahasa dan Linguistik.
Universiti Malaya.
mashatta68@yahoo.com | 0109749867

Вам также может понравиться