Вы находитесь на странице: 1из 6

1

CABARAN KEPIMPINAN DALAM MENGGERAKKAN TRANSFORMASI PERKHIDMATAN AWAM


Oleh
Mohd Taufik bin Khamis
Mohd Faizul Anuar bin
Bhayzura
Chua Wan Ting
Rosmawati
Mohd Hairy
Mohd Rozaimi
Norliana
Nor Asiah
PESERTA DPA BIL 1/2013 MODUL KEPIMPINAN INTEGRASI

1.0 PENDAHULUAN
Kepimpinan merupakan salah satu aspek penting yang menjamin kepada pencapaian
kecemerlangan sesebuah organisasi termasuk agensi dan jabatan-jabatan kerajaan di
Malaysia selaras dengan pandangan Andersen (2002) yang mengatakan mengenai
kepimpinan sebagai penyumbang utama atau penyebab langsung kepada keberkesanan
pencapaian organisasi. Selain itu, Fiedler (1967) turut berpendapat, kepimpinan
berkesan sering dilihat sebagai satu yang amat penting dalam menerangkan atau
membuat ramalan tentang kejayaan organisasi. Ini juga disokong oleh Yukl (1998) yang
turut berpendapat kepimpinan memberi impak positif terhadap kejayan organisasi.

Bertitik tolak dari kepercayaan dan pandangan literatur sedemikian, isu kepimpinan
merupakan agenda penting bagi sektor awam di negara ini terutamanya kepada
persekitaran polisi dan dasar kerajaan yang sentiasa berubah-ubah mengikut acuan
ketua kerajaan yang memerintah. Persekitaran yang sentiasa berubah ini merupakan
cabaran berterusan yang perlu dihadapi dan ditangani oleh pemimpin-pemimpin dalam
sektor kerajaan di Malaysia.

Justeru itu, objektif penulisan artikel ini adalah untuk melihat bagaimana pemimpin-
pemimpin di pelbagai agensi dan jabatan kerajaan menghadapi isu dan cabaran
2

perubahan polisi transformasi perkhidmatan awam yang merupakan salah satu aspek
penting yang ditekankan oleh YAB Dato Sri Najib bin Tun Abdul Razak.

2.0 TRANSFORMASI PERKHIDMATAN AWAM
YAB Dato Sri Najib bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia ke-5 semenjak
mengambil alih tampuk kepimpinan negara telah memperkenalkan Dasar Transformasi
Negara bagi memacu kea rah status sebuah negara maju berpendapatan tinggi
menjelang tahun 2020 yang meneruskan dasar wawasan 2020. Dasar Transformasi
Negara ditunjangi prakarsa Pelan Transformasi Kerajaan, Pelan Transformasi Ekonomi,
Pelan Transformasi Ekonomi, Pelan Transformasi Politik dan Pelan Transformasi Sosial
yang sedang giat diatur gerakkan melalui pelbagai program yang disusun rapi.
Berpayungkan falsafah pemandu 1 Malaysia, Rakyat Didahulukan; Pencapaian
Diutamakan, program dan sasaran ETP, GTP, PTP dan PTS dapat memberi impak yang
positif secara keseluruhannya.

Dalam konteks transformasi perkhidmatan awam, kerajaan sentiasa menyeru penjawat
awam agar memberi perkhidmatan terbaik menepati peredaran dan kehendak semasa.
Pencapaian dan kecemerlangan kepimpinan perkhidmatan awam diukur melalui
keberkesanan sistem nilai budaya bekerja, budi bahasa serta motivasi dalam
menjalankan dan menyampaikan tugas.

3.0 EKPEKTASI KEPIMPINAN BERTERASKAN RAKYAT

Matlamat utama kepimpinan penjawat awam dalam era transformasi perkhidmatan
awam adalah kesejahteraan rakyat. Semboyan utama perkhidmatan awam adalah
perkhidmatan untuk rakyat. Justeru itu, cabaran masa kini yang mendepani pemimpin
perkhidmatan awam adalah bagaimana untuk mendekati dan mensusuri rakyat. Dalam
era terbuka ini, dengan maklumat yang bersifat real time, kepimpinan sektor awam
tidak boleh mengelak daripada berhadapan dengan rakyat. Seorang pemimpin sektor
3

awam yang baik adalah mampu untuk berkomunkasi dengan berkesan dan mampu
menimbulkan keyakinan umum terhadap dasar-dasar, prakarsa dan tindakan kerajaan.

Antara usaha ke arah mendekati rakyat, Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Ali Hamsa
telah meminta semua pimpinan tertinggi sektor awam termasuk Ketua Setiausaha dan
ketua jabatan supaya turun padang untuk melihat sendiri keadaan petugas masing-
masing ke arah memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat. Justeru itu, pemimpin
sektor awam seharusnya peka kepada tuntutan era kepimpinan kini tertumpu kepada
keprihatinan kepada kerajaan. Ini termasuklah sikap kesegeraan dalam tindakan
mengatasi sebarang permasalahan atau isu rakyat sebelum ianya menjadi lebih serius.
Pemimpin penjawat awam perlu memantau penjawat awam di bawah seliaannya
supaya lebih sensitif kepada persekitaran dan cabaran-cabaran baharu khususnya
daripada kalangan pelanggan (rakyat) yang mempunyai harapan lebih tinggi terhadap
kualiti, kecekapan dan keberkesanan khidmat diberikan. Rakyat kini lebih sedar akan hak
mereka untuk mendapat layanan yang lebih adil dan munasabah daripada agensi-agensi
kerajaan seperti contoh penerapan budaya senyum dan terus senyum di kalangan
semua penjawat awam.

4.0 KEPIMPINAN STRATEGI LAUTAN BIRU KEBANGSAAN
Pengenalan inisiatif-inisiatif baru dalam dasar transformasi kerajaan melalui Strategi
Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) seperti Pusat Transformasi Bandar dan Pusat
Transformasi Luar Bandar merupakan salah satu usaha NBOS yang berjaya dilaksanakan
dalam tempoh yang singkat dan kos minimum. YAB Perdana Menteri meminta untuk
menerapkan empat elemen penting yang terkandung dalam Strategi Lautan Biru dalam
pengurusan kerja sektor awam iaitu mengurang, menghapus, mewujud dan menambah
peluang. Beliau menambah aspek penting NBOS adalah strategi pemikiran dengan
mengaplikasikan cara-cara kreatif dan inovatif dalam setiap penyelesaian serta tidak
boleh berfikir secara konvensional iaitu menuntut peruntukan dan kakitangan tambahan
sekiranya arahan melakukakan sesuatu tugas tambahan.
4


Cabaran mewujudkan insiatif NBOS yang boleh memberi impak oleh pimpinan sektor
awam adalah penting dengan memupuk semangat inovasi serta berfikir di luar kotak
bagi meningkatkan tahap kualiti dalam perkhidmatan awam. Strategi ini merupakan
cabaran utama yang perlu didepani oleh pemimpin sektor awam bagi menggunakan
sumber sedia ada dengan mewujudkan inisiatif-inisiatif NBOS yang baru yang boleh
membantu kerajaan melaksanakannya, Dalam hal ini, pemimpin boleh mencontohi
strategi peperangan Sun Tzu iaitu So in war, the way is to avoid what is wrong and
strike at what is weak serta to win one hundred victories in one hundred battle is not
the acme of skill. To subdue the enemy without fighting is the acme of skills. Melalui
strategi ini, pemimpin sektor awam perlu memahami kehendak dan keperluan
keseluruhan organisasi jabatan berkenaan supaya idea inovatif boleh diterapkan dalam
inisiatif baru NBOS di agensi dan jabatan berkenaan.

5.0 KEPIMPINAN BERINTEGRITI DALAM MENTRANSFORMASI PERKHIDMATAN AWAM

Kepimpinan berkesan juga sering dikaitkan dengan sifat, nilai dan tingkah laku yang
beretika. Kepimpinan beretika adalah penting kerana pemimpin sektor awam adalah
agen perubahan dan arkitek bagi elemen-elemen penting budaya kerja perkhidmatan
awam. Kepimpinan tanpa nilai boleh mengakibatkan kehancuran dan kemusnahan
seperti yang dapat dilihat melalui Adolph Hilter. Selain itu, pemimpin sektor awam juga
perlu mengetahui dan memahami sejarah lampau mengenai punca kejatuhan empayar
besar seperti Kerajaan Turki Uthmaniah iaitu disebabkan oleh perebutan kuasa dan
rasuah.

Dalam konteks dasar transformasi negara, pihak kerajaan telah menyenaraikan salah
satu bidang keberhasilan utama (NKRA) iaitu membasmi rasuah. Usaha ini juga
termasuk membasmi rasuah di kalangan penjawat awam. Disinilah juga cabaran kepada
pemimpin sektor awam sebagai individu yang perlu dicontohi oleh pegawai dibawahnya
5

untuk memupuk sifat integriti dan membudayakan perkhidmatan awam yang beretika.
Memandangkan pihak kerajaan telah menyediakan platform yang terbaik mengenai hal
ini, pemimpin perlu sama-sama berusaha membasmi rasuah serta membantu
menganjurkan sistem nilai positif di kalangan pegawai dan kakitangannya. Peranan
pemimpin mengenalpasti pegawai bermasalah dan bersifat tidak sampai hati untuk
mengambil tindakan merupakan isu di kalangan pemimpin yang perlu dihapuskan
kerana perkara ini boleh menjadi duri dalam daging. Hubungan antara pemimpin dan
kakitangannya perlu dibina melalui hubungan yang adil dan kedua-dua perlu sedar akan
tanggungjawab serta tugas yang diamanahkan.

6.0 PENUTUP

Sektor perkhidmatan awam sememangnya berhadapan dengan pelbagai cabaran
monumental yang menuntut perubahan strkctural dan peralihan paradigm kepimpinan
sektor awam. Peranan pemimpin organsisai sektor awam adalah kritikal dalam
menentukan hala tuju, merangka strategi serta menggembleng sumber secara bijak
untuk mencapai matlamat dan menjayakan dasar transformasi kerajaan. Kepimpinan
yang berkesan mampu mencetuskan inspirasi dan memenangi hati serta fikiran warga
kerjanya untuk membantu bersama-sama melaksanakan aspirasi dan dasar transformasi
negara dengan menggerakkan inisiatif baru, meningkatkan kreativiti dan inovasi,
menyuburkan budaya ilmu pengetahuan, memiliki sikap beretika dan positif dan
memecahkan tembok pemikiran supaya dapat berfikir secara luar kotak.

Asasnya, peranan pemimpin sektor awam bagi melaksanakan dan menggerakan dasar
transformasi negara amat penting dan perlu dihayati oleh setiap pemimpin tidak kira di
peringkat agensi, jabatan dan kementerian peringkat negeri mahupun persekutuan.
Melalui konsep kepimpinan transformasi yang akan menjadi pencetus, pencipta,
penggerak dan peneraju perubahan bagi mencapai hala tuju transformasi di peringkat
agensi secara komprehensif dan dinamik.
6

RUJUKAN

1. Ucapan YAB Perdana Menteri dalam Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Ketiga Belas
(MAPPA XIII), pada 12 Mac 2013
2. Ucapan YAB Perdana Menteri pada Majlis Pelancaran Laporan GTP/ETP 2011
3. Zaharah Hasan & 2 ors, Kepimpinan Beretika dan Kecemerlangan Organisasi dalam
Perkhidmatan Awam, MALIM Bil 10 (2009)
4. Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) Memacu
Transformasi, November 2009
5. Abd Kadir Mohd Ayub, Transformasi Perkhidmatan Awam, Dewan Masyarakat, Ogos
2012

Вам также может понравиться