Вы находитесь на странице: 1из 9

ADAT RESAM MASYARAKAT INDIA

Masyarakat India merupakan etnik ketiga terbesar di Malaysia dan juga


salah satu kaum yang telah menyumbang ke arah pembentukan sebuah
masyarakat majmuk di negara kita. Seperti masyarakat lain, masyarakat India
juga kaya dengan ciri-ciri kebudayaan mereka dan masih mengekalkan
kebudayaan tersebut sehingga kini.
Adat resam yang diamalkan oleh masyarakat India mempunyai banyak
persamaan dengan kebudayaan masyarakat Melayu. Ini jelas terlihat dalam
aspek kelahiran dan perkahwinan. Seperti juga masyarakat lain, masyarakat
India terdiri daripada pelbagai suku kaum, justeru itu maklumat berikut hanya
memaparkan adat resam masyarakat India secara umum.
Sewaktu Mengandung
Adat Valaikaappu adalah adat yang dilakukan ketika kandungan sulung
wanita hamil menjangkau usia tujuh hingga sembilan bulan. Wanita hamil
tersebut akan dipakaikan sebentuk gelang tangan baru yang dikenali sebagai
Suulkaappu. Suul bermaksud `kandungan ibu dan Kaappu pula bermaksud
!perlindungan!. "elang ini dipakai bertujuan untuk melindungi bayi di dalam
kandungan daripada kesukaran semasa bersalin.
Adat Valaikaappu diadakan pada hari dan masa yang baik menurut
kalendar India. #pacara ini akan diadakan di rumah suami atau ibu bapa dan
disertai oleh kaum wanita yang telah bersuami dan mempunyai anak yang
dipanggil cumanggali.
"elang tangan yang dipakaikan dalam upacara ini terdiri daripada
beberapa jenis iaitu gelang kaca, pancalogam dan emas mengikut kemampuan
masing-masing. Setelah anak dilahirkan, gelang tangan emas tersebut akan
dileburkan untuk dibuat perhiasan bagi bayi tersebut dan akan dipakaikan pada
hari pemberian nama.
$ada hari upacara dilakukan, hadiah kepada wanita hamil tersebut yang
dikenali sebagai ciir diatur ke dalam dulang yang mempunyai bilangan ganjil.
%adiah ini termasuk barang kemas, sari, gelang tangan, serbuk kumkum, kunyit,
buah-buahan, sirih pinang, sikat dan cermin serta pelbagai manisan. %adiah di
dalam dulang ini akan diletak di ruang tamu dan seterusnya upacara
memandikan wanita hamil tersebut diadakan.
#pacara ini juga dikenali sebagai mutugu niir (kulittal). Wanita hamil
tersebut didudukkan di bilik mandi dan dimandikan dengan air seperti air susu,
air kunyit, air kelapa muda, air mawar dan bunga-bungaan. Setelah mandi,
wanita hamil tersebut akan dihias seperti pengantin dan seterusnya akan
dikalungkan dengan kalungan bunga oleh suaminya.
Wanita hamil tersebut dipakaikan dengan sari perkahwinan atau sari baru yang
dibeli oleh ibu bapanya dan didudukkan di ruang tamu. Seterusnya lampu
minyak kuttu vilakku dihidupkan sebagai memohon restu &uhan dan sebagai
memulakan upacara. 'erbagai makanan juga disediakan khas bagi wanita hamil
tersebut seperti pelbagai jenis nasi, kuih muih, buah-buahan dan bunga-
bungaan.

Ibu memakaikan gelang emas
Adat ini dimulakan dengan upacara sembahyang. $ara cumanggali akan
memulakan upacara dengan menyapu krim cendana pada kedua belah tangan
dan pipi wanita hamil, kumkum diletak di dahi dan gelang tangan dipakaikan.
Makanan yang disediakan juga disuapkan kepada wanita hamil tersebut.
Sebagai tanda terima kasih, wanita hamil akan menghadiahkan sirih pinang,
kunyit, bunga dan beberapa gelang kepada cumanggali yang menjalankan
upacara ini.
Menyapu kunyit pada
tangan dan pipi
Seterusnya upacara aalatti dijalankan iaitu dengan menyediakan air kunyit
yang dicampurkan kapur sirih dan diisi dalam sebuah dulang khas dan sirih
Ibu mengelilingkan beras di atas
kepala sebanyak tiga kali
Suami menyuapkan manisan
ke dalam mulut isteri
diletakkan di tengah-tengahnya. (apur barus dihidupkan di atas sirih tadi. )ulang
diangkat oleh tiga orang cumanggali dan diputar mengikut arah jam dan dilambai
sebanyak tiga kali di hadapan wanita hamil tersebut. Salah seorang cumanggali
akan mencelup ibu jarinya ke dalam air aalatti dan menyapunya ke dahi wanita
hamil itu. Setelah itu, isi dulang aalatti dibuang di hadapan pintu rumah.
Seterusnya wanita yang hamil itu akan memakan salah satu nasi yang
disediakan. *asi-nasi tersebut diletak di atas daun pisang berasingan dan
seterusnya dibungkus dengan kain putih dan disimpul. Wanita hamil itu diminta
membuka salah satu bungkusan yang diingini. +ika bungkusan yang dibuka
adalah nasi manis, dipercayai anak yang bakal lahir adalah perempuan,
sebaliknya pula adalah lelaki.
Selesai upacara valaikaapu dijalankan, wanita hamil tersebut akan tinggal
di rumah ibu bapanya selama sebulan selepas bersalin. #pacara valaikaappu ini
masih diterima dan diamalkan masyarakat India tetapi disesuaikan mengikut
,aktor ekonomi, pendidikan dan struktur lapisan masyarakat.
Semasa Bersalin
Waktu kelahiran adalah penting bagi masyarakat India dimana ia akan dicatat
dengan tepat bagi menentukan bintang bayi mengikut almanak %indu. 'intang
bayi ini akan menentukan mental, ,i-ikal dan rohani bayi sehingga dewasa.
Membisikkan Nama Tuhan
Sebaik sahaja bayi dilahirkan, sami atau sesiapa sahaja yang
berpengetahuan tinggi mengenai agama %indu akan membisikkan Gayatri
Mantiram iaitu sejenis mantera &uhan di telinga bayi sebelum tali pusat dipotong.
*amun begitu adat ini disesuaikan dengan hanya membisikkannya sebaik
sahaja melihat bayi tersebut kerana perubatan moden tidak membenarkan
sesiapa memasuki bilik bersalin. 'isikan nama &uhan pada telinga bayi adalah
untuk membolehkan bayi tadi mendengar nama &uhan sebelum mendengar apa-
apa yang lain. Ia bertujuan untuk membawa rahmat kepada bayi tersebut.
!t!ng Tali usat
&ali pusat yang dipotong akan ditanam bersama uri dan tembuni di sekitar
kawasan rumah bersama duit tembaga, serbuk kunyit, garam dan pinang.
'ahan-bahan ini dimasukkan bersama untuk mengelak dari dikorek oleh
binatang liar dan tidak digunakan oleh ahli sihir.
Menyapu Madu
'ayi yang baru dilahirkan juga akan disapu madu bercampur minyak sapi
pada lidahnya. )i samping madu, air gula juga boleh digunakan. Minyak
savvennai yang merupakan campuran minyak bijan, minyak lenga dan mambu
juga kadangkala digunakan. (egunaan minyak ini dipercayai boleh membawa
kecantikan dan supaya bayi tidak diserang sebarang penyakit. Madu pula
dikatakan dapat melembutkan lidah bayi dan memudahkan bayi bertutur.
Setitik minyak bijan yang dicampur dengan sedikit susu ibu dan disapu ke mulut
bayi akan bertindak menjadi pelawas dalam sistem penghadaman dan
membantu tumbesaran bayi tersebut.
Selepas Kelahiran
Adat-adat berikut dijalankan selepas kelahiran bayi.
Membawa Bayi ulang Ke Rumah
'ayi yang dilahirkan di hospital akan dibawa pulang ke rumah pada hari
ketiga, kelima, ketujuh dan sebagainya iaitu pada bilangan hari ganjil. Sebelum
bayi dibawa masuk ke rumah upacara aalati dilakukan. Ia bertujuan untuk
mengelakkan bala atau sebarang malapetaka dariapada berlaku.
'agi upacara aalati ini, dulang yang mengandungi serbuk kunyit, kapur
sirih yang dicairkan, arang, sirih dan kapur barus yang dinyalakan diangkat dan
diputar tiga kali mengikut arah jam dan juga lawan jam. )ulang juga dilambai
sebanyak tiga kali. Seterusnya para cumanggali akan mencelupkan ibu jarinya
ke dalam dulang tersebut dan mencalitkan ke dahi ibu dan anak. Setelah ibu dan
anak masuk ke dalam rumah, isi dulang aalati dibuang.
Mandi Selepas Bersalin
Apabila bayi dan ibu kembali ke rumah, mereka diasingkan dari ahli
keluarga yang lain di sebuah bilik khas yang sentiasa dijaga kebersihannya. 'agi
dua minggu pertama, orang luar dilarang melawat mereka kecuali untuk tujuan
perubatan.
+ika proses bersalin secara pembedahan, ibu yang baru bersalin tidak
dibenarkan mandi selama dua minggu atas sebab-sebab kesihatan akibat ,i-ikal
ibu yang lemah kerana pembedahan dan kesan kelahiran. 'agi ibu yang bersalin
normal, si ibu akan mandi selang sehari selepas bersalin. 'eberapa herba dan
dedaun seperti aadatoodai dididihkan bersama air. Air tersebut digunakan untuk
mandi. .ambut ibu akan dikeringkan dengan segera dengan asap kemenyan
bagi mengelakkan sakit kepala, selsema dan juga untuk menyegarkan tubuh
badan selepas bersalin.
'ayi pula kebiasaanya dimandikan pada waktu petang oleh seorang
wanita yang berpengalaman. Mandian ini dilakukan dengan menyiram ke seluruh
badan bayi dengan menggunakan air suam yang kadangkala dicampur dengan
bahan-bahan herba. Ia bertujuan untuk mengelak penyakit sawan atau kuning.
Susu juga digunakan sebagai bahan utama untuk melembutkan kulit bayi.
(etika bayi dimandikan, urutan perlahan dilakukan pada tubuh bayi dan
tulang belakang bayi supaya tidak bengkok. 'agi tujuan kecantikan, hidung,
kening dan telinga turut diurut. 'eberapa bahan seperti serbuk kunyit, minyak
bijan, kas-kas dan kacang hijau yang ditumbuk digunakan sebagai pembersih
badan bayi bertujuan untuk mengelakkan penyakit kulit dan melicinkan kulit bayi.
Selesai dimandikan, bayi ditonggengkan dengan mengangkat kedua
belah kaki sambil menepuk bahagian punggung untuk mengeluarkan kahak.
Setelah itu bayi diasapkan dengan asap kemenyan, dan disapu dengan bedak
yang diperbuat dari tepung beras supaya tidak dihinggapi ruam. Akhir sekali bayi
akan dibedung dengan kain bertujuan untuk meluruskan anggota badan bayi.
Mend!d!i Bayi
Amalan mendodoi bayi merupakan upacara yang paling penting dalam
masyarakat India. #pacara mendodoi ini juga dikenali sebagai taalaattu
bermaksud penggoyangan lidah. #pacara dimulakan dengan ucapan aaraaro
aariraro atau cerita-cerita nasihat. Ia bertujuan agar bayi tersebut menjadi
seorang yang berguna. *amun amalan ini semakin berkurangan dilakukan dan
hanya diamalkan oleh generasi tua sahaja.
Memberi Nama
Sebaik sahaja bayi berusia enam belas hari, upacara pemberian nama
dilakukan. Ia dilakukan dengan memasukkan bayi ke dalam buaian dan
dikendalikan oleh ahli keluarga yang tertua yang ari, tentang agama dan perkara
yang berkaitan dengan dewa-dewa.
#pacara dimulakan dengan mengadakan upacara sembahyang sebagai
tanda kesyukuran. &erdapat juga upacara memuja )ewi $ecciyamman dan )ewi
(aatteeri dilakukan oleh segelintir masyarakat India. #pacara pemujaan
dilakukan dengan membersihkan sekeliling rumah dan memasang lampu minyak
di keliling rumah.
'ahan-bahan persembahan juga disediakan seperti kari ayam betina,
telur rebus, ikan kering dan sebagainya. 'ayi kemudiannya dimasukkan ke
dalam buaian dan namanya diumumkan pada orang ramai. Saudara mara yang
hadir akan memberi pelbagai hadiah dan upacara diakhiri dengan jamuan dan
upacara sembahyang bagi mendoakan kesejahteraan bayi.
*ama-nama yang dipilih la-imnya berdasarkan almanak dengan mengikut
tarikh kelahiran bayi. *ama-nama tokoh sejarawan, nenek moyang serta yang
berkaitan dengan agama %indu juga dipilih bagi bayi tersebut kerana nama yang
dipilih ini akan mempengaruhi perwatakannya kelak.

Вам также может понравиться