Вы находитесь на странице: 1из 1

REFLEKSI DAN PENILAIAN PPGB

Saya berpandangan bahawa sekolah SK Taman Damai Jaya boleh menjadi sekolah
yang cemerlang jika semua guru berkerjasama dalam menjayakan program-program
yang telah dicadangkan dalam aktiviti perancangan sekolah pada setiap tahun.
Tindakan positif berkenaan kawalan murid dan kehadiran murid amat memuaskan
setiap kali program dijalankan di sekolah. al ini menunjukkan komitmen yang
ditunjukkan oleh pelajar akan menjayakan setiap program yang dianjurkan. !erasaan
saya sebagai guru baharu amat berpuas hati dengan keadaan dan suasana
persekitaran sekolah yang memberangsangkan dalam melahirkan pemikiran pelajar
yang kreatif dan berinovatif.
Kekuatan bagi sekolah ini adalah pelajar sekolah ini sendiri. Semua pelajar menjalankan
tanggungjawab masing-masing dalam menjayakan sesuatu program yang dianjurkan
oleh sekolah. Sebahagian pelajar yang lemah dalam bidang akademik secara tidak
langsung aktif dalam aktiviti ko-kurikulum. Kelemahan yang saya dapat lihat sepanjang
berada di sekolah ini ialah pengurusan sekolah yang teratur dan bersistematik tetapi
halangan berlaku apabila kurangnya perlaksanaan dari kalangan guru yang bertugas
akibat guru-guru ini terpaksa menghadiri kursus-kursus tambahan serta terlibat dengan
aktiviti sukan peringkat daerah seterusnya melemahkan kehadiran guru untuk bertugas.
"su-isu seperti ini membuatkan aktiviti yang dijalankan kurang berkesan dan seterusnya
menjejaskan objektif program yang telah dirancang oleh sekolah.
Saya sebagai guru baharu# mencadangkan agar guru yang terlibat dengan program
tambahan ini diberikan jadual yang sistematik berkenaan dengan kehadiran aktiviti di
luar waktu sekolah agar kehadirannya dapat dikesan seterusnya dapat diganti dengan
guru lain bagi mengantikan tempat guru tersebut.

Вам также может понравиться