Вы находитесь на странице: 1из 14

MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR KOLEJ VOKASIONAL BATU LANCHANG PULAU PINANG

Mahasiswa sebagai modal insan negara hari ini adalah dilihat sebagai prospek barisan pemimpin negara
pada masa depan. Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) merupakan salah satu organisasi pelajar tertinggi di
universiti untuk melahirkan mahasiswa yang mampu menjadi pemimpin dan individu yang cemerlang
dalam segala aspek demi kebaikan bukan sahaja di kalangan mahasiswa universiti malah untuk negara
pada masa depan.
Seperti yang dinyatakan dalam Subsekyen 48(10) Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (Pindaan
2009) menyatakan tujuan dan fungsi MPP antaranya ialah:
(10) Tujuan dan fungsi MPP ialah untuk:
1. Memupuk semangat hidup sebagai suatu perbadanan di kalangan pelajar Universiti;
2. Tertakluk kepada arahan Naib Canselor, menyusun dan menyelia kemudahan kebajikan pelajar di
Universiti termasuk kemudahan rekreasi, aktiviti kerohanian dan keagamaan, dan pembekalan
makanan dan minuman;
3. Membuat rayuan kepada Naib Canselor mengenai segala perkara yang berhubungan dengan atau
berkenaan dengan keadaan hidup dan kerja pelajar Universiti;
4. Diwakili dalam mana-mana badan yang boleh, mengikut sesuatu Kaedah yang dibuat oleh
Lembaga bagi maksud itu, dilantik untuk menjalankan aktiviti kebajikan pelajar di Universiti; dan
5. Menjalankan apa-apa aktiviti lain sebagaimana yang ditetapkan oleh Lembaga dari semasa ke
semasa.
Proses pemilihan ahli MPP bagi setiap Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di Malaysia merupakan salah
satu aktiviti tahunan IPTA bertujuan memilih barisan kepimpinan yang baru yang akan mewakili semua
pelajar di universiti sejajar dengan kehendak serta peruntukan yang terdapat dalam Akta Universiti dan
Kolej Universiti 1971 (Pindaan 2009) (Subsekyen 48(1),(2),(3),(4),(5) & (6)).

Proses pemilihan ini adalah sangat penting untuk memperbaharui barisan kepimpinan MPP di universiti
dan melahirkan lebih ramai pemimpin muda yang bakal menerajui kepimpinan negara pada masa akan
datang. Proses pemilihan ini juga akan memberi pendedahan yang sangat berguna di kalangan mahasiswa
di universiti melalui proses pilihan raya yang dijalankan dan seterusnya memilih barisan pemimpin
pelajar yang akan menjadi pengantara kepada mahasiswa di universiti dengan pihak pengurusan
universiti, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan masyarakat sekelilingnya.









BIDANG TUGAS EXCO MPP KOLEJ VOKASIONAL BATU LANCHANG

Tugas Utama Ahli Exco Majlis Perwakilan Pelajar

Merancang dan mengendalikan program pelajar ke arah membudayakan
1. Budaya Ilmu
2. Gaya Hidup Sihat
3. Kepimpinan
4. Berakhlak Mulia
5. Profesional
6. Estetika
7. Penyayang

Tugas Khusus Majlis Tertinggi Jawatankuasa Perwakilan Pelajar

Yang Dipertua
Mempengerusikan mesyuarat bulanan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar
Memantau mesyuarat bulanan biro Jawatankuasa Perwakilan Pelajar
Menerima dan memanjangkan arahan pihak pentadbiran
Mengarah dan menguruskan aktiviti yang dirancang oleh pentadbiran dan pelajar.
Menjaga kebajikan ahli Jawatankuasa Perwakilan Pelajar dan pelajar KV.
Membantu pihak pengurusan KV memantau disiplin pelajar
Menjadi penghubung antara pentadbiran dengan pelajar dan antara pelajar dengan
pentadbiran.
Menghadiri perjumpaan atau mesyuarat wakil pelajar KV

Naib Yang Dipertua
Memangku tugas YDP
Menjaga kebajikan ahli Jawatankuasa Perwakilan Pelajar dan pelajar
Bertindak sebagai jawatankuasa perhubungan dengan MPP lain di Malaysia.
Menjaga kebajikan ketua-ketua unit.
Mengawasi perjalanan aktiviti setiap exco dan program institut
Menerima arahan dari YDP dan pihak pentadbiran



Setiausaha Agung / Timbalan Setiausaha Agung
Menguruskan urusan surat menyurat
Menyediakan surat jemputan mesyuarat bulanan/ tergempar atas arahan YDP
Menyediakan laporan bulanan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar dan Minit Mesyuarat
Menyediakan kertas kerja aktiviti Jawatankuasa Perwakilan Pelajar
Menerima arahan dari YDP dan NYDP

Bendahari Agung / Timbalan Bendahari Agung
Menguruskan segala urusan berkaitan kewangan
Merancang pengurusan dan sumber kewangan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar
Menubuhkan badan tindakan ekonomi MPP
Menguruskan kewangan setiap aktiviti yang dirancang dan dijalankan oleh MPP
Menyediakan laporan kewangan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar
Menguruskan dan memaklumkan pelajar berkaitan biasiswa pelajar
Menerima arahan dari YDP dan NYDP


Tugas Khusus Barisan Exco Jawatankuasa Perwakilan Pelajar

Exco & Naib Exco Biro Agama, Kerohanian Dan Moral
Pengerusi melantik dan menubuhkan jawatankuasa biro dan badan tindakan.
Mewujudkan jawatankuasa kecil yang melibatkan semua pelajar (Islam dan Bukan
Islam)
Merancang dan melaksanakan aktiviti keagamaan dan moral
Mengimarahkan dan membersihkan Isurau
Membudayakan akhlak mulia dalam kalangan pelajar
Menerima arahan dari pihak YDP dan NYDP MPP.
Merancang dan melaksanakan aktiviti biro
Menjalankan mesyuarat bulanan Biro dan menyediakan minit mesyuarat
Menyediakan laporan aktiviti biro bulanan dan tahunan

Exco & Naib Exco Biro Kebajikan Dan Sosial
Mewujudkan jawatankuasa kecil
Mengurus segala urusan berkaitan kebajikan pelajar
Menguruskan aduan pelajar
Merancang dan laksanakan aktiviti pelajar melibatkan kebajikan pelajar
Menguruskan kutipan derma kilat dan tabung kebajikan pelajar
Mengurus, merekod dan mengambil tindakan laporan sistem pesanan ringkas (sms)
dan aduan pelajar dalam talian (blog) MPP
Mengurus dan menyelia perkhidmatan pengankutan ke stesen bas dan lain-lain
destinasi mengikut keperluan
Merancang dan melaksanakan aktiviti biro
Menjalankan mesyuarat bulanan Biro dan menyediakan minit mesyuarat
Menyediakan laporan aktiviti biro bulanan dan tahunan
Menerima arahan dari YDP dan NYDP


Exco & Naib Exco Biro Teknologi Maklumat dan Multimedia
Mewujudkan jawatankuasa kecil
Mengendalikan bilik komputer milik jawatankuasa perwakilan pelajar dari segi
perlaksanaan operasi, baik pulih, kewangan dan sebagainya
Merancang dan melaksanakan aktiviti berkaitan teknologi maklumat dan multimedia
Merancang dan melaksanakan aktiviti biro
Membudayakan teknologi maklumat (ICT) dalam kalangan pelajar
Menjalankan mesyuarat bulanan Biro dan menyediakan minit mesyuarat
Menyediakan laporan aktiviti bulanan dan tahunan biro
Menerima arahan dari YDP dan NYDP


Exco & Naib Exco Biro Sukan Dan Rekreasi
Mewujudkan jawatankuasa kecil
Menguruskan semua perkara berkaitan sukan seperti Merentas Desa, kejohanan
olahraga tahunan dan sebagainya
Membantu dalam pengurusan KAVOT / VOKTEK bersama Unit Kokurikulum
Mengurus dan menyelia perjalanan perhimpunan pagi dan senaman pagi
Mengurus dan menyelia penyertaan pelajar dalam kejohanan-kejohanan sukan dalam
dan luar kampus
Membudayakan gaya hidup sihat dalam kalangan pelajar
Merancang dan melaksanakan aktiviti biro
Menjalankan mesyuarat bulanan Biro dan menyediakan minit mesyuarat
Menyediakan laporan aktiviti biro bulanan dan tahunan
Menerima arahan dari YDP dan NYDP
Exco & Naib Exco Biro Kolej Kediaman
Mewujudkan jawatankuasa kecil
Menguruskan perjumpaan penghuni kolej kediaman
Membuat pengumuman di kolej kediaman
Menjalankan gotong-royong wajib pada setiap semester dan keceriaan kolej kediaman
Menjaga kebajikan dan keselamatan pelajar di kolej kediaman
Merancang dan menjalankan aktiviti penghuni kolej kediaman pada sepanjang minggu
perkuliahan dan hujung minggu.
Menguruskan dan menyelia penyerahan dan pemulangan kunci pada setiap cuti
semester
Mengurus dan mengawas pada setiap hari Jumaat (Solat Jumaat)
Membudayakan budaya hidup penyayang dalam kalangan pelajar
Merancang dan melaksanakan aktiviti biro
Menjalankan mesyuarat bulanan biro dan menyediakan minit mesyuarat
Menyediakan laporan aktiviti biro bulanan dan tahunan
Menerima arahan dari YDP dan NYDP


Exco & Naib Exco Biro Penginapan Luar
Mewujudkan jawatankuasa kecil
Mengumpulkan data / maklumat pelajar yang menginap/menyewa di luar kampus
Menguruskan perjumpaan pelajar yang menginap/menyewa di luar kampus
Menjaga kebajikan dan keselamatan pelajar di luar kampus
Membantu menyediakan kemudahan penginapan luar kampus untuk pelajar
Menerima dan menguruskan laporan dan aduan pelajar berkaitan penginapan luar
kampus
Membudayakan budaya hidup penyayang dalam kalangan pelajar (bersama Biro Kolej
Kediaman)
Merancang dan melaksanakan aktiviti biro
Menjalankan mesyuarat bulanan biro dan menyediakan minit mesyuarat
Menyediakan laporan aktiviti biro bulanan dan tahunan
Menerima arahan dari YDP dan NYDP



Exco & Naib Exco Biro Perhubungan Dan Penerbitan
Mewujudkan jawatankuasa kecil
Mengurus dan menerbitkan majalah tahunan kolej dan risalah bulanan
Menghebah dan menerangkan segala aktiviti Jawatankuasa Perwakilan Pelajar dan
institut kepada pelajar melalui bahan cetakan seperti risalah, dan lain-lain alat
komunikasi.
Menjalankan sesi fotografi dan rakaman untuk majalah, risalah dan dokumentasi
aktiviti pelajar
Merancang dan melaksanakan aktiviti untuk membudayakan budaya profesional dalam
kalangan pelajar
Mengurus dan menyelia penerimaan surat tidak rasmi pelajar
Mengurus dan menyelia papan kenyataan, laman sesawang dan blog MPP
Merancang dan melaksanakan aktiviti exco.
Menjalankan mesyuarat bulanan biro dan menyediakan minit mesyuarat
Menyediakan laporan aktiviti biro bulanan dan tahunan
Menerima arahan dari YDP dan NYDP

Exco & Naib Exco Biro Kebudayaan Dan Kesenian
Mewujudkan jawatankuasa kecil
Merancang dan menjalankan aktiviti ke arah membudayakan budaya estetika dalam
kalangan pelajar dalam masa yang sama tidak mengabaikan unsur seni dalam budaya
masyarakat Malaysia
Menguruskan perhimpunan bulanan kolej, jamuan perdana, dan acara keramaian
seperti Hari Guru, Bulan Kemerdekaan, Kejohanan Sukan dan lain-lain
Mengurus dan menyelia aktiviti kebudayaan pelajar
Merancang dan melaksanakan aktiviti biro
Menjalankan mesyuarat bulanan biro dan menyediakan minit mesyuarat
Menyediakan laporan aktiviti biro bulanan dan tahunan
Menerima arahan dari YDP dan NYDP

Exco & Naib Exco Biro Hal Ehwal Wanita
Mewujudkan jawatankuasa kecil
Menjaga kebajikan pelajar wanita dan merancang aktiviti melibatkan aspek kewanitaan
Melaksanakan tugas-tugas khas berkaitan MPP
Mengurus dan menyelia hal ehwal kafetaria dan koperasi
Merancang dan melaksanakan aktiviti biro
Menjalankan mesyuarat bulanan biro dan menyediakan minit mesyuarat
Menyediakan laporan aktiviti biro bulanan dan tahunan
Menerima arahan dari YDP dan NYDP

Exco & Naib Exco Biro Akademik dan Kepimpinan
Mewujudkan jawatankuasa kecil
Bertindak sebagai platform rasmi urusan peperiksaan, praktikum dan Pengalaman
Berasaskan Sekolah serta pusat sumber dengan unit-unit pentadbiran berkaitan.
Membantu jabatan-jabatan akademik untuk menganjurkan aktiviti jabatan
berunsurkan subjek akademik.
Mentadbir dan memantau tugasan Ketua-ketua unit bagi setiap ambilan.
Merancang aktiviti ke arah membudayakan budaya ilmu dan kepimpinan.
Menguruskan Majlis Anugerah Pengarah untuk pelajar cemerlang.
Merancang dan melaksanakan aktiviti biro
Menyediakan dan mengedar taqwim akademik tahunan/semester untuk pelajar
Merancang dan mengadakan perbincangan, seminar, mesyuarat, perjumpaan dan
sebagainya untuk mendapatkan maklumat dan pendapat daripada ketua unit.
Merancang dan mengadakan kursus berkaitan kepimpinan untuk Jawatankuasa
Perwakilan Pelajar
Menjalankan mesyuarat bulanan biro dan menyediakan minit mesyuarat
Menyediakan laporan aktiviti biro bulanan dan tahunan
Mengawasi perjalanan aktiviti setiap unit dan program institut
Menerima arahan dari YDP dan NYDP









Skop Kerja Majlis Perwakilan Pelajar
YANG DIPERTUA : MOHD JEFFRI ABU HASSAN

1. Dalam tempoh jawatannya, seseorang Yang di-Pertua hendaklah:-
A. Bertanggungjawab sebagai ketua bagi melaksanakan pentadbiran, gerakan dan
kegiatan persatuan bagi mencapai tujuan-tujuan yang termaktub dalam perlembagaan
dalam mentafsir, menghurai dan menjelaskan dasar persatuan serta membuat
ketetapan mengenainya;
B. Mengambil apa-apa jua langkah yang perlu bagi menjamin perpaduan, persefahaman,
kelancaran persatuan dan kesungguhan Exco-Exco dan jawatankuasa kerja dalam
menjalankan tugas-tugas masing-masing;
C. Bertanggungjawab menetapkan dan mempengerusikan semua jawatangkuasa kerja
persatuan; dan
D. Mengurus pentadbiran dan hal ehwal persatuan serta bentanggungjawab
mengelola aktiviti-aktiviti persatuan pelajar yang bernaung di bawah persatuan.

NAIB YANG DIPERTUA: FAKARUDDIN BIN TAJUDDIN

1. Dalam tempoh jawatannya, seseorang Naib Yang di-Pertua hendaklah:-
A. Mengambilalih tugas dan peranan Yang di-Pertua semasa ketiadaan beliau dalam
sebarang urusan persatuan;
B. Membantu Yang di-Pertua mentadbir persatuan di cawangan mana NYDP dilantik;
dan
C. Memastikan gerak kerja Exco-exco dalam persatuan berjalan lancar dan
berlandaskan perlembagaan persatuan.

TIMBALAN NAIB YANG DIPERTUA: SHUAIB BIN YUNUS

1. Dalam tempoh jawatannya, seseorang Timbalan Naib Yang di-Pertua hendaklah:-
A. Mengambilalih tugas dan peranan Naib Yang di-Pertua semasa ketiadaan beliau
dalam sebarang urusan Persatuan;
B. Membantu Naib Yang di-Pertua mentadbir Persatuan di cawangan mana TNYDP
dilantik;
C. Memastikan gerak kerja Exco-exco dalam persatuan berjalan lancar dan
berdasarkan Perlembagaan Persatuan.

SETIAUSAHA AGONG:NURUL ATIQAH BINTI MAT YUSOF

1. Dalam tempoh jawatannya, seseorang Setiausaha Agong hendaklah:-
A. Bertanggungjawab secara langsung kepada Yang di-Pertua dan Persatuan dalam
menyediakan laporan mengenai gerakan Persatuan;
B. Merupakan penyelaras kepada kerja-kerja dan tugas-tugas yang diperuntukkan
kepada Setiausaha Agong bagi setiap program yang dijalankan di bawah Persatuan di
Universiti;
C. Bertanggungjawab melaporkan kepada Yang di-Pertua dan persatuan di atas segala
tindakan yang dijalankan berhubung dengan pentadbiran dan kegiatan persatuan;
D. Memastikan sebarang penyata mengenai kerja dan kemajuan Persatuan bagi tujuan
penyebaran maklumat ke seluruh Universiti;
E. Bertanggungjawab keatas kesempurnaan semua mesyuarat persatuan dari segi
kelancaran dan pemberitahuan kepada ahli;
F. Memastikan minit mesyuarat Persatuan dicatit dan diedarkan kepada ahli-ahli yang
terlibat; dan
G. Mengawalselia semua urusan rasmi Persatuan dengan pihak luar Universiti dengan
kerjasama daripada Exco yang berkenaan.

SETIAUSAHA: NOR ADEENA BINTI AHMAD

1. Dalam tempoh jawatannya, seseorang Setiausaha hendaklah:-
A. Bertanggungjawab secara langsung sebagai pembantu kepada Setiausaha Agong dan
Persatuan dalam menyediakan laporan mengenai gerakan Persatuan di cawangan mana
Setiausaha itu dilantik;
B. Merupakan penyelaras kepada kerja-kerja dan tugas-tugas yang diperuntukkan
kepada Setiausaha bagi setiap program yang dijalankan di bawah Persatuan di
cawangan mana Setiausaha itu dilantik;
C. Memastikan sebarang penyata mengenai kerja dan kemajuan Persatuan bagi tujuan
penyebaran maklumat ke seluruh cawangan dimana Setiausaha itu dilantik.

BENDAHARI KEHORMAT : SITI NORAINI BINTI KHALID

1. Dalam tempoh jawatannya, seseorang Bendahari Kehormat hendaklah:-
A. Bertanggungjawab ke atas kesempurnaan kewangan Persatuan;
B. Menyediakan anggaran belanjawan tahunan Persatuan kepada Pejabat HEP;
C. Merupakan penyelaras penyata belanjawan bulanan dan tahunan setelah semua
bendahari cawangan menyediakan belanjawan bulanan dan tahunan Persatuan di setiap
cawangan;
D. Bertanggungjawab menyediakan laporan dan penyata kewangan bulanan atau
tahunan untuk diperiksa oleh Bendahari Universiti di mana penyata tahunan dan penyata
bulanan perlulah di bentangkan di dalam mesyuarat Persatuan terlebih dahulu;
E. Mengawal pengaliran wang keluar-masuk Persatuan dan mengemaskini akaun
Persatuan untuk dibentangkan kepada Bendahari Universiti; dan
F. Menyediakan kewangan Persatuan dengan kerjasama Exco berkenaan.

BENDAHARI : MOHD AZLAN BIN MOHD SHAH

1. Dalam tempoh jawatannya, seseorang Bendahari hendaklah:-
A. Bertanggungjawab secara langsung sebagai pembantu kepada Bendahari Kehormat
ke atas kesempurnaan kewangan Persatuan di cawangan mana Bendahari itu dilantik;
B. Menyediakan anggaran belanjawan tahunan Persatuan di cawangan mana Bendahari
itu dilantik kepada Bendahari Kehormat;
C. Menyediakan penyata belanjawan bulanan dan tahunan Persatuan di cawangan mana
Bendahari itu dilantik kepada Bendahari Kehormat; dan
D. Membantu Bendahari Kehormat dalam menyediakan kewangan Persatuan di
cawangan mana Bendahari dilantik dengan kerjasama Exco berkenaan.

EXCO KEBAJIKAN, ADUAN & PENGINAPAN

WAN MD SAIFUL HAKIM BIN WAN HANAPI

1. Dalam tempoh jawatannya, seseorang Exco Kebajikan, Aduan & Penginapan
hendaklah:-

A. Bertanggungjawab secara langsung untuk menjaga kebajikan pelajar Universiti;
B. Menerima segala aduan yang disuarakan oleh pelajar dan bersedia untuk
melaksanakan segala aduan yang diterima serta membawa segala permasalah berkaitan
keperingkat Majlis Tertinggi Persatuan;
C. Menguruskan segala hal-hal yang berkaitan dengan penginapan pelajar di kolej
kediaman Universiti dan membawa permasalahan kepada peringkat Majlis Tertinggi
Persatuan;
D. Mengawal selia segala pengurusan dokumen berkaitan Exco Kebajikan, Aduan &
Penginapan sebelum diminta oleh Setiausaha untuk direkodkan sebagai laporan bulanan
dan tahunan Persatuan.
EXCO EKONOMI, KEUSAHAWANAN & KERJAYA
NURUL KHAIRIAH BINTI MOHD YUSOF

1. Dalam tempoh jawatannya, seseorang Exco Ekonomi, Keusahawanan & Kerjaya
hendaklah:-
A. Bertanggungjawab secara langsung untuk merancang, melaksana dan menjaga
ekonomi Persatuan dibawah seliaan Majlis Tertinggi Persatuan;
B. Menguruskan segala hal-hal berkaitan dengan keusahawanan dan kerjaya;
C. Bertanggungjawab membawa hal-hal Ekonomi, Keusahawanan & kerjaya kepada
pelajar Universiti dibawah seliaan Majlis Tertinggi Persatuan;
D. Mengawal selia segala pengurusan dokumen berkaitan Exco Ekonomi, Keusahawanan
& Kerjaya sebelum diminta oleh Setiausaha untuk direkodkan sebagai laporan bulanan
dan tahunan Persatuan.
EXCO PENERBITAN & PENERANGAN
HDARIYANI BINTI KAMPUN & NUR SYAFIQAH BINTI MOHD YUNUS

1. Dalam tempoh jawatannya, seseorang Exco Penerbitan & Penerangan hendaklah:-
A. Bertanggungjawab secara langsung didalam urusan penerbitan informasi dan media
berkaitan Persatuan;
B. Menyediakan segala informasi dan propaganda berkaitan Persatuan keseluruh
Universiti dibawah seliaan Majlis Tertinggi Persatuan;
C. Mengurus segala hal-hal berkaitan penerangan terhadap mana-mana badan
berkaitan Persatuan dan mempastikan segala informasi kegiatan Persatuan diwartakan;
D. Mengawal selia segala pengurusan dokumen berkaitan Exco Penerbitan &
Penerangan sebelum diminta oleh Setiausaha untuk direkodkan sebagai laporan bulanan
dan tahunan Persatuan.
EXCO PROGRAM KHAS, KESUKANAN & KEBUDAYAAN
CRONWALL MIZ JUFFLIN & MUHAMMAD IMANUDIN BIN RUSLAN

1. Dalam tempoh jawatannya, seseorang Exco Program Khas, Sukan & Kebudayaan
hendaklah:-
A. Bertanggungjawab terhadap setiap program khas yang dilaksanakan oleh Persatuan
termasuk Pesta Konvokesyen Universiti dibawah seliaan Majlis Tertinggi Persatuan;
B. Menguruskan segala hal-hal berkaitan dengan Kesukanan & Kebudayaan;
C. Bertanggungjawab membawa hal-hal Kesukanan & Kebudayaan kepada pelajar
Universiti dibawah seliaan Majlis Tertinggi Persatuan;
D. Mengawal selia segala pengurusan dokumen berkaitan Exco Program Khas,
Kesukanan & Kebudayaan sebelum diminta oleh Setiausaha untuk direkodkan sebagai
laporan bulanan dan tahunan Persatuan.
EXCO AKADEMIK & ALUMNI
KISHO A/L NAGENDRAN & PRIYASAGI A/P THANKARAJ

1. Dalam tempoh jawatannya, seseorang Exco Akademik & Alumni hendaklah:-
A. Bertanggungjawab secara langsung didalam segala urusan berkaitan akademik dan
alumni Unisel;
B. Menguruskan segala hal-hal berkaitan dengan aduan sistem akademik universiti,
pembelajaran, pengurusan fakulti, dan perlaksanaan aktiviti berkaitan akademik;
C. Bertanggungjawab dalam mengumpul data alumni, menyelaras sistem alumni, dan
melaksanakan aktiviti berkaitan alumni;
D. Menyediakan segala informasi dan data berkaitan alumni universiti;
E. Mengawal selia segala pengurusan dokumen berkaitan Exco Akademik & Alumni
sebelum diminta oleh Setiausaha untuk direkodkan sebagai laporan bulanan dan
tahunan Persatuan.
EXCO PERHUBUNGAN LUAR & PERANTARABANGSAAN
AHMAD FAWWAZ 'AFIFI BIN JAMALLODIN & MUHAMMAD SYAZRIL BIN AHMAD SYUKRI

1. Dalam tempoh jawatannya, seseorang Exco Perhubungan Luar &
Perantarabangsaan hendaklah:-
A. Bertanggungjawab secara langsung untuk merancang, melaksana dan menjaga
hubungan luar Persatuan;
B. Menguruskan secara langsung urusan perhubungan luar Persatuan dan hubungan
perantarabangsaan Persatuan dibawah seliaan Majlis Tertinggi Persatuan;
C. Bertanggungjawab untuk menjalinkan kerjasama dan hubungan erat Persatuan
dengan mana-mana badan yang berkaitan;
D. Mengawal selia segala pengurusan dokumen berkaitan Exco Perhubungan Luar &
Perantarabangsaan sebelum diminta oleh Setiausaha untuk direkodkan sebagai laporan
bulanan dan tahunan Persatuan.

Вам также может понравиться