Вы находитесь на странице: 1из 11

Pengenalan

Tema ini mengisahkan kemunculan Kesultanan Melayu Melaka sebagai sebuah kerajaan yang kuat
di Gugusan Kepulauan Melayu pada abad ke-15 hingga awal abad ke-16. Kesultanan Melayu Melaka
telah membina satu politik, tradisi budaya, dan ekonomi yang kekal diwarisi hingga masa kini pada
zaman kegemilangannya . Sebelum kedatangan Parameswara, Melaka merupakan sebuah penempatan
kecil yang didiami oleh para nelayan yang turut dikenali sebagai orang laut. Melaka telah dimajukan
sebagai sebuah pusat perdagangan di Nusantara selepas kerajaan Melaka ditubuhkan oleh Parameswara.
Baginda merupakan pengasas Melaka yang banyak meletakan asas yang tegap sehingga menyebabkan
Melaka dikenali di seluruh rantau pada era tersebut. Selain itu, Melaka merupakan sebuah empayar
Melayu yang teguh dan stabil pada zaman kesultanan Melayu. Apabila Melaka terbentuk, maka
keagungan empayar Melaka mulai tersebar dan dikenali di seluruh negara. Sejarah pembinaan negara
Melayu berdaulat sememangnya telah bermula pada abad ke-15 di mana pada masa tersebut zaman
Kesultanan Melayu Melaka merupakan zaman keagungan Melayu. Kegemilangan dan kemakmuran
Melaka telah menarik Portugis untuk datang dan seterusnya menguasai Melaka. Kejatuhan Melaka ke
tangan Portugis pada tahun 1511memaksa waris Kesultanan Melaka berpindah ke Johor dan bermula
dari situlah mereka meneruskan perjuangan hendak menegakkan semula kedaulatan Melaka. Sebagai
latar belakang kepada Kesultanan Melayu Melaka, kami akan cuba menyentuh beberapa perkara
berkaitan kegemilangan Negeri Melaka antaranya :




1. Pengasasan Melaka
Pada tahun 1400 hingga tahun 1403,Kesultanan Melayu Melaka diasaskan oleh Parameswara,
seorang putera Srivijaya beragama Hindu yang berasal dari Palembang . Melaka bukanlah sebuah
kerajaan Islam pada awalnya. Hal ini berubah pada tahun 1409 apabila Parameswara berkahwin
dengan puteri dari Pasai. Sultan Muzaffar Syah menjadikan agama Islam sebagai agama rasmi
Kesultanan Melayu Melaka. Pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka berterusan selama lebih satu
abad sehinggalah Melaka tewas di tangan penjajah Portugispimpinan Alfonso de Albuquerque pada
1511. Atas sebab ini, sultan terakhir Kesultanan Melayu Melaka ialah Sultan Mahmud Shah. Pada
1528, seorang putera baginda Sultan Alauddin Riayat Shah II menubuhkan Kesultanan Johor bagi
mewarisi Kesultanan Melaka.( Prof. Emeritus Dato Dr.Mohd Yusoff Hashim. 2005. Parameswara
pengasas Empayar Melaka . Melaka. Institusi Kajian Sejarah Dan Patriotisme Malaysia (IKSEP) )




Kesultanan Melaka
Tahun Perkara
1400
Parameswara, putera raja dari Palembang setelah ditumpaskan olehMajapahit telah
menuju ke Temasik (nama asal Singapura) dan akhirnya membuka negeri Melaka.
1403
Laksamana Yin Ching dalam misi perdagangannya telah singgah di Melaka dan
menjalinkan hubungan diplomatik dan perdagangan China - Melaka.
1409
Parameswara membayar ufti kepada negeri China untuk mendapat perlindungan daripada
serangan pihak Siam.
1409
Laksamana Cheng Ho, ketua Armada perdagangan China dan para pembesar tiba di
Melaka bagi mengukuhkan lagi hubungan antara kedua-dua negara.
1411
Parameswara diiringi pembesar Melaka dengan rombongan pengiring sebanyak 540
orang serta ditemani oleh Laksamana Cheng Ho belayar keChina. Baginda diterima
mengadap Maharaja Yung Lo.
1414
Parameswara berkahwin dengan Puteri Pasai. Baginda memeluk agama Islam dan
memakai gelaran Sultan Iskandar Shah (1414-1424).
1424
Parameswara mangkat dan anakandanya, Sri Maharaja menaiki takhta dan menukar
namanya menjadi Sultan Muhammad Shah (1424-1444).
1444 Sultan Muhammad Shah diganti oleh putera bongsunya, Raja Ibrahim.
1445
Raja Ibrahim dibunuh dan dimakamkan dengan gelaran Sultan Abu Syahid.
1446
Raja Kassim menaiki tahta dan memakai gelaran Sultan Muzaffar Shah (1446-1458)
menaiki takhta dan mengisytiharkan Islam sebagai agama rasmi negeri.
1447
Serangan pertama Siam ke atas Melaka. Pihak Siam ditewaskan tidak jauh dari Muar.
1456
Tun Perak menjadi Bendahara dengan gelaran Bendahara Paduka Raja. Beliau telah
berkhidmat di bawah empat Sultan dan merupakan tulang belakang kepada
perkembangan Melaka ke mercu kekuasaannya di Kepulauan Melayu.
1458
Sultan Mansur Shah menaiki takhta. Maharaja China telah menghantar Laksamana Cheng
Ho yang membawa Puteri Hang Li Po dan dikahwinkan dengan Baginda. Sultan Mansur
Shah juga menghantar Tun Perpateh Puteh dengan segolongan pengiring ke negeri Cina
untuk mengiring Hang Li Po.
1477
Sultan Mansur Shah mangkat dan Sultan Alauddin Riayat Shah (1477-1488) menaiki
takhta pada umur 15 tahun. Baginda merupakan seorang yang tegas dalam melaksanakan
tugasnya.
1488
Sultan Alauddin diracun mati di Pagoh dan diganti oleh Sultan Mahmud Shah (1488-
1511).
1498
Tun Perak meninggal dunia.
1500
Tun Mutahir, sepupu Tun Perak, menggantikannya sebagai Bendahara bergelar
Bendahara Seri Maharaja dan menjadi bendahara yang paling berkuasa di kalangan
bendahara-bendahara.
1509
Diego Lopez de Sequiera dengan 18 buah kapal dari Angkatan diRajaPortugal tiba di
Melaka. Mereka merupakan orang Eropah pertama yang tiba di Asia Tenggara dan
digelar 'Benggali Putih' oleh orang tempatan. Atas sebab perselisihan faham, angkatannya
diserang oleh Melaka dan 20 anak kapalnya ditahan.
1510
Bendahara Tun Mutahir dan keluarganya mati dibunuh oleh Sultan Mahmud Shah kerana
beliau enggan menyerahkan anaknya Tun Fatimah kepada baginda.Selain itu, beliau telah
di fitnah oleh para pembesar bahawa beliau ingin mengatasi kekayaan sultan.Sultan
Mahmud Shah tanpa usul periksa telah membunuh Tun Muthahir dam
keluarganya.Kemudian Sultan menyedari akan kesilapannya . Sultan Mahmud Shah
memilih anaknya, Sultan Ahmad Shah menggantikan baginda sebagai Sultan sementara.




2. Kedatangan Parameswara ( latar belakang parameswara )
Menurut Sejarah Melayu, Parameswara yang dilahirkan sebagai Dharmaraja adalah Raja Singapura terakhir
yang berasal dari keturunan Srivijaya. Seorang putera Srivijaya dari Bentan bernama Sang Nila Utama telah
menawan Temasek dan menubuhkan kerajaan Singapura lama pada tahun 1324. Pada tahun 1366, baginda
memerintah selama 48 tahun dan diiktiraf sebagai Raja Singapura oleh satu utusan dari Maharaja China.
Baginda digelar Sri Maharaja Sang Utama Parameswara Batara Sri Tri Buana dengan rasmi, Batara Sri Tri
Buana bermaksud "Yang Dipertuan kepada tiga dunia" melambangkan kekuasaan baginda ke
atas Palembang, Bentan dan Temasek. Paduka Sri Pekerma Wira Diraja (1372 1386), Paduka Seri Rana
Wira Kerma (1386 - 1399) dan yang terakhir Paduka Sri Maharaja Parameswara (1399 - 1401) ialah
keturunan baginda yang memerintah Singapura.
Pada 1401, kerajaan Majapahit dan Bendahara yang belot, Sang Rajuna Tapa menyerang Singapura.
Parameswara telah berjaya melarikan diri menuju ke pantai barat Semenanjung Melayu untuk membuka ibu
negeri yang baru.
Menurut "Suma Oriental", Parameswara ialah seorang raja Palembang yang menggantikan ayahandanya,
Raja Sam Agi. Raja Jawa, Batara Tamavill telah menyerang Parameswara, sewaktu beliau menggelarkan
dirinya sebagai Mjeura ("orang yang berani"). Oleh itu, beliau melarikan diri ke Singapura. Setelah
membunuh wakil Raja Siam (bernama Tamagi) di Singapura, Parameswara menjadi pemerintah palsu pada
satu tempoh yang tidak lama kerana beliau telah diserang dan dihalau oleh pihak Siam tidak lama selepas itu.
Dengan seribu pengikutnya, beliau menuju ke pantai barat Semenanjung Melayu untuk mencari tempat
perlindungan yang baru.





Pada tahun 1565, menurut Sejarah Melayu ("Malay Annals") yang dikarang oleh Tun Sri Lanang ,
Parameswara melarikan diri ke Muar tetapi diganggu oleh biawak yang tidak terkira banyaknya. Penetapan
di tempat yang kedua di Kota Burok juga gagal kerana kubu pertahanan yang mereka cuba mendirikan
runtuh dengan serta merta. Selepas itu, Parameswara berpindah ke Sening Ujong. Beliau melantik seorang
menteri untuk mewakili dirinya setelah berada di sana dan kemudiannya beliau tiba di Sungai Bertam, iaitu
suatu kawasan persisiran pantai. Pada masa itu, orang-orang Seletarmendiami di situ dan mereka meminta
Parameswara menjadi raja.
Semasa berburu di muara Sungai Bertam, Parameswara ternampak seekor pelanduk menendang salah seekor
daripada anjing-anjing pemburunya. Parameswara tertarik dengan kegagahan pelanduk itu lalu beliau
memutuskan membina sebuah penempatan di kawasan tersebut. Selepas menanyakan nama pokok (Pokok
Melaka) yang diteduhnya, Parameswara menamakan tempat itu "Melaka".

Perutusan pertama dari China yang diketuai oleh Laksamana Yin Ching telah tiba di Melaka pada tahun
1403. Beliau telah memberi hadiah-hadiah kebesaran daripada Maharaja Yung Lo kepada Parameswara
sebagai tanda persahabatan dengan negeri baru Melaka itu. Parameswara membalas hadiah-hadiah
kebesaran kepada Maharaja Yung Lo pada 1405.Parameswara memeluk Islam pada tahun 1409 dan telah
menggelar diri baginda sebagai Raja Iskandar Syah. Raja Iskandar Syah telah berkahwin dengan puteri Pasai,
Indonesia. Laksamana Cheng Ho telah singgah di Melaka dalam rangka lawatan beliau untuk meneroka
dunia pada tahun 1409. Parameswara telah membuat pelayaran melawat negara China dengan rombongan
pengiring sebanyak 540 orang untuk pertemuan dengan Maharaja Ming, Yung Lo pada tahun 1411.
Maharaja Yung Lo juga mengiktiraf Parameswara sebagai raja Melaka.

3.Asal usul nama Melaka
3.1Sejarah Melayu -Pokok Melaka
Ketika berburu Parameswara melihat seekor pelanduk yang kecil menendang anjing perburuan
semasa beliau sedang berehat di bawah sepohon pokok. Oleh kerana keberanian pelanduk yang kecil
tersebut menjadi ilham kepada beliau lalu menamankan tempat tersebut Melaka dan berpendapat
tempat tersebut sesuai untuk dijadikan negeri. Dalam naskah lama "Sejarah Melayu" memang sudah
disebut nama Melaka, ia mungkin dari istilah "Malakat" atau "Mulagah" yang digunakan oleh
pedagang arab yang membawa maksud "pusat / tempat perdagangan ". Melaka mungkin dirujuk
sebagai "Malayakolam" atau "Malayaka" yang membawa erti "negeri orang melayu" dalam bahasa
sankrit.( Muhammad Yusof Hashim, 1990, Kesultanan Melayu Melaka Kuala Lumpur :Dewan Bahasa dan
Pustaka.


3.3Mitos Hindu Karya Skanda Purana -(Bahagian berjudul Vaishnara Khanda) Pokok Amalaka
Nama ini diambil daripada sepohon pokok iaitu pokok Amalaka yang pertama tumbuh di alam semesta.
Pokok ini dianggap mempunyai kuasa ajaib yang berkaitan dengan kekayaan, kesihatan kekuatan.
Menurut mitos Hindu dalam karya Skanda Purana, kediaman agama Hinduu telah berkaitan dengan
pokok ini iaiatu Brahma Vishu. Buahnya juga dianggap buah ajaib.Oleh sebab pelabuhan Melaka
berkembang pesat, pedagang-pedagang Hindu mengaitkan Melaka dengan pokok tersebut.
B) Zaman Kegemilangan Melaka
Menerusi tajuk ini, kami menyediakan beberapa info berkaitan dengan:
1)Pentadbiran Melaka ( sistem pembesar empat lipatan )
Pentadbiran yang sistematik

2) Peranan pembesar ( Raja dan Orang Besar Empat ) &Susun lapis masyarakat


3) Bahasa Melayu sabagai bahasa perantaraan
Penduduk Bandar pelabuhan Melaka bertambah dengan pesatnya sejak dari dibuka Kehadiran penduduk
pedagang dan orang-orang yang menetap di Melaka menyebabkan hubungan sosial yang tidak dapat
dielakkan. Statistik di bawah menunjukkan keramaian penduduk Melaka.ialah 190 000 orang . Terdapat 59
puak dan suku kaum orang asing di negeri Melaka dan mereka ini bertutur 84 bahasa yang berlainan. Berkat
kepimpinan sultan dan pembesar-pembesarnya mereka ini tinggal dan berinteraksi satu sama lain dengan
penuh harmoni dan kemesraan. Elemen Bahasa Melayu yang dijadikan sebagai bahasa perantaraan, sistem
politik yang stabil dan sifat toleransi semua pihak menubuhkan kemesraan, perpaduan dan kerharmonian
rakyat berbilang kaum, keturunan, puak dan suku ini. Bahasa Melayu merupakan Lingua Franca yang
membolehkan integrasi sosial wujud dengan bagitu kukuh. Setiap pedagang yang datang ke Melaka boleh
berdagang dengan bebas dan mendapat keuntungan yang banyak kerana mereka boleh bertutur bahasa
Melayu. Ketika itu, bahasa Melayu dianggap sebagai bahasa perpaduan dan bahasa komunikasi
antarabangsa. Di seluruh dunia mempunyai lebih 300 juta orang boleh bertutur dalam bahasa Melayu pada
masa itu.
4)Melaka sebagai pusat penyebaran Islam
Islam telah mula bertapak di Melaka seawal abad ke-15. Melaka mula berkembang menjadi pusat
penyebaran agama Islam apabila Megat Iskandar Shah memeluk agama Islam. Baginda merupakan putera
kepada Parameswara merupakan Sultan Melaka yang pertama memeluk agama Islam. Pada zaman
pemerintahan Sultan Muzaffar Shah (1446-1456) ,Islam telah dijadikan sebagai agama rasmi. Baginda juga
turut memperkenalkan undang-undang Islam yang dikenali sebagai Hukum Kanun Melaka. Terdapat faktor-
faktor yang menyebabkan agama Islam dapat berkembang di Melaka. Faktor pertama adalah peranan
pedagang dari Sumatera . Pada abad ke-13, Pulau Sumatera sudah menerima Islam . Pedagang-pedagang
dari Sumatera telah berdagang di Melaka sambil menyebarkan agama Islam. Pedagang dari Arab dan India
turut menyebarkan agama Islam semasa berdagang di Melaka. Menurut Hikayat Raja-Raja Pasai dan
Bustanus Salatin, Pendakwah Arab yang bernama Syeikh Abdul Aziz dari Makkah yang mengislamkan Raja
Sri Maharaja, pembesar dan rakyat Melaka menyebarkan Islam di Melaka. Ada juga yang telah berkahwin
dengan penduduk tempatan dan ini menyebabkan Islam berkembang subur di Melaka. Selain itu, sultan pun
memainkan peranan yang penting kerana baginda memeluk agama Islam, rakyat turut mengikut jejak
langkah dengan memeluk agama Islam. Bukan itu sahaja, pedagang-pedagang Islam yang berdagang di
Melaka turut membawa ulama bersama mereka. Ulama tersebut telah menjadi guru agama di Melaka dan
mengajar di surau dan madrasah. Sifat agama Islam iaitu toleransi, adil, dan rasional serta meliputi semua
aspek kehidupan adalah faktor yang paling penting kerana telah menarik minat golongan istana dan rakyat
untuk mneganut agama Islam.
5)Tokoh tokoh Melaka
Tempoh Sultan
1400 1414 Parameswara
1414 1424 Sultan Iskandar Shah
1424 1444 Sultan Muhammad Shah
1444 1445 Sultan Abu Syahid
1445 1459 Sultan Muzaffar Shah
1459 1477 Sultan Mansor Shah
1477 1488 Sultan Alauddin Riayat Shah
1488 1511 Sultan Mahmud Shah

6)Melaka sebagai pusat perdagangan
Selat Melaka merupakan saluran penting yang menghubungkan Lautan Hindi dan Lautan Pasifik,
mempunyai lokasi geografi yang sangat penting. Melaka adalah bandar tertua di Malaysia tepat terletak di
tengah Selat Melaka dan melindungi saluran penting. Inilah sebabnya banyak negara mahu penjajahan
Melaka.
Pada masa itu raja adalah Parameswara, dengan mata yang tajam dan minda pintar cari kelebihan Selat
Melaka dalam penghantaran Timur-barat dan perdagangan. Bermula dari Selat Melaka, ke timur boleh
dicapai China yang kaya sutera, teh dan seramik. Ke barat boleh lurus India, Semenanjung Arab dan Eropah
yang kaya sumber.
Selain itu, Melaka mempunyai pelabuhan semula jadi yang boleh berlabuh kapal besar. Oleh itu, banyak
saudagar perdagangan dari Timur-barat sarat dengan komoditi pukal ke Melaka setiap tahun untuk
penyimpanan barangan dan perdagangan. Raja Parameswara merebut peluang ini dan mengerakkan tentera
untuk memaksa kabul yang melalui Melaka berlabuh. Baginda menerima wang daripada perniaga sebagai
pertukaran pas Selat Melaka. Sebaliknya, raja Parameswara membina banyak gudang dan pasaran
perdagangan kepada perniaga asing untuk menyimpan barangan dan perdagangan.
Raja Parameswara baransur-ansur mengawal entrepot dan pengangkutan maritim Selat Melaka. Ini
menggalakkan perdagangan dalam 300 batu mesti berlaku di Melaka. Melaka menjadi perdagangan yang
paling makmur di semenanjung pusat pengedaran. Zaman kegemilangannya, seramai 4000 perniaga asing di
bandar Melaka dan mempunyai segala-gala perdagangan komoditi seperti sutera, teh dari China, lada dari
Sumatera dan lain-lain.
Pilihan Parameswara begitu tepat sekali kerana kedudukan Melaka yang strategik. Lokasinya di tengah-
tengah tebing Selat Melaka yang menghubungkan negara China ke India dan Timur telah menjadikannya
tempat yang amat sesuai sebagai pusat perdagangan. Kedatangan pedagang-pedagang Arab serta pedagang-
pedagang dari Timur dan Barat telah menjadikan Melaka sebagai sebuah pelabuhan entrepot yang sibuk
dengan ratusan kapal yang singgah setiap tahun. Parameswara yang telah memeluk Islam melalui seorang
ulama dari Jeddah pada tahun 1414 talah meletakkan asas kemajuan negeri Melaka sebagai pusat
perdagangan dan pengembangan agama Islam yang terulung di rantau ini. Melaka terus terkenal sebagai
pusat perdagangan Melayu di Timur. Antara barang dagangan yang boleh didapati di Melaka adalah sutera
dan porselin dari China, kain dari Gujerat serta Coromandel di India, kapur barus dari Borneo, cendana dari
Timor, buah pala dan bunga cengkih dari Moluncas, emas dan lada hitam dari Sumatera serta timah dari
Tanah Melayu.

Вам также может понравиться