Вы находитесь на странице: 1из 4

1

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PULAU PINANG



TUGASAN PROJEK







TARIKH MULA 19/7/2014 TARIKH HANTAR 23/8/2014


Hasil Pembelajaran Tugasan:

1. Menghuraikan peranan Seni Dalam Pendidikan dan menjelaskan konsep asas dalam
seni visual, muzik dan pergerakan sebagai cara menghubungkaitkan pengetahuan
dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
2. Merancang, mereka bentuk dan melaksanakan aktiviti meneroka, mengalami dan
mengekspresi yang melibatkan kepekaan deria kanak-kanak.
3. Mengaplikasikan aktiviti seni visual, muzik dan pergerakan dalam pelbagai mata
pelajaran yang lain.
4. Mengamalkan nilai-nilai murni melalui pelbagai pengalaman seni.
5. Mempamerkan kemahiran insaniah melalui aktiviti amali yang dilaksanakan.

Projek ini menilai hasil pembelajaran 1, 2, 3, 4 dan 5


Objektif Projek :

1. Menghasilkan rancangan pelajaran harian mengikut format yang betul untuk menyokong
pengajaran dan pembelajaran Seni Dalam Pendidikan sekolah rendah
2. Membangun dan mengendalikan pengajaran dan pembelajaran mikro dengan
menggunakan kaedah yang kreatif dan efektif dengan menggabungkan elemen
kemahiran seni visual,muzik dan pergerakan dalam pengajaran dan pembelajaran di
sekolah rendah
3. Menilai kefahaman mengenai kaedah pengajaran yang paling sesuai dan efektif untuk
mengajar subjek Seni Dalam Pendidikan di sekolah rendah


TAJUK PROGRAM : PPG Ambilan
Jun 2011 (Tahun 4 Sem 1)
NAMA PELAJAR :
KOD DAN NAMA KURSUS :
WAJ3073 SENI DALAM
PENDIDIKAN
Semester : 2/2014


2

Tugasan 1 - RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (30%).
Tarikh Hantar Tugasan: 23/8/2014
Tugasan ini adalah tugasan berkumpulan. Pelajar dikehendaki menyediakan satu
Rancangan Pengajaran Harian (RPH) yang lengkap untuk tempoh 60 minit bagi subjek
major/minor anda. RPH yang disediakan mestilah mengandungi ketiga-ketiga komponen
iaitu Pendidikan Seni Muzik, Pendidikan Seni Visual dan Pendidikan Pergerakan.


Tugasan 2 PENGAJARAN MIKRO (30%)
Tarikh Pelaksanaan Tugasan: 23/8/2014 (Interaksi 3) dan 6/9/2014
(Interaksi 4)
Tugasan ini adalah tugasan individu. Pelajar dapat membuat pengajaran mikro berdasarkan
Rancangan Pengajaran Harian yang telah dirancangkan untuk menunjukkan pemahaman
dan kemahiran konsep seni visual, muzik dan pergerakan dalam pengajaran dan
pembelajaran.

Tugasan 3 KUIZ (40%)
Tarikh Pelaksanaan Tugasan: 11/10/2014 (Interaksi Ke-5)
Tugasan ini adalah tugasan individu. Satu kuiz yang mengandungi 5 soalan struktur dan 1
soalan esei. (HP 1-5)

Prosedur:
Tugasan 1
1. Tugasan ini adalah tugasan kumpulan.
2. RPH yang dirancang haruslah mengikut subjek major/minor.
3. Tugasan perlu bertaip dengan saiz fon Arial 11, dan langkau 1.5 baris serta rujukan
prosedur mengikut format dan gaya APA( American Psychological Association).
4. Tugasan harus menunjukkan keaslian, kematangan dan bermutu ilmiah.
5. Amalan plagiat tidak dibenarkan sama sekali.
6. Muka depan Tugasan merangkumi:
Nama Pelajar
Angka Giliran
No. Kad Pengenalan
Kumpulan/Unit
Kod dan Nama Kursus
Tajuk Tugasan Projek
Nama Pensyarah Akademik
Tarikh Hantar




3

Tugasan 2
1. Tugasan ini adalah tugasan individu.
2. Setiap ahli kumpulan dikehendaki memilih satu bahagian yang tertentu untuk diajar sama
ada pendidikan muzik, pendidikan pergerakan atau pendidikan seni visual.
3. Setiap pengajaran haruslah dibantu oleh Bahan Bantu Mengajar (BBM).
4. Kumpulan yang menghasilkan RPH ini harus bertanggungjawab terhadap rakaman
Pengajaran dan Pembelajaran

Tugasan 3
1. Tugasan ini adalah tugasan individu.
2. Tugasan ini akan dilaksanakan serentak oleh semua kelas pada 11/10/2014 (Interaksi
Ke-5).
3. Tugasan hendaklah bertulis tangan.
4. Jawapan untuk soalan struktur mestilah menggunakan konsep atau terma yang tepat.
5. Jawapan untuk soalan esei mestilah mengikut format yang betul
6. Amalan plagiat tidak dibenarkan sama sekali.



Disediakan oleh:




(HJ MD NASIR BIN YUSOF)
Penyelaras Kursus
Jabatan Sains Sosial
IPG Kampus Pulau Pinang
Disemak oleh:




(DR HJ MOHD AZHAR BIN BAHARI)
Pakar Bidang Sejarah
Jabatan Sains Sosial
IPG Kampus Pulau Pinang



Disahkan oleh:




(DR. MUHAMMAD RAINI BIN MAT RAHIM)
Ketua Jabatan Akademik
Jabatan Sains Sosial
IPG Kampus Pulau Pinang




4

Вам также может понравиться