Вы находитесь на странице: 1из 7

LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP

NAMA PELAJAR : NORANATI BINTI MD SOKI


PROGRAM : PISMP AMBILAN JANUARI 2011
NAMA PROJEK/AKTIVITI : PERTANDINGAN TEKA SILANG KATA SIMPULAN BAHASA
(PERMAINAN BAHASA)
TEMPOH PELAKSANAAN : 14 JULAI 2014 (ISNIN) : 10.40 PAGI-11.40 PAGI
OBJEKTIF :
Projek ini dilaksanakan supaya mahasiswa pendidik dapat:
1. Merancang dan melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam situasi sebenar di
sekolah.
2. Merancang, melaksana projek/aktiviti yang telah dipersetujui oleh pihak sekolah.
3. Berkomunikasi secara berkesan dengan komuniti sekolah dalam pelbagai situasi.
4. Meningkatkan kefahaman murid tentang aspek tatabahasa.
5. Menarik minat murid untuk mempelajari ilmu bahasa dengan lebih mendalam.

STRATEGI PELAKSANAAN:
1. Saya telah melaksanakan perbincangan/sesi kolaborasi bersama mentor (guru pembimbing) saya
untuk sesi internship kali ini tentang projek yang bersesuaian dengan tahap murid serta yang
bersesuaian dengan mata pelajaran major saya.
2. Keputusan untuk melaksanakan projek berunsurkan permainan bahasa iaitu Projek Pertandingan
Teka Silang Kata Simpulan Bahasa yang memfokuskan pelajar/murid tahun 4Berjaya telah dibuat
bersama guru pembimbing yang terlibat.
3. Rujukan tentang senarai simpulan bahasa yang bersesuaian untuk diselitkan dalam pertandingan
telah dibuat agar murid mampu menjawab teka silang kata yang telah diberi.
4. Pemilihan penggunaan simpulan bahasa yang bersesuaian juga dibuat dengan melihat
kesesuaiannya dengan tahap kognitif murid
5. Pembinaan soalan yang bersesuaian juga turut dirujuk kepada guru pembimbing agar dapat
membina soalan atau ayat yang bersesuaian dengan tahap kognitif murid-murid.
6. Pada hari pertandingan, taklimat awal telah diberi kepada murid tentang syarat dan peraturan serta
cara penilaian dilaksanakan bagi memilih pemenang dalam pertandingan tersebut.
7. Setelah selesainya taklimat awal, edaran lembaran teka silang kata diberi kepada murid.
8. Masa pertandingan telah ditetapkan.
9. Selesainya pertandingan, penilaian dilaksanakan bagi mendapatkan pemenang.
10. Penyampaian hadiah turut dilaksanakan pada masa yang sama
** berikut merupakan jadual perjalanan pertandingan.

TENTATIF PROGRAM
Masa Aktiviti
11.30 AM
Taklimat awal berkenaan pertandingan
- Syarat dan peraturan
11.40 AM Pengedaran bahan pertandingan
11.45 AM Pertandingan bermula
12.10 PM Pengumpulan bahan pertandingan
12.15 PM Penilaian dan semakan
12.25 PM Penyampaian hadiah
12.30 PM Bersurai



REFLEKSI :
1) Kekuatan Projek / Aktiviti
Melalui pemerhatian saya, dari segi minat yang dintunjukkan oleh murid, murid dilihat sangat
berminat untuk melibatkan diri sepanjang sesi pertandingan dilaksanakan. Semangat kompetetif murid
dapat dilihat dengan jelas bagi setiap murid. Bukan itu sahaja, melalui pertandingan ini juga, dalam masa
yang sama murid dapat menimba ilmu baru berkenaan dengan simpulan bahasa. Dalam masa yang sama,
pertandingan ini juga telah membuka minda mereka tentang keunikan simpulan bahasa yang terdapat
dalam bahasa Melayu itu sendiri.
Selain itu, melalui pelaksanaan projek yang berunsurkan pertandingan ini juga telah banyak
mengajar saya serta melatih diri saya dalam usaha untuk berdiri sendiri bagi menghasilkan sesuatu
program kecil bersama warga sesebuah institusi itu juga. Bukan itu sahaja, tahap sosial dan kemahiran
komunikasi saya juga dapat ditingkatkan secara tidak langsung apabila saya melaksanakan sesi kolaborasi
bersama mentor/guru pembimbing saya serta perbincangan bersama pihak pentadbir sekolah seperti
Penolong Kanan serta Guru Besar berkenaan dengan projek yang bersesuaian dengan murid-murid yang
terlibat. Secara tidak langsung, tahap keyakinan diri saya sendiri juga telah meningkat.
Kekuatan lain yang dapat dikenalpasti melalui projek/aktiviti Pertandingan Teka Silang Kata
Simpulan Bahasa ialah dari segi pengurusan tentatif program. Masa yang ditetapkan telah berjaya
mengikut masa yang ditetapkan. Melalui pengurusan masa yang atau tentatif program yang sistematik
telah berjaya membantu saya dalam mempermudahkan lagi urusan perjalanan program/aktiviti
Pertandingan Teka Silang Kata Simpulan Bahasa ini.
Melalui pelaksanaan projek/aktiviti Pertandingan Teka Silang Kata Simpulan Bahasa ini juga, telah
banyak memberi pendedahan kepada saya tentang cara bagaimana mengurus dan mengawal murid
semasa sesuatu aktiviti atau projek berjalan. Selain itu, saya juga telah banyak menimba ilmu baru tentang
cara atau prosedur menulis kertas kerja, mencari sumber kewangan, membahagikan tugas, merancang
masa dan sebagainya yang berkaitan pengurusan sesuatu aktiviti projek.
Akhir sekali, projek/aktiviti Pertandingan Teka Silang Kata Simpulan Bahasa ini juga telah memberi
peluang kepada saya sebagai seorang guru pelatih untuk mengaplikasikan ilmu teori yang dipelajari di IPG
dalam situasi sebenar di sekolah.
2) Kelemahan Projek / Aktiviti
Terdapat juga beberapa kelemahan Projek / Aktiviti yang turut juga telah dikenalpasti sepanjang
melaksanakan Pertandingan Teka Silang Kata Simpulan Bahasa ini, salah satu daripadanya ialah
kekurangan pengalaman saya sendiri sebagai seorang yang masih berstatus guru pelatih dalam mengurus
sesuatu projek menyebabkan projek kewarganegaraan ini mengambil masa yang agak lama untuk
dimulakan.
Selain itu, saya juga turut menyedari bahawa sepanjang pertandingan dilaksanakan saya kerap
membantu murid seperti memberi mereka beberapa bentuk klu bagi mendapatkan jawapan kepada teka
silang kata tersebut. Hal ini menyebabkan murid kurang mencari sendiri jawapan kepada teka silang kata
tersebut dan terlalu bergantung kepada guru. Guru sebenarnya hanya berperanan sebagai pembimbing.
Dalam masa yang sama, tahap kognitif murid tidak dapat diuji dengan sepenuhnya seperti yang
diinginkan.
Bukan itu sahaja, saya juga mendapati, sepanjang Projek Pertandingan Teka Silang Kata ini
dijalankan, terdapat beberapa orang murid yang kurang memberi komitmen dalam melibatkan diri
sepanjang pertandingan dilaksanakan. Mereka bersikap sambil lewa dan tidak tidak mengambil berat.
Mereka perlu diberi pengawasan yang lebih dan arahan yang kerap. Ada juga yang diantara mereka yang
langsung tidak menjawab soalan teka silang kata yang telah diedarkan
Kelemahan yang lain pula ialah, dari segi penyediaan hadiah untuk para pemenang Pertandingan
Teka Silang Kata. Saya terpaksa menggunakan peruntukkan wang sendiri bagi menyediakan hadiah yang
ingin diberi kepada para pemenang.






CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Aktiviti yang dijalankan kurang melibatkan luar kelas. Guru boleh membawa murid ke
perpustakaan atau kawasan sekolah untuk memberi murid-murid peluang menimba pengalaman
pembelajaran dalam suasana yang baru. Melalui cara ini mungkin dapat meningkatkan minat murid dalam
melibatkan diri secara tidak langsung.

Memandangkan murid masih berada dalam Tahun 4. Tidak banyak kosa kata simpulan bahasa
yang diketahui oleh murid. Oleh itu, adalah atas usaha guru sendiri untuk meluaskan ilmu mereka dalam
meningkatkan penguasaan kosa kata siimpulan bahasa murid. Cara yang boleh digunakan oleh guru ialah
melekatkan bahan-bahan berkaitan dengan simpulan bahasa pada papan panitia yang terdapat di
belakang bilik darjah.

Guru juga boleh menggunakan sistem interaktif online HOT POTATO dalam menyediakan teka
silang kata kepada murid-murid. Melalui penggunaan aplikasi online ini, guru boleh menggunakan peluang
ini untuk memberikan kepada murid suasana pembelajaran yang baru dengan membawa murid ke makmal
komputer untuk menjawab soalan teka silang kata daripada internet. Bahan daripada internet lebih
pelbagai dan menarik serta mempunyai unsur multimedia.

Selain itu, guru perlu memberi amaran tegas sekiranya murid dilihat meniru jawapan satu sama
lain. Guru juga perlu lebih tegas untuk tidak memberi mereka sebarang bantuan dalam mendapatkan
jawapan kepada soalan teka silang kata tersebut. Dengan itu, pembelajaran kendiri akan dapat dicapai
oleh murid-murid secara tidak langsug.

Guru perlu meminta panduan dan bimbingan daripada guru pembimbing praktikum dengan lebih
kerap agar perancangan dan pelaksanaan projek berjalan dengan lebih baik.




KESIMPULAN
Kesimpulan akhir yang dapat dibuat setelah selesainya projek Pertandingan Teka Silang Kata
Simpulan Bahasa ialah objektif awal yang telah ditetapkan dalam kertas kerja yang telah dirancang berjaya
dicapai dengan cemerlang. Oleh itu, kejayaan projek/aktiviti ini telah dapat mencapai target secara tidak
langsung.
Selain itu, sepanjang proses melaksanakan projek/aktiviti Pertandingan Teka Silang Kata
Simpulan Bahasa ini, telah banyak ilmu dan pengalaman baru yang telah berjaya diperoleh. Ilmu dan
pengalaman inilah yang akan banyak membantu dan membimbing saya kearah usaha untuk menjadi
seorang guru yang cemerlang dan berjaya pada masa akan datang.














SEMASA PERTANDINGAN


PENYAMPAIAN HADIAH

Вам также может понравиться