Вы находитесь на странице: 1из 3

RANGKA KURSUS

UK 6214  - METODOLOGI PENYELIDIKAN UNDANG-UNDANG

PUAN ROHANI ABDUL RAHIM

Objektif Kursus

1. memberi kefahaman kepada pelajar berkaitan cara-cara menjalankan penyelidikan


secara saintifik dengan mematuhi tata-cara tertentu dalam kerja-kerja penyelidikan.
2. membimbing pelajar untuk memilih kaedah penyelidikan yang bersesuaian  dan
melatih penggunaannya  secara praktis bagi menghasilkan satu projek mini.
3. melatih pengumpulan data, penganalisaan data, pengukuran data dan penulisan
data.
4.  memberi bimbingan secara induvidu jika perlu.

Abstrak

Kursus menyediakan pelajar dengan kemahiran menyelidik secara saintifik bagi


menghasilkan tesis. Diperingkat awal, pelajar diperkenalkan kepada beberapa proses
penyelidikan seperti menentukan permasalahan kajian, membentuk hipotesis dan
objektif kajian, memungut data, menganalisis data, membuat kesimpulan dan
penyelesaian kepada masalah kajian serta cara penulisan laporan.
Pelajar juga akan diberi kefahaman yang lebih mendalam dalam beberapa aspek
penting penyelidikan seperti hubungan teori dan kajian, pendekatan yang digunakan
dalam penyelidikan sains sosial, membuat tinjauan bahan bertulis secara sistematik,
corak penyelidikan, pengukuran, reliabiliti dan kesahihan, pemilihan sampel
kajian,kerja lapangan dan etika penyelidikan.
Penekanan khusus diberikan kepada metodologi undang-undang dengan merujuk
kepada bahan-bahan perundangan seperti kes-kes, statut serta keputusan-keputusan
hakim. Pelajar didedahkan kepada kemahiran dalam mengenalpasti permasalahan
undang-undang, mentafsir, membuat perbandingan, menganalisis, mengkritik dan
menilai bahan perundangan.

(The course prepares students with scientific research skills to produce a thesis. At
the early stage, student will be introduce to the research processes such as in
identifying the research problems, the research objectives, data collection, data
analysis and writing the research findings.
In depth understanding on certain aspects such as the theory relation and approaches
in social science and legal research, systematic literature review, research design,
measurement, reliability and validity, sampling, field work and research ethics, will
be conducted.
The course will also focus on legal methods and techniques such as in analyzing
cases, statutes and legal judgments. Students will also be trained to identify legal
issues, to interprate, to compare, to critical analyze and to evaluate legal materials.)

Bahan Rujukan
Babbie, Earl, (1995), The Practice of Social Research, (7th ed.), USA: Wardsworth
Publishing Co.
Bogdan, Robert C. and Sari K. Biklen, (1982), Qualitative Research in Education: An
Introduction to Theory and Methods, New York: Wiley.
Burguess Robert. G (1986) In the Field: A Sourcebook and Field Research, London:
George Allen & Unwin Ltd.
Creswell, John W., 1994, Research design-Qualitative & Quantitative Approaches,
Sage Publication In. U.S.A.
Dernbach, John C. & Singleton II, Richard V, 1981, A Practical guide to Legal
writing and legal Method, Fred.B Rothman &Co., U.S.A.
Glaser, Barney G & Strauss Anselm, L (1967) The Discovery of Grounded Theory-
Strategies for Qualitative Research, New York:  Aldine De Gruyter.
Hanson, Sharon, 1999, Legal Method, Cavendish Publishing Limited, Great Britain.
Kirk, Jerome and Marc L.Miller, (1986) Reliability and Validity in Qualitative
Research, Beverly Hills: Sage Publications.
Merriam, S, B, (1988), Case Study research in education: A qualitative approach, San
Francisco: Jossey-Bass.
Miles, M.B & Huberman, A.M, (1994), Qualitative Data Analysis, 2nd ed.,  USA:
Sage Publications Ltd
Mohd Sheffie Abu Bakar, 1995, Metodologi Penyelidikan, ed.2, Penerbit UKM,
Bangi.
Neuman, W. Lawrence, 1997, Social Research Methods, ed.3, Allyn &Bacon, U.S.A.
Nielsen, J.M., (1990) Ferminist Research Methods, U.S.A : Westview Press.
Patton, M.Q, (1987), How to use qualitative methods in evaluation, Newbury Park,
CA: Sage.
Ragin, 1994 in Constructing Social Research, Thousand Oaks, CA: Pine Forge Press.
Reinharz, S. (1992) Feminist Methods in Social Research New York: Oxford
University Press.
Tesch, Renata (1990) Qualitative Research: Analysis Types and Software Tools, New
York: The Falmer Press.
Yin, Robert, K, (1984), Case Study Research- Design and Methods, Ltd, USA.: Sage
Publications.

A. Pengenalan

Pengenalan akan dilakukan kepada dua metodologi teras iaitu penyelidikan sosio-
perundangan dan penyelidikan perundangan. Perbezaan dijelaskan berkaitan
penyelidikan saintific yang menggunakan dua kaedah utama iaitu kaedah kualitatif
dan kaedah kuantitatif. Perlbagai sifat dan pendekatan yang berbeza serta
keistimewaan kaedah-kaedah ini akan dijelaskan.

B. Di peringkat awal, kursus akan menjelaskan tentang proses-proses yang terlibat


dalam penyelidikan seperti;

(i) Penentuan hipotesis atau objektif kajian


(ii) Mengenalpasti persoalan kajian (permasalahan kajian)
(iii) Membuat pernyataan persoalan (statement of the problem)
(iv) Memungut data
(v) Menganalisis data
(vi) Menulis penemuan atau laporan
(vii) Kesimpulan dan penyelesaian.
C. Mengenalpasti teori-teori yang yang menjadi asas kepada kajian.

D.Mengenalpasti Pendekatan kajian (Approaches)  yang akan diambil dan Rangka


kerja  penyelidikan.

E. Membuat Tinjauan Bahan Bertulis (Literature Review)

F.Mengenalpasti Corak Penyelidikan (Research Design).

G. Menggunakan kaedah pengukuran yang bersesuaian (Measurement).

H. Penentuan Reliabiliti dan Kesahihan terhadap penemuan kajian (Reliability and


Validity)

I. Pemilihan Sampel yang tepat bagi kajian (Sampling)

J. Menjalankan pengumpulan data secara kerja lapangan (field work).

K.Etika dalam penyelidikan.

Struktur Kursus:

(i) Membuat review  dua rencana penyelidikan terkini   (10%)


(ii) Menyiapkan satu projek mini berasaskan bidang tujahan tesis. (30%)
(iii) Kehadiran diwajibkan. (10%)
(iv) Pembentangan satu rencana. (20%)
(v) Menduduki peperiksaan (30%)

Вам также может понравиться