Вы находитесь на странице: 1из 6

1

PROJEK TANAMAN CENDAWAN


TIRAM KELABU (PLEUROTUS SAJOR
CAJU)

1. Pengenalan

1.1. Cendawan adalah sejenis kulat yang senang tumbuh di negara-negara yang
beriklim lembap. Iklim di Malaysia yang lembab sepanjang tahun bersuhu antara
25C - 35C dengan hujan sepanjang tahun menjadikan ia antara negara yang
mudah untuk pertumbuhan kulat yang biasanya membiak pada batang-batang kayu
reput. Kulat boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu jenis beracun(tidak boleh
dimakan) dan yang tidak

beracun (boleh dimakan). Kulat cendawan jenis pengurai bahan reput(selulosa)tanaman
kebanyakannya membawa nilai khasiat makanan dan kesihatan pada manusia. Ia
mengandungi khasiat-khasiat penting seperti protein, vitamin, karbohidrat dan rendah
lemak. Cendawan mempunyai kandungan kalori yang rendah dan serat yang tinggi.
Selain itu ia juga mengandungi zat-zat galian yang penting untuk kesihatan manusia.
Cendawan mempunyai kandungan protein dua kali ganda dari sayuran hijau. Ia sesuai
dimakan oleh pesakit diabetis dan obesiti kerana ia rendah lemak.
2


Selain daripada khasiat di atas, cendawan tiram kelabu juga mengandungi antioksidan
dan kalsium yang tinggi. Ia hidup dengan menumpang pada perumah seperti sisa
tumbuhan atau bahagian tumbuhan yang telah reput dan menyerap zat-zat makanan
daripadanya.

Satu lagi kelebihan cendawan terutama sekali ditanam secara komersil adalah ia tidak
menggunakan sebarang baja kimia dan racun kawalan perosak. Maka tidak hairanlah
semakin ramai pengguna di negara ini menggemari cendawan terutama Cendawan
Tiram Kelabu sebagai salah satu makanan pilihan dalam kehidupan seharian mereka.

2. Faktor Pemilihan Cendawan Tiram Kelabu

2.1. Penghasilan yang cepat.
2.2. Permintaan yang tinggi dari pengguna tempatan.
2.3. Kurang serangan serangga dan penyakit
2.4. Tidak bergantung kepada keluasan atau kesuburan tanah memandangkan medium
utama pertumbuhannya adalah habuk kayu getah.
2.5. Penggunaan ruang yang efektif kerana bongkah cendawan disusun diatas rak.
2.6. Pergerakan harga bulanan yang stabil.
2.7. Pengeluaran yang boleh dirancang kerana pusingan pengeluaran (fruiting interval) yang
boleh dijadualkan.
2.8. Sokongan dari Jabatan Pertanian dan FAMA.
3


3. Lokasi Projek

3.1. Lokasi Projek adalah di kawasan tanah Jabatan Pertanian Negeri Johor (JPNJ) yang
terletak di dalam Tapak Pengeluaran Kekal Makanan (TKPM) Kg Sri Pantai, Mersing,
Johor.
3.2. Faktor pemilihan lokasi adalah berdasarkan :
3.2.1. Kemudahan bangunan cendawan dan bangsal pembuatan bongkah yang telah
tersedia.
3.2.2. Terletak hanya 7km dari Bandar Mersing.
3.2.3. Jalan perhubungan yang mudah dan sistem perparitan yang lengkap. Kawasan
projek terlindung dari ancaman banjir.
3.2.4. Kawasan persekitaran yang bebas dari asap kenderaan. Asap adalah antara
ancaman utama kepada cendawan.
3.2.5. Kemudahan elektrik dan air yang tersedia.
3.2.6. Sewa bulanan yang rendah (RM250).
















Lokasi tapak projek cendawan




4. Bangunan dan kemudahan tersedia.

4.1. Rumah cendawan yang telah ada di tapak ini adalah seluas 80 x 20 dengan kapasiti
simpanan sebanyak 30,000 bongkah cendawan.
4.2. Sebuah bangsal pemprosesan juga ada tersedia dilengkapi dengan mesin pembancuh
untuk pembuatan bongkah.
Lokasi Tapak Projek Cendawan
4

4.3. Bangunan tersebut telah dilengkapi dengan bekalan elektrik , air paip, sistem semburan
air dan rak simpanan.
4.4. Pemilik bangunan adalah pejabat pertanian yang didirikan secara bersama dengan
Pejabat Daerah Mersing.
4.5. Pihak Pejabat Pertanian Mersing telah memberi kebenaran untuk menggunapakai
kemudahan tersebut beserta dengan tanah 1/2 ekar bersebelahan dengan tapak
cendawan tersebut.


Rumah cendawan 80x20 Bangsal Pemprosesan Bongkah











Ruang dalaman rumah cendawan Mesin memproses bongkah










5. Pengeluaran

5

5.1. 30,000 bongkah cendawan akan dibuka secara berjadual untuk memastikan bekalan
berterusan.
5.2. Tempoh matang selepas bongkah dibuka adalah 3 hari dan ditutup semula pada hari ke
5.
5.3. Masa rehat (fruit interval) bagi bongkah yang telah dibuka adalah 10 hari.
5.4. 1000 bongkah akan dibuka pada setiap hari dengan berat purata 50g bagi setiap
bongkah. Jumlah hasil pengeluaran adalah sebanyak 50kg sehari.
5.5. Jumlah pengeluaran purata bagi sebulan adalah sebanyak 700kg.


6. Pemasaran

6.1. Mengikut tinjauan yang dilakukan, pasaran yang disasarkan (berdasarkan pengeluaran
50kg sehari) adalah seperti berikut:
6.1.1. Kedai makan seafood 20kg
6.1.2. Pasar borong - 20kg
6.1.3. Kedai runcit 10kg
6.2. Pada masa akan datang, kaedah pemasaran terus kepada pengguna akan dilakukan,
memandangkan pulangan yang bakal diperolehi lebih lumayan.
6.3. Harga ladang purata adalah RM6.00/kg. Pada ketika ini, harga ladang bagi cendawan
tiram adalah RM8.00.

7. Perbelanjaan dan modal permulaan.

Buat permulaan, kami memilih untuk membeli bongkah yang telah siap diperam bagi
mempercepatkan pengeluaran dan pulangan modal. Selepas habis semusim, kami akan
memproses sendiri bongkah yang mana kosnya jauh lebih rendah.

Bil Keterangan Jumlah
1. Bongkah cendawan matang 30,000 x RM1.25 RM37,500.00
2. Kos penambahan sistem penyejukan rumah
cendawan
RM1,200.00
3. Pendaftaran semula elektrik dan air RM500.00
4. Deposit sewa (RM250 x 3) RM750.00
JUMLAH RM39,950.00




8. Pendapatan Sampingan
6

8.1. Jualan Bongkah Siap - Selepas habis musim pertama, kami akan mula menghasilkan
bongkah sendiri. Disamping untuk kegunaan projek, bongkah tersebut boleh dijual
kepada pengusaha-pengusaha yang berminat.
8.2. Pelupusan media sebagai kompos (baja)

9. Anggaran pendapatan dan perbelanjaan sebulan























Pendapatan Jumlah Perbelanjaan Jumlah
Jualan (50kg x RM6.00 x 30
Hari)
RM9,000 Pekerja 800.00
Bil elektrik & air 300.00
Sewa Tapak 250.00
Lain-lain 100.00
JUMLAH 9,000.00 JUMLAH 1,450.00
Jumlah Bersih : RM9,000 RM1,450 = RM7,550.00

Вам также может понравиться