Вы находитесь на странице: 1из 3

Kaunseling Keluarga

NAMA : NURUL AIMAN BINTI ABDUL KHALID

NO. MATRIK : 0901 2046

PROGRAM : DIPLOMA KAUNSELING

DEFINISI KELUARGA

Burr, Hill, Nye dann Reiss, 1979 = Satu unit asas dalam masyarakat, ahli-ahlinya bergantung
secara ekonomi dan emosi di antara satu sama lain dan setiap ahli bertanggungjawab untuk
perkembangan, kestabilan dan perlindungan ahli-ahlinya. Keluarga asas dibentuk oleh 2
individu dewasa berlainan jantina, yang terikat dalam perhubungan yang disahkan masyarakat
dan menghalalkan perhubungan seksual di antara mereka. Keluarga ini kelak akan dianggotai
oleh seorang atau beberapa orang anak, ataupun anak angkat. Keluarga dianggap sebagai
satu unit asas untuk mensosialisasikan setiap ahli dengan ajaran tentang nilai budaya dan
penyesuaian terhadap masyarakat.

Burgess,1926 dan Komarovsky dan Waller,1945 = Satu unit/kesatuan yang tidak wujud
melalui legal/kontrak tetapi wujud selagi ahli-ahlinya sering berinteraksi di antara satu sama lain
dan lenyap apabila interaksi berakhir.

Murdock,1949 = Satu kelompok sosial yang dicirikan oleh kesamaan dalam tempat
tinggal,kerjasama dan ekonomi dan pembiakan ahli-ahlinya. Dianggotai oleh individu dewasa
berlainan jantina,perhubungan seksual diiktiraf masyarakat dan mempunyai anak
kandung/angkat.

Shaffer,1988 = Satu sistem sosial yang dinggotai oleh isteri/ibu, suami/ayah dan anak/adik
beradik.

Perspektif Islam = Keluarga mempunyai struktur tertentu, diikat oleh perkahwinan yang sah
dan pertalian darah. Perhubungan ini meliputi jangkaan bersama dari segi hak dan
tanggungjawab selaras ajaran islam. Keutuhan keluarga berpandukan mentaati undang-
undang Allah dengan penuh iman&taqwa(Hammudah,1985). Ahli dilayan penuh
ikhlas,hormat,mesra dan kasih sayang.

Turut merujuk pada perhubungan suami isteri yang telah diijabkabul, hak dan tanggungjawab
bukan hanya pada diri sendiri bahkan meliputi ahli masyarakat lebih luas seperti kepada anak-
anak, jiran, sahabat/kenalan, anak yatim, janda, muslimah/muslimin serta semua makhluk
ciptaan Allah. Keluarga bermula dengan perkahwinan yang merupakan fitrah
kemanusiaan,maslahat kemasyarakatan dan satu proses bersuci bagi menambah zuriat serta
mendapatkan kesejahteraan emosi dan rohani serta dapat menjamin kesejahteraan generasi
yang akan datang.

1
Kaunseling Keluarga

DEFINISI MIKRO & MAKRO

Institusi keluarga merupakan sebahagian dari masyarakat yang lebih besar. Keluarga
berunsur mikro manakala masyarakat berunsur makro. Kedua-duanya saling
memperlengkap antara satu sama lain. Keluarga adalah satu sistem sosial yang berinteraksi
dengan sistem sosial yang lain untuk membentuk satu sistem sosial yang lebih besar.

FUNGSI KELUARGA

Ogburn(1938), menyatakan tentang keluarga yang berbentuk tradisional dengan fungsi seperti
berikut:

1. Memenuhi keperluan Ekonomi – Semua ahli sama-sama bertanggungjawab untuk


mengadakan sumber kewangan untuk mebeli bahan keperluan harian.
2. Menaikkan status keluarga – keluarga pada waktu dahulu mempunyai bilangan anak
yang ramai, maka pendapatan keluarga yang tinggi dengan ladang yang luas dan
memberikan status kepada keluarga itu.
3. Memberi pendidikan – keluarga dahulu memastikan anak-anak mereka diberikan
pendidikan yang sempurna dan tugas ini memang dijalankan oleh keluarga itu.
4. Memberi ajaran agama – sama seperti tanggungjawab memberi pendidikan.
5. Berekreasi bersama- rekreasi bersama keluarga menjadi amalan harian walaupun
sibuk dengan kerja.
6. Memberi perlindungan – merupakan tugas keluarga,khususnya ketua keluarga
member perlindungan kepada ahlinya. Dahulu, jarang anak-anak dihantar ke pusat
jagaan kanak-kanak.
7. Memberi kasih-sayang – setiap ahli keluarga tidak diabaikan di mana perhubungan
kekeluargaan amat rapat dan intim.

EVOLUSI KELUARGA

Seiring dengan perubahan yang sentiasa berlaku dalam Negara ini khususnya dari segi
perubahan sosial,ekonomi,pendidikan dan sebagainya turut memberi kesan kepada institusi
keluarga. Ada yang berpendapat perubahan ini lebih memberi kesan yang positif manakala ada
sebahagian yang berpendapat ia lebih membawa kesan buruk. Menurut Ogburn(1938),
terdapat peralihan fungsi tradisional keluarga kepada pihak-pihak tertentu yang telah
melemahkan serta mengurangkan kuasa dan martabat keluarga.

Zimmerman(1974) berpendapat perubahan sosial sangat mempengaruhi evolusi keluarga.


Beliau mengkategorikan evolusi keluarga kepada 3 fasa. Fasa pertama adalah keluarga
Trustee, yang bercirikan kuasa yang dimiliki secara mutlak oleh keluarga berkenaan dan
keluarga ini bertanggungjawab terhadap ahli-ahlinya. Keluarga ini hanya terhad menjalankan
tugas dan kewajipan kekeluargaan.

Fasa kedua beralih kepada keluarga domestik yang dipengaruhi oleh kuasa dan kawalan
pemerintah sehingga melemahkan kuasa serta tanggungjawab keluarga terhadap ahlinya.
Dalam keluarga ini, ahli-ahlinya diberi tahap kebebasan yang tertentu dan membentuk
keseimbangan di antara status individualisme dan keluarga.

2
Kaunseling Keluarga

Kesan dari itu, keluarga mula mengamalkan prinsip berdikari dan toleransi antara ahlinya,
manakala pemerintah mempunyai kuasa yang lebih terhadap ahli keluarga. Ini kemudian
membawa perubahan dari keluarga domestic kepada keluarga atomistik. Keluarga ini
dicirikan dengan ahlinya yang bersikap terlalu individualism, keruntuhan moral dan dikuasai
oleh naluri hedonisme. Ahli keluarga bebas melakukan apa sahaja yang mereka inginkan.
Perkahwinan juga mula terpesong dari ikatan nilai agama dan moral sehingga berleluasanya
perceraian, seks bebas, sumbang mahram dan masalah social akibat dari kegagalan keluarga
untuk menjalankan fungsinya.

Evolusi keluarga ini dilihat sebagai penyebab kepada keruntuhan tamadun keluarga dan
masyarakat yang akan membawa pelbagai masalah kepada institusi keluarga dan perkahwinan
dan kian meningkat saban hari.

MASALAH KELUARGA

Banyak kajian yang dijalankan mendapati bahawa amalan keluarga luas adalah sesuai untuk
budaya tradisi tetapi tidak sesuai untuk masyarakat era perindustrian moden. Perubahan sosial
yang mendadak telah menggagalkan fungsi keluarga tradisi dan menjadikan keluarga asas
(keluarga nuklear) sebagai cara kehidupan berkeluarga.

Struktur sistem keluarga disusun kembali apabila kaum wanita mula bekerja dan bersaing
dengan lelaki di dunia luar. Ketika ibu bapa keluar bekerja, anak-anak diberikan kepada pihak
lain untuk diuruskan seperti pengasuh, taska, pihak sekolah ataupun pembantu rumah, di mana
proses ini terus berulang sehingga sistem keluarga tidak berfungsi lagi.

Masalah keluarga juga berpunca dari konflik nilai dan sikap ahli-ahlinya. Bagi ahli
tradisionalis menekankan tentang kepentingan keluarga yang stabil, perkahwinan yang sah dan
fungsi lelaki sebagai ketua keluarga. Manakala ahli modenis meletakkan kegembiraan peribadi
sebagai matlamat, dengan kebebasan hidup dan menuntut kesamaan di antara jantina.
Perbezaan pandangan ini akan membangkitkan masalah dalam keluarga.

Kefungsian proses interaksi yang berlaku dalam keluarga pula akan membentuk tingkahlaku
yang berfungsi antara ahli keluarga, dan begitu juga sebaliknya. Kegagalan proses interaksi
keluarga akan menjejaskan proses sosialisasi ahli-ahli keluarga yang boleh mengakibatkan
pelbagai penyakit seperti kecelaruan mental dan kenakalan juvana.

Terdapat pelbagai lagi masalah keluarga seperti perceraian,anak luar nikah, keganasan
rumah tangga, perderaan anak-anak, keganasan personal, jenayah dan juvana,
penyalahgunaan dadah, sumbang mahram dan sebagainya.

Terdapat perkaitan yang rapat di antara masalah keluarga ini dengan masalah sosial. Keluarga
adalah salah satu subsistem dalam masyarakat. Dalam pendekatan sistemik, satu bahagian
dalam system pasti meberi kesan kepada satu bahagian yang lain dalam sistem yang sama.
Masalah keluarga mempengaruhi persekitaran sosial, dan persekitaran sosial mempengaruhi
keluarga. Untuk mengatasi masalah sosial adalah dengan mengawal masalah keluarga pada
peringkat yang paling dasar, pengkajian tentang keluarga member fokus kepada arah,
perkembangan, rawatan dan pemulihan kepada keluarga.

Sekian.

Вам также может понравиться