Вы находитесь на странице: 1из 3

ISL 3 (Minggu 4)

Topik 12 : (b)Dalam seminggu, buat koleksi tentang perkembangan baru


tentang media elektronik dalam surat khabar, berita, majalah dan sumber
media yang lain. Secara kumpulan, sediakan 1-2 mukasurat laporan
menghuraikan impak perkembangan baru ini terhadap pembelajaran pelajar
Perkembangan baru tentang media elektronik
Media elektronik mempunyai fungsinya yang tersendiri biar apa pun
penafsiran yang diberikan terhadap sesuatu media. Lazimnya setiap media tersebut
mempunyai sasaran khalayaknya yang tersendiri dan oleh itu fungsi yang
dimainkanya agak berbeza malah kadang kala ada yang melihatnya dari perspektif
yang negatif. Sebagai contoh, majalah hiburan seperti Mangga dan Hai, ia
memaparkan kehidupan seharian artis dan ada di antara gambar yang disiarkannya
agak keterlaluan. Bagi mereka yang gemarkan media sebegitu akan
menganggapnya sebagai hiburan biasa tetapi bagi golongan tertentu mereka
melihatnya dari sudut yang berbeza dan menganggapnya sebagai keterlaluan serta
lari dari budaya serta hukum agama sendiri.
Secara amnya, para sarjana komunikasi bersetuju bahawa media massa
mempunyai empat peranan utama iaitu pemerhati, pentafsir, penghubung dan
penghibur. Keempat-empat peranan ini boleh dilihat dengan jelas berdasarkan
sasaran setiap media terbabit dan pengisiannya, adakah ia memberikan manfaat
kepada khalayak. Pun begitu setiap fungsi terbabit mempunyai kebaikan dan
keburukannya yang tersendiri. Khalayak sewajarnya dapat menilai di antara baik dan
buruk suatu media bagi memastikan mereka memperoleh maklumat yang
sebenarnya. Seperti apa yang dikatakan oleh John R Wenburg dan William Wilmot,
komunikasi adalah suatu usaha untuk memperoleh makna. Ia juga sejajar dengan
Donald Byker dan Loren J. Anderson yang menafsirkan komunikasi adalah satu
proses perkongsian maklumat antara dua individu atau lebih.
Sekiranya dilihat secara mendalam, keempat-empat fungsi media elektronik
terbabit mempunyai kesan baik dan kesan buruk kepada khalayaknya. Kesan
tersebut akan berlaku sekiranya khalayaknya terlalu bergantung kepada media
massa untuk mendapatkan maklumat dan berita yang tanpa merujuk kepada mana-
mana sumber alternatif disebabkan terlalu sibuk bekerja dan sikap individualistik.
Begitu dalam dunia serba moden ini, akan timbul kekeliruan apabila merujuk kepada
terlalu banyak sumber kerana media massa hanya menyampaikan maklumat
berdasarkan agenda dan kehendak organisasi yang diwakili mereka manakala
selebihnya tidak disalurkan kepada khalayak untuk membuat pertimbangan.
Sebagai contoh, apa yang dilaporkan oleh akhbar arus perdana seperti
Utusan Malaysia, Berita Harian, The Star dan New Strait Times amat berbeza
dengan Harakah serta Suara Keadilan. Tetapi kedua-dua jenis akhbar itu tidak
menipu khalayak kerana mereka hanya mengutip isi yang hanya mengguntungkan
organisasi mereka sahaja.
Keadaan bertambah buruk apabila teknologi maklumat berkembang dengan
pesat dan timbul media baru yang disalurkan melalui internet seperti blog.
Pertumbuhan blog seperti cendawan selepas hujan sejak akhir-akhir ini
menyebabkan wujudnya satu fenomena baru di mana khalayak seolah-olah lebih
mempercayai blog sedangkan kredibilitinya tidak diragui.
Berdasarkan penerangan di atas secara jelas bahawa fungsi media massa iaitu,
pemerhati, pentafsir, penghubung dan penghibur mempunyai kesan yang baik dan
buruk kepada khalayak.
Impak media elektronik terhadap pembelajaran pelajar
Perkembangan media elektronik iaiah penggunaan internet melalui komputer
ataupun komputer riba dalam pengajaran dan pembelajaran dapat meningkatkan
minat dan seterusnya pretasi pelajar. Kajian yang dilakukan oleh US National School
Foundation dalam Thomas (2000) terhadap 1735 ibu bapa dan 601 pelajar di
Amerika Syarikat mendapati 53% ibu bapa dan 48% pelajar mengatakan
penggunaan utama internet ialah untuk menyiapkan kerja sekolah. Kajian
menunjukkan 43% daripada responden kajian menyatakan penggunaan internet dan
multimedia meningkatkan prestasi pencapaian mereka di sekolah.
Melalui internet, pelajar akan menerima maklumat dengan mudah dan pantas.
Carian maklumat juga tidak dihadkan. Maklumat carian juga bukan sahaja dalam
bentuk teks tetapi juga dalam bentuk bergambar rajah mahupun jadual, carta grafik,
audio, animasi dan lain lain dalam bentuk media elektronik. Bermacam-macam
maklumat boleh dapati melalui internet dalam kalangan pelajar. Ada berita, laporan
cuaca, sukan, pasaran saham, hiburan dan kadang-kadang mereka akan berjumpa
maklumat yang sendiri tak pernah fikirkan. Malah mereka juga boleh membaca surat
khabar menerusi internet. Sekalipun mereka sudah terlepas isu terbitan cetakannya
tetapi kini mereka masih ada peluang membacanya menggunakan internet.
Di samping itu, ia juga dapat membantu pelajar dalam proses pembelajaran
dan pengajaran. Selain itu, internet sangat berguna untuk tujuan pembelajaran.
Sebagai contoh, e-Learning. Di Malaysia, penggunaan internet sebagai salah satu
medium untuk membantu pelajar dan tenaga pengajar dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Ia juga memainkan peranan sebagai pendidik atau `tutor' siber yang
berkesan. Subjek seperti Matematik dan Sains boleh diajar kepada golongan kanak-
kanak dengan lebih berkesan. Bahan sains dan matematik yang ditambah dengan
kesan multimedia dapat menarik minat kanak-kanak untuk mengikuti program
pembelajaran dan seterusnya menanam minat. Kelebihan ini menandingi cara
pembelajaran konvensional.
Hal ini adalah sangat penting kerana dapat mendedahkan pelajar kepada
dunia teknologi yang semakin berkembang pesat dan dalam usaha meletakkan
mereka seiring dengan kemajuan dunia IT. Melalui cara ini, pelajar lebih didedahkan
kepada World Wide Web (www) untuk mencari maklumat yang dikehendaki. Sebagai
contoh, pelajar tidak perlu ke perpustakaan kerana mereka boleh melayari internet di
mana sahaja untuk mendapatkan maklumat yang mereka mahukan dengan kadar
segera.
Dari segi komunikasi pula, internet merupakan salah satu perantaraan yang
sangat efektik dan efisen untuk melakukan pertukaran informasi jarak jauh atau
dekat. Kebanyakkan manusia sekarang mengunakan internet untuk berkomunikasi
dengan pelbagai cara. Capaian kepada internet melibatkan banyak elemen seperti
media elektronik (e-mel), carian fail, kumpulan perbincangan dan perbualan
(chatting). Ada yang menggunakan media elektronik (e-mel) untuk berhubung
dengan sahabat handai, saudara mara, keluarga atau sesiapa sahaja. Penggunaan
e-mel dengan perbualan menerusi internet akan mendedahkan mereka kepada
pelbagai sosiobudaya masyarakat dunia.
Ada pula pelajar yang menggunakan kumpulan perbincangan dan perbualan
(chatting) untuk mencari dan menambah kenalan di seluruh dunia serta bertukar-
tukar fikiran serta idea dalam minat yang sama. Justeru, mereka boleh bertukar-tukar
maklumat budaya, sejarah dan geografi antara rakan siber mereka. Pelajar juga
boleh menggunakan talian internet untuk menonton video dan mendengar apa-apa
muzik yang mereka minat melalui perkhidmatan yang disediakan. Ianya amat mudah
dan tanpa memerlukan kos yang tinggi.

Вам также может понравиться