Вы находитесь на странице: 1из 9

4.

0 METODOLOGI KAJIAN
4.1 KUMPULAN SASARAN
Kumpulan sasaran kajian terdiri daripada murid-murid Tahun Enam di sebuah
sekolah di daerah Tawau, Sabah. Seramai 15 responden awal telah dipilih untuk
menjalankan intervensi ini. Murid-murid ini dikesan tidak dapat menguasai
kemahiran ketangkasan melalui ujian Illinois. Pengkaji memilih untuk menjalankan
kajian tentang keberkesanan latihan litar dalam meningkatkan ketangkasan dengan
subjek kajian terdiri daripada 15 orang murid lelaki.

4.2 TINDAKAN YANG DICADANGKAN

4.2.1 Prosedur Tindakan
Ujian Illinois dijalankan terhadap murid lelaki yang berusia dalam lingkungan
10 tahun-12 tahun. Penyelidik akan memberi penerangan tentang prosedur ujian
yang akan dijalankan. Ini adalah bertujuan untuk memastikan ujian dapat dilakukan
dengan betul sekaligus memberikan keputusan yang tepat


Rajah 1.0 : Carta Alir Perlaksanaan Kajian



Taklimat kepada murid tentang prosedur
ujian yang akan dijalankan




Menjalankan ujian ketangkasan iaitu Ujian Illinois






Rajah 2.0:Carta Ujian Illonois













Objektif utama Ujian Ketangkasan Illinois (Getchell, 1979) adalah ujian untuk
menilai ketangkasan dalam berlari sambil menukar arah dengan pantas sewaktu
melakukan ujian Ia mengukur keupayaan untuk mengubah kedudukan dan arah.
Panjang kursus ini ialah 10 meter dan lebar (jarak antara permulaan dan titik
penamat) adalah meter 5. Empat kon digunakan untuk menandakan permulaan,
kemasan dan kedua-dua mata bertukar. Empat lagi kon diletakkan ke bawah pusat itu
jarak yang sama selain. Setiap kon di pusat itu dijarakkan 3.3 meter selain. Mata
perlu berbohong di hadapan mereka (kepala ke garisan permulaan) dan tangan oleh
bahu mereka. Pada arahan 'Pergi' jam randik dimulakan, dan atlet bangun secepat
mungkin dan berjalan di sekitar kursus dalam arah yang ditunjukkan, tanpa
mengetuk kon ke atas, ke garisan penamat, di mana pemasaan dihentikan

Bahagian ini bakal membincangkan tentang kitaran kajian pertama, cara data akan
dikumpulkan, cara menganalis data dan perancangan bagaimana tindakan ingin
dilaksanakan.




4.2 Reka Bentuk Kajian
Untuk melaksanakan kajian ini dengan baik dan terancang pengkaji telah memilih
model Kemmis dan McTaggart (1988) menjelaskan, mereka berpendapat bahawa
kebanyakan kumpulan akan memulakan peringkat awal refleksi bagi membuat
tinjauan awal (initial reconnaissance) terhadap sesuatu situasi sebagai asas untuk
merancang dan bertindak. Model ini ditunjukkan dalam Rajah di bawah

Rajah 3.0: Model Kajian Tindakan Kemmis dan Mac Taggart










4.3 Pelan Tindakan

Peringkat awal mengikut model ini ialah peringkat merancang apa yang akan
dilakukan. Peringkat ini dilakukan dengan membuat refleksi pengajaran yang lalu.
Pada peringkat ini saya akan menentukan serta memastikan masalah yang sering
berlaku serta menjadi kesukaran kepada murid-murid iaitu masalah ketangkasan
dalam permainan bola sepak . Penentuan masalah yang hendak dikaji telah saya
lakukan menerusi pemerhatian semasa proses melatih murid untuk persiapan ke
pertandingan bola sepak daerah Tawau dan hasil perbincangan dengan rakan guru
yang lain. Selain dari membuat pemerhatian, saya turut melakukan proses ujian
dengan menggunakan 30 sempel. Hasil daripada penelitiandan, perbincangan dengan
rakan sejawat dan pemerhatian semasa proses melaatih murid, saya dapati terdapat
murid tahun enam menghadapi masalah ketangkasan dalam permainan bola sepak
4.3.1 Merancang Tindakan
Setelah mengenal pasti masalah utama tersebut,perngkaji perlu melakukan tindakan
seterusnya seperti membuat ujian Illinois kepada responden. untuk menilai
ketangkasan dalam berlari sambil menukar arah dengan pantas sewaktu
melakukan ujian. Peralatan dan kemudahan yang diperlukan untuk melaksanakan
ujian ini memerlukan penyelidik untuk memastikan bahawa lantai tempat untuk
menjalankan ujian Illinois tidak licin, 8 skittel diperlukan, pita pengukur dan 1 jam
randik.

4.3.2 Melaksanakan Tindakan dan memerhati
Dalam peringkat ketiga, apa yang dirancang atau dikaji akan dilaksanakan untuk
mendapatkan maklum balas bagi mencapai matlamat yang ditentukan sebelum itu.

4.3.3 Mereflek
Akhirnya,renungan atau membuat refleksi kepada aktiviti pengajaran dan
pembelajaran yang sedia ada dan tertumpu kepada penyelesaian masalah dalam
bilik darjah (Shahabuddin Hashim, et.al. 2003:205).

4.4 Cara Pengumpulan Data/Penganalisasi Data
Cara pengumpulan data
Data penyelidikan akan dikumpul melalui ujian. Dua ujian yang akan dilaksanakan
ialah Ujian Pra dan Ujian Pasca. Di samping itu, Ujian Rintis juga akan dilaksanakan
bagi menentukan kesesuaian instrumen yang akan digunakan pada kajian akan
datang.



Ujian
Ujian rintis akan dijalankan bagi melihat kesesuaian latihan litar yang telah direka
untuk kajian ini. Seramai 30 orang murid akan dipilih secara rawak untuk
melaksanakan intervensi yang telah dirancang. Ujian rintis ini meliputi, ujian pra dan
intervensi seperti yang dirancangkan. Setelah tamat intervensi, ujian pasca akan
dilaksanakan bagi melihat kesesuaian dan perubahan tahap ketangkasan pada subjek
yang dipilih secara rawak itu.
Jika bersesuaian, subjek kajian akan melalui ujian pra, intervensi yang sama
seperti dilaksanakan di dalam ujian rintis dan seterusnya menyelesaikan kajian
dengan ujian pasca. Ini bermakna, subjek kajian akan diuji dengan Ujian Illinois
untuk menentukan tahap ketangkasan mereka. Subjek kajian perlu melengkapkan
latihan litar seperti yang disarankan oleh guru mengikut bilangan set yang ditentukan
mengikut minggu-minggu intervensi. Setelah selesai, subjek kajian akan menjalani
Ujian Pasca yang sama seperti Ujian Pra.
4.5 Cara Menganalisis Data
Ujian
Data yang diperolehi sewaktu ujian pra dan pasca akan direkodkan mengikut subjek.
Ini bagi memudahkan pengkaji melihat keberkesanan latihan litar yang dijalankan
kepada setiap subjek. Setelah itu, pengkaji akan membuat perbandingan min sewaktu
ujian pra dan ujian pasca. Seterusnya, dapatan akan dikira secara peratusan bagi
melihat dengan lebih jelas peningkatan setelah intervensi dijalankan terhadap kajian.
Keputusan kajian akan dianalis dan disediakan dalam bentuk graf. Ini bagi
memudahkan perbandingan sebelum dan selepas intervensi dilaksanakan.




4.6 Perancangan pelaksanaan tindakan
Latihan Litar yang di cadangkan










Objektif utama latihan litar yang telah diubahsuai oleh penyelidik adalah untuk
meningkatkan ketangkasan serta kekuatan dan daya tahan otot murid. Latihan litar
ini akan dilaksanakan selama 3 sesi bagi tempoh 4 minggu (3 set dalam 1 sesi).
Penyelidik telah mengubahsuai latihan litar kepada empat stesen, iaitu terdapat
empat aktiviti senaman yang dipilih, diatur dan dinomborkan di tempat tertentu.,
iaitu

i) Stesen 1 Lari ulang-alik 10 meter
ii) Stesen 1 Bangkit Tubi
iii) Stesen 3 Lentik Belakang
iv) Stesen 4 Lompat kuadron


Rasional penyelidik memodifikasikan latihan litar ini kepada empat stesen
adalah kerana program latihan litar ini disediakan khas untuk murid-murid
sekolah rendah. Kemampuan murid harus diambil kira berdasarkan usia dan
tahap murid dalam melakukan sesuatu aktiviti

Setiap tempat yang dinomborkan adalah dipanggil stesen, di mana untuk
memudahkan pelaku bergerak dari satu stesen ke satu stesen dalam litar
mengikut urutan yang ditetapkan.Peserta dikatakan telah melakukan satu set
latihan ataupun satu litar setelah menghabiskan satu pusingan latihan. Bilangan
satu set latihan yang diperlukan adalah bergantung kepada keperluan keperluan
dan kemampuan individu

4.6.1 Jadual Perlaksanaan

Minggu

Perkara




Minggu 1

Ujian Pra ( Ujian Illinois)

Intervensi Minggu 1
Latihan Litar 3 Set Ulangan



Minggu 2


Intervensi Minggu 2
Latihan Litar 4 Set Ulangan


Minggu 3


Intervensi Minggu 3
Latihan Litar 4 Set Ulangan


Minggu 4

Intervensi Minggu 4
Latihan Litar 5 Set Ulangan

Ujian Pasca ( Ujian Ilinois)



4.6.2 Kos kajian
Kos kajian ialah wang dan keperluan lain yang perlu dibelanja dan disediakan bagi
menjalankan kajian ini.
Bil Perkara Harga seunit
(RM)
Bilangan Unit
diperlukan
Jumlah
keseluruhan
(RM)


1 Skital Penanda (Kecil) 2 8 40
2 Marker 1 32 320
60 3 Tilam Gimnastik 30 2


Rumusan
Kertas cadangan ini disediakan bertujuan membantu subjek kajian dalam
meningkatkan ketangkasan diri mereka. Intervensi yang dipilih ialah intervensi
menggunakan latihan litar yang telah disesuaikan dengan subjek kajian. Murid-murid
tahun lima dari kelas yang diajar oleh pengkaji dipilih untuk menjadi subjek kajian.
Latihan litar digunakan sebagai intervensi dengan empat aktiviti yang telah dipilih
oleh pengkaji.









RUJUKAN
Asha Hasnimy Bt Mohd Hashim & Mariana Binti Abd Manan. (2008) Kajian
Terhadap Tahap Ketangkasan Di Kalangan Atlet Tinju Peringkat Negeri

Chow Fook Meng & Jaizah Mahamud. (2011). Kajian Tindakan : Konsep & Amalan
Dalam Pengajaran. Selangor : Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
Johnson, Barry L., & Nelson, Jack K. (1986). Practical Measurements for
Evaluation in Physical Education ( 4th ed. ). New York : Macmillan Publishing
Company.
Mook Soon Sang. (2009). Perkembangan Kanak-kanak. Selangor : Penerbitan
Multimedia Sdn.Bhd.
Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying & Sharifah Fakhiriah Syed Ahmad. (2009).
Murid dan Alam Belajar . Selangor : Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Procedure for conducting the Illlinois Agility Run for athletes. Tarikh akses: 11
Februari 2012. http://www.topendsports.com/testing/tests/illinois.htm
Rosinah Edinin. (2012). Penyelidikan Tindakan Kaedah dan Penulisan (edisi
kedua).Kuala Lumpur : Freemind Horizons Sdn. Bhd.
Rusedawatty Osman.(2008)Somatotaip dan Tahap Ketangkasan Mengikut Kumpulan
Posisi Atlet Bola Jaring Peringkat Universiti

Вам также может понравиться