You are on page 1of 15

12.

3 Inflasi
Inflasi adalah terbalik kepada masalah pengangguran. Kebiasaannya masalah inflasi akan
berlaku apabila sesebuah ekonomi kadar pengangguran yang rendah. Keadaan ini akan
dihuraikan melalui keluk Philips. Inflasi sering berlaku apabila ekonomi sudah mencapai
tahap guna tenaga penuh. Sebaliknya deflasi ialah keadaan di mana tingkat harga umum
merosot. Deflasi selalu wujud apabila eonomi sedang mengalami kemelesetan.
12.3.1 Definisi inflasi
Inflasi ialah suatu keadaan apabila berlaku kenaikan tingkat harga umum secara berterusan
dan tidak terbatas dalam ekonomi. Inflasi berlaku apabila terlalu banyak wang mengejar
barang-barang atau perkhidmatan yang sedikit. Darjah inflasi yang dialami oleh sesebuah
negara akan menentukan sama ada inflasi akan menggalakkan perkembangan ekonomi atau
tidak.
a) Jika sesebuah negara mengalami inflasi sederhana (kadar kenaikan tingkat harga
umum = 2% - 3%), pelaburan dan kegiatan ekonomi adalah menggalakkan dan kadar
pengangguran akan menurun.
b) Sesebuah negara dikatakan mengalami inflasi merayap (kadar kenaikan tingkat harga
umum = 4% - 5%), isi rumah akan mengalami beban kenaikan kos hidup yang
berterusan. Firma juga akan menghadapi beban kenaikan kos pengeluaran yang
berterusan.
c) Jika sesebuah negara mengalami inflasi melampau (kadar kenaikan tingkat harga
umum sangat tinggi, sehingga mencapai beberapa ratus peratus), isi rumah akan
menghadapi masalah membiayai kos hidup. Inflasi melampau sukar dikawal dan
biasanya berlaku semasa peperangan.
.
Inflasi yang dapat dikawal kerajaan dinamakan inflasi tertekan. Sebaliknya inflasi yang
gagal dikawal oleh kerajaan dipanggil inflasi terbuka.
Inflasi yang berlaku semasa kemelesetan ekonomi dinamakan slumpflasi, iaitu kenaikan
harga umum secara berterusan diiringi oleh kenaikan kadar pengangguran yang
membimbangkan.
Kadar inflasi mengukur peratus kenaikan tingkat harga umum dalam negara. Ia dapat dikira
dengan rumusan berikut :

IH1 = indeks harga penggunaan tahun semasa


IH0 = indeks harga penggunaan tahun sebelumnya
12.3.2 Jenis inflasi dan punca puncanya
Inflasi tarikan permintaan

Inflasi tarikan permintaan berlaku apabila kebanyakan industri berada atau hampir pada
tingkat guna buruh serta mengalami peningkatan dalam permintaan (kenaikan permintaan
agregat). Inflasi tarikan permintaan berpunca daripada peningkatan bekalan wang,
pertambahan perbelanjaan kerajaan, peningkatan pelaburan dan penurunan cukai. Keadaan
sedemikian akan menyebabkan wujudnya lebihan permintaan agregat pada tingkat guna
tenaga penuh.

AS

P2
AD3

P0

AD2

P1
AD0

AD1

Y
Y0

Y1

Y1

Rajah 12.1 Inflasi Tarikan Permintaan

Sebelum tingkat pendapatan negara


, terdapat banyak faktor pengeluaran yang belum
digunakan. Oleh itu, pertambahan permintaan agregat dari
ke
dapat dipenuhi oleh
pertambahan penawaran agregat daripada
kepada
tanpa menaikkan tingkat harga
umum yang kekal pada
Apabila tingkat pendapatan negara
tercapai, ekonomi mencapai guna tenaga
penuh. Hanya sesetengah faktor pengeluaran sahaja yang dapat digunakan untuk
menambahkan penawaran agregat daripada
kepada
bagi memenuhi pertambahan

permintaan agregat dari


daripada
ke
.

ke

. Keadaan ini menyebabkan tingkat harga umum naik

Apabila ekonomi mencapai guna tenaga penuh pada


, pertambahan permintaan
agregat dari
ke
tidak diikuti oleh pertambahan penawaran agregat. Hal ini kerana
semua faktor pengeluaran telah digunakan sepenuhnya. Kesannya iailah tingkat hara umum
terus meningkat dari
ke
dan inflasi tarikan permintaan berlaku.
Inflasi tarikan permintaan meningkatkan pendapatan negara benar, hal ini bererti guna
tenaga turut meningkat.

Inflasi tolakan kos


Inflasi tolakan kos ialah proses kenaikan umum akibat kenaikan kos pengeluaran dan
kenaikan upah buruh. Ia berpunca daripada kenaikan untung firma, kenaikan upah buruh dan
kenaikan kos faktor pengeluaran lain. Kenaikan tersebut akan mengurangkan penawaran
agregat sehingga menaikkan tingkat harga umum.
P

P2
AS2
P1
P0

AS1

AD

AS0
.
0

Y
Y1

Y1

Y0

Rajah 12.2 Inflasi Tolakan Kos


Apabila ekonomi sudah mencapai guna tenaga penuh pada
, kuasa menuntut kenaikan
upah oleh kesatuan pekerja adalah sangat kuat. Kejayaan kesatuan pekerja menuntut kenaikan
upah akan menambahkan kos pengeluaran sesebuah firma tersebut.
Apabila tanggungan kos meningkat, firma akan mengurangkan penawaran untuk
meninggikan harga demi memindahkan beban kenaikan kos kepada pengguna. Jika banyak

keluaran dalam pasaran mengalami kenaikan kos, penawaran agregat akan berkurangan dan
tingkat harga umum naik.
Berdasarkan rajah 12.2, kenaikan kos faktor pengeluaran pada pendapatan guna
tenaga
akan mengurangkan penawaran agregat dari
ke
dan meninggikan tingkat
harga umum daripada
ke
. Kenaikan kos berterusan akan mengurangkan penawaran
agregat dari
ke
dan kesannya tingkat harga umum naik daripada
ke
.
Kesannya, inflasi tolakan kos terjadi
Inflasi tolakan kos mengurangkan pendapatan negara benar, beerti pegangguran
meningkat.

Inflasi diimport
Inflasi diimport adalah berpunca daripada kenaikan harga barang-barang diimport atau
kenaikan nilai mata wang asing.
Apabila sesebuah negara mengimport barang-barang dari negara asing yang
mengalami inflasi, barang-barang yang diimport tersebut akan dijual dengan harga yang
tinggi di pasaran tempatan. Apabila banyak barang import dibeli dari negara-negara yang
mengalami kenaikan nilai mata wang, inflasi diimport akan berlaku di negara itu.

12.3.3 Kesan Inflasi


Kesan Dalaman

Kesan ke atas jumlah pengeluaran

Kenaikan harga barang akan merangsang pegeluar untuk menambahkan pengeluaran mereka
bagi memaksimumkan keuntungan mereka. Keadaan ekonomi yang belum mencapai tingkat
guna tenaga penuh, inflasi akan menyebabkan penambahan jumlah keluaran kerana lebih
banyak faktor-faktor pengeluaran boleh digunakan. Tetapi, sekiranya ekonomi sudah
mencapai tingkat guna tenaga penuh inflasi akan menyebabkan kenaikan tingkat harga tanpa
menambah tingkat keluaran negara.

Kesan ke atas tingkat tabungan

Semasa inflasi, nilai benar wang akan turun dan orang ramai yang memegang wang atau
menabung akan mengalami kerugian. Kuasa beli wang akan jatuh, oleh itu orang ramai lebih
cenderung membelanjakan wang pada masa sekarang. Mereka juga mungkin akan membeli
asset-aset tetap seperti rumah, tanah dan emas yang lebih kekal serta mengalami peningkatan
nilai semasa inflasi.

Kesan ke atas tingkat pelaburan

Harga yang tinggi semasa inflasi memberi keuntungan kepada pengeluar. Oleh itu, mereka
akan menambahkan pelaburan dengan tujuan meningkatkan pengeluaran dan mendapat

untung lebih tinggi. Oleh itu, tingkat pelaburan dalam ekonomi yang belum mencapai tingkat
guna tenaga penuh akan meningkat.
Walau bagaimanapun semasa inflasi melampau, aktiviti pengeluaran tidak akan
menguntungkan firma. Pengeluar akan lebih cenderung menggunakan wang bagi tujuan
spekulasi seperti membeli emas dan harta benda yang kekal. Dengan itu tingkat pelaburan
dalam ekonomi akan merosot.

Kesan ke atas pengagihan pendapatan dan kekayaan negara

Inflasi boleh menyebabkan agihan pendapatan dan kekayaan semakin tidak seimbang.
Golongan yang berpendapatan tetap dan mereka yang menabung akan mengalami kerugian
kerana nilai wang jatuh dan kuasa beli mereka berkurang. Hal ini disebabkan pendapatan
yang mereka peroleh masih sama tetapi harga barang dan perkhidmatan meningkat. Oleh itu,
jumlah pendapatan yang mereka peroleh tidak lagi dapat membeli kuantiti barang yang sama
sebaliknya barang yang dapat dibeli akan berkurang. Sebaliknya golongan usahawan dan
pemilik harta kekal (tanah,rumah dan asset hartanah) memperoleh peningkatan pendapatan
keraa harga barang-barang keluaran serta nilai harta kekal mengalami peningkatan.

Kesan ke atas pemiutang dan penghutang

Kejatuhan nilai wang semasa inflasi memberi keuntungan kepada penghutang dan membawa
kerugian kepada pemiutang sekiranya kadar bunga pinjaman lebih rendah daripada kadar
inflasi. Hal ini kerana nilai sebenar wang yang yang dibayar oleh penghutang kepada
pemiutang adalah lebih rendah.
Sebagai contoh, andaikan seorang penghutang memimjam RM100 dengan kadar bunga 10%
setahun. Hal ini bermakna pada tahun hadapan penghutang akan membayar pokok pinjaman
sebanyak RM100 serta bunganya sebanyak RM10 kepada pemiutang. Sekiranya pada tahun
hadapan kadar inflasi adalah 20% setahun, maka nilai wang berjumlah RM110 yang diterima
pemiutang hanya mempunyai nilai benar sebanyak RM88 sahaja.

Kesan ke atas kegiatan ekonomi secara umum

Semasa inflasi, pelabur lebih berminat melabur dalam sektor hartanah dan emas kerana
pulangan yang lebih tinggi berbanding sektor-sektor yang lebih produktif iaitu yang dapat
menjana pengeluaran. Disebabkan oleh kekuranagn pelaburan ini, kegiatan ekonomi menjadi
lebih perlahan dan pertumbuhan ekonomi negara turut terjejas.
Kesan Luaran

Kesan ke atas tingkat eksport

Inflasi yang berlaku akan menyebabkan harga barangan tempatan menjadi lebh mahal
berbanding harga barang import. Rakyat tempatan tentu akan lebih memilih untuk membeli
barangan import berbanding barangan tempatan. Kenaikan harga barang-barang eksport akan
menyebabkan jumlah eksport berkurang dan pada masa sama import barangan dan
perkhidmatan akan bertambah. Hal ini kan memburukkan akaun perdagangan sesebuah
negara
.

Kesan ke atas imbangan pembayaran

Inflasi menyebabkan barang-barang yang diimport mengalami kenaikan harga manakala


barang-barang yang diimport dari negara tidak mengalami inflasi menjadi lebih murah.
Sekiranya permintaan terhadap barangan dan perkhidmatan eksport adalah anjal harga,
kuantiti permintaan bagi barang-barang dan perkhidmatan eksport akan berkurang (secara
relatifnya harga eksport lebih mahal) dan kuantiti barang yang diimport akan meningkat
(secara relatif harga import lebih murah). Ini akan menyebabkan imbangan perdagangan bagi
negara yang mengalami inflasi menjadi defisit.

12.4 Indeks Harga Pengguna Dan Pengiraan Kadar Inflasi


Indek Harga Pengguna (IHPG) Malaysia adalah berasaskan formula Laspeyres. IHPG ialah
satu indeks yang digunakan untuk mengukur kadar perubahan harga purata bagi sekumpulan
barang dan perkhidmatan yang ditetapkan, yang mewakili corak perbelanjaan semua isi
rumah di Malaysia, berdasarkan sesuatu tahun asas.
Indeks harga pengguna tahun asas (
) dianggap sebagai 100. Hai ini bermakna
harga umum adalah tetap pada tahun tersebut. Apabila indeks harga penguna tahun semasa(
melebihi 100, bermakna tingkat harga umum telah naik. Sebaliknya apabila indeks
harga indeks tahun semasa berkurang daripada 100 (
< 100), bermakna tingkat harga
umum telah turun.
Indeks harga pengguna lebib tinggi selalu digunakan oleh kesatuan pekerja sebagai
alasan untuk menuntut kenaikan upah yang lebih tinggi daripada majikan. Hal ini kerana,
upah benar pekerja akan jatuh dan kos hidup sebagai pekerja bertambah apabila indeks harga
pengguna naik.
Indeks harga pengguna ini digunakan untuk mengukur kadar inflasi di dalam sesebuah negara
dengan menggunakan formula berikut :

IH1 = indeks harga penggunaan tahun semasa


IH0 = indeks harga penggunaan tahun asas

12.5 Keluk Phillips


Hubungan antara inflasi dan pengangguran boleh diterangkan dengan menggunakan Keluk
Phillips. Pada tahun 1955, Profesor A. W Phillips, seorang ahli ekonomi Inggeris, telah
membuat kajian tentang hubungan antara inflasi dengan pengangguran. Hasil kajian
beliau ialah Keluk Phillips dan ianya dinamakan sempena nama beliau sendiri.

Kadar inflasi (%)

3
KP

kadar Pengangguran (%)


4

Rajah 12.3 : Keluk Phillips


Keluk Phillips mencerun ke bawah dari kiri ke kanan. Keadaan ini menunjukkan bahawa
hubungan antara kadar inflasi dengan kadar pengangguran adalah secara songsang. Misalnya,
pada suatu tahun tertentu, Negara X mempunyai kadar inflasi sebanyak 3% dan kadar
pengangguran sebanyak 6%. Apabila negara X telah berjaya menurunkan kadar
pengangguran kepada 4%, kadar inflasinya akan naik kepada 5%.

Rumusan Keluk Phillips ini menimbulkan satu dilemma kepada penggubal dasar
kerajaan kerana kajian Keluk Phillips menunjukkan bahawa adalah amat rumit untuk
mencapai guna tenaga penuh tanpa inflasi. Penggubal dasar kerajaan terpaksa menentukan
satu kombinasi kadar inflasi dan kadar pengangguran yang boleh diterima oleh negara
sendiri.
Walau bagaimanapun, Keluk Phillips boleh beralih ke atas dalam jangka pendek apabila
perkara-perkara berikut berlaku :
a. Kesatuan pekerja menuntut kenaikan upah yang kemudiannya menaikkan tingkat
harga umum dan kadar inflasi.
b. Firma-firma menaikkan harga barang yang mengakibatkan kenaikan kadar inflasi.
c. Kemerosotan dalam industri tertentu yang menambahkan kadar pengangguran.
Misalnya, penutupan lombong bijih timah di Malaysia pada tahun 1980-an telah
mewujudkan pengangguran struktur dan seterusnya menambahkan kadar
pengangguran dalam Negara.
Kadar inflasi (%)

KP2
KP1

Kadar pengangguran (%)


4

Rajah 12.4 : Perpindahan Keluk Phillips


Apabila Keluk Phillips beralih ke atas dari KP1 ke KP2, Keluk Phillips asal gagal
memberi panduan kepada pembentuk dasar untuk menentukan satu kombinasi kadar
inflasi dan kadar pengangguran yang sesuai pada tahun semasa.
Misalnya, jika Negara X hendak mengekalkan kadar pengangguran pada 4%, Negara
X terpaksa menghadapi kadar inflasi yang lebih tinggi, iaitu 8% bukan 5%. Begitu juga
sebaliknya, jika Negara X hendak mengekalkan kadar inflasi pada paras yang rendah iaitu
5%, Negara X terpaksa mengahadapi kadar pengangguran yang lebih tinggi, iaitu 6%
bukannya 4%.

12.6 Stagflasi
Perkataan stagflasi adalah singkatan dua perkataan iaitu stagnation dan inflasi. Stagflasi ialah
suatu keadaan di mana inflasi dan pengangguran berlaku secara serentak. Keadaan

stagflasi ini mula dikesan pada tahun 1970-an apabila berlakunya kemelesetan ekonomi dunia
yang teruk. Biasanya stagflasi berlaku akibat daripada kenaikan harga bahan bakar penting
seperti petroleum. Stagflasi juga meliputi inflasi tolakan kos.
Stagflasi dapat diatasi dengan melaksanakan dasar sebelah penawaran. Dasar ini
mengalihkan keluk AS ke kanan. Keadaan ini menyebabkan tingkat harga umum menurun
manakala tingkat guna tenaga meningkat akibat peningkatan Keluaran Negara Benar.

Harga
AS2
E2
P2

AS1
E1

P1

AD
0

pendapatan negara
Y2

Y1

Rajah 12.5 : Stagflasi


Keseimbangan asal berlaku apabila AD=AS1 di titik E1 pada harga P1 dan pendapatan
negara Y1.
Apabila bahan mentah, harga petrol dan upah buruh meningkat, kos pengeluaran akan
meningkat. Keluk AS beralaih ke AS2.
Keseimbangan baru berlaku apabila AD=AS2 di titik E2. Harga meningkat daripada P1
ke P2 dan pendapatan negara berkurang daripada Y1 ke Y2.
Inflasi ditunjukkan oleh kenaikan harga daripada P1 ke P2, manalaka pengangguran
ditunjukkan oleh pengurangan pendapatan negara daripada Y1 ke Y2.
Cara mengatasi stagflasi :
Kerajaan perlu menggalakkan firma-firma meningkatan pengeluran melalui dasar sebelah
penawaran, iaitu :

I.
II.
III.
IV.
V.

Meningkatkan tingkat teknologi


Meningkatkan daya pengeluaran ( produktiviti)
Mengurangkan cukai input
Menggalakkan pelaburan asing
Menggalakkan penyelidikan dan pembangunan (R&D).

12.7 Dasar Fiskal Dan Dasar Kewangan


Bagi mengatasi masalah ekonomi seperti inflasi dan pengangguran, sesebuah kerajaan boleh
menjalankan beberapa dasar atau polisi yang sesuai. Terdapat dua dasar yang utama iaitu
Dasar Fiskal dan Dasar Kewangan.
Dasar Fiskal ialah dasar yang dijalankan dengan mengawal dan mengubah dua bahagian
penting iaitu perbelanjaan kerajaan (G) dan cukai (T). kedua item ini disebut sebagai alat
dasar kerajaan. Alat dasar ini digunakan bagi mempengaruhi perbelanjaan agregat Negara
supaya ekonomi mencapai tingkat guna tenaga penuh.
Objektif dasar fiskal terbahagi kepada dua iaitu :
i.

Menentang kitaran perniagaan dan mengekalkan kestabilan pertumbuhan ekonmi


dengan mengawal keadaan ekonomi yang melambung dan meleset.
Mengagihkan pendapatan dan kekayaan Negara dengan cara mengenakan cukai
kepada golongan berpendapatan tinggi dan mengagihkan kepada golongan
berpendapatan rendah atau miskin melalui subsidi dan penyediaan kemudahankemudahan asas.

ii.

ISTILAH DASAR FISKAL


Dasar fiskal mengembang: Meningkatkan perbelanjaan kerajaan dan/atau menurunkan cukai
Dasar fiskal menguncup: Menurunkan perbelanjaan kerajaan dan/atau meningkatkan cukai
Tingkat harga
LRAS

SRAS1
Dasar fiskal mengembang mengalihkan

ekonomi di sini.

1
2

AD2
AD1

KDNK benar
Q1 QN

Rajah 12.6 (a) : Dasar fiskal mengembang bagi lompang deflasi

Tingkat harga
LRAS

SRAS1
Dasar fiskal menguncup mengalihkan

ekonomi di sini.

1
2

AD1
AD2

KDNK benar
QN Q1

Rajah 12.6 (b) : Dasar fiskal menguncup bagi lompang deflasi


Dalam rajah 12.6 (a) ekonomi berada dalam lompang deflasi pada titik 1. AD terlalu
rendah untuk ekonomi mencapai tingkat keseimbangan guna tenaga penuh
Dalam rajah 12.6 (b) ekonomi berada dalam lompang inflasi pada titik 1.
Dalam rajah 12.6 (a)(b),dasar fiskal memberi kesan yang diharapkan.
Di rajah12.6 (a) ekonomi berada dalam lompang deflasi dan dasar fiskal mengembang
dapat menghapuskan lompang deflasi itu
Di rajah 12.6 (b) ekonomi berada dalam lompang inflasi dan dasar fiskal menguncup
dapat menghapuskan lompang inflasi.
Dasar Fiskal Penstabil Automatik
Ia berfungsi dengan cara menggiatkan pertumbuhan ekonomi semasa kemelesetan serta
mengurangkan kepesetan pertumbuhan ekonomi semasa ekonomi melambung, dengan tujuan
menjamin kestabilan aktiviti ekonomi.
Antara kaedah penstabil automatik yang dapat mempengaruhi aktiviti ekonomi lain ialah :
1- Cukai berkadar dan cukai progresif

Cukai berkadar akan mengurangkan pendapatan boleh guna masyarakat. Semasa


ekonomi melambung, cukai berkadar akan mengurangkan kesan melambung ini
dengan mengurangkan peningkatan dalam perbelanjaan agregat. Begitu juga dengan
cukai pendapatan progresif yang dikenakan lebih tinggi semasa ekonomi
mengembang dan dikenakan dengan rendah semasa ekonomi meleset bagi mengawal
kenaikan dan penurunan pendapatan masyarakat dalam masa inflasi dan deflasi.
2- Skim insurans pengangguran
Skim insurans pengangguran ini dapat mengurangkan turun naik ekonomi. Skim
seperti ini banyak diamalkan di negara maju, di mana para pekerja diwajibkan
mencarum sejumlah wang ke dalam tabung pengangguran yang ditubuhkan. Apabila
ekonomi meleset, tabung ini akan membantu mengurankan kesan kemelesetan dengan
cara mengeluarkan sejumlah wang bagi membantu pekerja yang dibuang kerja.
3- Dasar kawalan harga
Dasar ini terbahagi kepada dua iaitu dasar harga tetap atau dasar harga maksimum dan
dasar harga minimum. Dasar harga tetap atau maksimum ini digunakan bagi
menyekat kenaikan harga yang terlalu tinggi semasa inflasi. Manakala dasar harga
minimum dilaksanakan bagi menjamin harga tidak turun terlalu rendah dan ini
memberi jaminan kepada pengeluar terutamanya petani supaya tidak mengalami
kejatuhan pendapatan yang teruk.
4- Bayaran pindahan
Bayaran pindahan ialah pindahan pendapatan dalam bentuk cukai kepada golongan
kaya dan subsidi kepada golongan miskin. Ia dapat mengurangkan permintaan agregat
semasa kemelesetan ekonomi.
Dasar Fiskal Budi Bicara atau Diskresional
Terdapat dua alat dasar yang boleh digunakan oleh kerajaan dalam dasar fiscal budi bicara,
iaitu :
Perbelanjaan kerajaan iaitu bagaimana kerajaan memperuntukkan sumber-sumber
bagi menguruskan sesebuah kerajaan. Meliputi perbelanjaan pembangunan,
sosioekonomi, pertahanan, pengurusan dan sebagainya.
Cukai iaitu hasil kerajaan yang meliputi cukai pendapatan, iaitu persendirian dan
syarikat, cukai import dan eksport dan sebagainya.
Oleh itu dalam menjalankan dasar budi bicara ini, kerajaan mempunyai beberapa pilihan,
iaitu :
a) Mengubah cukai
Semasa ekonomi mengalami kemelesetan kerajaan boleh mengurangkan kesan
kemelesetan dengan cara mengurangkan cukai iaitu cukai pendapatan yang dibayar
oleh individu dan syarikat. Oleh yang demikian, pengurangan cukai akan
meningkatkan kuasa beli isi rumah dan juga dapat menggalakkan pelaburan syarikat

untuk tujuan masa depan. Hal ini akan merangsang pertumbuhan ekonomi pada masa
hadapan. Sebaliknya, kerajaan akan menaikkan cukai apabila ekonomi sedang
melambung bagi mengurangkan kesan melambung tersebut.
b) Mengubah perbelanjaan kerajaan
Perbelanjaan kerajaan akan mempengaruhi perbelanjaan agregat. Semasa ekonomi
mengalami kemelesetan, kerajaan boleh mengurangkan kemelesetan dengan
meningkatkan perbelanjaan kerajaan. Peningkatan perbelanjaan kerajaan akan
meningkatkan perbelanjaan agregat secara keseluruhan dan kesan meleset dapat
dikurangkan. Sebaliknya, semasa ekonomi melambung perbelanjaan dikurangkan dan
hal ini akan mengurangkan perbelanjaan agregat, seterusnya mengurangkan kesan
inflasi.

c) Mengubah cukai dan perbelanjaan kerajaan


Terdapat dua corak perubahan yang boleh dilakukan iaitu pertama, mengubah cukai
dan perbelanjaan kerajaan mengikut arah bertentangan. Semasa inflasi, kerajaan boleh
meningkatkan cukai dan dalam masa yang sama mengurangkan perbelanjaan
kerajaan. Kedua, mengubah cukai dan perbelanjaan pada nisbah yang sama. Dasar ini
bertujuan memastikan belanjawan kerajaan berada dalam keadaan seimbang. Dasar
seperti ini selalunya dijalankan ketika ekonomi berada dalam tingkat guna tenaga
penuh.

Dasar kewangan ialah dasar yang mempengaruhi perubahan dalam penawaran wang untuk
mencapai matlamat ekonomi yang tertentu.
Terdapat dua bentuk dasar kewangan iaitu :
I.
II.

Dasar kewangan kuantitatif


Dasar kewangan kualitatif

Dasar kewangan kuantitatif : merupakan dasar bank pusat mengawal penawaran wang
dalam ekonomi dengan mengubah bekalan wang atau mengubah kadar bunga untuk
mengatasi masalah pengangguran atau inflasi.
Alat dasar kewangan kuantitatif ;
1. Nisbah rizab berkanun- sejumlah aset cadagan daripada jumlah deposit milik bank
perdagangan yang mesti disimpan dalam bank pusat.
2. Nisbah rizab tunai sejumlah aset minimum yang perlu disimpan dalam bank
perdagangan bagi memenuhi tuntutan pelanggan. Aset ini tidak boleh digunakan
untuk memberi pinjaman.
3. Kadar diskaun atau kadar bank merupakan jumlah bayaran yang mesti dibayar oleh
bank perdaganagan apabila membuat pinjaman daripada bank pusat.
4. Operasi pasaran terbuka- aktiviti jual beli surat jaminan kerajaan oleh bank pusat di
pasaran terbuka.

Dasar kewangan kualitatif : dasar bank pusat mengawal pinjaman dan pelaburan yang
diberikan institusi kewangan untuk mengatasi masalah pengangguran dan inflasi.
Dasar kewangan mengatasi pengangguran ( dasar kewangan mengembang)

Alat dasar kewangan kuantitatif yang digunakan ialah :


1. Turunkan nisbah rizab berkanun
2. Turunkan nisbah rizab tunai minimum
3. Turunkan kadar diskaun atau kadar bank
4. Operasi pasaran terbuka membeli semula surat jaminan kerajaan daripada
orang ramai.

Dasar kewangan mengatasi inflasi (dasar kewangan mengucup)

Alat dasar kewangan kuantitatif yang digunakan ialah ;


1. Naikkan nisbah rizab berkanun
2. Naikkan nisbah rizab tunai minimum
3. Naikkan kadar diskaun atau kadar bank
4. Operasi pasaran terbuka menjual surat jaminan kerajaan kepada orang ramai.

12.8 Rumusan
Pengangguran dan inflasi merupakan suatu masalah ekonomi. Pengangguran didefinisikan
sebagai satu keadaan apabila tenaga buruh yang boleh bekerja dan ingin bekerja pada satu
tingkat upah tertentu gagal mendapat sebarang pekerjaan. Terdapat enam jenis pengangguran
iaitu pengangguran kitaran/edaran, pengangguran struktur, pengangguran teknologi,
pengangguran geseran, pengangguran bermusim dan pengangguran tak ketara atau
tersembunyi. Masalah pengangguran akan memberi kesan negative kepada ekonomi dan
keadaan sosial sesebuah Negara. Rumus pengangguran dan kadar pengangguran adalah
seperti berikut :

Inflasi ialah suatu keadaan apabila berlaku kenaikan tingkat harga umum secara berterusan
dan tidak terbatas dalam ekonomi. Inflasi boleh dibahagikan kepada inflasi sederhana, inflasi
merayap inflasi melampau. Rumus untik mengira kadar inflasi adalah :

IH1 = indeks harga penggunaan tahun semasa

IH0 = indeks harga penggunaan tahun sebelumnya


Terdapat tiga jenis inflasi iaitu inflasi tarikan permintaan, inflasi tolakan kos dan inflasi
diimport. Hubungan antara inflasi dan pengangguran boleh diterangkan dengan
menggunakan Keluk Phillips. Apabila masalah inflasi dan pengangguran berlaku secara
serentak, maka keadaan stagflasi berlaku. Dasar fiscal dan dasar kewangan merupakan dua
dasar utama yang digunakan oleh kerajaan untuk mengatasi masalah pengangguran dan
inflasi.

Kata Kunci
Pengangguran, tenaga buruh, guna tenaga, inflasi.

Soalan Perbincangan
1. Bagaimana anda dapat membezakan antara masalah pengangguran dan inflasi di
sesebuah negara?
2. Nyatakan
a. definisi lompang inflasi
b. bagaimanakah ia dapat diatasi
3. Nyatakan jenis-jenis inflasi
4. Senaraikan jenis-jenis pengangguran.
5. Bincangkan kesan daripada masalah pengangguran.