Академический Документы
Профессиональный Документы
Культура Документы
2.1
Definisi Kefahaman
Lamberg & Lamb (1980) mendefinisikan kefahaman sebagai kebolehan menterjemah idea daripada
satu bentuk ke satu bentuk yang lain, menginterpretasi idea, kesan, dan akibat.
Seseorang yang boleh membaca perlu memahami isi-isi bacaan yang sesuai dengan kematangannya untuk faedah diri
sendiri atau untuk orang lain sama ada untuk mendapatkan maklumat, pengetahuan atau hiburan.
Kefahaman tentang isi-isi bacaan itu akan lebih bermakna sekiranya dapat dikaitkan dengan pengalaman-pengalaman
yang sedia ada bagi memudahkan seseorang membuat telahan, taakulan, dan kesimpulan.
Kefahaman dalam konteks ini dapat diberi pengertian
menginterpretasi idea dan makna kepada bahan yang dibaca.
sebagai
kebolehan
membuat
penghuraian
atau
Kefahaman melibatkan bahasa, pengalaman, dan proses kognitif. Proses kognitif adalah asas utama dalam bacaan dan
kefahaman. Jika seseorang kanak-kanak itu menterjemahkan lambang-lambang kepada bunyi-bunyi bahasa dengan
intonasi yang betul tetapi masih gagal untuk memahami idea, mengaitkan sesuatu fakta, dan membuat telahan atau
kesimpulan maka kanak-kanak tersebut jelas mempunyai masalah dalam pemikiran khususnya kefahaman dalam
bacaan.
Proses kognitif dalam konteks kefahaman melibatkan perkara-perkara yang berikut:
i.
ii.
iii.
iv.
v.
2.2
Tahap Kefahaman
Kefahaman adalah matlamat terakhir dalam membaca. Oleh sebab membaca merupakan proses penguasaan bahasa
dan bahasa pula sebagai alat komunikasi maka bacaan itu tidak akan lengkap tanpa kefahaman.
Sejauh mana kefahaman seseorang murid terhadap apa yang dibaca akan dapat diketahui atau dikesan melalui ujianujian seperti menjawab soalan aneka pilihan, mengisi tempat kosong, betul-salah, suaikan, dan sebagainya. Kefahaman
seseorang murid akan terserlah berdasarkan hasil keputusan ujian tersebut.
Proses kefahaman dalam bacaan terbahagi kepada beberapa tahap seperti yang berikut:
2.2.1
2.2.2
i.
Ini ______________.
ii.
iii.
iv.
v.
Untuk membantu perkembangan kefahaman ini, guru perlu menyediakan soalan-soalan yang berstruktur serta
petunjuk-petunjuk lisan ke arah menampakkan kepada murid-murid isi-isi berkaitan agar mereka dapat
menginterpretasi maklumat yang dibaca.
Contoh teks bacaan:
Ini Abu.
Abu ada adik.
Abu ada kakak.
Ali adik Abu.
Ani kakak Abu.
Siti adik Ali.
Contoh soalan jenis mengisi tempat kosong:
2.2.3
i.
ii.
iii.
Kefahaman pada peringkat ini juga perlu dilatih dan diperkembangkan secara lisan dahulu. Murid-murid memerlukan
bantuan dalam menentukan perkara-perkara yang mereka baca sama ada benar atau tidak. Murid-murid juga perlu
dibantu supaya mereka dapat membuat penaakulan dan meramal kemungkinan serta membuat penghakiman
berasaskan hubungan sebab dan akibat.
Oleh sebab keupayaan proses kognitif yang terhad, murid-murid pemulihan mungkin menghadapi kesukaran untuk
melakukan proses kognitif ini. Namun, guru-guru pemulihan masih boleh membantu mereka untuk maju dengan
membiasakan mereka dengan soalan-soalan berdasarkan siri-siri cerita yang mereka baca.
2.2.4
Membuat Tafsiran/Andaian
Terdapat pakar-pakar pengajaran bacaan menyatukan tahap kefahaman ini dengan tahap kefahaman kritis. Jika
dilihat dan dikaji dengan teliti tahap ini merupakan hasil daripada pencapaian murid-murid dalam tahap-tahap
sebelumnya.
Seseorang yang telah sampai ke tahap kefahaman kreatif ini sudah mampu menghayati bahan-bahan yang dibacanya.
Mereka juga membuat hubungan sebab dan akibat, membuat kritikan berasaskan pemikiran bercapah, dan membuat
andaian serta tafsiran sehingga mampu membina situasi baharu berasaskan andaian dan tafsiran tersebut.
Kefahaman pada peringkat ini juga akan menjadikan seseorang itu bertindak balas terhadap bahan yang dibacanya
dengan menunjukkan emosinya seperti gembira, sedih, marah, pilu, menangis, terharu, dan sebagainya.
Kefahaman pada peringkat ini juga akan menjadikan seseorang itu kreatif sehingga mereka berjaya menghasilkan
bentuk-bentuk penulisan yang boleh dinikmati oleh orang lain pula.
Kesimpulannya, seseorang yang telah mencapai tahap kefahaman kreatif ini seharusnya telah dapat;
i.
ii.
Pemetaan semantik
Proses pemahaman selain berkaitan dengan proses visual, juga berkaitan dengan proses non-visual. Bahagian terpenting dari
informasi non-visual yang cukup berperanan dalam proses pemahaman adalah skemata. Dalam proses pemahaman, menurut
teori skemata, dimainkan oleh skemata-skemata yang dimiliki oleh seorang pembaca, serta tingkat kedalaman pemahaman itu
sangat dipengaruhi oleh latar belakang skemata isi. Menurut penulis, pengaktifan skemata isi dapat dilakukan dengan
pemetaan semantik (semantic mapping).
http://journal.um.ac.id/index.php/bahasa-seni/article/view/2492
Kegunaan :
1. Mengambil nota.
2. Simpanan nota ringkas.
3. Memanggil maklumat.
4. Mengembangkan isi.
5. Menyelesaikan masalah.
Disesuaikan/mempunyai perkaitan rapat dari bentuk saraf otak manusia. Kebetulan ia juga boleh dikaitkan dengan
bentuk dan kekukuhan akar tumbuhan.
Digunakan bagi menjana idea dalam operasi pemikiran kreatif. Ia boleh digunakan mengikut kesesuaian. Guru dan pelajar
boleh membuat peta minda mengikut aktiviti yang dijalankan.
Peta minda yang dihasilkan adalah penting mengikut kefahaman pembuatnya sendiri kerana ia dibuat berdasarkan
kefahaman, cara mengingat dan cara mengolah yang amat tersendiri dan bersifat individu.
Pemetaan semantik: membantu pelajar dalam proses mengarang
Carta organisasi
Carta Organisasi tidak mempunyai definisi yang khusus. Namun demikian ianya bolehlah ditakrifkan atau diertikan
sebagai : Satu bentuk rajah grafik yang menunjukkan struktur susunan, kedudukan tempat atau posisi seseorang individu di
dakam sesuatu organisasi selaras dengan bidang kuasa ( authority) , tugas dan tanggungjawabnya.
Carta Organisasi bukan sekadar bertujuan memaparkan bagaimana sesebuah organisasi itu perlu ditadbirkan mengikut
struktur operasi organisasi itu tetapi carta itu perlulah menggariskan dengan jelas bidang tanggungjawab tiap-tiap
anggota organisasi itu. Setiap individu itu perlulah diberikan peranan yang khusus supaya tidak berlaku pertindihan tugas
dan kekeliruan yang akan menghalang dan mejejaskan kelicinan perjalanan organisasi itu.
http://arifomar.blogspot.com/2008/12/organisasi-adalah-lebih-dari-apa-yang.html
Bentuk struktur organisasi dalam kebanyakan organisasi adalah terlalu kompleks untuk difahami . Bagi mengatasi masalah
ini, carta organisasi digunakan untuk menjelaskan sistem atau susunan pengorganisasian dalam sesebuah organisasi .
Cara organisasi merupakan gambarajah yang menunjukkan fungsi-fungsi jabatan , unit-unit , atau individu-individu dan
bagaimana mereka berkait antara satu sama dengan lain.
Unit unit yang berasingan ditunjukkan dalam kotak-kotak segiempat yang berasingan. Kotak-kotak ini pula terus
dihubungkan antara satu sama lain menggunakan garisan terus . Garisan ini juga dapat menunjukkan rantaian perintah dan
saluran rasmi komunikasi antara unit dalam organisasi.
Secara umumnya carta organisasi dapat menunjukkan lima aspek pengurusan berikut:
a) Pembahagian Kerja
b) Hubungan ketua-pekerja bawahan
c) Jenis kerja yang dijalankan
d) Pengumpulan bahagian-bahagian kerja
e) Tingkat pengurusan
Ini dapat membantu kefahaman struktur yang menunjukkan fungsi, aktiviti dan hierarki di dalam sesebuah organisasi.
3.
Carta aliran
Alatan logik popular yang menunjukkan secara grafik jujukan operasi atau aliran kerja yang akan dilaksanakan bagi
menyelesaikan sesuatu masalah.
Dengan lain perkataan carta alir menunjukkan algoritma dalam bentuk grafik.
Carta alir selalunya dibina di peringkat awal apabila sesuatu masalah pengaturcaraan hendak diselesaikan.
Carta ini sangat berguna untuk memahami logik masalah yang hendak diselesaikan.
Apabila carta alir telah dibina, adalah mudah untuk menulis atur cara komputer dalam apa jua bahasa pengaturcaraan.
http://books.google.com.my/books?id=eQ995zdkW0gC&pg=PA41&lpg=PA41&dq=definisi+carta+aliran&source=bl&ots=uNErbM
KQK&sig=mhAS4Q1loYcymlX4VOVPps9FXfI&hl=en&ei=hZY5TODYC5G2rAeHuP35CA&sa=X&oi=book_result&ct=result&resnu
m=2&ved=0CBkQ6AEwATgK#v=onepage&q=definisi%20carta%20aliran&f=false
Carta aliran kerja bolehlah dimaksudkan sebagai gambaran secara grafik atau gambarajah ke atas tindakan-tindakan
yang terlibat dalam aktiviti atau prosedur.
Carta aliran kerja ialah gambaran secara grafik atau gambarajah ke atas tindakan-tindakan yang terlibat dalam sesuatu
aktiviti atau prosedur.
Carta aliran kerja menggambarkan secara grafik atau gambarrajah ke atas tindakan-tindakan yang terlibat dalam satusatu aktiviti. Setiap langkah yang diambil hendaklah mengikut urutan yang betul dan jelas dilihat, iaitu dengan
menunjukkan secara jelas dan ringkas peringkat permulaan dan peringkat selesai. Dengan adanya carta aliran akan dapat:
i.
Memberikan kefahaman kakitangan mengenai tugas dan tanggungjawab masing-masing.
ii.
Menunjukkan dimana berlaku kelewatan, bottle neck dan kerja berulang-ulang.
iii.
Menunjukkan gambaran menyeluruh mengenai aktiviti yang dilakukan.
Penggunaan simbol-simbol tertentu dalam carta aliran adalah perlu disediakan selepas penyediaan proses kerja. Langkahlangkah bagi penyediaan carta aliran adalah seperti berikut:
i.
Rujuk proses kerja akitiviti yang terlibat.
ii.
Sediakan carta aliran kerja terperinci berdasarkan proses kerja aktiviti tersebut.
iii.
Gunakan simbol-simbol carta aliran yang ditetapkan.
Carta aliran kerja diperlukan kerana ia dapat memperlihatkan dengan jelas setiap langkah atau tindakan yang perlu
diambil mengikut urutan yang betul,iaitu menunjukkan peringkat permulaan dan peringkat selesai yang dijelaskan secara
ringkas.
Carta aliran memberikan kefahaman kepada staf mengenai tugas dan tanggungjawab masing-masing. Selain itu, carta
aliran juga dapat menunjukkan di mana berlaku kelewatan, bottleneck dan kerja berulang-ulang. Ia juga dapat
menunjukkan gambaran menyeluruh mengenai aktiviti yang dilakukan.
Simbol-simbol tertentu digunakan dalam carta aliran. Simbol-simbol itu termasuklah simbol tindakan, simbol aliran,
simbol pilihan/keputusan,simbol tindakan serentak dan simbol penyambung.
http://gurubashid.com/blog/fail-meja-ketua-panitia-dan-manual-prosedur-kerja/carta-aliran-kerja.html
Simbol-simbol yang digunakan:-
4. Pengurusan Grafik
Memperlihatkan apa yang sudah diketahui sebagai asas untuk belajar yang baru
Secara aktif mencadang dan menilai kemungkinan perhubungan dalam kandungan yang dikaji
Digunakan untuk mengumpul, menyenarai dan menganalisis fakta dan data untuk
membantu menghurai masalah / situasi / kandungan
Antaranya adalah :
1. Membanding dan membeza.
2. Mengkelaskan.
3. Membuat urutan.
4. Menyusun mengikut keutamaan.
5. Membuat ramalan.
6. Menerangkan sebab.
7. Mengusul periksa andaian.
8. Membuat inferens.
9. Mentafsir maklumat.
10. Membuat gambaran mental.
11. Membuat analogi.
12. Membuat keputusan.
http://btpn.moe.edu.my/pspnns/Unit_PSM&HE.PKG/kbkk.htm