Вы находитесь на странице: 1из 6

Wasilah sembilan atau Gayungman sembilan ini dipanggil juga dengan nama ucatan

Hang Tuah, ilmu ini sangat popular dikalangan orang-orang melayu terutamanya
para pendekar. Pendekar yang memiliki ilmu ini memang sukar untuk ditewaskan,
walaupun 1 vs 5 . Pun begitu bukan senang hendak mendapatkannya, kalaupun
dapat tak semua orang mampu memiliknya. Kemujaraban ilmu ini adalah
bergantung kepada keikhlasan dan kesungguhan pengamalnya. Ilmu ini dikatakan
juga antara ilmu yang diamalkan oleh laksamana Hang Tuah. Ilmu ini berguna
sebagai pelindung tubuh badan, pengebal, pengasih, melaju dan mempercepatkan
pergerakan, gagah perkasa, tahan tubuh, awet muda dan lain-lain lagi. Bagi
mendapatkan khasiat-khasiatnya, hendaklah sentiasa diamalkan terutama sekali
selepas solat subuh dan maghrib, insyaAllah mujarab.
Kaifiat mengamalkannya hendaklah baca dahulu Alfatihah satu kali niat hadiah
kepada baginda Rasulullah SAW, ayatul kursi dan selawat tiga kali kemudian
barulah baca isim-isimnnya sebanyak sembilan kali. Bacaan isim ini hendaklah
bersama dijabatkan pada tempat-tempat yang tertentu pada badan kita. Setelah
selesai melakukan amalan ini, hendaklah ditutup dengan mengucap 2 kalimah
syahadah dan selawat tiga kali. Isimnya hanya sembilan patah sahaja.
Ilmu ini mempunyai 4 tahap amalan :
tahap pertama : membaca isim-isimnya 3 kali senafas.
tahap kedua : membaca isimnya 6 kali senafas.
tahap ketiga : membaca isimnya 9 kali senafas.
tahap tertinggi : mengulangi tahap ketiga sebanyak 100 kali.
Apabila amalan sudah sampai ke suatu tahap yang tertentu, pengamal akan diduga
dengan pelbagai ujian mengikut tahap amalan yang dicapainya. Berikut adalah
rajah amalan wasilah sembilan yang diijazahkan dengan secawan garam dan sedikit
mahar.

Вам также может понравиться