Вы находитесь на странице: 1из 26

J a d u a l B e r k a l a d a n S i f a t A t o m |110

UNIT 8
JADUAL BERKALA UNSUR
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir unit ini, anda diharap dapat,
1.
2.
3.
4.
5.
6.

Mengillustrasikan susun atur unsur dalam Jadual Berkala Unsur.


Menyatakan perubahan saiz atom dan ion merentasi kala dan menuruni kumpulan.
Mengaitkan saiz atom dengan tenaga pengionan dan afiniti elektron.
Menjelaskan sifat magnet unsur terhadap ketakseragaman (irregularity) tenaga pengionan pertama
dan afiniti elektron pertama sesetengah elemen antara kala.
Meramalkan jenis sebatian kimia yang dibentuk oleh gabungan unsur-unsur.
Menjelaskan sifat fizik dan kimia bagi logam, bukan logam, metaloid dan gas adi(noble gas).

PETA KONSEP TAJUK


JADUAL BERKALA
UNSUR

Sejarah Jadual Berkala

Jadual Berkala Moden

John Newlands
Sifat merentasi kala
Lothar Meyer

Dmitri Mendeleev

H. J. G. Mosley

Sifat merentasi kumpulan

J a d u a l B e r k a l a d a n S i f a t A t o m |111

Pengenalan
Susunan barangan secara sistematik dalam pasar raya membolehkan pelanggan mencari dan
mendapatkan item-item dengan senang dalam masa yang singkat. Bayangkan keadaan yang akan terjadi
jika barangan terletak secara tidak teratur. Bagaimanakah pula unsure unsur yang wujud di sekeliling kita?
Unsur-unsur ini disusun dengan sistematik dan teratur dalam sebuah jadual yang dinamakan Jadual
Berkala Unsur. Unsur ini disusun menurut struktur elektron agar kebanyakan sifat kimia berubah secara
tetap sepanjang jadual. Setiap unsur disenaraikan menurut nombor atom dan simbol kimia. Jadual ini
mula-mulanya diperkenalkan oleh Dmitri Mendeleev, seorang ahli kimia dari Rusia yang menghimpunkan
unsur-unsur untuk menunjukkan ciri-ciri unsur itu yang berulang ("berkala") mengikut jadual. Jadual ini telah
diperbaiki mengikut peredaran masa, selaras dengan penemuan unsur baru serta penghasilan teori baru
mengenai unsur-unsur.
8.1

Sejarah Perkembangan Jadual Berkala

Pada abad ke-18 dan ke-19, ahli sains banyak menemukan unsur. Unsur-unsur ini telah dikelaskan melalui
banyak peringkat yang melibatkan usaha gigih ahli sains. Usaha ini juga telah menghasilkanJadual Berkala
Unsur yang digunakan hari ini.Sekarang kita akan melihat secara ringkas perkembangan bagaimana saintis
terdahulu melahirkan idea-idea mereka untuk menyusun unsur-unsur kimia dalam sifat kimia yang sama
dalam bentuk jadual supaya senang dipelajari dan difahami. Di antara sumbangan penting saintis yang
terlibat dalam pembinaan Jadual Berkala mengikut tahun ialah seperti berikut;
Antoine Lavoisier (1743 1794)
Pada tahun 1789, Antoine Lavoisier merupakan ahli sains pertama yang mengelaskan bahanbahan termasuk cahaya dan haba kepada logam dan bukan logam.
Walau bagaimanapun, pengelasannya tidak berjaya kerana cahaya, haba, dan beberapa sebatian
yang lain juga dianggap sebagai unsur.
Johann Dobereiner (1780-1849)
Pada tahun 1829, Dobereiner membahagikan unsur-unsur kepada kumpulan. Setiap kumpulan
mengandungi tiga unsur yang mempunyai sifat kimia yang serupa, yang dikenali sebagai triad
Dobereiner.
Jisim atom bagi unsur di tengah hampir sama dengan purata jisim atom bagi dua unsur yang lain
dalam setiap triad.
Pengelasan ini memberikan kesedaran kepada ahli kimia bahawa sifat kimia berhubung kait
dengan jisim atom bagi setiap unsur.
Jadual 6.1 Unsur Triad yang dicadangkan oleh Dobereiner

Li

Ca

Cl

Na

Sr

Se

Br

Ba

Te

Sebagai contoh:

Jisim atom relatif bagi Litium ialah 7.


Jisim atom relatif bagi Natrium ialah 23.
Jisim atom relatif bagi Kalium ialah 39.

J a d u a l B e r k a l a d a n S i f a t A t o m |112

Purata jisim atom relatif bagi Litium dan Kalium ialah 23.

Pengelasan unsur-unsur kepada triad oleh Dobereiner kurang berjaya kerana pengelasan ini hanya terhad
kepada beberapa unsur sahaja
Walau bagaimanapun, hukum triad yang dikemukakan oleh beliau telah mencadangkan satu perhubungan
antara sifat kimia dan jisim atom unsur untuk perkembangan Jadual Berkala pada masa kini.
John Newlands (1837 1898)
Newlands mencadangkan Hukum Oktaf.
Beliau menyusun unsur yang telah wujud mengikut tertib jisim atom yang menaik. Sifat yang
serupa berulang pada setiap unsur kelapan dalam susunannya.
Sumbangan beliau gagal kerana Hukum Oktaf hanya dipatuhi oleh 17 unsur yang pertama.
John Newlands ialah ahli kimia pertama yang menunjukkan kewujudan corak berkala bagi sifat
unsur-unsur.
Susunan beliau tidak berjaya kerana hukum oktaf hanya dipatuhi sebahagian unsur-unsur yang
ditemui ketika itu.
Lothar Meyer (1830 1895)
Pada tahun 1870, Meyer memplot graf isi padu atom melawan jisim atom bagi semua unsur yang
wujud pada ketika itu.Beliau menamakannya Lengkung Meyer.
Beliau menyedari bahawa unsur dengan sifat kimia yang serupa menempati kedudukan yang
setara pada lengkung itu.
Beliau berjaya menunjukkan bahawa sifat unsur dapat membentuk suatu corak berkala terhadap
jisim atomnya.
Berdasarkan kepada lengkung itu, Lothar Meyer mendapati unsur-unsur yang mempunyai sifat
kimia yang serupa menempati kedudukan yang setara dalam Lengkung Meyer. Contohnya ,
Fluorin(F), Klorin(Cl), Bromin(Br) dan Iodin(I) mempunyai sifat kimia yang sama kerana terletak di
bahagian lengkung yang sama.
Berjaya mengesahkan sekali lagi sifat unsur adalah berdasarkan jisim atom unsur.
Dmitri Mendeleev (1839 1907)
Asas kepada bentuk Jadual Berkala Moden sekarang ini.
Mendeleev menyusun unsur mengikut tertib jisim atom yang menaik dan mengelaskannya
mengikut sifat kimia yang serupa.
Beliau meninggalkan tempat kosong dalam jadualnya untuk diisi dengan unsur yang masih belum
dijumpai.
Beliau dapat meramalkan sifat bagi unsur yang belum dijumpai.
Ramalannya begitu tepat sehingga Jadual Berkala mendapat penerimaan ramai.
Antara ramalan beliau ialah:
eka-aluminium (Gallium)
eka-silikon (Germanium)
Unsur-unsur yang tidak sesuai diletakkan ke mana-mana kumpulan biasa disusun ke dalam satu
blok yang berasingan iaitu ke kumpulan logam peralihan. Contoh unsur-unsur tersebut ialah
Mangan(Mn), Besi(Fe), Kobalt(Co) dan Nikel(Ni)
H.J.G. Mosley (1887 1915)
Moseley membuat kajian spektrum sinar-X bagi unsur.
Mengemukakan konsep Nombor Atom.
Daripada eksperimennya, beliau menyimpulkan bahawa nombor proton seharusnya digunakan
sebagai asas bagi perubahan berkala sifat kimia, dan bukannya jisim atom.

J a d u a l B e r k a l a d a n S i f a t A t o m |113

8.2

Moseley mendapati bahawa nombor ini selaras dengan bilangan proton dan elektron dalam atom
unsur-unsur.
Unsur-unsur disusun mengikut tertib nombor atom yang menaik dalam Jadual Berkala dan
memberikan nombor bulat (No Proton) kepada setiap unsur.
Dengan ini, beliau mengesahkan kerja Mendeleev.
Penyusunan serta pengelasan unsur-unsur oleh Moseley telah menghasilkan satu bentuk kekalaan
yang hampir sama dengan bentuk kekalaan apabila unsur-unsur disusun mengikut tertib jisim atom
menaik oleh Dmitri Mendeleev.
Kajian Moseley berjaya mengenalpasti isotop dan berupaya memperbaiki Jadual Berkala
Mendeleev yang seterusnya menghasilkan apa yang kita kenali sebagai Jadual Berkala Moden

Jadual Berkala Moden

Jadual Berkala Moden berdasarkan model yang diperkenalkan oleh Mosley di mana unsur-unsur disusun
mengikut pertambahan nombor proton di barisan mendatar. Wujud suatu ulangan atau keberkalaan di
dalam sifat kimia dan sifat fizik bagi unsur-unsur.
Jadual berkala moden (Rajah 8.1) terdiri daripada 7 baris mendatar yang dinamakan Kala di mana unsurunsur disusun mengikut pertambahan nombor proton dari kiri ke kanan. Semua unsur dalam kala yang
sama mempunyai bilangan petala yang sama. Manakala unsur-unsur yang menpunyai sifat kimia yang
serupa diletakkan di dalam turus menegak yang dikenali sebagai Kumpulan. Menurut sistem IUPAC
terdapat 18 kumpulan yang diberikan nombor 1 hingga 18. Unsur dalam Kumpulan yang sama mempunyai
konfigurasi elektron valens yang sama.
Kumpulan

Rajah 8.1 Jadual Berkala Moden

J a d u a l B e r k a l a d a n S i f a t A t o m |114

Selain menggunakan nama kumpulan berasaskan nombor, kumpulan-kumpulan ini juga dikenali sebagai
nama-nama tertentu.
Kumpulan 1
Kumpulan 2
Kumpulan 3 11
Kumpulan 17
Kumpulan 18

: Logam alkali
: Logam alkali bumi
: Logam peralihan
: Halogen
: Gas nadir

Unsur kumpulan 1, 2, 13 hingga 18 disebut juga unsur peralihan kerana sifat-sifatnya menunjukkan
keberkalaan tertentu atau dalam bentuk mewakili sifat unsur lain dalam sesuatu kumpulan. Ia juga dikenali
unsur kumpulan utama. Unsur kumpulan 3 hingga 12 merupakan unsur kumpulan peralihan. Unsur-unsur
d ibawah jadual utama dikenali sebagai logam peralihan dalaman dengan barisan pertama dikenali sebagai
Siri Lantanida dan barisan kedua dipanggil Siri Aktinida.
Semua unsur dalam jadual berkala dapat dikelaskan kepada 4 blok utama iaitu blok-s, blok -p, blok -d dan
blok-f (Rajah 8.2)

Rajah 8.2 Jadual berkala mengikut blok

Blok s
kumpulan 1 dan 2
nombor kumpulan adalah sama dengan bilangan elektron
valens
pengisian elekton valens hanya melibatkan orbital s sahaja
Konfigurasi elektron valens : ns1 hingga ns2
Contohnya adalah seperti berikut;

Kumpulan 1
Li
Na

[He]
[Ne]

2s1
3s1

[Ar]

4s1

Rb

[Kr]

5s1

Cs

[Xe]

6s1

Fr

[Rn]

7s1

J a d u a l B e r k a l a d a n S i f a t A t o m |115

Blok-p
kumpulan 13 hingga 18
Konfigurasi elektron valens : ns2 np1 hingga ns2 np6
contohnya seperti berikut;

Blok-d

Kumpulan 14
C

[He]

2s2

2p2

Si

[Ne]

3s2

3p2

Ge

[Ar]

4s2

3d10

4p2

Sn

[Kr]

5s2

4d10

5p2

Pb

[Xe]

6s2

5d10

6p2

dikenali sebagai unsur-unsur logam peralihan


kumpulan 3 hingga 12
konfigurasi elektron valens : ns2(n-1)d1 hingga ns2(n-1)d10
contohnya seperti berikut;

Kumpulan 3 dan 12
Sc
Y

[Ar]
[Kr]

4s2
5s2

3d1
4d1

Zn
Cd

[Ar]
[Kr]

4s2
5s2

3d10
4d10

La

[Xe] 6s2

5d1

Hg

[Xe]

6s2

5d10

Ac

[Rn] 7s2

6d1

Blok f
melibatkan unsur-unsur dalam siri lantanida dan aktinida
konfigurasi elektron valens melibatkan sub-petala 4f dan 5f.

8.3

Penentuan Kala dan Kumpulan

Anda telah mempelajari susunan elektron bagi atom-atom dalam Unit 5. Bagaimanakah susunan elektron
atom bagi sesuatu unsur berhubung kait dengan kumpulan dan kalanya.
Bilangan elektron valens dalam satu atom menentukan kedudukan kumpulan sesuatu unsur dalam Jadual
Berkala Unsur.
Bagi unsur-unsur yang mempunyai 1 atau 2 elektron valens,
Nombor kumpulan bagi unsur = bilangan elektron valens di dalam atomnya;
Bagi unsur-unsur yang mempunyai 3 hingga 8 elektron valens,
Nombor kumpulan bagi unsur = bilangan elektron valens di dalam atomnya + 10
Kedudukan kala bagi unsur dalam Jadual Berkala Unsur ditentukan oleh bilangan petala yang berisi
elektron di dalam atom unsur itu. Jadual 8.2 menunjukkan beberapa contohnya.

Jadual 8.2 Hubungkait antara susunan elektron bagi atom unsur dengan kumpulan dan kalanya.

J a d u a l B e r k a l a d a n S i f a t A t o m |116

Unsur

Li

Ca

Al

Cl

Ne

Susunan elektron atom

2.1

2.8.8.2

2.8.3

2.4

2.8.5

2.6

2.8.7

2.8

Bilangan elektron valens

Kumpulan

13

14

15

16

17

18

Bilangan petala yang berisi


elektron

Kala

8.4 Perubahan Sifat Merentasi Kala dan Kumpulan


8.4.1 Jejari Atom
Saiz atom tidak boleh diukur secara langsung dengan tepat kerana awan elektron tidak mempunyai
sempadan yang nyata. Oleh itu ianya diukur secara tidak langsung apabila dua atom terikat seperti
digambarkan dalam Rajah 8.3. Apa yang boleh diukur dengan nyata adalah jarak antara nukleus 2 atom
yang berdekatan (biasanya 2 atom unsur yang sama). Jarak a dibahagi dua adalah bersamaan dengan
jejari atom, b.

Rajah 8.3. Jarak di antara dua nukleus atom dalam molekul dwiatom

Pengetahuan jejari atom membenarkan kita meramal jarak antara 2 nukleus atom yang berbeza yg terikat
bersama (panjang ikatan). Contoh pengiraan panjang ikatan CCl4 (Rajah 8.4).

Rajah 8.4. Panjang ikatan dalam CCl4

J a d u a l B e r k a l a d a n S i f a t A t o m |117

Contoh 8.1 Perhatikan Rajah 6.5 dibawah dengan melihat kesan jejari atom menuruni Kumpulan dan
Kala dan apakah kesimpulan yang boleh anda buat?

Rajah 6.5 Kesan jejari atom mengikut Kumpulan dan Kala

Kesimpulan

Rajah 8.5 Penambahan saiz elemen

Merujuk kepada Rajah 8.5, secara amnya jejari atom bertambah menuruni Kumpulan dan berkurang
merentasi Kala dari kiri ke kanan. Variasi tersebut dapat dijelaskan berdasarkan daripada faktor-faktor
petala dan cas nukleus berkesan (Zkes) yang dipunyai oleh setiap atom.

Cas nukleus berkesan (Zkes) dalah cas bersih yang dirasai olehelektron valens akibat tarikan nukleus.Nilai
kasar cas nukleus berkesan ditentukan oleh formula di bawah;

J a d u a l B e r k a l a d a n S i f a t A t o m |118

Apabila merentasi Kala dari kiri ke kanan, elektron ditambah ke dalam petala valen. Memandangkan nilai S
tetap sama tetapi bilangan proton Z bertambah menyebabkan cas nukleus berkesan (Zkes) bertambah. Oleh
itu daya tarikan antara nukleus dengan elektron bertambah menyebabkan jejari atom semakin berkurang
apabila merentasi kala dari kiri ke kanan.
Apabila menuruni Kumpulan, jejari atom bertambah kerana bilangan petala, n bagi elektron bertambah di
mana unsur berikutnya dalam kumpulan yang sama mempunyai lebihan satu petala bagi elektron-elektron.
Oleh itu semakin besar nombor kuantum utama, n, bagi elektron terkeluar lebih besar saiz sesuatu atom
apabila menuruni sesuatu kumpulan.
Bagi unsur kumpulan blok-d, perubahan saiz atom adalah kecil disebabkan pertambahan elektron berlaku
dalam orbital 3d yang terletak di sebelah dalam sedangkan saiz atom keseluruhan bergantung kepada
orbital 4s yang terletak di sebelah luar.
8.4.2

Saiz Ion

Apabila atom sesuatu unsur menerima atau menyingkirkan elektron untuk membentuk ion, saiznya akan
berubah. Ini adalah kerana penerimaan atau penyingkiran elektron pada atom akan menyebabkan:
perubahan dalam Zkes
perbezaan bilangan proton dan elektron pada atom/ion tersebut
pertambahan atau pengurangan bilangan orbital pada atom
i)

Saiz Kation
A A+ + e-

Saiz

A2+ < A+ < A

Pembentukan ion positif (kation) melibatkan penyingkiran elektron. Kesan tarikan nukleus terhadap elektron
menjadi semakin kuat. Awan elektron petala terluar mengecut menyebabkan saiz kation lebih kecil daripada
atom induknya (Rajah 8.3). Pengurangan bilangan petala valen juga menyebabkan saiz kation mengecil
daripada saiz atom unsurnya. Saiz atom/ion biasanya diukur dalam pikometer (pm).

J a d u a l B e r k a l a d a n S i f a t A t o m |119

Jadual 8.3 Saiz Jejari Kation dibandingkan Jejari Unsur

ii)

Unsur

Saiz (pm)

Ion

Saiz (pm)

37

H+

37.5

Cu

117

Cu+

96

Zn

125

Zn2+

74

Al

145

Al3+

50

Li

152

Li+

60

Mg

160

Mg2+

65

Na

186

Na+

95

Saiz Anion
A + e- A-

Saiz

A2- > A- > A

Pembentukan anion melibatkan penambahan elektron. Kesan tolakan antara elektron valen bertambah kuat
menyebabkan awan elektron mengembang dan saiz ion negatif (anion) menjadi lebih besar daripada saiz
atom unsurnya (Jadual 8.4).
Jadual 8.4 Saiz Jejari Anion dibandingkan Jejari Unsur

iii)

Unsur

Saiz (pm)

Ion

Saiz (pm)

64

F-

136

66

O2-

140

Cl

99

Cl-

181

104

S2-

184

110

P3-

212

Br

114

Br-

195

Se

117

Se2-

198

Saiz Ion dalam Kala sama (Merentasi Kala)

Secara amnya saiz kation atau anion semakin berkurang apabila merentasi kala dari kiri ke kanan seperti
yang ditunjukkan Jadual 8.5.

J a d u a l B e r k a l a d a n S i f a t A t o m |120

Jadual 8.5 Jejari ion bagi unsur-unsur dalam kumpulan utama (pikometer, pm)

iv)

Saiz Ion dalam Kumpulan sama (Menuruni Kala)

Dalam kumpulan yang sama, saiz ion (dengan cas yang sama) bertambah dari atas ke bawah (Jadual 8.5).

v)

Saiz Ion dalam Siri Isoelektronik

Ion-ion yang mempunyai konfigurasi elektron yang sama (isoelektronik) menunjukkan pengurangan saiz
ion dengan bertambahnya nombor proton. Ini adalah kerana pertambahan nombor proton menyebabkan cas
nukleus berkesan bertambah dan akibatnya elektron ditarik lebih kuat oleh nukleus dan jejari kation
mengecil (Jadual 8.6).
Jadual 8.6. Jejari ion bagi unsur-unsur isoelektronik
Atom

Konfigurasi elektron bagi


atom

Saiz Atom
(pm)

Ion

Saiz Ion
(pm)

1s2 2s2 2p4

66

O2-

1s2 2s2 2p6

140

1s2 2s2 2p5

64

F-

1s2 2s2 2p6

136

Ne

1s2 2s2 2p6

70

Na

1s2 2s2 2p6 3p1

186

Na+

1s2 2s2 2p6

95

Mg

1s2 2s2 2p6 3s2

160

Mg2+

1s2 2s2 2p6

65

Al

1s2 2s2 2p6 3s2 3p1

143

Al3+

1s2 2s2 2p6 3s1

50

J a d u a l B e r k a l a d a n S i f a t A t o m |121

8.4.3 Tenaga Pengionan


Tenaga Pengionan

tenaga minimum untuk menyingkirsatu mol elektron daripada satu mol


atom neutral dalam keadaan bergas untuk membentuk satu mol ion positif
dalam keadaan gas. Bagi satu unsur X, persamaan yang terlibat ialah;
X(g) X+(g) + e

Tenaga Pengionan
Pertama

= tenaga minima untuk menyingkir elektron pertama daripada keadaan asas


bagi jumlah satu mol atom yg neutral dalam keadaan bergas.

Tenaga Pengionan
Kedua

= tenaga minima untuk menyingkir elektron kedua daripada keadaan asas bagi
jumlah satu mol atom yang neutral dalam keadaan bergas.
X+(g) X2+(g) + e

Contoh 8.2Tenaga pengionan pertama dan kedua bagi natrium


Na
1s2 2s2 2p6 3s1
Na+
1s2 2s2 2p6

Na2++

Na++

Ei1 = 496 kJ/mol

1s2 2s2 2p6 3s0


e

Ei2 = 4562 kJ/mol

1s2 2s2 2p5

Magnitud tenaga pengionan mengambarkan kekuatan daya tarikan nukleus terhadap elektron. Semakin
tinggi tenaga pengionan semakin kuat tarikan nukleus terhadap elektron dan semakin sukar untuk elektron
disingkirkan (Rajah 8.6).

Tenaga Pengionan (kJ/mol)

J a d u a l B e r k a l a d a n S i f a t A t o m |122

Rajah 8.6 Perbandingan Tenaga Pengionan Pertama, Kedua sehingga Ketujuh unsur-unsur kala ke-3

Faktor-faktor yang mempengaruhi nilai tenaga pengionan adalah seperti berikut;


a) jejari atom apabila jejari atom bertambah, tarikan nukleus terhadap elektron valen berkurang
menyebabkan tenaga pengionan rendah.
b) cas nukleus berkesan pertambahan cas nukleus berkesan memyebabkan tarikan nukleus
terhadap elektron valen semakin kuat; tenaga pengionan bertambah.
c) kesan penskrinan kesan penskrinan mengurangkan kesan tarikan nukleus ke atas elektron di
petala valen menyebabkan pengurangan nilai tenaga pengionan.
8.4.3.1 Perubahan Tenaga Pengionan (TP)

Apabila merentasi sesuatu kala, secara amnya TP bertambah.


Dari kiri ke kanan sesuatu kala, cas nukleus berkesan meningkat, menyebabkan jejari atom
semakin kecil. Elektron valens ditarik dengan lebih kuat oleh nukleus atom. Maka lebih banyak
tenaga diperlukan untuk menyingkirkan elektron valens itu.

J a d u a l B e r k a l a d a n S i f a t A t o m |123

Kala 2 :
TP pertama Ne > TP pertama F >TP pertama O
Kala 3 :
TP pertama P > TP pertama Si > TP pertama Al

Apabila menuruni kumpulan, TP berkurang.


Dari atas ke bawah kumpulan, saiz atom bertambah menyebabkan tarikan nukleus ke atas
elektron valensi semakin lemah dan semakin kurang tenaga diperlukan untuk membebaskan
elektron tersebut.
Kumpulan
TP pertama Na > TP pertama K > TP pertama Rb

Rajah 8.7 Perubahan Tenaga Pengionan atom

J a d u a l B e r k a l a d a n S i f a t A t o m |124

Kes anomali
TP pertama Be >TP pertama B
TP pertama N >TP pertama O
Be : 1s2 2s2
( Kump. 2 )
Be : 1s2 2s2 2p1 ( Kump. 13 )
N : 1s2 2s2 2p3 ( Kump. 15 )
O : 1s2 2s2 2p4 ( Kump. 16 )
Orbital terkeluar yang terisi penuh (Be) dan terisi separuh penuh (N) memberikan kestabilan
tambahan kepada atom-atom tersebut. Ini menyebabkan elektron valens sukar dilepaskan, maka
TP adalah lebih tinggi daripada yang dijangka.

Siri Tenaga Pengionan (Pertama, Kedua dan seterusnya)


TP < TP I < TP II
Siri tenaga pengionan bagi sesuatu unsur dapat memberikan maklumat penting tentang konfigurasi
elektronnya (Rajah 8.8).
Perubahan mendadak TP antara TP ke-n dan TP ke-(n+1) bermakna :
1)
2)

elektron ke-(n+1) adalah dari petala yang lebih dalam.


Unsur tersebut mempunyai sebanyak n elektron

Rajah 8.8 Perbandingan Tenaga Pengionan Pertama, Kedua sehingga Ketujuh unsur-unsur kala ke-3

J a d u a l B e r k a l a d a n S i f a t A t o m |125

8.4.3.2 Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Tenaga Pengionan (TP)


o
o
o

Jejari atom
Cas nukleus berkesan ( Zkes )
Kesan penskrinan

Pembentukan ion negatif biasanya melibatkan pembebasan tenaga H = -ve


Jika elektron kedua diterima dan bilangan proton dalam nukleus adalah tetap, tenaga diserap untuk
mengatasi daya tolakan elektrostatik antara elektron kedua dan cas negatif pada anion, maka H = +ve
Contoh 8.3 Jelaskan mengapa:
O + e O-

H = -ve

O + e O2-

H =+ve

Penyelesaian:
Penerimaan elektron kedua oleh O- untuk membentuk O2- memerlukan tenaga untuk mengatasi daya
tolakan antara elektron kedua dengan cas negatif pada ion O-.

8.4.3.3 Faktor-Faktor Penyebab Keadaan Anomali


a)

Konfigurasi elektron

Elektron dalam orbital yang terisi penuh lebih stabil daripada elektron dalam orbital separuh terisi. Ini
menyebabkan tenaga pengionan pertama jauh lebih besar untuk unsur Kumpulan 2 jika dibandingkan
dengan unsur Kumpulan 1. Dalam Kumpulan 2, orbital s terisi penuh iaitu ns 2 manakala orbital s terisi
separuh iaitu ns1 dalam Kumpulan 1.
Contoh 8.4 Terangkan kenapa tenaga pengionan Mg (no. proton 12) lebih besar daripada Na (No.
proton 11)
Penyelesaian
Na : [Ne]

Mg: [Ne]

3s
3s
Orbital s untuk Mg terisi penuh manakala orbital s untuk Na terisi separuh. Oleh itu tenaga
pengionan unsur Mg lebih tinggi daripada Na.

b) Jenis subpetala
Dalam petala yang sama, kekuatan tarikan nukleus terhadap elektron adalah mengikut turutan dibawah;
s>p>d>f
Elektron dalam petala s paling sukar dikeluarkan disebabkan jaraknya yang terdekat dengan nukleus, maka
tenaga pengionan adalah paling tinggi jika dibandingkan dengan petala lain.

J a d u a l B e r k a l a d a n S i f a t A t o m |126

Contoh 8.5 Terangkan kenapa tenaga pengionan pertama Be (Kumpulan 2) lebih besar dari Boron, B
( Kumpulan 13).
Penyelesaian
Be : 1s2 2s2; [He]

B : 1s2 2s2 2p1; [He]


2s

2s

2p

Tenaga pengionan Be lebih besar daripada B. Ini boleh dijelaskan dengan melihat konfigirasi elektron
bagi Be yang mempunyai elektron dalam petala s yang lebih kuat ditarik oleh nukleus berbanding B
yang mempunyai elektron dalam petala p yang lebih lemah ditarik nukleus.

c)Tolakkan Di antara Dua Elektron Dalam Orbital Yang Sama


Tenaga pengionan lebih rendah jika terdapat tolakkan di antara dua elektron dalam orbital yang sama.
Contoh 8.5 Kenapa Oksigen (Kumpulan 16) mempunyai tenaga pengionan pertama yang lebih
rendah dibandingkan dengan Nitrogen ( Kumpulan 15).
Penyelesaian
N : 1s2 2s2 2p3 ; [He]

2s

2p

2s

2p

O : 1s2 2s2 2p4; [He]


Merujuk kepada susunan elektron dalam orbital bagi atom oksigen di atas, elektron dalam orbital
pertama 2p adalah berpasangan. Ini menghasilkan tolakkan dan tidak stabil jika dibandingkan
susunan elektron dalam orbital 2p dalam atom nitrogen yang tidak berpasangan. Ini menyebabkan
elektron mudah disingkirkan dalam orbital 2p atom oksigen dan seterusnya menghasilkan tenaga
pengionan pertama yang rendah.
d) Gas Nadir
Gas nadir mempunyai tenaga pengionan yang sangat tinggi kerana konfigurasi elektronnya yang stabil iaitu
orbital-orbital yang penuh terisi.
Contohnya seperti atom Ne
Ne: 1s2 2s2 2p3 ; [He]
2s

2p

J a d u a l B e r k a l a d a n S i f a t A t o m |127

8.5

Afiniti Elektron

Afiniti elektron (EA) ialah perubahan tenaga yang terlibat apabila satu mol elektron ditambah kepada satu
atom dalam keadaan gas untuk membentuk ion negatif.
X (g) + e-X- (g)

H =

Afiniti elektron merupakan satu ukuran kecenderungan satu atom unsur untuk menarik elektron bagi
membentuk ion negatif.
Pembentukan ion negatif biasanya melibatkan pembebasan tenaga (H = -ve) kecuali unsur Kumpulan 2
(orbital terisi penuh) yang mana tenaga perlu dibekalkan (H = +ve ). Oleh itu semakin besar
kecenderungan suatu atom itu untuk menerima elektron, semakin besar nilai tenaga yang dibebaskan.
Nilai Afiniti elektron yang tinggi biasanya merujuk kepada magnitud nilai negatifnya.
Misalnya:
Unsur
Afiniti Elektron (kJ mol-1)

Daripada jadual di atas:

Be

+238

-27

-122

-328

EA bagi F > C > B > Be

Nilai EA berlawanan dengan tenaga pengionan


Tenaga Pengionan:
(elektron disingkir)
Afiniti Elektron
(elektron diterima)

Cl (g) Cl- (g) + e[Ne] 3s2 3p5 [Ne] 3s2 3p4


Cl (g) + e- Cl-(g)
[Ne] 3s2 3p4 [Ne] 3s2 3p5

H = 1,251 kJ mol-1

H = -349 kJ mol-1

Lebih besar daya tarikan nukleus atom dengan elektron yang ditambah lebih tinggi (negatif) nilai EA. Jika
nilai EA adalah positif, atom kurang cenderung menerima elektron. Contohnya seperti berlaku kepada gas
Argon
Ar (g) + e[Ne] 3s23p6

8.5.1

Ar- (g)
H >0
2
6
[Ne] 3s 3p 4s1

Perubahan afiniti elektron, EA


a) Apabila merentasi sesuatu kala, EA unsur semakin bertambah.
Apabila merentasi kala, saiz atom berkurang, cas nukleus berkesan bertambah dan kesan
tarikan nukleus ke atas elektron mendatang semakin kuat; maka semakin banyak tenaga
dibebaskan

J a d u a l B e r k a l a d a n S i f a t A t o m |128

Contoh 8.6 Jelaskan mengapa afiniti elektron Cl lebih besar daripada atom S
Penyelesaian
Atom Cl mempunyai saiz yang lebih kecil daripada atom S. Oleh itu daya tarikan cas nucleus
terhadap elektron valensi dalam ion Cl- adalah lebih kuat berbanding dengan ion S-

b) Apabila menuruni kumpulan, EA unsur semakin berkurang


Apabila menuruni kumpulan, saiz atom bertambah menyebabkan daya tarikan nukleus
terhadap elektron mendatang semakin lemah, maka A semakin berkurang.

Contoh 8.7 Afiniti elektron bagi atom karbon adalah 122 kJ mol-1. Tetapi bagi atom nitrogen adalah
+9 kJ mol-1. Jelaskan.
Penyelesaian
C: 1s22s22p2
N: 1s22s22p3
Atom C berkecenderungan menerima lagi satu elektron bagi mencapai konfigurasi yang stabil (petala
diisi separuh penuh). Manakala orbital-orbital dalam subpetala atom N sudah stabil. Oleh itu,
memasukkan satu lagi elektron ke dalam subpetala 2p atom N yang sudah stabil memerlukan
tenaga. Proses ini merupakan proses endoterma dan H adalah bernilai positif.

8.6

Kelektronegatifan

Mempunyai hubungan rapat dengan Tenaga Pengionan dan Afiniti Elektron. Keelektronegatifan merupakan
ukuran kebolehan satu atom untuk menarik elektron pengikatan. Semakin tinggi keelektronegatifan suatu
atom, semakin tinggi kecenderungannya untuk menarik elektron kepadanya.
Faktor-faktor yang mempengaruhi nilai keelektronegatifan :
a. Bilangan petala
b. Saiz atom
c. Cas nukleus berkesan
d. Kesan penskrinan
Perubahan pada keelektronegatifan
Apabila merentasi sesuatu kala, keelektronegatifan unsur semakin bertambah
Apabila menuruni kumpulan, keelektronegatifan semakin berkurang
Semakin besar perbezaan keelektronegatifan antara atom-atom yang terlibat dalam pengikatan, semakin
berkutub ikatan kovalen yang terbentuk. Peratus ciri ion dalam ikatan kovalen tersebut semakin tinggi.

J a d u a l B e r k a l a d a n S i f a t A t o m |129

8.7

Sifat-sifat Magnet

Sifat lain berkaitan dengan kofigurasi elektron atom atau ion ialah kelakuannya apabila dalam medan
magnet. Suatu atom atau ion dikatakan bersifat diamagnetik jika semua elektronnya berpasangan kerana
kesan magnet individu saling mematikan. Oleh itu, spesis ditolak lemah apabila berada dalam medan
magnet. Sebaliknya, jika terdapat elektron tunggal, maka kesan magnet individu tidak saling mematikan.
Elektron tunggal ini memiliki suatu momen magnet yang menyebabkan tertarik ke dalam medan magnet
luar. Makin banyak bilangan elektron tunggal, makin kuat tarikannya. Terdapat 3 unsur semulajadi
bermagnet iaitu besi, cobalt dan nikel. Sebagai contohnya, sifat magnetik bagi unsur Mg dan Na adalah
seperti berikut;
Unsur

8.8

Konfigurasi elektron

Sifat magnetik

Mg

[Ne]3s2

Diamagnetik
(dua elektron berpasangan pada orbital s)

Na

[Ne]3s1

Paramagnetik
(satu elektron tunggal)

Sifat Logam, Bukan Logam dan Metaloid

Sifat logam bertambah apabila menurun Kumpulan dan berkurang apabila merentasi Kala dari kiri ke kanan
Jadual Berkala. Peralihan dari unsur logam kepada unsur bukan logam adalah secara beransur melalui
unsur-unsur metaloid (Rajah 6.1)

8.9

Keberkalaan Sifat Kimia dan Fizik

8.9.1

Sifat Fizik

Kekuatan ikatan di antara zarah-zarah bahan itu dalam fasa pepejal atau cecair digambarkan oleh nilai takat
lebur dan takat didih suatu bahan.
Faktor yang mempengaruhi takat lebur dan takat didih;

tekanan atmosfera

kekuatan ikatan atau daya tarikan antara spesies :


a) ikatan hidrogen antara molekul
b) daya Van der Waals antara molekul
c) daya tarikan elektrostatik

struktur atau susunan padat unsur

a) Perubahan Takat Lebur Dan Takat Didih Merentasi Kala 3

J a d u a l B e r k a l a d a n S i f a t A t o m |130

i)

Struktur logam (Na hingga Al)

Atom-atom logam dipegang bersama oleh ikatan logam. Apabila merentasi kala dari unsur natrium
dan aluminium, takat didih atau takat lebur meningkat kerana ikatan logan semakin kuat akibat
pertambahan bilangan elektron valens yang terlibat dalam pembentukan ikatan logam.
ii) Struktur molekul kovalen raksasa, Si
Si mempunyai takat didih dan takat lebur yang sangat tinggi kerana Si wujud sebagai molekul
raksasa dimana setiap atom Si diikat secara kovalen dengan 4 atom Si yang lain dalam bentuk
tetrahedron yang berjumlah infiniti. Lebih banyak tenaga haba diperlukan untuk meleraikan ikatan
kovalen yang kuat itu.
iii) Struktur molekul ringkas ( P hingga Ar )
Unsur-unsur fosforus (P), sulfur (S), klorin (Cl) dan Argon (Ar) merupakan unsur bukan logam yang
wujud sebagai molekul P4, S8, Cl2 dan Ar (monoatom). Takat lebur dan takat didih bertambah
dalam tertib Ar < Cl2 < P < S.
Ini adalah kerana setiap unsur tersebut membentuk struktur molekul ringkas melalui daya Van der
Waals yang lemah.

8.9.2
a)

Unsur

Struktur

Ar
Cl
P
S

Ar (atom)
Cl2
P4
S8

Kekuatan daya van der Waals antara molekul bertambah


dengan pertambahan saiz molekul.
Maka; Saiz molekul Ar < Cl2< P4< S8

Sifat Kimia
Kereaktifan unsur Kala 3

Unsur-unsur dalam Kala 3 terdiri daripada Na hingga Ar terdiri daripada unsur logam dan bukan logam.
Kecenderungan untuk menderma elektron dari kiri ke kanan Jadual Berkala dikaitkan dengan sifat logam
unsur iaitu terdiri daripada Na, Mg dan Al. Manakala kecenderungan untuk menerima elektron dikaitkan
dengan unsur bukan logam terdiri daripada P, S dan Cl.
Unsur akan mengalami pengoksidaan apabila menderma elektron manakala mengalami penurunan apabila
menerima elektron. Agen penurunan ialah bahan yang boleh menderma elektron manakala agen
pengoksidaan ialah bahan yang boleh menerima elektron.
Kereaktifan unsur-unsur kala ketiga :
Na > Mg > Al > Si > P > S > Cl > Ar

J a d u a l B e r k a l a d a n S i f a t A t o m |131

Kuasa penurunan atau kecenderungan menderma elektron valens berkurang apabila merentasi kala kerana
a)
b)
c)
d)

TP dan afiniti elektron bertambah


Keelektronegatifan bertambah
Keelektropositifan berkurang
Keupayaan elektrod piawai Eo

Kekuatan agen penurunan bertindak balas cergas dengan oksigen bagi tiga unsur pertama pada kala ke-3
Na > Mg > Al
Kuasa pengoksidaan atau kecenderungan menerima elektron valens bertambah apabila merentasi kala.
Kekuatan agen pengoksidaan tiga unsur daripada kala ke-3 bertindak balas perlahan dengan oksigen.
P < S < Cl
Corak berkala dalam sifat sebatian
Oksida unsur

Na2O

MgO

Al2O3

bes

SiO2

P4O10

amfoterik

SO3

Cl2O7

asid

Unsur-unsur Kumpulan Sama mempunyai sifat kimia sama. Berikut adalah contoh bagi unsur kumpulan 1
yang mempunyai sifat kimia yang sama.
Kump. 1 TB dengan gas halogen bagi membentuk sebatian halida (MX)
Li + Cl2 LiCl
Na + Cl2 NaCl
K + Cl2 KCl
Rb + Cl2 RbCl
Cs + Cl2 CaCl
Merentasi kala :
IE (Tenaga Pengionan) unsur-unsur pada bahagian kiri kala adalah tinggi. Unsur-unsur ini cenderung
menderma elektron mengalami pengoksidaan.
EA (Afiniti Elektron) unsur-unsur pada bahagian kanan kala adalah tinggi. Unsur-unsur ini (kecuali kump.
18) cenderung menerima elektron mengalami penurunan.
Sebagai contoh adalah unsur-unsur bagi kala ke tiga seperti
Unsur-unsur kala ke-3:

Na

Mg

Al

Cenderung mengalami
pengoksidaan

Si

Cl

Ar

Cenderung mengalami
penurunan

J a d u a l B e r k a l a d a n S i f a t A t o m |132

Tindak balas (TB) dengan O2


2 Na + O2 Na2O

Hasil TB bersifat bes: Na2O + H2O 2NaOH

Mg + O2 MgO

Hasil TB bersifat bes: MgO + H2O Mg(OH)2

2 Al + 3 O2 Al2O3

Hasil TB bersifat amfoterik:


Sifat bes:

Al2O3 + 6 HCl 2AlCl3 + 3H2O

Sifat asid:

Al2O3 + 2 NaOH + 3 H2O 2 NaAl(OH)4

P4 + 3 O2 P4O6

Hasil TB bersifat asid: P4O6 + 6 H2O 4 H3PO3

2 S + 3O2 2 SO3

Hasil TB bersifat asid: SO3 + H2O H2SO4

2Cl + O2 Cl2O

Hasil TB bersifat asid: Cl2O + H2O 2 HOCl

Ar + O2 tiada TB

J a d u a l B e r k a l a d a n S i f a t A t o m |133

Latihan
8.1

Pilih atom atau ion dengan saiz paling besar dalam setiap set berikut.

a)
b)
c)
d)
8.2

8.3

Ge, Te, Se, Sn


C, F, Br, Ga
Cr, Cr2+, Cr3+
O, O2-, S, S2-

Ramalkan konfigurasi electron bagi atom berikut.

a)
b)
c)
d)

Mg
Ge
Cd
Gd

a)

Kedudukan fransium lebih rendah daripada kalium dalam Kumpulan 1 Jadual Berkala Unsur.
Berdasarkansifat kalium, ramalkan sifat fi zik dan sifat kimia fransium.
Maklumat tentang klorin, bromin, dan iodin disenaraikan seperti yang berikut:
Klorin dan iodin menunjukkan sifat kimia yang serupa.
Kereaktifan berkurang daripada klorin kepada bromin dan kemudian kepada iodin.
Terangkan setiap maklumat ini.

b)

c)

Bandingkan takat didih klorin, bromin, dan iodin. Terangkan jawapan anda.

8.4

Jadual 6
Unsur
W
X
Z

Kumpulan
1
6
17

Jadual 6 menunjukkan kedudukan kumpulan bagi unsur W, X, dan Y dalam Jadual Berkala Unsur.
Unsur W dan X terletak dalam Kala 4 manakala unsur Y terletak dalam Kala 5 Jadual Berkala
Unsur.
a)
b)
c)
8.5

Unsur W dan X ialah logam. Huraikan sifat istimewa bagi unsur X yang membezakannya
daripada unsur W.
Unsur W dan Y ialah pepejal pada suhu dan tekanan bilik. Nyatakan dua sifat fi zik yang
berbeza antara dua unsur ini.
Huraikan satu ujian kimia untuk membezakan antara unsur W dengan unsur Y.

Unsur L mempunyai nombor proton 11. Oksida L ialah serbuk putih. Ramalkan sama ada oksida L
bersifat bes ataupun asid. Huraikan satu ujian kimia untuk mengesahkan ramalan anda.

J a d u a l B e r k a l a d a n S i f a t A t o m |134

Jawapan
8.1 a) Sn
b) Ga
c) Cr
d) S28.2 a) 1s22s22p63s2
b) 1s22s22p63s23p63d104s24p2
c) 1s22s22p63s23p63d104s24p64d105s2
d) 1s22s22p63s23p63d104s24p64d104f75s25p65d16s2
8.3 a) Fransium ialah logam yang lembut dengan ketumpatan dan takat lebur yang rendah berbanding
dengan logam lain seperti ferum dan kuprum. Fransium juga mempunyai kekerasan, ketumpatan
dan takat didih yang paling rendah dibandingkan dengan unsur lain dalam Kumpulan 1. Walau
bagaimanapun, Fransium mempunyai saiz yang paling besar jika dibandingkan dengan unsur lain
dalam kumpulan 1. Fransium juga mempunyai permukaan kelabu yang berkilat. Unsur-unsur
kumpulan ini ialah konduktor haba dan elektrik yang baik.
Fransium bertindak balas dengan air secara cergas untuk menghasilkan larutan hidroksida
Fransium beralkali dan gas hidrogen, H2. Fransium terbakar dalam gas oksigen, O2 dengan
cepat untuk menghasilkan pepejal Fransium oksida logam. Fransium terbakar dalam gas klorin,
Cl2 untuk membentuk pepejal putih Fransium klorida.
b) Kereaktifan berkurang apabila menuruni kumpulan kerana saiz molekul semakin besar dan petala
terakhir berada semakin jauh dari nukleus. Jadi, kebolehan nukleus untuk menarik elektron dari
luar semakin berkurang.
c) Takat lebur dan takat didihnya semakin meningkat kerana saiz molekulnya semakin bertambah
apabila menuruni Kumpulan 17.
8.4 a) X merupakan unsur separa logam yang digunakan sebagai semikonduktor manakala Y merupakan
unsur logam alkali bumi. Semikonduktor digunakan untuk membuat diod dan transistor. Diod dan
transistor digunakan untuk membuat mikrocip yang dipasang pada komputer, iPad, iPhone, telefon
bimbit, televisyen LCD, perakam video, kalkulator, radio, dan peralatan mikroelektronik yang lain.
W

b) W merupakan pepejal berwarna putih manakala Y merupakan pepejal berwarna keunguan.


merupakan konduktor haba dan elektrik yang baik manakala Y tidak.
c) Logam alkali bertindak balas dengan air secara cergas untuk menghasilkan larutan hidroksida
logam beralkali dan gas hidrogen, H2. Sebagai contoh,
2Li(p) + 2H2O(ce) 2LiOH(ak) + H2(g)
Litium

Air

Litium
hidroksida

Gas
hydrogen

Y bertindak balas dengan air untuk membentuk dua jenis asid. Sebagai contoh,
Cl2(ak) + H2O(ce) HCl(ak) + HOCl(ak)
Klorin

Air

Asid
hidroklorik

Asid
hipoklorus

J a d u a l B e r k a l a d a n S i f a t A t o m |135

8.5

Oksida L bersifat bes.


Pepejal oksida logam yang terbentuk larut di dalam air untuk membentuk larutan hidroksida logam
yang beralkali. Kertas litmus akan bertukar dari warna merah ke biru jika dimasukkan dalam larutan
yang terbentuk.
Li2O(p) + H2O(ce) 2LiOH(ak)
Litium
oksida

Air

Litium
hidroksida

Rujukan
Brown, LeMay and Bursten (2005). Chemistry: The Central Science. 10th edition. Prentice Hall.
Chang, R. (2007). Chemistry, New York: McGraw-Hill.
Ibrahim, R. (2001). Asas Kimia. Malaysia: Uni-Ed Publications Sdn. Bhd.
McMurry, J. & Fay, R. C. (2001). Chemistry, New Jersey: Prentice Hall.
Silberberg, M. S. (2009). Chemistry: The Molecular Nature of Matter and Change. 5th Edition. New York.
McGraw-Hil Higher Education.

Вам также может понравиться