Вы находитесь на странице: 1из 2

http://www.angkasa.coop/pelancar/arkib/okt04/tadbir.

htm
Cabaran Dalam Tadbir Urus Koperasi
TADBIR urus didefinisikan tindakan yang dilaksanakan oleh golongan yang
mempunyai kuasa daripada pelbagai peringkat pengurusan untuk mencapai
kecemerlangan, kecekapan, persamaan, penglibatan yang menyeluruh, ketulusan dan akauntabliti dalam pengurusan
dan pentadbiran. Dalam bidang koperasi, tadbir urus satu isu semasa dan berterusan yang sebahagian besar
bebanannya terletak kepada Anggota Lembaga Koperasi (ALK). Terdapat beberapa cabaran dalam tadbir urus yang
perlu diberi perhatian oleh ALK bagi memastikan pengurusan dan pentadbiran koperasi dilaksanakan dengan lebih
efektif. Antara cabaran tersebut ialah:

Pendidikan
Pendidikan, latihan dan maklumat antara prinsip yang terdapat dalam
perjuangan koperasi. Ia menjadi asas kepada keberkesanan tadbir urus. Namun demikian, prinsip ini
semakin dilupakan oleh ALK, terutamanya koperasi dewasa. Terlalu kurang pendidikan mengenai ilmu
koperasi yang dianjurkan oleh koperasi dewasa. Sebaliknya bagi koperasi sekolah, ianya antara aktiviti
tahunan utama koperasi. Malah, sesetengah anggota koperasi dewasa yang menghadiri kursus tidak
memberi perhatian yang sepenuhnya kepada kursus yang dihadiri. Mereka lebih berminat meminta dan
mengumpulkan cenderamata seperti fail, pen dan elaun menghadiri kursus. Mereka seolah-olah melupakan
tujuan pendidikan tersebut dianjurkan. Malah, ada sesetengah kursus koperasi yang dianjurkan tidak
mendapat sambutan daripada anggota yang lain. Tanpa pendidikan, anggota tidak akan memahami
sepenuhnya matlamat penubuhan koperasi yang sebenarnya. Tanpa ilmu, tadbir urus yang baik akan sukar
dicapai dalam pentadbiran koperasi.

Akta, Peraturan Dan Undang-Undang Kecil


Perundangan koperasi adalah sumber utama yang menjadi petunjuk gerakan
koperasi. Ianya menjadi asas dan panduan bagaimana koperasi harus beroperasi. Apa yang boleh dibuat dan
apakah pula halangan-halangan kuasa ALK dinyatakan dengan jelas dalam perundangan koperasi. Oleh
yang demikian pemahaman anggota dalam perundangan terutamanya undang-undang kecil koperasi adalah
penting. Jika ALK tidak meng-ambil berat untuk memahami isi kandungan perundangan masing-masing,
maka tadbir urus akan menjadi lemah. Maka, akan berlaku-lah pengambilan keputusan dan tindakan
berdasarkan emosi dan logik. Tindakan ini adalah tanda-tanda menunjukkan kelemahan pemahaman
kepada perundangan koperasi. Sebenarnya, dalam pentadbiran koperasi, sebarang konflik atau
ketidaktentuan dalam mengambil dan membuat ke-putusan harus dirujuk kepada perundangan sebelum
keputusan yang terbaik diputuskan oleh ALK dan anggota koperasi.

Perlaksanaan Amalan Sadik


Sadik, salah satu nilai etika yang
penting di dalam tadbir urus sesebuah koperasi. Sadik bermaksud benar dalam segala-galanya. Benar dari
segi pertuturan, pemikiran dan tingkah laku tanpa sebarang niat dan prasangka yang negatif. Jika anggota
dapat mengamalkan nilai ini di dalam kehidupan sebagai koperator semasa menjalankan tanggungjawab
sebagai anggota maka, kebarangkalian kecemer-langan dalam tadbir urus adalah tinggi. Didapati bahawa
ramai anggota koperasi meminta agar sebahagian perundangan koperasi diubah, dimansuh atau ditambah
bagi menjamin kejayaan tadbir urus koperasi. Ini adalah pandangan yang kurang tepat. Kejayaan tadbir
urus koperasi tidak bergantung sepenuhnya kepada pindaan perundangan. Perundangan koperasi hanya
sebagai panduan dalam berkoperasi sahaja. Per-ubahan dan pindaan perundangan koperasi tidak perlu
dilakukan dengan kerap. Malah, pemahaman dalam amalan nilai sadik lebih penting bagi menjamin tadbir
urus yang baik berbanding pindaan perundangan yang akan dilakukan. Anggota koperasi mesti telus dan
bertanggungjawab yang akan dijadikan asas kejayaan dalam tadbir urus.

Kepimpinan
Semua pemimpin koperasi perlu

memahami konsep tadbir urus. Mereka harus menjadi penggerak untuk menjayakan tadbir urus dan
memastikan amalan tadbir urus tersebut kekal berterusan di koperasi masing-masing. Mereka juga harus
cekap dalam mengimbangi per-ubahan dasar-dasar kerajaan dengan aktiviti koperasi mereka. Pemimpin
koperasi harus seorang yang jujur, berilmu, cekap dan berpengalaman. Mereka mesti bersedia berubah
selari dengan perubahan semasa. Antara per-ubahan yang akan dihadapi oleh pemimpin koperasi ialah
perubahan dalam dasar-dasar kerajaan, perubahan dalam teknologi dan perubahan dalam iklim perniagaan
di negara ini. Pemimpin koperasi juga perlu tahu apakah kehendak anggota. Maka melalui tadbir urus
mereka harus merealisasikan kehendak dan perkhidmatan anggota dicapai dengan mak-simum. Oleh yang
demikian, menjadi tanggungjawab anggota koperasi untuk memilih pemimpin yang benar-benar layak
untuk memimpin koperasi mereka.

Memahami Tujuan Koperasi


Perkara terpenting dalam memastikan tadbir urus dijalankan
dengan sewajarnya ialah dengan memastikan supaya anggota koperasi memahami akan tujuan sebenarnya
penubuhan koperasi itu sendiri. Jika anggota faham akan matlamat penubuhan koperasi, maka perjalanan
koperasi akan terarah kepada matlamat yang sama untuk kepentingan semua anggota. Matlamat utama
penubuhan koperasi ialah untuk membantu anggota koperasi itu sendiri bagi kehidupan yang lebih baik.
Oleh yang demikian, keuntungan koperasi daripada aktiviti perniagaannya perlu dipindahkan kepada
perkhidmatan kepada anggota melalui tabung-tabung bantuan koperasi. Persoalan yang keterlaluan
mengenai dividen dalam koperasi harus diketepikan buat seketika dan penumpuan kepada kebajikan harus
diutamakan.
Konsep dan pemahaman tadbir urus perlu diterapkan sehingga ke akar umbi meliputi ALK, Jawatankuasa
Audit Dalaman, anggota dan kakitangan koperasi. Persoalannya ialah bagaimana kecekapan tadbir urus
boleh dicapai dalam pentadbiran koperasi? Ianya boleh dicapai dengan penglibatan menyeluruh anggota
koperasi dalam membuat perancangan. Penglibatan yang kurang oleh anggota dalam membuat keputusan
hanya akan melemahkan tadbir urus mencapai tahap yang terbaik. Oleh yang demikian, penglibatan
anggota koperasi dan ALK harus membuat dasar berdasarkan perbincangan dan persetujuan bersama. ALK
juga harus menjelaskan kepada anggota lain sebarang pencapaian dan masalah dalam melaksanakan dasar
koperasi. Saya teringatkan satu pantun yang dikemukakan oleh seorang tokoh koperasi di negara ini pada
satu ketika dahulu, pantunnya berbunyi sebegini:

Burung serindit terbang ke pantai


Dari pantai terbang ke dahan
Kerana sebiji rosak setangkai
Kerana setangkai rosak sedahan.
Pantun ini menjelaskan agar perpaduan di kalangan anggota diterapkan agar keutuhan sesebuah organisasi dapat
dipertahankan. Jika wujud kepentingan peribadi, maka ianya akan merosakkan hak-hak anggota yang lain kemudian
hari dan menjejaskan kejayaan ALK dalam mentadbir koperasi dengan lebih berjaya.

Вам также может понравиться