Вы находитесь на странице: 1из 5

PENGURUSAN MASA DALAM ISLAM

Telah berfirman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar di dalam kerugian, kecuali orang -
orang yang beriman dan beramal salih dan nasihat menasihati supaya mentaati
kebenaran". ( S. Al-Asr:ayat 1-3 )

Demikianlah pesanan Allah s.w.t di dalam kitab-Nya kepada manusia supaya mereka
menguruskan masa dengan baik. Bahkan Allah s.w.t turut memberikan isyarat bahawa
selamanya manusia akan berada di dalam kerugian, kecuali orang-orang yang menetapi ciri-
ciri berikut, iaitu:

- Beriman
- Beramal salih
- nasihat-menasihati dengan kebenaran
- nasihat- menasihati dengan kesabaran

Jadi di sana, dapat dirumuskan bahawa antara perkara-perkara yang dapat diketengahkan
daripada ayat-ayat tersebut ialah aspek " pengurusan masa ". Bagaimanapun bukanlah
tujuan rencana ini untuk mengupas secara ilmiah aspek tersebut. Cuma yang akan
dicatatkan, dalam keterbatasan ruang yang ada, ialah sudut-sudut " tasawur " (konsep),
kewajipan insan muslim dan hubungannya di dalam mempertingkatkan taraf keinsan itu
sendiri. Mudah-mudahan perbincangan mengenai pengurusan masa secara ilmiah bagi
insan muslim dalam menanggapi suasana hidup serba moden hari ini, dapat pula dikupas
oleh pihak yang memiliki "otoriti" dan muktabar.

PENGURUSAN MASA BERTERASKAN KEIMANAN


Soal dasar yang harus diutamakan dalam aspek pengurusan masa, baik dalam apa bidang
sekalipun ialah "berteraskan keimanan". Lantaran keimanan akan mendorong seseorang
bekerja dan beribadah dengan penuh kepatuhan kepada Allah s.w.t Bahkan dengan
berbekalkab keimanan, selayaknya setiap kerja yang dilakukan tidak akan menjadi sia-sia.

Sebaliknya, mereka yang membiarkan masanya berlalu begitu sahaja tanpa digunakan
untuk melakukan sesuatu kerja atau amal salih, memperbaiki diri atau membantu orang
lain, boleh dianggap sebagai orang yang telah mengkufuri nikmat Allah s.w.t. Malah jauh
sekali mahu dikatakan menghayati iman dalam pengertian yang hakiki.

Telah berkata abdullah bin Mas'ud: " Belum pernah daku menyesal, melainkan penyesalan
daku di setiap hari apabila benam matahari. Semakin singkat umurku ini, sedangkan amalan
daku takut-takut tidak bertambah".

Di sana juga terdapat sebuah hadis yang tidak ketinggalan menekankan aspek keimanan.
Sabda Rasulullah yang bermaksud: "Sewajarnya setiap yang berakal, selagi akan fikirannya
tidak hilang, bahawa dia membahagi-bahagikan masanya kepada empat waktu:

i. Waktu untuk dirinya bermunajat (berzikir) kepada tuhannya.


ii. Waktu untuk dia bermunasabah tentang dirinya
iii. Wakut untuk dia berfikir mengenai penciptaan Allah

1
iv. Waktu untuk dia mencari keperluannya (seperti makan dan minumnya)."

Kalau begitu benarlah keimanan dalam pengurusan masa merupakan ciri yang penting
untuk menjadi syarat kemenangan insan beriman. Sebab itu orang beriman amat wajar
menghargai masa. Masa baginya adalah kehidupan. Mereka sentiasa sedar bahawa setiap
detik yang berlalu akan dihisap dan dipertanggungjawabkan oleh Allah s.w.t.

Justeru kiranya pengurusan masa menjadi aspek yang amat penting dalam mana-mana
organisasi, khususnya "organisasi" yang berteraskan konspe "laba", Maka "laba" kepada
insan beriman natijah dari pengurusan masa dengan baik ialah ganjaran pahala dari Allah
s.w.t.

Malah orang-orang yang beriman tidak akan membiarkan setiap keuntungan berlalu sia-sia
dan tidak pula berhajat mengundang apa - apa kerugian. Mana-mana ruang kesempatan
yang baik, sudah pasti direbutinya. Mereka akan sentiasa berpegang kepada pesa Rasulullah
s.w.t sepertima maksud hadisnya: " rebutlah (pergunakanlah) lima waktu sebelum tiba lima
waktu yang lain iaitu:

- Masa hidup sebelum mati


- Masa sihat sebelum sakit
- Masa lapang sebelum sibuk
- Masa muda sebelum tua
- Masa kaya sebelum fakir."

Apatah lagi "masa" itu sendiri merupakan nikmat dan kelebihan Allah s.w.t untuk manusia.
Lantaran itu kurang tepat anggapan sesetengah orang yang mengatakan bahawa masa itu
berharga bagaikan "mutu-manikam". Walhal hakikat sebenarnya, lebih berharga dan bernilai
dari intan permata.

Al-Syahid Imam Hassan Al-Banna menyebutkan bahawa: " Dia(masa) hidup tiada erti hidup
manusia , selain dari masa-masa beramalnya, semenjak lahir hingga ke saat - saat
terkahirnya."

Jadi orang yang dikurniakan oleh Allah akan umur yang panjang, tidak wajar mensia-siakan
masa hidupnya . Hayatnya harus diaduni dengan pengisisan amal kebajikan.

Pernah Rasulullah s.a.w ditanya: "Manakah suatu manusia yang baik, Maka jawab baginda:
Siapa yang umurnya panjang, serta baik amalnya."

ASPEK-ASPEK PENGURUSAN MASA


Soalnya, bagaimankah seharusnya seseorang insan muslim patut 'mengolah' dan
membahagikan masa 'seelok mungkin', supaya mana-mana satu tugas yang menjadi
amanahnya tidak terjejas. Atau bagaimanakah sebagai insan Muslim kita boleh jadi lebih
'efficient'. Apakah pula aspek-aspek pengurusan masa yang perlu diutamakan?

Sudah pasti di sana, hal itu memerlukan kecekapan. Apatah lagi, sama ada disedari ataupun
tidak, masa itu sendiri adalah "jadual waktu bagi setiap pekerjaan dan aktiviti". Disudut
realitinya, masa merupakan hakikat suatu saham permodalan buat individu mahupun
masyarakat. Oleh kerana itu setiap insanmuslim bekerwajipan menjada masa-masanya itu
supaya dapat mempertingkatkan lagi prestasi keimanan, amalan dan perlaksanaan

2
tanggungjawabnya baik berupa tanggungjawab keagaman mahupun berupa tanggungjawab
keduniannya-ke tahap gemilang. Jadi antara perkara yang patut diutamakan ialah:

- perancangan
- perlaksanaan
- penghasilan

Aspek perancangan merupakan tatacara awal bagaimana pengurusan masa harus diolah
oleh setiap insan muslim, supaya setiap detik perjalanan masanya dapat dimanfaatkan
untuk agama dan dunianya, untuk kebaikan dan kebahagiaan serta untuk permbinaan
rohani dan pembangunan kebendeaan. Aspek ini juga melibatkan;

- penyediaan jadual waktu kerja harian yang tersusun


- hala-cara kerja yang jelas
- sarana-sarana kerja yang boleh dimanfaatkan
- keutamaan sesuatu kerja

Aspek perlaksanaan pula merupakan pengisian amal dan kerja buat yang berguna.
Perlaksanaan mesti berbentuk "aktif,relatif dan tidak jumud", dengan kerja yang sentiasa
meningkat prestasinya dari masa ke semasa. Hari ini mesti lebih baik dari semalam. Sedang
hari esok mesti lebih baik dari hari ini. Dalam hubungan ini, Rasulullah s.a.w. pernah
bersabda maksudnya:

"Sesungguhnya Allah kasihkan kepada mereka yang meningkatkan mutu pekerjaannya".

Manakala aspek penghasilan merupakan natijah dari perancangan dan perlaksanaan


sesuatu kerja. Penghasilan mestilah yang dapat mempertahankan ciri-ciri keimanan dan
amal salih.

Soal lain yang mungkin timbul ialah bilakan seseorang itu wajar memulakan usaha
menguruskan masa, untuk melakukan kerja-kerja yang boleh membantu mengingkatkan
prestasi hidupnya dan apakah ada tempoh berhentinya?

Inilah perkara utama yang mengelirukan kebanyakan orang. Apatah lagi yang melibatkan
soal ibadah khusus mereka terhadap Allah s.w.t. Kekeliruan inilah yang menyebabkan
adanya ungkapan 'life begin at 40' (hidup bermula pada umur 40 tahun). Lalu sebelum
rambut putih ditumbuhi uban, mereka akan berpoya-poya sepuas hati tanpa memikirkan
bahawa 'mati boleh mengundang mereka pada bila-bila masa sekalipun,' tidak kira tua atau
muda.

Alangkah ruginya masa dan umur muda yang disia-siakan. Justeru itu, insan muslim harus
menggunakan setiap kesempatan masanya dengan betul dan bijaksana. Islam sangat
menggalakkan, malah menyuruh supaya kita mengisi "ruang kekosongan waktu" yang ada
sepenuh-penuhnya. Ibadah yang boleh dilakukan hari ini jangan ditangguh-tangguhkan pula
pada esok hari.

Alangkah ruginya masa dan umur muda yang disia-siakan. Justeru itu, insan muslim harus
menggunakan setiap kesempatan masanya dengan betul dan bijaksana. Islam sangat
mengalakkan, malah menyurh supaya kita mengisi "ruang kekosongan waktu" yang ada
sepenuh-penuhnya. Ibadah yang boleh dilakukan hari ini jangan ditangguh-tangguhkan pula
pada esok hari.

3
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: " Bekerjalah untuk duniamu seolah-olah kamu
akan hidup seratus tahu lagi, dan beribadahlah seolah-olah kamu akan mati esok hari."

Keterangan yang lain terdapay di dalam sepotong hadis lagi yang bermaksud:
" Jikapun berlaku kiamat, di tangan kamu ketika itu ada sepohon benih kurma,
(maka)
kamu masih lagi berkesempatan untuk menanmnya, makan hendaklah kamu
menanam-
kannya."

Jika mahu ditilik dari segi manapun,konklusi dari kedua-dua hadis di atas jelas
membayangkan betapa berharganya dan bernilainya setiap detik -detik perjalanan masa
dan pentingnya ia diurus dengan baik.

Berhubung dengan pengurusan masa, tidak semestinya setiap apa yang dirancang dan
direncanakan oleh seseorang insan muslin itu dapat dilaksanakan dengan sempurna.
Sebagai manusia, ada banyak perkara yang boleh melalaikan mereka dari kerja-kerja
seharian dan dari mengingati Allah.

Antara lain ialah:

a) Harta benda dan anak pinak Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: " Wahai
orang-orang yang beriman! Janganlah sampai harta benda kamu melalaikan
kamu, dan janganlah sampai anak-pinak kamu melalaikan kamu dari mengin
gati Allah". (S. Al-Munafikun: ayat 9)
b) Sifat malas Firman Allah s.w.t yang bermaksud: " Dan apabila mereka bangun
(orang-orang munafik) untuk sembahyang, mereka bangun dengan keadaan
malas." (S. Al-Nisa': ayat 142)
c) Bersifat tangguh-menangguh Al-Imam Hassan Al-Basri berpesan: " Awas dari
tempoh-menempoh! Hari esok belum tentu!, Jika besok harimu, Jadikanlah
besok seperti hari ini. Jika besok bukan harimu, usah menyesal kerana
kecuaianmu di hari ini."

Bahkan kegagalan mentadbir masa adalah lebih bahaya daripada kegagalan menguruskan
harta benda. Lanatarn harta benda yang hilang boleh di cari ganti. Tetapi masa yang berlalu
sia-sia, tidak mungkin boleh diputarkan kembali.

Justeru itu tabiat suka "membuang waktu" ketika lapang harus dielakkan. Apatah lagi nikmat
kelapangan waktu merupaka suatu nikmat yang ramai di antara manusia mensia-siakannya
serta tidak bersyukur. Dalam hubungan ini, Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang
maksudnya:

" Dua nikmat di antara nikmat-nikmat yang kebanyakan manusia kabur melihatnya, (iaitu
nikmat) masa sihat dan masa lapang."

"Masa lapang" yang dimaksudkan ialah masa-masa yang seseorang itu tidak sibuk dengan
urusan kerja buat keduniaan, yang sampai menghalang seseorang itu mengerjakan amalan
akhirat.

KESIMPULAN

4
Demikianlah, betapa perlunya setiap insan muslim mengurus dan mentadbir masa dengan
wajar dan sempurna. Mudah-mudahan setiap waktu yang berlalu dipenuhi dengan amal
bakti yang sampai kepada tujuannya, serta dikabukan oleh Allah s.w.t.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

" Wahai orang yang beriman! takutlah kamu kepada Allah dan buatlah perhitungan untuk
menyahut kedatangan hari esok." (S. Al-Hasr: ayat 18)

Disediakan Oleh:
Bahagian Dakwah
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Вам также может понравиться