Вы находитесь на странице: 1из 3

Prinsip Perakaunan KBSM  

TAJUK 10 : PERKONGSIAN

10.1 Penubuhan Perkongsian

Hasil Pembelajaran
Selepas mempelajari tajuk ini, anda akan dapat:
• Menyatakan perubahan bentuk pemilikan perniagaan
daripada milikan tunggal kepada perkongsian.
• Menjelaskan kesan kemasukan rakan kongsi baharu.

Perubahan bentuk pemilikan perniagaan daripada milikan tunggal kepada


perkongsian

Perniagaan milikan tunggal boleh berubah menjadi perkongsian apabila bilangan


pemiliknya meningkat melebihi satu orang dan kurang 20 orang. Penubuhan
perkongsian ini mestilah mematuhi peraturan-peraturan yang termaktub dalam Akta
Perkongsian 1961.
Perubahan perniagaan milikan tunggal kepada perkongsian boleh berlaku
atas beberapa sebab. Antaranya ialah:-
• Penggabungan idea, kemahiran dan pengalaman untuk kepentingan
perniagaan
• Keperluan sokongan modal yang mencukupi daripada orang lain
• Perkongsian tanggungan risiko perniagaan
• Keperluan terhadap kemahiran tertentu
• Kos penubuhan lebih rendah dan proses yang lebih mudah berbanding
penubuhan syarikat berhad.
• Perlunya berkongsi pengurusan dan kepakaran dengan orang lain.
• Beban cukai yang rendah kerana cukai yang dikenakan adalah cukai
perseorangan.

Buku Sumber Pengajaran dan Pembelajaran Prinsip Perakaunan KBSM                                                                                                      74


Prinsip Perakaunan KBSM  

Kesan kemasukan rakan kongsi baharu

Rakan kongsi baharu diperlukan atas kemahiran tertentu yang dimiliki ataupun
sumbangan modal yang diberikan. Dari aspek perundangan, perkongsian tidak
dianggap entiti berasingan dengan pekongsi (liabiliti tidak terhad). Hal ini bermakna
segala urusan yang dibuat oleh seorang pekongsi baharu akan mengikat
perkongsian secara keseluruhannya.
Seorang yang diakui sebagai pekongsi baharu dalam sesuatu firma, dia
secara automatik mengambil tanggungjawab sebagai pekongsi tetapi tidak
bertanggungjawab atas apa-apa yang berlaku sebelum menjadi pekongsi.
Kemasukan rakan kongsi baharu akan mengubah kedudukan aset dan liabiliti
setiap rakan kongsi. Penilaian semula aset dan liabiliti perlu dibuat bagi
menentukan kadar pembahagian untung atau rugi. Perjanjian baharu perlu dibuat
bagi memperuntukkan hak-hak dan tugas-tugas rakan kongsi.

LATIHAN

A SOALAN OBJEKTIF

1. Antara berikut yang manakah sebab pemilikan tunggal berubah menjadi perkongsian
?
A Pemilik milikan tunggal meninggal dunia
B Liabiliti pemilik milikan tunggal tidak terhad
C Perniagaan milikan tunggal dikenakan cukai syarikat
D Pemilik milikan tunggal memerlukan kemahiran yang dimiliki oleh individu
tertentu

2. Berikut adalah sebab-sebab perubahan pemilikan tunggal kepada perkongsian


kecuali
A Kos penubuhan adalah murah berbanding penubuhan syarikat berhad
B Pemilik sendiri boleh memperoleh untung yang banyak
C Pemilik dapat berkongsi idea pengurusan
D Lebih banyak modal boleh dikumpulkan

Buku Sumber Pengajaran dan Pembelajaran Prinsip Perakaunan KBSM                                                                                                      75


Prinsip Perakaunan KBSM  

3 Kemasukan rakan kongsi baru akan memberi kesan kepada perniagaan kecuali
A Kedudukan aset dan liabiliti pemilik tidak berubah
B Pembahagian untung dan rugi antara pekongsi akan berubah
C Risiko tanggungan dikongsi lebih ramai pemilik
D Pengurusan dikongsi bersama

Jawapan:
1. D
2. B
3. A

B SOALAN SUBJEKTIF

1. Terangkan kesan kemasukan rakan kongsi baharu dalam perkongsian.


2. Berikan tiga sebab perniagaan milikan tunggal bertukar menjadi perkongsian.

Buku Sumber Pengajaran dan Pembelajaran Prinsip Perakaunan KBSM                                                                                                      76

Вам также может понравиться