Вы находитесь на странице: 1из 25

Terima kasih kerana sudi download

FAKTA: Lebih 80% ebook percuma tak dibaca sampai


habis.
Jika anda tangguh baca,
yang rugi bukan saya.
15 minit sahaja untuk habiskan ebook ini.
Ia panduan bagaimana iklan yang lesu akhirnya
membuahkan hasil.

Jom kita mulakan dengan Bab #1.


Sedia ?

Bab 1 : Dah buat FB Ads, tapi tiada


sambutan ?
Bila FB Ads anda tiada sambutan,
semak 3 nombor ini :
a) Berapa jumlah klik ?
b) Berapa jumlah SMS masuk ?
c) Berapa jumlah orang beli produk ?
Daripada data 3 nombor ini,
anda bakal ketahui apa masalah iklan anda,
dan apa yang perlu diperbaiki.
====
Nota Penting
====
Jumlah klik menunjukkan
berapa orang tertarik (klik iklan) untuk baca iklan
anda.
Jumlah SMS masuk menunjukkan
berapa orang yang telah klik &baca iklan anda,
kemudian berminat untuk beli.
Jumlah pembeli menunjukkan
berapa ramai yang berjaya anda close-sale.

===
#1 - Jumlah klik.
===

Iklan anda sudah berjalan lama,


tapi klik masih rendah ?
( CTR bawah 1%)
Itu petanda,
iklan anda ada masalah jumlah klik rendah.
Kenapa rendah ?
Kerana headline iklan anda tidak menarik.
Sebab itu mereka tak klik.
Pelanggan hanya klik,
apa-apa headline iklan yang
ada kena-mengena dengan
diri mereka sahaja.
Jadi, apa yang perlu dibaiki ?
Jangan baiki benda lain.
Baiki headline sahaja.

===
#2 - Jumlah SMS masuk
===
Iklan anda banyak klik , tapi jumlah SMS masuk rendah ?
( Tak sampai 1% daripada jumlah klik )
Itu petanda,
ada masalah di bahagian tawaran pada iklan.
Mereka klik, mereka baca, dan mereka 'blah'.
Sebab itu mereka tak SMS.

Tawaran anda kurang menarik.


Jadi, apa yang perlu dibaiki ?
Jangan baiki benda lain.
Baiki tawaran.
===
#3 - Jumlah orang yang beli
===
Iklan anda banyak SMS masuk,
tapi jumlah pembeli rendah ?
( 10 orang SMS, seorang pun tak beli )
Itu petanda,
pelanggan kurang senang dengan cara
anda 'close-sale'.
Apa yang perlu dibaiki ?
Jangan baiki benda lain.
Baiki ayat close-sale sahaja.

===
Berita Baik !
===
Dalam ebook ini,
saya berikan panduan percuma untuk memperbaiki
ketiga-tiga perkara ini.
Anda bakal saya dedahkan
bagaimana menulis Headline, Tawaran & Cara CloseSale
Bukan teori,

tapi ia apa yang saya aplikasikan


kepada klien-klien saya.
Anda boleh amalkan, tanpa perlu bayar saya apa-apa.
100% Percuma.
Bersedia untuk belajar ?
Mari saya tunjukkan.
====

Opps
Sebelum itu,
saya simpulkan semula apa yang anda telah ketahui
sebentar tadi.

Nombor yang
perlu anda
semak

Masalah

Apa yang perlu


dibaiki

Petanda sudah
elok dibaiki

Jumlah Klik

Jumlah klik rendah

Headline iklan

CTR cecah 1%
(minimum)

Jumlah SMS
Masuk

Jumlah klik banyak,


tapi jumlah SMS
masuk sikit.

Tawaran pada iklan

1% daripada
jumlah klik
telah SMS
(minimum)

Jumlah
Orang Beli

Jumlah SMS banyak,


tapi pembeli sikit.

Cara close-sale
dalam SMS

50% yang SMS


jadi beli
(minimum)

Bab 2 (a) : Bagaimana menulis headline


iklan yang menarik perhatian pelanggan ?
Mahukah anda tahu cara paling mudah
untuk mendapatkan perhatian orang yang
memang tengah cari produk anda ?
Cara paling mudah ialah : TANYA SOALAN

Ya.
Mulakan dengan bertanya.
Dalam penulisan ayat iklan,
mulakan dengan bertanya di bahagian headline.
Saya berikan contoh untuk anda mudah faham.
===
Contoh produk : Kelambu
Siapa target market untuk produk ini ?
Ada banyak.
Kita ambil satu.
Target market : Ibu yang ada anak bawah 6 tahun.
===
Seterusnya,
Apa yang kita mahu tanya ?

Saya memetik tulisan seorang


jaguh pengiklanan internet, Perry Marshall :
You will capture the attention of your customers when
you enter the conversation already taking place inside
their heads.
Jadi,
apakah yang bermain

dalam kepala si ibu ini ?


Si ibu ini tentu risaukan anaknya.
Jadi, kita hanya perlu tanya dengan
menulis headline seperti :
Risau anak kena denggi ?
Ya,
Semudah itu sahaja.
Terus-terang saya katakan,
90% iklan klien-klien saya,
semuanya menggunakan formula headline ini.
T.A.N.Y.A.
===
Kenapa headline berbentuk soalan ini
begitu berkesan ?
Sebabnya ialah ia menarik perhatian
orang yang ada masalah itu sahaja.

Orang yang ada masalah buncit


tak akan tertarik.
Orang yang ada masalah jerawat
tak akan tertarik.
Orang yang ada masalah rambut gugur
tak akan tertarik.
Orang yang ada masalah

risaukan anak terkena denggi sahaja


yang akan tertarik & beri perhatian.
Jadi, apa maksudnya ?
Maksudnya, iklan ini tepat ke sasaran.
Produk kita pula menyelesaikan kerisauan tersebut.
Mereka akan klik & baca tawaran kita.
insyaAllah,
tak mustahil jualan mudah untuk berlaku.
Kerana mereka adalah pelanggan
yang memang tengah cari produk anda.
Kalau mereka tak ada masalah tersebut,
tentu mereka tak klik.
Jika anda masih baru dan
tiada pengalaman menulis,
dinasihatkan headline anda
tidak lebih dari 9 patah perkataan.
Saya berikan beberapa contoh lagi untuk anda mudah
faham:
--Contoh produk : Jersi bola
Target Market : Peminat bola kelab Chelsea
Contoh headline : Tengah cari Jersi Chelsea ?
Contoh produk : Nasi kerabu
Target Market : Peminat nasi kerabu
Contoh headline : Dah lama mengidam nak makan nasi

kerabu ?
Contoh produk : Krim hilangkan jerawat
Target Market : Wanita yang ada jerawat
Contoh headline : Jerawat tak kecut kecut ?
Contoh produk : KadInsurans Perubatan
Target Market : Bapa yang ada anak.
Contoh headline : Risau tak cukup duit kalau anak
tiba-tiba sakit ?
Yang di bawah ini sengaja dibiarkan kosong untuk
anda isi bagi produk anda. Isi sekarang
Contoh produk : __________
Target Market : __________
Contoh headline : __________

===
Case Study : Ubah Headline, Jualan Meningkat
===
Gambar di bawah adalah komen
salah seorang klien yang saya
bantu baiki headline iklannya.
Beliau menjual pakaian wanita.
Saya cuma ubah satu perkataan
sahaja pada bahagian headline.
Kenapa saya baiki headline sahaja ?

Sebab iklannya jumlah klik yang masuk rendah.


Alhamdulillah, berjaya meningkatkan jualan beliau.

Gambar 1: Komen klien yang saya ubah 1 perkataan


pada headline iklan beliau.

Bab 2 (b) : Seperkara lagi yang juga faktor


kepada jumlah klik meningkat
Gambar turut memainkan peranan penting
untuk menarik perhatian pelanggan.
Ada banyak mazhab dalam bab ini.
Untuk permulaan,
amalkan tips berikut :
a) Gunakan gambar yang ada manusia di dalam
gambar tersebut.

b) Gunakan gambar yang terang dan kontra dengan


warna putih pada newsfeed FB.
c) Letakkan headline yang berbentuk soalan tadi di
gambar.
d) Letakkan frame pada gambar tersebut, jika perlu.
Berikut adalah 3 contoh gambar yang bagus :

Bab 3 : Bagaimana menulis ayat tawaran


yang buat pelanggan tak sabar
untuk SMS ?
Tawaran ialah bahagian paling penting
pada ayat iklan.
Bak kata Bob Serling,
penulis buku Power Copywriting of the Internet:
The offer is everything.
Berikan tawaran terbaik anda,
insyaAllah, pelanggan akan terpengaruh untuk membeli.

===
Berikut adalah 8 ciri
tawaran yang sukar ditolak.
===
Masukkan ciri-ciri ini ke dalam ayat iklan anda.
insyaAllah, berkesan.
==
Ciri #1 : Kelebihan produk
==
Biasanya, ada 3 kelebihan
yang pelanggan cari iaitu:
a) Mudah untuk capai result yang diingini
Contoh - contoh ayat:
Hanya telan 2 pil ini setiap pagi.
Hanya minum 2 sudu sehari untuk kesan ketara.
b) Cepat untuk capai result yang diingini
Contoh - contoh ayat :
Dalam masa kurang 7 hari, anak anda mahir sifir.
Seawal 14 hari untuk kesan ketara pada kulit.
c) Jimat untuk dapat result yang diingini
Contoh contoh ayat :
Jimat ratusan ringgit.
Tak perlu hantar anak anda ke kelas Kumon untuk
mahir sifir.
Jimat ribuan ringgit, jika anda ada kad insurans
perubatan ini.

===
Ciri #2 : Risk Reversal ( Jaminan Pulangan Wang )
===
Manusia takut buat keputusan.
Takut salah.
Mereka takut bila mereka beli,
produk tak berkesan.
Mereka takut rugi.
Mereka takut hasilnya sia-sia.
Berikan jaminan pulangan wang,
supaya pelanggan tak fikir panjang untuk beli.

Contoh - contoh ayat:


Jika mutu kain ini anda tak puas hati, telefon kami,
kami refund duit anda.
100% Risk-Free.Jika selepas 30 hari, tiada kesan,
kami pulangkan wang anda.
===
Ciri #3 : Testimoni
===
Testimoni adalah wajib ditulis
dalam setiap iklan.
Itu pesan idola copywriting saya,
Craig Garber.
Pelanggan kurang skeptikal
dan tidak fikir panjang,
apabila produk ada testimoni.

4 soalan yang anda patut


tanya kepada pelanggan sedia-ada anda
untuk mendapatkan testimoni yang berpengaruh:
Apa yang anda skeptikal semasa anda buat belian ?
Apa yang berlaku selepas anda guna produk kami ?
Berkesan ? Puas hati ?
Berapa bagus produk kami ? ( Cepat dapat kesan
atau tidak )
Siapa orang lain yang patut beli produk ini ?
Contoh ayat :
Saya ingat produk ni tipu, rupanya memang berkesan.
Puas hati. Sekali guna dah nampak kesan. Sape yang
ada masalah migrain tu silalah beli. Recommended. Ayu, Seremban
===
Ciri #4 : Deadline ( Tarikh tamat )
===
Promosi pada iklan anda perlu ada tarikh tamat.
Bila promosi anda ada tarikh tamat,
prospek lebih terpengaruh untuk SMS segera.
Contoh ayat:
Selepas 15 Oktober, harga naik menjadi RM100.
Promosi ini tamat jam 12 malam ini.
===
Ciri #5 : Nilai Tambah
===
Beri insentif kepada pelanggan
jika mereka segera SMS.

Insentif yang biasanya berkesan adalah


insentif Free Postage & Free Gift.
Anda beri salah satu daripada
2 insentif di atas pun,
sudah cukup berkesan untuk
buat prospek segera SMS anda.
Contoh ayat:
Jika anda buat belian hari ini, postage kami
tanggung. FREE Postage.
SMS sekarang, anda dapat produk + 2 item bonus
percuma !

===
Ciri #6 : Scarcity (Kekurangan)
===
Nyatakan apakah tawaran terhad anda.
Diskaun terhad ?
Bonus terhad ?
Stok terhad ?
Manusia lebih menghargai benda yang sedikit.
Apabila anda terhadkan sesuatu,
pelanggan lebih cepat untuk SMS.
Contoh ayat:
SMS sekarang, stok terhad.
Diskaun khas untuk 30 pembeli pertama hari ini
sahaja.

===
Ciri #7 : Arahan SMS disertai hadiah.
===
Apabila anda mengarahkan sesuatu,
pelanggan perlu alasan yang logik
untuk ikut arahan anda.
Arahan SMS anda perlu disertai dengan hadiah.
Contoh:
SMS segera untuk diskaun RM30.
Jika anda hanya tulis SMS segera sahaja,
Pelanggan tiada sebab untuk bertindak segera.
===
Case Study : Kos ads RM5k, jualan tiada.
===

Ini klien saya tahun lepas.


Beliau menjual produk kecantikan.
Beliau datang beritahu saya yang
beliau sudah habis RM5,000 untuk FB Ads.
Tapi, produk masih lagi bertimbun tak terjual.

Kemudian,
saya baiki tawaran pada ayat iklan beliau
berpandukan 7 ciri iklan yang
baru sahaja anda baca sebentar tadi.
Saya tak usik headline.
Saya tak usik ayat close-sale.
Alhamdulillah, beliau kemudian gembira stok habis.
Nota:
Perhatikan.
Ubah bahagian yang bermasalah sahaja.
Headline tidak diubah.
Ayat close-sale tidak diubah.

Bab #4 : Bagaimana caranya untuk closesale melalui SMS dengan cara yang
pelanggan suka ?
Kita mulakan bab ini dengan melihat
contoh ayat close-sale ini :
Salam, harga asal RM100, harga promosi RM70. Bayar
sekarang ke Maybank 123654987. Selepas bayar, reply
nama, alamat & no fon untuk kami pos.
Apa yang tak kena dengan ayat di atas ?
Ini antara perkara yang perlu diperbaiki :
Tidak memperkenalkan diri
- Perlu diingat bahawa mereka tak pernah simpan
nombor kita.
- Jadi, perkenalkan diri dulu supaya prospek percaya
& tidak takut untuk berurusan.
Tidak menghargai tindakan pelanggan

- Mereka ikut arahan anda di ayat iklan.


- Jadi, ucapkan terima kasih terlebih dahulu apabila
mereka SMS.
Terlalu gopoh suruh prospek bayar
- Perkataan Bayar sekarang bunyi macam kutip
hutang.
- Mereka sudahpun SMS, tak perlu hard-sell.
- Hargai minat mereka.

Kita boleh baiki ayat SMS di atas dengan menggunakan


ayat di bawah ini:
Salam. Hai, saya Firuz dari FB Baby Lovers. Terima
kasih kerana SMS. Tawaran di bawah khas untuk cik:
Diskaun RM30 ( Harga asal RM100 )
Free Postage
Free gift (bernilai RM30)
Cuma RM70 sahaja.
Cik minat nak order ?
Selepas pelanggan balas SMS,
SMS ayat ini pula:
Terima kasih. Langkah belian:
#1 Buat bayaran RM70 ke Maybank 123456987 (Maju
Marketing)
#2 Reply SMS ini nama, alamat, no fon & bukti resit.
Kami akan pos hari ini juga jika bayaran dibuat sebelum
jam 3 petang.
Ayat close-sale di atas ini walaupun panjang,
tapi ia lebih sopan.

Hargai mereka yang SMS kerana hampir 80% daripada


pelanggan yang SMS ini berpotensi untuk beli.
Ya, SMS mungkin jadi panjang, dan kos SMS meningkat.
Tapi, sekurang-kurangnya kita tidak hilang pelanggan.

====
Case Study : 3 SMS masuk, 2 close-sale
====

Gambar di atas adalah komen salah seorang yang saya


bantu betulkan ayat close-sale beliau.
Produk beliau mahal.
Quran Digital.
RM300.
Pun masih boleh close-sale.
Alhamdulillah.
Tiada apa-apa rahsia,

semua saya sudah terangkan di muka surat sebelum ini.

Tahniah !
Anda tergolong dalam 20% manusia yang membaca
sampai habis.
Adakah anda mendapat manfaat daripada ebook ini ?
Anda ada sebarang soalan ingin tanya ?
Mohon PM saya.
Saya akan cuba bantu.

Semak emel anda 2 kali seminggu.


Ekslusif !
Mahu lebih banyak case-study klien klien saya yang
lepas ?
Saya akan kongsi case study dengan lebih detail.
Malas nak semak emel ?
Diulang, yang rugi bukan saya.

Mahu lebih banyak tips ?

Saya menulis tentang FB Ads dan skil penulisan ayat iklan


di FB saya, sehari 2 kali.
Silakan add as friend.
Ini link FB saya >https://www.facebook.com/suffian.salahudin
Anda ada kawan-kawan yang
masih keliru dengan FB Ads ?
Share-kan ebook ini kepada mereka.
Hanya klik butang di bawah :

Saya bukan Tuhan yang mampu bagi rezeki.


Apa saya mahir,
saya telah tunjukkan dalam ebook ini.
Kalau cuba, insyaAllah berjaya.
Kalau tak cuba, confirm 200% cium bau kejayaan pun
tidak.
Saya cuma mahu bantu.
Ia bukan soal duit.
Ia soal tanggungjawab.

Saya lihat ramai yang kecewa dengan FB Ads.


Bukan mereka tak pandai tulis ayat iklan.
Cuma bila mereka tak dapat jualan,
mereka gelabah dan pergi ubah benda yang tak perlu
diubah.
Dalam ebook ini,
saya sudah terangkan apa yang perlu diubah,
dan apa yang tak perlu diubah,
bila 3 masalah tersebut timbul.
Tanggungjawab saya sudah selesai.
Sekarang giliran anda.
Kalau ebook ini berharga RM5,000 sekalipun,
ia tetap tiada manfaat jika tidak diamalkan.
Masa depan anda,
anda tentukan.
Pemalas memang tak akan ke mana.
Baca & amal.
Kemudian kongsikan dengan saya,
saya suka dengar kisah anda.
Sekian,
Terima kasih.
Ikhlas,
Muhamad Suffian Salahudin

Tentang Penulis

Muhamad Suffian Salahudin.


Penggemar ilmu mempengaruhi
pelanggan melalui perkataan.

Вам также может понравиться