Вы находитесь на странице: 1из 21
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA, {Ministry OF Education Malaysia) KEMENTERIAN BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA PENDIDIKAN (Human Resource Management Division) MALAYSIA ARAS 1-5 DAN 12-14, BLOK E12, KOMPLEKS E PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN eer eee seers eee eke 900-2688 6202 62604 PUTRAJAYA Laman web hugs gov Rujukan Kami: KP(PP) 0017/18/6/11/ JLD.10 (27) Tarikh : _26 Januari 2015 05 Rabiul Akhir 1436H ‘Semua Ketua Bahagian Kementerian Pendidikan Malaysia Semua Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Negeri YBhg. Dato! Datin /Tuan/ Puan, URUSAN KENAIKAN PANGKAT PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PPP) GRED DG32 HINGGA GRED DG54 DAN PEGAWAI KUMPULAN PELAKSANA (PKP) SECARA TIME-BASED BERASASKAN KECEMERLANGAN BAGI JUN 2014 SEHINGGA JUN 2015 DI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM) Dengan hormatnya saya telah diarah merujuk kepada perkara yang tersebut di atas. | 2, Adalah dimaklumkan bahawa Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan mengadakan urusan kenaikan pangkat Secara Time-Based Berasaskan Kecemerlangan bagi pegawai- | pegawai seperti berikut (@) — Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG32 Hingga Gred | DGS4 Bagi Urusan Julai 2014 Hingga Jun Tahun 2015; dan (b) Pegawai Kumpulan Pelaksana (PKP) Bagi Urusan Jun 2014 Hingga Jun Tahun 2015, | | 3. Iklan-iklan bagi urusan-urusan berkenaan akan dibuka mulai 16 Februari 2015 hingga 08 Mac 2015 menerusi ePangkat. Senarai PPP dan PKP yang layak dipertimbangkan adalah seperti di Lampiran A. Syarat kenaikan pangkat bagi setiap urusan adalah seperti di Lampiran B. 4. Sukacita dimaklumkan bahawa bagi memudahkan urusan, iklan integrasi diwujudkan di ePangkat merangkumi: (a) Urusan 1 Januari 2015 sehingga 30 Jun 2015 (urusan semasa) dan urusan 1 Julai 2014 hingga 31 Disember 2014 (urusan cicir) bagi PPP; dan (6) Urusan 1 Januari 2015 sehingga 30 Jun 2015 (urusan semasa) dan urusan 1 Jun 2014 hingga 31 Disember 2014 (urusan cicir) bagi PKP. 5. Sila ambil maklum bahawa perakuan hendaklah dibuat menerusi iklan ePangkat yang akan dibuka pada tarikh berkenaan KECUALI pegawai seperti berikut yang perlu diperakukan secara manual, (2) Pegawai yang mengambil Cuti Belajar, sama ada Cuti Belajar Berga Penuh (CBBP), Cuti Belajar Separuh Gaji (CBSG) atau Cuti Belajar Tanpa Gaji (CSG); (b) Pegawai sedang mengambil Cuti Separuh Gaji (CSG); (c) _ Pegawai yang sedang mengambil Cuti Tanpa Gaji (CTG), (6) Pegawai yang sepatutnya layak dipertimbangkan / telah dipertimbangkan pada urusan sebelumnya tetapi tidak berjaya kerana LNPT tidak mencapai tahap yang ditetapkan / KC tidak mencapai tahap yang ditetapkan / dikenakan tindakan tatatertib; {e) _ Pegawai yang telah bersara / meninggal dunia dan rekod beliau telah dikeluarkan dari senarai aktif ePangkat; () Pegawal yang berada di dalam Jawatan Kumpulan; dan (@) PPP Ex-PPPLD yang layak dipertimbangkan urusan kenaikan pangkat secara TBK 6. Untuk memastikan urusan kenaikan pangkat berkenaan berjalan dengan lancar, bersama-sama ini dikemukakan jadual urusan kenaikan pangkat seperti di Lampiran C dan garis panduan pengurusan kenaikan pangkat secara TBBK seperti di Lampiran D1 sehingga Lampiran D3, Jadual dan panduan tersebut juga akan dimuat naik dalam sistem ePangkat untuk memudahkan rujukan. 7. Sehubungan dengan itu YBhg, Dato'/ Datin /Tuan/ Puan adalah dipohon untuk memaklumkan kepada Ketua Jabatan yang berada di bawah seliaan untuk mengemukakan perakuan bagi urusan tersebut 8 Sila ambil maklum bahawa urusan yang akan dibuka hanya bagi PPP dan PKP yang sepatutnya diperakukan seperti di Perenggan 2 di atas dan Ketua Jabatan adalah dikehendaki untuk memperakukan hanya_CALON YANG _BELUM DIPERAKUKAN SEBELUM INI, Sebarang kecuaian memperakukan semula calon yang telah dinaikkan.pangkat_ «bagi urusan—berkenaan akan dipertanggungjawabkan kepada Ketua Jabatan yang membuat perakuan tersebut. 9. Di atas segala kerjasama YBhg. Dato’ / Datin / Tuan / Puan berikan dalam melancarkan urusan ini adalah sangat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Sekian. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menurut perintah, (MD\RADZI BIN HASHII Bahagian Pengurusan Sumber Manusia bp. Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia sk TKSU (P) TKPPM (Operasi) SUB (SM) TSUBK (SM) TSUB (SM) K LAMPIRAN A SENARAI PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PPP) YANG TERLIBAT DALAM URUSAN KENAIKAN PANGKAT SECARA TIME-BASED BERASASKAN KECEMERLANGAN MELALUI SISTEM ePANGKAT BAG] TEMPOH JULAI SEHINGGA DISEMBER 2014 (URUSAN CICIR) DAN JANUARI SEHINGGA JUN 2015 1, PPP Gred DG29 yang cukup 8 tahun perkhidmatan dalam tempoh Julai 2014 sehingga Jun 2015; 2. PPP Gred 0G32 yang cukup 8 tahun perkhidmatan dalam tempoh Julai 2014 sehingga Jun 2045; 3. PPP Gred DG34 yang cukup 5 tahun perkhidmatan dalam tempoh Julai 2014 sehingga Jun 2015 4. PPP Gred DG41 yang cukup 8 tahun perkhidmatan dalam tempoh Julai 2014 sehingga Jun 2015 5. PPP Gred DG44 yang cukup 8 tahun perkhidmatan dalam tempoh Julai 2014 sehingga Jun 2015 6. PPP Gred DG48 yang cukup 6 tahun perkhidmatan dalam tempoh Julai 2014 sehingga Jun 2015 7. PPP Gred DGS2 yang cukup 3 tahun perkhidmatan dalam tempoh Julai 2014 sehingga Jun 2015, LAMPIRAN A SENARAI SKIM PERKHIDMATAN PEGAWAI KUMPULAN PELAKSANA YANG TERLIBAT DALAM URUSAN KENAIKAN PANGKAT SECARA TIME-BASED BERASASKAN KECEMERLANGAN MELALUI SISTEM ePANGKAT BAG! TEMPOH JUN SEHINGGA DISEMBER 2014 (URUSAN CICIR) DAN JANUARI SEHINGGA JUN 2015 Pembantu Tadbir (Perkeranian / Operasi) Gred N17 Pembantu Tadbir (Kewangan ) Gred W17 Pombantu Makmal Gred C17 Penyelia Asrama Gred N17 Tukang K2 Gred R11 Tukang K3 Gred R9 Pemandu Kenderaan Gred R3 Pembantu Am Pejabat Gred N41 Jaga Gred R1 0. Pekerja Awam Gred R14 se eran eens LAMPIRAN B ‘Syarat Kenaikan Pangkat PPP Gred DG29 ke Gred DG32 Syarat Umum (a) (b) () @ () © @ telah disahkan di dalam jawatan; bagi calon yang akan dipertimbangkan urusan kenaikan pangkat ke Gred DG32 pada 04 Julai 2014 sehingga 30 Jun 2015, jumiah wajaran LNPT tiga tahun terakhir hendaklah mencapai 80% dan ke atas dengan pembahagian wajaran sebanyak 20% bagi tahun 2011, 35% bagi tahun 2072 dan 45% bagi tahun 2013, bebas daripada tindakan tatatertib; telah mengisytiharkan harta; lulus tapisan keutuhan SuruhanjayaPencegahan Rasuah Malaysia (SPRM); bebas daripada senarai Peminjam Tegar Institusi Pinjaman Pendidikan; dan diperakukan oleh Ketua Jabatan. Syarat-syarat Khusus (a) (b) (co) berkhidmat sekurang-kurangnya lapan (8) tahun di Gred DG29 (tempoh perkhidmatan yang diambil kira sahaja); melepasi Penilaian Tahap Kecemerlangan (Kriteria Kecemerlangan (KC)) iaitu sekurang-kurangnya 80%; (bagi urusan bermula 1 Julai 2013) dan melepasi wajaran pemarkahan keseluruhan (60% wajaran markah LNPT + 40% markah KC) iaitu sekurang-kurangnya 80% (bagi urusan bermula 1 Julai 2013) LAMPIRAN B Syarat Kenaikan Pangkat PPP Gred DG32 ke Gred DG34 Syarat Umum (a) (b) (co) @ @) 6 @) telah dinaikkan pangkat ke Gred DG32; bagi calon yang akan dipertimbangkan urusan kenaikan pangkat ke Gred DG34 pada 01 Julai 2014 sehingga 30 Jun 2015, jumlah wajaran LNPT tiga tahun terakhir hendaklah mencapai 80% dan ke atas dengan pembahagian wajaran sebanyak 20% bagi tahun 2011, 35% bagi tahun 2012 dan 45% bagi tahun 2013; dan bebas daripada tindakan tatatertib; telah mengisytiharkan harta; lulus tapisan keutuhan SuruhanjayaPencegahan Rasuah Malaysia (SPRM); bebas daripada senarai Peminjam Tegar Institusi_ Pinjaman Pendidikan; dan diperakukan oleh Ketua Jabatan. Syarat-syarat Khusus (a) (b) © berkhidmat sekurang-kurangnya lapan (8) tahun di Gred DG32 (tempoh. perkhidmatan yang diambil kira sahaja); melepasi Penilaian Tahap Kecemerlangan (Kriteria Kecemerlangan (KC)) iaitu sekurang-kurangnya 80% (bagi urusan bermula 1 Julai 2013); dan melepasi wajaran pemarkahan keseluruhan (60% wajaran markah LNPT + 40% markah KC) iaitu sekurang-kurangnya 80% (bagi urusan bermula 4 Julai 2013), LAMPIRAN B ‘Syarat Kenaikan Pangkat PPP Gred DG34 ke Gred DG38 Syarat Umum (a >) (o) @ @) 0) (@) (n) telah dinaikkan pangkat ke Gred DG34; bagi calon yang akan diperimbangkan urusan kenaikan pangkat ke Gred DG38 pada 01 Julai 2014 sehingga 30 Jun 2015, jumiah wajaran LNPT tiga tahun terakhir hendaklah mencapai 80% dan ke atas dengan pembahagian wajaran sebanyak 20% bagi tahun 2017, 35% bagi tahun 2012 dan 45% bagi tahun 2013; dan mencapai tahap prestasi yang ditetapkan laitu Laporan Nilaian Prestasi ‘Tahunan (LNPT) tiga tahun terakhir seperti berikut: bebas daripada tindakan tatatertib; telah mengisytiharkan harta; lulus tapisan keutuhan SuruhanjayaPencegahan Rasuah Malaysia (SPRM); bebas daripada senarai Peminjam Tegar Institusi Pinjaman Pendidikan; dan diperakukan oleh Ketua Jabatan. Syarat-syarat Khusus (a) (b) (co) berkhidmat sekurang-kurangnya lima (5) tahun di Gred DG34 (tempoh perkhidmatan yang diambil kira sahaja); melepasi Penilaian Tahap Kecemeriangan (Kriteria Kecemerlangan (KC)) jaitu sekurang-kurangnya 80% (bagi urusan bermula 1 Julai 2013); dan melepasi wajaran pemarkahan keseluruhan (60% wajaran markah LNPT + 40% markah KC) iaitu sekurang-kurangnya 80% (bagi urusan bermula 1 Julai 2013) LAMPIRAN B Syarat Kenaikan Pangkat PPP Gred DG41 ke Gred DG44 Syarat Umum (a ) (©) (a) @ 0 @ telah disahkan di dalam jawatan; bagi calon yang akan dipertimbangkan urusan kenaikan pangkat ke Gred DG44 pada 01 Julai 2014 sehingga 30 Jun 2016, jumiah wajaran LNPT tiga tahun terakhir hendaklah mencapai 80% dan ke atas dengan pembahagian wajaran sebanyak 20% bagi tahun 2011, 35% bagi tahun 2012 dan 45% bagi tahun 2013; dan bebas daripada tindakan tatatertib, telah mengisytiharkan harta; lulus tapisan keutuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM); bebas daripada senarai Peminjam Tegar Institusi Pinjaman Pendidikan; dan diperakukan oleh Ketua Jabatan. Syarat-syarat Khusus (a) (b) () berkhidmat sekurang-kurangnya lapan (8) tahun di Gred DG41 (tempoh perkhidmatan yang diambil kira sahaja); melepasi Penilaian Tahap Kecemerlangan (Kriteria Kecemeriangan (KC)) jaitu sekurang-kurangnya 80% (bagi urusan bermula 1 Julai 2013); dan melepasi wajaran pemarkahan keseluruhan (60% wajaran markah LNPT + 40% markah KC) iaitu sekurang-kurangnya 80% (bagi urusan bermula 1 Julai 2013). LAMPIRAN B ‘Syarat Kenaikan Pangkat PPP Gred DG44 ke Gred DG48 Syarat Umum @) (b) © (a) @) @ @) (h) telah dinaikkan pangkat ke Gred DG44; bagi calon yang akan dipertimbangkan urusan kenaikan pangkat ke Gred DG48 pada 01 Julai 2014 sehingga 30 Jun 2016, jumlah wajaran LNPT tiga tahun terakhir hendaklah mencapai 80% dan ke atas dengan pembahagian wajaran sebanyak 20% bagi tahun 2011, 35% bagi tahun 2012 dan 45% bagi tahun 2013; dan mencapal tahap prestasi yang ditetapkan jaitu Laporan Nilaian Prestasi bebas daripada tindakan tatatertib; telah mengisytiharkan harta; lulus fapisan keutuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM); bebas daripada senarai Peminjam Tegar Institusi Pinjaman Pendidikan; dan diperakukan oleh Ketua Jabatan. Syarat-syarat Khusus @ (b) © berkhidmat sekurang-kurangnya lapan (8) tahun di Gred DG44 (tempoh perkhidmatan yang diambil kira sahaja); melepasi Penilaian Tahap Kecemerlangan (Kriteria Kecemerlangan (KC)) jaitu sekurang-kurangnya 80% (bagi urusan bermula 1 Julai 2013); dan melepasi wajaran pemarkahan keseluruhan (60% wajaran markah LNPT + 40% markah KC) iaitu sekurang-kurangnya 80% (bagi urusan bermula 1 Julai 2013) vii LAMPIRAN B Syarat Kenaikan Pangkat PPP Gred DG48 ke Gred DG52 Syarat Umum (a) (b) (©) @ ©) @ @) telah dinaikkan pangkat ke Gred DG48; bagi calon yang akan dipertimbangkan urusan kenaikan pangkat ke Gred DG48 pada 01 Julai 2014 sehingga 30 Jun 2015, jumiah wajaran LPT tiga tahun terakhir hendakiah mencapai 80% dan ke atas dengan pembahagian wajaran sebanyak 20% bagi tahun 2011, 35% bagi tahun 2012 dan 45% bagi tahun 2013; dan bebas daripada tindakan tatatertib; telah mengisytiharkan harta, lulus tapisan keutuhan SuruhanjayaPencegahan Rasuah Malaysia (SPRM); bebas daripada senarai_ Peminjam Tegar Institusi Pinjaman Pendidikan; dan diperakukan oleh Ketua Jabatan. Syarat-syarat Khusus @) (b) co) berkhidmat sekurang-kurangnya enam (6) tahun di Gred DG48 (tempoh perkhidmatan yang diambil kira sahaja); melepasi Penilaian Tahap Kecemerlangan (Kriteria Kecemerlangan (KC)) iaitu sekurang-kurangnya 80% (bagi urusan bermula 1 Julai 2013); dan melepasi wajaran pemarkahan keseluruhan (60% wajaran markah LNPT + 40% markah KC) iaitu sekurang-kurangnya 80% (bagi urusan bermula 1 Julai 2013) LAMPIRAN B Syarat Kenaikan Pangkat PPP Gred DG52 ke Gred DG54 Syarat Umum (a) (b) () @ ) @ (9) telah dinaikkan pangkat ke Gred DGS2; bagi calon yang akan dipertimbangkan urusan kenaikan pangkat ke Gred DG54 pada 01 Julai 2014 schingga 30 Jun 2015, jumlah wajaran LNPT tiga tahun terakhir hendaklah mencapai 80% dan ke atas dengan pembahagian wajaran sebanyak 20% bagi tahun 2011, 35% bagi tahun 2012 dan 45% bagi tahun 2013; dan bebas daripada tindakan tatatertib; telah mengisytiharkan harta; ulus tapisan keutuhan Suruhanjaya_Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM); bebas daripada senarai Peminjam Tegar Institusi Pinjaman Pendidikan; dan diperakukan oleh Ketua Jabatan. Syarat-syarat Khusus (a) () (©) berkhidmat sekurang-kurangnya tiga (3) tahun di Gred DGS52 (tempoh perkhidmatan yang diambil kira sahaja); melepasi Penilaian Tahap Kecemerlangan (Kriteria Kecemertangan (KC)) iaitu sekurang-kurangnya 80%; dan melepasi wajaran pemarkahan keseluruhan (60% wajaran markah LNPT + 40% markah KC) iaitu sekurang-kurangnya 80%. LAMPIRAN B. ‘Syarat Kenaikan Pangkat PKP Syarat Umum (a) (b) () (@ ® @ @ telah disahkan dalam jawatan; diperakukan oleh Ketua Jabatan, telah mengisytiharkan harta; bebas daripada tindakan tatatertib; ulus tapisan keutuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM); bebas daripada_ senarai Peminjam Tegar Institusi Pinjaman Pendidikan; dan bagi calon yang akan dipertimbangkan urusan kenaikan pangkat pada 01 Jun 2014 sehingga 30 Jun 2015, jumlah wajaran LNPT tiga tahun terakhir hendakiah mencapai 80% dan ke atas dengan_pembahagian wajaran sebanyak 20% bagi tahun 2011, 35% bagi tahun 2012 dan 45% bagi tahun 2013; dan Syarat-syarat Khusus (a) (b) (0) a) hingga 9 Cemeriang LAYAK dipertimbangkan kenaikan 6 Baik telah dilantik secara tetap ke skim perkhidmatan semasa; masih berada di gred lantikan telah berkhidmat genap 13 tahun dalam skim perkhidmatan semasa pada 04 Jun 2014 sehingga 30 Jun 2015 (tempoh perkhidmatan yang diambil kira sahaja); memperoleh penilaian kecemerlangan di tahap BAIK / CEMERLANG, Jumlah markah penilaian kecemerlangan adalah seperti berikut Markah Penilaian | Tahap Penilaian Keputusan Kecemerlangan | Kecemerlangan hingga7 | pangkat 3hinggaS = |——_Kurang TIDAK LAYAK Memuaskan dipertimbangkan kenaikan pangkat LAMPIRAN C JADUAL URUSAN KENAIKAN PANGKAT PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PPP) GRED GRED DG32 HINGGA GRED DG54 DAN PEGAWAI KUMPULAN PELAKSANA (PKP) SECARA TIME-BASED BERASASKAN KECEMERLANGAN BAGI JUN 2014 SEHINGGA JUN 2015 DI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM) Peringkat Calon | Poringkat Guru _| Peringkat Ketua _| Peringkat BPSM Besar / Pengetua | Jabatan Fess I Ketua Bahagian | Tidak berkenaan | 16 Februari 2015 | 9Mac 2015 | 6 Apri sehingga 1 kerana calon tidak | sehingga 8 Mac | sehingga 6 Apri Mei 2015 perlu memohon. 2015 2015 | Sebaliknya calon | wajar mengisi | borang penilaian | KC dan dinilai oleh Ketua Jabatan sebelum 16 Februari 2015, PERHATIAN 4. Calon TIDAK PERLU MEMOHON. Tiada ikian TBBK akan dipaparkan di modul permohonan. Calon juga mempunyai tanggungjawab untuk membaca dengan teliti nama iklan yang dipaparkan di modul permohonan untuk mengelakkan calon tersilap memohon iklan yang salah 2. TARIKH TUTUP ADALAH TARIKH CAPAIAN DITUTUP dan bukan tarikh akhir capaian dibenarkan, Sistem akan menghalang capaian bagi setiap peringkat bermula tarikh tutup bagi capaian tersebut. Sebagai contoh, Peringkat Guru Besar / Pengetua / Ketua Bahagian ditetapkan tarikh tutupnya pada 16 Mac 2015. Sebarang usaha untuk membuat perakuan pada masa berkenaan akan menemui kegagalan Penilaian Kriteria Kecemerlangan dan Rayuan Kriteria Kecemerlangan boleh dibuat tanpa menunggu iklan TBBK dibuka bagi menjimatkan masa. LAMPIRAN D1 TANGGUNGJAWAB CALON YANG TERLIBAT DI DALAM URUSAN KENAIKAN PANGKAT SECARA TIME-BASED BERASASKAN KECEMERLANGAN 4, Mendaftarkan diri sendiri di dalam ePangkat sekiranya belum berbuat demikian 2. Memastikan maklumat-makiumat perkhidmatan pegawai di dalam sistem eOperasi adalah dikemaskini dan tepat; 3. Memastikan maklumat-makiumat perkhidmatan pegawai di dalam sistem ePangkat adalah dikemaskini dan tepat; 4, Memasukkan maklumat di dalam submodul Maklumat Peribadi di dalam ePangkat bagi tujuan tapisan keutuhan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM); 5. Membuat perisytinaran harta terkini bagi tujuan urusan kenalkan pangkat dan seterusnya memastikan maklumat perisytiharan harta dikemaskini di dalam ePangkat; 6 Memastikan diri calon tidak berada di dalam senarai Peminjam Tegar Institusi_ Pinjaman Pendidikan; 7. Membaca dengan teliti nama iklan yang dipaparkan di modul permohonan untuk mengelakkan calon tersilap memohon ikian yang salah. 8 Mengisi Borang Penilaian Kriteria Kecemerlangan (bagi calon yang terlibat dalam urusan TBBK bermula 1 Julai 2013); 9. Sekiranya gagal di dalam penilaian, mengisi Borang Rayuan Penilaian Kriteria Kecemerlangan (bagi calon yang terlibat dalam urusan TBBK bermula 1 Julai 2013) LAMPIRAN D2 TANGGUNGJAWAB KETUA JABATAN CALON YANG TERLIBAT DI DALAM URUSAN KENAIKAN PANGKAT SECARA TIME-BASED BERASASKAN KECEMERLANGAN 1 10. “1 Menghebahkan dan memaklumkan urusan kenaikan pangkat kepada semua calon di bawah penyeliaan masing-masing yang layak mengikut syarat-syarat yang ditetapkan; Menyemak maklumat-maklumat perkhidmatan calon yang terlibat di dalam urusan kenaikan pangkat secara TBBK di dalam sistem eOperasi adalah dikemaskini dan tepat; Memastikan perkhidmatan calon yang terlibat di dalam urusan kenaikan pangkat secara TBBK di dalam sistem ePangkat adalah dikemaskini dan tepat; Menyemak serta memastikan ketepatan dan kesahihan maklumat yang diberikan oleh calon; Memastikan hanya permohonan yang memenuhi syarat umum dan syarat khusus kenaikan pangkat secara TBBK sahaja dikemukakan menerusi ePangkat Membuat Penilaian Kriteria Kecemerlangan dengan kadar segera tanpa menunggu iklan TBBK dibuka di ePangkat bagi calon yang terikat dengan syarat kriteria kecemerlangan, Mengingatkan calon yang gagal dalam Penilaian Kriteria Kecemerlangan, bahawa beliau boleh membuat rayuan dan rayuan calon, jika ada, perlu dikemukakan kepada Jawatankuasa_ Rayuan Penilaian —Kriteria Kecemerlangan Memasukkan markah Kriteria Kecemerlangan dan markah Rayuan Kriteria Kecemerlangan di dalam maklumat perakuan calon yang tertakluk kepada pemakaian Kriteria Kecemerlangan Mengemukakan perakuan calon-calon di bawah seliaan dengan kadar segera tanpa menunggu sehingga saat-saat akhir untuk berbuat demikian. Hanya mengemukakan calon yang belum diperakukan bagi sebarang Urusan Kenaikan Pangkat secara TBBK (Urusan Cicir) Memaklumkan dan memanjangkan maklumat berkaitan “Tanggungjawab Calon Yang Terlibat Di Dalam Urusan Kenaikan Pangkat Secara Time- Based Berasaskan Kecemerlangan” seperti di Lampiran B2 kepada calon itt LAMPIRAN D3 SOALAN LAZIM BERKENAAN URUSAN KENAIKAN PANGKAT SECARA URUSAN PERAKUAN KENAIKAN PANGKAT TIME-BASED BERASASKAN KECEMERLANGAN MENERUSI EPANGKAT 4, Soalan — —_ Guru Besar saya yang lama telah bertukar / bersara dan Ketua Jabatan saya yang baru telah melaporkan diri untuk bertugas. Apa yang saya perlu buat untuk reset Kata laluan akaun Ketua Jabatan saya? Jawapan — Kata Laluan akaun Guru Besar tidak perlu direset, Apa yang perlu dilakukan adalah mengemaskini maklumat penempatan Ketua Jabatan yang baru di dalam eOperasi dan Ketua Jabatan yang baru boleh terus menggunakan akaun ePangkat beliau yang sedia ada untuk mentadbir sekolah, Sekiranya Ketua Jabatan yang baru tidak mempunyai akaun ePangkat, beliau boleh mendaftarkan sendiri akaun beliau dengan mengikut pautan di muka hadapan ePangkat. 2. Soalan — Saya adalah Pengetua di sekolah A dan baru menerima surat pertukaran ke sekolah B. Apa yang perlu saya lakukan? Adakah saya perlu mendaftarkan akaun baru di sekolah 8? Jawapan — — Memandangkan tuan / puan telah mempunyai akaun ‘Pangkat, tuan / puan tidak perlu mendaftarkan akaun ePangkat yang baru ‘Adalah memadai makiumat tempat bertugas tuan /puan dikemaskini di dalam ‘eOperasi dan akaun ePangkat tuan / puan boleh digunakan bagi mentadbir di tempat yang baru. 3, Soalan - — Ketua Jabatan yang lama telah bersara dan kami menggunakan akaun beliau untuk menguruskan perakuan PPP dan PKP di organisasi kami. Tiba-tiba, satu hari kami tidak boleh menggunakan akaun tersebut. Apa yang perlu kami buat? Jawapan — Sila gunakan akaun ePangkat Ketua Jabatan yang baru Penggunaan akaun Ketua Jabatan yang lama sepatutnya dihentikan setelah beliau bertukar / bersara. 4. Soalan = — _ Saya telah terlupa kata laluan saya? Macam mana ya? Jawapan - — Fungsi untuk mengset semula kata laluan telah diturunkan ke Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri dan Bahagian. 5. Soalan - Kata laluan saya telah diset semula dan kata laluan sementara ‘123456’ telah diberikan. Saya berasa malas untuk menukarkan kata laluan, Bolehkah saya kekal menggunakan kata laluan tersebut? Jawapan - — Tanggungjawab memastikan kerahsiaan kata laluan adalah di bawah pemilik akaun. Sekiranya sesuatu akaun dicerobohi dan perbuatan Khianat dilakukan menggunakan akaun tersebut, pemilik akaun akan dipersalahkan di atas kecualan beliau 10. Soalan - Saya adalah ketua jabatan dan ingin memperakukan calon-calon yang layak di bawah penyeliaan saya. Namun, apabila saya masuk ke dalam ikian TBBK, terdapat nama yang dipaparkan dan ada nama yang tidak dipaparkan. Mengapa perkara ini boleh berlaku? Jawapan - — Kegagalan mengemaskini maklumat calon adalah sebab utama nama calon tidak dipaparkan di dalam iklan berkenaan. Sila pastikan berkenaan telah menyebabkan sistem tidak memaparkan pegawai tersebut, Sila pastikan setiap satu perkara berkenaan dilkuti: (2) Maklumat pegawai dikemaskini di dalam sistem eOperasi dan ePangiat, (b) — Gred Hakiki Penyandang diisi; (©) LNPT terkini dimasukkan ke dalam sistem; (@) Tarikh Naik Pangkat bagi setiap gred (ka berkaitan) — Sila ambil makium bahawa tarikh penempatan ke jawatan hakiki tidak dikira sebagai kenaikan pangkat; (e) _ Perisytinaran harta dikemaskini; () Pegawai benar-benar layak naik pangkat; dan {g) _ Sahkan semua maklumat pegawai di dalam modul semakan dengan mengklik butang “HANTAR PENGESAHAN". Soalan — __Saya lihat tarikh tutup iklan adalah pada 16 hari bulan tetapi bila saya masuk pada 6 bulan saya dapati iklan berkenaan telah hilang. Adakah berlaku sebarang masalah pada sistem? Jawapan —- Sistem tidak mempunyai sebarang masalah. Tuan telah tersilap faham bahawa ‘Tarikh Tutup’ iklan adalah tarikh iktan ditutup dan capaian kepada pihak yang terlibat dihentikan, bukan tarikh terakhir perakuan dibuat, Sebarang perakuan hendaklah dibuat sebelum tarikh tutup. Soalan — _—_ Saya lihat di dalam maklumat peribadi saya di dalam modul ePangkat, gred jawatan dan gaji saya adalah lebih rendah. Saya cuba meminda maklumat berkenaan tetapl tidak boleh kerana medan tersebut tidak boleh diubah. Apa yang perlu saya buat? Jawapan — —— Sesetengah maklumat di dalam submodul maklumat peribadi dicapal daripada sistem eOperasi. Conteh maklumat berkenaan adalah gaji pegawal. Bagi meminda maklumat tersebut, mohon tuan dapatkan bantuan daripada penyelaras sistem eOperasi Soalan — — Adakah calon yang tidak mencapai LNPT yang ditetapkan layak untuk mengisi Borang KC? Jawapan — Tidak. Hanya PPP yang mencapai Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) seperti yang ditetapkan layak untuk dinilai menggunakan Borang Kriteria Kecemerlangan. Selain itu, iklan di dalam ePangkat tidak akan memaparkan nama mana-mana calon yang tidak mencapai syarat-syarat kenaikan pangkat Soalan - — Adakah saya perlu. menunggu sehingga iklan TBBK dibuka sebelum membuat penilaian KC kepada calon di bawah seliaan saya? Jawapan - Tidak. Tuan boleh membuat penilaian Kriteria Kecemerlangan dan jika perlu menguruskan Rayuan Penilaian Kriteria 1 12 13, 14. 15. 16. Kecemerlangan sebelum iklan dibuka, Dengan berbuat demikian, tuan boleh terus memasukkan markah ke dalam sistem dan seterusnya memperakukan calon apabila iklan dibuka. Soalan = Sekiranya calon berkhidmat kurang daripada 6 bulan di tempat baharu, siapakah yang akan menilal? Jawapan - — Ketua Jabatan calon di tempat lama akan menilai PPP dan akan menghantar penilaian kepada Ketua Jabatan yang baru. Perakuan melalui ePangkat akan dilaksanakan oleh Ketua Jabatan yang baru. Soalan - _—_Sekiranya calon berkhidmat lebih daripada 6 bulan di tempat baharu tetapi dokumen sokongan tidak mencukupi, adakah calon boleh menggunakan dokumen sokongan dari tempat bertugas terdahulu? Jawapan — Calon boleh menggunakan dokumen sokongan di tempat bertugas terdahulu sekiranya dokumen di tempat baharu tidak mencukupi Soalan - —Apakah dokumen sokongan yang perlu dikemukakan semasa penilalan KC? Adakah Salinan dokumen sokongan perlu disahkan? Siapa yang layak membuat pengesahan document tersebut? Jawapan - Calon perlu. mengemukakan dokumen —sokongan mengikut bidang tugas masing-masing yang disahkan oleh Ketua Jabatan / Penyelia. Soalan - —_Adakah Rayuan Kriteria Kecemerlangan sama dengan Rayuan Kenaikan Pangkat? Jawapan - Tidak. Sebarang Rayuan Kriteria Kecemerlangan, jika ada, peru dipertimbangkan dan diputuskan sebelum iklan TBBK tutup. Urus setia akan mengemukakan Markah Kriteria Kecemerlangan dan Markah Rayuan Kriteria Kecemeriangan (jika ada) kepada LKPPP di dalam perakuan yang sama. Soalan - _Penilaian Kriteria Kecemeriangan ke atas calon adalah menghampakan menyebabkan saya selaku Ketua Jabatan beliau terpaksa memberikan markah yang rendah. Apakah yang perlu saya lakukan seterusnya? Jawapan - — Sekiranya pegawai membuat rayuan, sila kemukakan rayuan pegawai kepada pihak yang berkuasa menimbangkan rayuan beliau dengan kadar segera, Rayuan Kriteria Kecemerlangan perlu dipertimbangkan dan diputuskan sebelum iklan TBBK tutup. Urus setia akan mengemukakan Markah Kriteria Kecemerlangan dan Markah Rayuan Kriteria Kecemerlangan (ika ada) kepada LKPPP di dalam perakuan yang sama. Soalan - _ Saya tidak peraku calon saya walaupun beliau sudah memenuhi semua syarat kerana tahu bahawa tahun depan atau tahun satu lagi akan ada iklan cicir. Jadi saya tidak perlu peraku sekarang dan sebaliknya tunggu ikian cicir yang akan keluar pada tahun berikutnya. Dengan berbuat demikian, calon saya akan dapat tunggakan gaji kemudiannya. Kira macam simpan ‘duit kutu’ juga la. Jawapan - — Perbuatan Ketua Jabatan yang tidak berbuat demikian adalah disifatkan cuai dan tidak bertanggungjawab, satu kesalahan yang jelas, 7. 18. 19, 20, 21. dinyatakan di dalam Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tataterti) 1993. Selain Ketua Jabatan berkenaan boleh dikenakan tindakan tatatertib, beliau juga boleh dikenakan tindakan surcaj atas kesalahan tersebut. Selain itu, sesuatu urusan adalah bersifat semasa dan Lembaga Kenaikan Pangkat mempunyai kuasa untuk tidak memberikan tarikh kenaikan pangkat kepada calon pada tarikh beliau layak, Soalan — _Perlukah saya perakukan calon yang sedang di dalam prosiding tatatertib / digantung kerja / ditahan kerja bagi urusan kenaikan pangkat secara TBBK? Jawapan - — Sekiranya calon telah layak, sila perakukan calon dan pada masa yang sama maklumkan kepada Pengarah JPN / Bahagian mengenai tindakan yang dikenakan ke atas beliau Soalan — Calon telah menghilangkan satu laptop dan telah dikenakan tindakan surcaj / bayaran balik. Perlukah saya perakukan beliau? Jawapan — —_Tindakan surcaj atau tindakan bayaran balik bukan satu tindakan tatatertib walaupun bersifat punitif. Sila perakukan pegawai, Soalan - _Saya tau bahawa orang yang telah pencen tidak boleh dikenakan tindakan tatatertib. Memandangkan saya akan pencen dalam masa terdekat jadi saya sengaja tidak memperakukan calon kerana saya tidak suka dengan beliau. Jawapan — — Walaupun penjawat awam yang bersara atau meletakkan Jawatan tidak boleh diambil tindakan tatatertib, tindakan mahkamah masin boleh dikemukakan ke atas beliau Soalan - _ Saya merupakan PPPLD Gred DGA29 yang dilantik pada 03 Januari 2007. Saya telah mengikuti program pengijazahan dan telah dilantik sebagai PPPS Gred DG41 pada 1 Julai 2013. Saya terlibat dalam urusan kenaikan pangkat ke Gred DGA32 pada 1 Januari 2015 dan telah memaklumkan kepada Ketua Jabatan saya mengenai perkara tersebut tetapi beliau enggan memperakukan saya. Apakah tindakan yang saya boleh ambil berhubung keengganan Ketua Jabatan memperakukan saya bagi urusan tersebut? Jawapan - — Apabila tuan dilantik sebagai PPPS DG41 bermula 4 Julai 2013, tuan adalah tertakluk kepada urusan kenaikan pangkat di skim PPPS dan tidak layak untuk dipertimbangkan bagi sebarang urusan kenaikan pangkat di skim PPPLD. Walaupun skim PPPS dan PPPLD digabungkan menjadi skim bersepadu berkuatkuasa 1 Januari 2014, tuan masih lagi tidak memenuhi syarat untuk diperlimbangkan kenaikan pangkat ke Gred DG32 secara TBBK iaitu 8 tahun perkhidmatan di Gred DGA29 / DG29. Soalan - — Saya cuba membuat capaian menerusi ePangkat dan dapat masuk ke akaun saya. Tetapi bila saya klik ke Modul Guru Besar / Pengetua / Ketua Jabatan, sistem memaparkan mesej, "MAAF, ANDA TIDAK DIBENARKAN AKSES KE MODUL INI" sedangkan saya adalah Guru Besar. Jawapan - — Punca perkara berkenaan berlaku adalah tuan / puan menggunakan pelayar internet versi yang lama dan Kurang selamat. Oleh itu, 22. 23. 24, 25. sebagai langkah keselamatan ePangkat menghadkan capaian akaun tuan / puan, Sila gunakan pelayar internet yang kemaskini Soalan - _ Saya sepatutnya memperakukan calon di bawah seliaan saya bagi urusan kenaikan pangkat secara TBBK pada tahun lepas tapi saya tidak pasti sama ada saya pernah berbuat demikian. Baru-baru ini saya menerima surat pemakiuman mengenai urusan kenaikan pangkat secara TBBK Urusan Cicir bagi tahun tersebut. Periukah saya perakukan calon saya walaupun saya tidak pasti pernah atau tidak berbuat demikian? Jawapan - Tuan sepatutnya lebih peka mengenai _urusan perkhidmatan di bawah seliaan tuan selaku Ketua Jabatan. Untuk memastikan sama ada tuan perlu perakukan semula calon tuan, sila hubungi JPN / Bahagian untuk mengetahui terlebih dahulu mengenai status calon tuan. Soalan — _—_ Saya ingin membuat perakuan calon-calon di bawah saya menggunakan komputer tablet atau telefon pintar. Adakah saya boleh berbuat demikian? Jawapan — — ePangkat menyokong capaian menggunakan komputer tablet atau telefon pintar. Soalan — _—_ Saya ingin memperakukan calon-calon di bawah saya menggunakan komputer tablet atau telefon pintar. Adakah saya boleh berbuat demikian? Jawapan - — Pangkat menyokong capaian menggunakan komputer tablet atau telefon pintar. Soalan — _ Saya ingin membuat perakuan calon-calon di bawah saya tetapi komputer sekolah saya mengalami kerosakan. Adakah saya perlu menunggu komputer yang baru? Jawapan — — ePangkat menyokong capaian dari web. Tuan boleh menggunakan komputer lain / komputer tablet / telefon pintar untuk membuat perakuan tersebut.

Вам также может понравиться