Вы находитесь на странице: 1из 15

Tajuk PPIK kumpulan saya ialah Topik 4, Sifat-sifat Aloi.

Kami dikehendaki untuk


mendapatkan sampel kepingan logam tulen dan kepingan aloinya yang sama saiz dan
sama bentuk. Kami juga akan membanding dan membezakan sifat-sifat logam tulen
dan aloi. Seterusnya, kami akan menerangkan cara untuk mengkaji sifat-sifat tersebut.
Perbandingan sifat logam tulen dan aloinya boleh dibahagikan kepada dua
kategori, iaitu perbandingan dari segi sifat fizik dan sifat kimia. Sifat fizik logam tulen
dan aloi yang akan dibandingbezakan ialah kemuluran, kemudahtempaan, kekerasan,
rupa, kadar kehakisan, kekonduksian haba dan kekonduksian elektrik. Di sebaliknya,
sifat kimia yang akan dikaji ialah tindak balas logam tulen dan aloinya dengan asid.
1.0 Sifat fizik
1.1 Sifat Kemuluran
Pertama sekali, sifat fizik yang akan dikaji ialah kemuluran. Kemuluran ialah kebolehan
logam untuk ditarik menjadi dawai halus. Kemudian, saya menerangkan cara untuk
mengkaji sifat kemuluran.
(a) Objektif : Membandingkan kemuluran logam tulen dan aloinya.
(b) Hipotesis : Logam nikel mempunyai kemuluran yang lebih tinggi berbanding
dengan syiling 50sen.
(c) Pembolehubah : Manipulasi : Jenis logam dan aloinya
Respons : Pemanjangan yang berlaku
Kekal : Daya tarikan yang dikenakan
(d) Radas :Mesin menguji kemuluran
(e) Bahan : Logam tulen nikel, syiling 50sen

(f) Rajah :

Rajah 1.0 : Mesin menguji kemuluran.


(g) Prosedur :
1. Kepingan logam tulen nikel dipasangkan pada mesin menguji kemuluran.
2. Mesin dihidupkan dan kepingan logam ditarik dari arah atas dan bawah.
3. Segala pemanjangan yang berlaku pada logam tulen diukur dengan pembaris.
4. Langkah 1-3 diulangi dengan menggunakan syiling 50sen.
5. Segala pemerhatian direkodkan dalam jadual.
(h) Keputusan :
Jadual 1.0 : Pemerhatian kedua-dua bahan.
Bahan

Pemerhatian

Logam tulen nikel

Pemanjangan berlaku

Syiling 50 sen

Tiada pemanjangan berlaku

(i) Perbincangan :
1. Nikel merupakan sejenis logam tulen. Syiling 50 sen pula merupakan campuran
kuprum dan nikel dalam komposisi yang tertentu.

2. Logam tulen terdiri daripada atom yang sama jenis.Atomnya adalah sama saiz
dan bentuk.Susunan atom dalam logam adalah rapat,padat dan teratur.Atom
dalam logam disusun secara teratur dalam lapisan.
3. Apabila dikenakan daya, lapisan atom mudah bergelongsor di atas satu sama
lain.Keadaan ini menyebabkan logam tulen bersifat mulur dan mudah ditarik
menjadi dawai lurus.Oleh itu, pemanjangan berlaku pada logam tulen nikel.
4. Aloi merupakan campuran logam tulen dan unsur asing. Unsur asing mengubah
susunan teratur logam tulen.Hal ini telah mengelak lapisan logam tulen daripada
tergelongsor dan memperkuat dan memperkukuh logam tulen.Oleh yang
demikian, tiada pemanjangan yang berlaku pada aloi kuprum-nikel.
(j) Konklusi : Logam tulen mempunyai kemuluran yang lebih tinggi berbanding dengan
aloinya.

1.2 Kadar pengaratan


Objektif: Membandingkan kadar pengaratan besi, keluli dan keluli tahan karat.
Bahan dan radas: Paku besi, skru keluli, keluli tahan karat, larutan jeli, larutan kalium
heksasianoferat (III),kertas pasir, tabung uji dan rak tabung uji.
Prosedur:
1. Dengan menggunakan kertas pasir, paku besi, keluli, keluli tahan karat
dibersihkan.
2. Paku besi dimasukkan ke dalam tabung uji A, skru keluli ke dalam tabung uji B,
dan paku keluli tahan karat ke dalam tabung uji C.
3. Satu larutan agar-agar 5% disediakan dengan melarutkan 5 g agar-agar ke
dalam 100 cm3 air panas. Beberapa titik larutan kalium heksasianoferat (III)
dicampurkan ke dalam larutan agar-agar itu.
4. Larutan agar-agar dituangkan ke dalam setiap tabung uji sehingga paku
terendam dengan sempurna.
5. Selepas 5 hari, setiap tabung uji diperiksa untuk menentukan sama ada
a) warna biru tua terbentuk di sekeliling paku
b) keadaan paku
Rajah:

Rajah 2.0 : Susunan radas dalam membandingkan kadar pengaratan besi, keluli
dan keluli tahan karat.

Pemerhatian/ keputusan:
Jadual 2.0. : Pemerhatian pengaratan selepas 5 hari.
TABUNG UJI

KEAMATAN WARNA BIRU

INFERENS

A (Paku Besi)

Warna biru gelap terhasil di Pengaratan

B (Skru keluli)

sekita paku
Sedikit warna

C (keluli tahan karat)

terhasil
Tiada warna biru terbentuk.

berlaku

dengan cepat.
kebiruan Pengaratan berlaku secara
perlahan.
Tiada pengaratan berlaku.

Perbincangan:
1) Kakisan ferum akan menghasilkan ion ferum (II)
Fe(p) Fe2+(ak) + 2e2) Berdasarkan keputusan di atas, paku besi tulen telah banyak terkakis manakala
paku keluli hanya terkakis sedikit dan keluli tahan karat tidak terkakis langsung.
3) Fungsi larutan kaliumheksasianoferat (III) adalah untuk menguji kehadiran ion
ferum (II), iaitu warna biru tua akan terbentuk. Keamatan warna biru tua ini
mengambarkan tahap pengaratan paku besi.

4)

Warna biru yang terbentuk menunjukkan ion ferum (II) terhasil, iaitu kakisan

ferum sudah berlaku.


5) Keamatan warna biru tua yang lebih tinggi menunjukkan bahawa kadar
pengaratan juga tinggi kerana kepekatan ion ferum(II) yang terbentuk adalah
lebih tinggi.
6) Besi berkarat dengan mudah tetapi keluli tahan karat (aloi yang terbentuk degan
menambahkan nikel dan kromium terhadap besi) lebih tahan kakisan. Nikel dan
kromium membentuk satu lapisan oksida yang keras dan tidak telap air untuk
menghalang besi daripada berkarat. Bagi paku keluli, ia diperbuat daripada 99%
besi dan 1% karbon, karbon telah menguatkan paku tersebuat yang secara tidak
langsung melambatkan kadar pengaratan paku keluli. Secara keseluruhannya,
susunan kadar pengaratan ketiga-tiga bahan adalah seperti berikut:
Besi > skru keluli> keluli tahan karat
Kesimpulan:
Secara keseluruhannya, semakin tinggi kepekatan warna biru yang terhasil,
semakin tinggi kadar pengaratan yang berlaku dan didapati bahawa besi sangat mudah
berkarat dan melalui proses pengoksidaan lebih cepat berbanding keluli dan keluli
tahan karat yang mana kedua-dua bahan logam ini telah melalui proses pengaloian.

1.3 Sifat kekerasan


Objektif: Untuk membandingkan kekerasan logam tulen dengan aloinya.
Hipotesis: Bronze adalah lebih keras berbanding dengan kuprum. Apabila beban
diturunkan ke atas bola logam yang terletak pada blok logam yang
diperbuat daripada kurpum atau gangsa, satu lekuk yang besar akan
terbentuk pada permukaan blok kuprum yang lebih lembut daripada blok
gangsa.
Pembolehubah: Dimanipulasikan: Jenis bahan yang digunakan untuk membuat blok
logam.
Bergerak balas: Diameter lekuk.
Dimalarkan: Saiz bola logam dan berat beban.
Bahan: Blok kuprum, blok gangsa, pita selofan.
Radas: Kaki retort dan pengapit, 1kg berat beban, pembaris meter dan benang
Rajah:

Rajah 3.0 Radas-radas yang disediakan.


Prosedur:
1) Pembaris meter diapit kepada kaki retort, dan satu blok kuprum diletakkan di bawah
kakai retort..
2) Satu bola logam diletakkan pada permukaan blok kuprum dan pita selofan telah
digunkan untuk memegang bola logam berada pada tempatnya.
3) Satu 1 kg berat bedan digantung pada ketinggian sebanyak 50 cm di atas blok
kuprum.
4) Bedan telah diturunkan kepada bola logam yang diletak pada permukaan blok
kuprum.
5) Diameter lekuk yang dibentuk oleh bola logam telah diukur.
6) Eksperimen ini diulangi sebanyak tiga kali dengan menggunakan kawasan yang lain
pada permukaan blok kuprum.
7) Purata bagi diameter lekuk dikira.
8) Langkah 1 7 diulangi dengan menggunakan blok gangsa.
Keputusan:
Jadual 3.0: Keputusan diameter lekuk.
Jenis
logam

blok Diameter lekuk (cm)


1

Purata

Blok kuprum

3.2

3.3

3.2

3.23

Blok gangsa

2.4

2.5

2.5

2.47

Perbincangan:
1) Logam tulen terdiri daripada atom yang sama jenis. Atomnya adalah sama saiz
dan bentuk susunan atom dalam logam adalah rapat,padat dan teratur. Atom
dalam logam disusun secara teratur dalam lapisan.
2) Apabila satu blok logam tulen diketuk atau ditekan, sebahagian kumpulan atom
logam tergelincir ke kedudukan yang baru supaya memenuhi ruangan kosong.
Ini membolehkan logam dijadikan pelbagai bentuk.Logam tulen dikatakan
mempunyai sifat kebolehtempaan. Oleh yang demikian, diameter lekuk yang
terbentuk pada permukaan blok kuprum adalah tertinggi.
3) Aloi merupakan campuran logam tulen dan unsur asing. Unsur asing mengubah
susunan teratur logam tulen. Hal ini telah mengelak lapisan logam tulen daripada
tergelongsor dan memperkuat dan memperkukuh logam tulen. Oleh yang
demikian, blok gangsa yang diperbuat daripada kuprum dan stanum adalah aloi
yang keras kerana diameter lekuk yang terbentuk pada permukaan blok gangsa
adalah rendah.
4) Semakin rendah purata diameter lekuk, semakin keras blok tersebut.
Kesimpulan: Gangsa yang sebagai aloi adalah lebih keras berbanding dengan logam
kuprum yang tulen. Hipotesis telah diterima.
1.4 Kadar pemindahan haba
Objektif: Untuk membandingkan kadar pemindahan haba logam tulen dengan aloinya.
Hipotesis: Loyang adalah konduktor haba yang lebih lemah berbanding dengan logam
kurprum.
Pembolehubah: Dimanipulasikan: Jenis bahan yang digunakan untuk membuat rod
logam.
Bergerak balas: Masa yang diambil oleh paku besi untuk jatuh.
Dimalarkan: Panjang rod logam dan saiz paku besi yang digunakan.
Bahan: Rod kuprum, rod loyang, lilin dan dua paku besi
Radas: Dua kaki retort dan pengapit, jam randik dan penunu Bunsen .
Prosedur:
1) Paku besi dilekat pada satu hujung rod kuprum dengan menggunakan lilin.

2) Rod kuprum diapit dengan menggunakan dua kaki retort dan pengapit.
3) Hujung rod kuprum yang lain dipanaskan dengan menggunakan penunu Bunsen.
4) Masa yang diambil oleh paku besi jatuh digira dengan menggunakan jam randik.
5) Eksperimen ini diulangi sebanyak dua kali.
6) Purata bagi masa yang diambil oleh paku besi jatuh dikira.
7) Langkah 1 6 diulangi dengan menggunakan rod loyang.
8) Keputusan direkodkan pada jadual di bawah.
Rajah:

Rajah 4.0 Rod kuprum.

Rajah 5.0 Rod loyang.

Keputusan:
Jadual 4.0: Masa yang diambil oleh paku besi jatuh.
Jenis rod

Masa yang diambil oleh paku besi jatuh (s)


1

Purata

Rod kuprum

30

35

32.5

Rod loyang

54

56

55

Perbincangan:
1) Berdasarkan kajian, kuprum merupakan logam tulen yang mempunyai kadar
permindahan haba yang tinggi daripada zink. Oleh yang demikian, rod loyang
yang diperbuat daripada kuprum dan zink telah mempunyai kadar permindahan
haba yang lebih rendah daripada rod kuprum.
2) Semakin tinggi masa yang diambil oleh paku besi jatuh, semakin tinggi kadar
permindahan haba rod tersebut.
Kesimpulan: Loyang adalah konduktor haba yang lebih lemah berbanding dengan
logam kurprum. Hipotesis telah diternima.
1.5 Sifat membaiki rupa

Objektif: Untuk menyiasat rupa logam tulen dan aloinya.


Hipotesis: Kuprum nikel adalah lebih berkilat dan keras berbanding dengan logam
tulen kuprum dan nikel.
Bahan: 1 sen, 50 sen, kepingan kuprum yang sama saiz dengan 1 sen dan kepingan
nikel yang sama siaz dengan 50 sen.
Radas: Tangan dan mata.
Prosedur:
1) 1 sen diperhatikan dengan menggunakan mata dan disentuh dengan
menggunakan tangan.
2) Kepingan kuprum diperhatikan dengan menggunakan mata dan disentuh dengan
menggunakan tangan.
3) Pemerhatian telah direkodkan pada jadual di bawah.
4) Langkah 1 sehingga 3 diulangi dengan menggantikan 1 sen dengan 50 sen
manakala kepingan kuprum diggantikan dengan kepingan nikel.
Keputusan:
Jadual 5.0: Pemerhatian keempat-empat jenis logam tulen dan alonya.
Jenis logam tulen Pemerhatian
dan aloinya
1

sen

Manakah satu yang lebih Manakah


berkilat?
dengan 1 sen

kepingan kuprum.
50 sen dengan 50 sen

satu

yang

lebih

keras?
1 sen
50 sen

kepingan nikel
Perbincangan:
1) Aloi kuprum nikel adalah lebih kilat dan keras kerana ia diperbuat daripada dua
logam iaitu kuprum dan nikel, kewujudan kedua-dua logam ini dapat menguatkan
aloi tersebut dan juga boleh membaiki rupanya, iaitu menjadi lebih kilat.
2) 1 sen dan 50 sen merupakan aloi kuprum nikel.
3) Warna kuprum adalah perang dan warna nikel adalah perak. Oleh yang
demikian, 1 sen yang mempunyai warna perang, dapat dirumuskan bahawa ia
mempunyai kandungan kuprum yang tinggi dalam kanduangan aloinya manakala
50 sen yang mempunyai warna perak, dapat dirumuskan ia mepunyai
kandungan nikel yang tinggi dalam kandungan aloinya.

Kesimpulan: Aloi kuprum nikel adalah lebih berkilat dan keras berbanding dengan
logam tulen kuprum dan nikel.

1.6 Sifat kemudahtempaan


Di samping itu, sifat fizik yang akan dikaji ialah kemudahtempaan, iaitu
kobolehan logam dibentukkan kepada pelbagai bentuk. Sayaakan menerangkan cara
untuk mengkaji sifat kemudahtempaan tersebut.
(a) Objektif :Membandingkan kemudahbentukan logam dan aloynya
(b) Hipotesis :Paku besi lebih mudah dibentuk berbanding dengan paku keluli.
(c) Pembolehubah : Manipulasi : Jenis paku yang digunakan
Respons :keadaan paku selepas eksperimen dijalankan
Kekal : Daya yang dikenakan pada paku
(d) Radas :tukul besi
(e) Bahan :paku besi, paku keluli
(f) Rajah :

Rajah 6.0 :Paku dibengkokkan dengan menggunakan tukul besi

(g) Prosedur : 1. Paku besi dipakukan secara vertikal pada papan.

2. Paku diketuk dengan tukul besi dari sisi.


3. Perubahan bentuk diperhatikan.
4. Langkah 1-3 diulangi dengan menggunakan paku keluli.

(h) Keputusan :
Jadual 6.0: Pemerhatian bagi kedua-dua paku.
Bahan

Pemerhatian
Paku dibengkokkan dengan mudah.

Paku besi
Darjah bengkok adalah besar.

Paku keluli

Tidak berlaku perubahan bentuk.

(i) Perbincangan :
1. Besi merupakan sejenis logam tulen. Keluli pula merupakan campuran besi (99% ,
logam) dan karbon (1% , bukan logam).
2. Logam tulen terdiri daripada atom yang sama jenis.Atomnya adalah sama saiz dan
bentuk.Susunan atom dalam logam adalah rapat,padat dan teratur.Atom dalam
logam disusun secara teratur dalam lapisan.
3. Dalam keadaan semulajadi, penyusunan atom-atom logam tulen tidak sempurna
kerana mempunyai ruangan kosong. Apabila satu blok logam tulen diketuk atau
ditekan, sebahagian kumpulan atom logam tergelincir ke kedudukan yang baru
supaya memenuhi ruangan kosong. Ini membolehkan logam dijadikan pelbagai
bentuk.Logam tulen dikatakan mempunyai sifat kebolehtempaan.Oleh itu, paku besi
boleh dibengkokkan dengan mudah.

4. Aloi merupakan campuran logam tulen dan unsur asing. Unsur asing mengubah
susunan teratur logam tulen.Hal ini telah mengelak lapisan logam tulen daripada
tergelongsor dan mengisi ruangan kosong antara atom logam tulen.Hal ini
memperkuat dan memperkukuh logam.Oleh yang demikian, paku keluli tidak
membengkok walaupun dikenakan daya.

(j) Konklusi :Logam tulen lebih mudah diperbentuk berbanding dengan aloinya.

1.7 Kekonduksian Elektrik


Tambahan pula, sifat fizik yang seterusnya ialah kekonduksian elektrik.Saya
akan menerangkan cara untuk mengkaji sifat kekonduksian elektrik tersebut.
(a) Objektif :Membandingkan kekonduksian elektrik logam dan aloynya
(b) Hipotesis : Kekonduksian elektrik logam tulen adalah lebih baik daripada aloinya.
(c) Pembolehubah : Manipulasi : Jenis paku yang digunakan
Respons :Keamatan cahaya mentol, bacaan voltmeter
Kekal :Bekalan elektrik
(d) Radas : wayar, voltmeter, mentol, pemegang mentol, sumber elektrik
(e) Bahan : paku besi, paku keluli, paku keluli nirkarat, kertas pasir
(f) Rajah :
Paku

Mento

Dawai

Sumber Elektrik
Voltmete
Rajah 7.0 : Penyediaan
radas dan bahan untuk menguji
kekonduksian
(g) Prosedur :
elektrik paku.
1. Radas-radas disediakan seperti yang ditunjukkan.
2. Paku besi dibersihkan dengan menggunakan kertas pasir.

3. Paku disambungkan ke dalam litar.


4. Cahaya mentol diperhatikan dan bacaan voltmeter diambil.
5. Semua pemerhatian direkodkan.
6. Langkah 2-4 diulangi dengan menggunakan paku keluli dan paku nirkarat.
(h) Keputusan :
Jadual 7.0: Pemerhatian keamatan cahaya mentol dan bacaan volmeter.
Jenis Paku

Pemerhatian

Paku Besi

Cahaya mentol sangat terang.

Paku Keluli

Cahaya mentol kurang terang.

Paku Keluli Nirkarat

Cahaya mentol sangat terang.

Bacaan Volmeter

(i) Perbincangan :
1. Besi merupakan sejenis logam tulen. Keluli pula merupakan campuran besi (99% ,
logam) dan karbon (1% , bukan logam).Nirkarat merupakan campuran besi (74% ,
logam), kromium (18% , logam) dan nikel (8% , logam).
2. Oleh itu, kekonduksian elektrik bagi paku besi dan paku nirkarat adalah paling baik
kerana semua komposisi bahannya merupakan unsur logam.
3. Di sebaliknya, kekonduksian elektrik bagi paku keluli adalah kurang baik kerana
terdapat unsur bukan logam dalam komposisinya.
(j) Konklusi :Kekonduksian elektrik logam tulen adalah lebih baik daripada aloi.

2.0 Sifat kimia


2.1 Tindak Balas dengan Asid
Sifat kimia yang akan dikaji ialah tindak balas logam tulen dan aloinya dengan
asid.Kemudian, saya akanmenerangkan cara untuk mengkaji sifat kemuluran.
(a) Objektif : Membandingkan tindak balas logam dan aloinya dengan asid.
(b) Hipotesis :Logam menghasilkan gas hidrogen apabila bertindak balas dengan asid.
(c) Pembolehubah : Manipulasi : Jenis paku yang digunakan
Respons :Jenis gas yang terhasil
Kekal :Asid yang digunakan

(d) Radas : penyumbat gabus dan tiub pengantar, kelalang kon, tabung uji, besin besar,
kayu lidi, mancis
(e) Bahan :Larutan asid sulfurik 2.0mol, paku besi, paku keluli, air paip, kertas pasir
(f) Rajah :

tiub
pengantar

tabung uji

tabung
gas
hidrogen
gas

kelalang

air
hidroge
besin
paku
Rajah 8.0 : Penyediaan radas dan bahan untuk tindak balas logam tulen/aloi
dengan asid.
(g) Prosedur : 1. Radas-radas disediakan seperti yang ditunjukkan.
2. Paku besi dibersihkan dengan menggunakan kertas pasir.
3. Paku dimasukkan ke dalam kelalang kon.
4. Larutan asid sulfurik 2.0 mol dituangkan ke dalam kelalang kon.
5. Kelalang kon ditutup segera dengan menggunakan penyumbat gabus
dan disambungkan dengan tiub pengantar ke dalam sebuah basin.
6. Mulut tiub pengantar mesti dimasukkan ke dalam tabung uji.
7. Gas yang terkumpul dalam tabung uji diuji dengan kayu lidi bernyala.
8. Langkah 2-7 diulangi dengan menggunakan paku keluli.
9. Segala pemerhatian direkodkan dalam jadual.

air
besi

(h) Keputusan :
Jadual 8.0: Pemerhatian menguji gas yang terhasil.
Bahan

Pemerhatian

Paku besi

Api kayu lidi dipadamkan, penghasilan bunyi pop.

Paku keluli

Api kayu lidi dipadamkan, penghasilan bunyi pop.

(i) Perbincangan :
1. Besi merupakan sejenis logam tulen. Keluli pula merupakan campuran besi (99%)
dan karbon (1%).
2. Apabila unsur-unsur logam bertindak balas dengan asid, metal asid dan gas hidrogen
akan terbentuk.
Fe + H2SO4 FeSO4 + H2
3. Logam besi bertindak balas dengan asid sulfurik untuk membentuk larutan hijau
(Fe2+, SO42-)yang berbuih (gas hidrogen).
(j) Konklusi :Logam menghasilkan gas hidrogen apabila bertindak balas dengan asid.

Вам также может понравиться