Вы находитесь на странице: 1из 3

LANGKAH-LANGKAH MENGATASI JEREBU

Mutakhir ini, arus globalisasi yang semakin menerjah di seantero dunia telah
banyak membawa perubahan kepada kehidupan seharian manusia di tanah air
kita. Dalam keghairahan mengejar arus modenisasi ini, kita sering dikejutkan
dengan situasi negara kita yang sering mengalami masalah jerebu. Berita buruk
ini yang semakin menjadi-jadi ini dipaparkan pada dada akhbar saban hari. Hal
ini telah menjadi polemik orang ramai dari kedai kopi sehinggalah ke parlimen.
Persoalan yang sering terlintas di fikiran kita ialah mengapakah Malaysia selalu
dilanda dengan krisis jerebu? Banyak jawapan yang berlegar-legar di gawang
minda kita kita. Namun begitu, masalah yang semakin serius ini perlu diatasi
dengan segera kerana di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.

Kerajaan merupakan penawar mujarab dalam mengatasi masalah jerebu. Pihak


kerajaan memikul kewajipan untuk menguatkuasakan undang-undang yang
termaktub dalam Akta Alam Sekitar. Individu-individu yang telah mengingkari
undang-undang dengan membakar sampah sarap secara terbuka manakala
pemaju kilang yang membiarkan pelepasan asap daripada kilang tanpa ditapis
perlu dikenakan hukuman yang lebih berat. Biarlah mereka menerima
pengajaran supaya lebih peka terhadap isu jerebu yang semakin kronik ini,
kerana sudah terhantuk baru tengadah. Pemaju-pemaju kilang yang
mengamalkan sikap sebegitu bukan sahaja harus dikenakan saman yang lebih
tinggi, malah premis kilang mereka harus disita. Bagi memastikan masalah
jerebu terkawal, kerajaan turut perlu mewajibkan setiap kilang perindustrian
supaya memasang sistem penapisan asap dalam kilang mereka untuk
mengurangkan penyaluran habuk dan gas-gas toksik ke dalam udara. Pada masa
yang sama, Jabatan Alam Sekitar haruslah menggemblengkan tenaga dengan
organisasi bukan kerajaan untuk menjalankan kempen kesedaran yang lebih
efektif secara giat. Kempen kesedaran ini bukan sahaja dapat menyedarkan
orang ramai tentang perbuatan mereka yang menyumbang kepada masalah
jerebu, malah kempen tersebut mampu membekalkan mereka dengan informasi
tentang langkah-langkah yang patut diambil oleh setiap individu untuk
membantu dalam mengatasi fenomena jerebu. Tuntasnya, kerajaan menjadi
pemangkin perdana bagi memastikan masalah jerebu dapat ditangani dengan
cara yang efektif.
Selain itu, tindakan kerajaan yang lain dalam menangani masalah jerebu ialah
pembenihan awan perlu dilaksanakan demi menyekat keadaan jerebu daripada
menular. Akibat daripada fenomena El-Nino, cuaca kering dan kemarau telah
melanda Malaysia. Keadaan ini memburukkan lagi keadaan jerebu. Dengan
demikian, kerja pembenihan awan terpaksa dilakukan untuk mendapatkan hujan.
Apabila cuaca kering, suhu awan menjadi tinggi, titisan air menjadi ringan,
Titisan yang sangat ringan ini tidak dapat jatuh ke bumi sebagai hujan. Oleh itu,
iodin perak ataupun ais kering akan ditabur untuk menurunkan suhu awan
tersebut. Ais kristal akan terbentuk dan semakin membesar lalu ditarik oleh
graviti, air kristal akan jatuh ke bumi dan bertukar menjadi titisan air apabila cair

akibat daripada suhu bumi yang panas. Hujan boleh memainkan peranan
penting apabila keadaan jerebu menjadi sangat serius. Hujan dapat membawa
bersama jerebu jatuh ke bumi, justeru masalah jerebu dapat diatasi dengan
pembenihan awan.

Tidak dapat dinafikan juga ialah peranan ibu bapa dalam menangani fenomena
jerebu. Ibu bapa dipertanggungjawabkan untuk mendidik anak mereka tentang
langkah-langkah mencegah masalah jerebu, menerusi pendidikan tidak formal.
Ketika mereka masih di bangku sekolah, anak-anak diibaratkan sebagai kain
putih dan memerlukan bimbingan ibu bapa untuk membentuk jati diri mereka
yang sempurna. Sebagai memberi teladan kepada anak-anak mereka, mereka
perlu memikul tugas untuk memaparkan sikap mesra alam supaya sikap
sebegitu tersemai dalam sanubari anak-anak mereka sehingga menjadi satu
kebiasaan dalam kehidupan, bak kata pepatah, alah bias tegal biasa.
Berpegang pada prinsip bagaimana acuan begitulah kuihnya, anak-anak akan
mengikut sikap ibu bapa sebagai rakyat negara yang mengutamakan kebersihan
udara. Dalam membentuk keperibadian mereka supaya menjadi individu yang
mengamalkan sikap mesra alam, ibu bapa juga diamanahkan dengan tugas
menyuburkan nilai-nilai murni, seperti nilai bertanggungjawab dan nilai peka
terhadap isu-isu alam sekitar dalam jiwa anak-anak untuk menyedarkan anakanak tentang tanggungjawab mereka dalam memelihara kebersihan udara. Ibu
bapa turut diberikan tanggungjawab untuk membuka mata anak-anak mereka
terhadap isu jerebu melalui penyertaan dalam kempen-kempen kesedaran
kerajaan. Melalui langkah tersebut, anak-anak akan didedahkan kepada perkara
serius ini sejak umur yang kecil lagi, malah hal ini membantu mereka memahami
impak jerebu terhadap negara supaya mereka dapat menghulurkan bantuan
dalam usaha menangani masalah jerebu. Maka, peranan ibu bapa dalam usaha
mengatasi fenomena jerebu turut mendatangkan impak positif kerana mereka
menjadi penentu sahsiah generasi muda.

Selain kerajaan dan ibu bapa, pemimpin-pemimpin negara perlu bertemu dengan
pemimpin dari negara jiran dan berbincang tentang kesan-kesan yang
disebabkan oleh pembakaran hutan serta mencari cara penyelesaian masalah
bersama-sama. Pemimpin negara Indonesia boleh memainkan peranan dengan
merancang pembakaran hutan dengan teliti dan memikirkan cara mengurangkan
implikasi negatif yang dibawa oleh pembakaran hutan. Mereka juga patut
melarang pembakaran hutan dan mengenakan hukuman yang berat terhadap
mereka yang melanggar peraturan tersebut. Dengan melaksanakan dan
menguatkuasakan undang-undang tersebut, maka masalah jerebu dapat
diringankan.

Sebagai rakyat Malaysia kita boleh memainkan peranan kita dengan tidak
membakar sampah sarap secara terbuka. Hal ini kerana asap yang dihasilkan

melalui pembakaran sampah sarap merupakan antara penyumbang kepada


jerebu dan sebagai akibatnya kesihatan manusia akan terjejas dan membawa
kepada pelbagai penyakit seperti sakit kerongkong, penyakit asma, pneumonia,
barah paru-paru dan sebagainya. Di samping itu, kita boleh melibatkan diri
dalam aktiviti menyelamatkan alam sekitar dengan menanamkan tumbuhtumbuhan di sekitar kawasan rumah. Dengan adanya kerjasama daripada
masayarakat, masalah jerebu pasti dapat ditangani sebelum nasi menjadi bubur.

Masalah jerebu telah menjadi duri dalam daging kepada Malaysia. Bagi
menyelesaikan
masalah jerebu yang merunsingkan ini, semua pihak harus bersinergi dalam
mengatasi masalah
tersebut, persis kata orang-orang tua, berat sama dipikul, ringan sama
dijinjing. Pelbagai langkah perlu diambil demi mengelakkan masalah jerebu
daripada berlaku lagi. Sekiranya Malaysia bebas daripada belenggu masalah
jerebu, sudah pasti negara Malaysia dapat
berkembang maju dalam semua bidang terutamanya bidang pelancongan yang
sememangnya
berpandukan cuaca dan iklim Malaysia. Marilah kita berusaha mengurangkan
masalah jerebu dan mewujudkan negara yang bebas jerebu untuk kepentingan
bersama.

Вам также может понравиться