Вы находитесь на странице: 1из 29

http://www.treasury.gov.my/index.php?

option=com_content&view=article&id=2803:apakah-gst&catid=506:soalan-lazimgst&lang=ms&Itemid=2493
Apakah GST?
Cukai Barang dan Perkhidmatan atau GST adalah cukai kepenggunaan berasaskan konsep
nilai tambah. Berbeza dengan cukai jualan dan cukai perkhidmatan yang merupakan cukai
seperingkat, GST adalah cukai berperingkat. Pembayaran cukai dibuat di setiap peringkat
oleh perantara dalam proses pengeluaran dan pengedaran. Cukai itu sendiri bukan
merupakan suatu kos kepada perantara kerana mereka boleh menuntut kembali GST yang
telah dikenakan ke atas input perniagaan mereka.
GST dikenakan ke atas barang dan perkhidmatan di setiap peringkat pengeluaran dan
pengedaran dalam rantaian pembekalan termasuk pengimportan barang dan
perkhidmatan.
Q&A: Apakah itu GST?
|Kemas kini:Oktober 25, 2013
(Diterbitkan pada: Oktober 25, 2013 18:56 MYT)
Read more at:http://www.astroawani.com/budget/news/show/q-a-apakah-itu-gst-24529?cp

KUALA LUMPUR: Dalam ucapan Bajet 2014, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan kerajaan
akan melaksanakan cukai barang dan perkhidmatan (GST) bermula 1 April 2015.
Katanya, GST merupakan satu "sistem cukai yang adil dan menyeluruh yang akan memberi manfaat kepada
semua rakyat Malaysia."
Jika anda masih tidak pasti apakah itu GST,Soal Jawabberikut mungkin boleh membantu:
Apakah pengumuman Kerajaan mengenai Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)?
Kerajaan mencadangkan cukai jualan (5%) dan cukai perkhidmatan ( 10%) dimansuhkan. Kedua-dua cukai akan
digantikan dengan GST.
Mengapa kerajaan melaksanakan GST?
Untuk memperbaiki sistem cukai sedia ada.
Kerajaan mengatakan bahawa cukai jualan dan cukai perkhidmatan sedia ada mempunyai kelemahan, seperti
cukai dua kali ganda ke atas pengguna dan ketiadaan pelepasan cukai sepenuhnya ke atas barangan yang
dieksport dan isu-isu harga pindahan.
Kelemahan-kelemahan ini menyebabkan kerugian kepada kedua-dua pihak pengguna dan kerajaan.
Apakah kadar GST?
Kadar GST dicadangkan ditetapkan pada 6%.
Bagaimana kadar ini berbanding dengan negara-negara lain?
Kerajaan berkata kadar ini adalah yang paling rendah di kalangan negara-negara ASEAN : 10% di Indonesia ,
Vietnam, Kemboja, Filipina , Laos dan 7% di Singapura dan Thailand.
Bilakah GST akan berkuatkuasa?
Mulai 1 April 2015.
Apa yang dikenakan GST ?
Sebagai cukai pengguna, GST akan dikenakan ke atas semua barangan dan perkhidmatan.
Adakah ini bermakna bahawa segala-galanya akan menjadi lebih mahal?
Tidak semestinya. Sesetengah barangan dan perkhidmatan dikecualikan cukai.

Dalam ucapan Najib, beliau mengatakan bahawa barangan makanan asas tidak dikenakan GST (beras, gula,
garam, tepung, minyak masak, kacang dhal, rempas ratus, ikan masin, cencalok, budu, belacan)

Selain itu, barang dan perkhidmatan yang dikecuali adalah:


Bekalan air paip dan 200 unit pertama elektrik sebulan bagi pengguna.
Perkhidmatan yang disediakan oleh kerajaan: pengeluaran pasport, perkhidmatan kesihatan,
pembelajaran di sekolah.
Perkhidmatan pengangkutan: bas, keretapi, LRT, teksi, feri, bot, tol lebuh raya.
Jual beli dan sewa rumah kediaman
Perkhidmatan kewangan terpilih
Adakah kerajaan membantu rakyat menghadapi GST?
Ya. Kerajaan merancang untuk pelbagai bantuan dan sokongan dalam tempoh peralihan ini. Pertama, Kerajaan
akan memberi bantuan tunai sekali RM300 kepada penerima BR1M.
Adakah kita masih perlu membayar cukai pendapatan kadar yang sama?
Kadar cukai pendapatan individu akan dikurangkan sebanyak 1-3 % untuk semua pembayar cukai.
Pembayar cukai yang lain akan menikmati penjimatan cukai dan struktur cukai pendapatan individu akan dikaji.
Pendapatan bercukai dinaikkan kepada melebihi RM400,000 dan kadar cukai maksimum 26% dikurangkan
kepada 24%, 24.5% dan 25%

Bagaimana pula dengan perniagaan?


Kerajaan akan mengurangkan cukai pendapatan syarikat daripada 25% kepada 24% mulai tahun taksiran
2016
Cukai pendapatan syarikat kecil/sederhana turun daripada 20% kepada 19% mulai tahun taksiran 2016
Cukai pendapatan koperasi dikurangkan 1-2 mata peratus mulai tahun taksiran 2015
Potongan cukai bagi yuran kesetiausahaan dan pemfailan cukai mulai tahun taksiran 2015
Potongan cukai tambahan untuk kos beli peralatan dan perisian ICT bagi tahun taksiran 2014 dan 2015
Geran latihan GST RM100 juta
Bantuan RM150 juta untuk beli perisian perakaunan
Mengapa GST ini dilaksanakan sekarang dan bukan kemudian?
Kerajaan berpendapat bahawa kerana kadar inflasi 2% adalah rendah dan ia sememangnya masa terbaik untuk
melaksanakan GST.
Berapa banyak negara lain yang telah melaksanakan GST?
Lebih daripada 160 buah negara sudah melaksanakan GST. Kerajaan berpendapat ini menunjukkan bahawa GST
terbukti ialah" telus, berkesan dan sistem cukai yang adil"
Adakah harga barangan naik?
Dalam ucapan beliau, Najib berkata pengguna hanya perlu membayar satu kali cukai sahaja.
Beliau juga berkata perubahan harga barang atau perkhidmatan apabila GST dilaksanakan adalah amat minimum.
Malahan, ada harga barangan yang akan menjadi lebih murah bergantung samada ianya adalah barangan asas
atau tidak.
Najib juga telah memberi amaran kepada pihak yang akan mengambil kesempatan untuk menaikkan harga barang
dan perkhidmatan sewenang-wenangnya. Kerajaan juga berjanji untuk sentiasa memantau harga dan usaha
penguatkuasaan akan dipertingkatkan.
Apa lagi yang Kerajaan akan lakukan dalam pelaksanaan GST?
Satu jawatankuasa pemantauan GST akan ditubuhkan. Ia akan dipengerusikan oleh Menteri Kewangan Kedua
dengan ahli-ahli dari agensi-agensi kerajaan yang lain, serta pihak industri dan NGO.
Read more at:http://www.astroawani.com/budget/news/show/q-a-apakah-itu-gst-24529?cp

http://www.hmetro.com.my/articles/10kebaikanGSTdinikmatisemuagolongan/Article
10 kebaikan GST dinikmati semua golongan
Ipoh: Sebanyak 10 kebaikan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dapat
dinikmati sektor perniagaan, serta golongan pengguna sebagai pihak terakhir
sepanjang rantaian perniagaan barangan dan perkhidmatan.
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan berkata, 10 kebaikan itu adalah cukai
yang efektif, telus, lebih adil selain menggalakkan 'ekonomi bayangan' berdaftar di bawah
sistem GST.

Ia cukai yang telus apabila peniaga dikehendaki menunjukkan cukai yang dikenakan
dalam invois jualan manakala pengguna tahu jumlah cukai yang dibayar atas barang dan
perkhidmatan yang dibeli, katanya selepas merasmikan pejabat baru syarikat perunding
hartanah antarabangsa, Rahim & Co di sini, kelmarin.
Beliau berkata, kebaikan GST yang lain adalah ia akan mengurangkan karenah birokrasi,
mengurangkan kos perniagaan, menambah pendapatan negara untuk faedah rakyat dan
sektor eksport negara akan menjadi lebih kompetitif.

Eksport akan lebih kompetitif kerana tiada cukai terselindung dalam barangan eksport
serta kos menjalankan perniagaan lebih rendah memandangkan GST bukan adalah kos
kepada peniaga yang berdaftar, katanya.

Selain itu, katanya, GST juga berupaya mempelbagaikan hasil negara selain cukai
pendapatan dan hasil petroleum serta tidak membebankan golongan berpendapatan
rendah.
Bagaimanapun, Ahmad tidak menafikan ada barangan yang akan mengalami kenaikan
harga sebanyak satu peratus iaitu barangan yang mempunyai cukai sebanyak lima peratus
ketika ini.

http://mymassa.blogspot.com/2014/05/gst-buat-mereka-yang-ingin-tahu-apa-itu.html

GST: BUAT MEREKA YANG INGIN TAHU APA ITU GST


5/06/2014

Ramai masyarakat kita di luar sana kurang faham tentang Cukai GST. Pihak yang berkenaan
pula sering menyampaikan penerangan GST lebih kepada aspek pengiraan teknikal. Kekadang
susah nak faham.
Puak-puak yang tidak bertanggungjawab pula menggunakan kecelaruan dan ketidakfahaman
masyarakat berkaitan GST untuk memburuk-burukkan sistem percukaian moden tersebut.
Walhal mereka sendiri pun tak faham dan buat-buat tak faham kerana takut kehilangan
pengaruh. Al maklumlah tanpa fitnah dan pembohongan maka matilah perjuangan mereka.
Apabila tak faham, termakan pula dengan hasutan dan dakyah songsang maka akan lahirlah
masyarakat yang keliru dan haru biru. Inilah yang disukai oleh puak-puak pembangkang. Maka
pihak-pihak berkenaan perlu bekerja keras membetulkan persepsi negatif tersebut. Tak apalah
perbuatan baik selalu mendapat ujian dan cabaran.
Apakah itu GST?
GST adalah Cukai Barangan dan Perkhidmatan (Good and Service Tax). Di beberapa negara ia
juga dikenali sebagai Value Added Tax (VAT) atau Cukai Nilai Tambah. Ia bukannya kerajaan
telah menambah lagi cukai sedia ada atau mengenakan cukai ke atas cukai.
Kenapa kerajaan melaksanakan GST, Apa sistem cukai selama ini SST tak baikkah?
Pada masakini dan selama ini kita telah membayar dua cukai serentak dalam Cukai Jualan dan
Perkhidmatan (Sales and Service Tax SST) bagi setiap barangan dan perkhidmatan yang kita
beli iaitu;

Cukai Jualan - 10% dan Cukai Perkhidmatan - 6% menjadikan setiap barangan yang kita beli
dikenakan cukai 16%. Cukai-cukai ini kadangkala tidak disedari oleh kita kerana tiada dalam bil
atau resit pembelian kita.
Kedua-dua cukai ini akan dihapuskan sama sekali dan digantikan dengan cukai GST
berkuatkuasa pada 1 April 2015. Selepas tarikh itu kita hanya dikenakan cukai GST 6% sahaja.
Untuk apa GST diperkenalkan?
GST diperkenalkan bagi memperbaiki dan menyusun semula sistem percukaian negara pada
masakini supaya lebih berkesan, saksama, efisien dan telus. Kerajaan mendapati Cukai Jualan
dan Perkhidmatan mempunyai kelemahan iaitu;

Bagi mengelak cukai terselindung yang menjadi kos kepada harga akhir yang
sebenarnya melampau akibat pengambilan untung berlebihan oleh para pemborong,
peruncit dan peniaga.

Bagi mengelak cukai bertindih yang sebenarnya membebankan para pengguna yang
dikenakan cukai sebanyak dua kali.

Bagi mengelak caj perkhidmatan yang disembunyikan yang mana ia tidak diisytiharkan
oleh para peniaga/penjual barangan di dalam resit dan bil-bil kita bagi meningkatkan
margin keuntungan mereka.

Bagi mengelak perbuatan segelintir golongan pengilang, pemborong, peruncit dan


peniaga yang cuba elak dari bayar cukai dengan tidak isytihar sumber, aliran dan jumlah
pendapatan mereka.

Bagi mengelak perbuatan khianat ekonomi yang dilakukan oleh segelintir golongan
peruncit dan peniaga yang sengaja menyorok barangan, mengurangkan sukatan,
memonopoli barang dan memanipulasi harga.

Perbuatan-perbuatan ini akan menyebabkan para pengguna terbeban dengan harga barang
yang semakin mahal, bekalan sukar diperolehi, rasuah, penyeludupan dan penipuan berleluasa
yang akan menjejaskan ekonomi dan kestabilan negara
Kadar GST Malaysia membebankan?
Pendapat ini salah sama sekali. Secara perbandingan kadar GST di negara-negara anggota
ASEAN;
Kadar GST yang berbeza di kalangan Negara-Negara anggota ASEAN

Bil

Negara-Negara ASEAN

Tahun diperkenalkan

Kadar GST
dikenakan

Indonesia

1984

10%

Filipina

1988

10%

Kemboja

1999

10%

Laos

2009

10%

Singapura

1999

7%

Thailand

1992

10%

Vietnam

1999

10%

Malaysia

2015

6%

Brunei

(Dalam kajian)

(Dalam kajian)

10

Myanmar

Sumber: http://etp.pemandu.gov.my/Transformation_Unplugged-@-Why_we_need_GST.aspx

Apabila GST diperkenalkan pada 1 April 2015 ke atas semua barangan dan
perkhidmatan, adakah bermakna bahawa semua barang akan menjadi mahal?
Dari 600 barang yang dikenakan GST, dijangka hanya 10% yang akan mengalami kenaikan
harga, 42% kekal harga dan 48% akan mengalami penurunan harga. Perubahan sesuatu harga
barang atau caj perkhidmatan adalah amat minimum.
Banyak barang akan menjadi lebih murah kerana cukai GST hanya 6% berbanding cukai 16%
yang akan berakhir pada 31 Mac 2015.
Pada masakini terdapat segelintir peniaga yang tidak jujur dengan sengaja menjual harga
barang mahal kerana ingin mengambil keuntungan berganda sebelum perlaksanaan dan
mengambil kesempatan memburuk-burukkan imej kerajaan kerana sikap khianat mereka. Para
pengguna boleh melapor pada pihak berwajib dan boikot produk atau premis mereka.
Apa yang dikenakan cukai dan apa yang tidak?
Senarai barangan yang tidak dikenakan GST.

Perkara
Barang makanan asas

Produk-produk barangan yang tidak dikenakan Cukai GST


beras, gula, tepung, minyak masak,kacang dhal, rempah ratus,
ikan masin, cencalok, budu, belacan
Penggunaan Utiliti
Bekalan air paip dan 200 unit pertama eletrik sebulan bagi
pengguna
Perkhidmatan
yang perkhidmatan kesihatan, pengeluaran pasport, pembelajaran
disediakan kerajaan
disekolah
Perkhidmatan
bas, keretapi, LRT, teksi, feri, bot, tol lebuh raya
pengangkutan
Perumahan
Proses jual beli dan sewa rumah kediaman
Kewangan
Perkhidmatan kewangan terpilih

Harga kenderaan pula semakin lama semakin turun hasil perlaksanaan Dasar Automotif Negara
2014. Perumahan rakyat semakin giat dibina, ia masih mampu dibeli atau disewa.
Perkhidmatan perubatan diberi percuma dan murah buat rakyat Malaysia. Semua rakyat turut
berhak mendapat pendidikan yang berkualiti.
Manakala banyak pasaraya dan kedai mengambil bahagian dalam promosi jualan harga murah.
Cuma kita hanya perlu rajin, bijak dan berhemah ketika berbelanja serta selalulah menabung
dalam pelbagai skim amanah saham dan insuran yang diiktiraf kerajaan agar kehidupan kita
dan keluarga lebih terjamin di masa hadapan.
Pada peringkat mana cukai GST dikenakan?
Cukai GST akan dikenakan di setiap peringkat pengedaran atau rantai pembekalan iaitu dari
pihak pengimport, pengilang, pemborong, peruncit dan peniaga. Dengan kata lain, hakikatnya
setiap peringkat rantaian ini memerlukan pihak syarikat pengisyitiharan segala sumber, aliran
dan akaun pendapatan mereka kepada pihak berwajib. Ini menggambarkan GST adalah sistem
yang telus.
Perlaksanaan GST akan menyebabkan banyak syarikat asing akan lari dan syarikat
tempatan akan bankrap?
Ini adalah tohmahan liar dan tidak berasas. Hakikatnya, Malaysia merupakan antara negara
mesra pelabur kerana kestabilan politik dan sosio ekonominya serta kecanggihan prasarananya
berbanding dengan beberapa negara rantau ASEAN yang lain. Rakyat Malaysia juga terkenal
dengan sikap rajin, berpengetahuan, setia dan mudah berkomunikasi.
Syarikat-syarikat besar yang mementingkan kualiti biasanya tidak akan gentar dengan GST
malah lebih menyukainya kerana sistem percukaian ini lebih cekap, telus dan terkini. Malah
kerajaan juga menyediakan pelbagai insentif seperti kemudahan kredit, latihan, pengecualian
cukai dan sebagainya demi menjaga kebajikan sektor perniagaan dan korporat di negara ini.
Adakah Indeks Harga Pengguna (IHP) akan naik selepas perlaksanaan GST?
GST bukan kos kepada perniagaan. Dengan perlaksanaan GST maka Indeks Harga Pengguna
(IHP) dijangka akan turun bagi sesetengah barangan dan perkhidmatan seperti pakaian, kasut,
barangan hiasan, perkakasan rumah, penyelenggaraan, komunikasi.
Manakala IHP yang dijangka meningkat adalah minuman beralkohol, arak, tembakau (rokok,
cerut), pendidikan swasta, restoran di hotel, pawagam, spa dan sebagainya. Produk dan
perkhidmatan ini bukannya satu keperluan yang kerap tetapi lebih kepada kemewahan dan
bersifat sekali-sekala.

Untuk pendidikan swasta kerajaan turut menyediakan dana PTPTN yang mana akan diberi
percuma sebagai biasiswa jika seseorang pelajar itu cemerlang dalam pengajiannya. Manakala
banyak skim insuran kesihatan yang boleh dimanfaatkan oleh mereka yang menggunakan
perkhidmatan perubatan swasta.
GST tidak meningkatkan kos perniagaan kerana ia adalah cukai kepenggunaan. Cuma akibat
penambahbaikan sistem cukai ini berkemungkinan ada segelintir peniaga tidak terlepas dari
pengisytiharan sumber, aliran dan pendapatan mereka yang selama ini disorokkan dan
mereka terpaksa membayarnya bila sistem percukaian GST dilaksanakan. Inilah dikatakan GST
mampu mengelak ketirisan dan penyelewengan dalam perniagaan.

GST memiskinkan dan menyusahkan rakyat? Apa yang kerajaan lakukan untuk
membantu rakyat?
Pendapat ini salah sama sekali. Banyak bantuan dan sokongan diberikan oleh kerajaan kepada
rakyat.
Untuk mengatasi sebarang peningkatan harga secara mengejut maka kerajaan akan memberi
bantuan tunai secara one-off sebanyak RM300 kepada penerima BR1M yang rata-ratanya
berpendapatan

rendah.

Pendapatan

ini

boleh

digunakan

secara

beransur-ansur

bagi

menampung lebihan belanja akibat kenaikkan kos sara hidup setiap bulan, bukannya
diperhabiskan dalam tempoh sekelip mata.
Rakyat berpendapatan rendah dan golongan miskin tidak akan dikenakan sebarang cukai GST
jika mereka tidak membayar makanan atau menginap di hotel-hotel, restoran makanan segera,
menonton wayang, mengunjungi pusat-pusat hiburan dan spa dan sebagainya.

Adakah kita masih perlu membayar cukai pendapatan pada kadar yang sama?
Tidak, melalui perlaksanaan GST kadar cukai individu akan dikurangkan sebanyak 1-3% untuk
semua pembayar cukai.
Kadar pendapatan bercukai juga akan dinaikkan kepada melebihi RM500,000. Jika di bawah
nilai ini mereka tidak perlu berdaftar dan membayar GST.
Dengan itu mereka mempunyai lebihan wang untuk berbelanja atau menabung. Ini adalah
inisiatif

nyata

kerajaan

bagi

membantu

dan

menjaga

kebajikan

rakyat.

Perlu diingat, golongan berpendapatan rendah di bawah RM2,000.00 sebulan tidak dikenakan
cukai. Bahkan mereka akan dapat lagi BR1M tahunan dan pelbagai insentif kewangan dan
bantuan dari kerajaan. Inilah yang dikatakan rakyat diutamakan dan kebajikan mereka dijaga.

Nak tahu kena cukai atau tidak berdaftarlah pada Lembaga Hasil Dalam Negara (LHDN)
Bagaimana pula dengan sektor perniagaan?

Kerajaan akan mengurangkan cukai pendapatan korporat maksimum 26% kepada 24%
mulai tahun taksiran 2016.

Cukai pendapatan syarikat kecil dan sederhana akan diturunkan daripada 20% kepada
19% mulai tahun taksiran 2016

Cukai pendapatan koperasi dikurangkan 1-2 mata peratus mulai tahun taksirn 2015 dan
potongan cukai bagi yuran kesetiausahaan.

Pemfailan cukai mulai tahun taksiran 2015

Potongan cukai tambahan untuk beli kos beli peralatan dan perisian ICT bagi tahun
taksiran 2014 dan 2015

Geran latihan GST berjumlah RM100 juta dan bantuan pembelian perisian perakauan
GST berjumlah RM150 juta.

Dengan pemberian insentif-insentif ini, maka kos harga jualan barangan dan perkhidmatan
boleh dikurangkan dengan begitu banyak. Secara langsung harga barangan akan menjadi lebih
murah. Namun jika ada peniaga menjual barang kepada pengguna dengan harga mahal, maka
ia adalah salah penjual tersebut yang melakukan khianat pada kita.

Kenapa GST dilaksanakan sekarang dan bukannya kemudian apabila tiada lagi
ketirisan ekonomi?
Tujuan utama pengenalan GST adalah untuk mengurang dan membenteras ketirisan ekonomi
akibat perbuatan pengkhianat-pegkhianat ekonomi. Kerajaan sentiasa menambah baik sistem
perekonomian dan percukaian negara agar ketirisan ekonomi, rasuah dan penyelewengan
ekonomi dapat diatasi dengan sistem pengurusan yang lebih cekap dan telus.
Kerajaan berpendapat bahawa kadar inflasi negara pada masa kini bawah 2% adalah rendah
dan ia sememangnya masa terbaik untuk melaksanakan GST. Ini bagi memastikan rakyat tidak
terbeban dengan perlaksanaan GST jika kadar inflasi tinggi.
GST memiskinkan rakyat dan menyusahkan golongan berpendapatan rendah?
Pendapat ini salah sama sekali. Apabila sistem kutipan percukaian semakin baik dan cekap,
banyak ketirisan ekonomi berjaya dibenteras. Hasil pendapatan kerajaan semakin meningkat
dan hasil

tersebut

akan dipulangkan

kembali

kepada

rakyat

menerusi

pembangunan

infrastruktur seperti sekolah, universiti, rawatan kesihatan kerajaan, subsidi baja dan
pendidikan, pembinaan jalan raya, pembekalan utiliti, pembayaran gaji dan imbuhan
perkhidmatan, peruntukkan kewangan pada negeri-negeri dan sebagainya.
Malah setiap tahun kerajaan telah menaikkan jumlah BR1M kepada golongan sasar selain
pelbagai insentif kewangan dan bantuan bagi membantu rakyat dan golongan peniaga.
Kerajaan tidak lagi boleh bergantung harap pada sumbangan dari hasil petroleum Petronas
untuk selama-lamanya kerana hasil bahan mentah tersebut semakin berkurangan dan syarikat
tersebut memerlukan perbelanjaan yang tinggi untuk penerokaan di luar negara serta
pengurusan syarikat.
Sudah lebih 160 buah negara di dunia telah berjaya melaksanakan GST. Adakah negara-negara
ini semakin miskin dan rakyatnya semakin susah?
GST adalah cukai yang bertentangan dengan Islam?
Jika GST bercanggah dengan ajaran Islam mengapa beberapa negara-negara Pertubuhan Islam
Sedunia (Organization of Islamic Countries OIC) seperti Algeria, Turki, Jordan, Lebanon,
Indonesia, Mesir, Iran, Uzbekistan, Turkmenistan, Pakistan, Kazakhstan dan sebagainya turut
melaksanakannya? Kadarnya pula berbeza dari serendah 5% (Iran) hingga tertinggi 20%
(Uzbekistan dan Tajikistan).

Kadar GST yang berbeza di kalangan sebahagian Negara-Negara Pertubuhan Islam Sedunia
Bil

NegaraNegara OIC

Tahun
diperkenalka
n

% Kadar
GST
dikenakan

Bil

NegaraNegara OIC

Tahun
diperkenalka
n

Kadar GST
dikenakan

1993

15%

1994
1995
1998
1999
2000
2000
2001
2002
2003
2006
2007
2008

16%
14%
18%
20%
18%
15%
16%
10%
15%
17%
20%
5%

Indonesia

1984

10%

14

Turki
Maghribi

16

Mauritania

Pakistan

17

Tunisia

Mesir

18

Kyrgyztan

Kazakhstan

19

Chad

Mali

20

Sudan

Bangladesh

21

Kosovo

Benin

10%
20%
16%
10%
12%
18%
15%
18%
17%
18%
20%
18%

15

1984
1986
1990
1991
1991
1991
1991
1991
1992
1992
1992
1993

Turkmenista
n
Jordan

22

Lebanon

23

Ethopia

24

Bosnia Herz

25

Tajikistan

26

Iran

10

Algeria

11

Azerbaijan

12

Uzbekistan

13

Burkina Faso

Sumber: http://etp.pemandu.gov.my/Transformation_Unplugged-@-Why_we_need_GST.aspx

Adakah Negara-Negara OIC ini tidak Islamik? Hakikatnya, kadar GST 6% di Malaysia adalah
jauh lebih rendah dari negara-negara lain yang mengenakan GST sehingga 27% (Hungary).
Jika GST adalah sistem percukaian yang zalim, mengapakah negara-negara dunia ini boleh dan
berjaya melaksanakannya? Adakah mereka telah membatalkan GST dan melaksanakan suatu
sistem percukaian yang lain yang lebih baik dari GST?
Dalam sejarah Islam, sistem percukaian mula dilaksanakan di zaman Khalifah Umar Al Khattab
(633-644M) untuk membangunkan negara Islam dari pelbagai sudut. Jika cukai itu haram,
apakah hukuman yang perlu dijatuhkan ke atas baginda?
Jadi apa peranan kita sebagai rakyat dalam menghadapi GST?

Jangan

percaya

kepada

spekulasi,

fitnah

dan

tohmahan

pihak

yang

tidak

bertanggungjawab memburuk-burukkan GST

Bertanya pada yang pakar GST, banyakkan membaca tentang kebaikan GST

Sebagai

pengguna

sebelum

membeli

sesuatu

barangan

kita

perlulah

membuat

perbandingan harga

Sentiasa merujuk kepada panduan harga pengguna.

Membeli di premis-premis jualan yang menawarkan harga berpatutan dan berkualiti

Sentiasa memantau dan melaporkan apa-apa kenaikkan harga yang tidak munasabah
kepada pihak berwajib seperti Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan
Kepenggunaan (KPDNKK) atau persatuan-persatuan pengguna.

Menggunakan kemudahan media sosial seperti sms,whatsapp,wechat, facebook, blog,


twitter dan sebagainya untuk melaporkan perbuatan khianat ekonomi oleh golongan
peniaga seterusnya kita memboikot premis mereka.

http://www.sinarharian.com.my/wawancara/gst-dan-kesannya-kepada-rakyat-1.211853

GST dan kesannya kepada rakyat


WARTAWAN SINAR HARIAN
17 Oktober 2013

SOAL Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang bakal disentuh dalam Bajet 2014 menjadi isu hangat sejak
kebelakangan ini.
Bagi mendapatkan gambaran jelas berhubung GST, Sinar Harian Online berpeluang menemu bual Ketua Eksekutif
Institut Bagi Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas), Wan Saiful Wan Jan.

Ikuti temu bual kami bersama beliau bagi memberi sedikit pemahaman kepada orang awam berhubung GST.
SINAR HARIAN ONLINE: Apakah GST itu sebenarnya?
WAN SAIFUL: GST adalah satu bentuk cukai yang dikenakan ke atas setiap barang dan perkhidmatan yang kita
beli. Ia bukan satu perkara baru sebenarnya. Lama dah ada tapi kita tak perasan. Kita panggil sebagai cukai jualan
dan cukai perkhidmatan.
Apa yang dicadangkan oleh pihak kerajaan, ialah untuk menyatukan dua bentuk cukai menjadi Goods and
services tax (GST).
Sebelum ini, kadar yang dikenakan sebenarnya agak tinggi juga. Satu 6 peratus (%), satu lagi 10%. Tapi apabila
GST diperkenalkan ataupun jika GST diperkenalkan, kalau tak silap saya, kadar cukai yang sedang dibicarakan
sekarang 4% lebih kurang. Jadi, kalau satu lagi cara kerajaan nak mempelbagaikan sumber pendapatan, yang
mana semua orang sepatutnya kena bayarlah.
SINAR HARIAN ONLINE: Jadi, berapa sebenarnya kadar yang sesuai dikenakan jika ia mahu dilaksanakan?
WAN SAIFUL: Untuk menentukan kadar cukai ini sebenarnya, bukan satu proses yang mudah, yang boleh kita
kata, okey 5%. Ia bukan seperti itu. Yang pastinya, banyak perkiraan. Kadang-kadang bukan perkiraan ekonomi
semata-mata. Ada juga perkiraan politik yang perlu diambil kira. Contohnya, katalah kadar yang sepatutnya bila
dikira dari segi ekonomi sepatutnya 10%. Kemudian, timbul persoalan dari segi politik. Adakah 10% ini akan
menyebabkan rakyat marah kepada kerajaan kerana tiba-tiba mengenakan cukai tersebut. Maka, kerajaan kena
ambil kira dua-dua perkara. Jadi, hubungan antara politik dengan ekonomi tidak dapat dinafikan dan ia satu fakta.
Saya rasa, mahu atau tidak mahu ia akan bermula dengan satu kadar yang rendah. Tetapi jika dilihat dari negaranegara yang lain, sebenarnya kadarnya lebih tinggi. Di UK sekarang tak silap saya lebih kurang 20%, di AS
kadarnya berbeza mengikut negeri. Kadar itu suatu perkara yang berbeza-beza antara satu negara dengan negara
lain.
Yang hampir pasti adalah sekali dimulakan, setiap tahun pasti akan naik. Kalau tak naik tahun ini, pasti naik tahun
depan. Cukai ini, sekali wujud mesti akan naik. Jadi, saya jangkakan apabila dimulakan, saya hampir pasti akan
dimulakan, ia akan bermula dengan kadar yang rendah. Yang sekarang disebut-sebut oleh orang ramai adalah
4%.
SINAR HARIAN ONLINE: Apa impak pelaksanaan GST kepada kerajaan?
WAN SAIFUL: Dari segi pelaksanaan GST, yang pastinya harga barangan akan menjadi berbeza daripada
sekarang. Jadi, yang pastinya, jika harga sekarang RM10, apabila dikenakan GST sebanyak 4%, maka harga
pasti akan naik sebanyak 4%. Itu tidak dapat dielak sebab ada cukai baru. Tetapi ia boleh diseimbangkan.
Sekiranya kerjaan mengatakan bahawa mereka menghapuskan cukai jualan dan perkhidmatan, jadi, mungkin
akan berlaku proses penyeimbangan di situ, di mana apabila cukai diperkenalkan, ada cukai dihapuskan. Jadi,
mungkin ia akan turun jadi tengah-tengah balik. Akibatnya, kalau naik pun, akan naik sedikit. Malahan ada juga
ahli ekonomi yang kata apabila kajian dibuat, sekiranya GST diperkenalkan, maka harga barang akan turun dulu
sedikit. Kerana GST diperkenalkan kadarnya lebih rendah daripada gabungan cukai jualan dan pekhidmatan. Jadi,
impak kepada harga barangan secara segera kita tak dapat nak jangka sekarang sebab ia bergantung kepada
kadar yang ditentukan.
Tapi dari segi kerajaan pula, impak yang pasti akan berlaku adalah kerajaan akan dianggap tidak popular sebab

rakyat akan mula mengatakan bahawa kerajaan mengenakan cukai. Sebelum ini tak ada cukai. Itu tak betul.
Sebelum ini dah ada cukai, sekarang ini ditukar dalam bentuk cukai yang lain.
Tapi saya sebenarnya secara prinsipnya, secara umumnya, saya agak tidak menyukai cukai-cukai baru. Sebab
bagi saya, rakyat bekerja keras untuk mendapatkan sumber pendapatan masing-masing, tiba-tiba kerajaan
mengenakan cukai sebab kerajaan tak cukup duit. perkara ini pada saya agak janggal berlaku. Kerajaan belanja
berlebihan, rakyat pula kena bayar. Tapi walau bagaimanapun, dalam hal GST ini ada sedikit pengecualian yang
mana saya rasa GST ini bagus dilaksanakan. Sebab, orang ramai bercakap mengenainya. Sebelum ini, istilah
yang sering kita gunakan ialah duit kerajaan. Sedangkan duit kerajaan itu tak wujud. Sebenarnya ia duit rakyat.
Apabila rakyat merasakan mereka membayar cukai dan dia sedar bahawa kerajaan mengenakan cukai maka, bagi
saya, apa yang akan berlaku ialah rakyat menuntut lebih banyak akauntabiliti daripada kerajaan. Walaupun secara
umumnya, saya tidak menyukai pengenaan cukai pada rakyat tapi dalam hal ini, saya rasa ada faedah dari segi
jangka panjang, demokrasi dan akauntabiliti dalam negara, ia agak positif.
SINAR HARIAN ONLINE: Implikasi pelaksanaan GST terhadap golongan pertengahan ke bawah dan tidakkah
GST ini akan menambah beban rakyat berpendapatan rendah?
WAN SAIFUL: Saya rasa masih terlalu awal untuk kita nak jangka, ia menambah beban rakyat atau
mengurangkan beban rakyat sebab ia amat bergantung kepada kadar yang dikenakan. Jika kadar rendah dan
dihapuskan cukai jualan dan perkhidmatan, maka harga barang mungkin turun. Jadi, ia bergantung pada kadar
yang dikenakan. Saya rasa kita tak boleh buat judgement awal terhadapnya. Tapi yang pastinya ialah, kalau
rendah sekalipun sekarang dalam masa 5, 10, 15 tahun, saya pasti ia akan naik.
SINAR HARIAN ONLINE: Negara Asean yang melaksanakan GST dan bagaimana kesannya kepada negara dan
rakyat itu sendiri?
WAN SAIFUL: Biasanya, kebanyakan negara memang ada GST. Di sebelah selatan, di Singapura, memang ada.
Banyak juga negara lain yang melaksanakan GST.
Dari segi kesannya kepada sumber kewangan negara sudah tentu ini mengurangkan kebergantungan kerajaan
kepada satu-satu sumber tententu. Contohnya, dalam konteks Malaysia, kalau kita nak mempelajari pengalaman
daripada negara lain. Kita amat bergantung kepada pendapatan daripada minyak dan gas. Jadi, dengan adanya,
cukai seperti GST, maka diharapkan kebergantungan kita kepada Petronas boleh berkurangan. Petronas boleh
menggunakan pendapatan untuk pelaburan dan membangunkan syarikat kepada lebih baik.
Dalam bahasa mudahnya, asas cukai, sumber pendapatan negara akan menjadi lebih luas.
SINAR HARIAN ONLINE: Jika GST mahu dilaksanakan, apa sebenarnya yang kerajaan perlu ambil perhatian?
WAN SAIFUL: Saya rasa pendidikan terhadap rakyat itu amat penting. Sekarang ini, saya juga agak kecewa
melihat kualiti perdebatan kita sebab apa-apa isu timbul, terus nak dijadikan isu politik kepartian. Satu parti kata
nak buat, satu parti bantah. Satu parti bantah, satu parti kata bantahan itu salah. Ia menyebabkan kualiti
perbincangan kita turun kepada satu tahap yang amat rendah sebenarnya. Iaitu sama ada parti aku yang betul
atau parti kau yang betul, tak ada cara tengah-tengah. Mungkin sebenarnya, ada fakta yang dilupakan.
Saya rasa dalam proses persediaan ini, kita perlu meningkatkan kualiti penyampaian kita. Saya rasa peranan
media sebenarnya amat besar untuk memastikan rakyat faham bahawa GST ini ada kebaikan dan keburukan.
Impaknya pasti akan ada. Pada peringkat awal, harga barang mungkin turun. Saya tak pasti. Bergantung kepada

kadar. Tapi dalam jangka panjang, ia pasti akan naik.


Jadi, pendidikan itu amat penting. Pendidikan itu perlu disertakan dengan proses menyedarkan rakyat bahawa
sekarang apabila anda semua membayar cukai, maka anda perlu menuntut lebih banyak kebertanggungjawaban
daripada kerajaan, jangan sambil lewa, seolah-olah duit itu tiada kena mengena dengan kita.
SINAR HARIAN ONLINE: Encik Wan menyebut mungkin kerajaan akan menghapuskan cukai jualan dan
perkhidmatan, jadi kemungkinan itu...
WAN SAIFUL: Saya rasa memang tujuan kerajaan mewujudkan GST untuk menggantikan cukai jualan dan
perkhidmatan.
SINAR HARIAN ONLINE: Nasihat atau cadangan Encik Wan untuk rakyat sendiri untuk berdepan dengan perkara
ini?
WAN SAIFUL: Kita kena sedar bahawa cukai ini ialah satu bentuk pengambilan dana daripada rakyat yang
dilakukan oleh kerajaan. Kalau rakyat tidak membayar cukai, maka boleh dikenakan tindakan.
Kalau nak beri dalam bahasa yang mudah, sebenarnya perbezaan antara cukai dengan mencuri sedikit sahaja
sebenarnya. Mencuri salah di sisi undang-undang. Cukai halal sebab ada undang-undang yang menghalalkannya.
Tapi kedua-duanya adalah proses pengambilan wang daripada A untuk diberi kepada B. Satu berlaku dengan cara
paksaan dan satu cara yang dihalalkan oleh Parlimen. Tapi tetap paksaan juga sebab kalau tak bayar, masuk
penjara.
Jadi, itu prinsip asal cukai. Sebab itu penting rakyat sedar kita kena ambil peduli bagaimana wang ini dibelanjakan
kerana ianya diambil daripada kita secara paksa. Tapi kita kena sedar juga bahawa proses pembayaran cukai
ataupun tindakan membayar cukai adalah tanggunjawab sebab sekiranya tidak ada cukai yang dikenakan, semua
perkhidmatan awam yang kita nikmati sekarang, tak dapat diberikan.

http://siasah.com.my/dev/index.php/rencana/2434-gst-untuk-kebaikan
GST untuk kebaikan

SISTEM Cukai Barangan Dan Perkhidmatan (GST) lebih adil kepada orang ramai berbanding struktur
cukai yang diguna pakai pada masa ini, selain dapat mengurangkan ketirisan dalam kutipan cukai negara.
Pengarah Eksekutif Kanan PricewaterhouseCoopers (PwC) Malaysia, Wan Heng Choon berkata, GST
membenarkan orang ramai menentukan sendiri jumlah cukai yang ingin dibayar melalui corak
perbelanjaan mereka.

"Anda sendiri pilih apa yang anda mahu bayar berdasarkan perbelanjaan harian, berbanding dengan cukai
pendapatan di mana duit anda diambil sebelum anda membelanjakannya.
"GST ini boleh dikira memberikan semula kebebasan memilih (untuk membayar cukai) kepada
pengguna," katanya semasa bengkel penjelasan GST bagi media di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
GST, apabila dilaksanakan, akan menggantikan sistem cukai yang diguna pakai kini, iaitu cukai jualan
dan perkhidmatan (SST) yang dikenakan ke atas barangan dan perkhidmatan tertentu pada kadar lima
hingga 10 peratus.
Menurut Heng Choon, kerajaan dijangka menurunkan cukai pendapatan dan korporat selepas GST
dilaksanakan namun kadar penurunan belum diketahui.
Kelmarin, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dilaporkan berkata, GST harus dilakukan
secara berperingkat.
"Semuanya harus dilakukan secara perlahan-perlahan, bukan jumlah sepenuhnya sekali gus, bagi faedah
rakyat," katanya kepada pemberita pada Forum CEO Yayasan Kepimpinan Perdana 2013.
Makanan asas tidak patut naik harga
Heng Choon berkata, semua makanan asas telah ditetapkan tiada cukai, jadi GST tidak akan memberi
kesan kepada barangan ini.
"Pilihan lain, sama ada anda ingin makan di restoran yang mengenakan cukai atau di restoran biasa, itu
adalah pilihan sendiri. Anda boleh menentukan jenis perkhidmatan yang ingin digunakan," katanya.
Menurutnya, hanya perniagaan dengan perolehan RM500,000 dan ke atas setahun yang perlu berdaftar
untuk GST.
"Jadi, restoran biasa atau kedai runcit yang tidak mencapai tahap itu tidak dikenakan cukai ini," katanya.
Sementara itu, Pengarah Eksekutif PwC, R S Raja Kumaran berkata, kesan GST kepada orang ramai
dijangka tidak begitu ketara.
"Jika dilihat, perbelanjaan terbesar bagi seseorang adalah makanan asas, iaitu 60 peratus daripada
pendapatan.
"Barangan ini tidak dikenakan cukai jadi kesannya kepada individu tidak ketara. Perkhidmatan kesihatan,
perumahan, pengangkutan awam dan pendidikan juga dikecualikan daripada cukai," katanya.
Menyentuh isu pengurangan atau penghapusan subsidi yang mungkin akan dilaksanakan tidak lama lagi
selepas GST diperkenal, Raja Kumaran berkata, subsidi tidak lagi berfungsi sebagai sistem yang adil.
"Semua orang kaya dan miskin beli beras atau isi petrol pada harga sama. Lebih baik subsidi dihapuskan
dan berikan rebat tunai kepada kumpulan sasaran sahaja," katanya.
Bantu kurangkan ketirisan

Menurut Heng Choon, terdapat juga isu tidak adil dalam pembayaran cukai pendapatan apabila hanya 1.9
juta
daripada
12
juta
rakyat
Malaysia
yang
bekerja
perlu
membayar
cukai.
"Banyak negara bertukar daripada mengenakan cukai ke atas pendapatan kepada GST untuk
menghapuskan diskriminasi ini.
"Jika rakyat mahu terus menerima perkhidmatan disediakan kerajaan, ia perlu dibiayai oleh satu sumber,"
katanya.
Selain itu, beliau berkata, GST juga boleh memastikan pemborong dan peruncit tidak hanya mengambil
keuntungan atas angin apabila cukai perlu dibayar bagi setiap peringkat rantaian pembekalan produk.
"Negara seperti Vietnam dan Laos juga laksanakan GST. Jika Malaysia mahu terus progresif, GST adalah
satu daripada penyelesaiannya," katanya.
GST atau cukai nilai tambah (VAT) telah digunakan di lebih 140 negara dan di Asean, hanya Malaysia,
Brunei dan Myanmar yang belum menggunakan sistem ini.
Jelaskan kepada rakyat
Heng Choon menegaskan, sehingga kini, terdapat pelbagai salah faham mengenai GST dan isu ini perlu
dilihat dari sudut lebih objektif.
"Kepada yang berkata GST akan membebankan orang miskin, adakah mereka buat kajian terhadap corak
perbelanjaan golongan ini? - SH
http://kpdnkk.bernama.com/featuresBm.php?id=992500

Apa Kesan GST Enam Peratus Kepada Pengguna


Oleh Alan Ting
KUALA LUMPUR (Bernama) -- Rakyat Malaysia akan mula membayar Cukai Perkhidmatan dan Barangan (GST) berkuatkuasa
1 April 2015, seperti juga penduduk di negara-negara maju.
Cukai sebanyak 6 peratus ini dikenakan apabila mereka membeli barangan atau melanggan perkhidmatan kecuali bagi
barangan dan perkhidmatan tertentu.
Namun, ramai yang masih keliru akan kesan GST terhadap kehidupan harian mereka. Ada yang menyangka mereka perlu
membayar sekurang-kurangnya 6 peratus daripada kadar yang ditetapkan kerajaan bagi setiap barangan dan perkhidmatan.
Ramai yang masih keliru apa lagi dengan mereka yang menentang GST pula menyebarkan laporan yang kurang tepat.
FUNGSI GST
GST adalah sejenis cukai penggunaan bertujuan memperkemas percukaian di setiap peringkat rantaian bekalan daripada
pengeluar atau pembekal perkhidmatan kepada pengguna akhir (end user).
Diakui pengenalannya bukanlah satu langkah yang disukai rakyat, namun pelaksanaan GST bakal menambah kecekapan
sistem percukaian negara di samping menghalang pengelakan cukai.
GST juga membolehkan sistem kutipan cukai menjadi lebih telus. Pada kadar 6 peratus, kerajaan dijangka mengutip sekurangkurangnya RM30 bilion lagi dalam bentuk cukai setiap tahun.
GST merupakan satu ciri yang sinonim dengan negara maju seperti Singapura. Malaysia dan Brunei adalah dua negara

terakhir di rantau ASEAN dalam pelaksanaan GST.


PENGALAMAN SINGAPURA
Ketika Singapura memperkenalkan GST pada kadar 3 peratus, ianya dikenakan terhadap semua barangan dan perkhidmatan,
termasuklah barangan keperluan, Presiden Persatuan Akauntan Percukaian Malaysia (MATA) Abd Aziz Abu Bakar dilaporkan
berkata baru-baru ini.
Namun kerajaan Malaysia mengambil langkah berjaga-jaga dalam pelaksanaan GST agar rakyat tidak terbeban dengan
peningkatan kos. Rakyat tidak perlu membayar GST bagi barangan keperluan seperti daging yang tidak diproses, minyak
masak dan gula.
Juga tiada GST dikenakan ke atas perkhidmatan seperti bekalan elektrik, pendidikan, kesihatan, tol, transaksi kewangan dan
insurans nyawa.
Singapura pula telah mengambil jalan lain untuk menampan impak GST melalui satu pakej 'ofset', iaitu dengan mengurangkan
kadar cukai korporat dan cukai pendapatan perseorangan sebanyak 3 peratus, menjadikannya masing-masing 27 peratus dan
30 peratus.
Kadar permulaan GST 3 peratus ketika diperkenalkan di Singapura pada 1994 adalah antara yang terendah di dunia. Tujuan
pengenalannya bukannya untuk menjana pendapatan cukai yang tinggi tetapi membiasakan rakyat dengan sistem percukaian
baru itu.
Kadar itu kemudian dinaikkan kepada 4 peratus pada 1 Jan, 2003, 5 peratus (1 Jan, 2004) dan 7 peratus (1 Julai, 2007).
Kerajaan Singapura memilih untuk tidak memberi apa-apa pengecualian kerana ia beranggapan langkah itu lebih
memanfaatkan golongan berpendapatan tinggi.
Ini kerana keluarga berpunya kebiasaannya berbelanja lebih untuk keperluan (sama ada makanan, perkhidmatan kesihatan
atau keperluan lain) berbanding golongan berpendapatan rendah.
APA YANG BAKAL DIBAYAR RAKYAT MALAYSIA
Jadi, berapa yang harus rakyat Malaysia bayar? Adakah mereka harus membayar tambahan 6 peratus kepada jumlah harga
barangan dan perkhidmatan?
Dalam satu laporan berita tempatan bertarikh 21 Okt, Pengarah Eksekutif PricewaterhouseCoopers Malaysia, Raja Kumaran
dan perunding syarikat itu Tim Simpson memberi penjelasan tentang mekanisma GST dalam cara yang lebih mudah difahami.
Jika sistem percukaian negara ini dilihat dengan lebih dekat, akan didapati rakyat Malaysia telah pun membayar cukai jualan
dan perkhidmatan (SST)yang menjadi sebahagian daripada kos barangan dan perkhidmatan tanpa disedari.
Rakyat Malaysia sudah pun maklum dengan cukai 6 peratus bagi perkhidmatan tertentu seperti di hotel dan restoran mewah.
Satu lagi cukai penggunaan yang selama ini dibayar rakyat tanpa disedari adalah cukai jualan.
"Sebagai contoh, minuman berkarbonat dikenakan cukai jualan 10 peratus, tetapi lazimnya pengeluar tidak menyatakan cukai
itu dalam bil kepada pengguna akhir. Jika minuman itu dikatakan berharga RM11, harga sebenarnya adalah RM10 ditambah
dengan cukai sebanyak RM1.
"Bagaimanapun, pengguna menyangka mereka membeli minuman berharga RM11 dan bukannya RM10 ditambah dengan
cukai RM1," kata mereka dalam laporan itu.
GST ELAK CUKAI BERGANDA
Mereka berkata SST juga menyebabkan berganda yang merugikan pengguna.
"Di bawah sistem sedia ada mengambil contih di atas, jika kita membeli minuman berkarbonat di hotel, pengguna bukan sahaja
membayar cukai RM1.08 tetapi juga tambahan cukai SST 6 peratus yang dikenakan pihak hotel pula," kata mereka lagi dalam
laporan yang sama.
Bagaimana pun mereka berkata masalah cukai berganda ini ditangani dalam GST kerana cukai yang dibayar pemilik hotel

diperolehi semula dalam bentuk kredit cukai input dan tidak mewakili kos kepada hotel.
Oleh itu di bawah sistem sedia ada, harga minuman berkarbonat itu adalah RM14.58.
Di bawah GST pula, harga minuman yang sama adalah RM13.25, pengurangan sebanyak 9 peratus (atau RM1.33).
Jadi adakah minuman itu menjadi 6 peratus lebih mahal? Tentunya tidak.
Maka pengguna harus maklum pelaksanaan GST ini juga mempunyai banyak kebaikan yang memanfaati mereka.

http://www.asyrafzabani.my/apa-itu-gst-implikasinya/

Apa Itu GST & Implikasinya


by ASYRAF ZABANI on May 4, 2014,

Pengenalan
1. Ia bukan cukai baru.
2. Ia menggantikan (SST Sales & Services Tax) & (GST Government Services Tax).
3. Ia dikenakan pada kadar yang lebih rendah (6%) berbanding SST (16%). Contoh, sekarang kita kena
bayar 16% kalau makan di hotel atau beli kereta. Saat GST dilaksanakan kelak, kita bayar 6%
sahaja.
4. Lebih 800 barang tidak kena cukai seperti makanan, pendidikan, kesihatan, pengangkutan awam dan
lain-lain. Boleh lihat senarai ini di dalam risalah, website dan lain-lain.
5. Banyak barang untuk golongan berpendapatan rendah dikecualikan. Yang kena cukai adalah antara
barang yang digunakan oleh golongan kaya atau makan di tempat mewah.
6. Masyarakat luar bandar mendapat 2 kali untung:
o

Banyak barang dikecualikan

Beli dikedai kecil yang jualannya di bawah RM500,000 dikecualikan GST.

Pencerahan Mengenai GST

Apakah itu Goods & Services Tax?


1. GST : Cukai Barangan & Perkhidmatan (Goods & Services Tax).
2. Masakini kita membayar dua cukai atas setiap barangan/perkhidmatan yang kita beli/guna iaitu:
o

Cukai jualan (6%)

Cukai perkhidmatan (10%)

3. Ia akan dimansuhkan dan digantikan dengan GST.


Mengapa kerajaan melaksanakan GST?
1. Untuk memperbaiki sistem cukai sedia ada. Ini adalah kerana cukai jualan dan cukai perkhidmatan
sedia ada mempunyai kelemahan, seperti cukai dua kali ganda ke atas pengguna dan ketiadaan
pelepasan cukai sepenuhnya ke atas barangan yang dieksport dan isu-isu harga pindahan.
2. Kelemahan-kelemahan ini menyebabkan kerugian kepada kedua-dua pihak pengguna dan kerajaan.
Berapakah kadar GST?
Kadar GST dicadangkan ditetapkan pada 6%. Kadar ini adalah yang paling rendah di kalangan negaranegara ASEAN: 10% di Indonesia, Vietnam, Kemboja, Filipina, dan Laos. Manakala, 7% di Singapura dan
Thailand.
Bilakah GST akan berkuatkuasa?
Mulai 1 April 2015.
Sebagai cukai pengguna, GST akan dikenakan ke atas semua barangan dan perkhidmatan. Adakah
ini bermakna bahawa segala-galanya akan menjadi lebih mahal?
1. Tidak semestinya. Harga barang akan menjadi lebih murah kerana kadar cukai GST hanya 6%
berbanding cukai sebelum ini 16%.
2. Sesetengah barangan dan perkhidmatan dikecualikan cukai.
o

Barangan makanan asas tidak dikenakan GST (Beras, gula, garam, tepung, minyak masak,
kacang dhal, rempas ratus, ikan masin, cencalok, budu, belacan, dan lain-lain).

Bekalan air paip dan 200 unit pertama elektrik sebulan bagi pengguna.

Perkhidmatan yang disediakan oleh kerajaan: kesihatan, perkhidmatan pengeluaran


passport, pembelajaran di sekolah.

Perkhidmatan pengangkutan: bas, keretapi, LRT, teksi, feri, bot, tol lebuhraya.

Jual beli dan sewa rumah kediaman.

Perkhidmatan kewangan terpilih.

Adakah kerajaan membantu rakyat menghadapi GST?


1. Pelbagai bantuan dan sokongan dalam tempoh peralihan ini disediakan oleh kerajaan.
2. Pertama, kerajaan akan memberi bantuan tunai RM300 kepada penerima BR1M, diikuti oleh
menakisma lain kelak.
Adakah kita masih perlu membayar cukai pendapatan kadar yang sama?
1. Kadar cukai pendapatan individu akan dikurangkan sebanyak 1-3 % untuk semua pembayar cukai.
2. Pembayar cukai yang lain akan menikmati penjimatan cukai dan struktur cukai pendapatan individu
akan dikaji.
3. Pendapatan bercukai dinaikkan kepada:
o

Melebihi RM400,000 dan kadar cukai maksimum 26% dikurangkan kepada 24%, 24.5% dan
25%.

Bagaimana pula dengan perniagaan?


1. Kerajaan akan mengurangkan cukai pendapatan syarikat daripada 25% kepada 24% mulai tahun
taksiran 2016.
2. Cukai pendapatan syarikat kecil/sederhana turun daripada 20% kepada 19% mulai tahun taksiran
2016.
3. Cukai pendapatan koperasi dikurangkan 1-2 mata peratus mulai tahun taksiran 2015 dan potongan
cukai bagi yuran kesetiausahaan.

4. Pemfailan cukai mulai tahun taksiran 2015.


5. Potongan cukai tambahan untuk kos beli peralatan dan perisian ICT bagi tahun taksiran 2014 dan
2015.
6. Geran latihan GST RM100 juta Bantuan RM150 juta untuk beli perisian perakaunan.
Mengapa GST ini dilaksanakan sekarang dan bukan kemudian?
Kerajaan berpendapat bahawa kerana kadar inflasi 2% adalah rendah dan ia sememangnya masa terbaik
untuk melaksanakan GST.
Berapa banyak negara lain yang telah melaksanakan GST?
Lebih daripada 160 buah negara sudah melaksanakan GST. Kerajaan berpendapat ini menunjukkan bahawa
GST terbukti ialahtelus, berkesan dan sistem cukai yang adil.
Adakah harga barangan naik?
1. Pengguna hanya perlu membayar satu kali cukai sahaja.
2. Perubahan harga barang atau perkhidmatan amat minimum apabila GST dilaksanakan. Malahan,
ada harga barangan yang akan menjadi lebih murah bergantung sama ada ianya adalah barangan
asas ataupun tidak.

Apa Yang Penting?


1. GST bukan cukai baru, tetapi menggantikan cukai jualan & perkhidmatan. Masakini, rakyat
membayar dua cukai itu.
2. GST mengambil kira pola perbelanjaan mengikut kategori pendapatan. Makanan serta keperluan
asas tidak dikenakan cukai.
3. GST bukan kos kepada perniagaan.
4. IHP (Indeks Harga Pengguna) akan turun bagi sesetengah barangan/perkhidmatan seperti pakaian,
kasut, hiasan, perkakas rumah, penyelenggaraan, komunikasi, dan lain-lain.

5. IHP akan meningkat untuk barangan/perkhidmatan seperti minuman beralkohol & tembakau,
pendidikan swasta, restoran dan hotel.
6. GST diperkenalkan bagi menggantikan kelemahan dalam kutipan cukai selama ini.
o

Seperti cukai bertindih, ketirisan, dan lain-lain.

7. GST tidak meningkatkan kos perniagaan kerana ia adalah cukai kepenggunaan. Cuma akibat
penambahbaikan sistem cukai ini, peniaga tidak terlepas dan terpaksa bayar itu yang dikatakan
meningkat agaknya.
o

Setiap peringkat pengedaran

Atas nilai tambah

Atas baragan dan perkhidmtan yang diimport

Atas jualan barang dan perkhidmatan di Malaysia

GST juga dikenali sebagai Value Added Tax (VAT) atau Cukai Nilai Tambah.
GST (VAT)
1. Cukai penggunaan yang dikenakan ke atas aktviti nilai tambah pada setiap peringkat rangkaian
pengedaran semua barang dan perkhidmtan melainkan yang dikecualikan oleh kerajaan.
2. Perlaksanaan GST merupakan salah satu langkah yang diambil kerajaan bagi menyusun semula
sistem percukaian negara supaya ia lebih berkesan, saksama, efisien dan telus serta dapat
mengelakkan berlakunya:
o

Cukai terselindung.

Kesan: cukai jualan yang dibayar di peringkat pengilangan telah menjadi kos kepada
pemborong dan peruncit, maka ianya telah diambilkira di dalam pengiraan margin
keuntungan.

Cukai bertindih. Berlaku dalam dua keadaan.

Cukai bertindih di bawah sistem yang sama, iaitu sama ada cukai jualan atau cukai
perkhidmatan.

Kesan: pelanggan terpaksa membayar harga lebih mahal kerana cukai perkhidmatan yang
dikenakan merupakan sebahagian kos menyediakan perkhidmatan kepada pelanggan.

Cukai bertindih di bawah sistem cukai yang berlainan iaitu barangan berkenaan dikenakan
cukai barangan serta perkhidmatan.

Kesan: Pengguna terpaksa membayar harga lebih mahal kerana cukai jualan merupakan
sebahagian daripada kos yang akan dimasukkan ke dalam harga jualan dan dikenakan cukai
perkhidmatan apabila menyediakan prkhidmatan kepada pelanggan.

Pandangan mereka yang sekarang tidak bayar cukai penggunaan terutama golongan berpendapatan
rendah terpaksa bayar cukai penggunaan bila GST dilaksanakan.
1. Sebenarnya rakyat tanpa mengira kelas pendapatan sebenarnya telah membayar cukai jualan dan
perkhidmatan ke atas perbelanjaan harian mereka.
2. Namun cukai yang dibayar ini terutamanya cukai jualan tidak kelihatan di dalam invois atau resit
kerana ia terselindung di dalam harga barangan.
3. Sebagai contoh setiap RM100 yang dibelanjakan oleh golongan berpendapatan rendah, sebanyak
RM 2.38 adalah untuk cukai. Tetapi apabila GST dilksanakan dan dikenakan pada 4% beban cukai
yang ditanggung akan menurun kepada RM 2.17 sahaja. Ini merupakan penjimatan di dalam
perbelanjaan harian mereka.

Adakah GST akan menyebabkan harga barangan dan perkhidmatan naik?


1. IHP akan menurunkan mengalami penurunan sbnyk 0.10 peratus. Harga bagi lapn komponen turun:
o

Pelbagai barangan dan perkhidmatan.

Restoran dan hotel.

Komunikasi.

Pengangkutan.

Hiasan, perkakasan dan penyelenggaraan.

Perumahan, air, elektrik, gas, dan bahan api.

Pakaian dan kasut.

Minuman alkohol dan tembakau.

Apa peranan pengguna?


1. Membuat perbandingan harga sebelum berbelanja.
2. Sentiasa merujuk kepada panduan harga pengguna.
3. Melaporkan apa-apa kenaikan harga yang tidak munasabah kepada pihak yang berwajib
sepertiKementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) atau
persatuan pengguna.
4. Berbelanja secara berhemah.
Berikut adalah penulisan yang ditulis oleh Shah Sovi dan diolah sedikit oleh saya. Konklusinya, pandangan
peribadi saya, saya amat menyokong perlaksaaan GST yang akan menggantikan SST (Sales & Services
Tax) dan GST (Government Services Tax). Namun, ada beberapa persoalan dan langkah yang perlu diambil
kira, antaranya:
1. Integriti kerajaan dalam melaksanakan GST kelak dalam senario ketirisan serta pengurusan
kewangan yang lemah (dibuktikan oleh Laporan Audit Negara). Tindakan undang-undang yang tegas
hendaklah diambil di atas sebarang salah laku, sama ada syarikat, kementerian, mahupun ahli politik.
2. Jika perihal GST mahu segera dilaksanakan kerana mahu majoriti negara melaksanakannya,
bagaimana pula dengan bab kebebasan media kita yang masih di tahap kurang memuaskan, cukai
kereta yang masih tinggi, dan gaji minimum yang masih di tahap rendah? Bilakah langkah proaktif
mahu diambil oleh pihak kerajaan dan kementerian serta agensi berwajib?
3. Pencerahan secara proaktif dengan membuat roadshow di setiap bandar, daerah, dan negeri harus
diperkasakan agar setiap lingkungan rakyat dapat memahami apa itu GST, mekanismanya, serta
manfaatnya.
4. Saat GST dilaksanakan pada April 2015, pihak berwajib harus memantau dengan aktif setiap
perniagaan agar tiada kes mereka yang menaikkan harga barangan sesuka-hati akibat perlaksanaan
GST.

http://zaharuddin.net/senarai-lengkap-artikel/3/1030-cukai-gst-hukum-a-amanah.html

Cukai, GST, Amanah & Hukum Islam


Oleh
Dr Zaharuddin Abd Rahman
Sewaktu saya menulis artikel ini, GST telah pun diluluskan oleh kerajaan dan parlimen Malaysia dengan undi
majoriti ahli dewan rakyat. Namun apa pula sebenarnya pandangan ahli fiqh dan ulama berkenaannya?. Banyak
perbincangan timbul berkenaan cukai lantaran pengumuman kerajaan untuk memperkenalkan Goods and Service
Tax (GST) bermula April 2015 nanti. Tidak kurang juga yang mengulas berkaitan hukum GST terbabit, ada yang
mendakwanya haram secara mutlaq (total), ada juga yang menganggapnya haram kerana sebab-sebab lain dan
sebagainya. Ada pula yang menyebutnya sebagai harus lagi halal. Menteri Agama pula menyatakan tiada
keperluan untuk membincangkan hukum GST di peringkat Majlis Fatwa.
HUKUM KERAJAAN MENGENAKAN CUKAI
Penulisan ringkas ini akan berkongsi persoalan cukai menurut ahli fiqh Islam berdasarkan ijtihad masing-masing.
Secara umumnya, para ulama fiqh terbahagi kepada tiga kumpulan dalam menentukan hukum kerajaan
mengenakan cukai. Ia seperti berikut:1. Haramnya cukai secara mutlaq.
Mereka berhujjah berdasarkan dalil :
a. Firman Allah swt dalam surah Al-Baqarah ayat 188 yang mengharamkan memakan harta sesama manusia
secara bathil.
Justeru, pungutan cukai dianggap tergolong dalam pendapatan yang bathil kerana tanpa rela dan keperluan
mendesak.
b.

Sabdaan Nabi sallaallahu alaihi wasallam yang menyebut

Ertinya : Janganlah kami menzalimi dan tiada halal harta seseorang muslim yang (diambil) tanpa disertai rela
dan izin dari pemiliknya. ( Riwayat Ahmad : hadis sohih)
Justeru, mengambil cukai dari rakyat sedang rakyat tidak rela disebabkan pendapatan kerajaan yang mewah
adalah tiada halal.

c.

Sabda Nabi sallaallahu alaihi wasallam

!
Ertinya : Telah datang kepada Nabi seorang wanita yang berzina yang ingin dilaksanakan hukuman had ke
atasnya tetapi baginda menjawab, Demi jiwaku pada tangan Allah, seseungguhnya wanita itu telah bertaubat
yangsekiranya seorang pemungut cukai bertaubat juga akan diampunkan baginya. ( Riwayat Muslim : Sohih)
Justeru, pemungut cukai adalah haram kerana itu baginda Nabi menyebut bertaubat menunjukkan ianya
berdosa.

d.

Nabi bersabda :


Ertinya :Sesungguhnya penguasa yang mengenakan Maks (sebahagian menterjemahkannya sebagai cukai)
adalah di dalam neraka. ( Riwayat Ahmad : Sohih menurut Al-Suyuti)

2. Harus secara sementara waktu ke atas si kaya pada kadar tertentu di musim wujudnya keperluan.
a. Dalil mereka : Sabda Nabi ;


Ertinya : sesungguhnya pada harta itu ada kewajiban lain selain zakat (Riwayat At-Tirmidzi : Dhoif menurut AlSuyuti, Albani, )

b. Berlandaskan Siyasah Syariiyyah yang digubal berdasarkan keperluan semasa. Sebagaimana fatwa Imam
Malik yang berkata :
Ertinya: Wajib ke atas orang ramai menebus tawanan perang mereka walaupun mereka terpaksa menggunakan
harta mereka sendiri (Ahkam al-Quran, Ibn Arabi, 60/1). Imam Al-Qurtubi juga menguatkan hal ini dengan

katanya Sepakat ulama apabila wujudnya keperluan untuk kaum muslimin dalam sesebuah Negara iaitu selepas
digunakan wang zakat dari baitul mal maka wajib pula dibantu dengan menyalurkan wang (dari cukai rakyat).
( Tafsir Al-Qurtubi, 2/223). Hal ini juga ditegaskan oleh Imam Al-Syatibi dalam kitabnya al-Itisom. Imam AlGhazzali juga menyatakan yang sam apabila dia menyebut:Ertinya Apabila sudah kosong milikan Negara dari harta, dan tiada lagi harta awam yang boleh memenuhi
keperluan tentera, sehingga jika tentera terpaksa bekerja lain bagi mendapatkan pendapatan dan meninggalkan
tugasan tentera, maka dibimbangi masuknya musuh ke neraka umat Islam atau pemberontakan fitnah, maka
haruslah bagi pemerintah mengenakan kepada si kaya kadar (cukai) bagi memenuhi keperluan tentera. ( AlMustasfa, 1/426)
Namun, konteks fatwa ini kelihatan tidak begitu menepati situasi Malaysia kerana negara kita masih tidak
sampai ke tahap tersebut.

3. Harus mengenakan cukai pada sekadar memenuhi maslahat umum pentadbiran Negara.
Pendapat ini dipegang oleh Sheikh Mahmud Syaltut, (Al-Fatawa al-Kubra, hlm 116), begitu juga Sheikh Abu ala
al-Mawdudi yang menyatakan, harus dikenakan cukai jika wang bayaran cukai itu adalah bagi kemaslahatan
awam. (Nazariyat al-Islam, hlm 313). Sheikh Dr. Yusuf Al-Qaradawi juga berijtihad harus dikenakan cukai bagi
kemaslahatan awam sambil mengatakan perkataan Maks di dalam hadis ancaman neraka itu oleh Nabi s.a.w itu
membawa maksud khusus iaitu


Ertinya : iaitu jenis cukai yang difardhukan oleh sebahagian pemerintah untuk bersenang-senang mereka
dengannya dan penyokong mereka walaupun menyempitkan rakyat mereka. ( Fiqh al-Zakat, Qaradawi, 2/987)
Prof. Dr Ali Muhydin Al-Qurrah Daghi menyatakan Ini juga merujuk kepada sebahagian cukai yang dikenakan di
zaman pemerintahan awal Islam seperti AL-KHARRAJ (cukai tanah), AL-'USHUR ( cukai perniagaan 10 % ke atas
perniagaan non muslim) dan AL-JIZYAH (cukai individu) . Kesemua cukai ini digunakan sebaikanya untuk
kepentingan dan kebaikan rakyat.

TARJIH PANDANGAN
Penulisan ringkas ini tidak mampu untuk membuat tarjihan pendapat yang terkuat secara komprehensif, namun
secara umumnya perbincangan hukum cukai dalam Islam tidak dapat lari dari menimbang di antara maslahat
kebaikan dan kemudaratan darinya. Walaupun sewaktu wujudnya dalil-dalil berkaitan cukai, namun menurut
majoriti ulama, nas yang berkait dengan urusan siyasah dan pentadbiran mesti dilihat kepada illah atau sebab
utamanya ianya disebutkan oleh Nabi s.a.w. Melhat kepada objektifnya iaitu membawa lebih kebaikan
berbanding kemudaratan. Beberapa jenis hukum dalam urusan muamalat boleh berubah dengan berubahnya
masa dan zaman serta keperluan.
Namun apapun, kaedah fiqh ada menyatakan Menolak Keburukan didahulukan dari Membawa Kebaikan
(tambahan). Justeru, jika benar tanpa GST atau cukai jualan dan servis, maka ini ekonomi negara bakal

terancam, kelangsungan Negara menjadi longgar, tatkala itu cukai boleh berubah menjadi harus dan hal ini
boleh dinilai dari masa ke semasa.
Sebahagian ahli ekonomi menyimpulkan cukai GST mampu membawa kestabilan fiskal dalam kewangan negara
dan keutuhan pendapatan kerajaan selain dapat memperbaiki kutipan hasil cukai dari sebahagian besar golongan
yang terlepas atau sengaja melepaskan diri dari membayar cukai.
Manakala sebahagian yang lain menyatakan cukai hanya menyebabkan inflasi semakin sukar dikawal, kenaikan
harga dalam majoriti barangan yang akhirnya membawa kesan buruk kepada hampir semua kelas pendapatan
rakyat khususnya yang berpendapatan sederhana dan rendah. Disebabkan harga barang menjadi menaik, kuasa
beli dan nilai matawang menjadi turun.
Cukai seperti ini mungkin sangat releven bagi sesebuah negara yang belum memperkenalkannya khususnya
seperti cukai pendapatan, korporat dan sebagainya. Namun, memperkenalkan cukai baru sedangkan kantung
kewangan negara masih utuh dan perbelanjaan awam masih boleh dikawal dan diperbetulkan, sudah tentu lebih
cenderung hukumnya kepada HARAM, kecuali jika ia bersifat sementara sebagaimana fatwa kumpulan kedua
ulama.
Negara Malaysia yang telah sedia ada cukai jualan dan servis sejak beberapa puluh tahun lepas, namun untuk
meniadakannya secara drastik bakal menyaksikan kekalutan pengurusan kewangan, pentadbir awam dan negara
berada dalam kesukaran yang dibimbangi membawa lebih mudarat berbanding manfaat. Jika hukum haram yang
ingin dipegang sebagai terkuat, maka sejak berpuluh tahun sebelum ini cukai ini sudah haram dan patut
ditegaskan agar tidak perlu dibayar serta jangan dibayar. Bukanlah sekarang masanya untuk terus menolak cukai
secara sepenuhnya.
Berkenaan GST pula, jika mampu dibuktikan sebagai penyusunan semula metode cukai dan seterusnya mampu
diurus dengan lebih baik, telus dan lebih kurang menekan berbanding sistem percukaian cukai jualan dan
khidmat sebelum ini, maka saya rasakan GST boleh disokong pelaksanaannya atas dasar, mengambil kaedah Fiqh
iaitu mengambil yang kurang mudarat di antara dua kemudaratan.
Secara teorinya, namun bergantung kepada pengawasan terhadap para peniaga, GST boleh sama ada menaikkan
harga, menurunkan harga atau kekal pada harga biasa. Illustrasi dari pihak savemoney ini mungkin boleh
memudahkan gambarannya.
1. GST Tidak Memberi Kesan Kepada Harga
2. GST Boleh Menyebabkan Turun Harga ( Jika peniaga bersifat jujur)
3. GST menyebabkan Naik Harga
ANTARA SYARAT
Namun tentunya, keharusan berdasarkan pertimbangan kaedah yang kurang mudarat dari dua mudarat ini
mestilah diikat dengan beberapa perkara antaranya seperti :a.

Kadar 6 % patut dimulakan dengan lebih rendah agar tidak berlaku sebarang perubahan drastik terhadap
peniaga dan rakyat. Mungkin kadar 3 % lebih sesuai sebagai permulaan.

b.

Sebarang ketirisan dan kelemahan pengurusan hasil kewangan oleh kementerian yang dibuktikan oleh
Jabatan Audit Negara mestilah dikenakan tindakan keras dan segera bagi memastikan setiap hasil cukai
yang diterima tidak disalahgunakan oleh pentadbir awam dan ahli politik yang berkuasa. Kita tidak mahu
laporan kelemahan dan salah urus tadbir kewangan yang didedahkan Jabatan Audit Negara pada setiap
tahun menjadi hanya bebelan awam secara berkala tanpa sebarang tindakan jitu.

c.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia patut diberi kuasa dan kemampuan pendakwaan dengan lebih
berkesan agar tiada peniaga yang mampu lari dari GST atau tiada pegawai awam boleh memanipulasi
pelaksanaan GST untuk kepentingan mereka.

d.

Pihak KPDNKK mestilah mempunyai mekanisme terbaik dan jitu dengan jumlah pegawai yang mencukupi
bagi menangani kenaikan harga yang disengajakan oleh peniaga sejurus GST dikuatkuasakan.

e.

Peruntukan bajet kepada semua kementerian yang BELUM digunakan sewajarnya dilaporkan semula
dalam bajet tahun berikutnya. Jangan dipaksa sesebuah jabatan atau kementerian menghabiskan wang
peruntukan sehingga sebahagian mereka terpaksa menghabiskannya kepada perkara yang sia-sia dan

merugikan rakyat serta pecah amanah.


Pada waktu beberapa perkara utama ini gagal dipastikan dan jika kemudaratan pula bertambah ke atas peniaga
dan rakyat, tatkala itu, pihak yang mengharuskan GST dikira telah membuat keputusan yang memudaratkan ahli
negara dan rakyatnya, itu tidak lain membawa kepada dosa dan pengabaian amanah. Wallahualam.

Dr. Zaharuddin Abd Rahman


Presiden MURSHID
9 April 2014

Вам также может понравиться