Вы находитесь на странице: 1из 11

PENGENALAN

Sudah terang lagi bersuluh. Semakin hari, kita semakin menghampiri ambang
2020. Keadaan ini menandakan permulaan pelbagai cabaran dan rintangan yang
bakal menghambat. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat ( 2007 : 232) cabaran
didefinisikan sebagai hasil mencabar iaitu mempersoalkan dan mempertikaikan
sesuatu unsur yang mencabar serta menguji kemampuan dan ketabahan seseorang
atau sesuatu organisasi. Oleh itu, secara lateralnya cabaran membawa maksud
sesuatu hal atau perkara yang menguji kemampuan serta ketabahan seseorang
yang ada kaitannya dengan sesebuah organisasi. Dalam konteks perguruan,
profesion menjadi seorang guru perlu menyahut cabaran untuk melihat keupayaan
seorang guru dalam melaksanakan tugasannya bukan sahaja dalam bilik darjah
namun di sekolah secara amnya. Bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahatir telah
mengesyorkan Wawasan 2020 bagi membolehkan negara Malaysia menjadi salah
satu negara yang moden pada tahun 2020. Antara cabaran Wawasan 2020 kepada
guru adalah menwujudkan masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram dan maju
dengan keyakinan terhadap diri sendiri, menwujudkan dan membangunkan
masyarakat demokratik yang matang, mewujudkan masyarakat yang bermoral etika,
liberal dan bertolak ansur, saintifik dan progresif, mempunyai daya perubahan tinggi
dan memandang ke depan, masyarakat penyayang dan budaya menyayangi.
Dengan itu, guru memainkan peranan yang penting dalam mencapai hasrat
Wawasan 2020 dalam menghasilkan insan modal yang berakhlak mulia. Pelbagai
kajian telah dilakukan untuk mengenalpasti cabaran-cabaran yang dihadapi oleh
guru dalam profesion tersebut dan langkah-langkah untuk mengatasi cabarancabaran tersebut.

CABARAN
Dalam keadaan masyarakat sedang mengalami proses pembangunan yang
kian pesat kini , golongan guru juga tidak dapat dikecualikan daripada menghadapi
pelbagai cabaran. Salah satu daripada cabaran yang dihadapi oleh para guru ialah
guru diberikan pelbagai jawatan yang bukan sepatutnya dilakukan oleh seseorang
guru atau mengajar subjek yang tidak berkaitan dengan opsyen yang dibelajar. Hal
ini mungkin menyebabkan kualiti pengajaran menurun jika guru tidak mahir dalam
subjek tersebut. Selain itu, tanggungjawab seseorang guru pada masa kini bukan
sahaja mengajar beberapa subjek yang tertentu tetapi seseorang guru juga terpaksa
memegang beberapa portfolio dalam sesuatu jawatankuasa atau memegang
sesuatu jawatan yang tidak berkaitan aktiviti pengajaran dalam kelas. Para guru juga
terpaksa membuat kerja-kerja perkeranian seperti mengisi borang, menaip surat dan
menyediakan minit mesyuarat. Guru juga memegang jawatan seperti penyelaras
papan notis, penasihat persatuan, kelab dan sukan. Kerja-kerja ini telah
menyebabkan para guru menghadapi tekanan yang amat besar dan ini akan
menjejaskan kualiti pengajaran seseorang guru. Jelaslah bahawa guru pada era ini
menghadapi pelbagai cabaran dalam memikul tanggungjawab yang tidak berkaitan
dengan pengajaran dalam kelas.
Seterusnya, seseorang guru juga menghadapi cabaran dalam menyesuaikan
diri dalam perkembangan era globalisasi terutamanya dalam penggunaan alatan
yang semakin canggih dalam sesi pengajaran. Bertitik tolak daripada itu, guru-guru
pada masa kini perlu memantapkan diri dengan ilmu pengetahuan yang setaraf
dengan perkembangan era globalisasi yang dihadapi. Dahulu, teknologi dalam
bidang pendidikan tidak berkembang pesat seperti hari ini. Oleh itu, kebanyakkan
guru-guru tidak berpeluang untuk mendedahkan diri kepada teknologi dalam bidang
pendidikan. Hal ini menyebabkan sebahagian guru tidak mahir dalam menggunakan
teknologi pada hari ini untuk pengajaran. Mereka juga menganggap penggunaan ICT
yang semakin canggih pada hari ini merupakan sesuatu yang komplex dan tidak
mudah untuk dipelajari. Hal ini haruslah dibendung kerana guru seharusnya
mengikut perkembangan semasa dan mengajar teknologi ini kepada pelajar. Sebagai
contohnya, guru perlu memahirkan diri dengan pengetahuan ICT agar dapat
mendapatkan maklumat terkini untuk mengajar pelajar dan memudahkan proses
pengajaran. Dalam bidang pendidikan masa kini, interactive board telah
diperkenalkan di Intitusi Pendidikan Guru dan pada masa hadapan mungkin akan

diperkenalkan kepada sekolah-sekolah rendah. Oleh itu, guru haruslah mempelajari


teknologi ini agar dapat mengajar dengan lebih berkesan dalam kelas pada masa
hadapan. Tuntasnya, guru perlu menghadapi cabaran dalam usaha memajukan diri
agar dapat mengikut perkembangan semasa.
Selain itu, para guru juga harus menimbangkan tentang kelayakan akademik
mereka sendiri. Seorang guru yang berkualiti haruslah mementingkan
profesionalisme dan berusaha untuk mempertingkatkannya. Hal ini demikian kerana
profesionalisme guru adalah berpusatkan kepada ilmu pengetahuan.
Memandangkan guru memainkan peranan penting dalam pembangunan negara,
sifat kerja guru yang begitu khusus memerlukan guru mempunyai kelayakan
akademik minimum dan menghadiri program-program latihan sebelum dan semasa
perkhidmatan. Guru perlulah sentiasa mengemaskini kemahiran dan pengetahuan
dalam aspek pendidikan serta berusaha mengaplikasi kaedah-kaedah pengajaran
dan pendidikan terkini. Oleh itu, pihak berwajib telah menganjurkan kursus-kursus
pendidikan untuk mempertingkatkan keupayaan, ketahanan dan prestasi bagi
mendepani cabaran yang semakin kompleks ini. Sebagai contohnya, langkah KPM
dalam menggalakkan guru untuk meningkatkan kelayakan akademik melalui
pelbagai program untuk membangunkan kerjaya guru. Tetapi program-program
seperti ini telah mendatangkan kesan negatif kepada guru. Hal ini demikian kerana
para guru tidak dapat menumpuhkan segala perhatiannya atas pengajarannya dan
pembelajaran murid-muridnya. Guru yang belajar sambil mengajar menyebabkan
mereka tidak dapat menyediakan aktiviti pengajaran yang lebih berkesan kepada
pelajar. Beban para guru juga akan menjadi lebih besar dan menyebabkan para guru
berasa tertekan dengan keadaan hidup mereka. Mereka bukan sahaja perlu
menyediakan aktiviti pengajaran seharian malah mereka juga perlu menyediakan diri
untuk menghadapi peperiksaan sendiri. Nyatalah bahawa guru menghadapi cabaran
dalam meningkatkan kelayakan akademik sendiri.
Para guru pada era ini juga menghadapi cabaran yang melibatkan dasardasar yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Sebagai
contoh, Dasar Pengajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI)
yang telah dilaksanakan mulai tahun 2002. PPSMI merupakan nama rasmi bagi
salah satu Dasar Pendidikan Malaysia yang menetapkan Bahasa Inggeris
menggantikan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar mata pelajaran Sains
dan Matematik di semua peringkat pendidikan. PPSMI dilaksanakan dengan

matlamat supaya murid dapat menguasai ilmu Sains dan Matematik yang pesat
berkembang dan kebanyakannya didedahkan dalam bahasa Inggeris. Tetapi, jika
guru-guru yang mengajar kedua-dua mata pelajaran ini tidak dapat menguasai
Bahasa Inggeris dengan baik akan menyebabkan proses pengajaran tidak dapat
berjalan dengan lancar dan berkesan. Kajian pihak tertentu untuk menilai tahap
penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan guru-guru Sains dan Matematik juga
menunjukkan peratusan yang kurang memberangsangkan. Lebih merunsingkan
apabila ada sebahagian dalam kalangan guru-guru berkenaan yang tidak mencapai
kredit dalam Bahasa Inggeris di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Walaubagaimanapun, guru guru ini dihadapkan lagi dengan Dasar Memartabatkan
Bahasa Melayu Memperkasakan Bahasa Inggeris (MBMMBI) di mana Bahasa
Melayu mengambil alih tempat Bahasa Inggeris dalam pengajaran subjek Sains dan
Matematik secara proses soft landing. Dasar ini dilaksanakan atas faktor yang
dikemukakan dalam Buku Memartabatkan Bahasa Melayu Memperkasakan Bahasa
Inggeris oleh Kementerian Pelajaran yang merasionalkan perubahan tersebut kerana
berdasarkan kajian UNESCO yang menyatakan murid lebih mudah mempelajari
pelajaran dengan menggunakan bahasa ibundanya dan profisiensi Bahasa Inggeris
guru pada tahap cemerlang dan baik hanya sekitar 25% sahaja. Jelaslah bahawa
guru menghadapi cabaran yang berasal daripada dasar-dasar yang ditetapkan oleh
kementerian bagi memperbaiki kualiti pelajar.
Guru pada masa kini juga menghadapi cabaran dalam menyeimbangkan
keperluan perkembangan minda pelajar dan melahirkan masyarakat yang bersatu
padu, berilmu pengetahuan dan berdaya saing bagi menyahut cabaran Wawasan
2020 untuk membentuk Negara yang bersatu padu dengan matlamat kongsi
bersama Malaysia sebagai sebuah Negara yang aman, berintergrasi di peringkat
kaum dan wilayah, hidup harmoni, berkerjasama sepenuhnya serta didokong oleh
satu bangsa Malaysia yang setia dan berdedikasi. Selain itu, guru juga penting
dalam membentuk sebuah masyarakat yang makmur dan menpunyai ekonomi yang
dinamik, berdaya saing, giat dan kental. Malah menurut Falsafah Pendidikan Negara,
pendidikan di Malaysia merupakan suatu usaha yang berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
menwujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi
dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini
penting untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,

berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan bekeupayaan mencapai


kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keamanan dan kemakmuran.
Jelaslah bahawa, falsafah Pendidikan Negara telah menberikan matlamat yang jelas
mengenai jenis rakyat yang Negara kita ingin lahirkan. Oleh itu, guru perlu menyahut
cabaran ini agar dapat membentuk masyakat kita yang aman dan berdaya saing
serta mencapai kemajuan dalam Wawasan 2020.
Profesion keguruan adalah sama sejak dulu, kini dan pada masa hadapan
iaitu mengajar, mendidik serta menjadikan pelajar daripada keadaan yang tidak
mengenal huruf, mengira dan membaca kepada celik huruf, bijak dan berjaya dalam
kehidupan. Oleh itu, guru turut menghadapi cabaran sebagai seorang pemudah cara,
seorang pembangun negara dan seseorang yang memberikan arah kepada orang
yang ingin bertanya. Guru perlu sentiasa sedia dan peka dalam melahir dan
menggunakan situasi-situasi pembelajaran secara cekap dan berkesan agar muridmurid dapat digerakkan untuk berfikir secara kreatif dan kritikal. Pengajaran yang
berkesan akan membantu murid-murid dalam mempelajari sesuatu. Setiap kejayaan
dicapai manusia, titik pangkalnya bermula daripada guru. pujangga Usman Awang
jelas mengatakan kepentingan guru untuk mengasuh dan mendidik pelajar agar
menjadi masyarakat yang bertanggungjawab dan berguna. Hal ini kerana
pengeluaran tenaga kerja Negara di semua sektor bermula daripada sekolah di
mana jasa dan khidmat guru diperlukan. Guru juga perlu bersikap proaktif dan
berfikiran terbuka serta mesra dengan sikap keterbukaan. Guru perlu sentiasa
prihatin dan menolong pelajar yang yang menghadapi masalah. Justeru, guru pada
masa kini menghadapi cabaran sebagai pemudah cara , pembangun Negara dan
orang yang dirujuk apabila pelajar menghadapi masalah.
Cabaran profesion guru di sekolah rendah juga termasuk penyampaian dalam
pengajarannya dalam bilik darjah. Kini, guru dikehendaki menggunakan cara
penyampaian yang terbaru untuk membolehkan pelajar dapat memahami sesuatu
idea atau proses yang rumit dengan mudah. Guru mesti menguasai kaedah
pedagogi yang sinonim dengan pengetahuan sedia ada murid yang bersifat
homogenius,iaitu menggunakan bahan bantuan mengajar yang sistematik. Apabila
bahan bantuan mengajar digunakan guru terpaksa menggunakan teknologi terkini
dengan sumber kewangan yang terhad. Alat bantu mengajar yang digunakan
selalunya mahal. Dengan kewangan yang terhad guru-guru tidak dapat membeli alat
bantu mengajar yang berkualiti. Oleh itu, guru terpaksa membuat atau mencipta alat

bantu mengajar dengan bahan yang lain. Ini telah menurunkan kualiti dalam
penyampaian pengajaran. Kaedah berpusatkan murid mesti dilaksanakan dalam
pengajaran seseorang guru. Guru kena berfungsi sebagai medarator yang berkesan.
Guru bukan sebagai pendidik yang menimpa ilmu pengetahuan tetapi juga sebagai
seorang mentor atau pembimbing yang membimbing pelajar dalam pembelajaran
sendiri dan mencari ilmu dengan sendiri. Pencapaian objektif mesti berbentuk
eksplisit yang mampu merangsang murid memahami isi pembelajaran. Penilaian
secara formatif perlu dilaksanakan. Oleh itu, secara keseluruhan sistem
penyampaian guru dalam pembelajaran dan pengajaran bukan lagi berbentuk
stereotaip tetapi berbentuk proaktif.
Cabaran yang dihadapi oleh guru pada zaman kini juga termasuk isu disiplin
dan salah laku pelajar. Masalah disiplin di sekolah pada hari ini semakin hari
semakin merosot dalam kalangan murid. Disiplin merupakan peraturan atau undangundang yang bertujuan untuk membentuk para pelajar selari kehendak agama
,norma-norma masyarakat dan undang-undang sesebuah negara. Namun peraturan
ini tidak mudah diterima oleh sebahagian pelajar dan pelajar ini dikenali sebgai
pelajar yang bermasalah disiplin. Gejala seperti ponteng sekolah, melawan guru,
bersikap antisosial, bergaduh,membuli, merokok dan sebagainya wujud di dalam
kalangan pelajar. Masalah disiplin pelajar sekolah bukanlah masalah baru dalam era
yang sereba moden ini. Namun, isu kemerosotan disiplin di kalangan pelajar sering
diperkatakan. Oleh itu, pelbagai langkah perlu dilaksanakan untuk membendung
masalah ini. Tanggungjawab untuk membanteras masalah disiplin pelajar sekolah ini
terletak di atas bahu guru-guru. Terbuktilah bahawa guru menghadapi cabaran dalam
menyelesaikan masalah disiplin dalam kalangan pelajar.
Di samping itu, guru juga menghadapi cabaran dalam
usaha untukmemperkembangkan potensi pelajar secara bersepadu bagi
mewujudkan insan yang seimbang daripada segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.
Keempat-empat unsur ini diterapkan melalui proses pembelajaran dan pengajaran
semasa di sekolah.Guru adalah tenaga penggerak yang berperanan membangunkan
jasmani pelajarnya. Cabaran yang dihadapi oleh guru adalah imu pengetahuan serta
kemahiran dalam bidang jasmani tidak mencukupi. Guru yang tidak mempunyai ilmu
pengetahuan atau kemahiran yang lengkap dalam bidang jasmani akan lebih sukar
membantu pelajar memperkembangkan potensi dalam sukan dan permainan. Guru
juga tidak dapat memberikan latihan yang profesional kepada mereka untuk

memantapkannya lagi. Oleh itu, guru haruslah memberi perhatian kepada bidang
jasmani juga bagi membantu pelajar mencungkil bakat mereka dalam bidang
sukan.Seorang guru yang ceria, penyayang dan riang akan menghasilkan pelajar
yang ceria, penyayang, riang dan sebaliknya. Guru haruslah tidak membawa
perasaan negatif dari tugas ke dalam kelas bagi memastikan semua pelajarnya akan
terus gembira dan berasa seronok semasa waktu pengajarannya. Ini kerana emosi
guru akan mempengaruhi niat dan keinginan belajar pelajar. Guru juga menghadapi
cabaran dalam usaha membentuk unsur kerohanian dalam jiwa setiap pelajarnya.
Antaranya adalah menanamkan asas keagamaan yang kukuh dalam kalangan anak
didik, menanam minat beragama, kasih dan sensitif kepada agama dan membasmi
kejahilan beragama berasaskan Pendidikan Islam. Tugas guru bukan sahaja
mengajar, tetapi juga mendidik, membentuk sikap, nilai dan akhlak manusia. Guru
perlu bertindak sebagai pemberi galakan dan bimbingan kepada pelajarnya untuk
mencapai kemajuan. Guru juga harus lebih banyak memberi pendedahan dan
penekanan mengenai pelbagai aspek pemikiran agar pelajar-pelajar ini dapat
berfikir dengan lebih kreatif dan kritis. Guru terpaksa mengorbankan masa, wang
ringgit dan tenaga yang tidak ternilai dalam mengembangkan bakat dan potensi
pelajar.

LANGKAH-LANGKAH
Pihak sekolah harus mengurangkan beban para guru dengan mengalihkan
kerja-kerja perkeranian atau jawatan-jawatan dalam sesuatu jawatankuasa daripada
guru-guru. Pihak sekolah juga harus mengupah kerani dalam membantu melakukan
kerja-kerja perkeranian bukannya memberi tugas ini kepada guru. selain daripada
kerani, pihak sekolah juga boleh mengupah penyelia untuk menjaga dan menyelia
sesebuah jawatankuasa atau tugasan. Hal ini akan dapat mengurangkan bebanan
para guru dan membolehkan mereka menggunakan masa yang lebih banyak untuk
menyediakan bahan untuk pengajaran yang berkesan. Para guru haruslah diberikan
masa dan ruang yang mencukupi agar dapat menggurangkan tekanan dalam
pekerjaan ini. Sekiranya kualiti pengajaran seseorang guru itu dapat ditingkatkan,
maka penguasaan seseorang murid dalam sesuatu subjek itu dapat ditingkatkan.
Pendek kata, kerja-kerja yang tidak berkaitan dengan pengajaran mesti dikurangkan
untuk meningkatkan kualiti pengajaran seseorang guru dan juga menjamin prestasi
seseorang murid.
Pihak kerajaan harus menyediakan pelbagai kursus yang berfokus kepada
cara-cara penggunaan teknologi yang berkaitan dengan pengajaran seseorang guru
dalam kelas. Setiap guru perlu diwajibkan untuk menghadiri kursus-kursus tersebut
supaya mereka dapat memahirkan diri dan menggunakan kemudahan ICT yang
sedia ada dalam sekolah untuk mengajar. Kerajaan perlu menyediakan sebuah
komputer riba dan LCD untuk para guru memastikan kelancaran kerja seorang guru
dan sesi pengajaran dalam kelas. Dengan mendedahkan guru kepada teknologi
yang semakin canggih, proses pengajaran akan menjadi lebih mudah dan menarik
kepada pelajar. Selain itu, mereka juga dapat melengkapi diri sendiri dengan
pelbagai ilmu pengetahuan yang terkini berkaitan dengan opsyen masing-masing
dengan melalui internet. Ini secara tidak langsung, dapat membantu para guru dalam
meningkatkan kualiti pengajaran mereka dalam kelas. Murid-murid juga dapat
didedahkan kepada isu-isu dan maklumat yang terkini melalui pengajaran daripada
guru. secara logiknya, krusus-krusus tentang teknologi yang diperkenalkan dalam
bidang pendidikan perlu diberikan kepada setiap guru agar pengajaran berkesan
dapat dilaksanakan.
Selain itu, pihak kementerian harus merangka krusus-krusus untuk guru-guru
yang sedang mengajar dengan lebih sistematik. Sebagai contohnya, mengadakan
krusus sepenuh masa untuk guru-guru iaitu guru dikehendaki berhenti daripada

mengajar apabila menghadiri kelas atau mengadakan krusus semasa cuti sekolah.
Dengan ini, para guru dapat menumpuhkan segala perhatian atas pembelajarannya
dan memberikan lebih banyak perhatiannya atas keluarganya, terutamanya bagi
para guru yang telah berkhawin. Topik-topik dalam kursus harus lebih fokus kepada
cara penyelesaian pengajaran atau cara pengajaran. Dengan ini, para guru tidak
perlu membazirkan masa dalam topik-topik yang tidak berkenaan dengan
pengajaran mereka. Setiap guru hanya perlu menumpuhkan perhatiannya dalam
opsyen masing-masing dan topik-topik kursus harus berkaitan dengan opsyen
masing-masing. Dengan ini, diharap kualiti guru-guru pada masa kini dapat
dipertingkatkan lagi untuk melahirkan pelajar yang lebih bermutu.
Dalam mengatasi cabaran tentang dasar-dasar yang ditetapkan oleh pihak
kementerian, pelbagai buku rujukan yang berkualiti perlu disediakan. hal ini dapat
membolehkan guru-guru merujuk kepada buku-buku tersebut jika menghadapi
masalah dalam pengajaran. Sebagai contohnya, buku mata pelajaran Sains dan
Matematik dalam bahasa Melayu dan Bahasa inggeris perlu disediakan. Walaupun
mata pelajaran Sains dan Matematik diajar dalam bahasa Melayu semasa sekolah
rendah dan sekolah menengah pelajar perlu menggunakan bahasa Inggeris dalam
mata pelajaran tersebut apabila melanjutkan pelajaran ke tahap Universiti. Hal ini
kerana Sains dan Matematik akan diberikan kuliah dalam Bahasa Inggeris pada
tahap tersebut. Guru-guru yang mengajar kedua-dua mata pelajaran ini juga
didedahkan ilmu pengetahuan dengan Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu dalam
mata pelajaran Sains dan Matematik semasa zaman Universiti. Ini dapat
meringankan beban guru daripada mempelajari semula kosa kata saintifik dan
matematik dalam Bahasa Melayu. Pihak kementerian juga perlu menberikan krususkrusus yang berkaitan dengan penggunaan bahasa Melayu dalam mata pelajaran
tersebut agar guru dapat menguasai dan mengajar subjek tersebut dengan baik.
Pihak kerajaan perlulah memartabatkan profesion perguruan melalui Pelan
Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) agar guru-guru pada masa kini dapat
menghadapi cabaran-cabaran dalam proses pengajaran. Antara usaha yang telah
dilaksanakan ialah menaiktarafkan maktab perguruan kepada Institut Pendidikan
Guru (IPG). Institusi ini melahirkan guru yang berkualiti dan guru berijazah melalui
Program Khas Pensiswazahan Guru (PKPG),Program Ijazah Sarjana Muda
Perguruan (PISMP), Program Berkembar Praperkhidmatan (B.Ed TESL) dan
Program Bahasa-Bahasa Antarabangsa. Selain itu, Pelan Induk Pembangunan

Pendidikan juga menggariskan usaha pemantapan latihan perguruan, memantapkan


kerjaya guru, penambahbaikan persekitaran kerja dan kebajikan guru sebgai langkag
untuk memperkasakan kerjaya perguruan. Dengan program-program yang
disediakan, guru-guru pelatih akan menerima latihan daripada pelbagai segi agar
dapat mengharungi cabaran yang bakal dihadapi. Antara latihan yang diberikan
adalah dari aspek pedagogi, kokurikulum, ICT, penyelidikan dan sebagainya untuk
memastikan kualiti seorang guru yang cemerlang. Latihan-latihan ini penting untuk
menyediakan guru pelatih dalam menghadapi cabaran.
Sebagai seorang guru, seseorang itu hendak sentiasa kreatif dalam cara
penyampaian. Penyampaian yang digunakan haruslah menarik dan membolehkan
pelajar menumpukan perhatian terhadap penyampaian guru dalam jangka masa
tertentu. Guru seharusnya diberikan kewangan yang cukup dalam melaksanakan
amanah dalam pengajaran kerana wang yang digunakan akan membawa kebaikan
kepada pelajar. Alat bantu mengajar yang lengkap akan membantu guru dalam
menyampaikan ilmu pengetahuan dan pelajar akan lebih mudah memahami ilmu
yang disampaikan oleh guru. Oleh itu, had kewangan untuk guru dalam penggunaan
pengajaran dan pembelajaran harus ditingkatkan. Kata orang Cina selalunya,
biarpun miskin dari kewangan tetapi tidak boleh miskin dari segi pendidikan. Oleh itu,
masalah kewangan tidak seharusnya menjadi halangan bagi para guru dalam
pengajaran.
Pihak sekolah perlu mewujudkan undang-undang dan peraturan-peraturan
yang sistematik di sekolah. Peraturan-peraturan ini hendaklah merangkumi dendaan
bagi setiap kes disiplin atau kes jenayah di sekolah. Kes yang serious hendaklah
dilaporkan kepada pihak polis. Penguatkuasaan undang-undang ini akan
membolehkan berfikir sebelum membuat tindakan yang dianggap sebagai melanggar
disiplin. Pihak polis juga boleh mengadakan kempen anti-jenayah , anti-dadah dan
kempen lain yang berkaitan untuk mendedahkan pelajar kepada kesan-kesan
melanggar disiplin dan melakukan jenayah. Selain itu, pihak polis juga boleh
membuat pemeriksaan mengejut di sekolah untuk memastikan pelajar tidak
melakukan hal-hal yang melanggar peraturan seperti mengedar dadah, mengambil
pil khayal dan sebagainya. Di samping itu, guru kaunseling juga boleh mengambil
tindakan dalam memahami sebab-sebab pelajar melanggar disiplin. kaunselorkaunselor yang berkelayakan dan berpengalaman amat diperlukan dalam sesebuah
sekolah untuk membantu pelajar yang bermasalah. Sekiranya masalah seseorang

pelajar itu tidak wujud, maka seseorang pelajar itu tidak akan melanggar peraturan.
Kewujudan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) juga perlu diperkasakan agar
dapat mengatasi masalah disiplin di sekolah. Ibu bapa haruslah bekerjasama dengan
guru-guru supaya dapat menyelesaikan masalah seseorang pelajar yang mempunyai
masalah disiplin. Pertemuan yang lebih kerap antara ibu bapa, penjaga dan guru
perlu diadakan khasnya bagi pelajar-pelajar yang bermasalah. Ibu bapa seharusnya
menerima teguran daripada guru dengan sikap terbuka dan positif. Jelaslah bahawa
pihak sekolah, pihak polis ,pihak kaunselor dan ibu bapa perlulah berkerjasama
dengan pihak guru agar guru-guru dapat menangani masalah disiplin di sekolah
dengan baik dan meringankan lagi bebanan guru.
Di samping itu, seseorang guru itu haruslah bersikap positif dalam
menghadapi cabaran-cabaran yang ada pada masa kini. Guru juga perlu
menghapuskan sikap negatif dalam melaksanakan tugas-tugas yang diamalkan bagi
meningkatkan kualiti kerja. Seseorang guru yang berjaya menghayati
tanggungjawabnya akan dapat menangani cabaran dalam dunia pendidikan pada
hari ini. Guru-guru yang mempunyai etika guru yang baik akan sentiasa menjalankan
tugasnya dengan baik dan ini merupakan semangat untuk seseorang guru dalam
menangani cabaran profesion. Sebagai contohnya, guru perlu bersyukur kepada
tuhan dan menghindari larangan tuhan serta sentiasa beriltizam semangat berbakti.
Guru yang bertanggungjawab ke atas dirinya akan seharusnya memahami kekuatan
dan kelemahan diri supaya dapat memanfaatkan kekuatan tersebut dan
memperbaiki kelemahan yang ada. Selain itu, guru perlu sentiasa ingat
tanggungjawabnya terhadap profesion guru. Oleh itu, guru haruslah mendidik dan
mengambil tindakan secara adil terhadap semua pelajar tidak kira bangsa, warna,
jantina, bahasa, agama, kepercayaan politik, tempat asal keluarga, intelek dan
akademik. Guru perlulah bertindak laku baik agar dapat menjadi contoh yang baik
kepada pelajar. Tuntasnya, guru perlulah menghayati etika guru dalam mengatasi
cabaran yang dihadapi pada masa kini.

Вам также может понравиться