You are on page 1of 10

BMK 3023

KEMAHIRAN KOMUNIKASI
TAJUK TUGASAN
TUGASAN 2
5. Pengucapan Awam Di Sekolah

KUMPULAN
UPSI 16 (A112PJJ)
DISEDIAKAN OLEH

NAMA

NO. ID

NO. TELEFON

NOR AZWIN BINTI AZLAN

D20102044905

019-6996692

NAMA TUTOR E-LEARNING: PROF. MADYA MOHD TAIB ARIFFIN.

TARIKH SERAH: 12 NOVEMBER 2012

ISI KANDUNGAN

PENGENALAN
DEFINISI PENGUCAPAN AWAM
JENIS-JENIS UCAPAN AWAM

SYARAHAN
PIDATO
CERAMAH
UCAPAN
BERITA
TAKLMAT
PENGUMUMAN

CIRI-CIRI PENGUCAPAN AWAM


STRATEGI PENGUCAPAN AWAM
PENGUCAPAN YANG BERKESAN
RUJUKAN

PENGENALAN
Pengucapan awam merupakan satu kemahiran yang perlu dikuasai oleh semua individu.
Kemahiran berucap ini telah diterapkan oleh ibu bapa mahupun guru sekolah sejak dari
seseorang itu kecil lagi. Kemahiran ini penting kerana kemahiran ini boleh jadi penentu
kejayaan seseorang di dalam temu duga , kerjaya , pertandingan dan sebagainya. Ramai orang
berbakat besar dalam bidang pengucapan awam dan boleh berucap dengan lantang dan yakin
di hadapan umum . Contohnya, seorang guru menyampaikan pengajarannya kepada muridmuridnya, seorang pensyarah menyampaikan kuliah kepada pelajar-pelajarnya atau seorang
pelajar menyampaikan ceramah di dalam bilik darjah.
Kemahiran berucap juga memerlukan komitmen yang tinggi dan latihan yang konsisten
untuk memastikan seseorang itu benar-benar menguasai kemahiran ini dengan baik.
Menyampaikan ucapan bukanlah merupakan proses yang mudah, jadi melalui Kerja
Kursus Jangka Pendek Bahasa Melayu Kontekstual ini, kemahiran menyampaikan ucapan
dapat dipelajari dengan lebih mendalam dan berkesan. Hal ini kerana proses pembelajaran
kemahiran ini bermula dengan inisiatif kendiri untuk berusaha mempelajarinya melalui sumber
buku, internet dan majalah.
Selain itu, kemahiran berucap juga boleh dipelajari daripada video individu-individu
menyampaikan ucapan seperti Debat Piala Perdana Menteri dan Forum Peringkat Kebangsaan.
Secara tidak langsung, penonton dapat mencontohi cara dan gaya daripada video visual
tersebut.
DEFINISI PENGUCAPAN AWAM
Sumber daripada wikipedia menyatakan bahawa pengucapan awam adalah satu proses
bercakap di khalayak ramai atau satu kumpulan manusia melalui cara yang tersusun dengan
tujuan untuk memaklumkan, meyakinkan atau menghiburkan pendengar. Ia sangat serasi
dengan "mempersembahkan". Semasa pengucapan awam, terdapat banyak bentuk komunikasi
yang boleh digunakan dan terdapat 5 elemen asas selalunya dinyatakan begini "siapa bercakap
mengenai apa kepada

siapa menggunakan kaedah

apa dengan kesan@tujuan

apa?

Pengucapan awam biasanya bertujuan menyampaikan maklumat, memotivasikan manusia


untuk melakukan sesuatu atau menyampaikan cerita dan mampu menjadi satu medium yang
berkuasa. Seorang penyampai yang baik mampu mengubah emosi pendengarnya, bukan
hanya menyampaikan maklumat semata-mata. Pengucapan awam ini merangkumi beberapa
komponen termasuk ucapan motivasi, pembangunan kepimpinan, perniagaan, perkhidmatan
pelanggan, komunikasi kumpulan yang besar dan komunikasi massa.

Ucapan dilontarkan berdasarkan tujuan dan setiap ucapan mempunyai tujuan dan
matlamat yang berbeza. Arshad Md. Ghaus (2007) dalam bukunya, Teknik Pengucapan
Berkesan menyatakan bahawa empat tujuan utama menyampaikan ucapan adalah untuk
memaklumkan (to inform) , mempengaruhi ( to influence ) , memberikan inspirasi ( to inspire )
dan menghiburkan ( amuse ) .
Menurut Khairuddin Mohamad et al. (2012) , ucapan didefinisikan sebagai satu bentuk
saluran komunikasi pertuturan dan merupakan jenis karangan berformat yang menggunakan
teks bertulis sebagai landasan penyampaiannya. Ucapan juga merupakan medium untuk
menyampaikan mesej kepada umum melalui pemberi ucapan tersebut sahaja.
Ucapan dapat difahami sebagai komunikasi sehala yang melibatkan proses pelahiran
idea secara lisan yang diujarkan berdasarkan tema atau agenda majlis dan disampaikan secara
individu kepada khalayak untuk mencapai matlamat serta tindakan sesuatu.
T. Hunt (1987) yang deptik daripada buku Bahasa Melayu Kontekstual, pula
menjelaskan lagi bahawa, pengucapan awam merupakan proses penyampaian buah fikiran,
maklumat, pandangan, dan perasaan kepada hadirin sekalian dengan menggunakan lambinglambang bahasa.
Secara keseluruhannya, dapatlah difahami bahawa pengucapan awam ialah satu
proses komunikasi melibatkan penghataran mesej daripada seorang pengirim kepada
sekumpulan pendengar.
JENIS-JENIS UCAPAN AWAM
1. SYARAHAN
Syarahan merupakan kaedah penyampaian ucapan secara sehala dan penyampai akan
menghuraikan tajuk-tajuk dalam masa yang diberikan untuk menyakinkan pendengar.
Penyampaiannya meluas seperti berkisar mengenai kemanusiaan, alam, keagamaan dan
sebagainya. Memerlukan susunan, gaya dan fakta yang tepat untuk memastikan seseorang
individu dapat menyampaikan syarahan yang menarik perhatian orang ramai dan berkesan.
Syarahan juga menilai kebolehan penyampai menghuraikan maklumat yang hendak
disampaikan dengan baik.

2. PIDATO
Pidato merupakan penyampaian ucapan yang tidak membaca teks secara langsung dan
hanya bertumpu kepada satu topik sahaja. Ucapan pidato disampaikan untuk menarik perhatian
umum dan membawa mesej-mesej tertentu kepada orang ramai dan meyakinkan audiens
melalui cara pembawaan pidato dari aspek isi tajuk, penampilan, gaya dan kesantunan bahasa.
3. CERAMAH
Ceramah merupakan cara mengekspresikan buah fikiran melalui pengucapan dan
bersifat dua hala. Ceramah diselang-selikan dengan soalan dan jawapan antara penceramah
dan audiens. Situasi ini membolehkan perbincangan berlaku dan penceramah boleh
menghuraikan isi ceramah dengan lebih lanjut.
4. UCAPAN
Ucapan bertujuan memberitahu,mendidik, meyakinkan, meransang, memberikan
motivasi, dan juga menghiburkan khalayak. Ucapan merupakan komunikasi sehala yang
melibatkan proses pelahiran idea melalui lisan ,mempunyai tujuan tersendiri dan diujarkan
berdasarkan tema.
5. BERITA
Berita merupakan perkhabaran daripada sumber sama ada bertulis mahupun lisan
melalui medium media masa. Kemahiran membaca berita dapat dipelajari melalui menonton
berita di televisyen, mendengar radio mahupun membaca surat khabar.
6. TAKLIMAT
Taklimat merupakan ucapan memaklumkan dan bersifat dua hala. Taklimat boleh
berlaku dalam situasi formal mahupun situasi tidak formal. Penyampaian taklimat adalah
penting untuk dikuasai oleh seseorang individu untuk memastikan mesej yang disampaikan
kepada orang awam dapat difahami dengan jelas. Taklimat biasanya disampaikan untuk
menerangkan secara ringkas mengenai sesuatu perkara ataupun program.
7. PENGUMUMAN
Pengumuman merupakan komunikasi satu hala yang disebarkan kepada orang ramai.
Biasanya pengumuman dilakukan di kawasan yang umum untuk memastikan setiap orang
dapat mendengar pengumuman tersebut dan memahaminya.

CIRI-CIRI PENGUCAPAN AWAM


Terdapat beberapa ciri yang boleh digunakan untuk mengenali pengucapan awam .
1. Berlaku di tempat awam
Pengucapan awam berlaku di tempat awam seperti di dalam kelas, bilik kuliah, dewan,
auditorium atau di tempat-tempat orang ramai boleh berhimpun.
2. Melibatkan bilangan sasaran yang ramai
Dalam pengucapan awam, penceramah ialah sumber penyampai dan audien yang mendengar
ceramah atau pidatonya ialah penerima maklumat yang ingin disampaikan.
3. Interaksi antara sumber dengan penerima maklumat adalah rendah
Pengucapan awam terjadi secara rasmi dan mempunyai struktur yang tertentu. Pemidato atau
penceramah tidak dapat berinteraksi dengan orang ramai seperti dalam komunikasi antara
individu kerana factor jarak dan jumlah orang yang ramai. Pidato atau ceramahnya telah
dirancang lebih awal berdasarkan siapakah yang akan hadir untuk mendengar ceramah itu.
4. Pengucap
Pengucap merupakan seorang individu yang mempunyai mesej dan bertindah menyampaikan
mesej kepada orang lain. Selain itu, pengucap hendaklah memastikan apa yang
disampaikannya difahami oleh orang yang mendengar dengan jelas.
5. Pendengar
Orang yang menerima mesej pula dinamakan sebagai pendengar atau penerima. Peranan
utama seorang pendengar ialah menganalisis dan mentafsir mesej yang diterima serta member
respons kepada pengucap. Respons yang diberikan tidak kiralah sama ada berbentuk lisan
atau bukan lisan.
6. Saluran
Saluran atau medium pengantaraan merupakan penghubung antara pengucap dan penerima
jarak jauh untuk menyampaikan maklumat. Radio, televisyen, emel dan buku merupakan
contoh-contoh saluran yang biasa digunakan.

7. Gangguan
Gangguan boleh berlaku dalam proses komunikasi kerana terdapat banyak faktor yang
mempengaruhi keadaan ini. Gangguan-gangguan ini berpunca daripada fizikal, teknikal, fisologi
, semantik dan banyak lagi. Salah satu contoh ketara yang sering berlaku di majlis umum ialah
masalah teknikal berhubungan dengan alat siar pandang atau alat pembesar suara. Perkara
sebegini mampu membantutkan niat para pendengar yang sedang menumpukan perhatian.
STRATEGI PENGUCAPAN AWAM
1. Bahasa Badan
Bahasa badan merupakan salah satu elemen penting dalam proses pengucapan awam.
Ekspresi muka dan gaya secara tidak lansung dapat menerangkan kepada penonton mengenai
perasaan pengucap tersebut. Dengan ini, penonton dapat merasai perasaan pengucap tersebut
juga. Selain itu, intonasi yang menarik juga memainkan peranan kerana pengucap yang
cemerlang mempunyai daya tarikan yang tinggi dari segi intonasi suara yang tinggi dan rendah
mengikut keadaan. Intonasi yang mendatar tidak akan menarik perhatian para pendengar.
Senyuman yang manis dan sapaan yang mesra akan menjadi satu permulaan yang baik untuk
sebuah komunikasi yang positif. Jadi , seorang penutur yang akan menyampaikan maklumat
hendaklah mempunyai bahasa badan yang menarik. Mimik muka dan pertentangan mata juga
memainkan peranan yang penting.
2. Penampilan Menarik
Seorang pengucap perlulah berpenampilan menarik dari segi pakaian dan cara
pembawakan penyampaiannya serta sesuai dengan tema majlis. Pengucap memerlukan baju
yang formal untuk majlis rasmi, manakala untuk majlis yang mempunyai tema , pengucap
hendaklah memilih baju yang sesuai dengan tema tersebut. Misalnya untuk acara Pidato
Peringkat Antarabangsa, setiap peserta diberi tajuk ucapan yang bertema nasionalisme, jadi
para peserta hendaklah memakai baju kebangsaan Malaysia untuk menyesuaikan diri mereka
dalam majlis tersebut. Pakaian juga mampu membuatkan seorang pengucap itu lebih
berkeyakinan di hadapan.
3. Pengetahuan Luas
Strategi menangkap perhatian umum yang ketiga ialah mempunyai ilmu pengetahuan
yang luas. Dengan berbekalkan pengetahuan am yang tinggi,seorang pengucap dapat menarik

perhatian juri,penonton mahupun pendengar. Oleh itu, setiap orang perlulah berusaha untuk
memperbanyak ilmu pengetahuan agar dengan ilmu tersebut mereka dapat menggunakannya
misalnya ketika memberi ucapan.
4. Persediaan
Perkara yang tidak dapat dielakkan ialah membuat persediaan fizikal dan mental
sebelum membuat pengucapan. Perkara ini mampu mengurangkan gementar dan menaikkan
keyakinan seseorang pengucap itu. Pengucap hendaklah menyediakan draf terlebih dahulu
untuk teks ucapan. Kemudian, pegucap perlu praktis melakukan ucapan tersebut . Menghafal
bukanlah satu perkara menjadi pilihan kerana jika seorang pengucap hafal teks ucapannya,
ucapannya kelak akan menjadi kaku dan jika dia terlupa teks ucapannya, perkara ini
mengundang masalah buat dirinya pula.
PENGUCAPAN YANG BERKESAN
Tujuan ucapan adalah untuk menyampaikan mesej yang telah dirancang sebelumnya.
Untuk menjamin yang mesej tadi berjaya disampaikan, ucapan-ucapan tersebut mestilah
berkesan. Ucapan yang tidak berkesan akan menyebabkan penonton atau pendengar tidak
dapat menerima mesej yang ingin disampaikan. Terdapat beberapa peraturan yang perlu
dipatuhi untuk menghasilkan ucapan yang berkesan.
a) Persediaan untuk menyesuaikan diri dengan khalayak ramai:
Penyampai mestilah pandai menyesuaikan intipati ucapannya dengan keperluan khalayak
ramai yang menjadi pendengarnya. Melalui maklum balas, penyampai perlulah tahu mengawasi
maklumat dan kesan mesejnya ke atas khalayak ramai .
b) Memberi perhatian kepada maklum balas pendengar:
Maklum balas yang diterima daripada pendengar akan dapat memberitahu penyampai sama
ada mesej yang ingin disampaikan itu berjaya atau tidak, atau difahami atau tidak. Analisis ini
boleh dibuat selepas tamat ucapan.
c) Menjawab atau mengupas persoalan yang dikemukakan:
Soalan-soalan yang dikemukakan oleh pendengar selepas ucapan selalunya berpunca
daripada sifat ingin tahu pendengar. Mereka mungkin kurang paham atau inginkan penjelasan

lanjut. Kemampuan penceramah untuk mengupas semula persoalan yang dikemukakan dan
menjawabnya dengan baik akan menambah keberkesanan ucapan itu secara keseluruhannya.
Komunikator atau perucap mesti menganalisis khalayaknya lebih lanjut tentang minat dan
kefahaman mereka terhadap perkara yang diperkatakan. Sebenarnya, langkah pertama ke arah
menganalisis khalayak secara terperinci dan penyampaian mesej yang Berjaya berlaku sebaik
sahaja

perucap

memaklumkan

kepada

khalayak

tentang

tanggungjawabnya

untuk

memahamkan mereka terhadap hal yang diperkatakan. Namun begitu, cara begini tidak boleh
terlalu ditekankan kerana ditakuti akan menimbulkan syak wasangka khalayak bahawa mereka
diajar untuk memahaminya.
d) Fahami tahap kefahaman pendengar terhadap tajuk yang disampaikan.
Orang yang berucap wajar memahami tahap kefahaman pendengar terhadap ucapannya.
Penceramah tidak boleh mengabaikan aspek ini. Penceramah wajar menganalisis sama ada
pendengar mampu memahami apa yang ingin disampaikan.

RUJUKAN.
Amin Hazyq, Cara Mudah Menguasai Kemahiran Berkomunikasi. Perintis Books Sdn. Bhd.
Zawiyah Mohammad Yusof.(2009). Kemahiran Komunikasi: DBP.
Abdul Halim A. Karim . 1992 Pengucapan Awam. Sungai Petani: Institut Tadbiran Awam
Negara.
Ab. Rahman Ab. Rashid & Yap Kim Fatt. 1995 Bahasa Melayu Komunikasi Berkesan dan
Pengucapan Umum: Longman Malaysia.
PENGUCAPAN AWAM - http://teachersyafa.blogspot.com/2012/08/pengucapan-awam.html