Вы находитесь на странице: 1из 2

kejururawatan

Kaedah boleh ditakrifkan sebagai teknik atau cara yang boleh digunakan untuk
menginterpretasikan sesuatu perkara atau pekerjaan. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat,
kaedah merupakan cara atau peraturan membuat sesuatu terutamanya yang lebih bersistem
seperti cara mengajar. Manakala pembelajaran merupakan kaedah memperoleh ilmu
pengetahuan atau kemahiran melalui pengalaman, amalan yang dipelajari atau yang
diajarkan. Proses Pengajaran dan Pembelajaran ( P & P ), merupakan elemen yang penting
dalam memastikan para pelatih kejururawatan di Kolej Sains Kesihatan Bersekutu, Kuching (
KSKB Kuching ) dapat mengikuti isi kandungan subjek yang disampaikan secara tidak
langsung boleh mempengaruhi prestasi akademik serta membantu dalam meningkatkan
kefahaman pelatih.
Menurut Sharifah Alwiah Alsagoff ( 1986 ), mengatakan kaedah mengajar ialah
peredaran ke arah satu tujuan pengajaran yang telah dirancang dengan teratur. Ini dapat
melahirkan pelatih yang berkualiti selaras dengan keperluan negara dan kehendak semasa.
Banyak kaedah atau teknik yang boleh digunakan dalam membantu meningkatkan prestasi
akademik serta kefahaman pelatih dalam subjek yang diajarkan. Kepelbagaian kaedah atau
teknik yand digunakan dalam pembelajaran boleh menarik minat serta menimbulkan rasa
ingin tahu pelatih terhadap P & P yang akan diajar mahupun yang telah diajar.
Antara kaedah yang digunakan adalah dengan menjadikan sumber rujukan ataupun
buku teks yang berkenaan dengan subjek yang diajarkan sebagai panduan dan maklumat
tambahan. Penggunaan sumber rujukan seperti bahan rujukan yang disediakan di
perpustakaan kolej mampu membantu para pelatih meningkatkan kefahaman mereka dalam
sesebuah subjek yang diajar dan dihubungkan dengan pengetahuan baru. Pengetahuan yang
baru diperoleh boleh digunakan pada masa hadapan ( Khoo, 2003 ).

Selain itu, berbincang secara berkumpulan ataupun mewujudkan sebuah kumpulan


untuk belajar turut dapat meningkatkan prestasi akademik serta kefahaman para pelatih
kerana berlakunya komunikasi dua hala apabila adanya pertukaran pendapat danperkongsian
idea berlaku.
Di samping itu, belajar secara sendiri ( self- study ) seperti membuat nota sendiri,
mengulangkaji sesebuah subjek dengan awal sebelum diajar, fokus di dalam kelas semasa
sesi P & P dijalankan dapat membantu para pelatih itu sendiri dalam meningkatkan prestasi
akademik dan kefahaman mereka dalam subjek yang diajar terutama dalam bidang
kejururawatan.
Akhir sekali, suasana dan persekitaran didalam bilik kuliah semasa proses P& P
memainkan peranan penting dalam membantu meningkatkan prestasi akademik serta
kefahaman para pelatih di dalm subjek tersebut. Contohnya, penggunaan video dalam sesi P
& P membolehkan para pelatih mendapat gambaran awal dan mudah memahami sesuatu
prosedur atau subjek yang dipelajari terutama dalam bidang kejururawatan.
Secara keseluruhannya, dengan adanya penggunaan kaedah ataupun teknik yang betul
dalam pembelajaran dapat menyelesaikan masalah para pelatih kejururawatan di Kolej Sains
Kesihatan Bersekutu, Kuching ( KSKB Kuching ) terutamanya dalam memahami subjek
yang diajar dan ia akan membantu pelatih untuk meningkatkan prestasi akademik
mereka.Penggunaan pelbagai kaedah dalam pembelajaran dapat membantu melahirkan
pelatih kejururawatan di KSKB Kuching lebih kreatif dan selaras dengan kehendak semasa.
Kepelbagaian dalam penggunaan kaedah pembelajaran boleh menyediakan pelajar supaya
berkebolehan dalam menyelesaikan masalah secara kritis, berpengetahuan, aktif dan sedia
menghadapi cabaran dunia hari ini, (William, 2001;Dunlap, 2005).

Вам также может понравиться