Вы находитесь на странице: 1из 11

SEMINAR PENYELIDIKAN TINDAKAN 2013

PENGAJARAN BERTERASKAN AMALI JAHITAN MAMPU


MENGURANGKAN MASALAH TINGKAH LAKU MURID-MURID
LEMAH PEMBELAJARAN (SLOW LEARNER) DALAM SUBJEK
KEMAHIRAN HIDUP
Wan Nur Afiqah Binti Wan Azahar & Norma Binti Bajuria
Jabatan Ilmu Pendidikan, IPG Kampus Dato Razali Ismail
Woopa_32@yahoo.com & norma@ipgmkdri.edu.my
ABSTRAK
Kanak-kanak yang menghadapi masalah tingkah laku realitinya sukar
menyesuaikan dirinya dengan masyarakat dan selalunya keadaan ini
mewujudkan keadaan muridnya, menjejaskan keupayaan untuk belajar
dan hubungannya dengan orang lain. Pengajaran secara teori yang
dijalankan sewaktu mata pelajaran Kemahiran Hidup tidak dapat menarik
minat murid lemah pembelajaran atau Slow Learner sehingga
megakibatkan mereka menunjukkan tingkah laku bermasalah. Kajian ini
dijalankan bertujuan untuk mengurangkan masalah tingkah laku muridmurid lemah pembelajaran melalui pengajaran berteraskan amali jahitan
dalam subjek Kemahiran Hidup. Melalui kajian ini juga, pengkaji mahu
melihat sejauh mana keberkesanan empat (4) aktiviti amali jahitan yang
dirancang mampu mengubah tingkah laku murid dari sangat teruk kepada
lebih baik. Seramai dua orang murid yang bermasalah lemah
pembelajaran dari kelas Pintar Sekolah Kebangsaan Maktab Perguruan
Kuala Terengganu telah dipilih menjadi responden kajian ini. Antara
masalah tingkah laku utama yang sering ditonjolkan oleh mereka ialah,
keluar dari kelas tanpa izin, cepat hilang fokus, memencilkan diri,
mengacau orang lain dan tidak mendengar arahan. Reka bentuk kajian ini
adalah kajian secara kualitatif. Instrumen yang digunakan ialah,
pemerhatian berstruktur, temu bual dan analisis dokumen (rakaman
video). Dapatan kajian menunjukkan berlaku pengurangan bagi masalah
tingkah laku yang sering ditonjolkan bermula dari aktiviti amali jahitan 1
sehingga aktiviti 4. Kadar pengurangan masalah tingkah laku paling
tinggi bagi peserta kajian 1 dan peserta kajian 2 di akhir aktiviti 4 ialah
masing-masing sebanyak empat (4) dan tiga (3). Secara keseluruhannya,
pengajaran berteraskan amali jahitan mampu mengurangkan masalah
tingkah laku murid-murid lemah pembelajaran (Slow Learner) dalam
subjek Kemahiran Hidup.
Kata kunci: Masalah Tingkah Laku, Teori, Lemah Pembelajaran (Slow
Learner), Amali Jahitan, Kemahiran Hidup

74

SEMINAR PENYELIDIKAN TINDAKAN 2013

PENDAHULUAN
Kebelakangan ini tingkah laku bermasalah menjadi topik perbincangan dalam kalangan
masyarakat umum. Tingkah laku bermasalah boleh menyebabkan ketidakseimbangan di
antara emosi dan aktiviti kehidupan seharian individu. Tingkah laku bermasalah juga
memberi kesan yang buruk dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran (PdP) di
sekolah. Berdasarkan pemerhatian semasa memasuki Kelas Pintar untuk sesi pengajaran
dan pembelajaran (PdP) bagi subjek Kemahiran Hidup, saya mendapati bahawa seramai
dua orang murid lelaki di dalam kelas tersebut telah memperlihatkan masalah tingkah
laku yang agak serius dari aspek gemar keluar dari kelas tanpa izin, cepat hilang fokus,
memencilkan diri, mengacau rakan dan tidak mendengar arahan. Hal ini telah
mengganggu kelancaran pengajaran dan pembelajaran khususnya dari segi pengurusan
masa dan pelaksanaan aktiviti. Situasi ini juga sering menggugat kesabaran saya
sehinggakan kadang kala terpaksa meninggikan suara dan menjerit-jerit supaya mereka
duduk di tempat masing-masing dan tidak membuat bising. Keadaan ini telah
membuatkan saya menghadapi kesukaran untuk mengawal kelas dan tidak dapat
mengajar dalam keadaan yang tenang dan kondusif.
Dalam pada itu, objektif pengajaran saya pada waktu itu adalah untuk memperkenalkan
alatan asas untuk menjahit kepada murid-murid dan pada akhir PdP dengan harapan agar
murid akan dapat mengenal alatan jahitan asas. Sebagai permulaan, saya telah mengajar
mereka secara teori berkaitan alatan asas jahitan seperti jarum, benang, gunting dan kain
cross-stitch. Namun, hampir kesemua murid kelihatan tidak dapat menumpukan
sepenuh perhatian terhadap sesi pengajaran dan telah memperlihatkan riak kebosanan
pada wajah masing-masing. Apabila saya menyuruh mereka untuk mengeja nama alatan
menjahit seperti jarum, benang dan gunting, terdapat murid yang mengikut mengeja
tetapi dalam keadaan terpaksa dan ada juga murid yang enggan mengeja dan lebih
gemar mengganggu kawan serta menconteng papan putih tanpa saya sedari. Saya telah
cuba menarik perhatian mereka dengan menggunakan kad bergambar berserta bahan
maujud alatan jahitan yang mungkin akan dapat menarik minat mereka, akan tetapi
menemui kegagalan. Murid-murid tetap berkelakuan negatif malah adakalanya mereka
seolah-olah hilang kawalan. Hal ini telah mengakibatkan saya hampir-hampir berputus
asa dan merasa agak tertekan kerana bimbang objektif pembelajaran tidak akan dapat
dicapai.
Menurut Gary Martin dan Joseph Pear (2003), tingkah laku juga merangkumi aktiviti,
aksi, prestasi, bertindak balas, tindakan, dan reaksi dari segi teknik, aktiviti yang
melibatkan otot-otot, kelenjar (glandular) dan aktiviti elektrik oleh setiap organ. Pada
dasarnya, tingkah laku adalah apa sahaja yang diperkatakan atau dilakukan oleh
individu.
Manakala mengikut Rabven (1977), apabila murid-murid tidak berminat dalam mata
pelajaran tertentu dan guru pula tidak menarik minat mereka maka murid-murid tersebut
akan hilang semangat belajar dan akan melakukan apa jua yang telintas dalam fikiran
mereka. Ahli-ahli teori pembelajaran seperti Bandura (1986) yang menyatakan
pembelajaran terhasil melalui proses pemerhatian dan peniruan merupakan bahagian
penting dalam pembelajaran sosial.
75

SEMINAR PENYELIDIKAN TINDAKAN 2013

Dapatan kajian yang telah dilaksanakan oleh Cik Wan Kamarul Fariza Bt Wan
Kamaruzaman dari Jabatan Kemahiran Hidup berkaitan dengan Keberkesanan
Pelaksanaan Kerja Amali Melalui Kaedah Projek Dalam Membezakan Litar Selari dan
Litar Siri telah memaparkan peratus minat murid terhadap pelaksanaan amali ini pula
berada pada tahap yang tinggi di mana sebanyak 91.6% murid menunjukkan minat
dalam kaedah amali dan hanya 8.4% murid yang memberi respon tidak berminat
terhadap kaedah amali projek ini berdasarkan soal selidik yang telah dibuat.
FOKUS KAJIAN
Fokus kajian ini adalah bertujuan untuk mengurangkan masalah tingkah laku muridmurid lemah pembelajaran (Slow Learner) melalui pengajaran berteraskan amali jahitan
dalam subjek Kemahiran Hidup. Melalui pelaksanaan kajian ini adalah diharapkan
murid-murid lemah pembelajaran akan dapat mengubah tingkah laku bermasalah dari
sangat teruk kepada lebih baik sewaktu mereka sesi mengikuti sesi pengajaran dan
pembelajaran (PdP) di dalam bilik darjah kelak.
OBJEKTIF KAJIAN
Objektif kajian terdiri dari dua jenis, iaitu objektif umum dan objektif khusus. Melalui
kajian ini, diharapkan agar pengkaji dapat mengurangkan masalah tingkah laku yang
dikaji. Berikut merupakan objektif umum dan objektif khusus yang telah dirangka oleh
pengkaji:
1) Objektif umum: Mengurangkan masalah tingkahlaku murid-murid lemah
pembelajaran (Slow Learner) melalui pengajaran berteraskan amali jahitan dalam
subjek Kemahiran Hidup.
2) Objektif khusus: Menunjukkan peningkatan tingkahlaku murid-murid dari sangat
teruk kepada lebih baik dengan pelaksanaan aktiviti amali jahitan dalam subjek
Kemahiran Hidup.
KUMPULAN SASARAN
Kajian ini melibatkan seramai dua orang murid lelaki kategori lemah pembelajaran
(Slow Learner) bagi Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran
(PPKIBP) di Sekolah Kebangsaan Maktab Perguruan Kuala Terengganu sebagai
responden. Umur bagi kedua-dua responden adalah dalam lingkingan 9 hingga 10 tahun.
Kedua-dua responden berada dalam kelas yang sama iaitu di Kelas Pintar yang
berjumlah seramai lima orang. Namun, pengkaji hanya mahu memberikan tumpuan
kepada dua orang responden sahaja memandangkan kedua-dua responden mempunyai
masalah tingkah laku yang sangat kritikal dan perlu diberikan perhatian dari semasa ke
semasa.
TINDAKAN
Pengkaji bercadang untuk menggunakan model Kemmis & Mc Taggart (1988) dalam
menjalankan kajian tindakan ini.
76

SEMINAR PENYELIDIKAN TINDAKAN 2013

Tinjauan Awal

Rajah 5.1 Gelung Model


Mereflek

Kemmis & Mc Taggart (1988)

Merancang Tindakan

Melaksana
TindakanMemerhati
Prosedur 1: Mereflek
Proses kajian tindakan bemula dengan proses membuat refleksi secara individu yang
telah dilaksanakan di dalam bilik darjah sewaktu pengkaji mengajar di Sekolah
Kebangsaan Maktab Perguruan Kuala Terengganu (SK MPKT). Refleksi yang
dilakukan oleh pengkaji meliputi penilaian dari sudut kekuatan dan kelemahan terhadap
tugasan yang dilaksanakan serta mencadangkan cara untuk mengatasi kelemahan dan
kekuatan terhadap masalah yang berlaku. Pengkaji telah cuba untuk menyenaraikan
sebarang permasalahan yang dilihat sewaktu proses pengajaran dan pengajaran (PdP)
dengan menggunakan beberapa instrumen bagi mengenalpasti fokus masalah yang
dihadapi oleh murid. Oleh yang demikian, pengkaji telah menggunakan pemerhatian dan
temubual secara berstruktur bersama guru dan pembantu pengurusan murid (PPM) bagi
mengumpul maklumat yang berkaitan. Pengkaji telah dapat mengesan masalah utama
yang dihadapi oleh murid lemah pembelajaran (Slow Learner) di sekolah tersebut
selepas melakukan analisa iaitu masalah tingkah laku seperti keluar dan masuk kelas
tanpa izin, menganggu rakan, memencilkan diri, cepat hilang fokus dan tidak mendengar
arahan. Pengkaji mendapati bahawa perlakuan negatif tersebut seringkali ditunjukkan
oleh murid sewaktu pengajaran subjek Kemahiran Hidup. Murid kelihatan sukar untuk
mengikuti pembelajaran secara teori dan tidak dapat memberikan tumpuan yang
sepenuhnya.
Prosedur 2: Merancang
Pengkaji telah merancang beberapa langkah yang boleh membantu untuk mengurangkan
masalah tingkah laku negatif yang sering ditunjukkan oleh murid setelah dianalisis data
serta pengenalpastian masalah utama. Dalam proses merancang tindakan, pengkaji telah
memilih dan mengenalpasti latar belakang murid yang sesuai untuk dijadikan responden
kepada kajian dan memilih objektif yang relevan. Pengkaji telah merancang untuk
mengaplikasikan pembelajaran secara amali di dalam subjek Kemahiran Hidup bagi
membantu mengurangkan masalah tingkah laku negatif murid lemah pembelajaran
(Slow Learner). Pengkaji telah merancang untuk mengkaji kesan pengajaran berteraskan
amali jahitan yang dapat membantu mengawal perlakuan negatif semasa murid berada
di dalam bilik darjah. Pada peringkat perancangan, pengkaji telah menyediakan alatan77

SEMINAR PENYELIDIKAN TINDAKAN 2013

alatan asas untuk menjahit yang akan digunakan dalam setiap aktiviti. Pengkaji
menyediakan alatan seperti jarum besar, benang berwarna-warni, gunting dan kain
cross-stitch yang secukupnya untuk keperluan dua orang responden yang telah dipilih
supaya setiap aktiviti dapat berjalan dengan lancar.
Prosedur 3: Bertindak
Bagi prosedur bertindak ini, pengkaji bersetuju untuk mengaplikasikan pengajaran
berteraskan amali jahitan dalam subjek Kemahiran Hidup dalam menangani masalah
tingkah laku murid lemah pembelajaran (Slow Leraner). Pengkaji telah menyediakan
bahan bantu belajar maujud iaitu alatan asas untuk menjahit seperti jarum, benang
berwarna-warni, gunting dan kain cross-stitch yang bersesuaian dari segi saiz dan warna
untuk menarik minat murid di samping memudahkan mereka sewaktu proses menjahit.
Pengkaji telah merancang empat aktiviti yang bersesuaian dengan tahap dan
kemampuan murid yang berupaya membantu mereka untuk mengawal tingkah laku dari
semasa ke semasa. Setiap aktiviti adalah berbeza dari aspek pengendalian masa
berikutan terdapat aktiviti yang hanya mengambil masa selama 15 minit bagi setiap sesi,
manakala aktiviti pengukuhan pula mengambil masa sehingga sejam untuk
menyiapkannya. Berikut merupakan langkah pelaksanaan pengajaran yang telah
dijalankan pengkaji:
Aktiviti 1: Memperkenalkan Teori Asas Alatan Jahitan Menggunakan Alatan
Maujud
1. Guru memperkenalkan tajuk Asas Alatan Jahitan kepada murid.
2. Guru menunjukkan beberapa alatan jahitan maujud seperti jarum, benang,
gunting dan kain cross-stitch kepada murid.
3. Murid memegang setiap alatan jahitan tersebut dan menamakannya dengan
betul.
Aktiviti 2: Memasukkan Manik Ke Dalam Benang Membentuk Seutas Gelang
1. Guru memberikan seurat benang dan manik yang pelbagai warna dan bentuk
kepada murid.
2. Guru menunjukkan cara untuk memasukkan manik ke dalam benang mengikut
bilangan dan warna yang betul.
3. Murid perlu melakukan langkah yang sama sehingga mereka berjaya
menghasilkan seutas gelang.
Aktiviti 3: Menghasilkan Jahitan Jelujur Halus Dan Jelujur Kasar Di Atas Kertas
1. Guru mengedarkan alatan asas untuk menjahit seperti benang, jarum, gunting
dan kertas kepada murid.
2. Guru menunjukkan cara untuk menjahit jahitan julujur halus dan kasar di atas
kertas kepada murid.

78

SEMINAR PENYELIDIKAN TINDAKAN 2013

3. Murid menjahit sendiri di atas kertas yang mempunyai garisan putus-putus


sebagai panduan.

Aktiviti 4: Menghasilkan Jahitan Jelujur Jalus Dan Jelujur Kasar Dengan


Menggunakan Papan Ram Empat Segi
1. Guru memperkenalkan papan ram empat segi kepada murid dan memberitahu
fungsinya dalam aktiviti menjahit.
2. Guru menunjukkan cara untuk memasukkan kain cross-stitch ke dalam papan
ram tersebut dengan betul.
3. Murid perlu menjahit jahitan asas yang telah dipelajari iaitu jelujur halus dan
jelujur kasar dengan menggunakan papan ram.
Latihan Pengukuhan: Menghasilkan Beg Cerut Dengan Menggunakan Jahitan
Jelujur Halus Dan Jelujur Kasar
1. Guru menunjukkan cara untuk menghasilkan beg cerut menggunakan kain crossstitch yang telah dijahit dengan jahitan jelujur halus dan jelujur kasar kepada
murid.
2. Murid perlu menghasilkan satu beg uncang setiap seorang dengan bantuan guru.
Murid perlu mengaplikasikan kemahiran menjahit dengan menggunakan jahitan
jelujur halus atau jelujur kasar pada beg uncang tersebut.
Kelima-lima aktiviti ini telah dijalankan secara berturutan bagi membantu murid untuk
menguasai kemahiran menjahit jahitan asas iaitu jelujur halus dan jelujur kasar dengan
baik dari semasa ke semasa supaya mereka berupaya untuk menghasilkan satu kraf
tangan iaitu beg uncang. Dalam pada masa yang sama, pengkaji mahu melihat sejauh
mana masalah tingkah laku negatif responden dapat dikurangkan semasa setiap aktiviti
amali dijalankan.
Prosedur 4: Memerhati
Pada peringkat ini, pengkaji perlu memerhatikan semula sama ada teknik yang
digunakan berhasil atau tidak dalam mengurangkan masalah tingkah laku negatif muridmurid lemah pembelajaran (Slow Learner). Pengkaji telah memerhatikan setiap aktiviti
yang berjalan sepanjang sesi rawatan. Pengkaji menggunakan instrumen pemerhatian
senarai semak masalah tingkah laku, temu bual dan juga analisis dokumen (rakaman
video) bagi mengumpul data dan bagi menjawab persoalan kajian yang telah dirangka.
ANALISIS DAN INTERPRETASI DATA
1) Bagaimanakah keberkesanan pengajaran berteraskan amali jahitan dalam
subjek Kemahiran Hidup mampu mengurangkan masalah tingkahlaku muridmurid lemah pembelajaran (Slow Learner)?
79

SEMINAR PENYELIDIKAN TINDAKAN 2013

Bagi menjawab persoalan yang pertama, pengkaji telah menggunakan instrumen analisis
dokumen (rakaman video).

Analisis Keseluruhan Kadar Pengurangan Masalah Tingkah Laku Responden


Pertama
RESPONDEN 1

MASALAH
LAKU (MTL)

TINGKAH

kelas

tanpa

A1

A2

A3

A4

KADAR
PENGURANGAN
MTL

KADAR
PENGURANGAN
MTL

KADAR
PENGURANGAN
MTL

KADAR
PENGURANGAN
MTL

1.

Keluar
izin

2.

Cepat hilang fokus

3.

Memencilkan diri

4.

Mengacau orang lain

5.

Tidak
arahan

mendengar

Jadual di atas menunjukkan kadar pengurangan bagi kelima-lima masalah tingkah laku
yang dikaji bagi Responden Pertama. Pengkaji dapat meyimpulkan di sini bahawa kadar
pengurangan masalah tingkah laku bagi setiap aktiviti amali jahitan yang dijalankan
adalah agak positif walaupun Responden Pertama tidak menunjukkan penurunan bagi
tingkah laku memencilkan diri pada Aktiviti 1. Hal ini dapat diperjelaskan lagi apabila,
responden masih belum dapat menyesuaikan diri semasa Aktiviti 1 kerana
berkemungkinan belum tertarik untuk mempelajari alatan asas untuk menjahit dengan
hanya menggunakan bahan maujud. Namun, pengurangan tingkah laku telah dapat
dilihat semasa responden menjalani aktiviti amali yang seterusnya. Selain itu, dapat
dinyatakan di sini bahawa pengurangan masalah tingkah laku yang paling tinggi adalah
sebanyak tiga (3) penurunan pada Aktiviti 4 untuk item masalah keluar dari kelas tanpa
izin dan item tidak mendegar arahan. Manakala, pengurangan yang paling sedikit adalah
hanya satu pengurangan yang dicatatkan.

80

SEMINAR PENYELIDIKAN TINDAKAN 2013

Analisis Keseluruhan Kadar Pengurangan Masalah Tingkah Laku Responden


Kedua
RESPONDEN 1

MASALAH
LAKU (MTL)

TINGKAH

kelas

tanpa

A1

A2

A3

A4

KADAR
PENGURANGAN
MTL

KADAR
PENGURANGAN
MTL

KADAR
PENGURANGAN
MTL

KADAR
PENGURANGAN
MTL

1.

Keluar
izin

2.

Cepat hilang fokus

3.

Memencilkan diri

4.

Mengacau orang lain

5.

Tidak
arahan

mendengar

Jadual di atas menunjukkan analisis keseluruhan kadar pengurangan bagi setiap masalah
tingkah laku yang dikaji untuk Responden Kedua. Kadar pengurangan paling tinggi
yang telah dicatatkan oleh responden adalah sebanyak empat (4) penurunan semasa
Aktiviti 4 bagi item masalah cepat hilang fokus dan juga item tidak mendengar arahan.

2) Bagaimanakah aktiviti amali jahitan dapat mengubah tingkah laku muridmurid dari sangat teruk kepada lebih baik?

INDIVIDU

TEMUBUAL

KOD
TEMA

Nama cikgu?
Puan Siti Salbiah bt Hj. Mat Rebin
GURU A
Subjek yang diajar?
Akak ajar subjek Kemahiran Hidup (KH)
Dah berapa lama cikgu mengajar kelas Pintar untuk subjek KH?
Dah lama la jugak..sejak tahun lepas lagi..
Sepanjang cikgu mengajar subjek KH di kelas Pintar ni, apa yang
boleh cikgu kongsikan?
Sepanjang akak mengajar subjek ni la kan, akak boleh kata yang muridmurid kelas ni kalau kita mengajar pakai mulut dengan papan putih je,

81

SEMINAR PENYELIDIKAN TINDAKAN 2013

memang diorang cepat bosan la, tambah-tambah si Aiman. (bukan nama


sebenar) Aiman tu akan buat endah tak endah je kalau akak bagi
penerangan misalnya nak ajar tentang cara nak lipat baju. Dia tak boleh
nak bayang kalau akak cakap je, kena tunjuk guna kain betul-betul, lipat
depan dia.
Masalah tingkah laku yang selalu ditimbulkan oleh Aiman (bukan
nama sebenar)
Selalunya, Aiman kadang-kadang keluar dari kelas masa akak tengah
mengajar, tak boleh nak bagi tumpuan yang lama, tak dengar kata dan
ade jugak yang tak ade hujan tak ade ribut, tiba-tiba je asingkan diri.
Padahal tak ade orang kacau pun. Tiba-tiba tak ade mood nak belajar.
Akak pun tak tahu nak buat macam mana lagi dah.
Adakah pengajaran secara teori tidak dapat menarik minat Aiman
untuk belajar?
Kalau akak ajar secara teori atau guna papan putih, memang si Aiman tu
tak akan bagi tumpuan. Sebab tu la dia asyik nak keluar kelas dan mula
memencilkan diri dari akak dan kawan-kawan yang lain.
Selepas aktiviti amali jahitan dijalankan semasa subjek Kemahiran
Hidup, apakah yang dapat cikgu perhatikan pada tingkah laku
Aiman?
Akak dapat tengok perubahan Aiman yang sekarang ni lebih fokus
semasa akak mengajar di dalam kelas bagi subjek Kemahiran Hidup. Dia
akan ambil bahagian dalam setiap aktiviti yang akak jalankan dan
penglibatan di dalam kelas juga semakin memberangsangkan. Apa-apa
juga aktiviti yang berkaitan amali macam mendobi, pemeliharaan haiwan
dan memasak, Aiman akan ambil bahagian sebab dia seronok nak buat
dan rasai pengalaman tu sendiri.
Adakah masalah tingkah laku berjaya dikurangkan?
Ye, sudah semestinya. Alhamdulillah.

BM

BM

BLBK

BB

BK

Berdasarkan Jadual 6.6.1 di atas, Temu bual yang dijalankan jelas memberi maklumat
tentang masalah tingkah laku bagi Responden Pertama yang dikaji oleh pengkaji ketika
menjalankan sesi PdP. Bagi persoalan berkaitan dengan masalah tingkah laku yang
sering ditonjolkan oleh Responden Pertama semasa Guru A mengajar mata pelajaran
Kemahiran Hidup (KH) di Kelas Pintar apabila guru mengajar secara teori adalah,
Aiman (bukan nama sebenar) tidak menunjukkan sebarang minat ke atas pengajaran
guru dan buat endah tidak endah sahaja serta tidak memberikan tumpuan yang
sepenuhnya. Pengkaji dapat melihat bahawa Guru A mempunyai masalah dalam
menangani masalah tingkah laku Responden A yang cepat hilang tumpuan serta
memencilkan diri secara tiba-tiba dan dalam tempoh yang agak lama berikutan tidak
mahu mengambil bahagian di dalam PdP yang dijalankan.
PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN DAPATAN
Bagi melihat sama ada pengaplikasian amali jahitan berupaya mengurangkan masalah
tingkah laku dalam kalangan murid-murid lemah pembelajaran (Slow Learner) yang
dipilih, pengkaji telah menggunakan instrumen pemerhatian senarai semak tingkah laku
82

SEMINAR PENYELIDIKAN TINDAKAN 2013

sebelum dan semasa aktiviti dijalankan. Item yang terdapat di dalam borang senarai
semak adalah melibatkan masalah tingkah laku yang telah dikenal pasti sering
ditonjolkan oleh murid-murid lemah pembelajaran bagi Program Pendidikan Khas
Integrasi Bermasalah Pembelajaran (PPKIBP), Sekolah Kebangsaan Maktab Perguruan
Kuala Terengganu.
Melalui analisis pemerhatian menggunakan borang senarai semak tingkah laku, pengkaji
dapat melihat pengurangan dalam tingkah laku bermasalah yang ditunjukkan oleh
responden. Sebelum pengaplikasian aktiviti amali jahitan, pengkaji mendapati
responden kerap kali menonjolkan tingkah laku bermasalah sewaktu pengajaran secara
teori bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup. Namun, semasa sesi aktiviti amali
dijalankan, beberapa masalah tingkah laku negatif telah menunjukkan penurunan.
Jumlah kekerapan masalah tingkah laku sebelum aktiviti amali adalah tinggi
berdasarkan item yang telah disasarkan. Setelah pengkaji menjalankan aplikasi aktiviti
amali jahitan bagi mengurangkan tingkah laku bermasalah dalam kalangan responden
yang dipilih, terdapat penurunan bagi jumlah kekerapan tingkah laku kedua-dua
responden. Pengurangan tingkah laku yang paling tinggi sepanjang sesi aktiviti amali
jahitan dijalankan bagi Responden Pertama adalah bagi item tidak mendengar arahan
manakala pengurangan yang paling sedikit adalah bagi item keluar dari kelas tanpa izin
kerana responden Pertama tidak menunjukkan masalah yang ketara melalui item
tersebut berbanding item yang lain. Pengkaji membuat kesimpulan bahawa sesi aktiviti
amali jahitan yang dijalankan berjaya mengurangkan tingkah laku bermasalah dalam
kalangan murid-murid lemah pembelajaran (Slow Learner). Sekiranya tempoh aktiviti
amali bertambah, kemungkinan besar tingkah laku bermasalah yang dilakukan oleh
kedua-dua responden akan dapat dikurangkan lagi.
Hasil dapatan data ini menyokong kenyataan yang dipetik dari Bahagian Perancangan
dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, 2006 yang menyatakan bahawa pengajaran dan
pembelajaran secara amali yang dijalankan bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup
membantu murid untuk memperoleh pengalaman sebenar dan mudah untuk mengingati
isi pelajaran dengan lebih efektif. Kaedah ini amat bertepatan dengan fokus
pembangunan modal insan Kementerian Pelajaran Malaysia untuk meningkatkan
keupayaan dan minat murid untuk menguasai ilmu pengetahuan dan kemahiran di
samping dapat membantu ketrampilan dan keperibadian murid.
Berdasarkan analisis data yang dilakukan, dapatlah dilihat di sini bahawa pengajaran
berteraskan amali jahitan dalam subjek Kemahiran Hidup mampu mengurangkan
masalah tingkah laku murid-murid lemah pembelajaran (Slow Learner). Hal ini dapat
dibuktikan dengan berlaku pengurangan kekerapan masalah tingkah laku berdasarkan
analisis dokumen (rakaman video) yang dilakukan. Analisis yang disertakan dengan
catatan yang dibuat oleh pengkaji membuktikan berlaku pengurangan masalah tingkah
laku bagi kedua-dua responden. Persoalan pertama ini terjawab melalui analisis yang
dilakukan oleh pengkaji serta dikukuhkan dengan pemerhatian senarai semak tingkah
laku yang ingin diberi tumpuan.

83

SEMINAR PENYELIDIKAN TINDAKAN 2013

RUJUKAN
Rosinah Edinin (PhD). (2011). Penyelidikan Tindakan: Kaedah Dan Penulisan Edisi
Kedua. Freemind Horizons Sdn. Bhd., Kuala Lumpur.

Chow Fook Meng (PhD), & Jaizah Mahamud. (2011). Kajian Tindakan: Konsep &
Amalan
dalam Pengajaran. Selangor Darul Ehsan: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Mok Soon Sang. (2010). Penyelidikan dalam Pendidikan: Perancangan dan Pelaksanaan
Penyelidikan Tindakan. Selangor Darul Ehsan: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Fatin Binti Md. Ghazali (2012) Terapi Permainan Musical Carpet Dalam Menangani
Masalah Murid Attention Deficit Hyperactive Disorder. Degree thesis, IPG Kampus
Dato Razali Ismail.

Norshafika Mazmieza Binti Mazlan (2012) Meningkatkan Kemahiran Komunikasi


Interpersonal Murid Bermasalah Pembeljaran melalui Permainan Pin Boling
Keluarga. Degree thesis, IPG Kampus Dato Razali Ismail.

84

Вам также может понравиться