Вы находитесь на странице: 1из 16

Hassan Ahmad Abdul Rahman Muhammed al-Banna (Arab atau Jawi:

)atau ringkasnya Hassan al-Banna adalah pendakwah, reformis sosial dan politik Mesir dan
pengasas gerakan Ikhwanul Muslimin. Pada usia 12 tauhn, beliau sudah menghafal al-Quran.
Beliau menyertai kumpulan Latihan Akhlak dan Jemaah al-Suluka al-Akhlaqi di sekolah. Beliau
rajin menghadiri majlis-majlis zikir pimpinan al-Ikhwan al-Hasafiyyah. Pada usia 23 tahun, beliau
menubuhkan gerakan Ikhwan Muslimin di bandar Islamailiyyah pada Mac 1928. Hasil kegigihan
beliau, gerakan dakwah beliau mendapat sambutan di Mesir dan di setiap pelusuk negaranegara Islam. Pada tahun 12 Februari 1949 beliaumeninggal dunia setelah ditembak mati oleh
seorang pembunuh upahan arahan sulit kerajaan Mesir ketika itu

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]


Hassan al Banna dilahirkan pada Oktober 1906 di desa al-Mahmudiyyah di daerah alBahriyyah, Iskandariah, Mesir (barat laut Kaherah). Beliau berasal dari sebuah perkampungan
petani yang terkenal kuat mentaati ajaran dan nilai-nilai Islam, serta keluarga ulama yang
dihormati. Ketika Hassan al-Banna berusia dua belas tahun, beliau menjadi pemimpin badan
Latihan Akhlak dan Jemaah al-Suluka al-Akhlaqi yang dikelolakan oleh gurunya di sekolah.
Pada peringkat ini beliau telah menghadiri majlis-majlis zikir yang diadakan oleh sebuah
pertubuhan sufi, al-Ikhwan al-Hasafiyyah, dan menjadi ahli penuh pada tahun 1922.[nb 1] Melalui
pertubuhan ini beliau berkenalan dengan Ahmad al-Sakri yang kemudian memainkan peranan
penting dalam penubuhan Ikhwan Muslimin. Ketika berusia tiga belas tahun, Hassan al Banna
menyertai tunjuk perasaansemasa revolusi 1919 menentang pemerintahan British.[nb 2]
Pada tahun 1923 ketika berusia 16 tahun dia memasuki Dar al 'Ulum, sebuah sekolah latihan
perguruan di Kaherah. Kehidupan di ibu negara Mesirmenawarkannya peluang yang lebih luas
berbanding di kampung serta bertemu dengan pelajar Islam terkemuka (kebanyakannya
dengan bantuan kenalan ayahnya). Walau bagaimanapun, beliau amat terganggu dan tidak
senang dengan pengaruh kebaratan yang dilihatnya disana, terutamanya peningkatan arus
sekular seperti parti-parti politik, kumpulan-kumpulan sasterawan dan pertubuhan-pertubuhan
sosial sekular yang terdorong ke arah melemahkan pengaruh Islam dan meruntuhkan nilai
moral traditional.[nb 3] Hassan al Banna turut kecewa dengan apa yang dilihatnya sebagai
kegagalan sarjana Islam di Universiti al-Azhar untuk menyuarakan bangkangan mereka
terhadap peningkatan atheisme dan pengaruh mubaligh Kristian.[nb 4]
Beliau kemudian menganggotai pertubuhan Jama'atul Makram al-Akhlaq al-Islamiyyah yang
giat mengadakan ceramah-ceramah berunsurkan Islam. Melalui pertubuhan ini, Hasan alBanna dan rakan-rakannya menjalankan dakwah ke serata pelosok tempat seperti di kedaikedai kopi dan tempat-tempat perhimpunan orang ramai. Pada peringkat inilah beliau bertemu
dan mengadakan hubungan dengan tokoh-tokoh Islam terkenal seperti Muhibbuddin al-Khatib,
Muhammad Rashid Reda, Farid Wajdi dan lain-lain.
Di tahun akhirnya di Dar al-'Ulum, beliau menulis bahawa beliau bercadang untuk
menzuhudkan dirinya menjadi "penasihat dan guru" bagi golongan dewasa dan kanak-kanak
agar dapat mengajar mereka mengenai matlamat "agama adalah sumber kegembiraan dan

keriangan dalam kehidupan". Beliau mendapat ijazah pada tahun 1927 dan diberikan jawatan
sebagai guru bahasa Arab di sekolah rendah kebangsaan di Isma'iliyya, sebuah bandar yang
terletak di Zon Terusan Suez. [nb 5]

Keluarga[sunting | sunting sumber]


Bapanya, Syeikh Ahmad al-Banna merupakan seorang ulama, imam, guru dan seorang
pengarang terkenal berkelulusan Universiti Al-Azhar yang menulis serta menyumbang kepada
penulisan kitab-kitab hadis dan fiqh perundangan Islam. Bapa beliau juga memiliki kedai
membaiki jam dan menjual gramophone. Syeikh Ahmad bin Abdul Rahman al-Banna turut
mengkaji, menyelidik dan mengajar ilmu-ilmu agama seperti tafsir al-Qur'an dan hadis kepada
penduduk tempatan, dan dia banyak dipengaruhi oleh fikrah serta cita-cita perjuangan Syeikh
Muhammad Abduh dan Sayyid Jamaluddin al-Afghani.
Sungguhpun Syeikh Ahmad al-Banna dan isterinya memiliki sedikit harta, mereka bukannya
orang yang kaya dan bertungkus lumus untuk mencari nafkah, terutama selepas berpindah ke
Kaherah pada 1924; sebagaimana yang lain, mereka mendapati bahawa pendidikan Islam dan
kealiman seseorang tidak lagi dihargai di ibu negara itu, dan hasilkerja tangan mereka tidak
mampu menyaingi industri besar-besaran.[nb 6]
Ahmad Saiful Islam, anak lelaki Hassan al Banna, menceritakan bagaimana beberapa sifat
peribadi Hassan al Bannan semasa beliau masih hidup lagi.[1] Antaranya beliau sangat menjaga
dan memerhati perkembangan anak-anaknya. Setiap anaknya mempunyai fail khas yang ditulis
oleh beliau sendiri. Di dalam fail tersebut terkandung maklumat seperti maklumat-maklumat
perubatan anak-anaknya, sijil-sijil pelajaran bersertakan catitan-catitan tentang kemajuan
pembelajaran mereka. Hukuman yang paling berat pernah beliau kenakan kepada anakanaknya hanyalah cubit telinga. Sifat pemurah kepada anak-anaknya dilihat apabila beliau
memberikan wang saku kepada mereka sebanyak 3 Qurusy berbanding kanak-kanak lain yang
puratanya mendapat suku atau setengah Qurusy sahaja daripada ibu bapa mereka.
Beliau menyediakan satu perpustakaan khas buat Ahmad Saiful Islam. Ini adalah antara proses
pentarbiahan beliau kepadanya. Beliau tidak melarang Saiful Islam membaca apa-apa jenis
bahan bacaan, malahan memberi bacaan lebih baik untuk dibaca oleh Saiful apabila selesai
membaca bahan bacaan diminatinya.
Hassan al Banna juga bersungguh-sungguh melaksanakan sunnah Rasulullah SAW.[1] Beliau
berusaha untuk mengenali setiap kaum keluarga isterinya. Antara kisah menarik, beliau pernah
mengejutkan isterinya dengan menziarahi seseorang yang telah terputus hubungan
kekeluargaan dengan siterinya kerana orang itu bukanlah anak kepada orang yang mempunyai
hubungan keluarga dengan isterinya. Begitulah tahap kesungguhan dan ketelitian beliau dalam
melaksanakan sunnah Rasulullah SAW.

Penubuhan "Ikhwanul Muslimun", kegiatan dakwah dan kematian


seorang wira[sunting | sunting sumber]

Pada Mac 1928, Syeikh Hassan al-Banna telah menubuhkan gerakan Ikhwan Muslimin di
bandar Ismailiyyah. Ketika itu beliau berusia 23 tahun. Di Ismailiyya, sebagai tambahan kepada
kelas siangnya, beliau melaksanakan matlamatnya dengan memberi kelas malam kepada
keluarga anak muridnya. Beliau juga berceramah di masjid, malah dikedai kopi, yang pada
masa itu masih baru dan dipertikaikan nilai moralnya. Pada awalnya, sesetengah
pandangannya berkenaan perlaksanaan Islam yang mudah mendorong kepada tentangan
hebat dengan elit keagamaan tempatan dan beliau mengamalkan polisi mengelakkan
kontrovesi agama.[nb 7] Beliau sedih dengan tanda-tanda jelas pengawalan ketenteraan dan
ekonomi di Isma'iliyya seperti kem ketenteraan British, kemudahan awam yang dimiliki oleh
kepentingan luar dan tempat tinggal mewah milik pekerja syarikat Terusan Suez yang
bersebelahan dengan rumah haram pekerja Mesir. [nb 8]
Setelah berkhidmat 19 tahun dalam bidang perguruan, beliau meletakkan jawatan pada tahun
1946 untuk menyusun kegiatan dakwah dengan berkesan dalam masyarakat di bandar itu.
Pengalaman ahli jemaah yang dikumpulkan sekian lama menjadikan Ikhwan Muslimin sebuah
gerakan yang berpengaruh.
Ternyata Hassan al-Banna adalah pemimpin yang bijak mengatur organisasi. Ikhwan Muslimin
disusun dalam tiga peringkat iaitu memperkenalkan Ikhwan dan menyebarkan dakwah asas
melalui ceramah serta kegiatan kebajikan. Kemudian membentuk keperibadian anggota agar
bersedia menjalani jihad seterusnya melaksanakan cita-cita perjuangan Islam dengan tegas.
Ikhwan Muslimin berjaya menjadi sebuah gerakan yang menggegarkan Mesir terutama selepas
perang dunia kedua apabila gerakan itu turut bertanding di dalam perebutan kuasa politik.
Pengaruh Ikhwan yang semakin kuat amat dikhuatiri dan ditakuti oleh kerajaan Mesir yang
diketuai oleh al-Nukrasi Bassa dari parti al-Sa'di yang bertindak mengharamkan Ikhwan
Muslimin pada 1948 atas tuduhan merancang satu pemberontakan untuk menjatuhkan
kerajaan. Sungguhpun begitu, Hassan al-Banna tidak ditahan dan beliau cuba sedaya upaya
menyelamatkan Ikhwan.
Malangnya usaha beliau belum berhasil sehinggalah dibunuh kerana ditembak pada waktu
tengah hari 12 Februari 1949, ketika keluar dari bangunan pertubuhan Ikhwan Muslimin. Beliau
menghembuskan nafas terakhir di hospital dan pembunuhan beliau didakwa dirancang oleh
polis rahsia kerajaan berikutan kematian perdana menteri yang dibunuh oleh seorang pelajar
yang kecewa dengan pembubaran Ikhwan Muslimin. Jenazah al-Imam Hassan Al-Banna telah
dikebumikan dengan kawalan kereta-kereta kebal dan perisai. Orang ramai tidak dibenarkan
menghadiri upacara pengebumiannya, yang hadir hanya keluarganya sendiri.

10 Wasiat Imam Hassan Al-Banna[sunting | sunting sumber]


1. Dirikan solat apabila mendengar azan, walau apapun jua keadaan pada waktu itu.

2. Bacalah al-Quran, atau pelajari tafsirnya atau dengarlah bacaan orang lain, atau zikirlah
kepada Allah. Jangan engkau gunakan sebahagian ruang waktumu untuk hal-hal yang
tidak berfaedah.
3. Bercakaplah dengan bahasa Arab yang fasih, kerana ia termasuk dalam syi'ar Islam.
4. Jangan banyak berdebat dalam apa jua hal. Pertengkaran tidak akan mendatangkan
sebarang kebaikan.
5. Jangan banyak ketawa, kerana hati yang berhubung dengan Allah sentiasa tenang dan
mantap.
6. Jangan suka berjenaka atau berolok-olok, kerana umat yang berjuang tidak mengenal
yang lain selain kesungguhan.
7. Jangan engkau tinggikan suaramu melebihi keperluan pendengar. Ia menunjukkan
kebodohan dan menyakitkan.
8. Jauhi menghina orang, mencela organisasi dan jangan berbicara kecuali perbicaraan
yang baik.
9. Perkenalkan dirimu kepada orang yang engkau jumpai, walaupun ia tidak meminta
daripadamu, sebab dasar dakwah kita adalah cinta dan saling kenal mengenal.
10.Kewajipan selalu lebih banyak daripada waktu yang tersedia. Oleh itu bantulah orang
lain untuk memanfaatkan waktunya. Jika engkau mempunyai urusan, maka
selesaikanlah dalam waktu sesingkat-singkatnya.

Nota[sunting | sunting sumber]


1.

Jump up to:1.0 1.1 Riduan Mohamad Nor. (2011). Saiful Islam: Dia Seorang Ayah, Pendidik,
Suami Dan Juga Seorang Insan. Memperingati Imam asy Syahid Hasan Al Banna. 48-53.

Bibiliografi[sunting | sunting sumber]

Zulkifli Mohamad al-Bakri dan Mohd Faisal Fadzil. (2010). Al-Syahid Hasan al-Banna:
Pengasas Ikhwan Muslimin. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Lia, Brynjar. 1998. The Society of the Muslim Brothers in Egypt: The Rise of an Islamic
Mass Movement 1928-1942. Reading, UK: Garnet.
Mitchell, Richard P. 1969. The Society of the Muslim Brothers. London: Oxford University
Press.

PADA zaman dunia di hujung jari ini, sangat jarang kita menjumpai para
pendakwah Islam dan tokoh ulama masa kini yang benar-benar memahami adab
ikhtilaf seperti kefahaman yang dilumati oleh As Syahid Imam Hasan al-Banna.
Beliau mentarbiyah para pengikutnya dengan fahaman jernih.
Ini kerana keinginannya yang sangat kuat melihat kesatuan umat Islam, dan
usahanya yang bersungguh-sungguh, diiringi kesedarannya menyatukan gerakan
Islam. Biarpun usaha beliau tidak sepenuhnya terlestari pada zaman ini, sekurangkurangnya beliau dapat menyatukan usul dan fahaman Islamiyyah dalam gerakan
dakwah. Dalam hubungan ini beliau telah membina Usul 20 yang terkenal
menjadi rujukan seluruh gerakan Islam di seluruh dunia.

Hasan al-Banna mengakui bahawa perbezaan pendapat dalam perkara-perkara


furu' dan hukum-hukum amaliah tidak mungkin dapat dihindarkan. Oleh itu, beliau
telah mengutarakan masalah ini pada beberapa risalah dakwahnya. Sungguh indah
dan banyak memberi faedah. Pada risalahnya yang bertajuk Dakwatuna (Dakwah
Kita) beliau berbicara tentang ciri-ciri dakwah

adalah bersifat umum,

tidak hanya disalurkan secara selektif,

tidak memihak kepada pendapat yang mahsyur di kalangan manusia dengan


corak yang tertentu sahaja,

tetapi tepat menuju kepada inti agama dan jiwanya,

bercita-cita untuk menyatukan matlamat sehingga amal yang dilakukan


menjadi lebih positif

dan hasilnya menyeluruh.

Imam Hasan al-Banna bersama kebenaran di mana-mana sahaja, beliau gemar


melakukan permuafakatan dan benci kepada anasir pertikaian melampau dalam
masyarakat Islam. Baginya, cubaan yang paling berat kepada umat Islam ialah
perpecahan dan pertikaian, sedangkan asas kemenangan itu ialah kesatuan.
Natijah tidak akan berakhir dengan baik kepada gerakan Islam yang berpecah,
melainkan jika mereka memulakan langkah awal dengan perpaduan dan
ukhuwwah.

Sesungguhnya Imam Malik RA telah berkata kepada Abu Ja'afar,


Para Sahabat Rasulullah SAW telah bertebaran di beberapa buah kota. Di
setiap perkampungan masing-masing mempunyai ilmu (hujjah) tersendiri, maka
apabila engkau hanya mengagungkan satu pendapat sahaja nescaya akan berlaku
fitnah.
Lihatlah Imam As Syafi'e RA membentuk mazhab qadim di Iraq, kemudiannya
membentuk mazhab jadid di Mesir. Kedua-dua aliran pandangan itu diambilnya
dengan apa yang terang dan nyata, beliau berusaha dengan sesungguhnya
(berijtihad) supaya umat Islam berada dalam kebenaran. Ijma atas perkara furu'
adalah tuntutan yang mustahil, bahkan tidak mungkin berlaku dengan tabiat agama
ini.

Manakala Syeikh Muhammad al-Ghazali menyebut mafhumnya,


Allah menghendaki bagi fikah agama ini sejalan dengan perkembangan
semasa. Dengan itu para pemuda hendaklah bersifat lembut, tidak jumud, tidak
terlalu rigid (melampau) terhadap satu-satu pandangan.
Para Sahabat juga berbeza pendapat sekalipun mereka orang yang paling dekat
dengan Rasulullah, dan paling tahu mengenai qarinah-qarinah hukum. Lalu
mengapa pula halnya kita bertegang urat, bersumpah seranah dalam perkara yang
remeh temeh yang tidak ada kepentingannya?

Para imam mazhab, manusia kurniaan Allah yang paling alim tentang Kitab-Nya dan
Sunnah Rasul-Nya, turut berbeza pendapat antara satu sama lain, lalu kenapa kita
tidak berlapang dada seperti mereka?
Inilah pendapat Imam Hasan Al Banna tentang perbezaan pendapat dalam masalah
fikah dan inilah pendiriannya yang menunjukkan kefakihannya dalam hal agama,
sejarah dan realiti yang berlaku kepada umat Islam. Di antara pendirian bersifat
amaliyah yang diceritakan mengenainya (Imam Hasan), bahawa beliau pergi
menziarahi salah sebuah kampung untuk menyampaikan ceramah. Kebetulan hari
itu bulan Ramadan. Penduduk kampung di situ telah berpecah kepada dua golongan
yang saling berselisih-faham tentang jumlah rakaat solat Tarawih.
Adakah 20 rakaat sebagaimana yang dilakukan semasa pemerintahan Umar dan
terus diikuti oleh manusia berabad-abad selepasnya, ataupun 8 rakaat sahaja
sebagaimana telah warid dari perbuatan Baginda Nabi SAW?
Pendapat yang bertentangan dianut dengan fanatik oleh tiap-tiap golongan
sehingga menyebabkan mereka berkelahi kerana masing-masing mendakwa
bahawa kebenaran berada di pihaknya. Akan tetapi Hassan Al Banna
menghadapkan kepada mereka beberapa persoalan.
Apakah hukum solat tarawih?
Sunat, diberi pahala orang yang memperbuatnya dan tidak diseksa orang yang

meninggalkannya, jawab mereka.


Beliau bertanya lagi, Apakah hukum memelihara ukhuwwah sesama Islam?
Wajib (menjaga ukhuwwah) kerana ia merupakan urat dari sendi-sendi iman,
jawab mereka.
Lalu Imam Hasan al-Banna meneruskan penerangannya daripada hasil jawaban
mereka,
Adakah wajar dalam syariat Allah yang suci ini, kita abaikan yang wajib
kerana hendak memelihara yang sunat? Seandainya kamu tetap memelihara
ukhuwwah dan perpaduan kamu, dan kamu balik ke rumah kamu agar tiap-tiap
orang daripada kamu mengerjakan solat tarawih mengikut bilangan yang
dianggapnya lebih kuat dalilnya, 8 rakaat ataupun 20 rakaat, itu adalah lebih baik
daripada kamu berbantah-bantah pada perkara yang tidak ada mustahaknya.
Dengan kalimah yang lain Imam Hasan al-Banna menegur kaum Muslimin ketika
itu,

Mengapa kalian terlalu fanatik mempertahankan kaedah-kaedah fikah


sementara akhlak dan adab dilupakan?
Kisah ini turut dinaqalkan oleh Dr Yusuf al-Qaradawi dalam salah satu tulisannya
Sohwatul Islamiyah Bayna Juhud wa Tatorruf. Beliau menceritakan bahawa
pernah diceritakan peristiwa ini kepada seseorang, tetapi persoalan lain pula
ditujukan kepadanya,

Kenyataan (Imam Hasan al-Banna) adalah petanda melarikan diri dari


kebenaran, sedangkan menjelaskan sunnah yang sebenar ialah menjauhkan diri
dari bid'ah sebagai urusan yang wajib dipertahankan.

Lalu Dr Yusuf Al Qaradawi menjawab, Perkara ini adalah luas terlalu banyak sendisendi yang perlu diperbahaskan, dan saya walaupun mengerjakan solat tarawih
hanya 8 rakaat, tetapi saya tidak mengatakan bid'ah kepada orang yang
mengerjakan solat tarawih sebanyak 20 rakaat.

Kemudian itu pemuda itu berkata lagi, Tetapi memastikan kesahihan sesuatu
hukum itu adalah wajib dan tidak sepatutnya kita lari menyatakan kebenaran.
Dr Yusuf Al Qaradawi menjawab,
Benar anak muda, apabila perkara itu berkisar di antara yang halal dan yang
haram, di antara yang hak dengan yang batil. Adapun perkara-perkara yang
menjadi perselisihan pendapat dalam aliran-aliran fikah, di mana masing-masing
mempunyai hujah yang pelbagai, dan perkara itu biasanya berkisar di antara yang
harus dan yang lebih afdhal, maka tidak ada sebabnya kita bersikap keras dan
menyusahkan orang untuk berpegang dengan satu pendapat sahaja.

Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama dan jasa
yang ditaburkan. Inilah yang dapat diperkatakan mengenai keperibadian tokoh pada
kali ini iaitu As Syahid Imam hassan Al Banna. Walaupun telah 54 tahun Almarhum
meninggalkan kita semua, namun perjuangan dan kegigihannya dalam
menegakkan kembali Islam di bumi Mesir tetap kukuh bersemadi dalarn hati
sanubari masyarakat Islam hingga ke hari ini.
Tanggal 12 Februari 1949 meninggalkan sejarah hitam dan pilu bagi masyarakat
Islam khususnya pejuang-pejuang agama. Pada tarikh itu dunia Islam kehilangan
seorang ulama dan mujahid yang menjadi pelopor dalam mengembalikan
kegemilangan Islam ke kemuncaknya. Pemergiannya yang tidak diduga merupakan
suatu pembunuhan kejam hasil konspirasi musuh-musuh Islam yang berselindung di
sebalik Raja Farok, pemerintah Mesir pada ketika itu.
Imam Hassan Al Banna telah dilahirkan pada Oktober 1906 di desa al Mahmudiya
yang terletak di daerah al Bahriyyah, Iskandariah, Mesir. Beliau berasal dari sebuah
keluarga Ulama yang dihormati dan terkenal kerana begitu kuat mentaati ajaran
dan nilai-nilai Islam. Mujahid Islam ini dibesarkan dalam suasana keluarga yang
merendah diri dan hidup dalam keadaan yaug serba sederhana.

Hassan al Banna merupakani anak sulung daripada lima beradik. Ayahnya, Syeikh
Ahmad ibn Abd al Rahman al-Banna. adalah seorang ulama, imam, guru dan
pengarang beberapa buah kitab hadis dan fikah perundangan Islam, yang
berkelulusan dari Universiti Al Azhar Mesir. Beliau dikenali sebagai seorang yang
bersopan santun, pemurah, merendah diri dan tingkah laku yang menarik. Namun
beliau hanya bekerja sebagai pembaik jam di desa al Mahmudiya untuk menyara
keluarganya. Masa yang selebihnya digunakann untuk mengkaji, menyelidik dan
mengajar ilmu-ilmu agama seperti tafsir al Quran dan hadis kepada penduduk
tempatan.
Sebagai seorang ulama, Sheikh Ahmed Abdu Rahman al Banna mempunyai
perpustakaan yang agak besar di rumahnya. Beliau menghabiskan sebahagian
masanya mempelajari Sunnah Rasulullah dan membincangkannya dengan rakanrakan di kedai dan di rumah. Hassan al-Banna juga sering menghadiri dan
mengambil bahagian dalarn perbincangan tersebut. Pertemuan ini memberi kesan
yang mendalam kepada pemikiran, wawasan dan yang penting perwatakannya.
Ketokohan, keilmuan dan keperibadian Syeikh Ahmad al Banna diwarisi oleh Hassan
al Banna.
Sifat kepimpinan Hassan al Banna terserlah sejak beliau masih di sekolah rendah.
Beliau menjadi pernimpin Badan Latihan Akhlak dan Jemaah al-Suluka al-akhlaqi
yang dikelolakan oleh gurunya di sekolah. Pada peringkat ini beliau telah
menghadiri majlis-majlis zikir yang diadakan oleh sebuah pertubuhan sufi, al-lkhwan
al- Hasafiyah. Melalui pertubuhan ini beliau berkenalan dengan Ahmad al-Sakri yang
kemudiannya memainkan peranan penting dalarn penubuhan Ikhwam Muslimin
Keluarga Hassan Al- Banna begitu tegas dalam mendidik anak-anak berdasarkan
ajaran Islam. Hal ini menyebabkan beliau telah menghafaz Quran dalam usia yang
begitu muda dan telah memasuki Pusat Latihan Perguruan. Selepas tiga tahun di
sana beliau mendapat tempat pertama dalam peperiksaan akhir. Beliau telah
memasuki Darul Ulum di Kaherah pada awal usia 16 tahun kerana kebijaksanaan
dan ilmu pengetahuannya yang luas.
Semasa di Kaherah, Hassan al Banna terdedah dengan pergolakan parti politik dan
aliran-aliran menentang Islam yang dicetuskan oleh gerakan Kamal Ataturk. Partiparti politik, kumpulan-kumpulan sasterawan dan pertubuhan-pertubuhan sosial
sekular kebanyakannya bertujuan melemahkan pengaruh Islam. Beliau kemudian
menganggotai pertubuhan Jamaitul Makram a;-Akhlaq yang giat mengadakan
ceramah-ceramah Islam. Melalui pertubuhan ini, Hassan al-Banna dan rakanrakannya menjalankan dakwah ke serata pelosok tempat, di kedai-kedai kopi dan
tempat perhimpunan orang ramai.
Pada peringkat inilah beliau bertemu dan mengadakan hubungan dengan tokohtokoh Islam terkenal seperti Muhibbuddin al-Khatib, Muhammad Rashid Reda, Farid
Wajdi dan lain-lain..
Menubuhkan lkhwan Muslim
Pada Mac 1928, dalam usia 23 tahun, Hassan al-Banna beserta adik dan lima orang

sahabatnya berkumpul di rumahnya dan bersumpah untuk hidup dan mati kerana
Islam. Di rumah itu jemaah Ikhwan Muslimin telah ditubuhkan. Pada ketika itu beliau
baru mendapat ijazah dari Darul Ulum serta berkhidmat sebagai guru bahasa Arab
di salah sebuah sekolah di bandar Ismailiyah.
Ketika ditanya mengapa beliau melibatkan diri dalam kerja kerja dakwah, Hassan al
Banna dengan tegas menjawab, ia hanya Allah yang tahu berapa malam kita
menghabiskan masa untuk memikirkan masalah Ummah, pada peringkat mana
mereka telah melaluinya dan kesakitan dan keperitan yang telah mereka lalui. Dan
kita merenung sumpahan yang dikenakan atas kesakitan yang dilalui oleh Ummah.
Kesukaran dan kepahitan yang dilalui oleh mereka mungkin berakhir dengan
munajat dari kita sernua.
Setelah berkhidmat selarna 19 (tahun dalam bidang perguruan, beliau meletakkan
jawatan pada tahun 1946 untuk menyusun kegiatan dakwah yang berkesan dalam
masyarakat di bandar. Pengalaman ahli jemaah yang dikumpulkan sekian lama
menjadikan Ikhwan Muslimin sebuah gerakan yang berpengaruh.
Di dalam buku "Letter To A Muslim Student" (FOSIS,1995) kedinamikan Ikhwan
Muslimin dijelaskan: Pencapaian Hassan al Banna yang paling membanggakan ialah
kernampuannya membangunkan organisasi yang canggih dan berjaya
menterjemahkan wawasannya dalam kehidupan sebenar. Ikhwan bukan sekadar
pertubuhan yang berasaskan sosial, politik atau kumpulan agarria tetapi lebih dari
itu.
Menurut Dr. Muhammad Karnal khalifah, Pensyarah di Universiti Cairo melalui
mukadimah buku Ikhwan Muslimin dan Masyarakat Mesir, kemunculan Hassan
Al Banna yang mendapat inspirasi dari Jamaluddin Al Afghani dan Muhammad
Abduh, serta menjalani aliran rakyat melahirkan golongan mukmin yang sebenarbenarnya melalui pengajian dan pembelajaran untuk menyebarkan akidah yang
sahih, kefahaman yang betul dan menyeluruh tentang Islam dan sistemnya. Beliau
berjuang bersungguh-sungguh untuk mencapai cita-cita tersebut. Usaha beliau ini
amat dikagumi masyarakat Mesir sehingga Islam kembali kepada kedudukan yang
sewajarnya dalam masyarakat.
Dalam usia yang muda, Hassan al-Banna dikagumi kerana penyampaiannya yang
jelas dan terang apabila menyampaikan khutbah di masjid. Beliau dapat
meyakinkan para pendengar dengan kebenaran yang dibawa, matlamat dan
keikhlasannya. Beliau mampu meyakinkan golongan intelektual dan orang biasa.
Berdasarkan kepimpinannya, Hassan al Banna adalah pemimpin yang bijak
mengatur organisasi. Ikhwan Muslimin disusun dalam tiga peringkat iaitu
memperkenalkan Ikhwan dan menyebarkan dakwah asas melalui ceramah serta
kegiatan kebajikan. Kemudian membentuk keperibadian anggota agar bersedia
menjalani jihad, seterusnya melaksanakan cita cita perjuangan dengan tegas.
lkhwan Muslimin berjaya menjadi sebuah gerakan yang menggegarkan Mesir
terutama selepas Perang Dunia Kedua apabila pertubuhan ini turut bertanding
dalam perebutan kuasa politik. Para penentangnya menyifatkan Ikhwan Muslimin
sebagai negara di dalam negara. Sehingga tahun 1934, Ikhwan telah menubuhkan

lebih 50 cawangannya di Mesir. Pertubuhan ini telah menubuhkan beberapa buah


sekolah, masjid dan kilang. Pada penghujung Perang Dunia Kedua, lkhwan
mempunyai lebih setengah juta pekerja yang aktif dan setengah juta penyokong
(sesetengah sumber menyebut sekitar 3 juta). Lebih 3000 cawangan kesernuanya
telah wujud di Mesir dan 50 di Sudan dihasil-kerja Ikhwan yang melangkaui batas
negara.
Dalam satu jawapan yang diberikan oleh wartawan barat terhadap dirinya yang
bertanyakan siapakah dia, Hassan Al Banna menjawab, saya adalah pelancong yang
mencari kebenaran, dan insan yang mencari erti kemanusiaan di kalangan manusia,
dan warganegara yang inginkan kemuliaan, kebebasan, kestabilan, hidup yang baik
untuk negara dan berjuang untuk menaikkan Islam.
Malah, kerajaan British telah menjemput Hassan al Banna ke kedutaan mereka
untuk minum teh. Beliau dipuji kerana perwatakannya yang baik, kerja-kerja
kebajikannya untuk membantu anak-anak yatim dan janda. Malah pegawai atasan
British menjelaskan bahawa dunia sangat fragile dan Mesir perlu dibangunkan
sebagai negara yang moden dan makmur.
Pengharaman Ikhwan Muslimin dan Pembunuhan Hassan AI-Banna
Pengaruh Ikhwan Muslimin yang kuat amat dikhuatiri oleh Kerajaan Mesir di bawah
Noqrashi Pasha dari Parti al-Safdi. Pada 8 November 1948 Beliau telah
mengharamkan Ikhwan Muslimin atas tuduhan merancang satu pemberontakan
untuk menjatuhkan kerajaan. Sumbangan Ikhwan Muslimin menghantar beribu ribu
orang pejuang dalam perang menghadapi Israel seolah olah dinafikan. Kesemua
cawangannya yang berjumlah lebih 3000 diarahkan supaya dibubarkan. Sekiranya
masih beroperasi, mereka akan dikira sebagai pertubuhan haram, pelampau dan
pengganas. Unit-unit tentera Mesir dan tentera Ikhwan Muslimin yang berjuang di
Palestine dipanggil balik. Berbagai-bagai tuduhan dan fitnah dilemparkan terhadap
Ikhwan Muslimin. Anggota-anggotanya ditangkap, dimasukkan ke dalam penjara, di
seksa dengan teruk, malah ada yang dibunuh. Apabila seorang wartawan
bertanyakan Hassan al-Banna tentang pengharaman itu, beliau menjawab, apabila
kata-kata diharamkan, maka tanganlah yang akan menggerakkannya. Begitu
mendalam kata katanya.
Tidak lama kemudian Perdana Menteri Mesir telah dibunuh dan Gerakan Ikhwan
telah dipersalahkan atas kejadian itu. Pada bulan yang berikutnya harta benda
pergerakan itu telah dirampas dan beribu ribu orang beliau telah disumbatkan ke
dalam penjara.
Dengan alasan untuk mengendurkan (mengurangkan) ketegangan (konflik) antara
Ikhwan Muslimin dan kerajaan, pihak kerajaan menjemput Hassan al-Banna untuk
berunding bertempat di Pejabat Jam'iyyah al-Syubban al Muslimin. Sebenarnya
jernputan itu hanyalah sebagai helah untuk membunuh beliau.
Pada 12 Februari 1949 jam 5 petang, Hasan al Banna bersama iparnya Abdul Karim
Mansur, seorang peguam, suami kepada adik perempuannya berada di pejabat
tersebut. Mereka menunggu Menteri Zaki Ali Basya yang dikatakan mewakili

kerajaan untuk berunding, tetapi malangnya Zaki Ali Basya tidak kunjung tiba.
Akhirnya setelah selesai menunaikan solat Isyak mereka memanggil teksi untuk
pulang. Ketika baru sahaja menaiki teksi yang dipanggil, dua orang yang tidak
dikenali menerpa ke arah teksi dan salah seorang daripada mereka terus
melepaskan tembakan pistol. Mereka berdua terkena ternbakan itu. Iparnya itu
tidak dapat bergerak akibat terkena tembakan tersebut. Walaupun terkena tujuh
tembakan, Hasan al-Banna masih mampu berjalan masuk semula ke pejabat
Jam'iyyah al Syubban al-Muslimin memanggil ambulans untuk membawa mereka ke
hospital.
Setibanya di hospital Qasral 'Aini, mereka dikawal rapi oleh Jeneral Muhammad alJazzar dan tidak membenarkan sebarang rawatan diberikan kepada Hasan al Banna.
Pada pukul 12.50 tengah malam, Hasan al-Banna menghembuskan nafas yang
terakhir akibat tumpahan darah yang banyak.
Pengurusan Jenazah (part paling menyayat hati)
Pada pukul satu pagi pihak polis menyampaikan berita kematian kepada ayah
Hasan al-Banna dengan dua pilihan: Pihak polis akan menghantarkan jenazah ke
rumahnya untuk beliau menjalankan urusan pengebumian pada jam sembilan pagi
tanpa sebarang perhimpunanj, jika tidak menerima tawaran pertama itu, pihak polis
sendiri terpaksa membawa jenazah dari hospital ke kubur tanpa beliau melihat
jenazah anaknya itu.
Ayah Hasan al Banna menerima pilihan yang pertama. Sebelum fajar menyingsing,
jenazah as-Syahid dibawa ke rumahnya di Hilmiah al-Jadid dengan sebuah kereta
yang dikawal rapi oleh polis yang lengkap bersenjata. Di sekitar rumahnya juga
terdapat polis dan tentera berkawal dengan rapi. Mereka tidak membenarkan
sesiapa pun menghampiri kawasan tersebut. Jenazah Almarhum dibawa masuk ke
rumahnya secara tidak ada orang yang melihatnya dan tidak ada yang mengetahui
masa ketibaannya.
Sheikh Ahmad Abdur Rahman, ayah Hasan al-Banna yang sudah berusia lebih 90
tahun itu dengan penuh kesabaran memandikan dan mengapankan jenazah
anaknya yang baru berusia 43 tahun itu seorang diri. Setelah diletakkan ke atas
pengusung, beliau memohon pihak polis mencari beberapa orang untuk
mengusungnya. Tetapi pihak polis ruenjawab, biarkanlah orang-orang perempuan
tolong mengusungnya.
Polis tidak membenarkan sesiapa datang ke rumah tersebut untuk mengucapkan
takziah dan tidak dibenarkan membaca al-Quran. Ayah Hasan al-Banna tidak dapat
berbuat apa apa lagi. Beliau dengan tiga orang perempuan terpaksa mengusung
anaknya itu menuju ke Masjid al-Qaisun untuk disembahyangkan. Pihak polis lebih
dahulu telah pergi ke masjid memerintah orang-orang yang ada di situ supaya
meninggalkan masjid. Sheikh Abdur Rahman seorang diri menunaikan solat jenazah
ke atas anaknya itu. Kemudian mereka meneruskan pengusungannya menuju ke
perkuburan untuk disemadikan jenazah Almarhum.
Pada waktu itu usia Hassan Al-Banna baru mencecah 43 tahun. Anak bongsunya

telah dilahirkan pada hari yang sama isteri Hassan Al-Barma menamakannya
"Esteshhaad" yang bermaksud syahid.
Pembunuhan Hassan al-Banna adalah satu perancangan pihak istana dengan
arahan Raja Farouk dan Perdana Menterinya Ibrahim Abdul Hadi. Sebab itulah tidak
ada sebarang tindakan ke atas penjenayah dan orang yang terlibat. Kes
pembunuhan ini walaupun telah dibawa ke mahkamah beberapa kali, tetapi telah
ditangguhkan. Pertama kali dibawa pada masa pernerintahan Perdana Menteri
Ibrahim Abdul Hadi. Kedua, pada masa pernerintahan Perdana Menteri Husin Sari.
Ketiga, pada zaman pernerintahan Perdana Menteri Mustafa al Nahhas Basya.
Pada 23 Julai 1952 satu revolusi telah tercetus. Raja Farouk terpaksa turun dari
singgahsananya. Berikutan itu, kes ini dibuka semula. Penjenayah ditangkap dan
pada 2 Ogos 1954, Koperal Ahmad Husin Jad dikenakan hukuman penjara seumur
hidup dengan kerja berat.
Pemandu kereta, Sarjan Major Muhammad Mahfuz Muhammad dikenakan hukuman
penjara 15 tahun dengan kerja berat. Major Muhammad al Jazzar dikenakan
hukuman satu tahun penjara dengan kerja berat.
Sejak pembunuhan terhadap Hassan al Banna, ramai pendukung Ikhwan Muslimin
yang telah ditindas dan dizalimi. Namun tindakan tindakan tersebut menyebabkan
pertubuhan itu bukan sahaja semakin bertambah kuat di Mesir, malah telah
mengembangkan sayapnya di negara-negara Arab. Kebangkitan Islam yang berlaku
di negara Arab pada hari ini sebenarnya secara tidak langsung bertitik tolak dari
Gerakan Ikhwan Muslimin,
Tegasnya, Hasan al-Banna merupakan seorang pejuang yang gigih dan berani,
berjaya menyedarkan masyarakat dengan fikrah dan pendekatan barunya dalam
gerakan dakwah dan manhaj tarbiahnya yang syumul. Walaupun beliau telah pergi
menemui Ilahi, namun fikiran dan gerak kerjanya masih menjadi rujukan dan
pegangan pejuang pejuang dan harakah Islamiah pada hari ini.
Al-Imam al-Syahid Hasan al-Banna dilahirkan pada Oktober 1906 di desa alMahmudiya yang terletak di daerah al-Bahriyyah, Iskandariah, Mesir. Beliau berasal
dari sebuah keluarga ulama yang dihormati dan terkenal kerana begitu kuat
mentaati ajaran dan nilai-nilai Islam. Mujahid Islam ini dibesarkan dalam suasana
keluarga yang merendah diri dan hidup dalam keadaan serba sederhana.

10 Wasiat Asyahid Hasan Al-Banna kepada penggerak daawah:

1- Jika terdengar azan,maka segeralah bangun untuk menunaikan solat berjemaah walaubagaimana
sekalipun keadaan seseorang itu.

2- Perbanyakkan bacaan al-Quran,selalu membuka kitab2 untuk menambah ilmu,pergi ke majlis2


Ilmu,perbanyakkan zikrullah dan jangan membuang masa dalam perkara yang tidak mendatangkan
faedah.
3- Berusaha untuk bertutur dalam bahasa Arab yang Fushah kerana Bahasa Arab yang betul (Fushah)
adalah lambang(syiar) Islam.
4- Janganlah bertengkar walau dalam apa jua keadaan sekalipun kerana pertengkaranyang kosong tidak
mendatangkan apa-apa faedah.
5- Janganlah terlalu banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah sentiasa sahaja
akan tenteram dan tenang.
6- Janganlah terlalu banyak bergurau kerana orang islam yang sedang berjuang itu tidak mengerti erti
bergurau melainkan bersungguh2 dalam setiap perkara.
7- Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar kerana
percakapan yang nyaring itu adalah suatu perbuatan yang sia-sia malah menyakiti hati orang.
8- Jauhilah daripada mengumpat-umpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan
janganlah bercakap melainkan apa- apa yang memberi kebajikan.
9- Berkenal-kenalanlah dengan setiap Muslim yang ditemui kerana asas gerakan dakwah ialah berkenalkenalan dan berkasih-sayang.
10- Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita, oleh itu gunakanlah masa
dengan sebaik-baiknya dan ringkaskanlah perlaksanaannya.
Pesannya lagi:

Wahai Ikhwan Muslimin, terutamanya mereka yang bersemangat dan tergesa-gesa di


kalangan kamu Jalan kamu ini telah pun dilakarkan perancangan-perancangannya dan
diletakkan batas-batasnya. Aku tidak akan menyalahi batas-batas tersebut yang telah
memberi keyakinan kepadaku bahawa ia adalah jalan yang paling selamat untuk sampai ke
destinasinya. Benar, boleh jadi ia adalah jalan yang panjang namun di sana tiada lagi jalan
selainnya.

Kejayaan hanya lahir dengan kesabaran, tabah, serius dan amalan yang berterusan. Barang
siapa di kalangan kamu hendak mempercepatkan buah sebelum ia masak atau bunga
sebelum ia mekar, maka aku tidak bersamanya dalam keadaan ini biar apapun
keadaaannya. Adalah lebih baik baginya berundur diri dari dakwah ini dan menyertai
dakwah-dakwah yang lain. Barangsiapa yang bersabar bersamaku sehingga bercambahnya
benih, tumbuhnya pokok, masaknya buah dan sampai ketikanya untuk dipetik maka
pahalanya adalah urusan Allah. Kami dan ia tidak akan terlepas ganjaran orang-orang yang
baik sama ada kemenangan dan ketuanan atau syahid dan kebahagiaan.

Wahai Ikhwan Muslimin: Pakaikan gelojakan emosi kamu dengan pertimbangan akal,
sinarilah akal kamu mengatasi nyalaan emosi, janganlah kamu cenderung berlebihan

nescaya kamu akan menjadikannya tergantung tanpa bertali. Janganlah kamu menyalahi
aturan alam kerana ia pasti akan menang (mengalahkan kamu) sebaliknya atasilah emosi
kamu dan gunakannya serta ubah gelombangnya. Gunalah kedua-duanya (emosi dan akal),
nantilah saat-saat kemenangan sesungguhnya ia tidak jauh dari kamu.

Pengalaman dahulu dan sekarang membuktikan bahawa tiada kebaikan melainkan jalan
kamu yang baik, tiada hasil melainkan bersama perancangan kamu yang baik dan tiada
kebenaran melainkan dalam apa yang kamu lakukan dengan baik. Janganlah kamu leka
dengan kesungguhan kamu dan janganlah kamu memperjudikan riak-riak kemenangan
kamu.

Вам также может понравиться