Вы находитесь на странице: 1из 2

Gamelan

Pengenalan/latar belakang
1. Gamelan Melayu/Terengganu/Pahang
- Sejenis muzik tarian. Joget Gamelan.
- Gamel -- pukul, tabuh, palu.
- Berasal dari Jawa-digunakan oleh Sunan untuk berdakwah
- Sangat terkenal di seluruh dunia sebagai salah satu muzik etnik yang unik dan
popular.
2. Gamelan Terengganu
Berasal dari Riau-Lingga sejak kurun ke 17
- Di bawa ke Pahang (1811) sempena perkahwinan Tg. Hussin dan Wan Esah
- 1913 Tg. Mariam berkahwin dengan Sultan Sulaiman di Terengganu. Pemain dan pen
ari berpindah ke Terengganu.
- Beberapa ciri gamelan telah berubah--tarian,pakaian, sistem tiunan.
- Terdapat 50 tarian dalam repertoire.
Alat Muzik Gamelan Terengganu
1. Sepasang Gong- Ageng dan Suwukan
- dibuat dari gangsa digantung pada rak kayu.
- berfungsi sebagai penanda masa yang menunjukkan form muzikal.
2. Kenong-
- 5 gong besar diletakkan mendatar dalam petak kayu.
- Berfungsi sebagai penanda masa.
3. Saron barung
- 6 wilahan gangsa dalam satu oktaf.
- Register sederhana dipukul dengan tukul kayu.
- Berfungsi memainkan melodi pokok.
4. Saron Peking (penerus)
- 6 wilahan gangsa dalam satu oktaf.
- Register tinggi dipukul dengan pemukul tanduk.
- berfungsi memainkan melodi berbunga.
5. Kerumong
- 10 gong-chime diletakkan dalam petak kayu dalam dua baris selari 2 oktaf.
Oktaf rendah dekat pemain.
-register sederhana.
-Fungsinya
6. Gambang
- 28 wilahan kayu 3 1/2 oktaf.
- register rendah, sederhana, tinggi.
- Fungsinya memainkan melodi berbunga.
7. Gendang.
Sistem Tonal
- Berasaskan sistem tiunan Slendro
5 pic ditandakan dengan 1,2,3,4,5,6.
Contoh slendro A, B C# E F# A
- Skel Pentatonik.
- Setiap lagu ada pic pusat biasanya 2,3,5.
Melodi
- Bergerak secara conjunct (bertingkat)
- frasa lagu diulangi dalam berbagai variasi.
- Unsur soal-jawab--Frasa ‘a’ antecedent dan frasa ‘b’ consequent.
Bentuk/form
- Form muzikalnya berasaskan perinsip gongan.
- Gongan ditandakan oleh Gong Ageng, Gong Suwukan dan Kenong.
- Pusingan gongan terdapat dalam 4,8,16,64 bit.
Irama
-Rentak oleh gendang menggunakan sistem nimonik iaitu ‘bung’ ‘dung’ dan ‘tak’
-Frasa irama mengikut gongan iaitu 4,8 bit.

Вам также может понравиться