Вы находитесь на странице: 1из 4

BIDANG TUGAS JAWATANKUASA KERJA SEMINAR KAJIAN TINDAKAN 2014

1. PENGERUSI
a. Mempengerusikan mesyuarat MT dan mesyuarat AJK
b. Memantau perkembangan mesyuarat setiap AJK
c. Menerima dan menyampaikan arahan daripada pihak atasan
d. Mengarah dan menguruskan aktiviti yang dirancang
e. Memantau pengurusan kewangan
f. Menjaga kebajikan semua AJK
g. Menjadi penghubung antara pensyarah dengan AJK dan sebaliknya
h. Menghadiri perjumpaan atau mesyuarat dengan pensyarah
i. Sentiasa berkolaborasi dengan pihak Jabatan Sains
j. Menyampaikan ucapan semasa perasmian seminar

2. NAIB PENGERUSI
a. Memangku tugas pengerusi ketika ketiadaan pengerusi
b. Menjaga kebajikan semua AJK
c. Mengawasi gerak kerja setiap AJK
d. Menerima arahan daripada pengerusi dan pihak Jabatan Sains
e. Menjadi penghubung antara pensyarah dengan AJK dan sebaliknya
f. Memantau portfolio bagi gerak kerja seminar
g. Mengurus dan menyelia tempat/saluran mesyuarat
h. Sentiasa berkolaborasi dengan pihak Jabatan Sains

3. SETIAUSAHA
a. Mengeluarkan surat panggilan mesyuarat kepada JK Kerja Seminar bagi
setiap kali mesyuarat diadakan.
b. Mencatat dan menghasilkan minit mesyuarat.
c. Menyediakan kertas kerja seminar penyelidikan tindakan
d. Membuat kerja-kerja pendokumentasian.
e. Menyediakan kad nama bagi peserta dan pensyarah
f. Membantu mana-mana JK yang memerlukan bantuan.
4. NAIB SETIAUSAHA
a. Membantu setiausaha mencatat dan menghasilkan minit mesyuarat.
b. Membantu setiausaha menyediakan kad nama bagi peserta dan pensyarah.
c. Membuat tempahan bilik bagi tujuan mesyuarat.
d. Membantu mana-mana JK yang memerlukan bantuan.
e. Menguruskan sesi pendaftaran seminar
f. Menyediakan buku kehadiran peserta dan pelawat seminar

5. BENDAHARI
a. Mengutip wang dari Bendahari kelas berjumlah RM50.00 bagi seorang
pelajar guru.
b. Menyimpan wang perbelanjaan dengan cara yang selamat dan rahsia.
c. Mengumpul cadangan jumlah perbelanjaan yang diperlukan dari semua JK.

d. Menyediakan bajet yang bersesuaian mengikut perbelanjaan yang


diperlukan.
e. Mengeluarkan wang mengikut bajet yang telah diluluskan mesyuarat.
f. Membuat kira-kira dan rumusan kewangan sepanjang seminar.
g. Membantu mana-mana JK yang memerlukan bantuan.
6. NAIB BENDAHARI
a. Membantu bendahari mengutip wang.
b. Membantu bendahar menyimpan wang dengan cara yang selamat dan
rahsia.
c. Membantu bendahari menyediakan bajet yang bersesuaian mengikut
perbelanjaan yang diperlukan.
d. Membantu bendahari membuat kira-kira dan rumusan kewangan seminar
e. Membantu mana-mana JK yang memerlukan bantuan.
7. JK PENGACARAAN MAJLIS
a. Menetapkan dua orang Pengacara Majlis dan seorang pembaca doa untuk
Majlis Perasmian Pembukaan
b. Menetapkan dua orang Pengacara Majlis dan seorang pembaca doa untuk
Majlis Perasmian Penutupan
c. Menyusun, menetapkan dan menyelaras jadual giliran untuk seorang
Pengacara Majlis bagi setiap sesi untuk setiap bilik seminar. *sila rujuk giliran
pembentangan dari JK Penyelaras Pembentangan untuk menentukan giliran.
Sila pastikan petugas tidak terlibat sekurang-kurangnya satu sesi sebelum
sesi pembentangannya.
d. Menyediakan peraturan-peraturan am pembentangan seminar.
e. Mengingatkan peserta seminar tentang peraturan-peraturan am seminar
pada permulaan setiap sesi.
f. Mengawal peserta seminar dari melebihi masa pembentangan
g. Bekerjasama dengan JK Penyelaras Pembentangan, Penjaga Masa.
h. Menyediakan teks (template) untuk MC bagi sesi pembentangan/perasmian
8. JK PENYELARAS PEMBENTANGAN
a. Menentukan peserta-peserta pembentangan bagi setiap sesi dan setiap bilik.
b. Seramai 6 orang peserta akan membuat pembentangan bagi setiap satu sesi.
Peserta pembentangan mestilah mengikut kumpulan Pensyarah Penyelia
mereka akan tetapi sekiranya terdapat peserta yang mana kumpulan
Pensyarah Penyelia tersebut tidak dapat disenaraikan dalam sesi berkenaan
hendaklah urutan peserta tersebut disambung ke sesi seterusnya
Contoh: SESI 1
SESI 2
Peserta 1 Pensyarah X
Peserta 1 Pensyarah Y
Peserta 2 Pensyarah X
Peserta 2 Pensyarah Y
Peserta 3 Pensyarah X
Peserta 3 Pensyarah Z
Peserta 4 Pensyarah X
Peserta 4 Pensyarah Z
Peserta 5 Pensyarah Y
Peserta 5 Pensyarah Z
Peserta 6 Pensyarah Y
Peserta 6 Pensyarah Z
c. Menentukan giliran pembentangan kumpulan Pensyarah Penyelia dan giliran
peserta pembentangan.
d. Menyusun, menetapkan dan menyelaras jadual giliran AJK untuk membawa
laptop untuk tujuan pembentangan.
e. Menerima, mengumpul, menguji dan mengurus slaid-slaid powerpoint dari
peserta selewat-lewatnya sehari sebelum bermulanya seminar.

f.

Menguji slaid dan bahan peserta selepas diserahkan oleh peserta. Pengujian
hanya boleh dilakukan bersama peserta. Sekiranya terdapat sebarang
ubahsuai slaid mestilah dilakukan sendiri oleh peserta. (Tulisan atau grafik
yang tidak sesuai atau terdapat masalah paparan kerana perisian yang
berbeza). DILARANG UNTUK MENGUBAH APA-APA SLAID ATAU BAHAN
PESERTA. Sekiranya berlaku sabotaj, tindakan tegas boleh diambil.
g. Menyediakan back-up laptop dan slaid-slaid powerpoint peserta.
h. Bekerjasama dengan JK Pengacaraan Majlis, Penjaga Masa, Buku Program
dan Buku Abstrak.
9. JK Penjaga Masa
a. Menyusun, menetapkan dan menyelaras jadual giliran dua orang penjaga
masa bagi setiap sesi untuk setiap bilik. *sila rujuk giliran pembentangan dari
JK Penyelaras Pembentangan untuk menentukan giliran. Sila pastikan
petugas tidak terlibat sekurang-kurangnya satu sesi sebelum sesi
pembentangannya.
b. Menetapkan masa untuk bunyi loceng tertentu bagi menandakan masa yang
tertentu.
c. Menyediakan kad-kad nombor tertentu sebagai peringatan tempoh masa
yang tinggal kepada peserta pembentangan.
d. Bekerjasama dengan JK Penyelaras Persembahan, Pengacaraan Majlis
10. JK Jurugambar, Video dan Montaj
a. Mengambil dan mengumpulkan gambar dan video sepanjang kursus Kajian
Tindakan dijalankan bagi kelas SN1, SN2, dan SN3.
b. Menyediakan montaj sepanjang kursus Kajian Tindakan dijalankan.
c. Mengambil dan mengumpulkan gambar dan video sepanjang seminar
dijalankan bagi setiap sesi dan setiap bilik.
d. Menyediakan montaj sepanjang seminar dijalankan.
e. Menghasilkan DVD yang mengandungi montaj-montaj yang telah disediakan.
11. JK Buku Program dan Buku Abstrak
a. Mengumpul maklumat berkaitan seminar dan menyediakan satu buku
program yang mengandungi maklumat seminar seperti maklumat am, senarai
jawatankuasa, senarai giliran peserta pembentangan mengikut sesi dan bilik,
jadual program serta penghargaan.
b. Mengumpul dan menghasilkan satu buku abstrak yang mengandungi abstrakabstrak kajian tindakan peserta.
c. Bekerjasama dengan JK Penyelaras Pembentangan
12. JK Makanan
a. Membuat tempahan dan menguruskan makanan kepada VIP, pensyarah dan
peserta-peserta seminar.
b. Memastikan makanan sedia mengikut jadual seminar.
c. Menyediakan meja makan dan layanan kepada VIP semasa jamuan,
d. Memastikan kebersihan tempat makan selepas digunakan.
e. Menyediakan air minuman kepada Pensyarah Penyelia dan Pensyara Penilai
pada setiap sesi dan bilik seminar.
13. JK Jemputan dan Publisiti
a. Mencari, menyediakan surat dan menjemput seorang tetamu VIP (luar) yang
pakar dalam penyelidikan untuk Ucaptama semasa Majlis Perasmian

Pembukaan. Ucaptama akan menceritakan berkaitan penyelidikan tindakan


atau penyelidikan dalam pendidikan.
b. Menyedia dan menhantar surat jemputan kepada Pengarah IPGKPP untuk
menyempurnakan perasmian pembukaan.
c. Menyedia dan menghantar kad-kad jemputan seminar kepada semua Ketua
Jabatan, semua Ketua Unit, semua Pensyarah Jabatan Sains dan semua
pelajar guru opsyen Sains.
d. Menyedia, mencetak, dan menghebahkan banner berkaitan seminar di
kawasan IPG.
14. JK Sijil
a. Menyedia dan mengurus sijil penyertaan kepada 60 orang peserta seminar.
b. Menyedia dan mengurus sijil penghargaan kepada 60 orang jawatankuasa
kerja seminar.
15. JK Cenderamata
a. Menyedia dan mengurus cenderamata kepada tetamu VIP, perasmi majlis,
para pensyarah dan peserta seminar.
b. Menyedia dan mengurus bayaran honourium kepada tetamu VIP.
16. JK Peralatan
a. Membuat tempahan peralatan seperti mikrofon, rostrum, kerusi, meja dan
lain-lain peralatan yang diperlukan oleh mana-mana JK lain.
b. Mengurus dan mengagihkan peralatan-peralatan yang telah ditempah.
c. Bekerjasama dengan JK Persiapan Tempat.
17. JK Persiapan Tempat
a. Membuat tempahan Dewan Tanjung dan Bilik B4 sepanjang tempoh seminar
termasuk untuk persiapan dan raptai.
b. Menyedia, mengurus dan menghasilkan hiasan bagi dua buah bilik seminar.
c. Bekerjasama dengan JK Peralatan
18. JK Protokol dan Sambutan
a. Menetapkan kedudukan tetamu mengikut protokol dan keutamaan jawatan,
b. Menetap dan mengurus gimik perasmian pembukaan.

Вам также может понравиться