Вы находитесь на странице: 1из 9

PENDAHULUAN:

Memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa bapa pensejarahan moden iaitu Leopold
Van Ranke telah berjaya mengubah landskap pensejarahan

khususnya dibarat dengan

beberapa kaedah pensejarahan yang lebih mantap. Walau bagaimanapun tidak semua sarjana
bersependapat dengan aliran sejarah yang dirintis olehnya seperti sekumpulan sarjana
daripada Universiti Strasbourg yang telah menerbitkan sebuah journal bertajuk Annales
d`histoire economique et sociale pada 1929 yang memuatkan kaedah-kaedah yang
seharusnya diguna pakai untuk membuat penyelidikan sejarah, cara penyampaian dan
penjelasan bagaimana sesuatu artikel sejarah ditulis. Lucian Febvre dan Marc Bloch adalah
merupakan aktor penting disebalik penerbitan journal tersebut yang merupakan simbolik
kepada luahan kekecewaan dan bantahan mereka terhadap pensejarahan tradisional. Aliran ini
jelas sama sekali menolak pensejarahan tradisional yang pada kaca mata mereka telah
terpesong dari misi sejarah untuk mencari kebenaran mutlak. Justeru, Aliran ini telah cuba
untuk mentransformasikan ilmu sejarah dengan memberi nafas baru kepada kaedah yang
digunakan supaya penulisan sejarah yang dihasilkan lebih bersifat saintifik dan menyeluruh.
Malahan sumbangan aliran Annales jelas sekali mendapat pengiktirafan daripada Traian
Stoianovich yang menghamburkan pujiannya terhadap aliran Annales di atas pembaharuan
yang dilakukan golongan ini dalam ilmu sejarah1. Walaupun transformasi yang dilakukan
oleh aliran annales dalam memantapkan bidang pensejarahan tidak dapat disangkal lagi,
namun masih terdapat juga kelemahan-kelemahan yang dapat dikesan daripada kaedahkaedah yang diperkenalkan oleh aliran ini. Justeru, tugasan ini akan mengupas dengan lebih
lanjut mengenai pembaharuan yang cuba digagaskan oleh aliran Annales serta mengkaji
kelemahan-kelemahan yang wujud dalam aliran ini sehingga gagal untuk menarik hati

segelintir golongan sarjana-sarjana moden muktahir ini untuk mengaplikasikan kaedah yang
mereka rintis.
INOVASI ALIRAN ANNALES:
Kolektif:
Jika dibandingkan dengan pensejarahan tradisional yang hanya memaparkan watakwatak golongan atasan sahaja seperti raja, pembesar, paderi dan pahlawan-pahlawan
terkemuka, Aliran Annales lebih bersifat kolektif dan menyeluruh tanpa mendiskriminasikan
golongan-golongan tertentu. Malahan peranan golongan bawahan sebagai aktor penggerak
sejarah tidak dinafikan haknya walaupun karya-karya pensejarahan tradisioanal seringkali
menyisihkan golongan bawahan ini. Pada masa yang sama juga, aliran Annales menyarankan
agar sejarah ditulis mencakupi keseluruhan tindakan kolektif masyarakat. Dalam erti kata
yang lain aliran Annales ini telah berusaha untuk merombak ciri-ciri pensejarahan tradisional
yang hanya tertumpu kepada golongan atasan semata-mata khususnya pihak istana dan
pemerintah. Hal ini kerana bagi mereka untuk mengkaji sesuatu sejarah, seseorang sarjana itu
perlulah mengkaji keseluruhan

sesuatu lapisan

masyarakat

tersebut serta kajian yang

dilakukan mestilah merangkumi adat resam, budaya, undang-undang dan bahasa agar
analisis dan interprestasi yang dibuat oleh seseorang sejarawan itu dapat mencerminkan
gambaran keseluruhan sejarah sesuatu masyarakat. Tambahan pula aliran Annales cuba untuk
mengubah kiblat para sarjana pensejarahan tradisional yang selama ini cenderung memberi
penekanan yang kepada negara dan individu, sebaliknya kepada entiti keseluruhan sesuatu
masyarakat2. Sebagai contoh, jika seseorang sarjana ingin mengkaji tentang kemunculan
Melaka sebagai empayar maritim yang menjadi tumpuan ramai di Nusantara pada abad ke-13
maka sarjana tersebut tidak boleh menghasilkan inteprestasinya dengan hanya menjalankan
penyelidikan terhadap pemerintah Melaka semata-mata. Hal ini kerana adakah elemenelemen lain sepertti orang laut, penduduk tempatan, peniaga, adat resam, undang-undang laut
2

Melaka, dan bahasa Melayu sebagai linggua Franca pada ketika itu tidak menyumbang
kearah kemunculan Melaka selaku empayar maritim yang terkuat di Nusantara? Hal ini turut
memperkukuhkan lagi gagasan Histoire totale yang menyatakan bahawa terdapatnya
interaksi timbal balik antara fenomena-fenomena sosial dimana kecekapan orang laut dalam
mengawal perairan Melaka telah menarik pedagang datang ke Melaka untuk berdagang. Oleh
itu, undang-undang diperlukan melicinkan urusan perniagaan serta Bahasa Melayu digunakan
sebagai bahasa rasmi meliputi urusan perdagangan telah menjadikan Melaka sebagai empayar
maritim yang menjadi tumpuan ramai di Nusantara 3. Hal ini selaras dengan saranan yang
dikemukakan oleh para pelopor aliran Annales agar para sarjana tidak menyempitkan ruang
lingkup kajian mereka dengan hanya menfokuskan kajian mereka terhadap individu, negara
dan politik semata-mata dan sebaliknya mereka menegaskan bahawa sejarah seharusnya
mengkaji tentang masyarakat sehingga ke akar umbinya. Hal ini kerana dengan hanya
mengkaji sesuatu tokoh atau individu maka adalah sukar untuk mengetahui dan memperoleh
gambaran keseluruhan tentang sesuatu peristiwa. Pada masa yang sama, Aliran Annales ini
turut

mengkritik

tajam

kelemahan

sarjana-sarjana

pensejarahan

tradisional

yang

mengetepikan pengaruh alam fizikal seperti iklim dan geografi terhadap tingkah laku sesuatu
masyarakat. Bagi golongan sarjana yang berpegang pada aliran Annales, mereka cuba untuk
tidak menyempitkan ruang lingkup disiplin sejarah sebaliknya cuba meluaskannya dengan
mengambil kira faktor fizikal dalam kajian sejarah sama seperti yang disarankan oleh Paul
Vidal De Blache dalam teorinya iaitu penentuan alam sekitar yang turut dikenali sebagai
determinisme dan environmentalisme. Dalam erti kata yang lain aliran Annales cuba melihat
hubungkait faktor persekitaran sebagai salah satu aspek kajian sejarah mereka. Hal ini jelas
merupakan satu elemen baru dalam kaedah sejarah dimana peranan alam sekitar seperti
pokok, sungai, laut, hutan, iklim turut diambil kira oleh sarjana untuk membuat interprestasi
kajian sejarah. Umumnya memang tidak dapat dinafikan bahawa faktor fizikal sesuatu
3

kawasan akan mempengaruhi tindakan sesuatu masyarakat seterusnya mencorakkan sejarah


silam kawasan tersebut misalnya, masyarakat orang laut dikatakan mahir dalam bidang
kelautan kerana faktor geografi kawasan petempatan mereka iaitu dipinggir pantai dan juga
muara sungai disamping aktiviti seharian mereka yang menjurus ke dalam bidang kelautan
seperti nelayan dan aktiviti perlanunan sehinggakan mereka mahir tentang selok-belok di
lautan4. Hal ini selaras dengan pendapat yang dikemukakan oleh Aristotle dalam bukunya
iaitu Politics dimana beliau telah menghuraikan tentang pemerhatiannya secara terperinci
tentang alam sekitar, tapak, keadaan dan sumber bandar raya Yunani. Pengaruh alam sekitar
dapat dilihat dengan jelas dalam petikan berikut:
...Penduduk dalam negara-negara lebih sejuk di eropah adalah berani
tetapi kekurangan dari segi pemikiran dan kemahiran teknik. Akibatnya,
mereka kekal bebas lebih lama berbanding dengan orang lain di Eropah.
Namun begitu, mereka juga berkurangan dari segi organisasi politik dan
justeru itu, tidak sanggup untuk memerintah Negara jiran-jiran mereka.
Sebaliknya orang Asia pula penuh dengan pemikiran dan berkemahiran
teknik yang tinggi tetapi kekurangan daripada segi politik, oleh itu
mereka sentiasa kekal berada dalam keadaan keabdian....5
Oleh itu, sarjana Annales telah menitik beratkan

kajian sejarah mereka dalam aspek

pengaruh alam sekitar terhadap masyarakat di sesuatu kawasan serta bagaimana tindak balas
dan reaksi masyarakat tersebut terhadap alam fizikal disekeliling mereka. Oleh kerana ingin
mengelakkan daripada bias terhadap golongan atasan sahaja maka Annales telah
menyarankan kepada para sarjana agar tidak terlalu bergantung kepada sumber arkib
semata-mata seperti yang disarankan oleh Ranke. Hal ini kerana dokumen-dokumen
berkaitan dengan segala kerajaan yang terdapat di arkib adalah dicatatkan dan diselenggara
oleh kerajaan bermungkin besar akan ditokok tambah untuk kepentingan pihak tertentu.
Jadi, Annales menyarankan agar para sejarawan yang ingin mengkaji sesuatu peristiwa itu
supaya melakukan kajian luar dengan turut turun padang untuk mengumpul maklumat lisan

4
5

seperti yang dilakukan oleh Herodotus semasa mengkaji perang Parsi 6. Pada masa yang
sama, Annales telah mengalakkan para sarjana agar menggunakan data-data seperti rekodrekod hospital dan tentera, daftar penduduk, daftar kematian, daftar tanah, bancian, wasiat,
fail-fail pertubuhan atau persatuan, parti politik, perniagaan, rekod swasta sebagai sumber
primer untuk dianalisis dan dikritik seterusnya dibandingkan dengan dokumen-dokumen
rasmi kerajaan yang terdapat di Arkib untuk mendapatkan sumber yang sahih7.
Longue duree:
Aliran Annales juga telah menolak pembahagian zaman yang telah dilakukan oleh
sejarawan-sejarawan tradisional seperti pembahagian zaman mengikut nabi-nabi oleh
sejarawan pensejarahan kristian dan pensejarahan marxisme yang membahagikan zaman
mengikut zaman ekonomi iaitu asiatik, silam, feudal dan kapatalisme. Hal ini kerana tindakan
membahagikan zaman tersebut merupakan penghalang kepada usaha mengkaji sejarah secara
keseluruhan dan bersepadu. Oleh itu, aliran Annales telah membahagikan sejarah kepada tiga
aspek yang berlandaskan panjang tempoh masa sesuatu kajian sejarah itu. Aspek yang
pertama ialah longue duree atau tempoh panjang seperti yang dirintis oleh Braudel, iaitu
peristiwa-peristiwa yang memakan masa tempoh yang begitu panjang iaitu antara seratus
hingga dua ratus tahun dan memaparkan rentak perubahan yang perlahan. Hal ini kerana
golongan Annales tidak mengkaji peristiwa sejarah yang memakan masa lima hingga enam
tahun seperti perang dunia kedua kerana peristiwa yang berlaku dalam tempoh yang singkat
tidak dianggap sejarah oleh aliran Annales.

Oleh itu, kefahaman tentang longue duree

memerlukan penelitian yang rapi mengenai hubung kait antara hal-hal seperti keadaan alam
semula jadi, keperluan kebendaan manusia, serta idea yang mendukung kehidupan kolektif
masyarakat. Aspek yang kedua ialah conjuncture iaitu kejadian-kejadian sosial yang berubah

6
7

dengan rentak yang lebih cepat berbanding longue duree iaitu peristiwa yang berlaku hanya
dalam tempoh masa dua puluh hingga enam puluh tahun sahaja 8. Kebiasaannya peristiwa
yang dikategorikan dalam conjuncture peristiwa yang berorientasikan kehidupan sosial
seperti bidang ekonomi iaitu hal-hal berkaitan dengan turun naik harga dalam satu tempoh
tertentu dianggap satu kitaran ekonomi. Kategori yang berikutnya pula ialah episodic atau
episode iaitu sesuatu yang berubah dengan cepat misalnya perkara-perkara yang begitu cepat
seperti hal yang berhubungan dengan individu khususnya aktiviti politik. Jadi, Annales
beranggapan episodic adalah tidak berguna untuk kajian sejarah dan langsung tidak boleh
diguna pakai jika dibandingkan dengan longue duree dan conjuncture. Pada masa yang sama,
aliran Annales turut mengkritik kaedah yang digagaskan oleh Ranke iaitu penulisan secara
naratif yang hanya sesuai jika sejarah adalah berkenaan dengan evenementielle semata-mata
kerana gagal untuk membezakan antara fakta dan idea. Hal ini kerana golongan Annales akan
mengaplikasikan kaedah histoire probleme untuk menganalisis secara kritis terhadap
persoalan-persoalan tentang masa lampau. Kelemahan penulisan sejarah naratif ini turut
diakui oleh Braudel. Justeru, Breuedel telah dalam karyanya iaitu The Mediterranean World
In The Age Of Philip ii telah membahagikan karyanya itu kepada tiga bahagian dimana
bahagiaan akhir bukunya itu disusun mengikut secara naratif manakala dalam dua bab yang
lain beliau mengupas dengan teliti isu-isu hubungan antara manusia dengan alam, sistem
sosial, ekonomi, budaya, serta kejadian politik dan penduduk selaras dengan prinsipnya yang
menganalogikan peristiwa hanyalah umpama bahagiaan permukaan lautan sejarah yang tidak
setanding dengan isinya yang terlalu dalam9.
Kajian antara displin:

8
9

Bagi memperluaskan lagi ruang lingkup kajian sejarah selari dengan luasnya tempoh
masa kajian sejarah itu dijalankan maka aliran Annales telah menyarankan agar kombinasi
ilmu dalam bidang geografi, sains, ekonomi, sosiologi, antropologi dikolobrasikan dan
diaplikasikan dalam ilmu sejarah agar hasil yang diperolehi daripada sesuatu kajian itu lebih
saintifik. Kaedah tersebut amat ditekankan oleh aliran Annales kerana hanya melalui
kombinasi bidang-bidang tersebut maka sesuatu kajian terhadap masyarakat dapat ditinjau
dengan lebih mendalam lagi. Disamping itu, kerjasama ini dapat menampung kelemahankelemahan yang ada dalam bidang sejarah dan umum mengetahui bahawa terdapat jalinan
yang erat antara ilmu sejarah dengan bidang-bidang sains kemasyarakatan. Hal ini selaras
dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh sejarawan tempatan iaitu Khoo Kay Kim yang
menyatakan bahawa trend sejarah kini adalah lebih cenderung menitik beratkan
perkembangan dalam sejarah itu sendiri dan bukannya mengutamakan peristiwa dalam
sejarah. Justeru, beliau amat mengalakkan agar segala unsur seperti politik, ekonomi dan
sosial perlu diambil kira dalam usaha untuk memahami dan menganalisis sesuatu proses
dalam masyarakat10. Dalam erti kata yang lain, sejarah yang akan terhasil adalah sejarah yang
berhaluan masayarakat sama seperti yang diperjuangkan oleh aliran Annales. Bagi
memastikan inovasi kaedah menggabungkan kepakaran dengan bidang sains kemasyarakatan
terus diaplikasikan maka, aliran Annales telah membentuk Sixieme Section yang merupakan
satu organisasi yang menggabungkan pakar-pakar dari bidang-bidang sains kemasyarakatan
dan juga sejarah yang sama-sama berkongsi kemahiran dan kepakaran dalam melaksanakan
kajian11. Hal ini kerana kaedah untuk mengkaji trend sosial dan budaya adalah berbeza
dengan kaedah mengkaji politik kerana kedua-duanya lebih memerlukan penjelasan
berstruktur bukannya kronologi peristiwa12. Justeru, mahu tidak mahu kepakaran dalam
bidang sains kemasyarakatan perlu diaplikasikan. Kecenderungan golongan Annales untuk
10
11
12

mengadaptasi penggunaan kaedah kuantitatif dalam kajian sejarah telah dipelopori oleh
F.Simiand yang berjaya mengenal pasti kitaran ekonomi eropah dan mengaitkannya dengan
perubahan sosial dan politik dengan mengumpul data seterusnya menyusun data tentang
harga dan upah di Eropah13. Kejayaan ini telah menarik minat para sarjana untuk
mengaplikasikan kaedah kuantitatif ini misalnya Radin M. Fernando dalam bukunya iaitu
Murder Most Foul telah menggunakan data kuantitatif mengenai daftar rekod-rekod
perniagaan Belanda yang menunjukkan bilangan keluar masuk kapal asing dan tempatan.
Maka, berdasarkan statistik yang diperolehinya, beliau telah menyangkal dakwaan bahawa
kemajuan Melaka adalah dijana pedagang asing semata-mata sebaliknya beliau menunjukkan
peranan pedagang tempatan dalam memajukan perdagangan pelabuhan Melaka berdasarkan
statistik kapal-kapal dan perahu-perahu pedagang tempatan yang lebih kerap menggunakan
pelabuhan walaupun terdapat beberapa peraturan dan juga sekatan yang dilakukan oleh
Belanda. Oleh kerana kekerapan bergantung dengan kaedah kuantitatif maka, aliran Annales
cenderung untuk menggunakan bantuan komputer dalam membantu mereka memperolehi
dan kemudiannya memproses data yang kadang kala melibatkan pengiraan dan perhitungan
yang agak rumit bagi membantu sarjana membuat interprestasi berdasarkan angka-angka
yang diperolehi daripada data statistik. Disamping itu, kemahiran dalam antropologi dan juga
sosiologi turut diaplikasikan

untuk mengkaji undang-undang bagi memberi gambaran

sebenar mengenai masa lalu. Sebagai contoh, umum mengetahui bahawa Melaka adalah
sebuah kerajaan maritim yang tertumpu kepada bidang kelautan walau bagaimanapun,
melalui kajian dan analisis terhadap fasal-fasal yang terkandung dalam undang-undang
Melaka adalah didapati bahawa terdapat fasal yang berkaitan aspek pertanian. Hal ini
sekaligus menunjukkan bahawa terdapat juga aktiviti pertanian yang dijalankan di Melaka
disamping aktiviti kelautan. Justeru, dapatlah disimpulkan bahawa kombinasi ilmu sejarah

13

dengan ilmu-ilmu dalam bidang lain seperti sains kemasyarakatan dan sains tulen seperti
yang digagaskan oleh Annales telah memantapkan lagi kaedah sejarah.

Вам также может понравиться