Вы находитесь на странице: 1из 2

MOHD NOR TAUFIK (BA14110324)

Sains Sosial
Sains Sosial (Social Science) merupakan penggunaan kaedah saintifik untuk mengkaji bidang
kemanusiaan di dunia ini. Ia juga dikenali sebagai Kajian Sosialyang berlaku dalam dunia sosial dan
fenomena yang berlaku dalam dunia sosial yang melibatkan manusia. Bidang Sains Sosial merangkumi:
1. Antropologi
2. Ekonomi
3. Linguistik
4. Etimologi
5. Psikologi
6. Sosiologi
7. Pendidikan
8. Komunikasi
Istilah sains sosial mengikut A New Dictionary of Sociology (Mitchell, 1979) secara umumnya digunakan
untuk sebarang bentuk pengajian yang berkaitan dengan manusia dan masyarakat. Secara khususnya,
istilah tersebut memberi penekanan kepada penggunaan kaedah yang ilmiah atau saintifik dalam penelitian
terhadap hubungan yang rumit dan kompleks antara manusia. Ini bermakna bahawa setiap penelitian yang
dilakukan ke atas hubungan kemanusiaan dan kemasyarakatan itu mestilah dilakukan dengan cara yang
saintifik, mengikut kaedah-kaedah yang telah ditetapkan serta teruji oleh masa dan tempat.

Asas Sains Sosial


Sebagai satu bidang ilmiah atau ilmu, sains sosial, seperti juga bidang sains tulen, mempunyai asas yang
logikal dalam menghuraikan sesuatu fenomena sosial. Pertama, sebarang kenyataan dalam sains sosial
mestilah boleh diterima oleh akal dan pemikiran manusia, ianya mestilah logikal dan munasabah. Kedua,
kenyataan itu mestilah selari atau tidak bercanggah dengan apa yang kita perhatikan di alam nyata. Ini
bermakna bahawa setiap kenyataan yang dibuat oleh ahli sains sosial mempunyai asas kebenarannya
serta boleh diterima oleh akal manusia kerana mempunyai bukti yang kukuh. Pembuktian kepada
kenyataan tersebut mestilah disokong oleh hasil pemerhatian yang dibuat. Oleh yang demikian segala
kenyataan yang dibuat dalam sains sosial itu mempunyai asas yang kukuh dan terbukti bukan sahaja
melalui pemerhatian yang mendalam.

MOHD NOR TAUFIK (BA14110324)

Вам также может понравиться