Вы находитесь на странице: 1из 11

Topik6 X Pertumbuhan

dan
Perkembangan

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1.
Menjelaskan perubahan dan perkembangan fizikal seseorang bayi,
kanak-kanak dan remaja.
2.
Menghuraikan perubahan dan perkembangan emosi seseorang bayi,
kanak-kanak dan remaja.
3.
Menyatakan perubahan dan perkembangan sosial seseorang bayi,
kanak-kanak dan remaja.

PENGENALAN

Kita semua pernah melalui peringkat bayi, kanak-kanak dan alam remaja yang
serba indah sebelum memasuki alam dewasa yang serba mencabar. Mungkin
zaman dahulu tidak sama dengan zaman sekarang. Tiada makanan segera,
internet, telefon mudah alih dan komputer pada masa dahulu. Berbanding
dengan zaman sekarang yang serba lengkap.

AKTIVITI 6.1
Pembelajaran pada peringkat awal kanak-kanak (pra-sekolah dan
sekolah rendah) banyak dipengaruhi oleh faktor pertumbuhan dan
perkembangan jasmani, emosi dan mental. Bincangkan pernyataan ini.

66 X

6.1
6.1.1

TOPIK 6

PERTUMBUHAN DAN PERKEMBANGAN

PERUBAHAN FIZIKAL LELAKI DAN


PEREMPUAN
Kanak-Kanak

Peringkat awal seseorang kanak-kanak perempuan dan


lelaki boleh dibahagikan kepada beberapa tahap, iaitu:
(a)

Tahap bayi iaitu dari lahir hingga umur satu


setengah tahun.

(b)

Tahap kanak-kanak bertatih (toddler) ialah dari


umur satu setengah tahun kepada umur empat
tahun.

Dalam kedua-kedua tahap ini, keperluan jagaan dari segi kasih sayang,
kesihatan, pemakanan dan sebagainya amatlah penting. Pada peringkat inilah
sebahagian besar aspek fisiologi manusia mengalami pertumbuhan dan
berkembang dengan pesat.
Pada peringkat umur kanak-kanak bertatih, perkembangan dan pertumbuhan
utama yang berlaku dari segi fizikal ialah:
(a)

Berat badan
Perubahan ketara dari segi fizikal yang dapat dilihat
bagi seorang bayi ialah dari segi perubahan berat
badan mereka dalam tahun pertama dilahirkan. Satu
perkara yang harus diketahui oleh ibu bapa ialah
bayi kehilangan lebih kurang 150 gram berat badan
pada minggu pertama dilahirkan.
Namun begitu, penurunan berat badan ini adalah
semula jadi dan bukannya disebabkan oleh
kekurangan zat makanan misalnya ibu bapa kurang
memberi susu. Bayi hanya mula bertambah berat
badannya pada hari kelima dan beratnya kembali
semula kepada berat semasa dilahirkan pada hari kesepuluh. Berat badan
bayi terus meningkat secara teratur pada hari kesepuluh (Baharudin Omar,
1997).

(b)

Pertumbuhan gigi
Bayi yang menjangkau umur satu tahun akan mula mengalami
pertumbuhan gigi sebanyak lebih kurang 6 batang. Pada tahap inilah, bayi
akan mula aktif untuk mengigit apa sahaja yang dapat dipegangnya.

TOPIK 6

PERTUMBUHAN DAN PERKEMBANGAN

67

Menggigit umpama latihan untuk bayi itu memakan dan merasa sesuatu
apabila besar kelak. Pada peringkat ini, kita sebagai ibu bapa hendaklah
mengawasi anak supaya mereka tidak tertelan sesuatu yang boleh
menyebabkan tercekik atau mengigit benda yang kotor. Kita boleh
memberi mereka alat khas untuk digigit. Gigi hendaklah dibersihkan
dengan kain atau berus gigi khas supaya susu yang diminum tidak
merosakkan gigi bayi tersebut.
(c)

Perkembangan sistem otot, saraf dan tulang


Perkembangan sistem otot, saraf dan tulang seseorang bayi berlaku selaras
dengan perkembangan motor secara urutan iaitu bayi boleh angkat kepala,
duduk sendiri, meniarap, merangkak, berdiri dan berjalan. Kadar
perkembangan motor mungkin berbeza antara seseorang bayi dengan bayi
lain tetapi urutannya adalah sama.

6.1.2

Peringkat Umur 5 12 Tahun

Peringkat umur seseorang kanak-kanak di antara 5 hingga 12 tahun ialah


peringkat pra akil baligh. Peringkat ini juga boleh juga dibahagikan kepada:
(a)

Peringkat kanak-kanak pra-sekolah (4 hingga 6 tahun)

(b)

Peringkat sekolah rendah (7 hingga 12 tahun)

Terdapat beberapa pertumbuhan dan perkembangan fizikal yang berlaku pada


peringkat umur ini.
(a)

Ketinggian
Pertambahan ketinggian kanak-kanak perempuan dan
lelaki hampir sama sehingga mereka mencapai umur 9
tahun. Setelah usia tersebut, pertambahan ketinggian
kanak-kanak perempuan meningkat dengan lebih cepat
berbanding kanak-kanak lelaki sehingga usia mereka 12
tahun dan kemudiannya menurun dengan ketara
sehingga umur mereka sekitar 15 tahun.

(b)

Gigi
Gigi kekal pertama yang tumbuh apabila kanakkanak berumur 6 tahun ialah gigi molar pertama.
Ini diikuti oleh gigi insisor, pramolar dan gigi
kanin. Dalam lingkungan umur 6 hingga 12 tahun,
seseorang kanak-kanak akan memiliki gabungan
gigi susu dan gigi kanin. Pada masa ini
penggantian gigi susu kepada gigi kekal sedang
berlaku secara berperingkat.

68 X

6.1.3

TOPIK 6

PERTUMBUHAN DAN PERKEMBANGAN

Awal Remaja

Peringkat awal remaja bermula dari usia 10 hingga 12 tahun. Walau


bagaimanapun, tempoh peralihan ini berbeza antara seseeorang individu dengan
individu lain ataupun di antara remaja lelaki dan perempuan. Peringkat awal
remaja adalah tahap mencecah akil baligh.
Dalam istilah fisiologi, akil baligh merujuk kepada seseorang remaja itu
mempunyai kemampuan dari segi fizikal untuk melahirkan zuriat
(reproduction). Remaja perempuan lebih cepat mencapai akil baligh berbanding
dengan remaja lelaki. Purata umur akil baligh bagi remaja perempuan ialah 12
tahun manakala remaja lelaki ialah 14 tahun.
Antara pertumbuhan dan perkembangan fizikal yang berlaku kepada remaja
perempuan ialah:

Payu dara mula membesar dan menampakkan


bentuk.
Bulu tumbuh di celah ketiak dan bahagian ari-ari.
Punggung melebar dan mula menunjukkan ciri-ciri
kewanitaan.
Jerawat mula tumbuh di pipi atau muka.
Mula didatangi haid.
Suara mungkin berubah dari suara keanak-anakan
kepada suara yang lebih matang.

Bagi remaja lelaki pula, pertumbuhan dan perkembangan fizikal yang berlaku
ialah:

Suara menjadi garau.


Misai dan janggut mula tumbuh.
Bulu mula tumbuh pada bahagian kemaluan.
Bahu dan dada menjadi lebih lebar.
Mengalami mimpi basah (wet dream) atau ihtilam.
Istilah yang merujuk kepada seseorang kanakkanak mula memasuki alam remaja dengan
mengalami mimpi yang ghairah sehingga
mengeluarkan air mani.
Zakar dan testis mula membesar

Perubahan fizikal bagi seseorang remaja lelaki dan perempuan juga dipengaruhi
oleh faktor-faktor seperti amalan pemakanan, genetik, sosiobudaya dan

TOPIK 6

PERTUMBUHAN DAN PERKEMBANGAN

69

persekitaran. Berlakunya penyakit-penyakit akibat kurang zat makanan pada


peringkat bayi dan kanak-kanak boleh juga menyebabkan pertumbuhan
terbantut pada peringkat remaja.

SEMAK KENDIRI 6.1


Senaraikan pertumbuhan dan perkembangan fizikal bagi remaja lelaki
dan perempuan. Pada pendapat anda, adakah pertumbuhan dan
perkembangan fizikal remaja lelaki dan perempuan ini akan
mempengaruhi aspek pengajaran dan pembelajaran seseorang kanakkanak atau remaja di dalam kelas?

6.2

PERUBAHAN EMOSI

Emosi adalah salah satu komponen dalam kognitif manusia. Sebagaimana


pentingnya domain pengetahuan dan psikomotor, begitu juga dengan emosi. Ia
umpama pendorong kepada domain pengetahuan untuk melakukan sesuatu.
Unsur-unsur utama perasaan yang dimanifestasikan dalam bentuk emosi ialah
perasaan benci, suka, minat dan cinta. Elemen-elemen ini yang akan
mempengaruhi sikap mereka terhadap sesuatu perkara dan objek.

6.2.1

Kanak-Kanak

Pada peringkat bayi dan kanak-kanak bertatih,


perkembangan emosi yang berlaku banyak
melibatkan keperluan asas untuk mendapatkan
perhatian dan kasih sayang.
Pada peringkat umur 6 bulan hingga satu tahun,
seseorang bayi sudah mampu menunjukkan reaksi
kepada ibu atau bapanya dengan memberikan
gerakbalas seperti menangis untuk mendapatkan
perhatian dan kasih sayang. Biasanya seseorang bayi
akan menunjukkan reaksi dalam bentuk tangisan atau rengekan yang berulangulang apabila inginkan sesuatu seperti susu, mainan kesukaan atau untuk dibelai
oleh ibunya. Pada peringkat inilah peri pentingnya kehadiran si ibu atau bapa
amat penting untuk memenuhi keperluan bayi.
Tidur yang cukup amat penting kepada perkembangan emosi seseorang bayi.
Jadual waktu tidur yang teratur dan jadual penyusuan amatlah penting dalam
memenuhi keperluan tidur bayi. Bayi yang tidak mendapat tidur yang cukup

70 X

TOPIK 6

PERTUMBUHAN DAN PERKEMBANGAN

kerana sering terjaga kerana terdengar bunyi bising atau lapar akan kelihatan
resah dan tidak selesa.

6.2.2

Peringkat Umur 5 12 Tahun

Menurut teori perkembangan kognitif yang dikemukakan oleh Piaget, peringkat


umur 2 hingga 7 tahun boleh digolongkan ke dalam tahap yang beliau sebutkan
sebagai Preoperational. Pada tahap ini, seseorang kanak-kanak itu memiliki
perwakilan mental (mental representation) terhadap objek tetapi kurang dari
segi gambarannya di dunia nyata atau realiti.
Piaget menyebut ini sebagai tahap Preoperational kerana ia belum mampu
melihat dunia nyata lagi (operational). Beliau berpendapat bahawa kanak-kanak
mempunyai imaginasi tetapi tiada logical reasoning. Misalnya, seseorang kanakkanak boleh memikirkan rupa bentuk seekor kuda. Tetapi tanpa logical
reasoning dalam pemikiran mereka, penyapu akan menjadi kuda yang mampu
ditunggangi (Saccuzzo, 1987).
Pada tahap ini juga, kanak-kanak memiliki pemikiran egocentric iaitu mereka
tidak dapat melihat sesuatu daripada pandangan orang lain. Mereka juga
memiliki pemikiran animistik iaitu menjangka semua objek adalah bernyawa.
Misalnya takut tidur di katil kerana menyangka di bawah katil ada raksasa.
Bagi Piaget, umur kanak-kanak di antara 7 hingga 12 tahun adalah berada pada
tahap Concrete Operations. Ini adalah peringkat ketiga dalam perkembangan
kognitif Piaget. Pemikiran seseorang kanak-kanak berkembang ke arah sesuatu
yang lebih kukuh tetapi ia tertakluk kepada aktiviti mental yang memerlukan
mereka menguasai schemata dan imej.
Dengan kebolehan untuk berfikir secara logik kanak-kanak di tahap concrete
operations boleh menguasai khayalan-khayalan yang menakutkan (misalnya
raksasa di bawah katil). Kanak-kanak juga akan lebih memahami pandangan
orang lain pada peringkat ini.

6.2.3

Awal Remaja

Perkembangan emosi pada peringkat awal remaja boleh diterangkan


berdasarkan Tahap Perkembangan Moral Kohlberg. Menurut Kohlberg,
peringkat awal remaja berada pada tahap conventional morality (umur 8 tahun
hingga 20 tahun).
Tahap ini di mana seseorang itu mula mengambilkira kehendak dan pendapat
orang lain. Tetapi mereka menilai sesuatu itu sama ada peristiwa seperti sesuatu

TOPIK 6

PERTUMBUHAN DAN PERKEMBANGAN

71

tingkahlaku adalah semata-mata berdasarkan kepada niat (intention) ia


dilakukan dan bukannya melihat kepada akibat tingkahlaku itu berlaku. Sebagai
contoh, mereka mematuhi peraturan bukan kerana takut akan hukuman yang
digariskan tetapi kerana ia adalah semata-mata peraturan.

Rajah 6.1: Tahap Perkembangan Moral Kohlberg (Saccuzzo, 1987)

6.3

PERUBAHAN SOSIAL

Pertumbuhan dan perkembangan seseorang bayi kepada kanak-kanak


seterusnya ke peringkat remaja memerlukan mereka bergaul atau berhubung
dengan orang lain selain daripada ibu bapa, penjaga atau adik-beradik. Proses
sosialisasi ini akan dicorakkan oleh persekitaran budaya, sistem kepercayaan,
kedudukan sosioekonomi serta pendidikan awal seseorang itu.

6.3.1

Kanak-Kanak

Attachment atau perasaan ingin dibelai dan dilindungi adalah salah satu
keperluan asas seseorang kanak-kanak itu dalam proses sosialisasi mereka
dengan orang lain di sekeliling mereka seperti ibu bapa dan penjaga. Pada umur
satu tahun, bayi sudah mula berinteraksi dengan orang di sekelilingnya melalui
rengekan dan tangisan untuk mendapatkan perhatian.
Perkataan asas seperti ma ma ma atau pa pa pa seolah-olah menjadi bahasa
asas mereka untuk berkomunikasi dengan orang lain. Menurut Freud dan
Erikson, pergantungan seseorang bayi kepada orang lain adalah asas kepada
pembangunan sosial mereka pada tahun-tahun berikut perkembangan mereka
(Saccuzo,1987). Mereka juga berpendapat ia adalah asas kepada kemahiran bayi
untuk lebih mudah menyesuaikan diri dengan persekitaran mereka.

72 X

6.3.2

TOPIK 6

PERTUMBUHAN DAN PERKEMBANGAN

Peringkat Umur 5 12 Tahun

Menurut tahap perkembangan psikosial yang diutarakan oleh Erikson, kanakkanak di antara umur 5 hingga 12 tahun berada pada tahap develop a sense of
industry. Kegagalan mereka untuk menenuhi tuntutan ini ialah perasaan rendah
diri.
Pada peringkat ini, kanak-kanak perlu memiliki kemahiran asas kehidupan
untuk membentuk self-competence atau industry menurut Erikson. Memiliki
perasaan competent akan menjadi asas kepada keperluan untuk membentuk
identiti kendiri pada peringkat remaja.

Rajah 6.2: Tahap Perkembangan Psikososial Erikson (Saccuzzo, 1987)

6.3.3

Awal Remaja

Zaman remaja adalah zaman yang amat menyeronokkan. Terdapat ahli psikologi
yang menyatakan peringkat remaja sebagai storm and stress. Mungkin
sebilangan besar daripada anda bersetuju dengan pendapat ini. Ia mungkin
menyeronokkan sekiranya remaja tersebut mampu mengharungi segala cabaran
dengan berbekalkan keazaman dan disiplin diri yang teguh. Tetapi tidak kurang
juga ramai remaja yang terjerumus ke dalam kancah yang tidak sihat kerana
tidak mampu mengharungi segala cabaran dan godaan. Mari kita lihat beberapa
perubahan sosial yang agak ketara berlaku pada peringkat awal remaja:
(a)

Identiti Kendiri
Remaja lelaki atau perempuan ingin mencari dan membentuk identiti
kendiri. Identiti kendiri adalah berkaitan dengan matlamat dan arah tuju
kehidupan untuk menentukan dan menyesuaikan (fine tune) ciri-ciri

TOPIK 6

PERTUMBUHAN DAN PERKEMBANGAN

73

identiti diri berbanding dengan orang lain di sekeliling hidupan mereka


seperti adik beradik, ibu bapa, guru dan rakan sebaya.
Remaja juga ingin mencari dan membentuk identiti kejantinaan (gender
identity) iaitu bagaimana menjadi seorang remaja lelaki ataupun
perempuan di dalam persekitaran sekolah atau masyarakat. Usaha untuk
membentuk identiti kendiri secara tidak langsung akan menentukan corak
personaliti mereka di dalam keluarga, sekolah dan masyarakat.
Erikson melalui tahap perkembangan psikososial (stages of psychosocial
development) mengemukakan persoalan di mana peringkat awal remaja ini
pemikiran seseorang itu berligar-ligar berkaitan dengan Who am I?.
Kegagalan untuk memenuhi persoalan-persoalan ini akan menyebabkan
remaja tersebut mengalami kecelaruan identiti (identity confusion). Ini
dimanifestasikan dalam bentuk perasaan tidak dihargai, tiada tujuan dan
perasaan bersalah. Pada kaca mata masyarakat, kesan ini akhirnya dapat
dilihat dari segi pertambahan kes remaja yang terlibat dalam
penyalahgunaan dadah, ponteng sekolah, buli dan sebagainya.
(b)

Penerokaan
Peringkat awal remaja adalah umpama menerokai perkara, pengetahuan
dan amalan yang baru. Remaja ingin mencuba perkara yang tidak pernah
dilakukan sebelum ini iaitu semasa zaman kanak-kanaknya. Dalam usaha
untuk membentuk identiti kendiri, remaja akan melakukan pelbagai
perkara yang mungkin boleh mendatangkan kebaikan dan juga
kemudaratan kepada dirinya.
Ini ditambah pula dengan pengaruh rakan sebaya, ia umpama api
bertemu dengan minyak. Jika seseorang remaja itu tidak mempunyai jati
diri yang kuat dan mudah terikut-ikut atau termakan pujuk rayu rakan
sebaya maka mereka akan mudah terlibat dengan tingkahlaku yang tidak
sihat dan berisiko.

SEMAK KENDIRI 6.2


(a)

Apakah yang dimaksudkan dengan identiti kendiri?

(b)

Bagaimanakah pengaruh
perkembangan remaja?

rakan

sebaya

mempengaruhi

74 X

TOPIK 6

PERTUMBUHAN DAN PERKEMBANGAN

AKTIVITI 6.2
Layari
www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2007&dt=0726&pub=Ut
usan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_08.htm. Baca keratan akhbar
berkenaan pendapat seorang pembaca berhubung peranan guru dalam
mendisiplinkan pelajar di sekolah (Utusan Malaysia, 26 Julai 2007).
Apakah pendapat anda berkenaan komen penulis tersebut?

AKTIVITI 6.3
Apakah anda mempunyai ciri-ciri remaja yang sihat?
Cuba buat penilaian untuk diri anda sendiri mengikut senarai semak ini.
Aktiviti
Amalkan pemakanan seimbang dan sihat.
Bersenam tiga kali seminggu secara tetap.
Tidur dan rehat secukupnya.
Mampu mengendalikan tekanan dengan berkesan.
Tidak merokok.
Tidak menggunakan dadah.
Tidak meminum arak.
Tidak melakukan hubungan seks sebelum nikah.
Tidak memandu laju atau berlumba haram.
Mempunyai hubungan baik dengan ahli keluarga.

Ya

Tidak

Sumber: www.infosihat.gov.my

AKTIVITI 6.4
Anak kita adalah cermin kita. Cara tingkah laku mereka mencontohi
tingkah laku kita. Apakah pandangan anda?

TOPIK 6

PERTUMBUHAN DAN PERKEMBANGAN

75

Topik ini telah memberi penjelasan kepada anda tentang perkara seperti berikut:

Sebagai ibu bapa mungkin ramai daripada kita mempunyai cara tersendiri
untuk mendidik anak.

Mungkin cara yang kita gunakan itu sama atau diubahsuai daripada cara ibu
bapa kita mendidik kita dahulu. Tetapi perkara utama yang harus kita ingat
dalam aspek mendidik anak ialah perubahan semasa dalam bidang teknologi
maklumat, sosiobudaya, ekonomi dan sebagainya menuntut kita mengurus
perkembangan dan perubahan fizikal, emosi dan sosial seseorang kanakkanak dan remaja dengan sebaik-baiknya.

Terdapat banyak teori berkaitan perkembangan dan perubahan fizikal, emosi


dan sosial manusia.

Teori dan praktikal atau aplikasi adalah perkara yang saling berkaitan atau
mungkin tidak berkaitan.

Andaian yang terdapat dalam teori mungkin praktikal atau tidak praktikal
apabila dilaksanakan.

Kita perlu ingat bahawa teori memberi panduan kepada kita sebagai seorang
pendidik atau ibu bapa dalam memahami dengan lebih jelas persoalan atau
isu-isu perkembangan seseorang kanak-kanak hingga ke tahap dewasa.

Identiti kendiri
Penerokaan

Identity confusion
Sosialisasi

Gender identity
Kognitif
Emosi
Pemikiran Egocentric
Pemikiran Animistik

Saccuzzo, D. P. (1987). Psychology: From research to applications. Boston:


Allyn and Bacon.

Boyd, D. & Bee, H. (2006). Lifespan development. Pearson Education , Inc.

Baharudin Omar. (1997). Asas penjagaan kesihatan kanak-kanak. Kuala


Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Вам также может понравиться